teks ucapan penggulungan

117
GILIRAN NO. 3 1 TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN BAGI PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021 DEWAN RAKYAT 24 NOVEMBER 2020 (SELASA)

Upload: others

Post on 26-Oct-2021

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

GILIRAN NO. 3

1

TEKS UCAPAN

PENGGULUNGAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

BAGI

PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021

DEWAN RAKYAT

24 NOVEMBER 2020 (SELASA)

Page 2: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

GILIRAN NO. 3

2

TEKS PENGGULUNGAN JAWAPAN

YB MENTERI KANAN PERTAHANAN

MENGGULUNG PERBAHASAN BELANJAWAN TAHUN 2021

PERINGKAT DASAR

DI DEWAN RAKYAT

PADA 24 NOVEMBER 2020 (SELASA)

MUQADDIMAH

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Pertahanan, saya ingin

menyatakan penghargaan kepada 6 Ahli Yang Berhormat (YB) yang

telah mengambil bahagian semasa Perbahasan Belanjawan Tahun 2021

di Peringkat Dasar yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah

bidang tanggungjawab Kementerian Pertahanan.

Ahli-ahli YB yang telah membahaskan isu-isu di bawah tanggungjawab

Kementerian ini ialah:

1. YB Kota Raja;

2. YB Raub;

3. YB Pontian;

4. YB Arau;

5. YB Pasir Mas; dan

6. YB Kota Samarahan.

Page 3: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

GILIRAN NO. 3

3

Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu izinkan saya untuk merakamkan penghargaan dan terima

kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah mencadangkan untuk

memperuntukkan sejumlah RM15.86 bilion kepada Kementerian

Pertahanan pada Belanjawan Tahun 2021; dan sekiranya cadangan

peruntukan ini diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, jumlah yang diterima

Kementerian ialah sebanyak RM15.86 bilion adalah merupakan

peningkatan 1.8% berbanding peruntukan belanjawan pada tahun 2020

(iaitu penambahan sebanyak RM280 juta). Dengan peruntukan Belanja

Pembangunan (DE – Development Expenditure) sebanyak RM4.5 bilion,

iaitu peningkatan sebanyak 46.1% berbanding peruntukan pembangunan

pada tahun 2020 (iaitu penambahan sebanyak RM1.42 bilion); dan bagi

peruntukan Belanja Mengurus (OE - Operational Expenditure) adalah

sebanyak RM11.35 bilion iaitu penurunan sebanyak 9.1% berbanding

dengan peruntukan mengurus pada tahun 2020 (iaitu pengurangan

sebanyak RM1.14 bilion). Pengurangan ini adalah disebabkan oleh

peningkatan peruntukan yang besar di bawah DE bagi senggaraan dan

naik taraf aset-aset utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk

memastikan kesiagaan ATM sentiasa pada tahap tertinggi.

Tuan Yang di-Pertua,

Peruntukan belanjawan ini turut mengambilkira tentang peranan ATM

dalam menangani wabak Covid-19 dan Operasi Benteng yang melibatkan

gerak kerja bersepadu antara pelbagai agensi keselamatan dalam

mengawal sempadan negara. Kementerian beriltizam peruntukan

belanjawan ini, akan memberikan tumpuan kepada dua fokus utama iaitu

peningkatan keupayaan dan kesiapsiagaan ATM; dan menjaga aspek

kebajikan warga dan veteran ATM.

Page 4: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

GILIRAN NO. 3

4

Tuan Yang di-Pertua,

Isu pertama yang ingin saya sentuh ialah berkaitan dengan Laut

China Selatan. Isu ini telah dibangkitkan oleh YB Kota Raja (Mantan

Menteri Pertahanan) yang mencadangkan kaedah diplomasi

pertahanan termasuk melalui kerjasama di bawah Five Powers

Defence Arrangement (FPDA) digunakan dalam menjaga keamanan

dan mengelakkan pertarungan persenjataan di kawasan berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua,

Malaysia merupakan salah satu negara benefisiari dalam Five Powers

Defence Arrangement (FPDA) yang merupakan salah satu prinsip asas

Dasar Pertahanan Negara. Perjanjian ini yang ditandatangani pada tahun

1971 di antara lima buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Australia,

New Zealand dan United Kingdom pada asalnya bertujuan untuk

membangunkan pertahanan udara Malaysia dan Singapura. Negara-

negara anggota FPDA ini mempunyai hubungan ketenteraan yang rapat

dan seringkali menjalankan latihan bagi meningkatkan keupayaan negara

masing-masing dan seterusnya meningkatkan kesiagaan aset dan

melatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menghadapi sebarang

ancaman pihak ketiga.

Sejak penubuhannya, fungsi FPDA semakin berkembang berdasarkan

kepada keperluan semasa. Bermula dari pertahanan udara, kini eksesais

FPDA telah melibatkan ketiga-tiga domain udara, laut dan darat. Sejak

tahun 2004, FPDA telah memberi perhatian terhadap domain bukan

konvensional termasuk bantuan kemanusiaan dan bencana

(Humanitarian Assistance and Disaster Relief – HADR).

Kerjasama pertahanan pelbagai hala berkonsepkan extra-regional turut

diperkasakan melalui medium latihan seperti Exercise Bersama Shield

dan Bersama LIMA yang diadakan setiap tahun melibatkan semua

Page 5: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

GILIRAN NO. 3

5

anggota FDPA dan jemputan negara pemerhati. Ini bagi memastikan

FDPA kekal relevan dalam persediaan untuk menangani isu

keselamatan strategik dan pertahanan serantau. Sinergi yang terbina di

bawah platform kerjasama FPDA ini penting untuk memenuhi dan

mengimbangi keperluan strategik pertahanan termasuk dalam isu-isu

pertembungan kuasa besar di Laut China Selatan.

Tuan Yang di-Pertua,

Di dalam mengendalikan isu Laut China Selatan, Kerajaan sentiasa

mengutamakan kepentingan negara dalam setiap tindakan yang diambil.

Malaysia sentiasa menekankan agar semua pihak menghormati dan

mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut

1982 atau UNCLOS 1982. Ini termasuklah menghormati kedaulatan

wilayah dan perairan dan juga kebebasan pelayaran dan penerbangan.

Malaysia turut menggunakan saluran diplomasi bagi menghadapi

pengaruh ketenteraan negara asing di Laut China Selatan. Pendirian

Malaysia adalah jelas, bahawa Laut China Selatan perlu bebas daripada

kehadiran kapal-kapal perang bagi mengelakkan ketegangan di kawasan

berkenaan.

Page 6: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

GILIRAN NO. 3

6

Tuan Yang di-Pertua,

Isu seterusnya ialah berkenaan peruntukan bajet kepada Institut

Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) yang telah

dibangkitkan oleh dua (2) Ahli YB iaitu YB Kota Raja dan YB Raub.

YB Kota Raja mencadang supaya ditingkatkan peruntukan bajet

kepada STRIDE bagi memenuhi peranannya dalam program-program

penyelidikan dan pembangunan industri pertahanan negara;

manakala YB Raub mencadangkan secara spesifik agar peruntukan

bajet bagi penyelidikan ancaman senjata biologi diuntukkan pada

bajet tahun 2021.

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pertahanan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan

YB Kota Raja berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ini. Pihak

Kementerian sememangnya memperakui peranan yang dimainkan

STRIDE untuk memenuhi tanggungjawabnya dalam melaksanakan

program-program penyelidikan dan pembangunan industri pertahanan

negara.

Bagi peruntukan bajet kepada STRIDE dalam melaksanakan

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Pertahanan, pihak Kementerian

menggunakan peruntukan yang diberikan di bawah Rancangan Malaysia

(RMK). Sebagai contohnya di bawah RMKe-11 (2016 hingga 2020),

STRIDE telah menerima peruntukan bajet sebanyak RM96.18 juta; dan

daripada jumlah berkenaan hanya RM7.4 juta adalah untuk tujuan

penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Bagi RMKe-12 (2021 hingga 2025), Kementerian Pertahanan telah

mengemukakan cadangan peruntukan sebanyak RM607.5 juta kepada

Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) bagi dipertimbangkan untuk

Page 7: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

GILIRAN NO. 3

7

memenuhi pembangunan fasiliti dan projek penyelidikan dan

pembangunan (R&D) STRIDE. Daripada jumlah permohonan berkenaan

(RM607.5 juta) sebanyak RM192 juta adalah bagi tujuan penyelidikan

dan pembangunan (R&D).

Adalah diharapkan dengan kelulusan peruntukan ini kelak akan dapat

memenuhi peranan dan fungsi STRIDE untuk membantu Angkatan

Tentera Malaysia, agensi-agensi keselamatan dan industri pertahanan

tempatan. Inisiatif ini juga, adalah selaras dengan Kertas Putih

Pertahanan yang bertujuan untuk membangunkan keupayaan berdikari

(self-reliance) industri tempatan dan sebagai pemangkin kepada ekonomi

negara.

Sebagai maklumat YB juga, Kementerian pada masa ini sedang mengkaji

keperluan untuk mewujudkan satu dana khas untuk pembiayaan R&D

pertahanan di masa akan datang. Kementerian turut menjalinkan

kolaborasi strategik bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

(MOSTI) bagi membangun dan mengkomersialkan produk-produk

tempatan untuk kegunaan sektor pertahanan dan keselamatan.

Bagi cadangan YB Raub pula, suka saya jelaskan bahawa Kementerian

Pertahanan sedia meneliti cadangan peruntukan kewangan untuk

penyelidikan berkaitan ancaman senjata biologi. Memandangkan

penyelidikan ini adalah kompleks, Kementerian Pertahanan sedia

bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk melaksanakan

penyelidikan bersama dalam menangani ancaman tersebut. Untuk

mengekang sebarang percambahan senjata biologi yang boleh

memberikan ancaman yang meluas kepada manusia, Kementerian

Pertahanan juga dalam proses penggubalan Rang Undang-undang

berkaitan dengan senjata biologi sebagai salah satu langkah pencegahan

dalam negara untuk menangani ancaman tersebut di masa akan datang.

Page 8: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

GILIRAN NO. 3

8

Tuan Yang di-Pertua,

Seterusnya ialah isu Program Jiwa Murni ATM. Isu ini telah

dibangkitkan oleh YB Pontian yang mencadangkan agar program ini

diperhebatkan pelaksanaannya dengan membina rumah kepada

orang miskin, orang yang terlibat dengan bencana seperti

kebakaran dan pembinaan rumah panjang.

Sebagai makluman YB Pontian, ATM sentiasa komited dalam

melaksanakan Program Jiwa Murni bagi membantu rakyat yang

memerlukan.

Pada tahun 2019 dan 2020, ATM telah melaksanakan Program Jiwa

Murni dengan membaiki atau membina sebanyak 60 buah rumah untuk

mangsa ribut, kebakaran, golongan asnaf dan veteran ATM. Pelaksanaan

projek ini adalah secara kolaborasi bersama beberapa agensi-agensi

kerajaan dan swasta seperti Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Majlis Agama Islam, Bousted

Holdings, Felda dan TNB.

Bagi membantu rakyat yang memerlukan seperti golongan asnaf dan

veteran tentera, Kementerian Pertahanan akan terus memberikan

komitmen yang sepenuhnya dalam memastikan Program Jiwa Murni terus

dilaksanakan.

Page 9: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

GILIRAN NO. 3

9

Tuan Yang di-Pertua,

Isu seterusnya ialah berkenaan dengan Program Latihan Khidmat

Negara (PLKN) yang telah dibangkitkan oleh dua (2) Ahli YB, iaitu YB

Pontian dan YB Arau.

YB Pontian telah bertanyakan kenapakah program PLKN dihentikan

dan mencadangkan agar program ini dapat diteruskan semula.

Sebagai makluman YB Pontian, Program Latihan Khidmat Negara

(PLKN) telah dimansuhkan pada tahun 2018 oleh kerajaan sebelum ini

(Pakatan Harapan). Namun demikian, berdasarkan kepada kesan

program yang baik kepada pembentukan patriotisme remaja yang telah

menyertai program ini, pihak Kementerian akan mencadangkan kepada

Jemaah Menteri agar program ini dilaksanakan semula. Ini juga

bersesuaian dengan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan

Tahun 2020 yang meletak semula Akta Latihan Khidmat Negara (628) di

bawah Kementerian Pertahanan.

YB Arau pula membangkit isu jurulatih-jurulatih kontrak PLKN yang

telah ditamatkan kontrak mereka dan mencadangkan diserapkan

dalam perkhidmatan di kementerian-kementerian atau agensi

kerajaan yang lain.

Untuk makluman YB Arau, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah

menawarkan pelantikan kontrak secara soft landing kepada 1,394 orang

bekas pegawai lantikan kontrak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)

dan ditempatkan di pelbagai Agensi/Kementerian bagi tempoh satu (1)

tahun mulai 2019 sehingga 2020.

Page 10: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

GILIRAN NO. 3

10

Tujuan pelantikan tersebut ialah bagi memberi peluang kepada pegawai

terlibat untuk menampung sara hidup mereka sebelum mendapat

pekerjaan lain.

Bagi cadangan YB agar pegawai-pegawai ini diserapkan ke dalam

kementerian-kementerian atau agensi kerajaan yang lain, perkara ini

perlu dirujuk kepada pihak berkuasa melantik.

Page 11: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

GILIRAN NO. 3

11

Tuan Yang di-Pertua,

Isu terakhir ialah isu yang dibangkitkan oleh YB Kota Samarahan

yang mencadangkan ditambah pos-pos kawalan dan anggota di

kawasan sempadan Sarawak – Kalimantan bagi meningkatkan

kawalan keselamatan dan mengekang kemasukan Pendatang Asing

Tanpa Izin (PATI).

Untuk makluman YB ini, Kerajaan akan terus memperkasa dan

memperkukuhkan kawalan keselamatan di Sarawak – Kalimantan, Sabah

– Filipina dan kawasan utara Semenanjung Malaysia – Thailand.

Bagi kawalan keselamatan di Malaysia Timur, setakat ini kita telah

mempunyai 16 buah pos kawalan, dimana 9 pos di Sarawak dan 7 pos di

Sabah. Pihak kementerian akan membina sebanyak 19 pos kawalan lagi,

secara berfasa seperti berikut:

1. Fasa 1 pada tahun 2021 – melibatkan pembinaan 4 buah pos di

Sarawak; dan 2 buah pos di Sabah;

2. Fasa 2 pada tahun 2022 - melibatkan pembinaan 5 buah pos di

Sarawak; dan

3. Fasa 3 pada tahun 2023 – melibatkan pembinaan 5 buah pos di

Sarawak; dan 3 buah pos di Sabah.

Sebagai makluman YB juga, Tentera Darat telah mempertingkat dan

mengukuhkan kawalan sempadan dengan menambah bilangan atur

gerak anggota untuk melaksanakan operasi secara bersepadu bersama

PDRM melalui pelaksanaan Operasi BENTENG bermula pada 12 Mei

2020 di bawah kawalan dan pemerintahan operasi National Task Force

(NTF).

Page 12: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

GILIRAN NO. 3

12

PENUTUP

Tuan Yang di-Pertua,

Sekianlah sahaja penjelasan yang dapat diberikan oleh Kementerian ini

berhubung isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli YB. Saya sekali

lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli-ahli YB yang

telah terlibat dalam membahaskan isu-isu di bawah tanggungjawab

kementerian saya ini.

Sekian, terima kasih.

Page 13: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

1

TEKS UCAPAN

PENGGULUNGAN

KEMENTERIAN KERJA RAYA

BAGI

PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021

DEWAN RAKYAT

24 NOVEMBER 2020 (SELASA)

Page 14: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

2

TEKS PENGGULUNGAN PERBEKALAN 2021

PERINGKAT DASAR

MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KEEMPAT BELAS, 24 NOVEMBER 2020,

DEWAN RAKYAT

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Assalamualaikum wbrkth, Salam sejahtera dan salam hormat. Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua.

2. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk

mengucapkan terima kasih kepada 18 orang Ahli Yang Berhormat yang

telah menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya

(KKR) semasa minggu perbahasan yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama”, Belanjawan kali ini

memperlihatkan hasrat Kerajaan dalam menjamin Kesejahteraan Rakyat,

Kelangsungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi bagi menghadapi

ketidaktentuan akibat pandemik yang melanda negara ketika ini.

4. KKR selaku peneraju pembangunan infra dan sektor pembinaan di

Malaysia amat komited dalam memastikan infra menjadi pemangkin

kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

5. Bagi mencapai hasrat itu, Kementerian ini menerima peruntukan

sebanyak RM 7.35 billion, di mana pecahannya adalah Belanja Mengurus

sebanyak RM1.26 billion berbanding RM1.792 billion pada tahun 2020.

Page 15: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

3

Manakala Belanja Pembangunan pula adalah sebanyak RM6.088 billion

berbanding RM6.240 billion pada tahun lalu. Secara keseluruhannya,

jumlah Belanja Mengurus yang akan diterima KKR pada tahun 2021

menyusut sebanyak 29.67% berbanding RM1.792 bilion yang diterima

pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, penyusutan jumlah peruntukan

ini ialah disebabkan faktor pengelasan semula beberapa kategori

peruntukan aktiviti penyelenggaraan di bawah Program Khusus B.27

kepada peruntukan Belanja Pembangunan, P.27.

6. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, ingin saya nyatakan bahawa

pengggulungan saya pada hari ini akan meliputi perkara-perkara dasar

seperti berikut:

i. Projek-projek baharu KKR;

ii. Sektor pembinaan;

iii. Lebuhraya Pan Borneo;

iv. Penyelenggaraan jalan;

v. Central Spine Road (CSR); dan

vi. Projek-projek spesifik yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli

Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua,

PROJEK-PROJEK BAHARU KKR

7. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, bagi projek-projek baharu

di bawah KKR, selain projek-projek utama infrastruktur jalan yang telah

diumumkan oleh YB Menteri Kewangan semasa sesi pembentangan

Belanjawan 2021 lalu, sukacita juga saya ingin memaklumkan tambahan

Page 16: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

4

beberapa projek infrastruktur jalan raya lain yang diluluskan dalam Rolling

Plan 1, RMKe-12.

8. Terdapat 52 projek baharu yang diluluskan pada tahun hadapan

(2021), di mana antara projek baharu yang signifikan dan memberi impak

besar kepada pengguna/orang ramai ialah seperti berikut:

i. 7 kontrak bagi seksyen baharu untuk laluan utama antara

Bentong, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dengan kos projek

keseluruhan sebanyak RM1.9 billion dan panjang jalan ialah

88.3km;

ii. Pembangunan infrastruktur Jalan Persekutuan di kawasan UMW

High Value Manufacturing Park (UMW HVMP) di Serendah,

Selangor dengan kos projek RM121 juta;

iii. Jambatan baharu Sg. Limbang, Jalan Lawas-Merapok,

Bahagian Limbang, Sarawak dengan kos RM115 juta;

iv. Membina Jambatan Baharu Rantau Panjang – Golok, Pasir Mas,

Kelantan dengan kos RM210 juta;

v. Pembaikan cerun dan membaik pulih jalan di Laluan FT185,

Seksyen 44.1, Jalan Simpang Pulai – Blue Valley, Kinta, Perak

dengan kos projek sebanyak RM127 juta; dan

vi. Meroboh dan membina baharu 4 blok Kuarters Kakitangan JKR

Kelas H di Daerah Timur Laut, Georgetown, Pulau Pinang

dengan kos projek sebanyak RM10.43 juta.

9. Selain dari projek-projek yang disebutkan di atas, kelulusan

peruntukan juga diberikan kepada KKR bagi pelaksanaan program

penggantian jambatan usang dan sempit di seluruh negara yang

melibatkan 14 bilangan projek baharu dengan kos projek keseluruhan

sebanyak RM226.1 juta; Program penyelenggaraan cerun-cerun di jalan

Page 17: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

5

Persekutuan dengan kos projek tahun 2021 sebanyak RM200 juta,

program naik taraf sistem teknologi maklumat (ICT) di KKR dan JKR

sebanyak RM46.481 juta, dan 10 kajian di bawah program kajian

berkaitan jalan raya dengan kos projek keseluruhan diluluskan sebanyak

RM98.9 juta.

Tuan Yang di-Pertua,

SEKTOR PEMBINAAN

10. Bergerak berlandaskan tema Mendigitalkan Sektor Pembinaan

Negara bermula 2021, KKR menerusi bajet 2021 memberi penggalakkan

kepada penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan. Tempoh

permohonan galakan elaun cukai pelaburan bagi pengeluar komponen

Sistem Binaan Berindustri (IBS) akan dilanjutkan sehingga 31 Disember

2025.

11. Walaupun sektor pembinaan menerima kesan langsung daripada

penularan COVID-19, KKR akan sentiasa memastikan industri

pembinaan akan terus berkembang pesat dan infrastruktur negara

menjadi pemangkin ketahanan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

PAN BORNEO

12. Belanjawan 2021 menyaksikan komitmen kerajaan dalam

meneruskan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan

Sabah. Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah sebahagian

Page 18: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

6

daripada pemangkin pembangunan sektor sosio-ekonomi, perindustrian

serta pelaburan di sepanjang jajaran projek tersebut. Kesinambungan

projek ini juga akan menjamin dan memastikan peluang pekerjaan bagi

penduduk tempatan khususnya di dalam keadaan ekonomi yang terkesan

akibat daripada penularan pandemik Covid-19. Ini juga secara langsung

membuktikan komitmen Kerajaan dalam memastikan rakyat Sabah dan

Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur yang lebih baik di

masa yang akan datang.

13. KKR akan mempercepatkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan

Borneo dengan melantik Project Management Consultant (PMC) untuk

membantu JKR Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, pelantikan

PMC ini masih lagi dalam peringkat rundingan dan perlu menunggu

keputusan muktamad dari pihak Kementerian Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua,

PENYELENGGARAAN JALAN

14. KKR komited memastikan kemudahan jalan raya di semua negeri

diselenggara secara optimum. Aktiviti penyelenggaraan yang terlibat

dalam pengelasan semula peruntukan seperti yang saya sebutkan awal-

awal tadi adalah Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan,

Penyelenggaraan Cerun Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia,

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan serta

Penyelenggaraan Jalan Persekutuan (Berkala Pavemen).

15. KKR juga telah mendapat tambahan peruntukan bagi beberapa

aktiviti penyelenggaraan iaitu:

Page 19: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

7

i. Penyelenggaraan dan Bayaran Bil Lampu Jalan dan Lampu

Isyarat di Jalan Persekutuan (tambahan sebanyak RM2 juta

berbanding tahun 2020; dan

ii. Peruntukan bagi Penyelenggaraan Jalan Persekutuan Sabah,

Sarawak dan Labuan (Bukan Pavemen) dinaikkan sebanyak

RM4 juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

16. Pihak Kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap penglibatan

pihak kontraktor-kontraktor kecil dalam kerja-kerja penyelenggaraan

jalan. Berdasarkan Kontrak Perjanjian Klausa 31 Local Participation,

Personnel, Material dan Services, syarikat konsesi telah disyaratkan

untuk melantik pihak ketiga atau kontraktor bumiputera untuk

melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan. Berdasarkan laporan

sehingga 26 Ogos 2020 sebanyak RM 113.12 juta agihan kontrak kepada

kontraktor G1 bagi setiap syarikat konsesi Jalan Semenanjung telah

dibuat. Manakala bagi syarikat konsesi Jalan Persekutuan Sabah,

Sarawak dan W.P. Labuan berdasarkan laporan sehingga Mei 2020

sebanyak RM13.05 juta agihan kontrak kepada kontraktor G1. Ini

menjadikan jumlah keseluruhan agihan kepada kontraktor G1 adalah

sebanyak RM126 juta.

17. Manakala, bagi kerja-kerja Pakej Rangsangan Ekonomi pula, pihak

kerajaan telah menetapkan pemilihan kontraktor hendaklah di kalangan

kontraktor Gred G1 hingga G4 dengan keutamaan diberikan kepada

kontraktor Bumiputera berdasarkan kepada P.K. 2.2 Kaedah

Page 20: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

8

Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2020 (Kuat kuasa 23

April 2020).

Tuan Yang di-Pertua,

CENTRAL SPINE ROAD (CSR)

18. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara projek utama di

Pantai Timur Semenanjung adalah Projek Membina Lebuhraya Kota

Bharu ke Kuala Krai, Kelantan (KBKK) dan Central Spine Road (CSR).

Kedua-dua projek tersebut telahpun dimulakan secara berperingkat

berdasarkan keutamaan kepada aspek keselamatan, kesesakan lalu

lintas dan kesinambungan jajaran. Baki jajaran Central Spine Road dan

Kota Bharu ke Kuala Krai akan dilaksanakan secara berperingkat

sepanjang tempoh RMKe-12 (2021 – 2025), tertakluk kepada peruntukan

yang diterima dan diluluskan.

19. Sehingga kini, Seksyen 3E1 hingga Seksyen 3H, Projek CSR

(60.75km) telahpun siap dan dibuka kepada pengguna. Jalanraya yang

telah dibuka tersebut terbukti dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas

ketika waktu puncak terutamanya pada musim perayaan dan memberikan

keselesaan kepada pengguna.

20. Justeru itu, Kementerian Kerja Raya komited untuk melaksanakan

projek-projek yang telah dan bakal diluluskan dalam Rolling Plan 1,

RMKe-12 dengan kadar segera namun pada masa yang sama perlu

mematuhi segala prosedur dan peraturan yang berkuatkuasa supaya

rakyat Malaysia dapat menikmati kemudahan infrastruktur yang lebih baik

dan berkualiti.

Page 21: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

9

Tuan Yang di-Pertua,

PROJEK-PROJEK SPESIFIK

21. Beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu-isu spesifik

berkaitan kawasan masing-masing. Ahli Yang Berhormat tersebut adalah:

i) Yang Berhormat Kota Raja;

ii) Yang Berhormat Hulu Rajang;

iii) Yang Berhormat Bintulu;

iv) Yang Berhormat Bachok;

v) Yang Berhormat Kuala Krai;

vi) Yang Berhormat Sipitang;

vii) Yang Berhormat Parit;

viii) Yang Berhormat Igan;

ix) Yang Berhormat Setiu;

x) Yang Berhormat Jerantut;

xi) Yang Berhormat Jerai;

xii) Yang Berhormat Raub;

xiii) Yang Berhormat Papar

xiv) Yang Berhormat Hulu Selangor;

xv) Yang Berhormat Kalabakan;

xvi) Yang Berhormat Kota Kinabalu; dan

xvii) Yang Berhormat Lahad Datu.

22. Saya mohon untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-

Ahli Yang Berhormat tersebut secara bertulis memandangkan isu-isu

tersebut adalah spesifik dan melibatkan kawasan masing-masing.

Page 22: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

10

23. Dengan ini, sekian sahaja ucapan penggulungan saya mengenai

Belanjawan 2021 yang menyentuh Kementerian Kerja Raya. Segala

teguran dan cadangan akan diambil perhatian yang sewajarnya oleh

pihak Kementerian.

Sekian, terima kasih.

Page 23: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

1

TEKS UCAPAN

PENGGULUNGAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

BAGI

PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021

DEWAN RAKYAT

24 NOVEMBER 2020 (SELASA)

Page 24: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

2

TEKS PENGGULUNGAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2021

YB MENTERI KANAN PENDIDIKAN

PADA 24 NOVEMBER 2020

PENDAHULUAN

Bismillahhirrahmannirrahim,

Assalamu’alaikum Warrahmatulahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan ucapan

terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian

dalam perbahasan serta telah memberikan pandangan, saranan, teguran

dan lain-lain cadangan untuk dipertimbangkan bagi membantu

penambahbaikan berterusan sektor pendidikan negara.

2. Pendidikan adalah satu pelaburan yang paling penting dalam

membina sebuah negara yang berdaya maju dan mampu bersaing di

peringkat global. Dalam Belanjawan 2021, sejumlah 50.4 bilion ringgit

atau 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan telah

diperuntukan kepada KPM. Kementerian ini menggalas tanggungjawab

yang besar dalam memastikan setiap sen daripada peruntukan tersebut

dapat memberi impak yang optimum kepada pembangunan pendidikan

negara.

3. Ahli Yang Berhormat sekalian, tahun ini merupakan tahun yang

amat mencabar bagi kita semua. Sektor pendidikan adalah antara sektor

yang amat terkesan dengan pandemik COVID-19. Sejumlah lebih 5 juta

orang murid tidak dapat hadir ke sekolah dan mengikuti pembelajaran

secara bersemuka seperti tahun-tahun sebelumnya. Selain itu, lebih

500,000 orang guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan dalam

meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Page 25: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

3

4. Dalam perbahasan Belanjawan 2021 mulai 9 hingga 19 November

2020, terdapat lebih 90 pertanyaan berkaitan KPM yang dibangkitkan oleh

Ahli Yang Berhormat.

5. Saya mulakan dengan penjelasan mengenai Pengajaran Dan

Pembelajaran Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMASA TEMPOH PERINTAH

KAWALAN PERGERAKAN

Tuan Yang di-Pertua,

6. Ahli Yang Berhormat Bagan, Bachok, Baram, Hulu Rajang, Igan,

Jempol, Jerai, Kimanis, Kota Belud, Kota Melaka, Kulai, Libaran,

Permatang Pauh, Pontian, Puchong, Raub, Sabak Bernam,

Selangau, Setiu, Sibuti, Simpang Renggam, Tampin,Tangga Batu

dan Tanjong Manis menyentuh perkara berkaitan penutupan sekolah

semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kaedah pengajaran dan

pembelajaran (PdP) sewaktu sekolah ditutup serta jurang digital dan

akses internet di kalangan murid.

Penutupan Sekolah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Tuan Yang di-Pertua,

7. Dalam konteks pengoperasian persekolahan, sekolah telah dibuka

semula secara berperingkat bermula pada 24 Jun 2020. Sepanjang

tempoh sekolah dibuka semula, KPM telah memantau pelaksanaan

operasi sekolah mengikut Garis Panduan Pengurusan dan

Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu.

8. Dalam apa jua keadaan, KPM sentiasa memberi keutamaan dalam

aspek keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah. KPM

melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bekerjasama rapat dengan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara

(MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk

Page 26: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

4

memantau situasi dan keadaan semasa berkaitan jangkitan wabak

COVID-19, khususnya yang melibatkan warga sekolah di seluruh negara.

9. Pada peringkat awal pembukaan semula sekolah pada 24 Jun

2020, terdapat beberapa kes positif COVID-19 melibatkan murid, guru

dan warga sekolah. Namun, kemunculan gelombang ketiga pandemik

COVID-19 membawa satu cabaran yang jauh lebih besar, khususnya

kepada sektor pendidikan. Dalam menangani penularan COVID-19 di

peringkat awal gelombang ketiga, sekolah akan ditutup sekiranya:

a) terdapat kes positif COVID-19 di sekolah;

b) sekolah berada di dalam zon merah; atau

c) sekolah berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan

Bersyarat (PKPB).

10. Sehubungan ini, mana-mana sekolah yang disahkan mempunyai

kes positif COVID-19, sekolah akan ditutup selama tujuh hari. Ini bagi

membolehkan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan pengesanan

kontak rapat dijalankan oleh KKM. Bagi sekolah di kawasan yang

disahkan zon merah, sekolah ditutup selama 14 hari. Manakala, sekolah

di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditutup

mengikut tempoh pelaksanaan PKPB di kawasan berkenaan.

11. Pada 7 November 2020, Kerajaan telah mengumumkan

pelaksanaan PKPB melibatkan seluruh negara kecuali negeri Kelantan,

Pahang, Perlis dan Sarawak. Tempoh PKPB ini adalah selama empat (4)

minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020. Menurut

Prosedur Standard Operasi (SOP) PKPB, semua institusi pendidikan

hendaklah ditutup sepanjang tempoh tersebut.

12. Merujuk kepada soalan Ahli Yang Berhormat Kulai dan Sibuti,

berkaitan penutupan sekolah di zon hijau, untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, penutupan sekolah di negeri terlibat meliputi 74 peratus

daripada jumlah keseluruhan sekolah di bawah KPM.

Page 27: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

5

13. Berdasarkan analisis data terhadap kes positif, kontak rapat dan

kuarantin dalam kalangan warga sekolah yang semakin meningkat serta

kewujudan kluster baharu di tempat kerja melibatkan ibu bapa/penjaga,

KPM membuat keputusan untuk menutup baki 26 peratus sekolah di

empat (4) buah negeri yang tidak terlibat dengan pelaksanaan PKPB. Ini

bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan dalam kalangan warga

sekolah.

14. Berdasarkan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2020,

hari akhir persekolahan tahun ini adalah pada 17 Disember 2020 bagi

negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B. Ini

bermakna, selepas PKPB tamat, murid di negeri kumpulan A dan negeri

kumpulan B masing-masing mempunyai baki sembilan dan 10 hari

persekolahan sahaja. Memandangkan baki tempoh persekolahan yang

singkat selepas PKPB tamat serta mengambil kira saranan KKM dan

MKN dalam menangani penularan wabak COVID-19, KPM berpendirian

bahawa murid, termasuklah murid di sekolah berasrama perlu terus kekal

berada di rumah.

Pengajaran dan Pembelajaran Semasa PKP akibat Penutupan

Sekolah

15. Ahli Yang Berhormat Bagan ada menyatakan kebimbangan kesan

daripada penutupan sekolah kepada peluang pendidikan akibat

penularan pandemik COVID-19. Seterusnya, Yang Berhormat Bachok

dan Permatang Pauh ada membangkitkan tentang perancangan KPM

untuk menambah baik pendidikan secara dalam talian.

16. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak dinafikan penularan

pandemik COVID-19 sedikit sebanyak memberi kesan kepada sesi

pembelajaran murid di sekolah pada tahun ini. Sesi pengajaran dan

pembelajaran (PdP) secara bersemuka menjadi lebih singkat apabila

sekolah ditutup untuk membendung penularan COVID-19.

17. Dalam usaha untuk memastikan murid mendapat pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk kelangsungan pembelajaran

pada tahun hadapan, KPM telah melaksanakan penjajaran kurikulum

Page 28: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

6

untuk semua mata pelajaran berdasarkan kurikulum sedia ada, iaitu

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard

Sekolah Menengah (KSSM) kecuali untuk murid tingkatan lima. Ini

melibatkan penyusunan semula kandungan, pedagogi dan pentaksiran

berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi memenuhi

keperluan khusus mata pelajaran.

