ulasan buku reformasi vs mahathirisme

8
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN HIA 3033 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA ULASAN BUKU KEMANA MALAYSIA? TAMPIL KE REFORMASI ANWAR ATAU KEKALKAN MAHATHIRISME – KIM QUEK Oleh NOOR HAMIZA BT MOHAMAD

Upload: kc-teoh

Post on 05-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jm

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Buku Reformasi vs Mahathirisme

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN

HIA 3033 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA

ULASAN BUKU

KEMANA MALAYSIA?

TAMPIL KE REFORMASI ANWAR ATAU KEKALKAN MAHATHIRISME – KIM QUEK

Oleh

NOOR HAMIZA BT MOHAMAD

Page 2: Ulasan Buku Reformasi vs Mahathirisme

KANDUNGAN

BIODATA 03

LATAR BELAKANG PENULISAN 04

STRUKTUR BUKU 05

RUMUSAN 08

BIODATA

Page 3: Ulasan Buku Reformasi vs Mahathirisme

Kim Quek adalah seorang pengulas politik Malaysia, yang telah tekun menulis

mengenai senario politik Malaysia sejak pemecatan Anwar pada tahun 1998.

Peristiwa yang penting sekali itu berlaku ketika negara dihenyak krisis kewangan

Asia. Tulisan beliau bersifat analitik dan perseptif dan tegas dalam memberi kritikan.

Melalui penulisan yang berani begini, beliau telah membawa kewarasan terhadap

banyak isu politik dan ekonomi yang penting masa ini.

Penulisan Kim Quek banyak dipaparkan dalam laman web tempatan seperti

Malaysiakini, Malaysia Today, Bungaraya (DAP) dan Harakah Daily.

Artikel beliau berdasarkan fakta dan analisis terutamanya mengenai skandal

berterusan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan hierarki yang tinggi

oleh Barisan Nasional. Oleh itu, tulisan beliau dianggap timbal balik daripada pihak

pembangkang dalam arus perdana yang berat sebelah.

Buku ini merupakan best seller di Malaysia.

LATAR BELAKANG PENULISAN

Page 4: Ulasan Buku Reformasi vs Mahathirisme

Buku yang saya pilih ialah Kemana Malaysia? Tampil ke Reformasi Anwar atau

Kekalkan Mahathirisme? Buku ini diterbitkan pada tahun 2006, iaitu pada era

pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke- 5

ini telah membebaskan Anwar pada 2 September 2004. Namun penulis tidaklah

memulakan penulisan beliau ketika itu, tetapi sejak awal lagi. Ketika diwawancara

oleh James Wong Wing On, ketua penganalisis Malaysiakini, beliau menyatakan

bahawa langsung tidak pernah bertemu dengan Anwar. Namun beliau tidak dapat

menahan kemarahan atas pemecatan Anwar berikutan krisis kewangan Asia pada

tahun 1997. Baginya, mahathir enggan menerima hakikat kelemahan struktur

merupakan punca utama kegagalan Malaysia. Sebuah empayar kapitalis kroni telah

dibina secara pesat dalam Dasar Ekonomi Baru. Sokongan yang padu terhadap

Anwar bukanlah kerana beliau mengenalinya. Sebaliknya, penulis yakin bahawa

Anwar adalah berbeza daripada “yang lain”. Buktinya, apabila mahathir bercuti ke

luar negara selama 2 bulan dan Anwar menjadi pemangku, beliau telah berusaha

melaksanakan undang – undang anti korupsi. Beliau telah melancarkan satu

kempen peringkat seluruh negara. Namun, sebaik sahaja Mahathir kembali,

kempennya terus mati. Kemudian, apabila krisis kewangan asia melanda, Anwar

membuat keputusan menghentikan beberapa projek besar seperti Empangan Bakun

dan juga menentang usaha penyelamatan syarikat- syarikat kroni tanpa perhitungan

yang teliti. Setelah beliau dipenjarakan, media tempatan, polis dan mahkamah

seolah – olah berkempen untuk memfitnah beliau. Peristiwa ini menguatkan penulis

untuk terus memperjuangkan hak Anwar, sebagai seorang pemimpin yang

berkaliber.

