ulasan kritikal artikel latest

19
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114 ULASAN KRITIKAL ARTIKEL Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan, saya memilih dua artikel yang berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian. Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang dipilih. Tajuk Artikel : Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas Penulis : Safani Bari & Hamdan Mohd Ali Bilangan muka surat : 10 muka surat Sumber : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Jurnal yang ditulis SAFANI BARI & HAMDAN MOHD ALI ini adalah sebuah kajian mengenai pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani suaian yang dijalankan di sekolah yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar berkeperluan khas. Penulis membincangkan perbezaan keperluan pendidikan antara murid normal dan berkeperluan khas di sekolah. Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas. Pelajar khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian ini penting kepada mereka kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah atau tekanan yang dihadapi. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti

Upload: mohd-izzuddin-muhammad

Post on 31-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

ULASAN KRITIKAL ARTIKEL

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan, saya

memilih dua artikel yang berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Jasmani Suaian. Berikut adalah maklumat mengenai jurnal dan artikel yang

dipilih.

Tajuk Artikel : Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas

Penulis : Safani Bari & Hamdan Mohd Ali

Bilangan muka surat : 10 muka surat

Sumber : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Jurnal yang ditulis SAFANI BARI & HAMDAN MOHD ALI ini adalah sebuah

kajian mengenai pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani suaian yang dijalankan di

sekolah yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar berkeperluan khas. Penulis

membincangkan perbezaan keperluan pendidikan antara murid normal dan

berkeperluan khas di sekolah. Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu

aktiviti yang sangat penting kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar

berkeperluan khas. Pelajar khas mengalami pelbagai masalah yang melibatkan

ketidakupayaan fizikal, sosial dan mental. Aktiviti pendidikan jasmani suaian ini penting

kepada mereka kerana ia merupakan aktiviti terapi yang boleh mengurangkan masalah

atau tekanan yang dihadapi. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dijalankan kepada

pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti

yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan

Huettig, 1999). Menurut penulis, banyak halangan yang dihadapi oleh golongan khas

untuk melibatkan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah kerana terdapat pelajar-pelajar

berkeperluan khas mengalami masalah fizikal yang melibatkan otot, saraf dan

pembentukan postur yang kurang sempurna.

Melalui artikel ini, penulis menyatakan beberapa masalah yang dihadapi dalam

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani kepada pelajar-pelajar khas di

sekolah percantuman dan sekolah khas. Saya bersetuju dengan kenyataan penulis

yang menyatakan antara masalah yang dihadapi adalah masalah komunikasi antara

Page 2: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal, masalah kurang

upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas dan kekurangan guru Pendidikan

Jasmani yang berkelayakan.

Penulis menggunakan responden kajian yang terdiri daripada guru sekolah menengah

yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan pengajaran kelas Pendidikan Jasmani

dan juga guru yang terlibat secara langsung aktiviti fizikal di luar waktu kelas formal

yang melibatkan pelajar khas. Sekolah yang dipilih melibatkan 5 buah sekolah

percantuman dan 2 buah sekolah khas yang hanya menempatkan pelajar-pelajar khas.

Berdasarkan dapatan kajian, terdapat seramai 36 orang guru yang mengajar

Pendidikan Jasmani kepada pelajar khas. Hanya 50% (18) daripada guru-guru tersebut

ialah guru-guru Pendidikan Jasmani yang memiliki kelayakan. Tidak semua daripada

mereka pernah mengikuti kursus secara khusus mengajar Pendidikan Jasmani Suaian.

Pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani juga didapati longgar iaitu mengikut budi

bicara guru yang melaksanakannya. Lebih ketara lagi, aktiviti dalam Pendidikan

Jasmani dilaksanakan kepada pelajar berkeperluan khas adalah dirujuk daripada buku

panduan aktiviti Pendidikan Jasmani pelajar normal.

