stres kerja memberi kesan kepada ketidakhadiran pekerja

24
Stres kerja memberi kesan kepada ketidakhadiran pekerja, moral pekerja yang rendah, kemalangan kerja yang tinggi dan yang utama ialah produktiviti pekerja yang menurun. Stres kerja juga memberi kesan kepada kepuasan kerja, kesihatan fizikal dan kesihatan mental. Stres kerja yang berterusan perlu ditangani melalui program pengurusan stres yang bersesuaian dan kos efektif. Intervensi kaunseling kelompok menggunakan kaedah terapi rasional emotif terapi tingkah laku dalam mengurangkan stres didapati menunjukkan keberkesanan jika dibandingkan dengan terapi lain (Ellis, 1992). Kertas kerja ini bertujuan melihat keberkesanan modul rawatan kaunseling kelompok kaedah terapi rasional emotif tingkah laku dalam pengurangan stres kerja. Kajian yang dijalankan mrupakan satu kajian eksperimen dengan menggunakan rekabentuk pre- testposttest control group. Alat kajian yang digunakan ialah Indikator Stres Pekerja (ISP) yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu secara back translation dan telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Selain dari itu, tajuk-tajuk lain yang akan disentuh dalam kertas kerja ini ialah permasalahan kajian, kesignifikan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian, jangkaan kajian dan metodologi kajian yang digunakan. Pengenalan Kemajuan dan kepesatan pembangunan sesebuah negara memberi kesan kepada rakyat terutamanya pekerja. Dalam usaha negara menuju ke arah kecemerlangan dalam perkhidmatan organisasi, pekerja terpaksa menghadap pelbagai cabaran. Antara lainnya ialah faktor kemajuan perkembangan teknologi maklumat, proses globalisasi, sistem penilaian, karenah birokrasi dan bebanan tugasan berlebihan. Faktor-faktor tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada prestasi perkhidmatan pekerja. Pekerja yang berjaya mengatasi cabaran dalam kehidupan akan dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi. Sebaliknya, pekerja yang menghadapi 2020. Stres di kalangan pekerja merupakan satu

Upload: anggaradiva

Post on 18-Jun-2015

4.604 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

Stres kerja memberi kesan kepada ketidakhadiran pekerja, moral pekerja yang rendah, kemalangan kerja yang tinggi dan yang utama ialah produktiviti pekerja yang menurun. Stres kerja juga memberi kesan kepada kepuasan kerja, kesihatan fizikal dan kesihatan mental. Stres kerja yang berterusan perlu ditangani melalui program pengurusan stres yang bersesuaian dan kos efektif. Intervensi kaunseling kelompok menggunakan kaedah terapi rasional emotif terapi tingkah laku dalam mengurangkan stres didapati menunjukkan keberkesanan jika dibandingkan dengan terapi lain (Ellis, 1992).

Kertas kerja ini bertujuan melihat keberkesanan modul rawatan kaunseling kelompok kaedah terapi rasional emotif tingkah laku dalam pengurangan stres kerja. Kajian yang dijalankan mrupakan satu kajian eksperimen dengan menggunakan rekabentuk pre-testposttest control group. Alat kajian yang digunakan ialah Indikator Stres Pekerja (ISP) yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu secara back translation dan telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Selain dari itu, tajuk-tajuk lain yang akan disentuh dalam kertas kerja ini ialah permasalahan kajian, kesignifikan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian, jangkaan kajian dan metodologi kajian yang digunakan.

