teks ucapan hari anugerah

Upload: ezzah-aziz

Post on 19-Jul-2015

4.013 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Contoh teks ucapan 1

Contoh teks ucapan pengacaraan majlis hari anugerah kecemerlangan akademik sekolah. HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SEKOLAH KEBANGSAAN DESA BAIDURI (SKDB). Pada: 18 NOVEMBER 2009 Tempat: DEWAN DATO RAZALI

Disediakan oleh : Noor Azianida bt Ramli.

Tentative Program Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah. 7.00 pagi : 7.45 pagi : Kehadiran para tetamu dan warga sekolah. Nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Selangor, dan lagu sekolah. Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad bin Hafifi. Ucapan oleh pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru oleh En Zulkifli bin Salleh. Ucapan guru besar oleh En Haji Ali bin Haji Abu. Ucapan dan perasmian majlis oleh pegawai pendidikan daerah Hulu Langat, Puan Hafisah binti Aziz. Persembahan nasyid oleh pelajar kelas 5 Amanah. Penyampaian hadiah dan sijil anugerah pelajar tahap 1 terbaik mengikut kelas. Penyampaian hadiah dan sijil anugerah pelajar tahap 2 terbaik mengikut kelas. Penyampaian anugerah cemerlang mengikut mata pelajaran. Penyampaian hadiah dan sijil anugerah kehadiran pelajar penuh mengikut kelas. Persembahan penyampaian puisi oleh Siti Aini binti Amran, pemenang tempat kedua pertandingan puisi peringkat daerah. Penyampaian hadiah dan sijil anugerah galakan membaca nilam. Penyampaian hadiah dan sijil anugerah cemerlang pelajar dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Penyampaian hadiah dan sijil anugerah pelajar terbaik seisi 2009. Persembahan koir. 11.30 pagi : Jamuan ringan dan bersurai.

Mengumumkan ketibaan pegawai pendidikan daerah hulu Langat, Puan Hafisah binti Aziz, guru besar sekolah kebangsaan desa baiduri (SKDB), Encik Haji Ali bin Haji Abu, dan pengerusi persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), Encik Zulkifli bin Salleh. Semua hadirin dijemput berdiri. Hadirin sekalian, marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu negaraku, lagu negeri Selangor, dan lagu sekolah diiringi dengan muzik. Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing. Assalamualiakumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera kepada Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat, Puan Hafisah binti Aziz, Yang berusaha guru besar Sekolah kebangsaan Desa Baiduri, Encik Haji Ali bin Haji Abu,Yang Dihormati guru penolong kanan, Puan Hanani binti Ali, guru penolong kanan ko-kurikulum, Encik Yusoff bin Haji Kamal, pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru, Encik Zulkifli bin Salleh,guru-guru, para ibu bapa, dan murid-murid sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana dengan limpah dan kurnianya jugalah maka kita dapat bersama-sama berhimpun di sini pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran mereka pada tahun ini. Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Puan Hafisah binti Aziz kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Hadirin yang dimuliakan, Bersama-samalah kita menadahkan tangan memohon keberkatan Allah bagi merestui majlis kita pada pagi ini supaya dihindarkan daripada segala perkara yang tidak diingini. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Ahmad bin Hafifi, ketua jabatan pendidikan islam SKDB untuk memimpin bacaan doa kita pada pagi ini. Dipersilakan. (Doa) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ahmad bin Hafifi untuk pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Zulkifli bin Salleh selaku pengerusi PIBG sekolah untuk menyampaikan ucapan beliau sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan. (Ucapan) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Zulkifli diatas ucapan beliau yang bersemangat itu.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Encik Haji Ali bin Haji Abu, guru besar SKDB untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Ucapan.) Ucapan terima kasih kepada Encik Haji Ali di atas ucapan beliau. Kini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hafisah binti Aziz, pegawai pendidikan daerah Hulu Langat untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2009. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. (Ucapan) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hafisahbinti Aziz diatas ucapan dan perasmian beliau. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sebelum kita meneruskan lagi acara kita yang seterusnya pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan nasyid oleh pelajar tahun 5 Amanah yang diketuai oleh adik Amyrul Suhaimi bin harriz. (Nasyid) Terima kasih kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Buat pengetahuan hadirin sekalian, kumpulan nasyid dari kelas 5 Amanah yamg membuat persembahan tadi merupakan kumpulan nasyid yang menjadi johan dalam pertandingan nasyid antara kelas-kelas tahap dua sempena sambutan kelahiran nabi pada tahun lepas. Mereka telah dilatih dan dipimpin oleh ustazah mereka iaitu ustazah Siti Zabedah binti Ismail. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha yang gigih dan berterusan. Ia juga tidak mengenal erti jemu dan letih untuk mendapatkan sebuah kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, wajarlah sekiranya kita menyediakan sedikit penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya mencapai kecemerlangan di sekolah. Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjuang dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Maka acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap satu mengikut kelas. Majlis menjemput pengerusi PIBG, Encik Zulkifli bin Salleh untuk menyampaikannya kepada pelajar. (Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap 1) Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik tahap dua mengikut kelas. (Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan tahap dua) Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Zulkifli bin Salleh diatas kesudian beliau untuk menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada para pelajar. Majlis seterusnya menjemput guru besar SKDB, Encik Haji Ali bin Haji Abu untuk penyampaian hadiah yang seterusnya iaitu penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut mata pelajaran.

