ulasan artikel 2

6
USE OF CARTOONS AND COMICS TO TEACH ALGEBRA IN MATHEMATICS CLASSROOMS ULASAN ARTIKEL 2 Dalam abad ke-21 ini, perubahan dunia dalam semua bidang telah memberi makna bahawa kita harus memperkenalkan kaedah pengajaran yang baharu. Perubahan zaman ini telah memberikan suatu cabaran kepada guru untuk mencuba kaedah pedagogi yang baharu bagi menarik perhatian serta pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru, penggunaan kartun dalam matematik boleh dijadikan sebagai suatu kaedah pengajaran baharu supaya meningkatkan pemahaman murid serta mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan berbanding kaedah berpusatkan guru. Daripada pembacaan saya, artikel ini telah membincangkan tentang penggunaan kartun dan komik bagi mengajar topik algebra dalam kelas matematik. Fokus utama artikel ini ialah bagi meningkatkan tahap penguasaan murid – murid berprestasi rendah dalam subjek matematik. Oleh itu, guru – guru telah menggunakan pelbagai kaedah inovatif dalam pengajaran matematik bagi membantu murid – murid berpencapaian rendah. Salah satu daripada kaedahnya ialah penggunaan kartun dan komik. Berdasarkan artikel ini, kartun dan komik secara tradisinya dilihat sebagai “musuh” di sekolah, tetapi pada hari ini beberapa orang guru mula melihat komik sebagai alat pengajaran yang berpotensi sebagai satu cara untuk menimbulkan minat dalam mata pelajaran matematik. Kajian juga telah membuktikan bahawa kartun dan komik mempunyai daya tarikan tertentu di kalangan murid – murid sekolah. Oleh itu, penulis telah bercadang untuk membuat satu penyelidikan terhadap tahap penguasaan murid dalam topik algebra. SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2 MTE3093

Upload: subasini

Post on 15-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ulasan artikel 2

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Artikel 2

USE OF CARTOONS AND COMICS TO TEACH ALGEBRA

IN MATHEMATICS CLASSROOMS

ULASAN ARTIKEL 2

Dalam abad ke-21 ini, perubahan dunia dalam semua bidang telah memberi makna

bahawa kita harus memperkenalkan kaedah pengajaran yang baharu. Perubahan zaman ini

telah memberikan suatu cabaran kepada guru untuk mencuba kaedah pedagogi yang

baharu bagi menarik perhatian serta pembelajaran yang lebih berkesan. Justeru,

penggunaan kartun dalam matematik boleh dijadikan sebagai suatu kaedah pengajaran

baharu supaya meningkatkan pemahaman murid serta mewujudkan suasana pembelajaran

yang lebih menyeronokkan berbanding kaedah berpusatkan guru.

Daripada pembacaan saya, artikel ini telah membincangkan tentang penggunaan

kartun dan komik bagi mengajar topik algebra dalam kelas matematik. Fokus utama artikel

ini ialah bagi meningkatkan tahap penguasaan murid – murid berprestasi rendah dalam

subjek matematik. Oleh itu, guru – guru telah menggunakan pelbagai kaedah inovatif dalam

pengajaran matematik bagi membantu murid – murid berpencapaian rendah. Salah satu

daripada kaedahnya ialah penggunaan kartun dan komik.

Berdasarkan artikel ini, kartun dan komik secara tradisinya dilihat sebagai “musuh” di

sekolah, tetapi pada hari ini beberapa orang guru mula melihat komik sebagai alat

pengajaran yang berpotensi sebagai satu cara untuk menimbulkan minat dalam mata

pelajaran matematik. Kajian juga telah membuktikan bahawa kartun dan komik mempunyai

daya tarikan tertentu di kalangan murid – murid sekolah.

Oleh itu, penulis telah bercadang untuk membuat satu penyelidikan terhadap tahap

penguasaan murid dalam topik algebra. Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa

murid – murid menghadapi kesukaran dalam mempelajari topik algebra. Bagi mengatasi

masalah ini, penulis telah memberikan ideanya supaya menggunakan kartun dan komik

dalam pengajaran matematik. Maka, dalam artikel ini telah diperkenalkan kartun dan komik

bersiri pendek supaya murid – murid senang mempelajari topik algebra.

Sejujurnya, aspek yang paling menarik perhatian saya sepanjang pembacaan artikel

ini ialah kekuatan penggunaan kartun dan komik dalam pengajaran topik algebra. Penulis

artikel ini juga telah memberitahu bahawa penggunaan komik dalam pengajaran boleh

memberi peluang kepada pembinaan kemahiran dan kreativiti murid. Manakala, Tim Lam

Toh mengungkitkan dalam artikelnya bahawa guru-guru digalakkan untuk mewujudkan

peluang untuk menghasilkan kartun bersiri mereka sendiri dengan kreativiti mereka. Hal ini

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2 MTE3093

Page 2: Ulasan Artikel 2

kerana murid-murid akan berminat dan rela untuk melibatkan diri secara maksimum melalui

aktiviti sebegini.

