teks ucapan perasmian prod

24
KOLOKIUM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SARAWAK 4 HINGGA 6 NOVEMBER 2014 TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YANG BERBAHAGIA PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

Upload: hairolhamzi-bin-bahroddin

Post on 18-Jan-2016

120 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Perasmian PrOD

KOLOKIUM PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN SARAWAK

4 HINGGA 6 NOVEMBER 2014

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

YANG BERBAHAGIA PENGARAH PENDIDIKAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

Page 2: Teks Ucapan Perasmian PrOD

Bismillahhirramanirrahim

Yang Berusaha Pn Hajah Serina binti Sauni Pengarah PendidikanJabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Yang Berusaha Tuan Haji Awang Hambali bin Hj Awang Hamdan PengarahInstitut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Yang Berusaha Dr. Shahri bin Abdul Rahman,Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan SarawakKementerian Pendidikan Malaysia

Yang Berusaha En Iman bin JoniPengurus Kolokium Program Pembangunan Organisasi (PrOD)

Tetamu-tetamu jemputan

Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah

Pegawai-pegawai SIPartner+ dan SISC+

Pengetua Cemerlang, barisan pengetua dan guru besar, ahli jawatankuasa pelaksana kolokium seterusnya tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekelian.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, dan Salam 1 Malaysia

Page 3: Teks Ucapan Perasmian PrOD

1. Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurniaNya, dapatlah kita bersama-sama pada pagi ini di dalam Kolokium Program Pembangunan Organisasi yang julung-julung kali dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak.

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menjemput saya untuk merasmikan dan seterusnya mengampaikan ucaptama dalam kolokium pada kali ini.

3. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua pembentang kertas kerja yang saya yakin dan percaya begitu komited dalam menghasilkan kertas kerja serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang relevan kepada semua peserta kolokium yang berkisarkan kepada tema kolokium yang telah dipilih untuk tahun ini iaitu Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah.

4. Harapan saya mudah-mudahan kolokium yang berlangsung bermula pada hari ini sehingga pada 4 Disember 2014 dapat dijadikan landasan terbaik untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam kalangan pemimpin sekolah khususnya yang berkaitan dengan bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.

Page 4: Teks Ucapan Perasmian PrOD

Tuan-tuan dan puan-puan,

5. Sesungguhnya penganjuran kolokium ini selari dengan peranan Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM. Selain itu, IAB juga berhasrat untuk menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi Negara untuk maju mengikut acuan kita sendiri.

6. Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, bidang pendidikan telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor penentu kejayaan yang utama. Pendidikan adalah penyumbang utama kepada pembangunan modal insan dan ekonomi negara. Justeru, pendidikan merupakan wahana yang sangat penting dalam menentukan ketamadunan sesebuah masyarakat dan seterusnya sesebuah negara.

7. Oleh yang demikian, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan terhadap sistem pendidikan kita. Misalnya, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 telah disediakan secara komprehensif bagi melonjakkan lagi mutu pendidikan negara agar seiring dengan kehendak global iaitu menghasilkan modal insan yang mampu berdaya saing dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

Page 5: Teks Ucapan Perasmian PrOD

8. Ini dijelmakan melalui 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan terhadap sistem pendidikan Negara. Bagi memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dan menyediakan Negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa adalah penting untuk Negara melakarkan wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin dibangunkan, khususnya berdasarkan konteks Negara kita, Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan,

9. Kemajuan dunia yang semakin hari semakin mencabar kesan daripada ledakan inovasi teknologi, migrasi dan globalisasi memerlukan ketrampilan pemimpin sekolah yang benar-benar berpengetahuan dan berwibawa.

10. Dalam usaha melonjakkan kecemerlangan organisasi sekolah, pengetahuan mendalam dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan amat perlu untuk keberkesanan dan penambahbaikan sekolah secara berterusan.

Page 6: Teks Ucapan Perasmian PrOD

11. Organisasi sekolah yang berkesan dan cemerlang akan dapat menghasilkan modal insan yang holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menjamin aspirasi Negara untuk menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020 tercapai.

12. Justeru, Kecemerlangan pendidikan bukan sahaja memerlukan sistem yang baik tetapi juga pemimpin pendidikan yang berkualiti. Melalui Anjakan ke-5 PPPM, iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah, kita berkeyakinan pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi dan komited mampu membawa perubahan dan meningkatkan keberhasilan murid serta prestasi sekolah.

13. Banyak kajian sama ada di dalam Negara ataupun di peringkat antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua atau guru besar yang cemerlang, iaitu yang memberikan tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran semata-mata, mampu melonjakkan peningkatan keberhasilan murid sebanyak 20%.

14. Sehubungan itu, pada tahun 2013, KPM telah memperkenalkan Piagam Pemimpin Sekolah bagi memperkukuh kaedah pemilihan dan latihan pengetua dan guru besar. Antara aktiviti uatama adalah :

Page 7: Teks Ucapan Perasmian PrOD

Menetapkan syarat baharu bagi pemilihan dan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar (PGB)

Menetapkan kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) sebagai syarat wajib pemilihan pemimpin sekolah

Menawarkan Program Residensi dan Immersion (PRIme) untuk calon pengetua dan guru besar

Menyediakan pembangunan professional berterusan terbeza(differentiated) untuk pemimpin sekolah berdasarkan kompetensi dan prestasi.

15. Untuk makluman semua, syarat baharu pemilihan pengetua dan guru besar telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pelajaran pada 8 Oktober 2013 dan telah digunapakai sepenuhnya mulai Julai 2014. Individu yang berminat dan memenuhi syarat boleh memohon jawatan Pengetua dan Guru Besar. Pemohon yang layak perlu melalui proses pentaksiran dan temuduga yang dikendalikan oleh JPN.

16. Dalam usaha dan komitmen Kementerian Pendidikan melaksanakan transformasi, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah sejauh mana kesedaran pemimpin sekolah dalam

Page 8: Teks Ucapan Perasmian PrOD

menyediakan pendidikan abad ke-21 agar transformasi pendidikan negara dapat dilaksanakan seterusnya mencapai kejayaan.

17. Seseorang pemimpin juga perlu berkeupayaan mengurus perubahan dengan cekap. Untuk berjaya mengurus perubahan, kita perlu melakukan perubahan minda serta membuat penyesuaian nilai dan norma yang menjadi amalan dan pegangan. Kita juga perlu mempunyai keupayaan untuk melakukan perubahan sosial yang membina, dengan mengenalpasti kelemahan dan seterusnya mengambil pendekatan strategik untuk menangani sebarang isu dan permasalahan khususnya yang berkaitan dengan pengurusan dan kepimpinan sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

18. Kita perlu sedar bahawa kualiti bukanlah satu destinasi, tetapi satu perjalanan yang berterusan. Sesuatu yang dianggap berkualiti pada hari ini mungkin tidak lagi berkualiti pada hari esok atau pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pencapaian kualiti memerlukan perubahan. Jika kita tidak berubah seiring dengan perubahan semasa dan perkembangan teknologi, kita akan ketinggalan.

Page 9: Teks Ucapan Perasmian PrOD

19. Kita perlu mempunyai semangat dan kemahuan untuk berubah ke arah kebaikan kerana semangat ini akan membuatkan kita sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apa jua bentuk cabaran sekalipun.

20. Selain itu, tidak ada jalan pintas atau mudah untuk mencapai kejayaan, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan masa depan anak-anak kita. Kita mahu melihat agar setiap anak-anak kita di Sarawak akan terbela tanpa mengira latar belakang dan status sosio ekonomi masing-masing.

21. Akhir kata, saya ingin sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan yang dapat bersama-sama dalam menjayakan kolokium pada kali ini.

22. Tidak ketinggalan syabas dan tahniah juga kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus lumus dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan kelancaran dan kejayaan kolokium ini.

23. Harapan saya, mudah-mudahan kolokium ini akan telah mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan

Page 10: Teks Ucapan Perasmian PrOD

24. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Kolokium Program Pembangunan Organisasi bagi tahun 2014.

Sekian, Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Page 11: Teks Ucapan Perasmian PrOD

4. Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Lepasan Menengah dan Pendidikan Tinggi. Dari segi pendemokrasian pendidikan pula, dasar yang khusus membolehkan murid-murid menikmati peluang pendidikan tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal dan kumpulan etnik termasuk murid-murid dengan keperluan pendidikan khas.

5. Kementerian Pendidikan menyedari bahawa pendidikan yang berkualiti memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kognitif dan psikomotor seseorang murid. Sekiranya mereka mendapat pendidikan yang berkualiti, maka diyakini murid tersebut akan terus maju dan insyaallah berjaya dalam pendidikan dan seterusnya kerjaya di masa hadapan.

6. Pengurusan Hal-Ehwal Murid misalnya merupakan salah satu aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu menghasilkan sekolah berkesan serta mampu mencapai visi dan misi sekolah ke arah kecemerlangan.

7. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pemimpin sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan tugas

Page 12: Teks Ucapan Perasmian PrOD

pentadbiran dan penyelenggaraan semata-mata. Pemimpin sekolah termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan mestilah berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan.

8. Ini kerana murid-murid merupakan asset Negara pada masa hadapan. Jatuh bangunnya Negara bergantung kepada kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh pendidikan.

Tua-tuan dan puan-puan,

9. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah tetapi tidak juga mustahil untuk dicapai. Yang penting, ia berkehendakkan suatu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri sekolah yang berjaya baik dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.

10. Kementerian Pendidikan telah menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 bagi menyediakan pendidikan terbaik untuk semua murid. Setiap kanak-kanak di Malaysia mempunyai hak untuk mendapatkan

Page 13: Teks Ucapan Perasmian PrOD

pendidikan yang menyediakan mereka menjadi modal insan produktif yang menyumbang kepada kemakmuran Negara.

11. Justeru, bagi merealisasikan keberhasilan murid yang dihasratkan, PPPM telah menggariskan lima aspirasi sistem dan enam aspirasi murid.

12. Lima aspirasi sistem termasuklah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Manakala enam aspirasi murid pula ialah pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

13. Matlamat utama sistem pendidikan adalah memastikan kesaksamaan dalam keberhasilan murid. Malangnya, sehingga kini keberhasilan murid masih tidak saksama. Negeri yang mempunyai populasi sekolah luar bandar yang banyak seperti Sarawak secara puratanya menunjukkan prestasi yang rendah malah jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam peperiksaan awam seperti UPSR dan SPM juga masih ketara.

Page 14: Teks Ucapan Perasmian PrOD

Tuan-tuan dan puan-puan,

14. Untuk makluman hadirin sekelian, untuk tahun 2014, Sarawak mempunyai 1265 sekolah rendah dan 185 sekolah menengah termasuk sekolah berasrama penuh, sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah teknik dan kolej vokasional. Sudah pastilah dengan jumlah sekolah yang begitu banyak, merupakan cabaran yang besar kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam memastikan keberhasilan murid.

15. Dalam usaha dan komitmen Kementerian Pendidikan melaksanakan transformasi, perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah sejauh mana kesedaran pemimpin sekolah dalam menyediakan pendidikan abad ke-21 agar transformasi pendidikan negara dapat dilaksanakan seterusnya mencapai kejayaan.

16. Penyelidik dalam bidang pendidikan berpendapat terdapat lima isu yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin pendidikan dalam menentukan jenis pengetahuan dan kemahiran yang boleh memberikan manfaat kepada murid abad ke-21 iaitu :

1. Murid yang memperoleh pendidikan yang lebih tinggi mempunyai kelebihan dari segi mendapat peluang pekerjaan,

Page 15: Teks Ucapan Perasmian PrOD

2. Keperluan terhadap pembelajaran dan kemahiran secara tradisional seperti pembelajaran matematik, sains dan bahasa tidak disertakan dengan kemahiran-kemahiran baharu,

3. Untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan, murid perlu tahu bagaimana mengaplikasikan apa yang telah dipelajari untuk menghadapi cabaran sebenar kehidupan dan bukannya hanya menulis semula apa yang telah dipelajari dalam kelas di atas kertas ujian,

4. Murid yang berupaya membangunkan kecekapan yang diperlukan iaitu mampu berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaborasi, menghasilkan produk dan proses baharu dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan mempunyai kelebihan dalam kerjaya dan kehidupan, dan

5. Kemahiran aplikasi dan kecekapan boleh diajar dalam konteks kurikulum; bukan sebagai pengganti atau penambahan terhadap kurikulum sedia ada, tetapi kecekapan seperti pemikiran kritis banyak bergantung kepada pengetahuan sedia ada dan tidak boleh diajar secara berasingan.

17. Dalam memastikan enam aspirasi murid dipenuhi, kualiti kepimpinan sekolah iaitu pengetua, guru besar termasuk juga

Page 16: Teks Ucapan Perasmian PrOD

penolong-penolong kanan sebagai pemimpin pertengahan merupakan faktor berasaskan sekolah yang terpenting dalam menentukan keberhasilan murid. Misalnya, Kajian antarabangsa mengenai kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua atau guru besar yang cemerlang, iaitu yang memberikan tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran semata-mata, dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%.

18. Selain itu, kepimpinan sekolah juga mempunyai peranan yang penting dalam memastikan penyampaian pendidikan yang berkualiti kepada murid. Ini kerana kualiti pendidikan di sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh ketrampilan dan profesionalisme yang dimiliki oleh seseorang pengetua dan guru besar termasuk guru-gurunya. Pengetua dan guru besar juga perlu berupaya mempamerkan kepimpinan dan pengurusan yang berkualiti dalam mengurus pembelajaran formal dan tidak formal di sekolah masing-masing. Kualiti murid hanya akan terjana melalui amalan pengurusan yang berkualiti dan beretika serta mementingkan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.

19. Seseorang pemimpin juga perlu mengurus perubahan dengan cekap. Untuk berjaya mengurus perubahan, kita perlu melakukan perubahan minda serta membuat penyesuaian nilai dan norma yang menjadi amalan dan pegangan. Dalam konteks

Page 17: Teks Ucapan Perasmian PrOD

perubahan yang wujud dalam masyarakat pada hari ini, kepimpinan pendidikan perlu menitikberatkan tentang pentingnya penyesuaian yang dibuat sebagai respon kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Kepimpinan pendidikan perlu mempunyai keupayaan untuk melakukan perubahan sosial yang membina, dengan mengenalpasti kelemahan dan seterusnya mengambil pendekatan strategik untuk menangani sebarang isu dan permasalahan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

20. Kita perlu sedar bahawa kualiti bukanlah satu destinasi, tetapi satu perjalanan yang berterusan. Sesuatu yang dianggap berkualiti pada hari ini mungkin tidak lagi berkualiti pada hari esok atau pada masa akan datang. Oleh yang demikian, pencapaian kualiti memerlukan perubahan. Jika kita tidak berubah seiring dengan perubahan semasa dan perkembangan teknologi, kita akan ketinggalan. Kita perlu mempunyai semangat dan kemahuan untuk berubah kea rah kebaikan kerana semangat ini akan membuatkan kita sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apa bentuk cabaran sekalipun.

21. Selain itu, tidak ada jalan pintas atau mudah untuk mencapai kejayaan, lebih-lebih lagi jika ia membabitkan masa depan anak-

Page 18: Teks Ucapan Perasmian PrOD

anak kita. Kita mahu melihat agar setiap anak-anak kita di Sarawak akan terbela tanpa mengira latar belakang dan status sosio ekonomi masing-masing.

22. Akhir kata, saya ingin sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada IAB Cawangan Sarawak dan Jawatankuasa Pelaksana kerana mengelolakan kolokium ini dengan jayanya serta kepada semua peserta yang dapat bersama-sama dalam menjayakan Kolokium Pengurusan Hal-Ehwal Murid pada tahun ini.

23. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan penutupan Kolokium Pengurusan Hal Ehwal Murid bagi tahun 2014.

Sekian, Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Page 19: Teks Ucapan Perasmian PrOD