Pengenalan

Kemajuan dan kepesatan pembangunan sesebuah negara memberi kesan kepada rakyat terutamanya pekerja. Dalam usaha negara menuju ke arah kecemerlangan dalam perkhidmatan organisasi, pekerja terpaksa menghadap pelbagai cabaran. Antara lainnya ialah faktor kemajuan perkembangan teknologi maklumat, proses globalisasi, sistem penilaian, karenah birokrasi dan bebanan tugasan berlebihan. Faktor-faktor tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada prestasi perkhidmatan pekerja. Pekerja yang berjaya mengatasi cabaran dalam kehidupan akan dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi. Sebaliknya, pekerja yang menghadapi 2020. Stres di kalangan pekerja merupakan satu halangan kepada produktiviti kerja yang baik. Payne dan Firth (1989), berpendapat stres memberi kesan fizikal dan psikologikal pekerja. Stres pekerja juga dilihat sebagai penyumbang utama kepada ketidakhadiran pekerja, moral pekerja yang rendah, kemalangan kerja yang tinggi dan yang utama ialah produktiviti pekerja yang menurun. Stres juga dilihat sebagai punca kepada penyakit kardiovaskular dan kanser (Kasl, 1996), kebergantungan kepada dadah/alkohol dan kecelaruan psikosomatik (Frese, 1985), penurunan kualiti kerja dan keinginan meninggalkan pekerjaan.

Kesan stres menyebabkan bebanan yang tinggi ke atas organisasi. Kajian-kajian Cooper & Smith, (1985) Cooper & Marshall, (1979),Kircaldy dan Cooper (1993), antara lainnya jelas menunjukkan stres memberi kesan negatif kepada organisasi. Terdapat pengkaji dalam bidang stres yang mengatakan kesan stres ialah ketagihan dan penyalahgunaan dadah, penyakit dan produktiviti yang rendah serta telah menyumbang kepada kehilangan sebanyak US 142 billion. The United States Clearing House of Mental Health Information menganggarkan individu di Amerika Syarikat kehilangan lebih daripada US 17 billion setahun kerana merawat penyakit yang berkaitan dengan stres. Kesan negatif stres ke atas organisasi adalah seperti ketidakhadiran

Page 2: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

kerja, moral pekerja yang rendah, kemalangan yang tinggi di tempat kerja, penurunan produktiviti, peningkatan pembiayaan perubatan.

Kekurangan kajian yang bersifat intervensi menyebabkan keberkesanan kajian stres tidak dapat diukur dan menyumbang kepada kekurangan nilai penggunaannya. Ini dipersetujui oleh Lazarus (1991) yang mengatakan kajian stres kurang bermutu jika dibandingkan dengan kuantiti kajian yang banyak dilakukan mengenai stres. Coyne dan Racioppo (2000) menjelaskan bahawa kajian stres yang tidak bersifat rawatan mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan yang ketara ialah hasil dapatan tidak dapat digunakan untuk diaplikasikan. Selain daripada itu, kajian yang berbentuk cross- sectional didapati hanya menunjukkan hubungan korelasi bukannya kesan dan akibat. Oleh sebab itu, kajian yang berbentuk longitudinal diperlukan untuk melihat kesan dan akibat.

Kekurangan kajian stres yang berbentuk eksperimental dalam bentuk rawatan akan memberi kesan kepada organisasi. Ini adalah kerana mencari punca-punca / sumber stres sahaja tidak cukup untuk mengurangkan stres. Bagaimana pun, dalam usaha menjalankan rawatan ke atas pengurangan stres, adalah amat penting untuk mencari punca dan sebab yang menyumbang kepada stres. Hubner, (1988), contohnya menjelaskan kunci utama pengurusan stres adalah mengenal pasti tanda dan simptom stres. Para doktor menjelaskan hampir 75 peratus daripada masalah kesihatan adalah berkaitan dengan stres dan 50 peratus daripadanya mengalami sekurang-kurannya satu simptom penyakit stres Murphy (1984) menjelaskan terdapat beberapa kebaikan ke digunakan untuk menangani dan mengurus stres.

