borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filesubjek akan menjalani ujian cooper sebagai pre-test,...

24
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERBEZAAN PENINGKATAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR DALAM LATIHAN TREADMILL BERBANDING DENGAN LATIHAN PADANG BAGI PELAJAR SAINS SUKAN UTM, SKUDAI, JOHOR. SESI PENGAJIAN: 2005/2006 Saya LIM CHEW PENG (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 28, TMN. PETANI JAYA, PN. HALIJAH BINTI IBRAHIM 08000 SUNGAI PETANI, Nama Penyelia KEDAH. Tarikh: 19 APRIL 2006 Tarikh: 19 APRIL 2006 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: hoangthuy

Post on 05-Aug-2019

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERBEZAAN PENINGKATAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR

DALAM LATIHAN TREADMILL BERBANDING DENGAN LATIHAN

PADANG BAGI PELAJAR SAINS SUKAN UTM, SKUDAI, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya LIM CHEW PENG(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan diPerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHADDisahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:28, TMN. PETANI JAYA, PN. HALIJAH BINTI IBRAHIM08000 SUNGAI PETANI, Nama PenyeliaKEDAH.

Tarikh: 19 APRIL 2006 Tarikh: 19 APRIL 2006

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ...............................................

Nama Penyelia : Pn. Halijah Binti Ibrahim

Tarikh : 20 April 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

i

PERBEZAAN PENINGKATAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR DALAM

LATIHAN TREADMILL BERBANDING DENGAN LATIHAN PADANG BAGI

PELAJAR SAINS SUKAN, UTM SKUDAI, JOHOR.

LIM CHEW PENG

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..............................

Nama Penulis : Lim Chew Peng

Tarikh : 19 APRIL 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

iii

DEDIKASI

Buat ayah dan ibu yang tersayang, kejayaan ini ditujukan khas buatmu.

Pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan kepada saya tidak dapat ku lupakan.

Selagi hayat ini masih ada, akan saya abadikan buat ayah dan ibu tersayang. Sekali

lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih khas buat,

Ayah

LIM TONG WAH

Ibu

TEH BEE BEE

Adik

LIM YOKE PENG

Adik

LIM KHAI PENG

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

iv

PENGHARGAAN

Ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga buat keluarga tersayang

terutama ayah dan ibu yang memberi sokongan yang tidak ternilai buat saya. Selain

itu, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana

Muda, iaitu Pn. Halijah Binti Ibrahim kerana beliau telah banyak memberi

bimbingan, tunjuk ajar, nasihat, bantuan dan usaha yang tidak jemu dalam menolong

saya menyempurnakan projek ini.

Di samping itu, rakaman terima kasih diucapakan kepada sepuluh orang

subjek yang terdiri daripada pelajar Sains Sukan UTM, Skudai, Johor yang rela

mengorbankan masa keemasan mereka untuk menolong saya menjayakan kajian

tersebut.

Tidak ketinggalan di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya iaitu Wong Moon Hooi,

Lam Sui Heng dan Kong Chee Onn yang banyak memberi sokongan dan bantuan

kepada saya dalam usaha menyiapkan projek ini. Akhir sekali sekali, saya ingin

mengucapkan terima kasih kepada sesiapa saya terlupa sebut diatas.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

v

ABSTRAK

Kaedah latihan merupakan salah satu faktor utama bagi menentukan prestasi

seseorang atlit dalam bidang sukan yang diceburinya. Terdapat banyak teknik-teknik

latihan yang dapat meningkatkan prestasi seseorang atlit terutamanya daya tahan

kardiovaskular. Sehubungan itu, kajian yang berbentuk esperimental dijalankan

untuk melihat perbezaan peningkatan daya tahan kardiovaskular dalam latihan

treadmill berbanding dengan latihan padang bagi pelajar Sains Sukan, UTM Skudai,

Johor. Selain itu, penyelidik juga mendapatkan persepsi subjek terhadap kaedah

latihan yang digunakan. Sebagai ujian perbandingan, sebanyak sepuluh orang subjek

yang terdiri daripada pelajar Sains Sukan telah dipilih untuk menjalankan kajian

tersebut. Subjek dibahagi kepada dua kumpulan iaitu lima orang menjalani latihan

treadmill dan lima orang lagi menjalani latihan padang. Subjek akan menjalani Ujian

Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat

minggu dan akhir sekali subjek akan menjalani post-test iaitu Ujian Cooper. Subjek

juga akan menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Data yang dikumpulkan dan

dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan SPSS. Keputusan

analisis menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi ujian pre dan

pos terhadap peningkatan daya tahan kardiovaskular dengan menggunakan latihan

treadmill. Manakala tiada perbezaan yang signifikan bagi ujian pre dan pos terhadap

peningkatan daya tahan kardiovaskular dengan menggunakan latihan padang.

Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan peningkatan daya tahan kardiovaskular

dalam latihan dengan treadmill berbanding dengan latihan padang bagi pelajar Sains

Sukan UTM Harapan agar pengkaji lain dapat meneruskan kajian ini supaya

pengesahan dapatan kajian dapat dipertingkatkan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

vi

ABSTRACT

The method of training is one of the main factors to determine an athlete’s

performance in the field of sports. Many training methods are available to upgrade an

athlete’s performance especially his cardiovascular endurance. This research is

experimental based. The main objective of the research is to find out the difference

between the improvement in cardiovascular endurance by using the treadmill training

and field training. The subjects in the research are undergraduates of sport sciences,

UTM. In addition, the researcher also wish to obtain the perception of all subjects

towards the method of training based. Ten subjects have been selected to run the

fitness test. Five of the subjects used the treadmill for training while the other five

did the field training. The subjects are exposed to a pre-test, followed by four weeks

of official training and ended by a post-test. Questionnaires were also distributed to

the subjects. The data collected were analysed by using Microsoft Excel and SPSS.

Analysis from the research shows that there is indeed a significant improvement in

cardiovascular endurance for pre-test and post-test by using the treadmill. However

there is no significant improvement in cardiovascular endurance for pre-test and

post-test by using field training. The analysis data also show that there is no

significant improvement in cardiovascular endurance by using treadmill training in

comparision with training in field training. Hopefully future researches should be

conducted by other researcher in order to clarify these findings.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN

BORANG KELULUSAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Hipotesis Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Operasional 7

1.9 Penutup 9

BAB II SOROTAN KAJIAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Kajian Berkaitan

2.2.1 Daya Tahan Kardiovaskular 10

2.2.2 Latihan Kardiovaskular 13

2.3 Implikasi Alatan Kepada Latihan 15

2.4 Penutup 16

BAB III METODOLOGI KAJIAN 17

3.1 Pengenalan 17

3.2 Rekabentuk Kajian 17

3.3 Tempat Kajian 18

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 18

3.5 Instrumen Kajian 19

3.6 Prosedur Kajian 20

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

ix

3.7 Prosedur Ujian 22

3.8 Pengumpulan Data 22

3.9 Penganalisaan Data 22

3.10 Penutup 23

BAB IV PENGANALISAN DATA

4.1 Pengenalan 24

4.2 Analisis Data (Kajian)

4.2.1 Skor Jarak bagi latihan treadmill dan padang 25

4.2.2 Perbandingan purata ujian pre dan ujian pos

bagi latihan treadmill dan latihan padang 26

4.3 Statistik Inferensi 27

4.3.1 Ujian-t bagi subjek kumpulan latihan treadmill 27

4.3.2 Ujian-t bagi subjek kumpulan latihan padang 27

4.3.3 Ujian Anova bagi kumpulan subjek latihan

treadmill dan kumpulan subjek latihan padang 28

4.4 Analisis Data (Persepsi) 29

4.4.1 Latar belakang subjek 29

4.4.2 Persepsi Terhadap Latihan Treadmill Dan

Latihan Padang 30

4.5 Penutup 31

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN 32

5.1 Pengenalan 32

5.2 Perbincangan 33

5.2.1 Perbincangan tentang hasil kajian tentang

latihan treadmill dan latihan padang yang

dijalankan 33

5.2.2 Perbincangan tentang persepsi subjek terhadap

latihan treadmill dan latihan padang 34

5.3 Masalah Yang Dihadapi 36

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

x

5.4 Cadangan 37

5.5 Kesimpulan 38

BIBLIOGRAFI 39

LAMPIRAN 42

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.2.2 Perbezaan ujian pre dan ujian pos bagi subjek yang

menjalani latihan treadmill dan latihan padang 26

4.3.1 Ujian-t bagi subjek kumpulan latihan treadmill 27

4.3.2 Ujian-t bagi subjek kumpulan latihan padang 27

4.3.3 Ujian Anova bagi kumpulan subjek latihan treadmill

dan kumpulan subjek latihan padang 28

4.4.1 Latar Belakang Responden 29

4.4.2 Persepsi Terhadap Latihan Treadmill Dan Latihan Padang 30

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.2.1 Skor Jarak subjek latihan treadmill 25

