ujian cooper

13
http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/ 2011/04/kajian-berkaitan-daya-tahan.html Sistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem biologi yang menyokong sistem lain seperti sistem respiratori, sistem endokrina dan sebagainya berfungsi dengan berkesan. Sistem kardiovaskular memainkan peranan yang penting untuk mengangkut oksigen kepada sel dan membawa keluar sisa metabolisme serta produk sel ke bahagian lain tubuh. Dalam sistem kardiovaskular terdapat tiga bahagian utama iaitu jantung, darah dan pembuluh darah. Powers dan Howley (2004), menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan tubuh badan bagi mengangkut oksigen ke seluruh badan bagi menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam menjalani aktiviti fizikal. Semasa latihan, badan seseorang perlu meningkatkan keupayaan dan daya tahan kardiovaskular supaya dapat menghasilkan kerja dengan menggunakan jumlah oksigen yang maksimum. Dalam latihan, badan dapat menyesuaikan struktur dan fungsinya agar dapat membenarkan sistem kardiovaskular menghantar jumlah oksigen yang maksimum ke anggota tubuh yang bekerja dan meningkatkan penggunaan oksigen. Corbin dan Lindsey (2005), menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah kemampuan tubuh seseorang dalam melakukan aktiviti dalam jangka masa panjang tanpa henti. Daya tahan kardiovaskular memerlukan jantung yang kuat, paru-paru yang sihat dan salur darah yang baik untuk membekalkan sel badan dengan oksigen. Bagi mengukur tahap keupayaan daya tahan kardiovaskular atau kecergasan aerobik seseorang atlet, banyak ujian-ujian telah dibina yang mana masing-masing mempunyai batasan atau limitasi tertentu seperti kesahan yang rendah. Antara jenisjenis ujian yang telah dibina untuk menguji daya tahan kardiovaskular adalah ujian Bleep (20m shuttle run test, Pacer), ujian Aero, ujian Protokol Bruce, ujian Treadmill Balke, ujian Yo-Yo, ujian berjalan satu batu, ujian berlari 1.5, 2, dan 3 batu, ujian berlari 15 minitBalke, ujian Cooper, ujian berjalan Rockpot, ujian berjalan 2 batu, ujian VO 2 max, dan pelbagai variasi ujian menapak. Kajian demi kajian terus dijalankan oleh para pengkaji untuk memajukan bidang ini supaya hasilannya dapat digunakan untuk pengukuran yang lebih berkesan dan efisen yang dapat membantu

Upload: mimimichellemichael

Post on 13-Sep-2015

330 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/04/kajian-berkaitan-daya-tahan.htmlSistem kardiovaskular merupakan salah satu sistem biologi yang menyokong sistem lain seperti sistem respiratori, sistem endokrina dan sebagainya berfungsi dengan berkesan. Sistem kardiovaskular memainkan peranan yang penting untuk mengangkut oksigen kepada sel dan membawa keluar sisa metabolisme serta produk sel ke bahagian lain tubuh.

Dalam sistem kardiovaskular terdapat tiga bahagian utama iaitu jantung, darah dan pembuluh darah. Powers dan Howley (2004), menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan tubuh badan bagi mengangkut oksigen ke seluruh badan bagi menghasilkan tenaga untuk digunakan dalam menjalani aktiviti fizikal. Semasa latihan, badan seseorang perlu meningkatkan keupayaan dan daya tahan kardiovaskular supaya dapat menghasilkan kerja dengan menggunakan jumlah oksigen yang maksimum. Dalam latihan, badan dapat menyesuaikan struktur dan fungsinya agar dapat membenarkan sistem kardiovaskular menghantar jumlah oksigen yang maksimum ke anggota tubuh yang bekerja dan meningkatkan penggunaan oksigen.

Corbin dan Lindsey (2005), menyatakan bahawa daya tahan kardiovaskular adalah kemampuan tubuh seseorang dalam melakukan aktiviti dalam jangka masa panjang tanpa henti. Daya tahan kardiovaskular memerlukan jantung yang kuat, paru-paru yang sihat dan salur darah yang baik untuk membekalkan sel badan dengan oksigen. Bagi mengukur tahap keupayaan daya tahan kardiovaskular atau kecergasan aerobik seseorang atlet, banyak ujian-ujian telah dibina yang mana masing-masing mempunyai batasan atau limitasi tertentu seperti kesahan yang rendah. Antara jenisjenis ujian yang telah dibina untuk menguji daya tahan kardiovaskular adalah ujianBleep(20m shuttle run test, Pacer), ujianAero, ujian ProtokolBruce, ujianTreadmill Balke, ujianYo-Yo, ujian berjalan satu batu, ujian berlari 1.5, 2, dan 3 batu, ujian berlari 15 minitBalke, ujianCooper, ujian berjalanRockpot, ujian berjalan 2 batu, ujian VO2max, dan pelbagai variasi ujian menapak.