Saya juga bersependapat dengan penulis yang mana mengatakan Pendidikan

Jasmani yang dilaksanakan secara tidak terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori

keperluan khas tidak membawa sebarang kesan yang positif kepada perkembangan

fizikal, emosi dan mental. Masalah ini patut diatasi dan ditangani kerana aktiviti

Pendidikan Jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas

boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi

(Auxter, Pyfer dan Huettig, 1989). Dalam artikel ini juga penulis menerangkan

beberapa kesan jika Pendidikan Jasmani Suaian dapat dilaksanakan sebaik-baiknya

kepada pelajar berkeperluan khas. Menurut Hvozdovic 2003, apabila seseorang

pelajar itu berjaya menguasai sesuatau kemahiran, pelajar ini akan meningkatkan

konsep kendiri (self-concept), penghargaan kendiri (self-esteem) dan keyakinan diri

(self-confidence).

Page 3: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

Tajuk Artikel : Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap

Pelajar Autisme Sekolah Menengah : Satu Kajian Kes

Penulis : Tan Teck Bee & Loh Sau Cheong

Bilangan muka surat : 17 muka surat

Sumber : Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Jurnal yang ditulis oleh TAN TECK BEE & LOH SAU CHEONG adalah untuk membantu

pelajar-pelajar berkeperluan khas memaksimumkan peluang pembelajaran. Kajian ini

bertujuan untuk meninjau keberkesanan program intervensi kemahiran membaling bola

serta mengenal pasti kebolehan pelajar-pelajar autisme membaling bola tepat pada

sasaran. Oleh itu program intervensi yang dirancang harus berdasarkan kebolehan dan

keperluan individu (Eaves & Pottet, 2000).

Kajian kes ini dijalankan ke atas tiga orang pelajar autisme sekolah menengah dalam

program intervensi kemahiran membaling bola. Kemahiran membaling bola pada aras

bahu dalam kajian ini adalah berpandukan buku The Biomechanics of Sports

Techniques (Hay, 1993) dan Retarded Kids Need To Play (Hirst & Michaelis, 1983).

Setiap pelajar mempunyai Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Pengajaran

kemahiran membaling bola adalah berasaskan pencapaian subjek dalam ujian

kemahiran bagi sesi latihan sebelumnya. Setiap responden mempunyai ciri-ciri yang

berbeza dan memiliki tahap autisme yang berbeza.

Saya berpendapat kaedah pemerhatian yang digunakan penulis sangat sesuai

kerana perlakuan setiap fasa dapat diperhatikan dengan jelas. Pembahagian pelakuan

mengikut fasa dapat membantu penulis mengesan kekuatan dan kelemahan

responden. Pembahagian kemahiran kepada tiga fasa adalah penting kerana ia dapat

menyenangkan penyelidik mengesan kesalahan perlakuan subjek (Hay, 1993).

Pembahagian skor juga dapat membantu penulis mengumpulkan skor yang

dikumpulkan mengikut tahap pencapaian responden. Penulis turut menyatakan

bagaimana sesuatu kemahiran diuji. Setiap responden memulakan kemahiran dengan

memanaskan badan dan seterusnya melakukan kemahiran asas yang lain seperti

memegang dan membaling bola. Langkah sebegini pada saya perlu kerana responden

perlu membiasakan diri dengan perlakuan yang hendak diuji.

Page 4: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

Akibat daripada perbezaan tahap kebolehan dasar, aktiviti-aktiviti yang

dijalankan oleh setiap subjek pada sesi latih tubi adalah berbeza antara individu.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang direka bentuk khas untuk setiap subjek

adalah berdasarkan keperluan, kebolehan dan pencapaian subjek dalam setiap sesi

latihan. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi

ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi dalam

kalangan individu. ketiga-tiga subjek belajar dengan cara yang berlainan. Berdasarkan

dapatan kajian, responden belajar melalui kaedah yang pelbagai antaranya

demonstrasi dan arahan. Responden berupaya mengubahsuai kesalahan setelah

penyelidik memberi maklum balas dan memberitahu kesalahannya. Menurut Teng

(2001) bahawa maklum balas yang diberi harus spesifik, serta merta dan positif.