4.2.1 Skor jarak subjek latihan padang 25

4.2.2 perbezaan purata ujian pre dan pos antara

kumpulan subjek yang menjalani latihan treadmill

dan kumpulan subjek yang menjalani latihan

padang 26

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

Lampiran A Program Latihan bagi Latihan

Treadmill Dan Latihan Padang dan

Prosedul Ujian 42

Lampiran B Skor jarak (meter) bagi subjek yang

menjalani latihan treadmill dan latihan

padang 48

Lampiran C Borang Soal Selidik 49

Lampiran D Gambar 53

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada zaman yang moden ini, ramai manusia hanya mementingkan pekerjaan

dan menumpukan sepenuh perhatian untuk memperolehi pendapatan yang tinggi

untuk memenuhi keperluan seharian mereka. Disebabkan itu, mereka telah

mengabaikan kesihatan mereka. Mereka sanggup berbelanja beratus-ratus ringgit

semata-mata untuk mendapatkan vitamin dan ubat-ubatan yang dianggap dapat

menjaga kesihatan mereka.Mereka lebih rela mengorbankan masa untuk

mendapatkan wang dan mereka berpendapat bahawa kesihatan dapat dibeli dengan

wang. Pendapat ini boleh merendahkan tahap kesihatan mereka. Oleh itu, setiap

individu haruslah melakukan aktiviti sukan untuk memastikan kecergasan fizikal

adalah terjamin.

Selain itu, ramai yang beranggapan bahawa kecergasan fizikal hanya

diperlukan oleh seorang atlit yang bergiat dalam sukan. Memang tidak dapat

dinafikan bahawa seorang atlit yang ingin mencapai prestasi cemerlang dalam sukan

yang diceburinya hendaklah mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi. Kecergasan

fizikal yang tinggi hanya akan tercapai menerusi latihan fizikal yang sistematik dan

terancang. Oleh itu, ramai jurulatih yang terkemuka di dunia seperti jurulatih

Manchester United, Sir Alex Ferguson, mempunyai teknik yang tersendiri untuk

meningkatkan kecergasan fizikal atlit pasukannya. Atlit yang mempunyai kecergasan

fizikal tinggi akan beraksi dengan bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan

berlangsung.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

2

Kecergasan fizikal adalah keupayaan seseorang melakukan aktiviti harian

tanpa berasa penat. Komponen kecergasan yang dimaksudkan adalah seperti

kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kelembutan.

Kecergasan fizikal adalah sangat penting untuk membina kekuatan dan daya tahan

otot. Ini dapat memastikan seseorang atlit dapat mencapai prestasi yang tertinggi

dalam sesuatu pertandingan. Selain daripada latihan fizikal, seseorang atlit yang

ingin menonjolkan prestasi yang terbaik juga haruslah menguasai kemahiran dan

strategi permainan.

Akibat daripada kekurangan latihan kecergasan, seseorang itu akan sentiasa

berasa letih dan tertekan semasa melakukan aktiviti harian. Ini disebabkan sistem

otot dan tulang tidak dapat berfungsi dengan lancar. Clarke (1979), menyatakan

bahawa kecergasan fizikal merujuk kepada seseorang dapat menjalankan kerja harian

dengan efisen dan tanpa merasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga

berlebihan untuk menghadapi segala masalah yang bakal timbul.

Hawkey (1991) pula menyatakan kecergasan fizikal sebagai seseorang berada

dalam keadaan badan yang cemerlang, aktif dan sihat. Menurutnya, kecergasan

fizikal dapat dibahagikan kepada dua komponen yang berbeza iaitu kemampuan

seseorang melakukan sesuatu aktiviti dan keupayaan seseorang memulih daripada

melakukan sesuatu aktiviti. Selain itu, kecergasan fizikal adalah khusus bagi setiap

individu kerana tahap kecergasan bagi setiap orang adalah berbeza. Ini bermakna

tahap kecergasan yang diperlukan oleh seorang atlit professional adalah lebih tinggi

jika dibandingkan dengan tahap kecergasan seorang kerani yang bekerja di pejabat.

