ulasan jurnal ketidakhadiran orang asli ke sek ok 3

19
TAJUK : POLA KEHADIRAN MURID DI SEKOLAH KEBANGSAAN MURID ORANG ASLI PENULIS : Mohamad Azhar bin Mat Ali, Phd, Kamarrul Arifin bin Abdul Rahman, Aminuddin bin Mohamed ( IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan)(Telah dibentangkan di Seminar Penyelidikan 2011 Zon Timur di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut,Terengganu pada 10-12 Mei 2011) Abstrak Students absenteeism in general will directly affect the learning process especially at the early stages of schooling. The aims of this study are to identify the cause of school absenteeism among the students in the indigenous schools and to investigate the factors which motivate them to attend school. Besidesthat this study also intends to find out the pattern of the students attendance percentage. For the purpose of gaining the data, the researchers use series of interviews and analysis of documents. The interviews were held between the School Head, Senior Assistant for Student Affairs, 5 Subject Teachers and 6 Class Teachers. The student attendance books were analysed to obtain the monthly and annually attendance percentage for three years i.e. from 2008 till 2010. This study is carried out in schools for the indigenous students in the district of Kuala Lipis, Pahang. The study reveals that the main cause of absenteeism among the students is due to the fact that they are required to assist their parents to collect fruits during fruits season especially in August September and October. This is actually viewed as one of the vital survival skills to be passed and inherited by their children. The monthly attendance percentage is relatively high in January, February and Mac because this is when the registration of aid is carried out by the school 1

Upload: mohdkhafiz

Post on 13-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

jurnal org asli

TRANSCRIPT

TAJUK:POLA KEHADIRAN MURID DI SEKOLAH KEBANGSAAN

MURID ORANG ASLI

PENULIS: Mohamad Azhar bin Mat Ali, Phd, Kamarrul Arifin bin Abdul Rahman,

Aminuddin bin Mohamed ( IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan)(Telah dibentangkan di Seminar Penyelidikan 2011 Zon Timur di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut,Terengganu pada 10-12 Mei 2011)

AbstrakStudents absenteeism in general will directly affect the learning process especially at the early stages of schooling. The aims of this study are to identify the cause of school absenteeism among the students in the indigenous schools and to investigate the factors which motivate them to attend school. Besidesthat this study also intends to find out the pattern of the students attendance percentage. For the purpose of gaining the data, the researchers use series of interviews and analysis of documents. The interviews were held between the School Head, Senior Assistant for Student Affairs, 5 Subject Teachers and 6 Class Teachers. The student attendance books were analysed to obtain the monthly and annually attendance percentage for three years i.e. from 2008 till 2010. This study is carried out in schools for the indigenous students in the district of Kuala Lipis, Pahang. The study reveals that the main cause of absenteeism among the students is due to the fact that they are required to assist their parents to collect fruits during fruits season especially in August September and October. This is actually viewed as one of the vital survival skills to be passed and inherited by their children. The monthly attendance percentage is relatively high in January, February and Mac because this is when the registration of aid is carried out by the school authorities. Apart from that, that is also the time for the distribution of early schooling financial fund (KWAMP) to the students. This study would like to suggest that the school break for the students in the indigenous schools is rescheduled to August, September and October. Any types of aids to the students should be distributed at the end of each month, based on the percentage of the student attendance to school. This is important to avoid the students in the indigenous schools from being excluded from the normal education stream, in line with the concept of Multicultural Education.Keywords: Students absenteeism, indigenous schools, attendance percentage, Multicultural EducationABSTRAK Ketidakhadiran murid ke sekolah secara umumnya akan memberi kesan kepada proses pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah yang menyebabkan ketidakhadiran murid sekolah orang asli dan apakah penggalak utama yang menyebabkan murid ini hadir ke sekolah serta mengesan apakah pola peratus kehairan murid. Kajian ini menggunakan kaedah temubual dan analisis dokumen sebagai kaedah mengumpul data. Temubual telah dilakukan terhadap Guru Besar, Penolong Kanan HEM, 5 orang Guru Mata pelajaran dan 6 orang Guru Kelas. Buku kehadiran murid ke sekolah telah dianalisis untuk mendapatkan peratus kehadiran bulanan dan tahunan selama 3 tahun ke belakang iaitu tahun 2008, 2009 dan 2010. Kajian ini dilakukan di sekolah murid Orang Asli di Daerah Kuala Lipis. Kajian ini mendapati punca utama menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah ialah untuk membantu ibu bapa mereka merebut peluang mencari pendapatan ketika musim buah-buahan iaitu pada bulan Ogos, September dan Oktober. Ini merupakan salah satu latihan ikhtiar hidup yang dianggap penting untuk diperturunkan daripada ibu bapa murid orang asli kepada anak-anak mereka. Peratus kehadiran bulanan yang agak tinggi pula dikesan pada bulan Januari, Februari dan Mac kerana pada ketika ini pendaftaran penerimaan bantuan dilakukan oleh pihak sekolah dan bulan di mana wang bantuan awal persekolahan atau Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) disampaikan kepada murid. Kajian ini mengesyorkan cuti persekolahan bagi murid sekolah orang asli diselaraskan kepada bulan Ogos, September dan Oktober manakala sebarang bantuan diagihkan pada setiap akhir bulan berasaskan peratus kehadiran harian setiap murid. Langkah ini penting untuk mengelakkan murid Orang Asli tidak tersisih dari arus pendidikan selaras dengan konsep Pendidikan multicultural.