18. Melalui penjajaran kurikulum ini, guru boleh merancang pengajaran

dan pembelajaran dengan melaksanakan kaedah pembelajaran teradun

(blended learning). Pembelajaran teradun melibatkan penggabungan

teknik pengajaran bersemuka di dalam bilik darjah atau pembelajaran di

rumah yang dirancang secara berstruktur. KPM turut memberi bimbingan

pelaksanaan kurikulum yang telah dijajarkan dalam tempoh persekolahan

yang berbaki bagi tahun 2020 melalui kunjung bantu dan penerangan

secara dalam talian.

19. Bagi memastikan kelancaran dan keseragaman sesi PdP, seperti

yang disentuh oleh Ahli Yang Berhormat Kulai, KPM telah mengambil

inisiatif dengan menyediakan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di

Rumah (PdPR) sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan

PdPR secara berstruktur dan terancang supaya murid dapat mengikuti

pembelajaran di rumah secara optimum. Manual PdPR ini meliputi

pelbagai kaedah PdP yang dapat dilakukan dari rumah seperti dalam

talian (online), luar talian (offline), off-site, menggunakan modul

pembelajaran dan berasaskan projek tanpa mengetepikan hak murid

untuk terus belajar.

20. KPM turut menyediakan pelantar pembelajaran Digital Educational

Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang menyediakan pelbagai

sumber pendidikan. Sumber ini termasuklah buku teks digital, modul,

panduan, dan sumber-sumber lain seperti video pendidikan dan bahan

pembelajaran dalam bentuk gamifikasi yang menyokong pelaksanaan

PdP. Sehingga kini, sejumlah 485 buah buku teks digital telah dimuat naik

ke Pelantar DELIMa. Selain itu, terdapat sebanyak 1,591 video

pendidikan dalam portal EduwebTV dan 6,585 video pendidikan yang

dikongsikan oleh guru-guru dalam portal CikgooTube yang telah

dipautkan ke dalam pelantar DELIMa untuk kegunaan murid dan guru.

Page 29: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

7

21. Menyentuh tentang usaha KPM untuk membantu murid yang tidak

mempunyai akses internet atau peranti yang sesuai untuk pembelajaran

secara dalam talian, guru mengambil inisiatif melaksanakan PdP melalui

serahan bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian. Murid

juga boleh menggunakan buku teks cetak sebagai bahan rujukan,

penyediaan nota, membuat rumusan atau melukis sesuatu konsep.

Manakala buku aktiviti juga boleh digunakan sebagai latihan ulangkaji

apabila mula menjalani PdPR. Guru mentaksir murid secara berterusan

mengikut kesesuaian dan merancang melaksanakan intervensi mengikut

tahap dan keupayaan murid.

22. Selain daripada itu, PdP turut dilaksanakan melalui siaran TV

Pendidikan. Untuk makluman yang berhormat, siaran TV Pendidikan

secara terestrial yang bermula sejak 1972 telah ditukar kepada format

dalam talian melalui portal EduwebTV pada 1 Mac 2008 dan boleh

diakses oleh murid dan guru pada bila-bila masa. Bermula pada 1 Januari

2009 siaran secara terestrial ditamatkan sepenuhnya.

23. Akibat daripada penutupan sekolah berikutan pelaksanaan PKP

mulai 18 Mac 2020, KPM telah mengambil inisiatif memperkenalkan

semula TV Pendidikan secara terestrial bermula pada 6 April 2020.

Inisiatif ini adalah untuk membantu murid yang tidak mendapat akses

kepada internet atau tidak mempunyai peranti untuk mengikuti

pembelajaran di rumah. Bermula dengan siaran selama dua (2) jam di TV

Okey RTM, siaran ditambah di Tutor TV Astro selama empat (4) jam.

Terkini, KPM telah memulakan siaran TV Pendidikan selama tiga (3) jam

di saluran NTV7 pada 23 November 2020. Ini menjadikan keseluruhan

siaran TV Pendidikan adalah selama sembilan (9) jam sehari.

24. Dengan peruntukan masa yang terhad, KPM perlu menyusun jadual

siaran TV Pendidikan bagi memenuhi keperluan semua murid dan pada

masa yang sama memberi keutamaan kepada murid yang akan

menduduki peperiksaan. Walau bagaimanapun, sepertimana yang

dinyatakan sebelum ini, TV Pendidikan bukanlah satu-satunya

pendekatan untuk pelaksanaan PdP di rumah.

Page 30: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

8

Tuan Yang di-Pertua,

25. KPM menyanggah dakwaan Ahli Yang Berhormat Simpang

Renggam bahawa projek penerbitan video pendidikan bagi pengisian slot

program TV Pendidikan telah dibuat secara lantikan terus. Hakikatnya,

perolehan ini telah dibuat secara tender terbuka melalui iklan di laman

web ePerolehan pada 6 Mei 2020. Untuk pengesahan, Ahli Yang

Berhormat boleh menyemak maklumat lengkap mengenai tender ini di

laman web e-Perolehan Kementerian Kewangan. Perolehan untuk projek

yang bernilai RM1.92 juta ini adalah untuk penghasilan 800 episod video

pendidikan.

26. Pada masa ini syarikat pembekal telah menghasilkan 25 episod

video pendidikan yang telah disiarkan. Manakala 775 episod lagi masih

dalam pelbagai peringkat penghasilan iaitu:

a) 63 telah selesai kawalan kualiti dan sedia untuk disiarkan;

b) 23 di peringkat lulus master;

c) 40 di peringkat penilaian pakar mata pelajaran yang berkaitan;

d) 153 di peringkat pembetulan;

e) 75 di peringkat tayang kaji;

f) 342 di peringkat suntingan; dan

g) 79 masih belum dirakam.

27. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan PKP telah

memberi kesan kepada jadual penerbitan video. Ini termasuklah

kekangan pergerakan guru yang terlibat dalam penghasilan skrip,

penggambaran dan tayang kaji. Di samping itu, pihak syarikat juga

terkesan akibat pematuhan ketat kepada SOP yang telah ditetapkan

untuk penggambaran dan penyuntingan di awal pelaksanaan projek.

Oleh yang demikian, KPM telah memutuskan tarikh tamat kontrak bagi

projek ini dilanjutkan dari 30 November 2020 kepada 31 Mac 2021.

Page 31: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

9

Jurang Digital Dan Akses Internet

28. Seterusnya, Ahli Yang Berhormat Bachok, Bagan, Baram, Igan,

Jempol, Kimanis, Kota Belud, Kulai, Libaran, Permatang Pauh,

Pontian, Puchong, Raub, Sabak Bernam, Selangau, Setiu, Sibuti, dan

Tangga Batu membangkitkan tentang capaian internet di sekolah yang

rendah, terutamanya di luar bandar dan pedalaman serta pelaksanaan

digitalisasi sektor pendidikan.

29. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sedang merangka

strategi pelaksanaan yang komprehensif dalam memperkasa pendidikan

digital negara. Antara tumpuan utama ialah meningkatkan akses internet

dan pemilikan peranti oleh murid di sekolah seluruh negara. Perkara ini

adalah antara butiran yang dinyatakan dalam Belanjawan 2021 yang telah

dibentangkan pada 6 November 2020.

30. KPM juga telah menyediakan capaian jalur lebar internet dengan

kelajuan 30Mbps (Megabit per second) hingga 100Mbps kepada 10,066

sekolah. Selain itu, KPM sedang dalam usaha menyediakan capaian

internet melalui teknologi VSAT (Very Small Aperture Terminal)

berkelajuan 30Mbps bagi 141 sekolah KPM yang masih tiada infrastruktur

jalur lebar di kawasan sekolah berkenaan. Pemasangan VSAT ini

dijangka siap pada Februari 2021.

31. Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang melibatkan

pembangunan infrastruktur dan penaiktarafan rangkaian telekomunikasi

akan memberi manfaat yang besar kepada semua sekolah di seluruh

negara. Usaha untuk meningkatkan kualiti capaian akses internet di

sekolah akan terus diperkasakan. Bagi butiran belanjawan tahun 2021,

sebanyak 430 sekolah di seluruh negara akan terlibat dalam inisiatif ini.

KPM juga akan menaik taraf capaian internet sekolah kepada kelajuan

100Mbps hingga 800Mbps melalui inisiatif rangkaian bersepadu Sektor

Awam MyGovNet yang disediakan oleh MAMPU.

Page 32: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

10

32. Selain itu, bagi mengatasi masalah jurang capaian internet, KPM

sedang dalam perancangan untuk melaksanakan naik taraf rangkaian

setempat (Local Area Network) dengan kaedah capaian dipelbagaikan

melalui rangkaian tanpa wayar (wireless access) di pelbagai lokasi dalam

kawasan sekolah mulai tahun 2021.

Pemilikan Peranti

33. Ahli Yang Berhormat Bagan, Hulu Rajang, Igan, Kota Melaka,

Kulai, Pontian, Selangau, Tampin dan Tanjong Manis menyentuh

mengenai pemilikan peranti di kalangan murid, khususnya murid di luar

bandar.

34. Berkaitan pelaksanaan pemilikan komputer riba, melalui

pembentangan Belanjawan 2021, KPM akan melaksanakan program

rintis penyediaan peranti kepada 150,000 orang murid meliputi 500

sekolah melalui Yayasan Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah

Nasional Bhd. KPM sedang memperincikan kriteria murid dan sekolah

yang bakal menerima peranti tersebut. Seterusnya, KPM akan

mengadakan perbincangan lanjut dengan Yayasan Hasanah setelah

senarai dimuktamadkan. Selain daripada membantu murid dan sekolah

yang memerlukan, tujuan rintis ini adalah untuk mendapat kaedah

pelaksanaan yang terbaik sebelum dicadangkan untuk perluasan.

HAL EHWAL MURID

Tuan Yang di-Pertua,

35. Ahli-ahli Yang Berhormat Cameron Highland, Jerai, Kemaman,

Kota Belud, Kulai, Lembah Pantai, Simpang Renggam dan Tangga

Batu, telah membahaskan perkara berkaitan Hal Ehwal Murid.

Persediaan Bagi Peperiksaan Awam

36. Ahli Yang Berhormat Jerai ada menyentuh agar soalan dan skema

peperiksaan awam dipermudahkan berikutan pembelajaran yang terjejas

disebabkan pandemik COVID-19.

Page 33: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

11

37. KPM telah meminda jadual peperiksaan awam tahun 2020 kepada

suku pertama tahun 2021 bagi membolehkan murid mempunyai tempoh

pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi

sebelum menduduki peperiksaan tersebut.

38. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, silibus dan soalan

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia

(SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan

Malaysia (STPM) digubal berdasarkan standard yang telah ditetapkan

dan diiktiraf oleh badan pentaksiran antarabangsa di dalam dan luar

negara. Sebagai contoh, sijil SPM dan STPM diiktiraf oleh Cambridge

Assessment, United Kingdom masing-masing setaraf O-Level dan A-

Level. Manakala, sijil STAM pula diiktiraf oleh Universiti Al-Azhar, Mesir.

39. KPM amat memahami perasaan murid yang akan menghadapi

peperiksaan, terutama dalam situasi pandemik Covid-19. Namun begitu,

sebarang tindakan mempermudahkan soalan dan skema peperiksaan

awam akan menjejaskan standard dan pengiktirafan sijil tersebut.

40. Dalam mendepani cabaran pada masa ini, KPM memohon

kerjasama semua pihak, termasuk murid, guru dan ibu bapa untuk

bersama-sama menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan oleh

kerajaan, khususnya KPM. Setiap langkah yang diatur KPM adalah bagi

memastikan generasi masa depan negara mendapat pendidikan yang

terbaik walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar.

Keciciran Murid Selepas Perintah Kawalan Pergerakan

41. Ahli Yang Berhormat Kulai, Lembah Pantai, Simpang Renggam

dan Tangga Batu dan ada membangkitkan tentang perancangan KPM

menangani cabaran murid cicir dan tidak kembali bersekolah apabila

sekolah dibuka semula kelak.

42. Sebagai usaha untuk memastikan murid terus mengikuti

pembelajaran walaupun sekolah ditutup, PdPR terus dilaksanakan

mengikut kesesuaian dan kesediaan guru serta murid. Dalam tempoh ini,

guru juga melaksanakan pentaksiran berterusan bagi menilai

perkembangan pembelajaran murid. Selain itu, KPM melaksanakan

Page 34: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

12

pemantauan terhadap sesi PdPR yang dijalankan oleh guru. Pemantauan

ini melihat pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan serta

bilangan murid yang mengikuti sesi PdPR tersebut. Dapatan pemantauan

ini dapat membantu pihak sekolah membuat tindak susul yang lebih

berfokus bagi meningkatkan penyertaan dan pelibatan murid dalam PdPR

dan seterusnya tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

43. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apabila sesi persekolahan

tahun 2021 bermula, guru akan membuat pengesanan tahap penguasaan

kemahiran murid dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian

sebelum mengikuti pembelajaran seterusnya. Dengan kaedah ini, KPM

dapat memastikan murid adalah bersedia dan berminat untuk terus

belajar.

44. Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam menyentuh tentang

bantuan psikologi mental untuk murid yang terkesan akibat penundaan

tarikh peperiksaan awam.

45. Sepanjang tempoh sekolah ditutup, murid boleh berhubung dengan

Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah jika memerlukan bimbingan

dan nasihat. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah melalui tele-

kaunseling, panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp. Selain itu, video

pendek dan infografik disediakan sebagai rujukan untuk murid.

Bantuan Persekolahan Murid

46. Seterusnya Ahli Yang Berhormat Kota Belud ada memberi

cadangan agar kerajaan menyediakan bantuan back to school kepada

murid.

47. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan pada masa ini

menyediakan bantuan berbentuk back to school seperti yuran sekolah

percuma dan bantuan buku teks kepada semua murid. Selain itu, Bantuan

Awal Persekolahan turut diberikan kepada murid yang layak.

Page 35: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

13

48. Dalam masa yang sama, Kerajaan juga menyediakan pelbagai

bantuan untuk meringankan beban ibu bapa bagi menampung kos

perbelanjaan persekolahan kepada murid yang layak seperti:

a) Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu

Sekolah untuk murid sekolah rendah;

b) Bantuan Makanan Asrama (BMA) untuk murid sekolah rendah

dan menengah yang tinggal di asrama;

c) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) untuk murid

sekolah rendah sehingga tingkatan 1; dan

d) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) kepada murid tingkatan 1

hingga 6.

49. Ahli Yang Berhormat Kemaman dan Simpang Renggam pula

menyentuh tentang RMT. Berdasarkan pengumuman Belanjawan 2021,

sejumlah peruntukan disediakan untuk menambah baik RMT dengan

menyatukan Program Susu Sekolah dan RMT. Di samping itu,

penyediaan bekalan susu ditambah daripada dua kali seminggu sahaja

kepada setiap hari persekolahan.

50. Perolehan bagi Program Susu Sekolah akan dilaksanakan secara

tender terbuka. Sepertimana pengumuman Belanjawan 2021,

sebahagian perolehan ini dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan.

Pendidikan Orang Asli

51. Ahli Yang Berhormat Cameron Highland telah menyentuh tentang

kualiti pendidikan kepada Orang Asli. Untuk makluman, KPM sentiasa

mengambil perhatian yang serius dan prihatin terhadap Pendidikan Orang

Asli. KPM telah mewujudkan Inisiatif Transformasi Pendidikan Orang Asli

dan Pribumi di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

2013-2025 untuk memastikan murid Orang Asli dan Pribumi mendapat

pendidikan yang terbaik.

Page 36: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

14

52. Menyedari penempatan yang jauh menjadi satu faktor yang

menyebabkan murid Orang Asli tercicir dalam pendidikan, maka KPM

telah menyediakan asrama di 45 buah sekolah rendah dan sebuah

sekolah menengah yang mempunyai enrolmen 100% murid Orang Asli.

Selain daripada itu, terdapat juga murid Orang Asli yang tinggal di asrama

sekolah harian.

53. Penyediaan asrama ini adalah untuk memudahkan murid orang Asli

hadir ke sekolah. Pada tahun 2019, kehadiran murid Orang Asli ke

sekolah mencapai 89.94% berbanding 86.25% pada tahun 2016.

54. Selain daripada itu, Kelas Dewasa Murid Orang Asli dan Pribumi

(KEDAP) dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan

kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Program ini juga dapat

meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam

kalangan ibu bapa Orang Asli.

PENYELENGGARAAN DAN PEMBANGUNAN

Peruntukan Mengikut Jenis Sekolah

55. Ahli Yang Berhormat Bagan, Ipoh Barat, Klang dan Kuala Langat

bertanya tentang ketiadaan peruntukan penyelenggaraan mengikut jenis

sekolah dalam Belanjawan 2021.

56. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semasa sesi libat urus

bersama-sama Kementerian Kewangan, KPM telah memohon supaya

Kementerian diberi tanggungjawab untuk menentukan agihan peruntukan

penyelenggaraan sekolah dan institusi pendidikan di bawah pengendalian

KPM. Ini bagi memastikan pengagihan dapat dibuat secara lebih

menyeluruh dengan mengambil kira bilangan dan jenis sekolah.

57. KPM mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan

kerana telah memperuntukkan sejumlah RM800 juta dalam Belanjawan

2021 bagi tujuan penyelenggaraan sekolah dan institusi pendidikan di

bawah pengendalian KPM. Kementerian ini juga telah diberi

tanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan pengagihan

Page 37: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

15

peruntukan tersebut. Sepertimana yang termaktub dalam Akta

Pendidikan 1996, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk

menyelenggara sepenuhnya sekolah kerajaan. Pada masa yang sama,

kerajaan boleh memberi sumbangan bantuan kepada sekolah bantuan

kerajaan.

58. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat 10,223 buah

sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah pengendalian

KPM. Jumlah sekolah ini boleh dicerakinkan sepertimana berikut:

a) 5,624 buah Sekolah Rendah berstatus sekolah kerajaan;

b) 18 buah Sekolah Rendah berstatus sekolah bantuan kerajaan;

c) 2,070 buah Sekolah Menengah berstatus sekolah kerajaan;

d) 4 buah Sekolah Menengah berstatus sekolah bantuan kerajaan;

e) 416 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berstatus sekolah

kerajaan;

f) 884 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berstatus sekolah

bantuan kerajaan;

g) 162 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berstatus sekolah

kerajaan;

h) 365 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berstatus sekolah

bantuan kerajaan;

i) 12 buah Sekolah Mubaligh berstatus sekolah kerajaan;

j) 370 buah Sekolah Mubaligh berstatus sekolah bantuan kerajaan;

k) 65 buah Sekolah Conforming berstatus sekolah kerajaan;

l) 9 buah Sekolah Conforming berstatus sekolah bantuan kerajaan;

dan

m) 224 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

59. Selain daripada sekolah, terdapat juga beberapa institusi yang

berada di bawah pengendalian KPM iaitu:

a) 48,076 unit kuarters guru;

b) 16 Jabatan Pendidikan Negeri;

c) 140 Pejabat Pendidikan Daerah;

d) 27 kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia;

e) 5 cawangan Institut Aminuddin Baki;

Page 38: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

16

f) 15 Kolej Matrikulasi;

g) 89 Pusat Anak GENIUS Negara;

h) 1 Pusat GENIUS Kurnia;

i) 1 Pusat GENIUS Integrasi;

j) 30 Pusat Ko-Kurikulum Daerah;

k) 4 Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan;

l) 15 Pusat Ko-Kurikulum Negeri;

m) 367 Pusat Kegiatan Guru;

n) 5 Pusat Penyelengaraan Alat;

o) 1 English Language Traning Centre

60. Oleh yang demikian, peruntukan RM800 juta tersebut secara

relatifnya agak terhad dengan mengambil kira jumlah sekolah dan institusi

pendidikan di bawah pengendalian KPM. Justeru, ia perlu diagihkan

dengan cermat, teliti dan berhemat bagi memastikan impak yang

optimum.

61. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan jumlah RM800

juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021, KPM bercadang untuk

mengagihkan peruntukan penyelenggaraan sekolah dan institusi

pendidikan di bawah pengendalian KPM seperti di Lampiran.

62. Daripada peruntukan keseluruhan RM800 juta, peruntukan

sebanyak RM750 juta akan digunakan untuk menyelenggara sekolah dan

bukan sekolah. Manakala, peruntukan sebanyak RM50 juta akan

digunakan untuk menaik taraf atau membina dewan terbuka.

63. Daripada jumlah RM750 juta yang dikhaskan untuk

penyelenggaraan sekolah dan bukan sekolah, pecahan agihan adalah

seperti berikut:

a) RM620 juta untuk penyelenggaraan sekolah di bawah

pengendalian KPM;

b) RM30 juta untuk peruntukan tambahan kritikal;

c) RM50 juta untuk penyelenggaraan institusi pendidikan di bawah

pengendalian KPM; dan

d) RM50 juta untuk pembaikan cerun.

Page 39: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

17

64. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM bercadang

mengagihkan peruntukan penyelenggaraan bagi tahun 2021 berdasarkan

satu formula. Formula ini mengambil kira bilangan dan jenis sekolah,

sama ada kategori sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.

65. Dalam menggunakan formula ini, asas perkiraan adalah

berdasarkan purata daripada peruntukan RM620 juta bagi 10,223 buah

sekolah, iaitu sebanyak RM60,648 setiap sekolah.

66. Siling peruntukan bagi sekolah bantuan kerajaan dikira berdasarkan

90 peratus daripada purata tersebut didarabkan dengan bilangan 1,930

buah sekolah bantuan kerajaan. Ini menjadikan siling peruntukan untuk

sekolah bantuan kerajaan adalah sebanyak RM105.34 juta.

67. Siling peruntukan bagi 8,293 buah sekolah kerajaan pula adalah

berdasarkan peruntukan penyelenggaraan sekolah sebanyak RM620 juta

ditolak siling sekolah bantuan kerajaan. Ini menjadikan siling peruntukan

untuk sekolah kerajaan ialah RM514.66 juta.

68. Oleh yang demikian, berdasarkan formula ini, siling peruntukan bagi

jenis sekolah adalah seperti berikut:

a) RM477.48 juta bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

berstatus sekolah kerajaan termasuk Sekolah Berasrama Penuh

dan Kolej Vokasional;

b) RM1.2 juta bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

berstatus sekolah bantuan kerajaan;

c) RM74.07 juta bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berstatus

sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan;

d) RM29.98 juta bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berstatus

sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan;

e) RM20.94 juta bagi Sekolah Mubaligh berstatus sekolah kerajaan

dan sekolah bantuan kerajaan;

f) RM4.11 juta bagi Sekolah Conforming berstatus sekolah kerajaan

dan sekolah bantuan kerajaan; dan

Page 40: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

18

g) RM12.23 juta bagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

69. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sedar bahawa

terdapat jenis sekolah yang menerima peruntukan siling yang lebih

rendah berbanding yang lain. Untuk itu, sebanyak RM30 juta daripada

RM750 juta peruntukan penyelenggaraan sekolah dan institusi

pendidikan adalah dikhususkan bagi menampung mana-mana keperluan

penyelenggaraan kritikal untuk jenis sekolah yang peruntukan silingnya

adalah RM30 juta dan ke bawah.

70. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sekolah yang

memerlukan peruntukan penyelenggaraan ini perlu mengemukakan

permohonan kepada KPM. Sama ada sesebuah sekolah akan menerima

sejumlah peruntukan ataupun tidak, bergantung kepada tahap kerosakan

dan kos pembaikan sebenar.

Penyelenggaraan

71. Ahli Yang Berhormat Hulu Rajang menyentuh tentang SK Nanga

Kain, SK Nanga Sempili dan SK Temenggong Koh yang sering dilanda

banjir.

72. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah meluluskan

pembangunan semula SK Nanga Sempili pada tahun 2019. Skop projek

ini meliputi pembinaan 6 bilik darjah dan tandas, dengan kos projek

berjumlah RM2 juta dan telah siap sepenuhnya pada 5 Julai 2020. KPM

juga telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dengan kos

sebanyak RM863,365 di sekolah-sekolah tersebut bagi tempoh tahun

2015 hingga tahun 2020.

73. KPM juga menyedari akan kesukaran yang dialami oleh guru dan

murid di sekolah yang sering dilanda banjir tersebut. JPN Sarawak dan

PPD Kapit sedang mengenal pasti tapak baharu untuk proses perolehan

dan permohonan pembinaan gantian penuh dalam Rancangan Malaysia

Ke-12.

Page 41: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

19

Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Daif di Sekolah

74. Ahli Yang Berhormat Batang Lupar, Hulu Rajang, Padang Terap,

Papar, Simpang Renggam dan Sipitang menyentuh perkara berkaitan

bangunan daif di sekolah.

75. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Rancangan

Malaysia Ke-11 (RMKe-11), iaitu bagi tahun 2016 hingga tahun 2020,

sejumlah RM3.055 bilion telah diluluskan untuk projek naik taraf dan

pembangunan semula bangunan daif bagi 773 buah sekolah di seluruh

negara. Peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf atau membina

semula bilik darjah, asrama, bangunan pentadbiran dan kemudahan lain.

76. Daripada keseluruhan peruntukan tersebut, sejumlah RM415 juta

adalah untuk menaik taraf dan membangun semula 245 buah sekolah

yang mempunyai bangunan daif di Semenanjung Malaysia. Sejumlah

RM1.388 bilion lagi untuk menaik taraf dan membangun semula 291 buah

sekolah yang mempunyai bangunan daif di Sarawak manakala RM1.252

bilion adalah untuk menaik taraf dan membangun semula 237 buah

sekolah yang mempunyai bangunan daif di Sabah.

77. Bagi tahun 2020, sebanyak 136 projek menaik taraf dan

membangun semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan.

Berdasarkan jangkaan awal Jabatan Kerja Raya (JKR), sebanyak 53

projek yang berstatus dalam pembinaan disasar dapat disiapkan pada

tahun 2020. Walau bagaimanapun, unjuran ini terpaksa dikurangkan

berikutan kesan pandemik COVID-19 yang menyebabkan kerja-kerja di

tapak terpaksa ditangguhkan. Oleh yang demikian, 32 projek dijangka

dapat disiapkan dalam tahun 2020. KPM akan terus bekerjasama rapat

dengan JKR Malaysia, JKR Sarawak, JKR Sabah, Kerajaan Negeri

Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah termasuk Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) bagi memastikan kejayaan pelaksanaan projek.

78. Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat Papar, khusus di Parlimen Papar, sebanyak 14 buah sekolah

yang mempunyai bangunan daif telah dinaik taraf dan dibangunkan

semula melibatkan kos projek berjumlah RM63.23 juta. Secara

Page 42: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

20

keseluruhannya, sehingga 23 November 2020, sebanyak sembilan (9)

sekolah telah siap, tiga (3) sekolah dalam pembinaan manakala dua (2)

sekolah berada dalam fasa pra bina. Kesemua projek ini dilaksanakan

oleh Jabatan Kerja Raya.

79. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batang Lupar, khusus di

kawasan Parlimen Batang Lupar, terdapat lapan projek menaik taraf dan

membangun semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan dengan

melibatkan kos berjumlah RM50.7 juta. Sehingga 23 November 2020,

lima (5) telah siap sepenuhnya. Manakala satu (1) projek iaitu SK Bulan

Jeragam, Simunjan berada dalam fasa pembinaan dan dijangka siap

pada November 2021. Bagi projek menaik taraf dan membangun semula

SK Tebelu dan SK Raba di Simunjan, projek sedang dalam pra bina dan

dijangka akan ditender pada Januari 2021.

80. Seterusnya bagi makluman Ahli Yang Berhormat Hulu Rajang,

khusus di kawasan Parlimen Hulu Rajang, terdapat lapan (8) projek

menaik taraf dan membangun semula bangunan daif di sekolah telah

diluluskan dengan melibatkan kos berjumlah RM66.6 juta. Sehingga 23

November 2020, dua (2) projek membangun semula bangunan daif di SK

Long Gang dan SK Nanga Sempili telah pun siap sepenuhnya. Manakala

satu (1) projek iaitu SK Abun Matu berada dalam fasa pembinaan dan

dijangka siap pada Ogos 2021.

81. Manakala, projek menaik taraf dan membangun semula bangunan

daif di SK Ulu Kakus sedang dalam proses penilaian tender dan Surat

Setuju Terima dijangka akan dikeluarkan pada Disember 2020. Baki

empat buah sekolah lagi iaitu SK Sg Tunoh, SK Airport, SK Batu Keling

dan SK Nanga Oyan di daerah Kapit, Sarawak merupakan projek yang

diluluskan di bawah fasa kedua program Pembangunan Semula Sekolah

Daif di Sarawak. Projek ini dalam proses reka bentuk dan penyediaan

dokumen tender.

82. Seterusnya, Ahli Yang Berhormat Hulu Rajang, Igan, Simpang

Renggam dan Sipitang menyentuh berkaitan peruntukan menaik taraf

dan membangun semula bangunan daif dalam Belanjawan 2021.

Page 43: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

21

83. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam Belanjawan 2021,

KPM telah diperuntukkan sejumlah RM725 juta di bawah peruntukan

pembangunan (DE) bagi menaik taraf dan membangun semula bangunan

daif di 50 buah sekolah. Jumlah ini tidak termasuk pelaksanaan projek

Fasa 3 bagi baki pembayaran kontra Kerajaan Negeri Sarawak kepada

Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM300 juta. Projek Fasa 3 ini akan

dimohon sebagai tambahan untuk tahun 2021 kepada Agensi Pusat

setelah Kerajaan Negeri Sarawak menyalurkan baki bayaran tersebut.

84. Ahli Yang Berhormat Igan juga memohon penjelasan berkenaan

jumlah sekolah yang telah dinaik taraf dan dibangunkan semula

berdasarkan peruntukan RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan

pada tahun 2019. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan

projek menaik taraf dan membangun semula bangunan daif bagi negeri

Sarawak menggunakan peruntukan pembangunan RM100 juta ini

melibatkan 32 projek. Daripada jumlah tersebut, 25 projek telah siap dan

tujuh (7) lagi projek dalam fasa pembinaan.

85. Seterusnya, Ahli Yang Berhormat Simpang Renggam menyentuh

tentang kaedah pemantauan projek menaik taraf dan membangun semula

bangunan daif di sekolah melalui dashboard.

86. Sepertimana yang telah dijelaskan dalam Jawapan Lisan Dewan

Rakyat pada 15 Julai 2020 dan penggulungan Titah Diraja Dewan Rakyat

pada 3 Ogos 2020, pemantauan sentiasa dilaksanakan oleh KPM

termasuk melalui dashboard yang telah dibangunkan. Pada masa ini,

KPM mengambil pendekatan yang lebih proaktif dengan mengadakan

lawatan tapak untuk melihat sendiri kemajuan pelaksanaan sesuatu

projek termasuklah projek menaik taraf dan membangun semula

bangunan daif di sekolah. Kaedah ini membolehkan sebarang

permasalahan berkaitan projek dapat ditangani dengan cepat dan

berkesan.

Page 44: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

22

Sekolah Menumpang

87. Ahli Yang Berhormat Papar juga menyentuh tentang sekolah yang

menumpang di bangunan sekolah yang lain.

88. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa

melaksanakan usaha yang berterusan bagi menyelesaikan perkara

berkaitan sekolah yang menumpang di sekolah lain di seluruh negara.

Berdasarkan data KPM pada 1 November 2020, terdapat 74 buah sekolah

yang menumpang sepenuhnya atau sebahagian di sekolah lain. Daripada

jumlah tersebut, 59 adalah sekolah rendah dan 15 sekolah menengah.

89. KPM komited untuk menyelesaikan perkara berkaitan sekolah

menumpang mengikut kes (case-by-case basis). Strategi penyelesaian

yang telah dan akan dilaksanakan adalah melalui kaedah pembinaan

bangunan baharu bagi sekolah yang menumpang di tapak lain atau

penggabungan sekolah.

Pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

90. Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat pula menyentuh tentang kemajuan

pelaksanaan projek pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

(SJKT) yang diluluskan pada tahun 2012 dan 2013.

91. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah

memperuntukkan sejumlah RM217 juta untuk 37 projek melibatkan SJKT

di bawah Pakej Rangsangan Khas 2012-2014. Daripada jumlah tersebut,

19 projek adalah pembinaan gantian penuh dan 18 lagi projek adalah bagi

pembinaan blok tambahan.

92. Sehingga 1 November 2020, daripada 19 projek pembinaan gantian

penuh tersebut, sembilan projek telah siap sepenuhnya dan 10 lagi projek

masih dalam fasa pembinaan. Berdasarkan baki kerja di tapak, lapan

projek ini dijangka boleh disiapkan selewat-lewatnya bulan Jun 2021.

Manakala dua lagi projek iaitu SJKT Ladang Jeram, Pahang dan SJKT

Ladang Minyak, Selangor masih mempunyai isu di peringkat pra bina iaitu

isu tanah dan pelantikan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS). Bagi 18

Page 45: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

23

projek pembinaan blok tambahan SJKT pula, 11 projek telah siap

sepenuhnya dan tujuh projek lagi masih dalam fasa pembinaan.

93. KPM ingin menyanggah kenyataan Ahli Yang Berhormat Ipoh

Barat bahawa kontrak untuk projek ini tidak diberikan kepada kontraktor

India sepertimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan pada ketika itu.

Untuk rekod Ahli Yang Berhormat, kesemua kontraktor dan perunding

pengurusan projek (PMC) yang dilantik bagi melaksanakan projek ini

adalah kontraktor India yang layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan

berdasarkan tatacara pelantikan kontraktor dalam Pekeliling

Perbendaharaan. Pelantikan ini telah diberikan kelulusan khas oleh

Kementerian Kewangan Malaysia.

Sekolah Kurang Murid

94. Ahli Yang Berhormat Sibuti telah mencadangkan penubuhan

Jawatankuasa Khas Masalah Sekolah Kurang Murid (SKM) serta

penggabungan SKM di Parlimen Sibuti.

95. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah merangka

beberapa strategi bagi menangani SKM di bawah inisiatif Pelaksanaan

Pelan Hala Tuju SKM. Satu Jawatankuasa Task Force Pelan Hala Tuju

SKM telah dibentuk bagi memastikan semua perkara yang berkaitan

dengan SKM dapat dilaksanakan dengan berkesan.

96. Strategi penggabungan sekolah kurang murid (SKM) adalah

melibatkan penggabungan SKM dengan sekolah lain yang berhampiran.

Penggabungan sekolah berkenaan boleh dilaksanakan antara SKM atau

SKM dan bukan SKM. Penggabungan SKM boleh dilaksanakan jika

sekolah berada dalam lingkungan 5 kilometer dan dalam kalangan jenis

sekolah yang sama.

97. Berdasarkan data pada 31 Oktober 2020, terdapat 24 buah sekolah

rendah di daerah Sibuti, Sarawak. Daripada 24 buah sekolah rendah

berkenaan, 20 buah adalah SKM yang berpotensi untuk digabungkan.