Selain daripada itu, penggunaan kartun dan komik bersiri dalam topik algebra

membolehkan murid – murid berfikir lebih jauh dengan unsur humor. Guru – guru juga telah

bersetuju bahawa murid –murid yang berpencapaian rendah lebih suka pada lukisan. Oleh

itu, penulis menggalakkan guru – guru untuk memberikan peluang kepada murid – murid

tersebut untuk melukis kartun sambil belajar matematik. Kekuatan seterusnya ialah, kartun

dan komik juga telah menarik lebih ramai murid untuk memberikan perhatian terhadap topik

algebra. Malah, murid – murid berpencapaian rendah juga ingin melibatkan diri secara aktif

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Setiap penulisan mesti ada kelemahannya. Kelemahan yang terdapat dalam artikel

ini ialah, penggunaan ayat panjang dalam rajah 1 menimbulkan kesukaran kepada murid –

murid berpencapaian rendah untuk memahaminya. Seterusnya, artikel ini hanya memberi

fokus utama kepada murid – murid berpencapaian rendah sahaja. Sepertimana yang kita

semua tahu, komik merupakan bahan pembelajaran yang sangat sesuai untuk murid-murid

yang mempunyia gaya pembelajaran secara visual. Oleh itu, kelemahan yang dapat dilihat

adalah penggunaan komik untuk mengajar murid – murid yang mempunyai gaya

pembelajaran auditori dan kinestetik kurang berkesan jika dibandingkan dengan murid-murid

yang belajar dengan gaya pembelajaran secara visual.

Bagi mengatasi segala kelemahan yang terdapat dalam artikel ini, saya ingin

memberikan beberapa cadangan penambaikkan. Antarannya adalah, menyesuaikan

penggunaan kartun dan komik dengan gaya pembelajaran jenis visual, auditori dan

kinestetik, komik juga boleh dibina dengan menggunakan perisian yang ada di dalam

komputer. Guru-guru boleh menyelitkan suara latar dan menambah pergerakkan animasi

untuk menambahkan lagi keberkesanan komik yang dicipta. Di samping itu, pembinaan

komik juga perlu menarik minat murid. Oleh itu, guru boleh menggunakan watak-watak yang

menjadi trend dan kesukaan murid-murid masa kini sebagai watak-watak yang akan

diselitkan dalam pengajaran topik algebra.

Kesimpulannya, saya amat berharap kajian yang bakal dijalankan oleh

pengkaji pada masa hadapan dapat membuka lembaran baharu kepada kaedah strip kartun

dan komik diaplikasikan secara meluas di dalam bilik darjah secara umum dan di dalam

dunia pendidikan secara khususnya. Di harap, penggunaan kartun dan komik dapat

membentuk suasana pembelajaran yang menyeronokkan, selesa dan berkesan.

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2 MTE3093

Page 3: Ulasan Artikel 2

RUJUKAN

INTERNET

Burcu Turan (2014). Smart board in mathematics education, the use of cartoon characters

impact on student success. North Nicosia, Cyprus: Near East University. Diperolehi daripada

http://ac.els-cdn.com/S1877042814044097/1-s2.0-S1877042814044097-main.pdf?

_tid=ac0fd13a-41a6-11e5-8176

00000aab0f01&acdnat=1439462161_35f7301abe71c27bfe23359327c9b2ff.

Tin Lam Toh. Use of cartoons and comics to teach algebra in mathematics classrooms.

Singapore: Nanyang Technological University. Diperolehi daripada

https://www.mav.vic.edu.au/files/conferences/2009/12Toh.pdf

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2 MTE3093

Page 4: Ulasan Artikel 2

RUJUKANBUKU

Amir, N. & Subramaniam, R. (2007). Making a fun Cartesian diver: A simple project to

engage kinaesthetic learners. Physics Education, 42(5), 478 – 480.

Baroudi, Z. (2006). Easing students’ transition to algebra. Australian Mathematics Teachers,

62(2), 28 – 33.

Cleaver, S. (2008). Comics and graphic novels. Instructor, 117 (6), 28 – 30

Alakoc, Z. (2003). Technological Approaches to Modern Education in Mathematics

Education. The Turkish Online Journal of Educational Technology, ISSN: 1303-6521 volume

2 Issue 1 Article 7.

Baki, A. (1997). Educating mathematics teachers. Medical Journal of Islamic Academy of

Sciences, 10 (3)

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2 MTE3093