ucapan

3
Perutusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Sempena Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan berkat kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul di hari yang penuh bermakna ini sempena meraikan sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan. Tarikh 1 Oktober yang jatuh pada hari ini merupakan Hari Warga Emas Kebangsaan. Mulai tahun 1992, Kerajaan Malaysia telah mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun sebagai sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan. Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan warga emas tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban. ‘Warga Tua’ ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas mengikut ketetapan Persidangan Antarabangsa mengenai Warga Tua di Vienna pada tahun 1982. Statistik rasmi Banci Penduduk dan Perumahan Negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2011 menunjukkan hampir lapan peratus iaitu seramai 2.2 juta orang daripada 28.3 juta penduduk Malaysia merupakan golongan sudah berusia. Jumlah berkenaan diunjurkan untuk terus meningkat kepada 12 hingga 15 peratus menjelang tahun 2020 dan 2030. Warga emas merupakan golongan yang berpengalaman, berpengetahuan serta kaya dengan petua, kemahiran dan buah fikiran. Seperti kata pepatah, “orang tua lebih dulu makan garam”. Bagi mengiktiraf kepakaran dan pengalaman warga emas, Kerajaan juga telah meningkatkan umur persaraan dalam kalangan penjawat awam daripada umur 58 tahun kepada 60 tahun berkuat kuasa pada tahun 2012. Guru-guru dan murid-murid sekalian, Ketahuilah bahawa kesejahteraan sosial dan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia pada hari ini adalah hasil titik peluh dan usaha gigih generasi terdahulu yang kini menjadi warga emas. Peranan yang telah dipikul oleh warga emas dalam usaha mengajar, mengasuh dan mendidik generasi muda adalah tidak ternilai. Janganlah kita menjadi seperti ulat lupakan daunselepas menikmati keselesaan hidup. Warga tua sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada semua pihak supaya mereka dapat melalui kehidupan dengan penuh ketenangan. Warga emas telah banyak memberi sumbangan dan masih mempunyai potensi menyumbang kepada keluarga,

Upload: salmi-sabri

Post on 30-Oct-2014

361 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN

Perutusan Ketua Setiausaha

Kementerian Pelajaran Malaysia

Sempena

Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan Tahun 2012

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan berkat

kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul di hari yang penuh bermakna ini

sempena meraikan sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan.

Tarikh 1 Oktober yang jatuh pada hari ini merupakan Hari Warga Emas Kebangsaan.

Mulai tahun 1992, Kerajaan Malaysia telah mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun

sebagai sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan. Sambutan ini merupakan satu

pengiktirafan kepada golongan warga emas tersebut agar mereka tidak lagi dilihat

sebagai satu golongan yang membawa beban.

‘Warga Tua’ ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas mengikut

ketetapan Persidangan Antarabangsa mengenai Warga Tua di Vienna pada tahun

1982. Statistik rasmi Banci Penduduk dan Perumahan Negara yang dikeluarkan oleh

Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2011 menunjukkan hampir lapan peratus

iaitu seramai 2.2 juta orang daripada 28.3 juta penduduk Malaysia merupakan

golongan sudah berusia. Jumlah berkenaan diunjurkan untuk terus meningkat kepada

12 hingga 15 peratus menjelang tahun 2020 dan 2030.

Warga emas merupakan golongan yang berpengalaman, berpengetahuan serta kaya

dengan petua, kemahiran dan buah fikiran. Seperti kata pepatah, “orang tua lebih dulu

makan garam”. Bagi mengiktiraf kepakaran dan pengalaman warga emas, Kerajaan

juga telah meningkatkan umur persaraan dalam kalangan penjawat awam daripada

umur 58 tahun kepada 60 tahun berkuat kuasa pada tahun 2012.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Ketahuilah bahawa kesejahteraan sosial dan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat

Malaysia pada hari ini adalah hasil titik peluh dan usaha gigih generasi terdahulu yang

kini menjadi warga emas. Peranan yang telah dipikul oleh warga emas dalam usaha

mengajar, mengasuh dan mendidik generasi muda adalah tidak ternilai.

Janganlah kita menjadi seperti “ulat lupakan daun” selepas menikmati keselesaan

hidup. Warga tua sewajarnya mendapat pengiktirafan daripada semua pihak supaya

mereka dapat melalui kehidupan dengan penuh ketenangan. Warga emas telah banyak

memberi sumbangan dan masih mempunyai potensi menyumbang kepada keluarga,

Page 2: UCAPAN

masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, adalah wajar mereka mendapat

perhatian, penghormatan dan kasih sayang bagi mempastikan mereka menikmati

kesejahteraan hidup sepanjang hayat. Maka sudah semestinya, menjadi

tanggungjawab sosial dan komitmen Kerajaan dalam menyediakan persekitaran

kondusif sebagai tanda pengiktirafan bagi membolehkan warga emas dapat hidup

secara aktif, produktif dan sihat.