(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan pelajar terbaik mengikut mata pelajaran). Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil untuk pelajar yang berkehadiran penuh sepanjang persekolahan bagi seisi 2009. (Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kehadiran penuh pelajar) Terima kasih diucapkan kepada Encik Haji Ali bin Haji Abu diatas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sebelum kita meneruskan lagi acara kita yang seterusnya pada pagi, marilah bersama-sama kita mendengarkan bacaan puisi yang akan disampaikan oleh adik Siti Aini binti Amran dari kelas 4 Cekal. Dipersilakan. (Persembahan puisi) Terima kasih diucapkan kepada Siti Aini binti Amran. Buat pengetahuan hadirin sekalian, adik Siti Aini ini telah mewakili sekolah dalam pertandingan puisi tahap dua peringkat daerah dan telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Majlis seterusnya menjemput Puan Hafisah binti Aziz untuk penyampaian hadiah dan sijil penghargaan yang seterusnya. Hadirin sekalian, Membaca merupakan satu amalan yang mulia. Ada pepatah melayu yang mengatakan bahawa membaca itu adalah jambatan ilmu. Ini bermakna membaca merupakan salah satu cara untuk mendapatkan ilmu. Dengan membaca juga fikiran kita akan lebih luas dan terbuka. Oleh itu, pihak sekolah telah menggalakkan muridmurid agar sentiasa mengamalkan aktiviti membaca. Dengan itu kami telah menyediakan satu anugerah iaitu anugerah galakan membaca nilam kepada murid yang telah membaca bahan bacaan terbanyak sepanjang tahun 2009. Anugerah tersebut telah berjaya dirangkul oleh seorang murid perempuan dari kelas 5 Bestari. Beliau telah membaca pelbagai bahan bacaan sebanyak 250 buah buku. Beliau merupakan anak kepada seorang guru bahasa arab dan ibunya merupakan seorang suri rumah tangga. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Setiap hujung minggu beliau akan menghabiskan masanya di rumah untuk membaca buku di perpustakaan mini milik ayahnya. Ibu bapanya sentiasa menggalakkan beliau untuk mengamalkan budaya membaca walau di mana jua dia

berada. Dengan ini, dijemput Nur Dayana binti Mohd zin, penerima anugerah galakan membaca nilam tahun 2009 untuk naik ke atas pentas menerima hadiah, trofi dan sijil penghargaan.Dipersilakan. Tahniah dan syabas kepada adik Nur Dayana binti Mohd Zin. Hadirin yang dihormati sekalian, Buat pengetahuan anda semua dalam peperiksaan UPSR yang lepas terdapat 20 orang murid yang berjaya mendapat 5A dalam semua subjek. Mereka terdiri dari kelas 6 Amanah, 6 Bestari, dan 6 Cekal. Dengan ini majlis ingin menjemput Puan Hafisah binti Aziz sekali lagi untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada mereka yang telah bejaya. Terima kasih diucapkan kepada Puan menyampaikan sijil penghargaan sebentar tadi. Hafisah diatas kesudian