Maklum balas merupakan galakan dan dorongan untuk responden meneruskan

semangat berlatih.

Penulis turut menyatakan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk

mengajar murid-murid autisme. Pelajar-pelajar autisme dalam kategori tahap

pembelajaran rendah memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi

baru. Menurut Autism Research Institute (2005), setiap individu autisme memerlukan

bantuan. Apabila pelajar pelajar autisme tidak dapat melakukan sesuatu perlakuan,

guru harus menghulurkan bantuan agar mereka boleh mencuba. Menurut penulis lagi,

Pendidikan Jasmani Suaian yang berdasarkan prinsip-prinsip latihan dan tata cara

latihan memberi peluang kepada pelajar-pelajar autisme memperbaiki domain

psikomotor, afektif dan kognitif. Oleh itu, Rancangan Pengajaran Individu yang direka

bentuk khas untuk setiap subjek perlu sesuai dan dapat menunjukkan keberkesanan

program intervensi sesuatu kemahiran. Melalui dapatan kajian juga menunjukkan

bahawa pelajar-pelajar autisme mempunyai kebolehan untuk belajar kemahiran motor

dan tahap kemahiran mereka boleh ditingkatkan. Saya setuju dengan penulis yang

menyatakan pelajar autisme harus diberi peluang pendidikan yang sebaik mungkin

untuk memperkembangkan potensi kendiri. Proses kemajuan mereka mungkin lebih

lambat daripada pelajar-pelajar normal, namun dengan bantuan dan latihan yang

sistematik, mereka tetap boleh mencapai potensi kendiri yang diinginkan.

Page 5: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

ULASAN KESELURUHAN

Berdasarkan artikel Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan

Khas dan Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme

Sekolah Menengah, terdapat beberapa perkara yang dapat disimpulkan. Pertama,

Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan secara terancang dan sesuai untuk sesuatu

kategori keperluan khas boleh membawa kesan yang positif kepada perkembangan

fizikal, emosi dan mental individu. Perlu bagi seseorang guru merancang Rancangan

Pengajaran Individu yang baik dan sesuai dengan murid berkeperluan khas agar

objektif pembelajaran tercapai. Seterusnya, program intervensi dalam bentuk

pendidikan jasmani suaian dapat membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas

meningkatkan kebolehan motor. Mereka harus diberi peluang pendidikan yang sebaik

mungkin untuk memperkembangkan potensi kendiri walaupun proses kemajuan mereka

mungkin lebih lambat daripada pelajar-pelajar normal. Setelah didedahkan dengan

kemahiran-kemahiran tertentu, mereka mampu melakukan aktiviti fizikal yang lebih

berfokus dan dapat melatih diri memaksimakan penggunaan fizikal. Dengan bantuan

dan latihan yang sistematik, mereka tetap boleh mencapai potensi kendiri. Malah

menurut penulis, guru perlu lebih bersikap penyabar dan positif apabila berdepan

dengan kanak-kanak khas ini. Tidak kurang penting juga, mereka perlu peka mengenai

perbezaan yang terdapat pada anak didik mereka. Masalah yang dikemukan penulis

seperti kekurangan guru pendidikan jasmani yang berkelayakan dan peralatan yang

tidak sesuai bagi pelajar khas perlu diatasi dengan segera agar pelajar berkeperluan

khas juga mampu mendapat peluang belajar dan beraktiviti seperti pelajar normal.

Pendidikan Jasmani perlu dilihat sebagai lebih menyeluruh berbanding dengan subjek

lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek kognitif (intelektual), sedikit ruang

untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk aspek psikomotor dan fizikal.

Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh

membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah yang dihadapi. Aktiviti

Pendidikan Jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk melazimkan keupayaan

mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk menghadapi

kehidupan sebenar di luar sekolah serta dapat menggalakkan kesejahteraan emosi

kepada golongan istimewa ini.