Sehubungan itu, KPM sedia memberikan pertimbangan yang sewajarnya

bagi tujuan penggabungan SKM di daerah Sibuti, Sarawak yang

memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Page 46: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

24

Pembinaan Sekolah Baharu

98. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Setiu berkaitan

cadangan pembinaan sebuah sekolah menengah kebangsaan agama

yang baharu di Setiu. KPM ingin memaklumkan bahawa di negeri

Terengganu terdapat enam buah Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama dan 16 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Dalam

Parlimen Setiu terdapat dua SABK iaitu SMA Setiu dan SM Imtiaz

Yayasan Terengganu, Setiu. Berdasarkan analisis enrolmen sekolah

agama sedia ada, KPM belum bercadang untuk membina sekolah

menengah kebangsaan agama yang baharu di Setiu.

99. Ahli Yang Berhormat Kemaman pula ada memohon agar sebuah

sekolah berasrama penuh (SBP) dibina di Parlimen Kemaman.

100. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah menyediakan

enam (6) buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu lima (5) buah

Sekolah Menengah Sains dan sebuah Sekolah Berasrama Penuh

Integrasi di negeri Terengganu. Berdasarkan analisis keperluan yang

dijalankan, KPM mendapati SBP sedia ada masih mampu menampung

kemasukan murid yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dari seluruh

negeri Terengganu termasuk dari kawasan Kemaman.

101. Seterusnya Ahli Yang Berhormat Kulai pula bertanya mengapa

KPM tidak memberi keutamaan kepada pembinaan sekolah baharu di

Cheras, Bukit Jalil, Kota Kemuning, Putrajaya dan Kota Warisan.

102. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam sesi libat urus

bersama-sama Kementerian Kewangan Malaysia dan Unit Perancang

Ekonomi bagi Belanjawan 2021, KPM telah menekankan tentang

keperluan mendesak untuk membina sekolah baharu di kawasan

tersebut. KPM mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana telah

meluluskan pembinaan sekolah baharu iaitu SMK Kota Kemuning 2,

Kompleks Sekolah Presint 15, Putrajaya dan SMK Kota Warisan.

Page 47: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

25

103. KPM juga menyedari akan keperluan pembinaan sekolah baharu di

kawasan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Buat masa ini, KPM menerusi Jabatan

Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang dalam proses

mengenal pasti tapak yang sesuai bagi cadangan pembinaan sekolah

baharu tersebut sebelum dimohon dalam RMKe-12.

DASAR PENDIDIKAN

Tuan Yang di-Pertua,

Falsafah Pendidikan Berteraskan Keusahawanan

104. Ahli Yang Berhormat Pontian minta agar unsur membentuk

generasi berteraskan keusahawanan dimasukkan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

105. Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan antara lainnya

menegaskan tentang perkembangan potensi individu secara bersepadu

dan menyeluruh ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Falsafah Pendidikan

Kebangsaan diterjemahkan kepada enam aspirasi murid seperti yang

dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Salah satu daripada aspirasi tersebut adalah kemahiran memimpin yang

antara lain memberi penekanan kepada keusahawanan.

106. Untuk merealisasikan aspirasi tersebut, KPM telah merangka dan

menggubal kurikulum yang berasaskan kemahiran ekonomi dari

peringkat prasekolah sehingga peringkat rendah bermula tahun 2011 dan

di peringkat menengah bermula tahun 2017. Pada masa ini, elemen

keusahawanan diterapkan dalam KSSR dan KSSM. Di peringkat

menengah, murid diberi pilihan untuk mengambil mata pelajaran

berkaitan keusahawanan seperti Pengajian Keusahawanan dan

Perniagaan. Selain daripada itu, terdapat 22 Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) yang menerapkan elemen keusahawanan.

Page 48: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

26

107. Manakala di Kolej Vokasional (KV), bidang keusahawanan memberi

penekanan kepada elemen School Enterprise (SE) seperti berikut:

a) Kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan;

b) Kebolehan merangka perancangan perniagaan;

c) Kebolehan membina, meneroka dan merebut peluang

perniagaan dan pekerjaan; dan

d) Kebolehan untuk bekerja sendiri.

108. Selain itu, KPM juga telah bekerjasama dengan agensi luar seperti

Angkatan Koperasi Malaysia (ANGKASA), Suruhanjaya Koperasi

Malaysia dan Malaysia Institute of Accountants bagi menjalankan aktiviti

kokurikulum yang menjurus kepada program keusahawanan, celik

kewangan dan kepentingan pengurusan kewangan.

109. Penubuhan koperasi di sekolah menengah adalah digalakkan

sebagai satu usaha untuk memperkenalkan pendidikan keusahawanan di

seluruh negara. Sekolah juga disyorkan untuk berdaftar/bergabung

dengan ANGKASA agar dapat memberi faedah daripada program yang

dijalankan oleh pihak ANGKASA.

Sekolah Satu Sesi

110. Ahli Yang Berhormat Papar memohon agar KPM menyeragamkan

semua sesi persekolahan kepada satu sesi.

111. Sekolah satu sesi adalah merupakan salah satu hasrat KPM dan

menjadi agenda utama KPM dalam perancangan pembangunan

pendidikan negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah

sekolah dua sesi bagi tahun 2020 adalah 1,241 buah sekolah iaitu 626

buah sekolah rendah dan 615 buah sekolah menengah. Negeri yang

paling banyak mempunyai sekolah dua sesi adalah Selangor, Sabah dan

diikuti oleh Johor.

Page 49: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

27

112. KPM sedang dalam usaha merancang dan mengurangkan jumlah

sekolah dua sesi melalui pembinaan bilik darjah tambahan di sekolah

sedia ada dan pembinaan sekolah baharu, tertakluk kepada keutamaan

dan kedudukan kewangan kerajaan.

SUMBER MANUSIA (GURU)

Tuan Yang di-Pertua,

113. Ahli-Ahli Yang Berhormat Pasir Mas, Simpang Renggam dan

Sabak Bernam ada menyentuh beberapa perihal berkaitan guru.

e-GTukar

114. Ahli Yang Berhormat Pasir Mas dan Simpang Renggam ada

menyentuh berkaitan pertukaran guru melalui modul e-GTukar.

115. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan pertukaran

guru dibuka sekali setiap tahun melalui aplikasi atas talian e-GTukar.

Permohonan pertukaran guru melalui Modul e-GTukar bagi tahun 2020

telah dibuka pada 17 Februari 2020 hingga 17 Mac 2020. Permohonan

pertukaran guru bagi tahun 2020 diproses bagi dua sesi pertukaran iaitu

pada bulan Jun 2020 dan bulan Januari 2021.

116. Walau bagaimanapun, KPM telah memutuskan bahawa sesi

pertukaran bulan Jun 2020 ditangguh dan akan dilaksanakan bersekali

dengan pertukaran guru sesi Januari 2021 berikutan pelaksanaan PKP.

117. KPM ingin memaklumkan bahawa permohonan pertukaran guru

melalui Modul e-GTukar untuk tahun 2020 sedang diproses. Keputusan

permohonan pertukaran ini akan diumumkan melalui modul e-GTukar

pada bulan Disember 2020.

Page 50: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN BELANJAWAN 2021

28

Jawatan Hakiki Ketua Jabatan di Kolej Tingkatan Enam

118. Seterusnya, Yang Berhormat Sabak Bernam bertanya sama ada

KPM bercadang mewujudkan jawatan hakiki bagi Ketua Jabatan di Kolej

Tingkatan Enam.

119. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, struktur jawatan hakiki

pentadbiran dan pengurusan Kolej Tingkatan Enam yang diluluskan

terdiri daripada seorang Pengetua gred DG52/DG54 (Khas Untuk

Jawatan) dengan dibantu oleh tiga orang Guru Penolong Kanan iaitu

Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan

Penolong Kanan Kokurikulum gred DG48/DG52 (Khas Untuk Jawatan).

Penolong Kanan Pentadbiran melaksanakan fungsi pentadbiran dan

pengurusan akademik sebagaimana yang dinyatakan dalam deskripsi

tugas. Oleh itu, buat masa ini, KPM berpandangan belum ada keperluan

untuk mewujudkan jawatan hakiki Ketua Jabatan di Kolej Tingkatan

Enam.

PENUTUP

Tuan Yang di-Pertua,

120. Setakat ini sahaja penjelasan saya mengenai perkara yang telah

dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Akhir sekali, saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat

yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan perkara-

perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 51: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

1

JPN, PPD, IPGM, IAB, BTPN, PKG, PLGDP, PUSAT

KO-KURIKULUM, MATRIKULASI, PUSAT ANAK

GENIUS

PERUNTUKAN KESELURUHAN

SEKOLAH

RM620 JUTA

BUKAN SEKOLAH

RM50 JUTA

CERUN

RM50 JUTA

NAIK TARAF DEWAN DAN KEMUDAHAN

LAIN

RM50 JUTAPERUNTUKAN

TAMBAHAN KRITIKAL

RM30 JUTA

PENYELENGGARAAN SEKOLAH & BUKAN

SEKOLAH

LAMPIRAN

Page 52: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

KPM akan mengguna pakai formula pengagihan peruntukan penyelenggaraan bagi tahun 2021 seperti berikut:

i. Asas perkiraan adalah berdasarkan purata daripada peruntukan RM620 juta bagi10,223 buah sekolah, iaitu sebanyak RM60,648 setiap sekolah.

ii. Siling peruntukan bagi sekolah bantuan kerajaan dikira berdasarkan 90 peratus(90%) daripada purata tersebut didarabkan dengan bilangan 1,930 buah sekolahbantuan kerajaan. Ini menjadikan siling peruntukan untuk sekolah bantuankerajaan adalah sebanyak RM105 juta.

iii. Siling peruntukan bagi 8,293 buah sekolah kerajaan pula adalah berdasarkanperuntukan penyelenggaraan sekolah sebanyak RM620 juta ditolak siling sekolahbantuan kerajaan. Ini menjadikan siling peruntukan untuk sekolah kerajaan ialahRM515 juta.

2

LAMPIRAN

Page 53: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

RM54,583

= RM515 JUTA

=RM105 JUTA

= RM62,059

3

LAMPIRAN

Page 54: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

BIL JENIS SEKOLAHBILANGAN SEKOLAH

%

SILING AGIHAN TAHUN 2021 AGIHAN TAHUN 2020

AGIHAN PERUNTUKAN

(RM JUTA)%

JUMLAH PERUNTUKAN

(RM JUTA)%

PURATA AGIHAN

(RM)

AGIHAN PERUNTUKAN

(RM JUTA)%

PURATA AGIHAN

(RM)

1 SEK RENDAH (KERAJAAN) 5,624 55.01 349.02 56.29

477.48 77.01 62,059

300.00 52.63 39,3442 SEK MENENGAH (KERAJAAN) 2,001 19.57 124.18 20.03

3SEK BERASRAMA PENUH (KERAJAAN)

69 0.67 4.28 0.69 50.00 8.77 724,638

4 SEK RENDAH (SBK) 18 0.18 0.98 0.16 1.20 0.19 54,583 - - -

5 SEK MENENGAH (SBK) 4 0.04 0.22 0.04

6 SJKC (KERAJAAN) 416 4.07 25.82 4.16 74.07 11.95 56,975 50.00 8.77 38,462

7 SJKC (SBK) 884 8.65 48.25 7.78

8 SJKT (KERAJAAN) 162 1.58 10.05 1.62 29.98 4.83 56,881 50.00 8.77 94,877

9 SJKT (SBK) 365 3.57 19.92 3.21

10 SEK MUBALIGH (KERAJAAN) 12 0.12 0.74 0.12 20.94 3.38 54,818 50.00 8.77 130,890

11 SEK MUBALIGH (SBK) 370 3.62 20.20 3.26

12 SEK CONFORMING (KERAJAAN) 9 0.09 0.56 0.09 4.11 0.66 55,492 20.00 3.51 270,270

13 SEK CONFORMING (SBK) 65 0.64 3.55 0.57

14SEK AGAMA BANTUAN KERAJAAN

224 2.19 12.23 1.97 12.23 1.97 54,583 50.00 8.77 223,214

JUMLAH 10,223 100.00 620.00 100.00 620.00 100.00 570.00 100.00 4

LAMPIRAN

Page 55: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

RM30 juta daripada RM750 juta dikhususkan bagi menampungmana-mana keperluan penyelenggaraan kritikal untuk jenissekolah yang peruntukan silingnya adalah RM30 juta dan kebawah.

5

LAMPIRAN

Page 56: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

UCAPAN PENGGULUNGAN

SESI PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN

(BELANJAWAN) 2021

-DEWAN RAKYAT-

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

24 NOVEMBER 2020

Page 57: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

2

Tuan Yang di-Pertua,

1. Izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas

keprihatinan 14 Ahli-Ahli Yang Berhormat terhadap Kementerian

ini yang membahaskan dan menyentuh perkara-perkara di bawah

bidang tugas Kementerian Pengangkutan.

Isu Berkaitan Projek Klang Valley Double Track 2 (KVDT2)

Tuan Yang di-Pertua,

2. Saya ingin memulakan jawapan perbahasan Kementerian

Pengangkutan dengan menjawab tuduhan-tudahan yang telah

dilemparkan oleh YB Seremban, mantan Menteri Pengangkutan.

Pertamanya adalah berkaitan projek Klang Valley Double Track

Fasa 2 (KVDT2).

3. YB Seremban mudah lupa, tetapi rekod tetap ada. Beliau

telah memberitahu Jemaah Menteri pada 19 September 2018

bahawa kos projek KVDT2 dapat dikurangkan jika dilakukan secara

tender terbuka. Namun, beliaulah yang mengangkat Memorandum

Jemaah Menteri pada 5 Julai 2019 untuk menganugerahkan projek

KVDT2 secara rundingan terus kepada syarikat Dhaya Maju LTAT

Sdn. Bhd. (DM-LTAT).

4. YB Seremban lupa juga, beliaulah yang telah mendengar

pembentangan mengenai kajian harga anggaran yang jauh lebih

rendah bagi projek KVDT2 oleh syarikat Opus Consultant (M) Sdn.

Bhd., satu-satu anak syarikat Khazanah Nasional Bhd. sebanyak

Page 58: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

3

dua kali pada 2018. Namun, perkara yang dapat memanfaatkan

rakyat dan negara ini tidak dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

5. YB Seremban, kalau laporan Opus Consultant itu tidak formal,

kenapakah Yang Berhormat mencadang kepada Kementerian

Kewangan untuk mempertimbangkan Opus Consultant sebagai

perunding penyemak bebas? Surat niat atau Letter of Intent juga

telahpun diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada Opus

Consultants. Cuma sebelum surat setuju terima dikeluarkan,

Kerajaan PH telah runtuh.

Tuan Yang di-Pertua,

6. Ada juga perkara yang YB Seremban ingat, di mana beliau

mengesahkan di Dewan yang Mulia ini pada 9 Julai 2019 bahawa

pihak Keretapi Tanah Melayu Bhd., sebagai pengguna landasan

kereta api, telah menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan

dan Kementerian Kewangan yang menyatakan kebimbangan

mereka sekiranya syarikat DM-LTAT dianugerahkan projek KVDT2

secara langsung.

7. Antara perkara yang dimaklumkan kepada YB Seremban

termasuk kelemahan syarikat berkenaan dalam projek KVDT Fasa

1, termasuk kelewatan, peralatan yang tidak mencukupi dan pekerja

kompeten yang tidak mencukupi. Sekiranya projek KVDT2

dianugerahkan kepada syarikat tersebut, sumber yang sama akan

digunakan untuk kedua-dua fasa KVDT, menyebabkan masalah

yang lebih besar kepada kedua-dua fasa.

Page 59: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

4

8. Apa yang disebut oleh YB Seremban dalam perbahasan

Belanjawan 2021 beliau adalah beberapa tuduhan tidak berasas

oleh syarikat berkenaan. Keputusan untuk menamatkan Surat

Setuju Terima projek (SST), di mana perjanjian rasmi projek belum

ditandatangani, bukan keputusan saya sendiri, tetapi dibuat oleh

Jemaah Menteri selepas mempertimbangkan pelbagai input,

termasuk pandangan Jabatan Peguam Negara.

9. Kementerian Pengangkutan Malaysia telah menyenaraikan

baik-buruk dalam mempertahankan keputusan yang telah dibuat

oleh Kerajaan PH dan penamatan SST dalam Memorandum

Kabinet yang berkenaan. Semasa mengesahkan minit berkaitan

keputusan untuk menamatkan SST pada 2 September 2020,

Kementerian Pengangkutan turut mengemukakan pandangan pihak

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 1

September 2020 yang mengesahkan bahawa perolehan projek

KVDT2 zaman PH tidak dilaksanakan mengikut prosedur perolehan

Kerajaan semasa dan merumuskan projek tersebut sepatutnya

ditawarkan secara tender terbuka.

Tuan Yang di-Pertua,

10. Mengenai tuduhan-tuduhan dalam afidavit Ketua Pegawai

Eksekutif syarikat DM-LTAT bertarikh 27 Oktober 2020 yang

dikemukakan oleh YB Seremban, ia adalah satu pembohongan,

fitnah!

11. Setelah menerima afidavit tersebut, saya telah meminta

nasihat undang-undang dan dinasihatkan supaya membersihkan

Page 60: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

5

nama saya melalui proses perundangan kerana afidavit tersebut

dilindungi oleh absolute privilege principle. Namun, saya telah

menjangkakan perkara ini akan dipolitikan, walaupun saya tak

sangka YB Seremban yang mempolitikkannya memandangkan

rekod beliau yang memperjuangkan tender terbuka bagi projek

KVDT2 sebelum ini.

