pengurusan personel

16
PENGURUSAN PERSONEL

Upload: nurharjil

Post on 23-Jun-2015

2.513 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pengurusan Personel di sekolah yang melibatkan tugas-tugas yang berkenaan.

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Personel

PENGURUSAN PERSONEL

Page 2: Pengurusan Personel

Definisi Greenlaw dan kohl (1986)

Merangkumi semua keputusan yg berkaitan dengan personel dalam sebuah organisasi.

Hubungan manusia yg terdiri daripada motivasi, kepimpinan dan perhubungan manusia.

Perjalanan organisasi dengan mempertimbangkan reka bentuk kerja, kawalan pengurusan dan aliran kerja.

Fungsi pengurusan personel yang bertanggungjawab terhadap pengambilan, perkembangan dan ganjaran peribadi dalam organisasi.

Page 3: Pengurusan Personel

Torrington dan Hall (1987)

Memberi tumpuan kepada mencari dan melatih pekerja, menyediakan gaji, menjelaskan harapan pengurusan,memepertahankan tindakan pengurusan, memuaskan keperluan pekerja, menangani masalah dan berusaha mengubah tindakan pengurusan yg menghasilkan tindak balas pekerja yg tak diingini.

Tunjang kepada pengurusan ialah setiap personel dalam organisasi mempunyai hak untuk mendapat layanan yang sesuai dan hanya akan menjadi pekerja jika keperluan peribadi berkaitan kerja dipenuhi.

Page 4: Pengurusan Personel

Tujuan • Meningkatkan sumbangan produktif tenaga manusia

kepda organisasi dan pada masa yang sama organisasi dapat memberi kepuasan kepada mereka (Rozhan 1997)

• Pengurusan personel kaitan dengan :– Mewujudkan persekitaran yang membolehkan pengurusan

melantik, melatih dan memotivasikan pekerja.– Memperkembangkan potensi pekerja secara berterusan dan

mewujudkan iklim yang sesuai memenuhi objektif organisasi.– Memperkukuhkan kepentingan bersama dan menggalakkan

kerja berkumpulan.– Mengurus perubahan dalam organisasi.

Page 5: Pengurusan Personel

Fungsi Pengurusan Personel• Terdapat 10 fungsi :

Penganalisian organisasi: kaji dan analisis organisasi dari sudut tugas dan kakitangan untuk menyelaraskan kesesuaian struktur dengan tugas.

Perkembangan dan pembangunan organisasi: melaksanakan peningkatan kualiti dan kemajuan +

memperkukuhkan keberkesanan dengan merancang : - merancang, memperkenal dan melaksanakan sistem

dan struktur baru’

- memupuk dan mengukuhkan semangat berpasukan di kalangan pekerja

- menjalin dan memupuk perhubungan, merancang serta menyediakan latihan utk mempertimbangkat kemahiran dan kepakaran.

Page 6: Pengurusan Personel

Perancangan Personel: membuat ramalan dan unjuran keperluan masa depan

personel, tentukan keseimbangan bekalan dan permintaan

Peningkatan mutu kerja manusia dan latihan: merancang dan melaksana program latihan dan

pembangunan kerjaya bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, daya pengeluaran dan bakat keupayaan.

Pembayaran upah dan gaji: membentuk sistem pembayaran upah yang wajar dan

sistematik + ganjaran lain; elaun, pampasan, insurans, persaraan dan cuti sakit.

SAMBUNGAN ..

Page 7: Pengurusan Personel

Perhubungan industri: Memupuk dan mengekalkan hubungan baik dengan pekerja

dan kesatuan pekerja demi kelincinan pentadbiran.

Kebajikan pekerja: Memberi perhatian dan ambil berat tentang pekerja

termasuk aspek keselamatan, keselesaan, kesihatan, kemudahan riadah dan sukan.

Komunikasi dalam organisasi: Tentukan saluran komunikasi yang baik, dan berkesan untuk

melicinkan pengaliran maklumat, dan idea, menggalakkan pengaliran idea yg bebas.

SAMBUNGAN ..

Page 8: Pengurusan Personel

SAMBUNGAN ..

Disiplin: Wujudkan disiplin kerja yang sempurna di

kalangan kakitangan organisasi, galakkan sikap akur dan patuh secara sukarela.

Sistem Maklumat dan Rekod Personel: Sediakan data dan maklumat yang lengkap dan

terkini tentang pekerja.

Page 9: Pengurusan Personel

Model Pengurusan PersonelModel Karen Legge (1978)

“Conformist innovators” – bertindak mengikut tujuan organisasi dan sesuaikan keadaan unutk mencapai tujuan. Kepakaran sebagai kuasa professional untuk memperbaikan kedudukan dlm jabatan.