Kajian demi kajian terus dijalankan oleh para pengkaji untuk memajukan bidang ini supaya hasilannya dapat digunakan untuk pengukuran yang lebih berkesan dan efisen yang dapat membantu guru pendidikan jasmani dan jurulatih melaksanakan program pengukuran keupayaan daya tahan kardiovaskular. Ia juga dapat membantu individu yang ingin meningkatkan daya tahan kardiovaskular.Ujian kecergasan terutama daya tahan kardiovaskular menjadi sangat penting dansering dijalankan untuk mengukur tahap kecergasan seseorang. Beberapa pengkajiberpendapat, latihan akan dapat meningkatkan kecergasan terutamanya daya tahankardiovaskular.

Dr. Iakata et. al (1996) telah mengkaji kesan latihan terhadapkecergasan kardiovaskular di kalangan orang tua. Sampel kajian terdiri daripada 10orang lelaki sedentari dan 8 orang atlit terlatih berusia 58 tahun hingga 62 tahun.Lelaki sedentari berlatih selama 32 minggu, manakala atlet menghentikan latihanmereka selama 12 minggu. Pengkaji menguji kapasiti aerobik dan keupayaankardiovaskular subjek semasa permulaan dan pada akhir kajian denganmenggunakanTreadmill. Kajian mendapati bahawa keupayaan kardiovaskularsubjek meningkat semasa menjalani latihan.Melalui latihan, lelaki sedentari dapatmeningkatkan fungsi manakala atlet yang menghentikan latihan akan menurun.

Pada tahun yang sama, Melanson, Freedson dan Jugbluth (1996) pula telah menjalankan kajian ke atas pelari ( N = 16 ), peluncur in-line skating ( N = 19 ) dan individu yang tidak mendapat latihan sistematik ( N = 7 ). Kajian ini adalah untuk menguji hipotesis latihan larian dan latihan in-line skating dalam peningkatan kardiorespiratori. Kajian yang dijalankan adalah ujian pra dan post VO2max dan ujiantreadmill(maximal treadmill). Selepas sembilan minggu, didapati peningkatan VO2max boleh dicapai melalui intensiti latihan.

Mc Ardle dan Katch & Katch (1996) pula telah menjalankan kajian tentang perbezaan keupayaan VO2max di antara lelaki dan wanita. Hasil kajian mendapati bahawa 15% -30% VO2max wanita lebih rendah berbanding VO2max lelaki dalam kumpulan yang sama. Perbezaan VO2max di antara lelaki dan wanita dipengaruhi oleh perbezaan komposisi tubuh dan kepekatan hemoglobin. Walaubagaimanapun, kapasiti aerobik wanita yang aktif secara amnya lebih tinggi berbanding lelaki sedentari.

Carroll, Cooke dan Butterly (2000), pula telah menjalankan kajian melihat perkaitan antara laporan aktiviti fizikal kesenggangan kendiri (LTPA) dan VO2max denganviscosity plasmadan konsentrik hemtokrit (Hct). Kajian ini dijalankan ke atas subjek lelaki pertengahan umur . Hasil kajian menunjukkan pertalian antara LTPA dan VO2max dengan viscosity plasma dan konsentrik Hct di kalangan subjek tidak merokok dan kumpulan sosio-ekonomi tinggi.

Penggunaan ujian daya tahan kardiovaskular juga digunakan bagi melihat keberkesanan sesuatu latihan. Millet , Jaouen , Borrani dan Candau (2002), telah menjalankan kajian latihan daya tahan yang mempengaruhi ekonomi larian dan pengambilan oksigen (VO2)dalam latihan berat dengan berlandaskan fasa primari dan komponen VO2. Kajian yang dijalankan ke atas lima belas atlet selama empat belas minggu menggunakan ujian larian padang, larian 300 meter, ujian lompatan dan pengukuran kekuatan konsentrik lower-limb bertujuan menilai pengaruh kombinasi latihan bebanan dan latihan daya tahan ke atas ekonomi larian dan kinetik VO2 bagi atlet jarak jauh. Hasilan kajian mendapati latihan beban membantu meningkatkan kekuatan maksimum dan ekonomi larian dengan tiada pengaruh secara langsung ke atas VO2 kinetic dalam latihan berintensiti tinggi.