Secara umumnya, kecergasan dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

kecergasan untuk kesihatan dan kecergasan untuk sukan. Dengan adanya kecergasan

fizikal yang baik, seseorang itu terutamanya golongan tua dapat menghindari dari

penyakit-penyakit seperti obesiti, penyakit jantung serta pelbagai penyakit otot dan

tulang. Manakala kecergasan fizikal untuk sukan adalah memastikan seseorang atlit

telah bersedia dari segi kekuatan, kuasa, daya tahan otot dan ketangkasan supaya atlit

tersebut dapat mencapai prestasi yang cemerlang dalam sesuatu pertandingan

(Sharkey,1990).

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

3

Untuk memastikan seseorang atlit berjaya dalam sesuatu sukan, jurulatih

haruslah memainkan peranan yang penting untuk memastikan program latihan yang

dirancang bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran altit malah dapat

meningkatkan kecergasan fizikal atlit tersebut. Boleh dikatakan ramai jurulatih hanya

tertumpu kepada pembinaan kemahiran dan strategi. Sepatutnya mereka juga harus

memberi pertimbangan yang wajar terhadap peningkatan kecergasan fizikal altit

tersebut. Tanpa kecergasan fizikal yang tinggi, atlit tersebut tidak akan bertanding

dengan persembahan yang baik walaupun dia memiliki kemahiran yang tinggi.

Sebagai contoh, dalam pertandingan badminton, pemain negara Malaysia iaitu Lee

Chong Wei yang bermain dengan bersungguh-sungguh pada set pertama ketika

bertemu dengan pemain Indonesia, Taufik Hidayat pada peringkat separuh akhir

ketika Kejohanan Dunia dan akhirnya telah tewas kepada pemain tersebut kerana

Taufik mempunyai kecergasan fizikal yang lebih tinggi.

Latihan yang bersistematik sering dikaitkan dengan pencapaian prestasi

sukan seseorang atlit. Menurut Prentice, W.E. (1997) latihan bermaksud satu proses

berulang yang sistematik. Latihan adalah melibatkan pembelajaran. Latihan yang

sesuai akan memberi kesan-kesan tertentu terhadap seseorang. Kita dapat melihat

perubahan fizikal berlaku kepada seseorang yang melakukan latihan secara

sistematik. Perubahan-perubahan tersebut yang jelas kelihatan adalah seperti

perubahan saiz otot, perubahan daya tahan kardiovaskular, penambahan kekuatan,

tidak mudah letih dalam melaksanakan tugas, tulang-tulang akan bertambah kuat dan

kecederaan tidak mudah berlaku.

Menurut Sheikh Kamaruddin (1988), kecergasan tubuh badan hanya akan

tercapai menerusi latihan fizikal yang sistematik dan terancang. Menurutnya, latihan

bererti satu persediaan untuk mencapai tapak yang kukuh. Program latihan

kecergasan fizikal adalah bertujuan untuk meningkatkan kecergasan keseluruhan

badan seperti: membina kelajuan, membina daya tahan otot dan kardiovaskular,

membina ketangkasan, kekuatan, kelembutan dan koordinasi badan. Setiap latihan

adalah berbeza dan khusus untuk meningkatkan setiap bahagian.

Daripada latihan-latihan yang dapat meningkatkan kecergasan fizikal, latihan

daya tahan kardiovaskular memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

4

prestasi atlit yang terlibat dengan sukan yang memerlukan stamina yang banyak.

Menurut Cheah Swee Ming,(1987) latihan kardiovaskular adalah bertujuan untuk

meningkatkan kecergasan aerobik. Jenis aktiviti aerobik yang memberi faedah

kepada daya tahan kardiovaskular adalah kegiatan yang boleh dilakukan dalam satu

tempoh masa yang berlanjutan serta melibatkan otot-otot besar seperti tangan dan

kaki. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti berjogging, larian

Treadmill, Bicycle Ergometer, Beep test dan sebagainya.