Kajian ini bertujuan untuk melihat apakah rawatan kaunseling kelompok terapi rasional emotif tingkah laku yang akan dilaksanakan dapat mengurangkan tekanan di kalangan pekerja. Rawatan yang akan dilaksanakan ialah kaunseling kelompok yang menggunakan model terapi rasional emotif tingkah laku. Kajian ini mencadangkan kaedah rawatan menyediakan modul dengan menguji kesesuaian dan keberkesanan modul kaunseling terapi rasional emotif tingkah laku dalam mengurangkan stres. Kajian ini menggunakan reka bentuk dan kaedah eksperimen. Dengan kajian yang berbentuk eksperimen dan mempunyai orientasi teori tertentu beserta dengan modul applikasi diharapkan ia dapat mengurangkan stres.

Permasalahan kajian

Di Malaysia, sangat sedikit kajian keberkesanan kaunseling kelompok dijalankan ke atas pengurusan stres. Masalah membuat kajian keberkesanan bukan sahaja kurang dalam bidang pengurusan stres tetapi juga dalam kaunseling kelompok, seperti yang diakui oleh Stocton bekas presiden Association of Specialists in Groupwork (Kunzman, 1986). Ini diakui oleh Wan Abdul Kader Wan Ahmad (1991) yang mengatakan pada umumnya, kajian yang berbentuk eksperimen dalam bidang penyelidikan. (Watkins & Schneider, 1991). Williams & Irving (1999), menyokong andaian ini dengan mengatakan ramai kaunselor yang menganggap menjalankan

Page 3: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

penyelidikan adalah sebagai anti-sains dan tidak bersesuaian dengan proses kaunseling. Keberkesanan kaunseling dikatakan tidak boleh diukur melalui manamana kaedah penyelidikan.

Banyak kajian menyokong dakwaan bahawa stres pekerjaan sering dikaitkan dengan kesan negatif kepada individu dan organisasi. Stres juga dikatakan memberi kesan kepada kepuasan kerja. Pekerja yang mengalami stres dikatakan mempunyai tahap kepuasan kerja yang rendah Cooper & Smith (1985). Kajian-kajian seperti Jamal (1984), Kahn, Wolfe, Quinn, Snoek & Rosentghal (1984) menunjukkan perkaitan yang signifikan antara stres dengan kepuasan kerja.

Signifikan kajian

Seperti kata Murphy (1988), kebanyakan kajian pengurusan stres kurang mempunyai kawalan, kurang susulan dan mempunyai hasil yang tidak memuaskan. Kajian-kajian stres juga telah banyak mendapat kritikan kerana terlalu banyak menggunakan kaedah rekabentuk cross-sectional. Briner & Reynolds (1993) menjelaskan kebanyakan maklumat mengenai stres pekerjaan adalah berdasarkan digunakan sesuai dengan etiologi dan dinamika stres yang dihadapi pekerja. Kajian ini diharapkan dapat membuktikan keberkesanan kaunseling kelompok sebagai satu cara untuk menangani dan mengurus stres pekerjaan kepada pengurus organisasi dan para pekerja untuk menghadapi fenemona ini. Dengan kajian ini, ia memberi gambaran tentang kaunseling terhadap stres dan memberi panduan untuk membantu pekerja yang menghadapi tekanan. Dengan kajian yang berbentuk eksperimen dan mempunyai orientasi teori tertentu beserta dengan model applikasi juga ia diharapkan dapat memperkukuhkan lagi peranan teori dan penggunaan model kaunseling kelompok dalam pengurangan stres.

Hasil kajian ini diharap dapat mengurangkan dan akan memberi gambaran bahawa masalah stres boleh diatasi dengan berkesan. Keberkesanan kaunseling kelompok terapi rasional emotif tingkha laku akan menunjukkan cara bantuan yang boleh diberi kepada ramai klien dalam sesuatu masa tertentu yang singkat. Cara ini lebih ekonomik berbanding dengan cara kaunseling individu dan ia juga menjimatkan tenaga.

Objektif kajian

1. Mengenalpasti punca, tahap dan kesan stres (kepuasan kerja, masalah kesihatan fizikal dan mental)

Hipotesis kajian

1.Kumpulan subjek yang mengikuti rawatan kaunseling kelompok akan menunjukkan tahap stres yang lebih rendah berbanding dengan kumpulan kawalan.