“Deviant innovators” – mengubah keadaan dengan memperoleh penerimaan untuk kriteria yang berbeza bagi menilaian kejayaan organisasi dan sumbangan mereka.

Page 10: Pengurusan Personel

Model Shaun Tyson (1985) 3 pengurusan di UK :

Model pentadbiran/ sokongan (The administrative/ support model) yang pegawai –pegawai personal memberi perhatian kepada aktiviti rutin asas.

Model sistem/ reaktif (The systems/ Reactive model) yang wujud dalam persekitaran hubungan industri yang lebih sofistikated dan bidang pengaruh adalah pembentukan dan pengekalan peranan kerja melalui polisi dan prosedur.

Model pengurusan perniagaan (The bussiness manager model) – ciri-ciri pakar personel :

Integrasikan aktiviti mereka secara rapat dengan pengurusan atasan dan pastikan mereka melaksanakan tujuan jangka panjang.

Ada kemampuan kenal pasti peluang perniagaan dan melihat bagaimana personel boleh berperanan membantu mencapai objektif syarikat.

SAMBUNGAN ..

Page 11: Pengurusan Personel

Prinsip Pengurusan Personel a. Prinsip perkembangan individu -

menawarkan peluang yang sama untuk menyedari potensi maksimum mereka.

b. Prinsip pemilihan saintifik – memilih orang mengikut kemampuan dan kebolehan.

c. Prinsip aliran komunikasi bebas – membenarkan semua jenis bentuk komunikasi secara terbuka.

d. Prinsip penyertaan – melibatkan semua dalam membuat keputusan.

Page 12: Pengurusan Personel

e. Prinsip upah – pembayaran upah yang adil berdasarkan kerja yang dilakukan.

f. Prinsip ganjaran – beri ganjaran kepada pelaksanaan tugas yang baik.

g. Prinsip menghormati – hormat perkara yang dilakukan oleh pekerja.

h. Prinsip semangat berkumpulan – galak kerjasama dan semangat berkumpulan.

i. Prinsip sumbangan untuk kemajuan negara – membekalkan kerja kepada pekerja agar menyumbang kepada kemajuan negara.

SAMBUNGAN ..

Page 13: Pengurusan Personel

Organisasi

Pekerja-pekerjaPekerjaan

Aktiviti pengurusan personel: pengambilan ahli baru,pemilihan, latihan, faedah, perkembangan karier,disiplin, perubahan dan perkembangan organisasi

Rekabentuk kerja, analisis kerja,pengambilan ahli baru,pemilihan,latihan,pampasan(orang), penilaian prestasi,insentif dan faedah

Rekabentuk kerja,analisis kerja, perancangan sumber manusia, pampasan(kerja)

Unsur-unsur penting dan aktiviti dalam pengurusan personel

Page 14: Pengurusan Personel

Jabatan Personel a. Unit Pengambilan

Menganalisis keperluan tenaga kerja organisasi, merancang dan menyelenggarakan pengambilan pekerja. Bertanggungjawab mengambil langkah yang wajar seperti mengiklan, memproses permohonan, pengambilan, temu duga dan pemilihan.

b. Unit Latihan Mengkaji dan menganalisis keperluan latihan dan cara

melaksanakan program-program latihan di dalam atau luar organisasi. Mengenal pasti calon yang perlu latihan, membuat persediaan, mengawasi dan menilai keberkesanan latihan.

c. Unit Pembayaran Upah dan Gaji Merancang segala perbelajaan berkaitan pampasan, upah, gaji,

persaraan, simpanan wang pekerja, skim pinjaman, kesihatan, dan insurans.

Page 15: Pengurusan Personel

d. Unit Perhubungan Menjaga perhubungan antara kakitangan dengan pihak

pengurusan. Memastikan ada saluran komunikasi yang terbuka antara pengurusan dan kakitangan.

e. Unit Keselamatan dan Perubatan Memastikan keselamatan, kesihatan, dan kesejahteraan

pekerja dan mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat.

f. Unit Rekod dan Sistem Maklumat Mengumpull, menyimpan, memproses dan menyebarkan

maklumat berkaitan pekerja; mudahkan pelbagai program dan susun atur organisasi.

g. Unit Kebajikan Menjaga kebajikan kakitangan.

SAMBUNGAN ..

Page 16: Pengurusan Personel

Pengurusan Personel Dalam Pendidikan di Malaysia

• Setiausaha bahagian (Pembangunan Organisasi dan Perkhidmatan) di bawah Timbalan Ketua Setiausaha (Personel dan Organisasi) – merancang keperluan perjawatan kementerian pendidikan; urusan perjawatan, perkhidmatan,tatatertib, gaji,kenaikan pangkat dan elaun.