Pengetahuan merupakan kebijaksanaan sekiranya ia digunakan dengan sebaiknya. Untuk mencapai kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan. Tugas murid selain belajar, mreka juga perlu bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum dan menjadi contoh kepada adik-adik dan menjadi kebanggaan keluarga dan warga sekolah. Oleh itu, acara yang seterusnya adalah penyampaian anugerah pelajar terbaik bagi seisi 2009. Penerima anugerah ini merupakan murid tahun 6 Amanah di sekolah ini. Beliau telah bersekolah di sini sejak darjah 2. Beliau berpindah ke sini kerana mengikuti keluarganya yang berpindah di sini. Beliau merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik. Dua orang daripada adik-adiknya sudah bersekolah dan adik bongsunya baru berusia 3 tahun. Bapanya merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaya dan ibunya pula bekerja sebagai akauntan di jabatan perkhidmatan awam. Beliau pernah dilantik menjadi ketua kelas semasa ditahap 1 dahulu, dilantik menjadi pengawas pusat sumber semasa darjah 4,dilantik menjadi pengawas sekolah sejak dari darjah 5, pernah menjawat jawatan setiausaha persatuan pengakap, naib pengerusi persatuan pendidikan islam,dan merupakan penolong ketua pengawas sekolah selama 2 tahun berturut turut. Selain itu beliau turut bergiat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum seperti mewakili sekolah dalam pertandingan pidato, bola baling, catur, dan sebagainya. Beliau juga telah ke peringkat daerah dalam pertandingan syarahan dan berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan itu baru-baru ini. Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham. Walaupun sibuk dengan aktiviti seharian, beliau tidak pernah mengabaikan pelajaran. Beliau tidak pernah menghadiri kelas tuiesyen dan hanya belajar secara

sendirian di rumah dan berbincang dengan guru-guru dan rakan-rakan di sekolah. Walaupun sering mendapat kejayaan dalam pelajaran, beliau tidak pernah bersikap sombong dan sentiasa membantu rakan-rakan dan adik-adiknya dalam pelajaran. Sikapnya yang sentiasa merendah diri, murah dengan senyuman, dan ringan tulang itu sentiasa disenangi oleh para guru dan rakan-rakannya di sekolah. Di rumah kedua ibu bapanya menyifatkan dirinya sebagai seorang anak yang baik, sentiasa rajin membantu ibu bapa dan juga merupakan seorang kakak yang baik dan bertanggungjawab. Bukti bahawa beliau telah berjaya mencapai kejayaan dalam pelajaran ialah beliau telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang lepas dan juga berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan ujian penilaian sekolah rendah agama (UPSRA) di sekolah rendah agama as-syakirin. Untuk menyampaikan anugerah pelajar terbaik ini dijemput guru besar SKDB, Encik Haji Ali bin Haji Abu untuk menyampaikan anugerah tersebut. Penerima anugerah pelajar terbaik bagi seisi 2009 ialah Wardina binti Taruddin dari 6 Amanah. Majlis mempersilakan Wardina binti Taruddin untuk naik ke pentas untuk menerima trofi dan sijil penghargaan. Tahniah diucapkan kepada Wardina binti Taruddin. Ucapan terima kasih juga kepada En Haji Ali bin Haji Abu diatas kesudian beliau untuk menyampaikan anugerah sebentar tadi. Sebelum majlis kita bersurai pada hari ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan penutup oleh kumpulan koir sekolah yang akan menyampaikan dua buah lagu iaitu lagu ibu pertiwi dan lagu gemilang. Terima kasih kepada kumpulan koir yang menyampaikan persembahan sebentar tadi. Buat pengetahuan semua, kumpulan koir tersebut mendapat bimbingan oleh Encik Tan Leong dari jabatan muzik sekolah. Kumpulan koir tersebut pernah mendapat tempat pertama pada tahun lalu dalam pertandingan koir peringkat daerah Hulu Langat. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kini berakhirlah sudah majlis hari anugerah kecemerlangan akademik Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri bagi tahun 2009. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis pada hari ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan khas kepada Puan Hafisah binti Azizi diatas kesudian beliau untuk hadir ke sini. Jasa baik puan amat kami hargai. Bila memandang ke muka laut, Nampaknya sampan mudik ke hulu, Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput untuk menjamu selera makanan yang disediakan di kantin. Tajaan makanan itu adalah daripada PIBG sekolah. Saya sudahi dengan serangkap pantun. Kalau berladang menanam keladi,