Kim Quek menulis buku ini kerana beliau tidak mahu kesalahan yang

dilakukan Mahathir dilupakan oleh manusia sejagat. Beliau juga ingin membuktikan

bahawa Anwar tidak pernah dilupakan walaupun kita dimomok-momokkan ahawa

Anwar tidak lagi menjadi isu sejak ditangkap. Senario yang penulis perhatikan sejak

pembebasan Anwar, seluruh dunia membuat liputan mengenai beliau. Beliau juga

ditemuramah terus menerus oleh media antarabangsa. Sungguhpun media di

Malaysia seakan –akan menyembunyikan beliau, namun akhbar The Times di New

York menjadikan berita pembebasan Anwar menghiasi muka depan akhbar tersebut.

STRUKTUR BUKU

Page 5: Ulasan Buku Reformasi vs Mahathirisme

Buku ini cukup teratur penulisannya. Permulaan bacaan dengan satu warkah

daripada Anwar Ibrahim cukup menarik minat pembaca untuk mengetahui lanjut

mengenai isi kandungan seterusnya. Menurut Anwar, mula mengenali Kim Quek

semasa di penjara Sungai Buloh melalui penulisannya mengenai permasalahan

negara pada ketika itu. Anwar mengulas serba sedikit penulisan Kim Quek yang

dipandang berbeza daripada penulis yang lain. Harapannya, moga karya ini dapat

meningkatkan kefahaman rakyat dan perubahan akan berlaku. Diikuti dengan

wawancara penulis bersama James Wong Wing on, ketua penganalisis Malaysiakini.

Seterusnya, mukaddimah yang secara sepintas lalu menceritakan mengenai era

pemerintahan Abdullah Badawi yang dibayangi oleh Mahathir. Dalam ruangan ini

juga, serba sedikit penulis memberi gambaran buku yang ditulis, dibuat

pembahagian kepada bahagian A dan juga B.

Dalam bahagian A, ia lebih menjurus kepada analisa beliau terhadap status

politik negara masa ini. Penulis telah merakamkan beberapa aktiviti Anwar sejak

pembebasannya untuk memberi gambaran kepada rakyat Malaysia tentang

pemimpin yang diperlukan pada masa depan. Hasrat beliau yang meluap –luap ingin

mendedahkan sifat sebenar regim Mahathir yang mencabuli hak asasi manusia

tanpa sedar. Manakala bahagian B adalah artikel – artikel yang pernah beliau tulis

selama enam tahun pembabitan beliau dalam isu Anwar. Ia telah disusun mengikut

kronologi bertujuan memudahkan imbas kembali rakyat terhadap satu per satu

sejarah yang ingin digelapkan oleh pihak tertentu.

Bahagian A : Saat Penentuan untuk Malaysia mempunyai 10 sub tajuk di

bawahnya. Ia mengupas mengenai skandal yang dihadapi oleh Pak Lah atau lebih

spesifik lagi mengenai kelemahan pentadbiran Pak Lah yang dikatakan tidak tegas

dan terlalu berlembut dengan korupsi. Buktinya, pada awal pemerintahan beliau,

beliau berjanji untuk memerangi rasuah namun golongan elit yang teguh di belakang

Mahathir sejak dulu masih lagi teguh sehingga sekarang. Beberapa contoh kes

dipertikaikan dalam buku seperti kes bangunan MATRADE (RM400 juta) yang masih

tidak siap setelah 10 tahun.