12. Saya telah memaklumkan Jemaah Menteri mengenai

kewujudan afidavit tersebut pada 6 November 2020 dan pegawai

yang bersama saya dalam perjumpaan dengan syarikat tersebut

juga telah membuat laporan polis pada 5 November 2020 untuk

menolak segala tuduhan fitnah yang dilemparkan, sebelum perkara

ini diputarbelitkan oleh YB Seremban.

13. Sekali lagi, saya mencabar YB Seremban untuk mengulangi

tuduhan atau sindiran beliau di luar Dewan Yang Mulia ini bahawa

saya telah menamatkan SST kepada syarikat DM-LTAT untuk

kepentingan peribadi saya. Saya pasti akan mengambil tindakan

undang-undang untuk membersihkan nama saya. Sebagai bekas

Menteri Pengangkutan, jelasnya YB Seremban menyedari isu-isu

mengenai projek ini. Saya menasihati beliau supaya berbicara

dengan hati terbuka dan berhenti menjadi jurucakap syarikat

berkenaan. Pendirian saya adalah jelas dan tiada apa pun yang

perlu saya takutkan.

Tuan Yang di-Pertua,

14. Mengenai tuduhan bahawa hak LTAT akan terjejas susulan

penamatan SST kepada syarikat DM-LTAT, saya boleh

Page 61: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

6

mengesahkan di sini bahawa Jemaah Menteri telah membuat

keputusan bahawa sesiapa yang memenangi tender bagi projek

KVDT2 yang akan dibuat kelak perlu bekerjasama dengan LTAT di

mana penglibatan LTAT sebagai rakan usahasama boleh dijadikan

sebagai syarat wajib dalam tender baharu projek KVDT 2 untuk

melindungi kepentingan LTAT dan kontraktor Bumiputera. YB

Seremban, kalau tak pasti, jangan buat andaian yang bukan-bukan.

15. Akhir sekali, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat,

anggaran pampasan kepada syarikat DM-LTAT belum

dimuktamadkan. Ia akan ditetapkan selepas kajian lengkap

disediakan oleh perunding yang akan dilantik, melalui proses tender

terbuka juga. Namun, sepertimana YB Seremban sedia tahu,

mengikut SST, syarikat DM-LTAT tidak berhak untuk menuntut

sebarang kerugian masa hadapan.

16. Peratus kemajuan projek keseluruhan yang dikemukakan oleh

pihak syarikat DM-LTAT kepada Kementerian Pengangkutan

adalah 12 peratus sahaja setakat 13 September 2020 dan

bukannya 24 peratus yang dikatakan oleh YB Seremban.

Dasar Kabotaj

Tuan Yang di-Pertua,

17. YB Seremban juga telah membangkitkan isu mengenai

penarikbalikan pengecualian dasar kabotaj untuk menggunakan

kapal asing bagi memperbaiki kerosakan kabel dasar laut seperti

yang diluluskan oleh Kerajaan PH pada tahun lalu. Untuk makluman

Page 62: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

7

Yang Berhormat, keputusan untuk membatalkan pemberian

pengecualian dasar kabotaj bagi kerja pembaikan kabel tersebut

telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pada 13 November

2020 dan keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada

pertimbangan-pertimbangan seperti berikut:

(a) mengurangkan aliran keluar wang asing dalam bentuk

bayaran fret (freight) atau perjanjian penyewaan kapal

(charter party) dan insuran di dalam Balance of Payment

Account negara;

(b) mengurangkan kebergantungan negara kepada kapal asing

dengan meningkatkan penyertaan syarikat perkapalan

tempatan dalam perkhidmatan domestik;

(c) membina kapasiti perkapalan domestik dan meningkatkan

keupayaan dalam sektor perkhidmatan domestik;

(d) meningkatkan kepakaran teknikal melalui pembangunan

sumber manusia dalam kalangan warga tempatan; dan

(e) memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin

dengan mengurangkan pengoperasian kapal asing di

perairan Malaysia.

18. Untuk makluman Yang Berhormat, kebanyakan negara di

dunia mengamalkan dasar kabotaj yang ketat, termasuk negara-

negara jiran kita seperti Indonesia dan Filipina. Sebagai contoh, di

Indonesia, hanya kapal daftaran Indonesia yang mempunyai anak

Page 63: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

8

kapal tempatan sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi. Amerika

Syarikat, negara yang sering menegakkan konsep pasaran serta

persaingan terbuka juga mengamalkan dasar kabotaj yang amat

ketat bagi melindungi sektor perkapalannya.

Tuan Yang di-Pertua,

19. Mengambil kira pertimbangan-pertimbangan yang disebutkan

tadi dan berdasarkan kepada dua siri perbincangan yang

dipengerusikan oleh saya sendiri bersama Kementerian

Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Laut Malaysia,

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Telekom

Malaysia, TIME dotCom Berhad dan Persatuan Pemilik-pemilik

Kapal Malaysia (MASA) pada 8 September 2020 dan 8 Oktober

2020, maka dengan kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri

Pengangkutan Malaysia di bawah Seksyen 65U Ordinan

Perkapalan Saudagar 1952, saya telah meluluskan pembatalan

pengecualian berkenaan yang diwartakan melalui P.U(B) 592

berkuat kuasa mulai 15 November 2020.

20. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, Kementerian

Pengangkutan telah membangunkan Sistem Elektronik DSL (eDSL)

untuk mempermudahkan permohonan Lesen Perkapalan Dalam

Negeri atau Domestic Shipping Licence bagi membenarkan kapal

asing untuk melaksanakan aktiviti tertentu setelah MASA

mengesahakn ketiadaan kapal tempatan yang boleh melaksanakan

kerja-kerja yang dimohon oleh kapal asing tersebut. Pengecualian

DSL dapat diproses dengan lebih cepat dan ianya secara langsung

Page 64: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

9

telah mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan kabel

dasar laut oleh kapal asing, sekiranya benar-benar perlu.

21. YB Seremban, tanggungjawab Kementerian Pengangkutan

adalah melindungi kepentingan rakyat Malaysia dan memupuk

industri perkapalan domestik. Keputusan ini bukan suatu keputusan

unilateral. Sesi-sesi libat urus telah dibuat sebelum ini. Persatuan

Pemilik-pemilik Kapal Malaysia telah menyampaikan penghargaan

kepada Kementerian Pengangkutan atas pembatalan pengecualian

dasar kabotaj yang diberikan. Kalau tak faham perkara ini lagi,

pergilah membaca kenyataan media MASA sendiri!

Perkembangan Projek Infrastruktur Pengangkutan di bawah

MOT

Tuan Yang di-Pertua,

22. Kementerian Pengangkutan mengambil maklum akan

cadangan daripada YB Port Dickson, YB Kuala Selangor dan YB

Kubang Pasu supaya mengkaji semula status pelaksanaan projek-

projek mega seperti ECRL, Projek Landasan Berkembar

Elektrifikasi Gemas – Johor Bharu, Klang Valley Double Track Fasa

1, Rapid Transit System (RTS) Link daripada Johor Bharu ke

Singapura, MRT3 dan High Speed Rail (HSR).

23. Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan berpandangan

bahawa bagi projek-projek mega yang sedang dilaksanakan seperti

Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi dari Gemas ke Johor

Bharu dan Projek KVDT Fasa 1 wajar diteruskan untuk merancak

Page 65: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

10

ekonomi negara. Projek-projek ini telahpun mencapai kemajuan

sebanyak 66.4% bagi Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi dari

Gemas ke Johor Bahru dan sebanyak 88.9% bagi projek KVDT

Fasa 1.

24. Selain itu, bagi projek yang dalam peringkat awal pelaksanaan

seperti RTS, MRT3 dan HSR, Kementerian Pengangkutan turut

berpandangan ia wajar diteruskan. Sebagaimana Yang Berhormat

sedia maklum, projek-projek mega ini dapat menjadi pemangkin

ekonomi Negara dengan pewujudan peluang-peluang pekerjaan

serta peningkatan ekonomi setempat pasca pandemik COVID-19.

25. Selain itu, pelaksanaan projek ini juga akan meningkatkan

keyakinan pelabur asing terhadap keupayaan persekitaran ekonomi

negara. Tambahan lagi, projek RTS melibatkan hubungan dua hala

di antara Malaysia dan Singapura dan majlis pecah tanah telahpun

dilancarkan pada 22 November 2020.

26. Seterusnya, YB Pasir Salak telah membangkitkan soalan

mengenai berapakah kos projek bagi insfrastruktur pengangkutan

tersebut.

27. Untuk makluman Yang Berhormat, kos projek RTS yang perlu

ditanggung oleh pihak Malaysia adalah RM3.715 bilion. Manakala

Projek HSR dan MRT3 pula masih dalam peringkat perancangan

dan kos akan dimuktamadkan selepas kajian lanjutan dilaksanakan.

Kementerian Pengangkutan juga berpandangan bahawa kos

mobilisasi projek MRT 3 boleh dikurangkan memandangkan projek

ini merupakan kesinambungan kepada projek MRT 1 dan MRT 2.

Page 66: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

11

28. Bagi projek ECRL, kos pelaksanaan yang diluluskan oleh

Kerajaan PH ialah RM44 bilion. Namun, pengumuman yang dibuat

oleh Kerajaan PH tidak termasuk kos tambahan kuantiti apabila

jajarannya diubah dan dipanjangkan 41 KM pada tahun 2019 iaitu

sebanyak RM 2.379 bilion dan abandonment costs sebanyak RM 1

bilion, menjadikan kos pelaksanaan keseluruhan sebagai RM

47.379 bilion.

29. Kerajaan kini sedang mengkaji balik jajaran sektor Mentakab-

Pelabuhan Klang berdasarkan jajaran asal melalui Bentong,

Gombak dan Serendah tanpa double handling kerana viability

projek ECRL bergantung 30 peratus kepada penumpang dan 70

peratus kepada kargo. Perkara ini telah dibincang dalam mesyuarat

Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 13 Ogos 2020 dan

dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Ogos dan 2 September

2020. Kementerian Pengangkutan masih dalam proses

perbincangan dengan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan jajaran

sektor ini. Impak kos sebenar hanya dapat diumumkan apabila

jajaran telah dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Tuan Yang di-Pertua,

30. Berkenaan penglibatan kontraktor tempatan dan Bumiputera,

Kerajaan telah berusaha untuk memastikan pihak kontraktor

mematuhi perjanjian sedia ada berkenaan perkara ini. Jemaah

Menteri pada 23 September 2020 telah bersetuju agar diwujudkan

Jawatankuasa Khas Penyertaan Kontraktor Tempatan dan

Bumiputera yang diurusetiakan oleh Kementerian Pengangkutan

Page 67: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

12

dan melibatkan pihak MoF, KKR, Teraju, MRL dan CCCC, di mana

jawatankuasa khas ini akan memastikan pematuhan kepada klausa

berkaitan dalam Perjanjian Engineering, Procurement, Construction

& Commisioning (EPCC).

31. Dalam hubungan ini, kadar penglibatan kontraktor tempatan

telah disebutkan dalam Perjanjian EPCC iaitu di klausa 38.1 yang

menyatakan pihak kontraktor utama iaitu CCCC perlu berusaha

untuk memberi sub-kontrak 40% daripada kerja-kerja sivil (tidak

termasuk kerja terowong) kepada kontraktor tempatan. Skop ini

mewakili 48.9% daripada keseluruhan projek dengan nilai sebanyak

RM21.49 bilion. Justeru, 40% daripada kerja-kerja ini mewakili nilai

sebanyak RM8.6 bilion. Persetujuan juga dicapai untuk memastikan

penyertaan syarikat Bumiputera sebanyak 30% daripada skop kerja

tersebut.

32. Pihak CCCC menggunakan kaedah pendaftaran kontraktor

melalui Pra-Kelayakan (pre-Q) bagi mewujudkan kumpulan

kontraktor tempatan yang akan ditawarkan untuk menyertai tender

bagi kerja-kerja sivil. Sehingga 31 Oktober 2020, sebanyak 1,321

kontraktor tempatan telah menjalani saringan dan sejumlah 331

kontraktor telah melepasi penilaian Pra-Kelayakan. Daripada

sejumlah 331 kontraktor tersebut, sebanyak 234 adalah berstatus

Bumiputera (70.7%).

Agihan Kontrak bagi Projek-Projek Mega kepada Kontraktor

Kecil atau Kelas F

Tuan Yang di-Pertua,

Page 68: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

13

33. Seterusnya, YB Pekan telah membangkitkan supaya kontrak-

kontrak bagi projek mega berkaitan pengangkutan ini diagihkan

kepada kontraktor-kontraktor kecil atau kontraktor Kelas F.

34. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, dengan mengambil

contoh projek ECRL, Kementerian Pengangkutan amat komited

untuk memastikan Projek ECRL ini dilaksanakan mengikut jadual

dan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat secepat

mungkin. Sepertimana yang dinyatakan tadi, Kementerian

Pengangkutan akan akan memantau pematuhan klausa penyertaan

kontraktor tempatan dalam projek ECRL serta mencadangkan

strategi khusus bagi memastikan penyertaan kontraktor terutama

kontraktor Kelas F dalam projek mega ini.

35. Bagi projek KVDT Fasa 1, terdapat sebanyak 58 syarikat

tempatan (Gred G1, dahulunya Kelas F) yang terlibat dalam

pelaksanaan projek ini sebagai subkontraktor dengan nilaian bagi

setiap kontrak adalah bernilai RM200,000.00 dan ke bawah.

Pengangkutan Awam di Negeri Sabah

Tuan Yang di-Pertua,

36. YB Kota Kinabalu telah membangkitkan tiga (3) isu berkaitan

pengangkutan awam di Negeri Sabah seperti berikut:

(a) Pertama; perkembangan cadangan pembangunan Bus

Rapid Transit (BRT) di Bandaraya Kota Kinabalu;

Page 69: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

14

(b) Kedua; Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-

henti (SBST); dan

(c) Ketiga; Dana Bantuan Sementara Bas Berhenti-henti

(ISBSF) dan pas bulanan MY 100 dan MY50.

37. Untuk makluman Yang Berhormat, Perancangan BRT adalah

di bawah Kerajaan Negeri Sabah melalui Dewan Bandaraya Kota

Kinabalu dan dalam peringkat perancangan sebelum dapat

dilkasanakan.

38. Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST)

diwujudkan oleh Kerajaan pada 2015 di mana pemantauan operasi

SBST adalah lebih cekap dan sistematik. Program ini dimulakan di

ibu-ibu negeri seperti Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuala

Terengganu. Belanjawan 2021 telah memperluaskan program ini ke

bandar Kuching, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuantan.

39. Selain itu, terdapat juga subsidi lain yang diberikan oleh

Kerajaan kepada perkhidmatan pengangkutan bas henti henti di

bawah program Dana Bas Henti Henti (ISBSF) di Semenanjung

Malaysia, Sabah Dan Sarawak yang telah bermula sejak tahun

2012. Dana ISBSF diwujudkan bagi membantu menampung kos

operasi harian pengendali bas berhenti-henti berikutan kerugian

yang dialami oleh mereka disebabkan oleh laluan yang tidak

menguntungkan.

40. Kerajaan memberi perhatian terhadap isu ini kerana

kebanyakan laluan yang terbabit terletak di luar bandar dan

Page 70: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

15

perkhidmatan tersebut masih diperlukan oleh penduduk untuk

meneruskan akvititi harian mereka. Dengan dana ISBSF ini, banyak

syarikat bas termasuk di Sabah dapat meneruskan operasi di

kawasan luar bandar dan pengguna di kawasan berkenaan tidak

menghadapi masalah untuk mendapatkan khidmat pengangkutan

awam ini dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan bas

henti-henti ini.

41. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, Program

My100 dan My50 diperkenalkan di Lembah Klang menerusi

perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Prasarana Sdn. Bhd..

Jika terdapat keperluan dan permintaan, Kerajaan akan mengkaji

keperluan perluasan program seumpama ini, tertakluk kepada

kelulusan dan kedudukan kewangan negara semasa.

Bas Mini sebagai Mod Pengangkutan Kecemasan di Luar

Bandar Sabah

Tuan Yang di-Pertua,

42. YB Semporna telah mencadangkan supaya bas-bas mini di

Sabah disewa oleh pihak Kerajaan sebagai salah satu mod

pengangkutan kecemasan bagi memudahkan pesakit-pesakit

COVID-19 daripada luar bandar Sabah di bawa ke Hospital

berdekatan.

43. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian

Pengangkutan melalui LPKP Sabah tiada halangan dengan

cadangan untuk menyewa bas-bas mini yang dilengkapi dengan

Page 71: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

16

kemudahan oksigen untuk membawa pesakit-pesakit COVID-19

yang berada di kawasan pedalaman atau luar bandar bagi

mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.

44. LPKP Sabah berpandangan bahawa cadangan ini boleh

dilaksanakan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar

dan pedalaman bagi mendapatkan akses kepada rawatan

kesihatan di samping dapat menjana pendapatan dan

meningkatkan ekonomi pengusaha bas-bas mini yang turut terjejas

sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Bantuan kepada Pengusaha Bas dan Teksi yang Terkesan

Akibat Pandemik COVID-19

Tuan Yang di-Pertua,

45. YB Semporna, YB Jelutong, YB Tanjong Karang, YB

Seremban, YB Labuan dan YB Bagan Datuk telah

membangkitkan isu mengenai bantuan Kerajaan kepada

pengusaha bas, teksi dan e-hailing yang terkesan akibat pandemik

COVID-19.

46. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan telah

mengumumkan Pakej PRIHATIN untuk membantu rakyat yang

terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Antara bantuan yang

diumumkan adalah bantuan tunai secara one-off sebanyak RM600

kepada pemandu teksi, RM500 kepada pemandu e-hailing, RM600

kepada pemandu bas persiaran dan RM600 kepada pemandu bas

sekolah.

Page 72: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

17

47. Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan

Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 yang telah

diwartakan dan berkuatkuasa pada 23 Oktober 2020 juga akan

membantu pemandu pengangkutan awam teksi, e-hailing, bas dan

kenderaan barangan untuk membenarkan perubahan sementara

lesen bagi semua kenderaan perkhidmatan awam kepada

kenderaan barangan dan sebaliknya.

Cadangan Penurunan Caj oleh Syarikat e-hailing kepada

Pemandu

Tuan Yang di-Pertua,

48. YB Kangar telah mencadangkan supaya caj yang dikenakan

oleh syarikat e-hailing kepada pemandu e-hailing diturunkan bagi

membantu mereka semasa pandemik COVID-19 ini.

49. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian

Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)

telahpun mengadakan perbincangan dengan 5 buah syarikat utama

e-hailing yang mewakili 90% pemain industri iaitu Grab, Mycar,

Mula, Maxim dan Dacsee pada 13 November 2020 berhubung

cadangan untuk mengurangkan caj yang dikenakan kepada

pemandu kepada kadar di antara 10 peratus ke 15 peratus bagi

membantu pemandu e-hailing yang terkesan dengan situasi

COVID-19 pada masa ini.

Page 73: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

18

50. Pihak MyCar memaklumkan bahawa pada masa ini caj yang

dikenakan kepada pemandu e-hailing yang berdaftar dengan

mereka adalah pada kadar 10 peratus. Malahan sebagai rekod,

pihak MyCar telah dua kali menurunkan kadar caj kepada pemandu

iaitu pada 8 Oktober 2019 daripada 15 peratus kepada 12 peratus

dan terkini pada 1 Julai 2020 daripada 12 peratus kepada 10

peratus.

51. Pihak Grab pula telah memaklumkan bahawa mereka tidak

dapat menurunkan caj tersebut kepada kadar yang lebih rendah

kerana pada masa ini sebahagian hasil daripada caj yang

dikenakan kepada pemandu e-hailing telah digunakan semula

sebagai insentif atau subsidi kepada pemandu.

ISU PENGANGKUTAN UDARA

Status Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim

(KXP)

Tuan Yang di-Pertua,

52. Isu seterusnya, YB Jerai dalam perbahasan telah meminta

Kerajaan menyatakan komitmen untuk meneruskan projek

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

53. Untuk makluman YB Jerai, Mesyuarat Majlis Perancang

Fizikal Negara dalam mesyuaratnya pada 27 Oktober 2020 telah

memberi kelulusan prinsip terhadap cadangan Projek

Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. Kelulusan

Page 74: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

19

prinsip ini adalah tertakluk kepada permohonan mendapatkan

pertimbangan daripada Kementerian Pengangkutan dan beberapa

agensi Kerajaan yang lain seperti Kementerian Kewangan,

Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Tentera Udara

Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia

(CAAM) dan beberapa agensi Kerajaan lain.

54. Cadangan pembinaan KXP juga adalah tertakluk kepada

Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang

akan dimulakan pada awal tahun 2021 bagi semua 42 lapangan

terbang sedia ada termasuk cadangan pembinaan lapangan

terbang baharu. Maka, penggerak projek KXP, iaitu Kerajaan Negeri

Kedah, akan diminta untuk memberi maklumat kepada pasukan

perunding NASP berhubung unjuran-unjuran permintaan

perkhidmatan penumpang dan kargo serta komitmen syarikat

penerbangan yang ingin menggunakan KXP.

55. Asas cadangan pembinaan KXP yang digunakan oleh

penggerak projek adalah bagi menyokong pengendalian

penumpang dan kargo yang disediakan oleh Lapangan Terbang

Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). Sehubungan itu, pembinaan

KXP adalah wajar dipertimbangkan setelah kapasiti pengendalian

LTAPP mencecah kapasiti maksima. Dalam hubungan ini, unjuran

permintaan penumpang dan kargo mestilah bersandarkan kepada

asas dan data yang kukuh serta tepat mengambilkira pembangunan

kapasiti maksima LTAPP demi memastikan kebolehlaksanaan

projek pembinaan KXP.

Page 75: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

20

56. Seperti yang dinyatakan, kelulusan akhir bagi cadangan

pembinaan KXP adalah tertakluk kepada kajian NASP serta

pematuhan kepada semua syarat yang ditetapkan oleh agensi-

agensi Kerajaan yang lain. Hal ini kerana Kementerian

Pengangkutan bertanggungjawab untuk memastikan cadangan

pembinaan lapangan terbang adalah viable, sustainable dan

memenuhi keperluan teknikal yang ditetapkan oleh CAAM dan

MAVCOM.

Tuan Yang di-Pertua,

57. Bagi pihak Kementerian Pengangkutan, saya sekali lagi

mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang

telah membahaskan isu-isu berkaitan dengan Kementerian

Pengangkutan dan saranan yang dikemukakan.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Pengangkutan Malaysia

24 November 2020

Page 76: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

1

TEKS UCAPAN

PENGGULUNGAN RANG UNDANG-

UNDANG PERBEKALAN 2021

MESYUARAT KETIGA PENGGAL KETIGA

PARLIMEN KE-14 TAHUN 2020

YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN

MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR

Page 77: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

2

RINGKASAN

AHLI PARLIMEN YANG MEMBAHASKAN ISU-ISU KASA

Bil. Ahli Parlimen

1. Tuan Haji Ahmad bin Hassan [Papar]

2. Tuan Lim Guan Eng [Bagan]

3. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud]

4. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu]

5. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok]

6. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun]

7. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]

8. Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]

9. Datuk Ignatius Dorell Leiking [Penampang]

10. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]

11. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji [Raub]

12. Datuk Dr Hasan Bahrom [Tampin]

13. Puan Hannah Yeoh [Segambut]

14. Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat [Lubok Antu]

15. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]

16. Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis]

17. Datuk Mohamaddin bin Ketapi [Lahad Datu]

18. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran]

Page 78: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

3

PENDAHULUAN

1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tuan Yang di-Pertua

terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima

kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah

membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air

(KASA) sepanjang tempoh Rang Undang-undang Perbekalan 2021

dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.

2. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 18 Ahli Yang

Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan

KASA terutamanya isu alam sekitar dan air yang dapat dikategorikan

kepada tiga isu utama iaitu bekalan air dan sumber air, pengurusan

banjir, dan pengurusan alam sekitar.

3. Tuan Yang di-Pertua izinkan saya memberikan ulasan dan

pandangan terhadap isu-isu utama yang dibangkitkan pada sesi

perbahasan kali ini.

Page 79: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

4

PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Tuan yang di-Pertua,

4. YB Segambut, YB Tampin dan YB Bachok telah menyentuh isu

pencemaran dan memohon kerajaan mengatasi kes pencemaran alam

sekitar yang kerap berlaku.

5. Kementerian menyambut baik cadangan YB Segambut dan YB

Bachok, berkaitan isu pencemaran yang perlu ditangani secara

bersepadu dengan penglibatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

Tindakan secara bersepadu ini akan meningkatkan lagi keberkesanan

strategi atau tindakan yang diambil terutamanya dalam melaksanakan

penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemar sama ada dari industri,

projek pembangunan atau lain-lain punca. Tindakan lebih berfokus akan

digerakkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam memantau premis-premis

yang menghasilkan efluen perindustrian dan buangan terjadual.

6. Justeru itu, Kementerian bersama-sama Kerajaan Negeri melalui

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi lain yang berkaitan

telah dan akan terus berkerjasama dalam menangani isu pencemaran.

Antaranya adalah melalui pelaksanaan operasi-operasi bersepadu

dengan pelbagai agensi dan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut

bidang kuasa masing-masing.

7. Selain itu, Kementerian juga telah menubuhkan Unit Cegah

Jenayah Alam Sekitar bagi memperkasakan lagi penguatkuasaan Akta

Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Penubuhan Unit Cegah

Jenayah Alam Sekitar ini adalah bertujuan bagi mencegah, membanteras

dan membendung kes-kes pencemaran alam sekitar.

8. Dalam mencari solusi dan pendekatan yang terbaik di antara

Kerajaan Persekutuan dan Negeri, KASA akan terus menyelaras dan

membincangkan penambahbaikan untuk memantapkan pengurusan

alam sekitar negara dalam Mesyuarat MEXCOE (Mesyuarat Menteri-

menteri Alam Sekitar dan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri yang

Page 80: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

5

Bertanggungjawab mengenai Alam Sekitar) yang diadakan sebanyak 2

kali setahun.

9. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selain daripada itu,

Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar di peringkat Negeri yang

dipengerusikan oleh YB EXCO Alam Sekitar juga berperanan dalam

menyelaras tindakan-tindakan ke atas isu-isu pencemaran alam sekitar

yang melibatkan bidang kuasa pelbagai agensi. Ini termasuk

membanteras kilang-kilang haram dan punca-punca lain yang seperti

aktiviti penternakan, perlombongan, pengorekan pasir, pertanian,

restoran, pasar dan sebagainya yang berisiko untuk menyebabkan

pencemaran. Pelaksanaan dan pemantauan adalah melalui mesyuarat

yang diadakan secara berkala yang melibatkan JAS dan pelbagai agensi

dari Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta PBT.

10. Untuk makluman YB Bachok dan YB Tampin, berdasarkan kepada

peruntukan perundangan sedia ada, AKAS 1974 di bawah Seksyen 46E

ada memperuntukkan tanggungjawab pencemar sekiranya berlaku

pencemaran alam sekitar. Seksyen ini memberi kuasa tambahan kepada

Mahkamah selain penalti, Mahkamah juga boleh memerintahkan orang

yang disabitkan bersalah untuk membayar pampasan atau ganti rugi atau

apa-apa kos yang berkaitan dengan kesan daripada pencemaran yang

dilakukan kepada orang yang terkesan.

11. Dalam hal ini juga, Kementerian bersama-sama JAS akan

menjalankan kajian lanjut bagi menentukan kaedah kadar bayaran dan

mekanisma kutipan ses serta pelaksanaan yang praktikal dengan

mengambilkira situasi semasa di bawah Seksyen 36A, AKAS 1974

terhadap pengeluar buangan terjadual. Bayaran ses yang sedang dikaji

adalah merupakan sumbangan ke dalam Kumpulan Wang Alam

Sekeliling oleh pengeluar buangan dalam mencegah dan mengawal

pencemaran alam sekitar.

Page 81: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

6

Tuan yang di-Pertua,

12. YB Dungun dan YB Tampin telah memohon kerajaan menjelaskan

langkah yang diambil dalam memastikan keseimbangan dan kelestarian

alam adalah terjamin.

13. Untuk makluman YB Dungun dan YB Tampin, pembangunan lestari

didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk

memastikan kerosakan minimum ke atas alam semula jadi. Idea

pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip

pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi

keperluan masa kini tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang.

Justeru itu, kemajuan pembangunan ekonomi harus diseimbangkan

dengan penjagaan alam sekitar.

14. Dalam menjaga kepada perimbangan alam sekitar, KASA melalui

JAS menguatkuasakan AKAS 1974, di mana peruntukan Akta ini

mensyaratkan perancangan pembangunan projek di bawah Perintah

Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan

Kepada Alam Sekeliling) 2015. Dalam konteks ini, penggerak projek perlu

menyediakan Kajian Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling

(Environmental Impact Assessment - EIA) sebelum boleh memulakan

sebarang aktiviti bagi memastikan penjagaan terhadap alam sekitar.

15. Selain itu, pembangunan lestari juga menekankan aspek alam

sekitar yang terpelihara daripada punca-punca pencemaran. Dalam pada

itu, di atas prinsip “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, kaedah

pemantau kendiri (self regulation) dan pemantauan berterusan adalah

merupakan elemen penting dalam memastikan pembangunan lestari

dapat dicapai. Pendekatan ini adalah memupuk kebertanggungjawaban

semua pihak dalam merancang, mengawal selia dan memastikan

kelansungan alam sekitar kekal terpelihara.

16. Mengenai ucapan belanjawan 2021, KASA mengambil maklum

akan Dana Amanah Malaysia Sustainable Development Goals (SDG)

dengan peruntukan permulaan berjumlah RM20 juta. Dalam hal ini, KASA

akan merencanakan peruntukan ini bagi tujuan kelestarian alam sekitar

Page 82: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

7

sekiranya diberi ruang dan peluang bagi mencapai sasaran-sasaran SDG

berkaitan alam sekitar.

17. Kementerian juga telah memulakan program kerjasama bersama

universiti-universiti tempatan yang dinamakan Green Campus Tour yang

menekankan pendekatan holistik terhadap kelestarian alam sekitar di

kalangan pelajar universiti. Universiti memainkan peranan yang penting

dalam memperjuang dan mengutamakan pembangunan kelestarian alam

sekitar bersama-sama pihak kerajaan, selain menjadi rujukan ilmu dan

kepakaran pelbagai bidang.

Tuan yang di-Pertua,

18. YB Tampin dan YB Kangar telah meminta kerajaan untuk

menjelaskan sejauh manakah kementerian membantu kepada persatuan

dan NGO-NGO alam sekitar sama ada dalam bentuk sumbangan dana

dan sebagainya.

19. Untuk makluman YB Tampin dan YB Kangar, Kementerian sentiasa

menghargai jasa pertubuhan bukan kerajaan (non-governmental

organisation – NGO) yang menjalankan usaha ke arah pemuliharaan

alam sekitar. NGO-NGO ini juga bertindak sebagai mata dan telinga

Kementerian terutama melaporkan kes-kes pencemaran atau kacau

ganggu kepada alam sekitar. KASA sentiasa menyokong inisiatif dan

program NGO dalam usaha meletarikan alam sekitar.

20. Malaysia telah menerima geran daripada dana antarabangsa iaitu

Global Environment Facility (GEF) bagi melaksanakan Small Grant

Programme (SGP) Malaysia yang diuruskan oleh United Nations

Development Programme (UNDP) dan Jawatankuasa Pemandu

Kebangsaan dipengerusikan oleh KASA. Program ini menawarkan

insentif berbentuk geran pembiayaan kepada NGO dan Pertubuhan

Masyarakat sehingga USD50 ribu atau RM205 ribu untuk melaksanakan

projek pemuliharan alam sekitar di peringkat komuniti.

Page 83: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

8

21. Semenjak tahun 2001 sehingga Oktober 2020, program ini telah

membiayai 233 buah projek berkaitan alam sekitar, perubahan iklim dan

biodiversiti dengan jumlah geran sebanyak USD8.45 juta, bersamaan

dengan RM34.6 juta. Sebanyak 158 NGO dan Pertubuhan Masyarakat

yang telah menerima manfaat sejak program ini diperkenalkan.

22. Kementerian sentiasa melibatkan NGO alam sekitar di dalam

proses pembangunan dan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan alam

sekitar dan perubahan iklim melalui sesi libat urus seperti sesi dialog,

bengkel, seminar dan membuat ulasan terhadap laporan EIA. Dalam

pada masa yang sama, Kementerian akan sentiasa menjalin kerjasama

strategik dengan NGO-NGO dalam memperkukuhkan program

kesedaran alam sekitar bagi memberi impak yang berkesan kepada

masyarakat.

Tuan yang di-Pertua,

23. YB Setiu telah meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan

aduan berkaitan jenayah pencemaran alam sekitar dapat disalurkan

melalui 999.

24. Untuk makluman YB Setiu, Talian 999 adalah kemudahan untuk

mendapatkan bantuan terutama melibatkan keselamatan nyawa. Buat

masa ini, sistem bersepadu ini hanya menggabungkan perkhidmatan

kecemasan bagi 5 agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan

Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

25. Untuk makluman, JAS telah mempunyai sistem pengurusan aduan

kecemasan yang boleh menggerakkan pejabat JAS Negeri (24 jam 7 hari

seminggu) di seluruh negara melalui hotline JAS di 1-800-88-2727.

26. Oleh itu, cadangan supaya aduan berkaitan jenayah pencemaran

alam sekitar untuk juga disalurkan melalui talian 999 adalah satu

Page 84: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

9

cadangan yang baik. Di mana sekiranya kedua-dua sistem ini dapat

diintegrasikan ia akan membolehkan laporan kes kecemasan jenayah

alam sekitar yang diterima diurus dengan cekap dan tindakan serta merta

di lapangan dapat digerakkan. Justeru itu, Kementerian telah mengambil

tindakan dan perbincangan awal telah dilakukan dengan pihak berkaitan

berkenaan perkara ini.

Tuan yang di-Pertua,

27. YB Raub telah mencadangkan supaya Jabatan Biokeselamatan

membantu KKM untuk menjalankan kajian berkaitan Covid-19.

28. KASA mengalukan-alukan cadangan Yang Berhormat supaya KKM

bekerjasama dengan Jabatan Biokeselamatan (JBK) dalam membuat

kajian terhadap haiwan-haiwan yang membawa COVID-19.