Carter, Banister dan Blaber (2003), pula telah menjalankan kajian tentang kesan umur dan jantina ke atas perubahan kadar nadi selepas latihan daya tahan. Kajian tersebut telah dijalankan selama dua belas minggu ke atas dua puluh empat subjek pelari jarak jauh yang dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan umur dan jantina iaitu subjek berumur 19 21 tahun seramai 6 lelaki dan 6 perempuan.Manakala dua lagi kumpulan adalah subjek berumur 40 45 tahun seramai 6 lelaki dan 6 perempuan. Hasil kajian mendapati berlaku pengurangan yang jelas kadar denyutan jantung pada keadaan rehat pada empat kumpulan umur tersebut. Walau bagaimanapun kumpulan subjek berumur 19 21 tahun menunjukkan pertambahan yang banyak dalam jumlah kuasa selepas program tamat.Perkembangan ujian menapak selepas ujian menapakHarvarddiperkenalkan sangat pesat. Pelbagai variasi daripada ujian ini muncul dengan dapatan-dapatan kajian yang meyakinkan. Sykes (1998), telah membina ujian menapakChesteryang digunakan di United Kingdom. Ketinggian bangku yang digunakan adalah pelbagai berdasarkan umur dan sejarah aktiviti fizikal subjek. Ketinggian bangku adalah antara 0.15m hingga 0.30m. Subjek perlu menapak sebanyak 15 kali seminit dan tempo akan meningkat kepada 20 kali seminit selepas dua minit. Apabila subjek mencapai 80% kadar nadi maksimum, ujian akan dihentikan. Pengukuran adalah berdasarkan skala yang telah disediakan.

Buckley et al (2004), menjalankan ujian untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaanChester Step Test (CST)dalam mengukur VO2max dan sebagai latihan aerobik. UjianCSTdijalankan sebanyak dua kali pada hari yang berlainan. Subjek kajian adalah 7 lelaki dan 6 perempuan dengan purata umur 22.4 tahun. Kadar nadi, VO2max dan kadar penggunaan tenaga diukur dalam setiap fasaCST. Hasil dapatan kajian menunjukkan, kesahanCSTuntuk mengukur VO2max dipersoalkan tetapi mempunyai kebolehpercayaan berasaskan uji-ulanguji.

Pramanik (2001), pula menjalankan ujian kecergasan fizikal ke atas pelajar perubatan di Kathmandu, Nepal dengan menggunakan ujian menapak. Subjek teridiri daripada 62 lelaki dan 44 perempuan berumur antara 18-19 tahun. Ketinggian bangku yang digunakan ialah 10 inci dengan ritma 20 tapakan seminit.Ujian dijalankan selama 3 minit. Kadar nadi selama 30 saat selepas tamat ujian iaitu antara 1-1.5 minit, 2-2.5 minit dan 3-3.5 minit.Indeks Kecergasan Fizikal (PFI) dikiramenggunakan formula berikut:

Jangkamasa LatihanPFI = ------------------------------------------- x 1002 x (3 kadar nadi pemulihan)

Norma bagi kecergasan fizikal yang digunakan adalah < 40 (sangat lemah), 41-50 (lemah), 61-70 (sederhana), 71-80 (cergas) dan 81-90 (sangat cergas).Dapatan kajian menunjukkan, kecergasan 10.4% pelajar di kolej tersebut lemah, 23.6% sederhana, 39.6% cergas, dan 17.9% sangat cergas.

Tidak ketinggalan Chiasson dan Tremblay (2002), menggunakan ujian menapakCanadian Home Fitness Testsebagai salah satu ujian dalam bateri ujiannya untuk menguji kecergasan fizikal pelajar kolej. Subjek kajian adalah pelajar kolej lelaki (423) dan perempuan (427) yang berumur antara 17-20 tahun. Hasil dapatan kajian menunjukkan, ujian menapak merupakan ujian yang dapat mengesan perbezaan yang nyata terhadap adipositi.