Keladi dibawa ke tanah seberang, Kalau dagang pandai berbudi, Sampai mati dikenang orang. Sekian, terima kasih.

Contoh 2

WARIS MITHALIPRA SEKOLAH2010 HATI MENYEDIAKAN SIJIL PENGHARGAAN WARISMITHALI PRA SEKOLAH 2010.DENGAN INI MAJLIS MENJEMPUT EN. ZULKUPLIB. OSMAN, GBC SK UNDANG JELEBU BAGIMENGIRINGI EN. MOHD FOUZI B. MOHD ISA UNTUK MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIANTERSEBUT. DIPERSILAKAN.MAJLIS MENJEMPUT PUAN NORLIA BT. BAHALDINUNTUK MENERIMA SIJIL PENGHARGAAN DI ATASSUMBANGAN YANG TELAH BELIAU BERIKANSEBAGAI JURULATIH TARIAN PRA SEKOLAH 2010.SETERUSNYA, MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN SITIR O H A I D A H B T . M O H D I S A A T A S S U M B A N G A N YANG TELAH BELIAU BERIKAN UNTUK KECERIAANKELAS PRA SEKOLAH. SHIKIN SELESAIPENYAMPAIANPENGHARGAANWARIS MITHALI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENERIMA SIJIL.MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIHKEPADA EN. MOHD FOUZI B. MOHD ISA ATASKESUDIAN MENYAMPAIKAN SIJIL PENGHARGAANSEBENTAR TADI. AIZIL PENYAMPAIANCENDERAMATA ADAT TETAMU DATANG BERTANDANG,CENDERAMATA DIBERI TANDA INGATAN. OLEHITU, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYAMEMPERSILAKAN PUAN SALMAH BT. ABD.WAHID GPK 1 MENGIRINGI YANG BERUSAHATUAN GURU BESAR CEMERLANG UNTUK NAIK KE PENTAS BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARATERSEBUT. DENGAN INI DIJEMPUT :1. EN. ANSAR B. MAT ISA, PENOLONGPEGAWAI PELAJARAN DAERAHJEMPOL DAN JELEBU 2. EN. SEZALI B. MOHAMAD KAMAL,PENYELARAS PRA SEKOLAH JABATANPELAJARAN N.SEMBILAN AIZILAIZIL SELESAIPENYAMPAIANCENDERAMATAKEPADA VIP TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN G URUBESAR EN ZULKUPLI B. OSMAN

ATASKESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAMATASEBENTAR TADI. Tanam Lengguna Tumbuh KelapaTerbit Bunga Pucuk Mati AIZIL 9