2.Kumpulan subjek yang mengikuti rawatan kaunseling kelompok akan menunjukkan kepuasan kerja yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan rawatan

Page 4: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

3.Kumpulan subjek yang mengikuti rawatan akan mengalami masalah kesihatan fizikal yang lebih rendah berbanding dengan kumpulan kawalan

4.Kumpulan subjek yang mengikuti rawatan akan mengalami masalah kesihatan mental yang lebih rendah berbanding dengan kumpulan rawatan.

Kerangka teoritikal

Terapi rasional-emotif tingkah laku. (TRETL) Albert Ellis pelopor terapi, menekankan konsep bahawa “pemikiran yang tidak rasional harus dicabar supaya menjadi rasional” (1970). Berdasarkan terapi ini, gangguan emosi dikatakan berpunca daripada pemikiran yang tidak rasional. Pemikiran yang tidak rasional ini adalah akibat daripada proses dan pengaruh pembudayaan dan pembelajaran. Justeru itu, individu harus mengubah pemikiran dan kepercayaan melalui penyusunan semula persepsi dan pemikiran supaya menjadi logic melalui teknik dan tata cara yang sesuai. mengambil anaknya yang berada di pusat penjagan kanak-kanak.

B = Sistem kepercayaan yang dianuti. Pekerja wanita tersebut mempunyai sistem kepercayaan bahawa beliau seorang pekerja yang gagal sekiranya beliau tidak dinaikkan pangkat. Beliau juga percaya bahawa beliau adalah seorang pekerja yang tidak cekap sekiranya beliau tidak dapat menyiapkan laporan dalam jangka masa yang diberikan.

C = Emosi, pemikiran dan tingkah laku yang terganggu akibat dari perisitiwa (A) dan sistem kepercayaan yang dianuti (B). Dalam contoh situasi yang diberikan, pekerja wanita tersebut akan menunjukkan simtom gangguan emosi dan pemikiran. Simtom stres seperti keletihan, masalah kesihatan mental dan fizikal akan kelihatan.

D = Kaedah yang digunakan untuk menghujah, mencabar dan membetulkan sistem kepercayaan. Kaunselor akan mencabar dan menghujah dan membetulkan sistem kepercayayaan klien dengan mengatakan kegagalan beliau untuk dinaikan pangkat tidak bermakna beliau seorang yang gagal. Kegagalan itu mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti tempat yang terhad. Oleh itu, beliau boleh mencuba lagi.

E = Emosi dan tahap pemikiran individu berubah daripada tidak rasional kepada pemikiran yang rasional. Oleh itu emosi, pemikiran dan tingkah laku individu menjadi normal semula.

Page 5: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

konseptual yang mereka ambil dari berbagai teori dan penyelidikan ke atas stres dalam pelbagai bidang seperti perubatan, psikologi dan pengurusan. Model ini membantu penyelidik dan sarjana untuk mengenalpasti punca-punca stres ke atas pengurus .Model yang disarankan oleh Cooper dan Marshall mendedahkan silang rujukan antara 4 elemen iaitu sumber-sumber stress kerja, individu yang mengalami stress (tingkah laku jenis A dan lokus kawalan), strategi daya tindak dan kesan-kesan tekanan ke atas individu dan organisasi (kepuasan kerja, kesihatan mental dan fizikal).

Sumber-sumber stres.

Cooper, Sloan dan Marshall, (1988) berpendapat stres bukan hanya disebabkan oleh satu punca malah oleh rangkaian faktor.

Strategi daya tindak.

Strategi daya tindak merupakan kemampuan individu menangani stres dan tindakan ini dipengaruhi oleh sumber stres, aspek tertentu individu ataupun interaksi keduaduannya. Dalam konteks ini, strategi daya tindak merupakan kemampuan individu menangani stres dan tindakan ini dipengaruhi oleh sumber-sumber stres, aspek tertentu individu, ataupun interaksi antara kedua-duanya. fizikal, tingkah laku atau mental. Kesan fizikal pula seperti menghidap penyakit serius seperti sakit jantung, darah tinggi atau gangguan system penghadaman. Kesan mental pula seperti gangguan perasaan atau tindakan. Dari sudut organisasi, kesan yang paling jelas adalah seperti peningkatan turnover pekerja, ponteng kerja tanpa sebab, rasa tidak puas terhadap kerja dan penurunan prestasi kerja.

Page 6: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

Rajah 1: Kerangka Kajian

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

Rawatan

susulan

Tadbir

soalselidik

selepas 3

bulan

Kelompok

rawatan

TRETL

Kelompok

rawatan

Bentuk & Uji

modul TRETL

Pentadbiran

soal-selidik

Page 7: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

ISP

Ukur

semula

ISP

Page 8: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

Kajian ini adalah kajian eksperimental yang menggunakan rekabentuk pra dan posujian.

Eksperimen akan dijalankan mengikut beberapa tahap iaitu,

Tahap 1

Tahap 1 mengandungi,

(i). Pembentukan modul rawatan TRETL

(ii). Pengujian awal modul rawatan TRETL untuk melihat kesahan dan

kebolehpercayaan modul.

Tahap 2.

(i).

Pentadbiran soal-selidik ISP kepada sampel kajian untuk mengetahui tahap stres

mereka.

(ii).

Sampel yang memperolehi tahap stres yang tinggi dibahagi kepada 2 kumpulan

iaitu;

a.

kumpulan rawatan yang mengandungi kaedah kaunseling kelompok

terapi emotif tingkah laku dan relaksasi.

Page 9: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

b. kumpulan kawalan

Tahap 3

Tahap 3 mengandungi peringkat seperti berikut,

Page 10: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

(i). Tadbir semula soal-selidik ISP kepada sampel kajian untuk menguji dan

menganalisa keberkesanan modul rawatan.

Tahap 5.

Peringkat susulan.

(i).

Tadbir ISP kali ketiga selepas 3 bulan untuk menguji keberkesanan modul

rawatan.

8.2: Subjek Kajian

Subjek kajian ini terdiri daripada kalangan tentera.

8.3 : Instrumen kajian.

Instrument yang digunakan ialah:

(i)

Soal-selidik Indikator Stres Pekerja.

(ii)

Modul rawatan kausneling kelompok terapi rasional emotif tingkah laku

Soal-selidik Indikator Stres Pekerjaan

Page 11: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

Analisa data

Data akan dianalisisi secara kuantitatif dengan menggunakan pakej SPSS. Statisitik

deskriptif dan inferens seperti korelasi, ujian-t dan ANOVA akan digunakan untuk

menguji hipotesis-hipotesis.

Jangkaan Keputusan

1.

Rawatan kaunseling kelompok TRETL akan dapat mengurangkan tahap stres

pekerja.

2.

Rawatan kaunseling kelompok TRETL akan dapat meningkatkan tahap

kepuasan kerja.

3.

Rawatan kaunseling kelompok TRETL akan dapat mengurangkan masalah

kesihatan fizikal.

4.

Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap stres dengan kepuasan kerja.

5.

Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap stres dengan masalah kesihatan

fizikal.

6.

Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap stres dengan masalah kesihatan

Page 12: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

mental.

Page 13: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

1. Menjelaskan peraturan kelompok

Prosedur

1.

Ahli-ahli dikumpulkan di dalam satu bilik.

2.

Fasilitator menerangkan tujuan kajian dan melakukan aktiviti kolaj (collage)

untuk pengenalan diri.

3.

Pengkaji menjelaskan tentang etika dalam kaunseling kelompok

4.

Pengkaji menjelaskan tentang peraturan perhubungan dalam kelompok

5.