Ujian menapakQueen Collegepula digunakan oleh Satipati Chatterjee, Pratima Chatterjee dan Amit Bandyopadhyay (2003), untuk menguji kesahan dalam mengukur VO2max di kalangan pelajar perempuan. Subjek kajian adalah 40 pelajar perempuan yang tidak aktif dan mempunyai sosioekonomi yang sama dari universiti Calcutta, Kolkata.Scholander micro-gas analyzerdigunakan untuk menganalisis VO2max secara langsung selepas subjek menjalani latihan berbasikal. Pengukuran secara tidak langsung menggunakalan protokol ujian menapakQueen College. Dapatan kajian menunjukkan, ujian ini dalam bentuk asal tidak boleh digunakan untuk mengukur VO2max secara terus tetapi boleh diubahsuai untuk digunakan terutama jika ketiadaan peralatan ujian makmal.

Sementara itu Stanley Sai-chuen Hui dan Peggy Pui-Yee Cheung (2004), telah menjalankan ujian menapak 3 minit yang berbeza ritma ( 22, 26 dan 30 tapakan seminit) untuk menilai ujian menapak 3 minit dengan kadar tapakan yang manakah mempunyai kesahan yang tinggi. Subjek kajian merupakan 50 kanak-kanak berbangsa Cina dengan purata umur 8.92 tahun. Ketinggian bangku yang digunakan ialah 30.5cm. Kadar nadi direkodkan selama 15 saat setelah subjek menamatkan setiap ujian.VO2max subjek diuji dan diukur menggunakan protokolujiantreadmill. Ujiananthropometricjuga dilakukan ke atas subjek. Setiap ujian menapak 3 minit yang dijalankan dikorelasikan dengan ujiantreadmilldananthropometric. Hasil dapatan kajian menunjukkan, ujian menapak 3 minit dengan 26 minit tapakan seminit mempunyai kesahan yang paling tinggi dan merupakan ujian yang sesuai untuk menguji daya tahan kardiovaskular kanak-kanak berbangsa Cina.

Selain ujian menapak, ujianBleepjuga merupakan ujian yang sangat popular dan dilihat lebih dominan bagi menguji daya tahan kardiovaskular. UjianBleepsemakin berkembang dengan pelbagai nama digunakan seperti20m multi stagefitness, Leger Shuttle RundanPacer. M.K. Stickland (2003), menjalankan kajian untuk menguji ketepatan ujian20m Multi Stage Run Testbagi menganggar VO2submax di kalangan remaja.Sampel kajian terdiri daripada 60 lelaki dan 62 wanita(umur 25.3 25.1).

Persamaan secara regressi oleh Leger et al (1988), dan Leger dan Goudry (1989), diuji secara sistematik untuk kedua-dua jantina sampel secara berasingan. Hasil kajian mendapati ujian secara berasingan antara gender menunjukkan ketepatan yang lebih tinggi dalam menganggar VO2submax mengunakan ujian20m Multi Stage Run Test.Tomkinson et al (2003), pula telah menjalankan analisis penurunan prestasi aerobik berdasarkan 55 kajian yang dijalankan di 11 negara menggunakan20mShuttle Run Test. Data dikumpul dari tahun 1981-2000. Jumlah subjek yang terlibat dalam kajian dan analisis ini adalah 129882 orang kanak-kanak dan remaja. Hasil analisis tersebut menunjukkan prestasi kecergasan kanak-kanak dan remaja semakin menurun dari tahun 1981 hingga 2000 pada kadar 0.43% setahun kerana trend gaya hidup sekular yang semakin berkembang.

Eider Onate et al (2006), turut menjalankan kajian untuk menguji kesahan ujian20m Multi Stage Run Testdalam mengesan penyakit asma yang digunakan dalam Program Pendidikan Jasmani di Sepanyol. Sampel kajian terdiri daripada 826 orang pelajar (460 lelaki dan 366 perempuan) berumur antara 6 hingga 12 tahun. Ujian dijalankan menggunakan kaedah silang antara ujian20m Multi Stage Run Test, Larian secara bebas dan item soalanInternational Asthma and Allergies inChildhood (ISAAC).Kajian mendapati bahawa ujian20m Multi Stage Run Testtidak sah untuk mengenal pasti kanak-kanak yang menghidap penyakit asma.