Kim Quek juga menganalisis prestasi Pak Lah sebagai perdana Menteri

reformis selama 18 bulan beliau turut menyenaraikan pencapaian pentadbiran Pak

Lah. Rangkumannya, penulis menyifatkan Pak Lah gagal melaksanakan reformis

Page 6: Ulasan Buku Reformasi vs Mahathirisme

seperti yang dijanjikan. Dalam mana – mana hierarki, apabila seorang ketua itu

menampakkan kelemahannya, orang kedua adalah cenderung menjadi lebih

perkasa. Itulah kelebihan yang dimiliki Najb. Kebangkitan Najib ditafsirkan sangat

cepat walaupun pada ketika itu, Pak Lah lebih gemar Muhyiddin Yasin menjadi

timbalannya. Namun beliau terpaksa akur terhadap kehendak Mahathir ketika itu.

Pengaruh Mahathir yang masih bertahan walaupun kerap kali beliau menyatakan

persaraan beliau dari dunia politik. Namun, campur tangan beliau membuktikan

sebaliknya. Penulis juga turut mengupas mengenai Petronas dan Proton yang

menerima Mahathir sebagai penasihat. Mahathir dikatakan menggunakan syarikat

raksaksa Malaysia ini dengan rakusnya untuk mengejar pembangunan yang

diinginkan olehnya. Ekoran persidangan UMNO pada september 2004, Mahathir

semakin kerap muncul di khalayak ramai. Pasti ada sahaja isu yang dikritik oleh

beliau. Salah satunya ialah isu PPSMI. Mahathir dengan lantangnya mengkritik

orang melayu yang hanya inginkan jalan yang mudah. Ramai ahli kabinet yang

menyokong pendirian mahathir dan penulis menyifatkan orang sekeliling ini adalah

pembodek mahathir. Apa sahaja yang dikatakan oleh beliau diibaratkan sebagai

“Godfather” oleh rakyat. Namun ia tidak bertahan lama apabila Pak Lah membuat

keputusan yang mengejutkan dunia apabila membebaskan Anwar. Mahathir dan

Najib pada ketika itu berganding untuk mempertahankan kuasa mereka.

Penulis juga menyifatkan Anwar sebagai pemimpin berkarisma dengan

menyediakan bercerita mengenai pengaruh Anwar sebaik sahaja beliau dibebaskan

dari penjara. Beliau disambut seperti wira baik oleh negara luar mahupun tempatan.

Pemimpin luar seperti Kofi Annan begitu yakin Anwar dapat memperbaiki hubungan

antara barat dan islam dengan kemampuan yang dimlikinya. Setibanya di Malaysia,

beliau menyatakan kebersediaannya untuk berjuang bersama parti pembangkang.

Bagaimana beliau berjaya meyakinkan PAS, DAP dan PKR untuk bersatu, itu

sesuatu yang harus dipuji. Apabila mula berkempen, Anwar satu persatu telah

mendedahkan kepincangan yang pernah dilakukan oleh Mahathir kerana beliau

pernah menjadi orang kedua Malaysia. Kepintaran Anwar berpidato memang tidak

dapat disangkal lagi. Beliau yang mampu menaikkan semangat sesiapa sahaja yang

mendengarnya untuk sama – sama berjuang.

Pada bahagian analisis senario politik masa depan, penulis mengkritik hebat

undang - undang yang kejam di Malaysia antaranya ISA, Akta Hasutan, Akta Polis,

Page 7: Ulasan Buku Reformasi vs Mahathirisme

Akta Rahsia Rasmi, Akta Akhbar Percetakan dan Penerbitan, AUKU dan

sebagainya. Semua akta ini mencabuli hak asasi manusia dan kebebasan sivil.

Akhbar tidak lagi menjadi pemikiran rakyat, malah medium propaganda kerajaan.