Kata Kunci: Ketidakhadiran murid, sekolah murid Orang asli, Peratus Kehadiran, Pendidikan Multicultural.

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti punca masalah ketidakhadiran murid dan mencari kaedah terbaik bagi meningkatkan prestasi sekolah melalui peningkatan kehadiran harian.

Pernyataan MasalahBerdasarkan tinjauan awal penyelidik ke sekolah kajian melalui temubual bersama Guru Besar dan guru-guru mendapati purata peratus kehadiran hanya lebih kurang antara 6575% sahaja. Data ini mendedahkan bahawa sekolah kajian memang mengalami masalah kehadiran murid. Tinjauan awal juga mendapati masalah ini agak ketara ketika musim buah-buahan, musim menanam padi, selepas cuti penggal persekolahan, dan ketika aktiviti adat masyarakat orang asli, contohnya apabila terdapat penganjuran adat sewang. Ketidakhadiran murid ke sekolah tentulah akan memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah dan aktiviti ko-kurikulum. Implikasi utamanya ialah prestasi pencapaian akademik murid yang rendah. Ini terbukti daripada keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah yang menunjukkan tiada seorang murid pun mendapat 5A dalam tempoh 5 tahun kebelakang. Oleh itu wajarlah kajian ini dilakukan bagi menghurai segala permasalahan berkaitan kehadiran murid di sekolah ini sebagai asas bagi syor-syor penyelesaiannya.

Tinjauan LiteraturMerujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), terdapat 93 buah sekolah di Malaysia yang murid-muridnya terdiri daripada 100% murid Orang Asli. Sekolah-sekolah tersebut terdapat di Perak (28 buah), Pahang (26 buah), Kelantan (12 buah), Selangor (11 buah), Johor (10 buah), Negeri Sembilan (4 buah) dan Terengganu (2 buah). Menurut Chee Kim Mang (2008) dan Kamarudin Abu Hassan (2010) masalah ketidakhadiran ke sekolah merupakan salah satu masalah utama di sekolah Orang asli. Berkaitan dengan masalah ini tidak hairanlah jika kadar keciciran murid orang asli ke sekolah menengah adalah sekitar 60 % dan ramai antara mereka yang gagal dalam ujian akademik di sekolah ( Mustafa Kassim dan Ishak Sin, 2009).

Untuk mengatasi masalah ketidakhadiran ini, pihak KPM melalui Bahagian Pengurusan Sekolah telah mengeluarkan pelbagai bantuan kewangan kepada murid Orang asli. Bantuan kewangan ini adalah bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa murid orang asli ini dan bagi mengelakkan murid orang asli dibebani dengan kerja mencari pendapatan untuk keluarga ketika waktu persekolahan. Antara bantuan yang diterima ialah skim pinjaman buku teks yang diberi kepada semua murid orang asli di Malaysia secara percuma. Selain itu bantuan kewangan turut sama diberikan. Bantuan kewangan yang paling popular malah bantuan melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Bantuan KWAMP meliputi Bantauan Persekolahan dan bantuan wang saku yang diberikan kepada semua murid orang asli. Bantuan persekolahan diberikan untuk membeli pakaian seragam sekolah, pembayaran yuran persekolahan (selain yuran wajib yang telah dimansuhkan) dan keperluan peralatan sekolah. Bantuan ini berjumlah RM 200.00 setahun (sekolah rendah) dan RM 300.00 setahun (sekolah menengah untuk Tingkatan 1 sahaja). Bantuan wang saku pula berjumlah RM 50.00 sebulan (sekolah rendah) dan RM 60.00 sebulan (sekolah menengah) untuk sepuluh bulan. Wang ini diberikan 2 kali setahun. Ini bermakna bagi murid Orang Asli, mereka mendapat bantuan kewangan tunai sebanyak RM 700 hingga RM 900.00 setahun, tidak termasuk bantuan-bantuan lain seperti Biasiswa, asrama percuma, kemudahan pengangkutan percuma, bantuan makanan percuma dan lain-lain lagi yang mampu meringankan beban tanggungan persekolahan.

Inisiatif yang dilakukan oleh KPM ini selaras dengan saranan yang dikemukakan dalam `Seminar on Indegenous People of the World di PWTC, K.Lumpur pada 29 November hingga 1 December 1993 dalam Hood Mohd Salleh (2009) yang menyatakan bahawa Orang asli mestilah digalakkan dan disediakan peluang untuk mereka terlibat dan mendapat faedah yang sama seperti kaum bukan asli dalam bidang pendidikan, aktiviti ekonomi dan menimba kekayaan dalam sesebuah negara.

Objektif Kajian Objektif kajian ini yang pertama ialah untuk mengenalpasti pola atau corak kehadiran murid. Manakala objektif kajian kedua adalah untuk mengetahui sebab-sebab ketidakhadiran murid. Bagi objektif kajian yang ketiga adalah ingin mengetahui sebab-sebab kehadiran murid ke sekolah. Seterusnya pengkaji ingin mencoretkan beberapa cadangan mengatasi masalah ketidakhadiran murid.Persoalan KajianPersoalan Kajian yang pertama apakah pola kehadiran murid?. Kedua adalah apakah sebab-sebab ketidakhadiran murid ke sekolah?. Persoalan kajian yang ketiga adalah apakah sebab-sebab kehadiran murid?. Persoalan terakhir adalah apakah cadangan mengatasi masalah ketidakhadiran murid?.Lokasi KajianPusat Kecemerlangan Pedagogi Peribumi Kebangsaan yang beribu pejabat di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah mengenalpasti tiga buah sekolah di Daerah Kuala Lipis sebagai Tapak Penyelidikan Pendidikan yang dikenali sebagai Tapak LBK. Tiga buah sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Lanai, Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan dan Sekolah Kebangsaan Pos Betau. Ketiga-tiga buah sekolah ini adalah antara sekolah 100% muridnya terdiri daripada anak Orang Asli (Kaum semai) di Daerah Kuala Lipis. Daerah Kuala Lipis juga dipilih kerana Daerah yang mempunyai murid Orang asli yang paling ramai di Pahang. Oleh kerana ketiga-tiga buah sekolah ini mempunyai latarbelakang responden yang hampir sama, maka salah sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Lanai telah dipilih sebagai lokasi kajian.

Metodologi KajianKajian ini menggunakan kaedah Analisis Dokumen dan Temubual sebagai prosedur pengumpulan data. Dokumen penting yang dianalisis ialah Buku Rekod Kehadiran Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi Tahun 2008, 2009 dan 2010. Responden temubual pula ialah Guru Besar sekolah, GPK Pentadbiran, GPK HEM, 6 orang Guru Kelas, 5 orang Guru mata pelajaran. Dapatan kajian telah dianalisis secara manual menggunakan kaedah peratusan, gundalan dan deskriptif. Untuk mengesahkan dapatan kajian ini, penyelidik telah meminta Guru Besar sekolah kajian menyemak dan menentukan kesahihan dapatan kajian ini.