Aziz A.R. et al (2004), menjalankan kajian perbandingan prestasi pemain bola sepak berdasarkan posisi antara ujian20m Multi Stage Shuttle Run Test, Yo-yoIntermitten TestdanTreadmill. Subjek terdiri daripada 21 orang pemain bola sepak remaja kebangsaan Singapura.Hasil kajian mendapatiYo-yo Intermitten Testtidak signifikan dengan VO2max daripada ujian yang dijalankan menggunakan20m MultiStage Run Testdantreadmill. Namun begitu, bagi menguji daya tahan kardiovaskular pemain bola sepakYo-yo Intermitten Testlebih sesuai digunakan berbanding20m Multi Stage Run Test.

Selepas kajian perbandingan prestasi pemain bola sepak berdasarkan posisi antara ujian20m Multi Stage Shuttle Run Test, Yo-yo Intermitten TestdanTreadmill,Aziz A.R. et al. (2005), menjalankan pula kajian perbandingan Maximal Oxygen Uptake (MOuptake) dalam ujian20m Multi Stage Run Testdengan ujiantreadmill. Subjek terdiri daripada 8 atlet yang terlibat dalam sukan daya tahan dan 8 atlet yang terlibat dalam sukan berpasukan. Hasil kajian mendapati MOuptake dalam20mMulti Stage Run Testlebih rendah berbanding dalam ujian treadmill bagi atlet daya tahan tetapi sama bagi atlet berpasukan. Hasil kajian, penyelidik membuat kesimpulan, jenis sukan khusus merupakan faktor penting dalam menguji VO2submax terutama bagi atlet daya tahan.

Sementara itu, Flouris A.D. et al (2005), telah menjalankan kajian meningkatkan keberkesanan ujian20m Multi Stage Shuttle Run Testmenggunakan algorithma.Subjek kajian terdiri daripada 110 lelaki remaja.Portable gaz analyzerdigunakan dalam ujian treadmill untuk menentukan tahap VO2max daripada 70 subjek untuk mendapatkan kesahan silang. Hasil kajian mendapati algorithma untuk VO2CR menggunakan20m Multi Stage Shuttle Run Testdapat meningkatkan kecekapan ujian ini dalam menentukan aspek kesihatan dan kecergasan.

Jantine D. Slinger et al (2006), telah mengkaji perhubungan antara ujian prestasi aerobik dengan bentuk tubuh. Subjek terdiri daripada 502 orang kanakkanak berumur antara 10 15 tahun. Subjek kajian terdiri daripada 53% subjek lelaki dan 47% perempuan. Subjek menjalani menjalani ujian basikalergometerdanShuttle Rununtuk menguji prestasi aerobik.Body Mass Index (BMI)dan peratus lemak (menggunakan skin fold) diukur untuk mengiraFat Free Mass Normalised tothe stature (FFMI)danFat Mass Normalised to Stature (FMI). Hasil kajian mendapati terdapat perhubungan antara bentuk tubuh dan prestasi dalam ujian aerobik.

Ash et al (2007), telah mengkaji persamaan dalam menganggarkan VO2peak menggunakanLeger 20m Shuttle Run (LST)dan tindak balas denyutan nadinya. Sampel terdiri daripada 17 wanita berumur antara 11 hingga 20 tahun dan 17 lelaki berumur antara 23 hingga 25 tahun.Subjek menjalani ujian treadmill danLST. Hasil kajian mendapati keputusan LST berada di bawah atau di atas anggaran VO2max berbandingtreadmill. Hasil kajian mencadangkanBody Mass Index (BMI)dan kadar nadi submaximal boleh digunakan untuk menganggarkan VO2max .

John Cairney (2007), menjalankan kajian kesan motivasi ke atas pengukuran kecergasanaerobik yang menggunakan ujian lapangan. Subjek kajian terdiri daripada 2245 orang pelajar berumur 9 tahun dripada 75 buah sekolah di Kanada. Penyelidik menggunakan ujianChildren Self-perception for Physical Activity Scale(SSAPPA)untuk menentukan tahap motivasi subjek terhadap aktiviti fizikal danLeger Shuttle Run Testuntuk menentukan kapasiti aerobik. Hasil kajian mendapati terdapat perhubungan yang signifkan antara tahap motivasi dan kapasiti aerobik. Penyelidik menjelaskan, penghargaan kendiri mempunyai perhubungan yang sangat kompleks dengan ujian prestasi.