Sebagai generasi muda, amalkan nilai-nilai kekeluargaan dan penjagaan warga tua

serta rasa tanggungjawab dan sayang terhadap orang tua supaya dapat mewujudkan

masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai penyayang dan bertimbang rasa. Oleh itu,

semangat kekeluargaan yang jitu dan mantap perlu dipertingkat dan diperkukuhkan

secara berterusan.

Berita di akhbar dan televisyen ada menunjukkan bahawa sikap mengabaikan

tanggungjawab terhadap orang tua termasuk ibu bapa semakin banyak berlaku dalam

masyarakat. Ramai golongan tua yang terbiar dan tak kurang pula yang dihantar ke

rumah-rumah kebajikan. Lebih menyedihkan lagi, terdapat anak yang sanggup

mendera dan mencederakan ibu bapa. Malah, pernah terjadi anak membunuh orang

tuanya disebabkan wang atau harta.

Senario ini beserta Hari Warga Emas yang disambut pada 1 Oktober setiap tahun

secara tidak langsung memperingatkan kita bahawa kita semua bakal menjejaki usia

tua jika dikurniakan Tuhan umur yang panjang. Sehubungan itu, seluruh masyarakat

adalah diseru supaya menghormati dan menghargai orang tua yang telah banyak

mencurahkan tenaga, idea, wang ringgit, masa dan sebagainya demi kesejahteraan

keluarga, masyarakat dan Negara.

Guru-guru dan murid-murid,

Sebagai anak kita perlu sedari, bahawa menghormati, mentaati dan berbuat baik

kepada orang tua terutama sekali kedua ibu bapa kita adalah amalan yang wajib dan

mulia serta harus berterusan. Kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa

yang berumur. Ia bukan sahaja tanggungjawab sosial tetapi ia adalah tuntutan ajaran

semua agama. Anak-anak perlu menjaga ibu bapa semasa ibu bapa sihat atau ketika

mereka sakit seperti menjaga makan minum, pakaian, tempat tinggal selesa dan

sebagainya.

“Seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu mampu menjaga

seorang ibu”. Ini adalah ungkapan yang biasa didengar tetapi tidak semua memahami

atau mungkin buat-buat tidak faham maknanya dengan mendalam. Fahamilah

Page 3: UCAPAN

ungkapan ini kerana kita tidak mahu timbul fenomena ibu bapa diabaikan dengan

meletakkan tanggungjawab menjaga mereka pada pekerja rumah-rumah kebajikan.

Pupuklah rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, sokongan dan ikatan

kekeluargaan yang kuat dalam kalangan ahli keluarga. Pastikanlah tatkala bercakap

dengan orang yang lebih tua dari kita, jangan sekali-kali meninggikan suara,

mengherdik, mencaci dan berkata dengan perkataan yang tidak sopan. Janganlah

melakukan perbuatan yang boleh mengguris perasaan kedua-duanya.

Berdoalah selalu kepada Tuhan memohon agar mereka sentiasa diampuni dan

dilimpahi rahmat oleh Tuhan. Amalan ini sebahagian daripada tanda menghargai

golongan tua terutama sekali kedua ibu bapa kita yang banyak berjasa dan berkorban

demi kebahagiaan keluarga. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan

sejak kita dalam kandungan lagi itu begitu besar dan tidak ternilai harganya. Kedua ibu

bapa mencari nafkah, mengasuh dan mendidik kita sejak kecil sehingga dewasa.

Mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran

demi masa depan anak-anak dan keluarga.

Warga tua merupakan orang yang sepatutnya kita hargai. Mereka telah menaburkan

jasa dan budi yang tidak ternilai kepada keluarga dan masyarakat. Tanpa mereka,

keluarga dan masyarakat yang ada pada hari ini tidak akan wujud dan kita

kemungkinan hidup dalam keadaan yang tidak aman. Oleh yang demikian, kita

haruslah menyayangi warga emas. Saya menyeru agar kita semua menghargai

sumbangan warga emas dan melayan mereka bak menatang minyak yang penuh

kerana warga emas adalah permata yang tiada tandingannya.

Sebagai generasi muda, murid-murid menjadi harapan dan pewaris negara di masa

hadapan. Oleh itu, ambillah peluang dan kesempatan yang ada sekarang untuk

menyematkan perasaan cintakan agama, bangsa dan negara. Murid-murid, jadilah

generasi muda pewaris negara yang boleh menjadi pengganti kepimpinan negara di

masa hadapan. Ingatlah! usia muda tidak kekal selama-lamanya, akan tiba masanya

kita juga menjadi tua. Dan pastinya, tiada seorang pun daripada kita yang mahu

diabaikan apabila usia mencecah tua. Kerana itu, hormatilah dan berbuat baiklah

kepada orang tua sepanjang hidup kita, nescaya semua orang di sekeliling kita juga

akan menghormat dan berbuat baik kepada kita. Hargailah warga emas!

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.