Daya tahan kardiovaskular ataupun dikenali sebagai daya tahan aerobik

merupakan komponen kecergasan asas bagi setiap individu samada atlit atau bukan

atlit. Menurut Johnson, (1991) daya tahan kardiovaskular ialah keupayaan sistem

penafasan dan sistem pengaliran darah membekalkan sel-sel dan organ dalam badan

dengan oksigen yang diperlukan untuk melakukan kerja dalam jangka masa yang

panjang. Seterusnya peredaran darah menjadi lebih efisen dan dapat meningkatkan

kebolehan paru-paru menjalankan kerja secara optima. Ia melibatkan beberapa

sistem dalam tubuh badan. Antaranya sistem tersebut iaitu sistem pengaliran darah,

sistem pernafasan dan daya tahan otot.

1.2 Latar Belakang Masalah

Memang tidak dapat dinafikan prestasi sukan atlit sekarang adalah jauh lebih

baik jika dibandingkan dengan pencapaian mereka pada zaman dulu. Terutamanya

olahraga dan sukan renang, rekod demi rekod telah berjaya diperbarui oleh atlit.

Daripada kajian yang dijalankan oleh para saintis, peningkatan ini berkait rapat

dengan kaedah latihan yang lebih sistematik, pemakanan yang lebih seimbang, gaya

hidup yang lebih selesa dan peralatan berteknolgi tinggi yang telah direkacipta.

Peralatan sukan yang telah direkacipta ini memudahkan seseorang atlit

menjalankan latihan tanpa mengira masa, waktu dan cuaca. Salah satu daripada

peralatan tersebut adalah alat “Treadmill”. Alat Treadmill merupakan sejenis alat

yang membolehkan seseorang atlit berlari di atas trek yang disediakan. Atlit akan

berlari secara statik di atas trek yang disediakan dan alat treadmill akan mengukur

jarak larian atlit. Alat treadmill juga merupakan sejenis alat yang digunakan untuk

membantu dalam menguji dan meningkatkan daya tahan kardiovaskular seseorang

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

5

atlit. Selain daripada alat treadmill, aktiviti-aktiviti yang dapat dijalankan untuk

menguji atau meningkatkan daya tahan kardiovaskular adalah seperti Ujian Cooper,

larian 2.4 km, Beep Test, Bicycle Ergometer Test dan lain-lain lagi (Hockey, Robert

V, 1981)

Sejajar dengan perkembangan teknologi, banyak pihak berpendapat bahawa

penciptaan alat teknologi dapat mengatasi masalah yang timbul semasa menjalankan

latihan dengan kaedah lama. Mereka berpendapat bahawa menjalankan latihan di

atas padang dapat menimbulkan banyak masalah seperti perubahan cuaca,

kecederaan yang mungkin berlaku dan sebagainya. Walau bagaimanapun, adakah

peralatan yang direkacipta ini berkesan untuk meningkatkan prestasi seseorang atlit?

Adakah atlit dapat meningkatkan prestasi mereka terutamanya daya tahan

kardiovaskular dengan lebih berkesan jika menjalankan latihan dengan penggunaan

alat jika dibandingkan dengan latihan tanpa penggunaan alat?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak kemunculan alat Treadmill,

banyak pihak telah berubah kaedah latihan yang dijalankan di atas padang dan

kaedah tersebut mula digantikan dengan alat “Treadmill” yang dianggap lebih

canggih dan berkesan. Pada masa sekarang, ramai yang suka berkaitkan sukan

dengan pertandingan. Setiap atli dan jurulatih telah bersungguh-sugguh

menghasilkan teknik-teknik dan program latihan yang berkesan semata-mata hendak

meningkatkan prestasi seseorang atlit dalam pertandingan.

1.3 Pernyataan Masalah

Secara umumnya, daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu elemen

yang sangat penting untuk memastikan seseorang atlit untuk berjaya dalam sukan

yang diceburi. Oleh kerana itu, aktiviti yang dapat menguji dan meningkatkan daya

tahan kardiovaskular memainkan peranan yang sangat penting. Sebagai seorang

jurulatih yang berjaya, beliau hendaklah memastikan kaedah yang betul-betul

berkesan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Pengetahuan yang ada

pada seseorang jurulatih adalah sangat penting untuk membolehkannya membuat

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

6

pilihan samaada menjalankan latihan dengan penggunaan alat atau tanpa penggunaan

alat. Ini bukan sahaja dapat menjimatkan duit malah dapat menjimatkan masa.