Page 6: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

ULASAN ARTIKEL

REFLEKSI

Pada semester ini, kami guru pelatih Pendidikan Jasmani telah diwajibkan untuk

mengambil subjek Pendidikan Jasmani Suaian. Tugasan Pendidikan Jasmani Suaian

Page 7: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

kali ini adalah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) ke atas

murid – murid berkeperluan khas di sekolah. Saya telah menjalankan tugasan ini di

sekolah praktikum saya di Sekolah Kebangsaan Taman Muda. Sekolah yang terletak di

daerah Ampang Selangor ini merupakan sekolah aliran perdana iaitu terdiri daripada

murid normal dan murid berkeperluan khas. Pada 21 Ogos yang lepas, saya telah

melaksanakan rancangan pengajaran yang telah dirancang di padang sekolah pada

jam 8.05 pagi sehingga 8.35 pagi. Tajuk pengajaran saya pada hari tersebut ialah

kelajuan.

Setelah merancang rancangan pengajaran harian terhadap kelas tersebut, saya

kemudiannya mengajar kelas tersebut untuk melihat keberkesanan rancangan

pengajaran yang saya rancang terhadap mereka. Pada fasa permulaan untuk

regangan, saya telah menggunakan kaedah demonstrasi dan kaedah arahan. Saya

merasakan perlu untuk menunjukkan kepada murid-murid langkah-langkah melakukan

regangan yang betul dan selamat. Kaedah ini membolehkan murid melakukan

perlakuan yang sama dengan saya. Kaedah arahan yang saya gunakan adalah dengan

memberitahu cara sesuatu perlakuan dibuat. Kaedah ini sesuai sebagai pengukuh

kepada kaedah demonstrasi. Selain itu, saya juga menggunakan kecerdasan visual –

ruang. Murid – murid menggunakan ruang yang ada dan tidak mengganggu kawan-

kawan mereka yang lain kerana saya sudah memberi arahan untuk mendepakan

tangan sebelum memulakan aktiviti regangan.

Pada fasa perkembangan, murid telah melakukan aktiviti lompat bintang. Pada

langkah ini, saya telah menggunakan Teori Sosial untuk memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Teori yang juga dikenali sebagai

Teori Perlakuan Model oleh Albert Bandura ini menyatakan bahawan pembelajaran

akan dapat dilaksanakan sekiranya guru menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Saya

mendemostrasikan terlebih dahulu kepada mereka. Ternyata mereka boleh melakukan

aktiviti tersebut walaupun masih tidak dengan pelakuan yang serentak. Saya turut

menggunakanTeori Humanisme semasa mengajar kelas ini. Ini kerana ada di antara

mereka yang proses pembelajaran dan pengajarannya bergantung kepada emosi dan

perasaan. Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar

Page 8: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

yang berbeza dengan individu yang lain. Perasaan seperti bosan dan penat dapat saya

lihat semasa melaksanakan pengajaran terhadap mereka.

Disamping itu, saya turut menggunakan Model Latihan Terus semasa mengajar

mereka. Model pengajaran ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari

ilmu pengetahuan atau kemahiran asa yang boleh di ajar langkah demi langkah.

Sebagaimana aktiviti yang di ajar oleh saya, saya akan menerangkan sambil

melakukan lakuan tersebut bersama – sama butiran mengajar. Aspek pemerhatian

sangat penting bagi memastikan murid – murid dapat melakukan semula setelah guru

selesai melakukannya.

Pada fasa kemuncak pula, saya melakukan permainan kecil yang di panggil

‘Siapa Cepat’. Murid – murid dikehendaki berbaris memanjang kebelakang dan guru

memberikan baton kepada murid paling hadapan. Mereka perlu berlari dan berpusing

pada kon yang ditetapkan seterusnya kembali ke barisan semula. Aktiviti ini bersifat

pertandingan dan didapati murid – murid seronok melakukan aktiviti tersebut dengan

bersorak memberikan sokongan kepada rakan mereka yang lain.