Pengkaji mendapatkan persetujuan daripada ahli-ahli tentang peraturan.

6.

Pengkaji mempelawa ahli-ahli bertanya tentang proses perhubungan kaunseling

kelompok

7.

Pengkaji menjalankan sesi perkenalan. Ini dilakukan melalui aktiviti kolaj.

Sesi 2

1.

Ahli-ahli kelompok berjumpa dan duduk dalam bulatan

2.

Fasilitator menjelaskan mengenai stres kerja. Apa dia stres kerja?. Kenapa

Page 14: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

pekerja stres. Bagaimana pekerja mengalami stres kerja?.

3.

Fasilitator meminta ahli berkongsi pengalaman mengenai perkara-perkara yang

mendatangkan stres di tempat kerja.

Page 15: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

3. Fasilitator meminta ahli-ahli mengingat semula tentang stres kerja yang dialami

di sesi terdahului.

4.

Fasilitator memberi peluang ahli-ahli bercerita mengenai pengalaman stres

pekerjaan dan cara-cara mereka gunakan untuk mengatasi masalah ini.

5.

Fasilitator merumus perbincangan sesi

Sesi 4

1.

Fasilitator memperkenalkan teknik pengurangan stres yang pertama iaitu

rasional-emotif terapi

2.

Fasilitator membuat latihan rasional-emotif melalui tahap-tahap tertentu;

1. Mengenal-pasti masalah

Sesi 5

1.

Fasilitator meminta ahli-ahli menceritakan pengalaman pengurangan stres

dengan menggunakan teknik rasional-emotif terapi.

2.

Fasilitator membuat rumusan kaunseling kelompok dengan meminta ahli-ahli

memberi pandangan tentang penglibatan mereka dalam kajian pengurangan

Page 16: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

stres.

3.

Fasilitator mengingatkan kembali mengenai etika. Fasilitator mempelawa manamana

ahli berjumpa dengan fasilitator jika terdapat masalah yang timbul

bersabit dengan kajian ini.

Page 17: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

,()g pp

therapies. Counseling Psychologist. 16(1). 96-101.

g

Lazarus, R.S. (1991). Psychological stress in the workplace. Journal of Social

Behavioural Personality 6, 1-13.

Jamal, M. (1984). Job stress and job performance controversy. An empirical assessment

organization Behaviour and Human Performance, 33, 1-24.

Kahn, A.L., Wolfe, D.M., Quinn, R.P., Snoek, J.D dan Rosenthal, R (1984).

Organizational Stress. New York: Wiley.

Kasl, I. V (1996). Theory of stress and health in Cooper, C.L (ed). Handbook of stress,

medicine and health (pp13-26). Boca Raton, FI. USA. Press Inc.

Kircaldy, B.D & Cooper, C.L (1993). The relationships between work stress and

leisure style. British and German managers. Human Relations. Vol 46(5).

Murphy, L (1984). Occupational Stress Management. A review and appraisal. Journal

of Occupational Psychology, 57, 1-15.

Murphy, L.R. (1988). Workplace interventions for stress reduction and prevention cited

in www.isma.org.uk/psycontrib.htm

Payne, R and Firth, C.J (1989). Stress in Health Professionals, Wiley Chichester.

Page 18: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja

Wan Abdul Kader Wan Ahmad (1991). Keberkesanan kaunsleing kelompok bagi

pelajar-pelajar berkebimbangan sosial dari segi kebimbangan sosial,

kebimbangan keadaan, kebimbangan trait lokus kawalan dan kesempurnaan

kendiri. Tesis untuk ijazah Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia

Watkins, C.E & Schneider, C.J (1991). Research in Counselling. Hillsdale. N.J

Erlbaum.

Williams, D.I & Irving, J.A (1999). Why are therapist indifferent to research. British

Journal of Guidance & Counselling. 27, 367-375.

Page 19: Stres Kerja Memberi Kesan Kepada Ketidakhadiran Pekerja