Bahagian B : Menderam Di Fajar Biru, Catatan Seorang Pemerhati Politik

Malaysia dari 1999 hinga 2005 pula memuatkan kronologi urutan masa

perbicaraan Anwar atas tuduhan korupsi dan juga sodomi. Bahagian kedua buku ini

ditulis dengan lebih serius dan teliti oleh Kim Quek. Perbicaraan Anwar atas

tuduhan rasuah diadili oleh Augustine Paul, seorang hakim yang kurang

berpengalaman yang dinaikkan pangkatnya melangkau beberapa orang hakim yang

lebih kanan daripadanya. Mahathir pula menegaskan kepada dunia bahawa beliau

mempunyai bukti yang kukuh atas pemecatan TPM ketika itu. Pihak pendakwaraya

membawatilam ke mahkamah yang didakwa mempunyai tompok – tompok air mani

milik Anwar. Manakala malang nasib si peguambela, Zainur Zakaria apabila hakim

Paul telah menghukumnya atas kesalahan menghina mahkamah. Institusi

kehakiman tidak lagi ada integriti sehingga pelantikan baru dibuat. Apabila Dzaiddin

dilantik, Mahathir tidak senang dengan keputusan itu. Dzaiddin berjanji

mengembalikan semula kuasa dan maruah institusi kehakiman yang telah dicalari

oleh Eusoff Chin. Antaranya, beliau telah membebaskan dua tahanan ISA dan juga

membatalkan hukuman ke atas peguambela Anwar.

Penulis juga menyifatkan Mahathir telah melakukan kesilapan terbesar sepanjang

kariernya iaitu penganiayaan terhadap Anwar. Penindasan selepas Pilihanraya

Umum 1999 berlaku kepada Terengganu yang selama ini menerima royalti minyak

daripada Petronas, dihentikan apabila Terengganu jatuh ke tangan pembangkang.

Analisa beliau terhadap sokongan Mahathir juga menjunam di dalam pilihanraya

kecil Lunas.

Ideologi Kim Quek dikembangkan lagi dengan melampirkan penulisan beliau selama

6 tahun di Malaysiakini. Sebanyak 81 artikel dilampirkan bersama buku ini, mengikut

kronologi dan tarikh, begitu tersusun dan mudah difahami. Antaranya ialah berkaitan

dengan masa depan UMNO, kritikan terhadap projek – projek mega Mahathir,

ketakutan Mahathir kepada IMF, beberapa skandal hutang golongan elit, perpaduan

kaum di Malaysia, ISA, AUKU,SUHAKAM dan juga kritikan hebat terhadap BPR.

Page 8: Ulasan Buku Reformasi vs Mahathirisme

RUMUSAN

Melalui pembacaan saya pada 464 muka surat Kemana Malaysia? Tampil ke

Reformasi Anwar atau Kekalkan Mahathirisme? dapat saya rumuskan bahawa

Kim Quek memainkan peranan sebagai rakyat yang tidak tega melihat kepincangan

yang berlaku di depan matanya. Walaupun sepanjang penulisan beliau, sekeras-

kerasnya beliau menolak jasa Mahathir terhadap negara ini malah dipandang

sebagai satu pembaziran. Kim Quek terlalu memandang negatif terhadap semua

yang dilakukan oleh Mahathir. Namun sebaliknya memberi penghormatan kepada

Anwar. Seorang lelaki berbangsa cina sangat menghormati seorang pemimpin

Melayu Islam adalah satu petanda yang baik.

Melalui pemahaman saya, kaum cina dan india di negara ini bukanlah

menghormati Mahathir, tetapi bersifat takut akan pemerintahan kuku besinya. Jarang

untuk melihat pengiktirafan seperti yang diberikan oleh Kim Quek terhadap Anwar.

Seorang cina yang sangat menghormati melayu. Buku ini mengajak para pembaca

berfikir untuk menggunakan kuasa yang ada bagi mengubah ke arah reformasi yang

diuar-uarkan oleh Anwar. Hanya Anwar mampu menghapuskan Mahathirisme.

Mungkin benar Anwar dianiya, mungkin juga tidak. Jadi kemanakah kita selepas ini?

Menerima reformasi Anwar atau meneruskan Mahathirisme?