ucapan... · web viewdengan meningkatkan tahap pengurusan pentadbiran dan kompetensi personel...

9
UNIT HAL EHWAL MURID SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN JABATAN PENDIDIKAN MELAKA (LAMPIRAN 2) TEKS UCAPAN (CADANGAN) TETAMU KHAS PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA NEGERI MELAKA TAHUN 2015 TARIKH : DARI 23 JUN 2015 HINGGA 13 JULAI 2015 (RUJUK LAMPIRAN) TEMPAT: SURAU @ DEWAN MAKAN ASRAMA SEKOLAH YANG BERKENAAN

Upload: hadien

Post on 20-May-2018

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

UNIT HAL EHWAL MURIDSEKTOR PEMBANGUNAN

KEMANUSIAANJABATAN PENDIDIKAN MELAKA

(LAMPIRAN 2)

TEKS UCAPAN (CADANGAN)

TETAMU KHAS

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA NEGERI MELAKA TAHUN 2015

TARIKH :DARI 23 JUN 2015 HINGGA 13 JULAI 2015

(RUJUK LAMPIRAN)

TEMPAT:SURAU @ DEWAN MAKAN ASRAMA SEKOLAH YANG BERKENAAN

TEKS UCAPAN TETAMU KHAS

Terima Kasih Pengacara Majlis

Assalamulaikum Wbr Dan Salam Sejahtera,

Salam 1Malaysia,

Salam Melaka Maju Negeriku Sayang

Negeri Bandar Teknologi Hijau,

Melaka Maju Fasa II,

Salam Melaka 753 Tahun,

Salam JPN Melaka No. 1

Kata-Kata Aluan------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, tuhan yang menurunkan malam

lailatul qadar dengan segala kehebatannya, selawat dan salam buat

junjungan besar kekasih yang tercinta Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga

dan sahabat baginda.

2. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat

Allah SWT, kerana dengan izin-nya, kita dapat dihimpunkan di dalam

Program Ihya Ramadhan Bagi Sekolah-Sekolah Berasrama Negeri

Melaka Bagi Tahun 2015 Peringkat

Sekolah .......................................................

3. Ucapan terima kasih kepada pihak urus setia dan tuan rumah

SK/SMK ..................................... Kerana sudi menjemput saya bersama-

sama dalam majlis ini. Syabas dan tahniah.

4. Program yang dijalankan setiap tahun pada Bulan Ramadhan untuk Semua

Sekolah-Sekolah Berasrama Negeri Melaka Dengan Jumlah 37 Buah

Kesemuanya, bukanlah sekadar majlis berbuka semata-mata, akan tetapi

pertemuan yang menjadi suatu penyambung dan pelengkap kepada ikatan

rabitah ummah yang satu dan padu, sesuai dengan konsep ummatan

wassatan.

Hadirin dan hadirat

5. Kita amat beruntung menjadi rakyat Malaysia kerana sejak mencapai

kemerdekaan, Islam telah diberikan tempat yang sungguh istimewa dengan

perlembagaan persekutuan menjadikannya sebagai agama rasmi negara.

Sejarah selepas itu telah memaparkan bahawa kerajaan telah memainkan

peranan yang besar di dalam memartabatkan islam sesuai dengan

kedudukannya.

6. Tidak ketinggalan, dalam sistem pendidikan negara pada hari ini, melalui

program seumpama ini, murid sekolah akan diperkasa sesuai dengan

matlamat akhir Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan murid

yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah.

7. Saya yakin dan percaya untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan

Negara, berkat usaha melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan

Pendidikan Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah mempunyai

kemampuan dan mengurus tadbir termasuk dengan pendekatan

mengimarahkan institusi surau sekolah yang bertepatan dengan kehendak

islam.

8. Saya berharap program seumpama ini, yang menglibatkan penglibatan

semua warga asrama yang dijalankan di sepanjang bulan yang mulia ini akan

mendapat keberkatan dan mencapai objektif yang dicita-citakan.

9. Program yang dijalankan setiap tahun ini pasti akan memberikan impak

yang sangat positif dan ia merupakan cerminan bahawa warga Jabatan

Pendidikan Melaka, Pejabata Pendidikan Daerah serta sekolah sangat

menghargai murid sebagai satu entiti atau kelompok yang sangat penting

bagi kelangsungan survival bangsa dan agama kita di kemudian hari.