Budi Tuan Kami Tak LupaSudah Terpaku Di Dalam Hati UCAPAN TERIMAKASIH SIDANG HADIRIN YG DIHORMATI SEKALIAN,DENGAN INI BERAKHIRLAH SUDAH MAJLISANUGERAH KUALITI SK UNDANG JELEBU BAGITAHUN 2010.KAMI MERAKAMKAN SETINGGI2 PENGHARGAANDAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGAKEPADA : 8. YG BHG. EN. ANSAR B. MAT ISA,PENOLONG PEGAWAI PELAJARANDAERAH JEMPOL DAN JELEBU 9. EN. SEZALI B. MOHAMAD KAMAL,PENYELARAS PRA SEKOLAHJABATANPELAJARAN N.SEMBILAN10.YG ..11.YG ..12.YG ..13.YG ..14.YG SETERUSNYA KEPADA SEMUA WARGA SK UNDANG JELEBU SERTA ORANGORANGPERSEORANGAN YANG TELAH MEMBERISUMBANGAN DALAM BENTUK KEWANGAN DANTENAGA SEHINGGA MAJLIS INI DAPATDIJALANKAN DENGAN JAYANYA. AIZIL BICARA PENUTUP Subur Padi Allah Kurnia,Hidup Mula Di Dalam Air,Sudah Menjadi Lumrah Dunia,Setiap Yang Bermula Pasti Berakhir.Bunga Seroja Di Atas Para ,Jatuh Ditimpa Buah Berangan,Andai Kata Tersilap Bicara,Kemaafan Jua Kami Pohonkan.Dari Kedah Ke Pekan Sari, SHIKIN 10

Beli Suasa Di Kota Tinggi,Selesai Sudah Tugas Diberi,Di Lain Masa Bersua Lagi. JEMPUTAN KEJAMUAN Sungguh Indah Bunga Kemboja,Di Bawah Atap Tepi Halaman;Juadah Sudah Letak Di Meja,Sudilah Santap Tuan Budiman DIJEMPUT KEPADA PARA JEMPUTAN, TETAMU-TETAMU UNDANGAN, IBU BAPA, PARA GURU DANANAK DIDIK SEKALIAN UNTUK KE KANTINMENJAMU SELERA.DENGAN INI SAYA LABUHKAN TIRAI MAJLISA N U G E R A H K U A L I T I S K U N D A N G J E L E B U 2 0 1 0 DENGAN LAFAZ ASSALAMMUALAIKUM WBT .SHIKIN SKRIP PENGACARA MAJLIS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANGSK UNDANG JELEBU2010 M / 1431 H 12 NOVEMBER, 2010 (JUMAAT) 3.00 PETANGDEWAN BESTARI SK UNDANG JELEBU

Contoh 3Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh dif-dif kehormat. Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Yang Berbahagia, Dato Mohd Nasir bin Ahmad Presiden Staroba Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG, STAR Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR Dif-dif kehormat, AJK STAROBA, AJK PIBG, pegawai-pegawai kementerian, para ibu bapa, guruguru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang STAR kali ke 51 bagi tahun 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang STAR pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Imran bin Jemain untuk meminpin bacaan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Imran bin Jemain atas bacaan doa sebentar tadi. Pakaian dipakai cantik berseri, Majlis keraian kita semua, Majlis kita takkan berseri, Tanpa persembahan multimedia

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahana multimedia.

Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan ilham kreatif pasukan Briged Bestari STAR dibawah bimbingan Encik Abdul Rahman bin Rashid.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan Pengetua Cemerlang STAR. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang STAR kali ke-51 bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi. Setrusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi oleh tuan pengetua untuk memukul gong sebagai simbolik perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2011. Dipersilakan. Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-guru yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guruguru Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian anugerah sebentar tadi. Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah Untuk tuan kami sembahkan

Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta

Perancis baru-baru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah Tuanku Abdul Rahman. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid dan Cik Norhidayah Abdullah. Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini, Salah dan silap lupakan saja Sebarang kelemahan harap dimaafi Segala kerjasama sangat dihargai Terima kasih sekalung budi Kenangan nan indah simpanlah di hati Semoga kita berjumpa lagi. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-51 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk Majlis Perasmian Rumah Tetamu STAR. Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh