ucapan puan pengetua

21
MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-4 BIL. 04/09 SMK DAMANSARA DAMAI 1 TARIKH : 7 NOVEMBER 2009 MASA : 7.30 PAGI-11.30PAGI TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH HADIR : SESI PAGI 1. Puan Zabedah binti Warjan 2. Puan Nasiroh binti Md. Yusoff 3. Puan Azliza binti Mat Lazim 4. Puan Nurhasliyana bt Kamaruddin 5. Cik Naajima binti Ahamed Basheer 6. Cik Herlina bt. Yahya 7. Encik Abdul Halim bin Ahmad 8. Encik Abu Bakar bin Mohd Ramli 9. Puan Amalina bt. Ab. Manaf 10. Puan Azmahanim bt. Abdul Aziz 11. Puan Chan Jenn Li 12. Puan Chen Chiaw Ing 13. Puan Hanani bt. Mat Ali 14. Puan Hasni Fazlina bt. Mohd Ariff 15. Puan Hemalatha a/p Parameswaran 16. Puan Khalilah bt Mohd Shafeie 17. Puan Kuldip Kaur a/p Balbir Singh 18. Puan Lee Eng Hoong 19. Puan Lee Nai Foong 20. Puan Lee Siew Lay 21. Puan Lee Yen Leng 22. Puan Maizura binti Husin 23. Puan Mak Siew Chen 24. Encik Md. Sabri bin Ismail 25. Encik Sabri bin Mansor 26. Puan Naizatul Nazrin bt Mohamad Nasir 27. Puan Noor Elyana binti Mohamad Khasasi 28. Puan Norlizah binti Janudin 29. Puan Noralina bt Mamat 30. Puan Noriati binti Ishak 31. Puan Norwana binti Ali Bahar 32. Puan Ong Ai Suan 1

Upload: rayyan-darwisy

Post on 14-Jun-2015

900 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

meeting

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Puan Pengetua

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-4BIL. 04/09

SMK DAMANSARA DAMAI 1

TARIKH : 7 NOVEMBER 2009MASA : 7.30 PAGI-11.30PAGITEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAHHADIR : SESI PAGI

1. Puan Zabedah binti Warjan 2. Puan Nasiroh binti Md. Yusoff3. Puan Azliza binti Mat Lazim4. Puan Nurhasliyana bt Kamaruddin5. Cik Naajima binti Ahamed Basheer6. Cik Herlina bt. Yahya7. Encik Abdul Halim bin Ahmad8. Encik Abu Bakar bin Mohd Ramli9. Puan Amalina bt. Ab. Manaf10. Puan Azmahanim bt. Abdul Aziz11. Puan Chan Jenn Li12. Puan Chen Chiaw Ing13. Puan Hanani bt. Mat Ali14. Puan Hasni Fazlina bt. Mohd Ariff15. Puan Hemalatha a/p Parameswaran16. Puan Khalilah bt Mohd Shafeie 17. Puan Kuldip Kaur a/p Balbir Singh 18. Puan Lee Eng Hoong19. Puan Lee Nai Foong20. Puan Lee Siew Lay21. Puan Lee Yen Leng22. Puan Maizura binti Husin23. Puan Mak Siew Chen24. Encik Md. Sabri bin Ismail25. Encik Sabri bin Mansor26. Puan Naizatul Nazrin bt Mohamad Nasir27. Puan Noor Elyana binti Mohamad Khasasi28. Puan Norlizah binti Janudin29. Puan Noralina bt Mamat 30. Puan Noriati binti Ishak31. Puan Norwana binti Ali Bahar 32. Puan Ong Ai Suan 33. Puan Rafedah binti Gimat34. Puan Rosmawati binti Jaafar35. Puan Ruzanna bt Othman36. Puan Siti Nazira binti Saidin37. Puan Siti Nor Asmah binti Ithnain38. Puan Syahaida bt Mat Noor39. Puan Syuhana binti Adnan40. Puan Teo Sook Mei

1

Page 2: Ucapan Puan Pengetua

41. Cik Wan Nur Liyana bt Wan Yusof42. Encik Wan Azwady bin Wan Azmi43. Puan Wan Ruhana binti Wan Shamsuddin

TIDAK HADIR:1. Puan Maziah binti Mohamad - Cuti Haji2. Puan Nor Radziawati binti Mat Resad@Arshad - Cuti Haji3. Puan Mazliana bt Ahmad Afandi - Cuti Bersalin4. Puan Nor Azma binti Mohd Noor - Cuti Bersalin5. Puan Norran binti Samah - MUET

2

Page 3: Ucapan Puan Pengetua

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-4BIL. 04/09

SMK DAMANSARA DAMAI 1

TARIKH : 7 NOVEMBER 2009MASA : 7.30 PAGI - 11.30PAGITEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAHHADIR : SESI PETANG

1. Puan Zabedah binti Warjan 2. Puan Nasiroh binti Md. Yusoff3. Puan Siti Rohanah binti Karim4. Puan Noor Hafishah binti Yahya5. Puan Zurina binti Ibrahim6. Puan Nor Aishah binti Mohd. Isa7. Puan Roslihah binti Mat Nor8. Puan Nor Anita binti Md. Hashim9. Puan Paizah binti Muhammed10. Encik Ahmad Khaidir bin Mamat11. Cik Azura binti Zakaria12. Cik Nor Hayati binti Othman13. Puan Noor Azliza binti Awang Noh14. Puan Siti Suraya binti Adnan15. Puan Norhannan binti Arom16. Puan Lee Yen Leng17. Puan Noraini binti Abdul Halim18. Puan Aminah binti Hamzah 19. Puan Wan Yuhanis binti Wan Isa 20. Puan Wan Rosnidawati binti Wan Sulong21. Cik Hafne binti Hassim22. Cik Intan Fareha binti Che Mansor23. Encik Azizi bin Ahmad Nordin24. Haizlil bin Abdul Rahman25. Pn Cik Nor Azlina binti Abdul Aziz26. Pn Yusniza binti Yusof27. Pn Zulyza binti Hamzah28. Pn Noriswanda binti Zulkifli29. Pn Rashida binti Omar30. Cik Hue Yew Hien31. Pn Navathina a/p Ramalingan32. Puan Norshahida binti Abdul Rashid 33. Cik Zainab binti Mohd Yaziz 34. Cik Zanariah Bt. Ab. Manaf 35. Cik Norzera binti Rusli 36. Pn Suziyana binti Hashim 37. Pn Rohaida binti Adam

3

Page 4: Ucapan Puan Pengetua

38. Encik Mohd Fatarullazi bin Hanipah 39. Encik Raziman bin Abdullah 40. Encik Mohd Sabri bin A Rahman41. Encik Wan Rahman bin Wan Dolah42. Pn Norhashimah bt Basiroh

TIDAK HADIR:1. Encik Mohd. Shahrizal bin Shoaib - Kursus Induksi2. Puan Vickinesvara Devi A/P Sabaratnam - Cuti Sakit (MC)

4

Page 5: Ucapan Puan Pengetua

AGENDA :

1.0 Ucapan Puan Pengerusi

1.1 Kata-kata Aluan1.1.1 Pn Zabedah mengucapkan salam dan berterima kasih kepada guru-

guru pagi dan petang kerana hadir ke mesyuarat guru kali ke 4 iaitu yang terakhir sebelum sesi persekolahan berlabuh untuk tahun 2009.

1.2 Pengumuman dan Teguran1.2.1 Pn Zabedah juga menyatakan bahawa sewajarnya mesyuarat

diadakan serentak untuk semua guru-guru agar perjalanan mesyuarat berjalan serentak disamping mengeratkan ukhwah sesama guru.

1.2.2 Pn Zabedah menjelaskan bahawa mesyuarat kali keempat ini adalah bertujuan untuk memperingati dan menerangkan tugas-tugas guru SMKDD1 yang sepatutnya disiapkan sebelum tirai persekolah 2009 berlabuh.

1.2.3 Pn Zabedah juga memberi arahan bahawa walaupun sekolah mulai bercuti pada 21 November 2009 tetapi guru-guru perlu hadir ke sekolah pada 23 hingga 25 November 2009 pada jam 8 pagi hingga 1 tengahari untuk menyelesaikan tugas-tugas yang belum selesai.

1.2.4 Pn Zabedah mengumumkan bahawa 27 hari bulan Disember 2009 satu mesyuarat akan diadakan bagi persediaan untuk persekolahan sesi 2010 bagi membincangkan isu-isu berbangkit agar tidak berulang.

1.2.5 Sedikit teguran daripada Pn Zabedah mengenai ketepatan masa guru ketika masuk dan keluar kelas dengan memastikan guru-guru berdisiplin di dalam mematuhi peraturan masa.

1.3 Laporan Pemantauan1.3.1 Pn Zabedah menjelaskan bahawa hasil pemautauan yang dibuat

pada Julai hingga Oktober 2009 dan dikeluarkan dan guru-guru yang mempunyai rekod buruk dalam sesi pemantauan tersebut hendaklah memberikan surat tunjuk sebab di atas perkara-perkara di bawah:

Tidak menghantar buku latihan murid untuk semakan pengetua.

Tidak berada di dalam kelas pada waktu yang sepatutnya.

1.3.2 Pn Zabedah menegur bahawa bukti yang menunjukkan guru-guru menunjukkan bahawa guru-guru mengajar murid-murid di dalam kelas adalah melalui latihan yang diberikan yang mana latihan-latihan ini perlulah disemak dan dicop untuk semakan ibubapa terhadap hasil pembelajaran anak-anak mereka disekolah.

5

Page 6: Ucapan Puan Pengetua

1.3.3 Setiap guru mestilah mempunyai senarai semak dalam mengenalpasti pelajar-pelajar yang menghantar dan membuat pemantauan pada pelajar yang bermasalah di dalam menyiapkan latihan yang diberikan.

1.3.4 Pn Zabedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketua panitia di dalam membantu beliau dalam urusan penyemakan buku-buku latihan murid serta menjelaskan bahawa penyemakan buku amat penting di dalam menilai murid-murid serta di dalam usaha untuk mengajak para ibubapa bagi turut samamenunjukkan keperihatinan di dalam pembelajaran anak-anak mereka.

1.4 Program PATS1.4.1 Pn Zabedah menjelaskan bahawa program PATS adalah bertujuan

untuk memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar yang lemah dan pada masa yang sama melonjakkan prestasi pelajar-pelajar yang cemerlang untuk lebih cemerlang.

1.4.2 Semua fail PATS 4 akan dipegang oleh kaunselor untuk tujuan membuat pemantauan terhadap pelajar-pelajar bermasalah atau lemah dalam pelajaran.

1.4.3 Pn Zabedah meminta agar guru ganti bagi guru kelas supaya bijak bijak memilih masa untuk melakukan PATS dan mengemaskini.

1.5 Prestasi (Kurikulum)1.5.1 Percubaan PMR

1.5.1.1 Pn Zabedah meluahkan rasa sedikit kebimbangan kerana pencapaian percubaan PMR tidak begitu memberangsangkan kerana hanya seorang sahaja pelajar yang mendapat semua “A” di dalam matapelajaran yang di ambilnya.

1.5.1.2 Peratus kelulusan percubaan PMR ialah 22.4% dan Pn Zabedah mengharapkan pencapaian dapat diperbaiki dengan adanya program PATS yang dijangka dapat membantu pelajar untuk lulus.

1.5.1.3 Berikut adalah keputusan percubaan PMR 2009:BM - 73%BI - 69%Sej - 59%Geo - 72%BC - 86%BT - 88%PI - 68%Math - 31%Sciences- 39%KH (Teknikal) - 60%KH (ERT) - 93%KH (Perdagangan) - 100%

6

Page 7: Ucapan Puan Pengetua

1.5.2 Percubaan SPM1.5.2.1 Pn Zabedah menjelaskan bahawa matapelajaran

Kesusasteraan Melayu adalah tahun terakhir ditawarkan di SMKDD1 dan ini menandakan bahawa tahun 2009 merupakan tahun terakhir SPM bagi matapelajaran ini.

1.5.2.2 Pn Zabedah memperingatkan guru-guru bahawa supaya berusaha keras untuk meningkatkan prestasi SPM terutama untuk matapelajaran yang memberi impak kepada turun naik peratusan SPM.

1.5.2.3 Peratusan kelulusan adalah 66%.1.5.2.4 Berikut adalah keputusan percubaan SPM 2009:

BM - 66%BI - 53%PI - 60%Sej - 33%Geog- 72%PSV - 48%ERT - 55%Mathematics- 31%Sciences - 30%Additional Math. - 25%Biology - 47%Physics - 48%Ekonomi Asas - 27%Tasawwur Islam - 65%Bahasa Tamil - 100%Bahasa Cina - 64%Kesusasteraan Melayu - 50%Pendidikan Moral - 30%

1.6 Guru Baru1.6.1 Pn Pengetua memperkenalkan 3 orang guru baru yang baru sahaja

memulakan kerjaya sebagai guru. Pn Zabedah mengucapkan selamat datang dan mengucapkan selamat bertugas kepada:

Cik Siti Hajarul Aswa bt Mohamed Cik Shamsiah bt Hassan Cik Norsazuani bt Md Kari

1.7 Pekeliling Terbaru1.7.1 “Time Slip” / Cuti Rawatan

1.7.1.1 Berdasarkan Pekeliling tiada istilah “time slip” sebaliknya para guru hendaklah menggunakan “CRK” atau “Cuti Tanpa Gaji” mengikut mana-mana yang bersesuaian.

1.7.2 Laporan Prestasi Tahunan

7

Page 8: Ucapan Puan Pengetua

1.7.2.1 Pn Zabedah meminta Pn Lee Yeng Leng, Pn Zulyza, Pn Ellyna, Pn Rashidah, Roslihah, En Muslihat dan En Abu Bakar berjumpa dengan PK Petang, Pn Rohanah bagi mengemaskini Laporan Prestasi Tahunan mereka.

1.7.2.2 Pn Zabedah memaklumkan bahawa penilaian dibuat oleh Penolong Kanan, PK Petang, PK HEM dan PK Kokurikulum.

1.7.2.3 Pn Zabedah menasihatkan agar guru-guru menampal “Pekeliling” di dalam buku rekod mengajar agar guru-guru sentiasa peka dengan peruntukan yang termaktub di dalam pekeliling di atas tindak-tanduk dalam menjalankan tanggunjawab keguruan.

1.7.2.4 Pn Zabedah meminta guru-guru yang mempunyai persoalan di dalam urusan “Pekeliling” hendaklah berjumpa beliau.

1.8 “Redepoitment” (Guru Mengajar Mengikut Opsyen)1.8.1 Pn Zabedah menjelaskan bahawa sekolah mempunyai lebihan guru

yang mempunyai opsyen kimia dan prinsip perakaunan yang mana masing-masing 3 orang manakala 6 orang guru yang mempunyai opsyen biologi. Pn Zabedah menambah kemungkinan guru-guru berkenaan akan dibuat penempatan semula ke sekolah-sekolah berhampiran dengan kediaman semasa.

1.9 Penempatan Pengawas SPM

1.9.1 Pn Zabedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang dilantik untuk mengawas peperiksaan SPM seperti Pn Kuldip, Pn Mazlinda dan lain-lain.

1.9.2 Pn Zabedah menjelaskan bahawa kepada guru-guru yang dilantik untuk mengawas SPM tetapi mempunyai sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan hendaklah diganti oleh guru lain yang boleh menjalankan tanggunjawab demikian.

Tindakan: Pengawas Peperiksaan1.10 Cuti

1.10.1 Pn Zabedah menjelaskan bahawa CRK adalah keistimewaan yang diberikan kepada guru dan untuk mengambil CRK guru-guru hendaklah memohon seminggu awal. Ini kerana masih ramai guru-guru yang tidak mengaplikasikan proses ini di dalam mengambil CRK. Hal ini menyebabkan kesulitan di dalam proses membuat “relief” kelas dan hal ini juga mengganggu proses P&P.

1.10.2 Bagi guru-guru yang tidak mengaplikasikan prses ini di dalam mengambil CRK hendaklah menghantar surat tunjuk sebab kepada pengetua.

1.10.3 Penggunaan CRK bagi kes kecemasan hendaklah mengemukakan surat “medical check-up” atau sijil-sijil berkaitan seperti salinan surat kematian, pembedahan atau sebagainya.

Tindakan: Semua Guru1.11 Perubahan Gred SPM

8

Page 9: Ucapan Puan Pengetua

1.11.1 Mulai 2010 Pn Zabedah mengumumkan bahawa pengredan terbaharu SPM akan digunapakai tetapi masih dalam proses menunggu kelulusan kerana masih lagi tiada surat rasmi untuk perkara tersebut.

1.11.2 Berikut adalah pengredan terbaharu SPM: A+ - 90-100% A - 80-89% A- - 70-79% B+ - 65-69% B - 60-64% C+ - 55-59% C - 50-54% D - 45-49% E - 40-44% G - 0-39%

1.12 Jadual Pengawasan SPM1.12.1 Untuk perhatian guru-guru yang bertugas sepanjang SPM

berlangsung, penyusunan jadual adalah berdasarkan subjek yang diajar masing-masing.

1.12.2 Guru-guru yang bertugas diminta menyemak jadual pengawasan tersebut untuk mengelak timbulnya masalah yang tidak diingini.

1.12.3 Guru yang bertanggunjawab untuk urusan kesihatan akan ditempatkan bagi menguruskan pelajar-pelajar yang tidak sihat terutama bagi mengawal jangkitan H1N1.

Tindakan: Pengawas Peperiksaan1.13 Pembelian Barang

1.13.1 Untuk makluman Ketua Panitia, sebarang pembelian barang-barang hendaklah disertakan dengan invois kepada AJK stok untuk mengelakkan masalah berkaitan dengan audit. AJK stok hendaklah menjalankan tanggunjawab di dalam memastikan stok barangan yang dibeli adalah selaras dengan perbelanjaan yang digunakan.

Tindakan: Ketua Panitia1.14 Pengisian Borang

1.14.1 Pn Zabedah meminta kepada guru-guru yang mempunyai idea atau pandangan untuk memperbaiki proses mempermudahkan butiran di dalam borang-borang yang berkaitan sila berjumpa dengan pentadbir untuk mengemukakan idea atau pandangan tersebut.

Tindakan: Semua guru1.15 Lain-lain

1.15.1 Pn Zabedah meminta agar guru-guru mengemaskini butiran diri seperti alamat dan nombor telefon bagi memudahkan pihak pentadbir menghubungi untuk hal-hal berkaitan.

1.15.2 Buku rekod prestasi murid bagi pelajar-pelajar PMR dan SPM hendaklah di serahkan kepada kepada pihak pentadbir supaya ibubapa dapat memantau prestasi anak-anak mereka sebelum peperiksaan sebenar.

9

Page 10: Ucapan Puan Pengetua

2.0 Hal Ehwal Murid

2.1 Buku Jadual Kedatangan Murid2.1.1 Pn Nasiroh mengingat bahawa guru-guru perlu mengemaskini

Buku Jadual Kedatangan Murid dengan melengkapkan perkara-perkara yang sepatutnya ada dalam buku tersebut.

2.1.2 Terdapat banyak kesilapan dari segi pengiraan dan kesilapa ini telah diperbetulkan oleh AJK Profil.

2.1.3 Mulai 2010 hanyan pen “hitam” sahaja dibenarkan untuk mengisi buku Jadual Kedatangan Murid.

2.1.4 Pn Nasiroh meminta guru-guru kelas agar meletakkan nama guru kelas terkini pada muka depan buku Jadual Kedatangan.

2.1.5 Untuk analisa keturunan Pn Nasiroh meminta guru-guru kelas mengisi ruangan tersebut untuk proses “enrollment” terkini.

2.1.6 Ruangan “Warganegara” juga perlulah dilengkapkan kerana bagi warga asing terdapat bayaran tambahan yang perlu mereka jelaskan beserta dokumen-dokumen tertentu yang perlua ada sebagai bukti.

2.1.7 Senarai nama murid tidak dibenarkan ditaip dan penggunaan pensel tidak dibenarkan untuk mengelak kehilangan maklumat.

2.1.8 Menurut Pn Nasiroh, mulai 2010 senarai nama murid hendaklah disusun mengikut abjab dan bukan lagi mengikut abjab berdasarkan jantina terlebih dahulu.Pada baris selepas nama hendaklah status “L” dan “P” ditulis untuk membezakan jantina.

2.1.9 Bagi ruangan yuran pula guru kelas hendaklah mengasingkan yuran mengikut kategori seperti yuran takaful, yuran khas, PIBG dan majalah.

2.1.10 Senarai murid yang belum menjelaskan yuran hendaklah diserahkan kepada Setiausaha PMR dan Setiausaha SPM.

Tindakan: Guru Kelas/guru ganti

2.1.11 Kesilapan di Dalam Menanda Buku Jadual Kedatangan Murid2.1.11.1 Menandakan kedatangan bukan mengikut tarikh yang

sepatutnya. Guru kelas/guru ganti perlulah memastikan bahawa ruangan yang betul ditanda pada tarikh yang betul.

2.1.11.2 Penggunaan “liquid paper” adalah tidak dibenarkan sama sekali.

2.1.11.3 Kesalahan maklumat peribadi murid seperti nombor kad pengenalan yang sama untuk 2 orang pelajar.

2.1.11.4 Alamat rumah murid yang tidak tepat dan ini menyebabkan segala urusan penghantaran surat tidak sampai dan hampir “80%” buku jadual kedatangan tidak lengkap untuk ruangan alamat.

2.1.11.5 Tarikh kemasukan murid hendaklah dicatat untuk tujuan rujukan pada masa akan datang dalam hal-hal berkaitan.

10

Page 11: Ucapan Puan Pengetua

2.1.11.6 Maklumat “rumah sukan” tidak dicatat di dalam ruangan tersedia.

2.1.11.7 Senarai penerima biasiswa tidak ditanda bagi memudahkan pengecaman penerima biasiswa.

Tindakan: Guru Kelas/ guru ganti

2.2 Disiplin2.2.1 Pn Nasiroh mengingatkan bahawa pengeluaran surat amaran

adalah terbahagi kepada 2 kategori iaitu “surat amaran ponteng” yang dikeluarkan oleh guru kelas dan “surat amaran salah laku” yang dikeluarkan oleh guru disiplin yang dilantik.

2.2.2 Surat Amaran Ponteng

2.2.2.1 Pn Nasiroh menjelaskan bahawa di dalam proses mengeluarkan surat amaran ponteng, segala butiran perlulah lengkap seperti mana butiran yang terdapat pada buku Jadual Kedatangan Murid

2.2.2.2 Pn Nasiroh juga mengingatkan bahawa pengeluaran surat amaran ponteng adalah mengikut peringkat iaitu amaran pertama, kedua dan ketiga.Semua syarat-syarat mengenai pengeluaran surat amaran ada terdapat pada buku Jadual Kedatangan Murid. Pn Nasiroh mengharapkan guru-guru sentiasa merujuk dan peka dengan syarat-syarat tersebut.

2.2.2.3 Pn Nasiroh mengesorkan guru-guru membuat senarai semak untuk murid-murid yang tidak hadir bersebab iaitu mereka ada memberi surat sebab ketidakhadiran mereka.

Tindakan: Guru Kelas/ guru ganti

2.2.3 Buku Kawalan Kelas2.2.3.1 Pn Nasiroh meminta guru kelas agar memegang “Buku

Kawalan Kelas” sepanjang minggu dari Isnin hingga Jumaat untuk mengelakkan kehilangan.

Tindakan: Guru Kelas/ guru ganti

11

Page 12: Ucapan Puan Pengetua

2.2.4 Buku Rekod Prestasi2.2.4.1 Pn Nasiroh mengesorkan agar guru-guru membuat senarai

semak untuk memastikan murid-murid menghantar segala buku-buku atau dokumen-dokumen mengenai mereka. Melalui senarai semak ini, membolehkan guru mengecam murid-murid yang tidak menghantar perkara yang sepatutnya.

2.2.4.2 Pn Nasiroh mengingatkan agar “senarai semak” guru untuk kerja-kerja dibawah HEM hendaklah dimasukkan ke dalam fail HEM di atas meja bilik beliau.

Tindakan: Semua guru3.0 Hal Ehwal Kokurikulum

3.1 Pn Azliza mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum sepanjang sesi persekolahan 2009. Pn Azliza juga mengharapkan untuk tahun 2010 aktiviti-aktiviti kokurikulum akan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang lebih bemutu diadakan untuk memperkasakan kegiatan disekolah disamping membantu murid di dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik.

3.2 Perancangan Strategik3.2.1 Pn Azliza meminta agar “Ketua Panitia” mengambil semula “deraf

Perancangan Strategik” yang telah dihantar oleh setiap panitia semasa sesi LADAP yang lalu.

3.2.2 Ketua Panitia hendaklah mengemaskini Perancangan Strategik tersebut dan menghantar kembali dengan dalam bentuk bertaip dan formal.

Tindakan: Ketua Panitia

3.3 Pemilihan AJK Kokurikulum3.3.1 Untuk pemilihan AJK Kokurikulum 2010, pemilihan akan dibuat

oleh Pn Azliza berdasarkan kelayakan dan komitmen guru-guru dalam kokurikulum.

3.4 Rekod Kokurikulum Murid3.4.1 Dalam sesi LADAP yang lalu Pn Azliza telah menerangkan cara

pemarkahan yang betul di dalam memberi markah kepada murid berdasarkan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum dan beliau mengharapkan tiada lagi “ralat” atau kesalahan di dalam mengisi markah tersebut.

3.4.2 Pn Azliza juga mengharapkan guru-guru mempercepatkan kerja-kerja mengemaskini, memberi markah dan penyemakan Buku Rekod Kokurikulum untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

3.4.3 Pada ruangan jadual ringkasan permarkahan pada bahagian belakang Buku Rekod Kokurikulum guru-guru hendaklah menambah kolum 10% untuk setiap tingkatan.

Tindakan: Guru Kelas

12

Page 13: Ucapan Puan Pengetua

3.5 Program Luar Sekolah3.5.1 Pn Azliza mengharapkan pada tahun 2010 guru-guru dapat

merangka lebih banyak “kertas kerja” untuk mengadakan aktiviti luar sekolah seperti perkhemahan, lawatan, riadah dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada murid-murid. Ini kerana peruntukan dalam aktiviti kokurikulum masih ada dan memerlukan guru-guru menggunakannya untuk tujuan kokurikulum.

Tindakan: Ketua Panitia3.6 Senarai Semak

3.6.1 Pn Azliza mengakhiri ucapan beliau dengan meminta guru-guru menyerahkan senarai semak bagi kerja-kerja dibawah kokurikulum di dalam fail di atas meja biliknya setelah selesai menyiapkan kerja-kerja kokurikulum.

Tindakan: Semua guru

4.0 Hal-hal lain4.1 Perhimpunan

4.1.1 Pn Rohanah mengumumkan bahawa “perhimpunan” pada hari Isnin selepas peperiksaan adalah dibatalkan.

4.2 Borang Penilaian Prestasi4.2.1 Pn Rohanah meminta Pn Lee Yee Leng, Pn Zulyza, Pn Ellyna, En

Muslihat dan En Abu Bakar melengkapkan borang penilaian prestasi mereka secepat mungkin untuk ulasan pegawai yang menilai.

4.3 Penempatan Murid 20104.3.1 Pn Rohanah memberitahu kepada guru-guru yang terlibat dengan

pendaftar murid tingkatan 1 2010 bahawa sesi pendaftaran akan diadakan seminggu selepas keputusan UPSR keluar.

4.3.2 Penempatan murid-murid 2010 pula akan diadakan pada 23 haribulan November 2009, dan guru-guru yang bertugas di dalam penempatan murid dikehendaki hadir.

Tindakan: Guru yang dilantik

4.4 Kebersihan Bilik Guru4.4.1 Sebelum cuti bermula guru-guru diingatkan agar membersihkan

bilik dengan menyimpan semua buku-buku akademik di dalam almari panitia masing-masing.

4.4.2 Meja guru hendaklah kosong tanpa sebarang barang dan segala kelengkapan di dalam bilik guru hendaklah di letakkan dalam keadaan yang baik.

Tindakan: Semua guru4.5 Peralatan

4.5.1 Peralatan dalam bilik kelas seperti langsir yang siap dicuci dan peralatan kebersihan seperti penyodok hendaklah diserahkan kepada Pn Norliza iaitu pembantu makmal sekolah.

Tindakan: Guru Kelas

13

Page 14: Ucapan Puan Pengetua

4.5.2 Peralatan sukan juga diingatkan agar disimpan ditempat yang sepatutnya dan keadaan yang baik dan kuantiti yang sepatutnya.

Tindakan: Guru PJPK

4.6 Buku Teks SBPT4.6.1 Pn Hanani agar guru-guru memastikan murid-murid menghantar

buku teks mengikut jadual yang ditetapkan. Pengawas SBPT akan bertugas memungut buku-buku teks dari kelas masing.Tindakan guru bagi memastikan murid-murid tidak berkeliaran semasa proses pemungutan buku teks.

4.6.2 Bagi guru-guru yang meminjam buku teks diminta menghantar terus ke bilik buku teks untuk tujuan penyemakan stok.

4.7 Sijil-sijil dan Permarkahan4.7.1 Semua sijil-sijil yang berkaitan dengan aktiviti murid hendaklah

dikemaskini dan diserahkan kepada murid.4.7.2 Permarkahan PEKA, ULBS dan PLBS hendaklah dikemaskini dan

diserahkan kepada ketua bidang dan salinan permarkahan tesebut diserahkan kepada murid yang bakal berpindah ke sekolah baru.

Tindakan: Guru Bahasa/Sains/Pendidikan Islam/Ketua Panitia

4.8 LADAP4.8.1 Cik Najeema meminta guru-guru menyerahkan salinan “Kad

Laporan Latihan” kepada beliau untuk dikemaskini bagi tujuan penyediaan sijil untuk kursus tersebut.

Tindakan: Semua guru

4.9 Laporan Minit Mesyuarat4.9.1 Pn Lee Nai Foong meminta agar semua ketua panitia menyerahkan

laporan minit mesyurat panitia.Tindakan: Ketua Panitia

5.0 Penutup5.1 Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir

dalam mesyuarat kali ke-4 ini dan memohon kemaafan sekiranya menyinggung perasaan guru-guru dengan teguran yang diberikan.

5.2 Pn Zabedah menegaskan bahawa segala teguran adalah bertujuan untuk melatih guru-guru berdisiplin di dalam usaha menjadi barisan pendidik yang baik.

14