Oleh itu, pengkaji ingin menjalankan kajian tersebut untuk mengenalpasti

samaada penggunaan alat iaitu Treadmill atau tanpa penggunaan alat iaitu latihan

padang lebih berkesan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Dengan

adanya kajian tersebut, maka jurulatih dapat menggunakan kaedah latihan yang lebih

berkesan untuk menjalankan latihan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:

1.4.1 Mengetahui keberkesanan latihan dengan penggunaan alat “Treadmill” dalam

meningkatkan daya tahan kardiovaskular terhadap pelajar Sains Sukan.

1.4.2 Mengetahui keberkesanan latihan tanpa penggunaan alat dalam meningkatkan

daya tahan kardiovaskular terhadap pelajar Sains Sukan.

1.4.3 Membandingkan keberkesanan latihan dengan penggunaan alat iaitu

Treadmill dengan latihan tanpa penggunaan alat iaitu latihan padang untuk

meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

1.5 Hipotesis Kajian

1.5.1.1 Hipotesis Nol:

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan daya tahan

kardiovaskular dalam latihan dengan penggunaan alat iaitu “Treadmill”

berbanding dengan latihan tanpa penggunaan alat iaitu latihan padang bagi

pelajar Sains Sukan,UTM Skudai, Johor.

1.5.1.2 Hipotesis Alternatif:

Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap peningkatan daya tahan

kardiovaskular dalam latihan dengan penggunaan alat iaitu “Treadmill”

berbanding dengan latihan tanpa penggunaan alat iaitu latihan padang bagi

pelajar Sains Sukan, UTM Skudai, Johor.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

7

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Untuk mengenalpasti peningkatan daya tahan kardiovaskular dengan latihan

menggunakan alat “Treadmill” dan latihan tanpa menggunakan alat iaitu

latihan padang.

1.6.2 Untuk melihat perbezaan daya tahan kardiovaskular selepas menggunakan

alat sukan “Treadmill” dan tanpa menggunakan alat sukan iaitu latihan

padang sebagai latihan.

1.6.2 Untuk memudahkan jurulatih memilih cara yang paling berkesan untuk

meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

1.7 Batasan Kajian

Kajian dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan peningkatan daya tahan

kardiovaskular setiap individu melalui latihan dengan penggunaan alat iaitu

Treadmill dan latihan tanpa penggunaan alat iaitu latihan padang. Kajian ini hanya

tertumpu kepada 10 orang pelajar-pelajar Sains Sukan dari Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor. Ia terdiri daripada 6 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar

perempuan. Lingkungan umur adalah 21 hingga 24 tahun.

1.8 Definisi Operasional

1.8.1 Daya Tahan Kardiovaskular

Kebolehan untuk meneruskan atau melakukan aktiviti yang berat dengan

melibatkan kumpulan otot besar dalam jangka masa yang lama (Hockey

1981). Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem edaran darah

(jantung dan saluran-saluran darah) membekalkan oksigen kepada otot-otot

yang berfungsi, umpamanya apabila melakukan kerja ataupun senaman

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

8

1.8.2 Kecergasan Fizikal

Keupayaan keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisyen dan

berkesan (Corbin dan Lidsey 1984).

1.8.3 Prestasi

Tahap kemampuan lakuan terhadap aspek kecergasan fizikal dan lakuan

kemahiran. Kemampuan yang ditunjukkan dalam sesuatu bidang atau sesuatu

pengujian. Dalam olahraga prestasi ini ditunjukkan melalui pencapaian masa

bagi acara trek manakala prestasi acara padang diukur dari segi ukuran jarak

pencapaian.

1.8.4 Alat

Menurut kamus dewan terbitan dewan bahasa dan pustaka (DBP), alat ialah

barangan yamg diperlukan atau digunakan untuk membuat, mengerjakan atau

menghasilkan sesuatu.

1.8.5 Treadmill

Treadmill merupakan mesin larian statik yang berasaskan konsep larian.

Treadmill direkacipta untuk membolehkan seseorang atlit meningkatkan daya

tahan kardiovaskularnya.

1.8.7 Pelajar Sains Sukan UTM

Pelajar yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Sains Sukan) di Fakulti Pendidikan UTM.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSubjek akan menjalani Ujian Cooper sebagai pre-test, kemudian diikuti dengan 12 sesi latihan iaitu selama empat minggu dan akhir sekali

9

1.9 Penutup

Bab I telah membincangkan tentang pernyataan masalah, objektif kajian,

persoalan kajian dan kepentingan kajian serta batasan kajian. Bab II akan melihat

kepada sorotan kajian.