Pada fasa penutup pula, saya hanya melakukan aktiviti ‘pokok melambai’ dan

menarik nafas. Setelah selesai saya melakukan sedikit soal jawab dan rumusan

bersama mereka. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya juga turut

menggunakan Model Sim yang mana proses pengajaran berlaku melalui interaksi

antara beberapa unsur iaitu guru, murid , isi pelajaran dan objektif. Objektif kali ini

adalah untuk memastikan murid – murid dapat melakukan aktiviti kelajuan dengan betul

dan tepat. Isi- isi pelajaran iaitu langkah satu dan dua dirancang tidak terlalu berat

adalah kerana mengikut kemampuan mereka sama ada boleh melakukan seperti murid

normal ataupun tidak. Interaksi yang jelas antara guru dan murid juga berlaku semasa

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku antara saya dan murid,

terdapat beberapa kelebihan dan kelemahannya. Antara kelebihan yang saya perolehi

semasa mengajar mereka ialah, mereka mendengar arahan yang saya berikan dengan

baik sekali. Selain itu, mereka juga berseronok semasa melakukan aktiviti terutamanya

Page 9: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

permainan kecil. Saya juga mendapat pengalaman baru mengajar murid-murid yang

memerlukan perhatian yang lebih berbanding murid normal. Di samping itu, terdapat

juga kelemahan semasa saya mengajar kelas mereka. Ada di antara mereka tidak

dapat melakukan lakuan tersebut dengan baik kerana mengalami masalah lembam.

Kesukaran untuk mereka melakukan aktiviti tersebut membuatkan hasil pembelajaran

tidak dapat dicapai dengan baik. Arahan yang panjang membuatkan mereka berasa

cepat bosan dan tertunggu- tunggu.

Antara cadangan penambahbaikan ialah saya perlu memerhatikan serta

memperbetulkan setiap lakuan yang dibuat oleh mereka. Ini bagi memastikan mereka

dapat melakukan lakuan tersebut dengan baik. Selain itu, saya sepatutnya

mengurangkan arahan saya bagi memastikan murid – murid lebih cepat faham dan

tidak tertunggu – tunggu dengan arahan saya. Diharap semoga saya dapat melakukan

yang terbaik sekiranya diberi peluang untuk mengajar murid berkeperluan khas ini. Ini

kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang saya lalui ini sudah menggambarkan

betapa susahnya untuk memastikan mereka mencapai hasil pembelajaran yang telah di

rancang dengan baik.

RUJUKAN

a) Buku

Page 10: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan

Kesihatan ; Kursus Orientasi Jurulatih Utama Kurikulum 2003.

b) Internet

http://erezan.blogspot.com/2010/04/aktiviti-pendidikan-jasmani-suaian.html dilayari

pada 23 Ogos 2013

http://www.zairedin.com/2012/07/sejarah-perkembangan-pendidikan-jasmani.html

dilayari pada 23 Ogos 2013

http://insaniah-guru-dpli2012.blogspot.com/2012/08/perbezaan-individu-disediakan-

oleh.html dilayari pada 23 Ogos 2013

www.ipbl.edu.com dilayari pada 23 Ogos 2013

http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/kaedah.html dilayari pada 23 Ogos 2013

http://freddy94186.blogspot.com/ dilayari pada 23 Ogos 2013

http://ketuajabatanpendidikanjasmani.blogspot.com/ dilayari pada 23 Ogos 2013

http://whatta.ipgmksm.edu.my dilayari pada 21 Ogos 2013

http://kssr.bpk.my/ dilayari pada 23 Ogos 2013

Page 11: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

REFLEKSI

Page 12: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

RUJUKAN

LAMPIRAN

Page 13: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

ARTIKEL 1

Page 14: Ulasan Kritikal Artikel Latest

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PJM 3114

ARTIKEL 2