Dapatan KajianUntuk mengkaji pola kehadiran murid, penyelidik telah membuat merujuk Buku Rekod Kedatangan Murid bagi Bulan Januari hingga November bagi Tahun Satu hingga Tahun 6 bermula Tahun 2008 hingga 2010. Untuk mendapatkan menentukan pola kehadiran murid data kehadiran murid telah dianalisis secara bulanan dan tahunan bagi Pra Sekolah hingga Tahun 6. Untuk menganalisis kehadiran bulanan murid, penyelidik telah menggunakan dua rumus yang digunakan secara rasmi oleh Guru-guru Kelas bagi mengira Peratus Kehadiranmurid. Rumus tersebut ialah:

Jadual 1:

Rumus Kiraan Peratus Kehadiran MuridPerkaraPurata kehadiran murid

RumusJumlah kedatangan Jumlah hari belajar

Peratus kedatangan bulanan (Purata Kehadiran murid Jumlah murid) X 100

Contoh:

Banyak hari belajar bagi bulan ini = 20 hari

Jumlah kedatangan bagi bulan ini = 547 @ Jumlah kedatangan harian selama 20 hari

Jumlah kedatangan harian yang sepatutnya = 38 orang

Oleh itu,

Purata kehadiran murid

= 547 20

= 27.35 27.00

Peratus kedatangan bulanan = (27 38) X 100

= 71.05 71.00 %

Berdasarkan kiraan berdasarkan rumus peratus kehadiran bulanan, penyelidik telah membuat analisis dan memilih bulan yang paling kerap murid hadir ke sekolah dan bulan yang paling kerap murid tidak hadir ke sekolah bagi tahun 2008, 2009 dan 2010. Ini ditunjukkan dalam Jadual 2. Berdasarkan Jadual 2, penyelidik telah membuat analisis secara gundalan mengenai kekerapan kehadiran mengikut bulan dan tahun persekolahan. Analisis ini ditunjukkan dalam Jadual 3. Jadual 3 menggambarkan bahawa bulan yang paling kerap murid hadir ke sekolah secara berurutan ialah bulan Januari, Februari dan Mac manakala bulan yang paling kerap murid tidak hadir ke sekolah secara berurutan ialah bulan Ogos, September dan Oktober. Jadual 3 juga menunjukkan bahawa bagi tahun 2009 dan 2010, bulan Jun merupakan satu lagi bulan murid kerap hadir ke sekolah.

Jadual 4:Purata Peratus Kehadiran Tahunan

Purata Peratus kehadiran bulananTahun/Darjah PraSekolah Tahun 1Tahun 2Tahun 3Tahun 4Tahun 5Tahun 6Purata % Kehadiran Tahunan

200890.4

54.7

62.8

70.3

71.6

75.6

78.0

71.9

200982.8

57.2

69.8

67.0

79.8

78.2

77.6

73.2

201075.8

64.5

58.4

70.2

72.3

79.4

77.0

71.1Kajian ini seterusnya mendapati antara sebab-sebab utama ketidakhadiran murid ialah pertama murid merasa selesa dengan cuti sekolah. Oleh itu apabila ada cuti sekolah, murid kurang hadir apabila cuti persekolahan tamat atau apabila penggal persekolahan dibuka semula. Alasan yang biasa diberikan ialah kerosakan bot untuk hadir ke asrama sekolah. Tempoh perjalanan terjauh menggunakan bot untuk ke asrama sekolah ialah dua jam dan yang terdekat selama setengah jam. Menurut guru-guru di sekolah ini, biasanya murid-murid akan hadir semula ke sekolah selepas dua minggu cuti persekolahan tamat atau minggu pulang ke kampung.

Kedua adalah disebabkan musim buah-buahan pada bulan September. Ketika musim buah-buahan murid kurang hadir ke sekolah kerana mengikut ibubapa mencari buah-buahan di hutan atau menjaga adik di rumah ketika ketiadaan ibubapa mencari buah-buahan.

Ketiga adalah disebabkan kurang galakan ibubapa untuk ke sekolah.Ibubapa lebih suka membawa anak-anak ke hutan bagi mencari sumber pendapatan daripada meminta mereka ke sekolah. Salah satu sebab lain bagi perkara ini ialah bagi melatih anaknya dari aspek ikhtiar hidup di hutan atau sifat keberanian sebagai masyarakat yang tinggal di pinggir atau di dalam hutan.