http://cikguwanupsi.blogspot.com/2009/09/cooper-test.htmlPENGENALAN Ujian Cooper adalah satu bentuk ujian berlari ataupun berjalan dalam tempoh masa yang telah di tetapkan dalam masa (12minit) yang dijalankan di padang ataupun balapan dan merupakan satu aktiviti yang di gunakan sebagai salah satu ujian yang di jalankan terhadap seseorang untuk menguji tahap kecergasan kardiovaskular seseorang individu tersebut. Ujian ini sebenarnya melibatkan pengguanaan sistem tenaga aerobik di mana ia dijalankan pada intensiti yang rendah tetapi jangka masa yang panjang dan penggunaan oksigen yang lebih lama serta memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Ujian ini sebenarnya telah di asaskan oleh Keeneth H. Cooper pada tahun 1968 bretujuan untuk menguji kecergasan dalam pasukan tentera Amerika Syarikat. Selain daripada itu, ujian cooper ini juga adalah membantu pelaku menentukan VO2 max dengan ketepatan yang munasabah, dan tanpa keperluan peralatan yang mahal. Ujian ini memerlukan seseorang individu berjalan ataupun berlari mengikut masa yang ditetapkan dalam tempoh 12 minit dalam balapan yang berukuran 400meter panjang dan setiap 50meter di tandakan jarak dengan menggunakan kon. Apa yang di maksudkan di sini ialah masa akan mempengaruhi jarak larian seseorang. Selepas 12minit pengadil atau pencatat masa akan mengambil jarak yang dapat di lakukan oleh individu atau pelaku berkenaan dalam tempoh masa tersebut.Jadi apa yang dapat kita jelaskan di sini ialah ujian cooper adalah bagi mengukur jarak dalam masa yang di tetapkan. Mengikut pada kajian luar Negara,ujian cooper ini sesuai di jalankan oleh pelaku samada lelaki ataupun wanita mengikut peringkat umur.

KAITAN UJIAN COOPER DENGAN FISIOLOGI Menurut Mc Ardle ( 1991 ) daya tahan kardiovaskular boleh didefinisikan sebagi kemampuan otot-otot atau jantung melaksanakan kerja berulang-ulang kali untuk mengatsi rintangan atau beban yang tinggi pada jangka masa yang panjang dan dapat mengatasi kelesuan.Daya tahan kardiovaskular merupakan keupayaan jantung dan system peredaran darah berfungsi secara berterusan semasa seseorang itu melakukan kerja untuk tempoh masa yang lama. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi efisien tiga komponen seperti :- Paru-paru Jantung Saluran darah Oleh itu, ujian ini penting kerana melibatkan komponen komponen kecergasan dalam tubuh manusia OBJEKTIF UJIAN COOPER Di antara objektif yang dapat di peroleh semasa menjalankan ujian cooper dalam masa yang di tetapkan dalam tempoh 12 minit ini ialah :- Dapat menentukan tahap kecergasan kardiorespiratori seseorang individu. Menentukan tahap keupayaan dan kecergasan kardiovaskular dalam diri seseorang. Bagi menentukan kadar VO2 max setiap pelaku ataupun atlet yang menjalani ujian ini.

KELEBIHAN UJIAN COOPER Setiap ujian ataupun aktiviti latihan yang di jalankan mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Di antara kelebihan melakukan ujian cooper ini ialah :- Ujian ini dijalankan dengan had masa yang telah ditetapkan. Boleh dijalankan dalam kumpulan yang ramai ataupun di lakukan secara individu. Ujian ini tidak memerlukan peralatan yang mahal hanya memrlukan perbelanjaan yang sedikit kerana alatan ujian ini adalah ringkas dan mudah di kendalikan. Satu ujian kardiovaskular yang mudah dan dapat menghasilkan keputusan yang tepat jika di lakukan dengan betul. Ujian ini sebenarnya dijalankan dalam persekitaran yang terbuka dan bukan di jalankan di dalam makmal.

KEKURANGAN UJIAN COOPER Walaupun ujian ini mempunyai banyak kelebihannya, namun begitu terdapat juga beberapa kelemahan pada ujian cooper ini. Ujian cooper sebenarnya bergantung kepada keadaan persekitaran kerana jika cuaca hujan maka ujian tidak dapat dijalankan dengan sempurna Bentuk ujian cooper ini juga adalah cepat mengundang seseorang pelaku itu keletihan. Setiap pelaku yang kekurangan daya tahan berkemungkinan tidak menghabiskan latihan ini.