10. Tahniah kepada urus setia kerana mengambil inisiatif yang sangat mulia

dalam usaha menjayakan Program Ihya Ramadhan ini. Ihya Ramadhan

membawa erti menghidupkan ramadhan.

Moga-moga usaha murni ini beroleh kejayaannya. Kita Berharap

Kejayaan Program Ini Bukan Sahaja Berjaya Pada Hari Ini Sahaja

Malah Di 36 Buah Sekolah Lain Di Seluruh Negeri Melaka yang telah,

sedang dan akan berlangsung. Moga beroleh kejayaan dan sukses.

Izinkan saya,

Menyentuh berkaitan Tranformasi Asrama Harian yang telah, sedang dan

akan dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah digariskan sama ada

dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Melaka,

pejabat pendidikan Daerah Dan di Sekolah.

Tranformasi Asrama Harian

Kenapa Perlu Tranformasi ?

Murid asrama menghabiskan masa yang lebih lama di asrama iaitu 56 %

iaitu 4,900 jam setahun berbanding waktu persekolahan iaitu 1,100 jam

(13%) dan waktu berada di rumah iaitu 2760 jam yang membawa 31%.

Ini membawa maksud kualiti masa di asrama lebih banyak dan perlu

ditumpukan bagi memastikan aspek kemenjadian murid dapat

dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Selain itu, saban tahun peruntukan bagi pengurusan asrama melebihi

RM 1 Billion di seluruh negara, ini penting bagi memastikan setiap sen

yang dibelanjakan oleh kerajaan berbaloi dengan jumlahnya demi impak

yang positif untuk anak murid di asrama.

Fokus Tranformasi Asrama Harian

Pengurusan Pentadbiran Asrama dengan meningkatkan tahap pengurusan

pentadbiran dan kompetensi personel melalui inisiatif seperti perancangan

strategik, perkongsian amalan-amalan terbaik, profil murid asrama

dimantapkan serta meningkatkan kemudahan pembelajaran di asrama.

Penjanaan Kejayaan Akademik bagi meningkatkan prestasi murid asrama

melalui Inisiatif Kelas Persediaan Berfokus, Head Count, Audit

Akademik, Program Kemahiran Belajar Dan Kelas Persediaan Di

Waktu Siang.

Penjanaan Kejayaan Sahsiah Dan Disiplin bagi menjana Pembangunan

Dan Kecemerlangan Sahsiah Dan Disiplin Murid Melalui Pemantapan

Program Kerohanian, Penerapan Kemahiran Kepimpinan Dan Softskill,

Budaya Penyayang Dan Sebagainya.

Manakala, Penjanaan Kejayaan Kokurikulum Dan Sukan Bagi

Memastikan Aspek Penjanaan Kokurikulum Dan Sukan Tidak Diabaikan

Melalui Inisiatif Kebitaraan Asrama Dalam Kokurikulum Dan Sukan Dan

Penerokaan Aktiviti Baru Yang Menjadikan Asrama Sebagai Satu Tempat

Yang Seronok Dan Kondusif.

Semua yang kita lakukan ini adalah selaras dengan PELAN

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-2025) iaitu

setiap murid akan mempunyai Pengetahuan, Kemahiran Berfikir,

Kemahiran Kepimpinan, Kemahiran Dwibahasa, Etika Dan

Kerohanian Serta Identiti Nasional yang sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Hadirin dan hadirat,

Walau apapun yang diperkatakan,

Semua pihak termasuk pegawai di jabatan pendidikan dan daerah,

pentadbir sekolah, guru dan murid mempunyai peranan besar untuk

disumbangkan kepada negara melalui aspek kepelbagaian pengurusan

di asrama.

Di bahu kita semua diletakkan amanah yang sangat tinggi nilainya.

11. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan

terima kasih kepada semua kerana dapat turut serta pada majlis ihya

ramadhan bagi peringkat sekolah pada kali ini dan semoga kita berjumpa di

lain masa.

12. Buat pihak Pengurusan Sekolah ...................................., syabas dan Tahniah

diucapkan.

13. Selamat meneruskan ibadah puasa, semoga segala amal ibadah dan jariah

yang telah kita lakukan di Bulan Ramadhan yang mulia ini akan diterima

dan mendapat keredhaan Allah SWT.

14. Sekian,Wabilahhi Taufik Wal Hidayah,

Wassalamualaikum Wbr.