Sebab keempat adalah adat masyarakat Orang Asli itu sendiri. Murid kurang hadir ke sekolah apabila berlaku kematian keluarga, sebaik sembuh dari penyakit (cth: demam), ada upacara sewang (ketika majlis perkahwinan/upacara penyembuhan penyakit). Apabila adat ini berlaku, murid terlibat tidak hadir ke sekolah sekurang-kurangnya dua minggu.Seterusnya, ialah masalah `Home sick .Murid Tahun 1 atau Tahun 2 kurang hadir ke sekolah kerana tidak sanggup untuk tinggal di asrama atau ibubapa mereka keberatan untuk membenarkan anak-anak mereka tinggal di asrama.

Berikutnya, murid tidak mendapat apa-apa manfaat ketika hadir ke sekolah kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Atas alasan ini, murid mengambil kesempatan untuk tidak hadir ke sekolah tetapi lebih suka berada di rumah atau mengikut ibubapa ke hutan.Manakala, bagi penyebab utama kehadiran murid-murid asli ke sekolah adalah untuk membuat pendaftaran pada bulan Januari bagi mendapatkan duit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Kajian ini mendapati peratus kedatangan tertinggi ialah pada bulan Januari hingga Mac serta Jun kerana pada masa ini pihak sekolah akan memberikan duit KWAPM dan bantuan keperluan sekolah. Ada dua jenis duit KWAMP yang diberikan, iaitu Perbelanjaan Am (RM 200.00/murid untuk membeli 2 pasang baju, seluar, stoking, kasut dan alatulis dan buku tulis) dan Perbelanjaan Harian (RM 50.00/bulan/murid) yang diberikan pada bulan awal tahun (Januari) dan pertengahan tahun (Jun). Begitu juga ketika Sukan sekolah dan aktiviti sekolah yang menyediakan jamuan percuma. Contohnya, ketika Mesyuarat PIBG dan Hari Penyampaian Hadiah.

Cara mengatasi Ketidakhadiran Murid Ke Sekolah pertama adalah pihak sekolah dengan kerjasama PIBG pergi ke rumah ibubapa sambil membawa cenderamata berbentuk mainan untuk diberikan kepada murid berkenaan. Pihak sekolah cuba berbincang dengan ibubapa untuk menggalakkan kehadiran anak ke sekolah. Seterusnya, pihak sekolah juga boleh menganjurkan acara jamuan atau aktiviti seumpamanya sebulan sekali. Disamping itu, Pihak sekolah juga boleh memberi perangsang kepada murid setiap kali perhimpunan mingguan pada setiap selasa (Hari Isnin: bot belum sampai) atau memberi perangsang kepada ibubapa semasa mesyuarat agong PIBG . Pihak sekolah juga seharusnya memberi surat peringatan kepada murid dan salinan kepada ibu bapa sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah. Disamping itu, pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama Tok Batin atau Ketua Kampong Orang Asli bagi memberi penjelasan mengenai sebarang aktiviti sekolah terutamanya berkaitan aktiviti akademik seperti kepentingan menghadiri peperiksaan penggal.

Rumusan dan Perbincangan Dapatan dari kajian ini, pengkaji mendapati antara perkara utama yang menggalakkan murid Orang asli untuk hadir ke sekolah ialah bagi mendapatkan bantuan wang tunai melalui KWAPM. Ini terbukti apabila kekerapan kehadiran paling tinggi pada bulan Januari, Feb dan Mac di mana pendaftaran murid untuk mendapatkan wang KWAPM dan pemberian wang ini dilakukan. Kekerapan kehadiran berlaku sekali lagi iaitu pada bulan Jun di mana pihak sekolah akan memberikan wang saku atau wang KWAPM bagi Fasa kedua.