KAJIAN LETERATUR UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR MASA LAMPAU Kajian pada masa lampau dalam ujian cooper melihatkan bagaimana ujian ini telah di jalankan oleh Kenneth H. Cooper pada tahun 1968 bertujuan untuk menguji kecergasan dalam pasukan tentera Amerika Syarikat.

UJIAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR MASA KINI DI MALAYSIA Kajian ini ingin melihat kebolehpercayaan Ujian Larian/Berjalan Satu Batu, Ujian Larian/Berjalan Satu Setengah Batu dan Ujian PACER dan tahap persetujuan rujukan kriteria dan rujukan norma berbanding dengan noma ujian yang telah diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM dan American College of Sports Medicine (ACSM, 1999). Ketika ini pelbagai ujian lapangan digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan bagi tujuan mengukur tahap kecergasan kardiovaskular di kalangan pelajar sekolah menengah Malaysia. Di antara ujian lapangan yang biasa digunakan bagi tujuan tersebut ialah Ujian Larian/Berjalan Satu Setengah Batu, Ujian Larian/Berjalan Satu Batu dan Ujian PACER. Persoalannya ialah sejauhmanakah kebolehpercayaan setiap satu ujian tersebut dapat diterima pakai di negara kita bagi menganggarkan tahap kemampuan pengambilan isipadu maksima oksigen pelajar lelaki dan perempuan berumur 13, 14 dan 15 tahun. Sejauhmanakah anggaran kebolehpercayaan rujukan kriteria bagi Ujian Larian/Berjalan Satu Batu dan Ujian PACER serta Indeks Jisim Badan melalui proportion of agreement ( Pa ) dan modified kappa ( Kq ) dengan menggunakan piawaian FITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobics Research, 1992) ke atas pelajar lelaki dan perempuan berumur 13, 14 dan 15 tahun. Sejauhmanakah anggaran kebolehpercayaan rujukan kriteria bagi Ujian Larian/Berjalan Satu Setengah Batu melalui proportion of agreement ( Pa ) dan modified kappa ( Kq ) dengan menggunakan piawaian American College of Sports Medicine (ACSM, 1999) ke atas pelajar lelaki dan perempuan berumur 13, 14 dan 15 tahun.

KAEDAH / METHODOLOGI UJIAN COOPER Kajian untuk menguji tahap kecergasan seseorang pelaku yang menjalaninya. Membantu setiap pelaku atau individu menentukan VO2 max dengan ketepatan yang munasabah, dan tanpa keperluan semasa peralatan yang mahal. Dijalankan di padang ataupun trek olahraga. Untuk mendapatkan garisan permulaan sudut 45 hendaklah di tentukan Masa di tetapkan 12 minit bagi setiap pelatih. Setiap kon diletakkan pada jarak 50 meter. VO2MAX diperoleh berpandukan formula: (Distance covered in metres - 504.9) 44.73 Berlari mengelilingi trek balapan. Dilakukan secara solo atau berkumpulan. Keputusan ujian diambil kira dari :- jarak larian jantina Umur PROSEDUR UJIAN COOPER Pastikan ujian dijalankan di padang / balapan Padang / balapan mestilah berukuran 400 meter Memerlukan seorang pencatat masa/jarak Pelatih terlebih dahulu di minta untuk memanaskan badan dengan berjoging dan meregangkan otot sebelum ujian. Masa ujian di tetapkan 12minit Pelatih dibenarkan berjalan atau berlari dan jarak akan di ambil selepas pelatih menghabiskan ujian dalam tempoh 12minit. Pastikan peralatan ujian berfungsi dengan baik Pastikan di setiap kon penanda 50m terdapat pencatat masa / jarak Pastikan pelatih/atlet menghabiskan larian 12minit di garisan penamat yang di tetapkan. Lelaki umur (tahun) Tahap kecergasan untuk jarak (km) yang dilalui dalam masa 12minit Sangat lemah Lemah Sederhana Baik Sangat baik Bawah 30 2.80 30-39 2.64 40-49 2.48 50-59 2.40 Jadual ini menunjukkan pengukuran aerobik Cooper yang piawai bagi lelaki sihat. Apakah tahap kecergasan seorang lelaki yang sihat berumur 45 tahun yang telah berlari sejauh 1.75 km dalam masa 12 minit ? VO2 max = ( jarak larian dalam meter) 505 /45 = _____________ ml/min/kg.