Satu lagi fakta penting yang dapat didedahkan melalui kajian ini ialah selain daripada pendidikan formal di sekolah, kaum orang asli juga ingin melatih anak-anak mereka mengenai ikhtiar hidup. Ini dapat dijelaskan melalui analisis peratus kehadiran yang menunjukkan murid anak orang asli kebanyakannya tidak hadir ke sekolah pada bulan Ogos, September dan Oktober. Di Malaysia pada ketiga-tiga bulan inilah terjadinya musim buah-buahan. Oleh itu pada bulan-bulan ini, ibu bapa murid Orang asli membawa anak-anak mereka ke hutan bagi mencari buah-buahan dan melatih anak mereka memburu binatang. Pada musim buah-buahan, biasanya binatang buruan akan keluar dari sarang persembunyian bagi mendapatkan makanan dari buah-buahan. Inilah masanya kaum Orang asli mendapat `durian runtuh atau peluang keemasan mencari pendapatan lebih. Kedua-dua fakta ini selari dengan dapatan melalui temubual yang dijalankan bersama Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran selain beberapa perkara lain yang yang menyebabkan murid Orang asli tidak hadir ke sekolah.

Kesimpulan dan CadanganKajian ini mendedahkan bahawa bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak KPM untuk menggalakkan kehadiran murid ke sekolah tidak memadai. Murid Orang Asli akan hadir ke sekolah hanya ketika bantuan ini diberikan. Kajian ini juga mendapati latihan ikhtiar hidup sangat dititikberatkan oleh ibubapa Orang Asli. Ini mungkin kerana jati diri mereka yang tinggi atau wang bantuan yang diberikan oleh pihak KPM masih belum mencukupi. Oleh itu melalui kajian ini penyelidik ingin mencadangkan beberapa syor selain yang telah sedia diamalkan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan peratus kehadiran murid Orang asli ke sekolah dan agar mempunyai kesempatan yang sama sepertimana kaum bukan orang asli di bandar untuk hadir ke sekolah selaras dengan konsep Pendidikan Multikultural.

Beberapa cadangan mahupun syor yang boleh dilakukan adalah pertama pihak KPM perlu mengubah cuti penggal persekolahan pada bulan Ogos, September dan Oktober berbanding bulan Mei, November dan Disember yang diamalkan seperti sekarang. Hal ini sudah pasti mengubah sedikit sebanyak peratus kedatangan kaum asli ke sekolah.

Cadangan kedua ialah bantuan KWAPM diberikan pada setiap akhir atau awal bulan persekolahan dan bukan lagi tertumpu kepada bulan Januari dan Jun. Bantuan ini juga mestilah berlandaskan kepada peratus kehadiran bulanan bagi setiap murid. Cadangan ini amatlah bernas dan sangat berani oleh pengkaji kerana dengan adanya matlamat yang ditetapkan sudah pasti kaum asli akan berlumba-lumba menghantar anak mereka ke sekolah.

Syor yang terakhir ialah pihak guru mestilah mengamalkan Kajian Tindakan bagi mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif yang disukai oleh murid Orang asli. Hal ini sekiranya diambil tindakan dengan penuh kebijaksanaan dan kesungguhan sudah pasti halangan yang mendatang dapat ditempuh dengan mudah. Ibarat pepatah Melayu ada menyebut bersusuh-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..

BibliografiChee Kim Mang, Issues and Challenges of Primary Education In rural Interior Schools In

Malaysia: A review of Seven Research studies. International seminar on Indigenous

Pedagogies in Diverse Cultural Contexs: Issues, Challenges and Opportunities.

Sarawak Institute of Teacher Education, Miri. 10 12 November 2008

Hood Mohd Salleh. Ucap utama. Seminar Pedagogi Peribumi. Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan. 13 14 Oktober 2009

Kamaruddin Abu Hassan, Pelaksanaan Program KIA2M Sekolah Angkat Pendidikan Orang

Asli Pribumi: Satu bicara professional. Kolokium Pengurusan dan Kepimpinan

Sekolah Kurang Murid Orang Asli Penan. Institut Aminudin Baki, Genting Highlands. 8

10 Ogos 2010

Mustafa Kassim & Ishak Sin. Isu-isu prestasi akademik murid-murid orang asli dan kaitannya

dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Seminar Pedagogi Peribumi. Institut

Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. 13 14 Oktober 2009

Persidangan Perdana Peribumi Malaysia. Pembangunan Pendidikan Murid Orang asli di

bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Universiti Darul Iman, Terengganu. 25 26

Oktober 2008.3