29. Walau bagaimanapun, skop bidang kuasa JBK adalah

memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan Organisma Diubah

Suai Yang Hidup (Living Modified Organism - LMO), yang mana

kandungan genetiknya telah diubahsuai melalui kaedah bioteknologi

moden selaras Akta Biokeselamatan 2007.

Page 85: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

10

PENGURUSAN BEKALAN AIR

Tuan yang di-Pertua,

30. YB Papar telah memohon Kerajaan menyatakan apakah joint role

yang dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Alam

Sekitar dan Air serta Jabatan Air Sabah dalam pelaksanaan projek

bekalan air bersih untuk rumah-rumah di luar bandar seperti di Parlimen

Papar dan Sabah.

31. Untuk makluman kepada semua Ahli Yang Berhormat, secara

dasarnya semua keutamaan bagi melaksanakan sesuatu projek di

sesuatu negeri adalah ditentukan oleh Kerajaan Negeri tersebut. Ini

termasuk di Negeri Sabah, di mana pembangunan bekalan air dirancang

oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Pihak JANS kemudiannya akan

mengemukakan permohonan melalui Kerajaan Negeri berdasarkan

keutamaan negeri kepada Kementerian yang berkaitan.

32. Isu bekalan air bersih bagi rumah-rumah di kawasan luar bandar

adalah terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Luar

Bandar (KPLB). Bagi projek bekalan air luar bandar yang dibiayai secara

langsung, permohonan akan dikemukakan kepada KPLB manakala

projek bekalan air yang dibiayai secara pinjaman dari Kerajaan

Persekutuan akan dikemukakan kepada Kementerian Alam Sekitar dan

Air (KASA).

33. Di bawah KASA terdapat satu projek yang telah diluluskan di

Parlimen Papar secara pinjaman di bawah RP4, RMKe-11 iaitu Projek

Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon dari 40 juta liter

sehari (JLH) kepada 80 JLH termasuk juga saluran paip dan tangki

simpanan. Projek ini dijangka dapat meningkatkan keperluan bekalan air

di kawasan Papar sehingga tahun 2030.

34. Untuk makluman YB Papar juga, JANS adalah agensi pelaksana

bagi projek ini dan status semasa projek adalah seperti berikut:

(i) perunding projek telah dilantik pada 19 Januari 2020;

Page 86: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

11

(ii) kerja-kerja reka bentuk sedang dijalankan dan ia dijangka

ditender pada suku ketiga tahun 2021; dan

(iii) projek dijangka siap pada tahun 2024.

Tuan yang di-Pertua,

35. YB Bagan telah memohon Kerajaan menjelaskan sama ada bajet

belanjawan 2021 merangkumi bajet menaik taraf infrastruktur air untuk

Selangor, Kelantan dan Pahang.

36. Untuk makluman YB Bagan, Kerajaan Persekutuan melalui KASA

telah memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk Selangor, RM15.3 juta

kepada Kelantan dan RM17.8 juta kepada Pahang pada tahun 2021.

Tuan yang di-Pertua,

37. YB Raub telah memohon kepada KASA menjelaskan status

pembinaan loji rawatan air di Raub.

38. Untuk makluman Yang Berhormat, perunding untuk ketiga-tiga

projek naiktaraf LRA di Raub telah dilantik pada 17 April 2020. Tender

untuk projek ini telah dipanggil pada 1 Oktober 2020 dan tutup pada 2

November 2020 untuk LRA Sg. Bilut dan Sg. Semantan dan 3 November

2020 untuk LRA Sg. Klau.

39. Ketika ini penilaian tender sedang dilaksanakan dan projek ini

dijangka bermula pada awal tahun depan seterusnya dijangka siap dalam

tempoh satu tahun.

Tuan yang di-Pertua,

40. YB Lahad Datu telah memohon supaya satu lagi loji rawatan air

baharu dibina di Segama.

Page 87: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

12

41. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan melalui

Kementerian ini telah meluluskan peruntukan secara pinjaman dengan

kos RM270 juta yang melibatkan kerja-kerja seperti berikut:

i. Pembinaan loji rawatan air berkapasiti 60 JLH;

ii. Dua (2) buah tangki dengan kapasiti 28.6 JLH; dan

iii. Pemasangan paip pelbagai saiz sepanjang 28 km.

42. Projek ini telah diserahkan kepada kontraktor untuk dimulakan pada

2 Mac 2020 dengan tempoh pembinaan selama 3 tahun dan dijangka siap

pada 2 Mac 2023. Walau bagaimanapun, pada masa ini tiada kemajuan

kerja di tapak pembinaan disebabkan oleh PKP dan permasalahan yang

timbul berhubung kontrak antara pihak kontraktor dan kerajaan negeri.

Tuan yang di-Pertua,

43. YB Tuaran telah meminta kerajaan menyelesaikan isu bekalan air

terawat di Tuaran.

44. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi menyelesaikan isu bekalan

air di Daerah Tuaran, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan

pinjaman berjumlah RM429.2 juta bagi kerja-kerja penambahan kapasiti

loji rawatan air Telibong II dari 80 ke 160 juta liter sehari termasuk

pembinaan tangki imbangan dan tangki simpanan dengan jumlah kapasiti

69 juta liter, paip air mentah sepanjang 3.5km dan paip tranmisi/agihan

(100mm-1200mm) sepanjang 65km.

45. Projek ini telah bermula pada 18 Mac 2019. Projek telah mengalami

sedikit cabaran disebabkan faktor-faktor berikut:

i. Isu pengambilan balik tanah bagi tapak tangki dan laluan paip;

ii. Perubahan rekabentuk dan jajaran paip disebabkan laluan

projek pan Borneo;

iii. Kerja-kerja tergendala disebabkan PKP; dan

Page 88: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

13

iv. Kelemahan kontraktor dari segi kewangan dan perancangan

kerja.

Tuan yang di-Pertua,

46. YB Kota Melaka telah memohon kerajaan mempertimbangkan

rebat bil air diberikan kepada industri pelancongan.

47. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, tiada sebarang peruntukan

di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membolehkan KASA

atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memberi subsidi

atau rebat tarif air kepada mana-mana pengguna termasuklah industri

pelancongan.

48. Namun begitu, sudah terdapat negeri-negeri seperti Selangor,

Johor dan Melaka yang memberikan air percuma sehingga 20 meter padu

sebulan secara bersasar. Dalam tempoh PKP, bukan sahaja bantuan air

percuma diteruskan oleh kerajaan negeri dan syarikat air, malah

beberapa bantuan dalam bentuk lain turut diberikan.

49. Sebagai contoh syarikat Ranhill Syarikat Air Johor (RSAJ) memberi

potongan 50% bil air kepada golongan B40 bagi bulan Mac 2020. Syarikat

Air Melaka Berhad (SAMB) pula mengecualikan pembayaran bil air dalam

tempoh PKP. Selain itu, Kerajaan Negeri Sabah juga turut mengecualikan

bayaran bil air kepada pengguna domestik selama tiga (3) bulan mulai

April 2020.

50. Manakala, Bahagian Bekalan Air Labuan (BBAL) juga akan

memberikan pengurangan bil air terhadap pengguna di Wilayah

Persekutuan Labuan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

yang melibatkan anggaran peruntukan sehingga RM1.15 juta.

Page 89: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

14

Tuan yang di-Pertua,

51. YB Lubok Antu telah meminta kerajaan menyelesaikan masalah

isu bekalan air terawat di kawasan Lubok Antu.

52. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini, tiada sebarang

projek yang dilaksanakan di bawah Kementerian di dalam kawasan yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan

negeri boleh mengemukakan permohonan peruntukan secara pinjaman

kepada KASA bagi membantu dalam menangani masalah tersebut.

53. Sekiranya ia melibatkan kawasan luar bandar, maka permohonan

perlu dikemukakan oleh kerajaan negeri kepada Kementerian

Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Page 90: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

15

PENGURUSAN BANJIR

Tuan yang di-Pertua,

54. YB Kota Belud telah memohon Kerajaan menjelaskan

a) status tender kerja-kerja pengukuran projek tebatan banjir dan

Kajian Kemungkinan Bersepadu Sumber Air dan Tebatan Banjir

di Kota Belud; dan

b) apakah pelan jangka masa pendek oleh pihak Kerajaan bagi

menghadapi musim banjir di Kota Belud?

55. Untuk makluman YB Kota Belud, status semasa bagi tender

perolehan kerja ukur kejuruteraan ia adalah dalam peringkat perolehan

selanjutnya (iaitu penyediaan dokumen pelawaan kerja ukur bagi

membolehkan juruukur mengemukakan Cadangan Teknikal Dan Kos

(CTK)).

56. Manakala bagi tender Kajian Kemungkinan Bersepadu Sumber Air

dan Tebatan Banjir, dokumen perolehan telah siap dan iklan pelawaan

akan dikeluarkan.

57. Dalam hal ini juga, Kementerian melalui JPS telah melaksanakan

beberapa pelan jangka pendek dalam usaha bagi menghadapi musim

banjir di Kota Belud sepertimana berikut:

i. Pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai

Gurong-Gurong, Kota Belud yang sedang dalam pembinaan dan

dijangka siap pada tahun 2021. Dengan adanya projek ini dapat

mengurangkan banjir di Kawasan Pekan Kota Belud; dan

ii. Melaksanakan pembinaan ban banjir atau “flood bund” di

Kampung Siasai Tamu dengan kos sebanyak RM369,565.00

yang siap dilaksanakan pada awal November 2020 bagi

mengurangkan kesan limpahan banjir dari Sungai Kadamaian.

Ini dapat mengurangkan limpahan air banjir dari memasuki

Page 91: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

16

saluran yang telah dikenalpasti ke kawasan Klinik Kesihatan Ibu

dan Anak, Daerah Kota Belud.

Tuan yang di-Pertua,

58. YB Kota Kinabalu telah memohon kerajaan menjelaskan

perancangan Kementerian dalam menangani masalah banjir di kawasan

Kota Kinabalu berdasarkan kepada kenaikan peruntukan JPS pada

belanjawan 2021?

59. Untuk makluman YB Kota Kinabalu, Kerajaan telah meluluskan

Rancangan Tebatan Banjir Persekitaran Kawasan Lido Bandaraya Kota

Kinabalu, Sabah untuk dilaksanakan oleh Kementerian melalui Jabatan

Pengairan dan Saliran (JPS) dalam RMKe-11 dengan kos peruntukan

sebanyak RM76 juta.

60. Dalam hal ini, JPS dalam peringkat memuktamadkan dokumen

tender bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir tersebut dan dijangka

tender kerja fizikal pada awal 2021.

Tuan yang di-Pertua,

61. YB Kangar telah meminta kerajaan menjelaskan koordinasi di

antara Jabatan Pengairan dan Saliran dan agensi di bawah Kementerian

Pertanian dan Industri Makanan berhubung isu pengairan ke sawah padi.

62. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian melalui JPS Negeri

Perlis telah mengadakan mesyuarat penyelarasan peringkat Kerajaan

Negeri bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang

merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri

Makanan (MAFI) berhubung isu pengairan ke sawah padi ini.

63. Dalam hal ini, JPS Negeri Perlis telah mengambil beberapa

pendekatan awalan sebagai kesiapsiagaan menghadapi musim kemarau

dengan sentiasa memastikan paras air empangan berada pada paras

Page 92: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

17

berjaga-jaga di mana paras takungan air empangan pada masa ini berada

pada aras 29.4 meter melebihi paras normal, 29 meter. Ianya berbeza

dengan tahun lepas di mana pada masa ini benih padi baru dalam proses

pengagihan dan paras air empangan pada masa itu berada pada paras

28 meter iaitu kurang daripada paras takungan pada masa ini dan ianya

dijangka dapat bertahan sehingga April tahun hadapan.

Tuan yang di-Pertua,

64. YB Penampang meminta kerajaan untuk menyatakan tindakan dan

mempercepatkan tindakan penyelesaian kepada isu bencana banjir di

DUN Moyog.

65. Untuk makluman YB Penampang, bagi mengurangkan risiko banjir

di sebahagian kawasan di Penampang, Kerajaan telah meluluskan Projek

Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Moyog

pakej 1 yang akan disiapkan pada Mac 2021 dengan kos RM51.8 juta dan

pakej 3 yang akan disiapkan pada Disember 2021 dengan kos RM131.1

juta, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tebongon (Kg. Teguli), Sabah

yang akan disiapkan pada Ogos 2021 dengan kos RM18.1 juta, dan

Rancangan Tebatan Banjir Bandar Sierra, Lembangan Sungai Telipok,

Sabah yang akan disiapkan pada Ogos 2021 dengan kos RM16.35 juta.

Kesemua projek yang dinyatakan telah dilaksanakan di tapak dan diselia

oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah. Manakala projek RTB

kawasan Lido, Kota Kinabalu akan dilaksanakan pada tahun 2021.

66. Terdapat beberapa isu lain yang turut menyumbang kepada

kelewatan kemajuan kerja di tapak antaranya ialah isu penempatan

setinggan di jajaran parit yang akan dibina, pengalihan utiliti kabel Sabah

Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan

terdapat beberapa lokasi pembinaan yang melibatkan perkongsian right

of way (ROW) dengan projek pembinaan Pan Borneo.

67. Pihak Kerajaan sedang bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan

Ukur Negeri dan Syarikat Utiliti yang terlibat untuk mendapatkan

persetujuan dan penyelesaian yang holistik bagi isu pengalihan utiliti dan

Page 93: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

18

penempatan setinggan di tapak projek supaya kerja-kerja pembinaan di

tapak dapat dilaksanakan sepertimana yang dirancang dan disiapkan

mengikut tempoh yang ditetapkan.

Tuan yang di-Pertua,

68. YB Setiu telah meminta kerajaan menjelaskan status Projek

breakwater muara Sungai Merang dan Projek Mengatasi Hakisan di

Pengkalan Maras dan Bari Kecil.

69. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian melalui JPS telah

memohon peruntukan dalam RMKe-12 bagi Projek Pemuliharaan Muara

Sg. Merang, Setiu termasuklah kerja-kerja pembinaan struktur pemecah

ombak muara Sungai Merang.

70. Selain itu, Kementerian juga telah menyalurkan peruntukan

sebanyak RM2 juta di bawah RP4 RMKe-11 melalui JPS bagi

melaksanakan Kajian Pemuliharaan Muara Sungai Merang tersebut.

Kajian ini masih dalam peringkat perlantikan perunding dan juruukur, dan

dijangka akan bermula pada awal tahun 2021 dengan tempoh

pelaksanaan selama 13 bulan.

71. Bagi soalan kedua Yang Berhormat, projek pembinaan struktur

kawalan hakisan di kawasan Pengkalan Maras merupakan antara

kawasan yang terlibat dengan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Di

Pantai Kuala Nerus, Terengganu yang telah diluluskan dalam RMKe-11

dengan kos projek sejumlah RM90 juta dan akan diteruskan dalam

RMKe-12.

72. Pada masa ini projek ini masih di peringkat kajian. Kajian Projek

Pengawalan Hakisan Pantai tersebut dijangka siap pada Februari 2021

dan peringkat seterusnya adalah peringkat rekabentuk terperinci dan

dijangka tender kerja fizikal pada pertengahan 2022.

Page 94: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

19

73. Untuk makluman Yang Berhormat, JPS Negeri Terengganu telah

melakukan siasatan di tapak dan mendapati kejadian hakisan ini telah

diburukkan lagi keadaan dengan adanya aktiviti perlombongan pasir

(sand mining) yang dijalankan di kawasan muara sungai dan pantai

berhampiran. Kementerian melalui JPS akan mengambil tindakan kerja

jangka pendek secara segera bagi mengurangkan impak kejadian

hakisan ini.

Tuan yang di-Pertua,

74. YB Segambut telah memohon supaya kapasiti Sungai Toba dan

Sungai Keroh dibesarkan untuk menghadapi banjir di Kuala Lumpur.

75. Untuk makluman YB Segambut, cadangan pelebaran atau

mendalamkan Sungai Keroh mungkin memberi penyelesaian kepada

penduduk kampung-kampung di Segambut, namun, ianya akan memberi

impak banjir ke kawasan di hilir Sungai Klang.

76. Sungai Klang menerima discharge daripada Sg. Keroh, Sg. Batu

dan Sg. Gombak. Kesemua sungai-sungai ini telah mencapai kapasiti

penuh dan tidak boleh dilebarkan disebabkan pembangunan dan utiliti-

utiliti di kiri dan kanan sungai.

77. Tindakan penyelesaian yang paling praktikal ialah dengan

menjalankan kawalan di punca (control at source) iaitu dengan

menyediakan kolam takungan banjir di kawasan yang sesuai agar kolam

ini dapat menakung air banjir dan dilepaskan secara terkawal selepas

hujan di kawasan tadahan Sungai Toba.

78. Oleh itu, kerjasama di antara PBT dan JPS amat diperlukan bagi

kita bersama-sama berusaha menangani masalah banjir kilat yang

berlaku di Negara kita.

Page 95: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

20

Tuan yang di-Pertua,

79. YB Tanjong Manis mencadangkan supaya kerajaan

mempertimbangkan untuk membina struktur untuk melindungi kawasan

pantai supaya kawasan ini terlindung daripada ditenggelami ataupun

hakisan atau serangan ombak khususnya di Tanjung Manis.

80. Untuk makluman Yang Berhormat, usaha untuk mengekalkan

kestabilan pantai negara merupakan satu cabaran besar yang perlu

dilaksanakan oleh Kementerian. Kementerian melalui JPS mengambil

perhatian dan memandang serius masalah hakisan pantai yang berlaku

di seluruh Malaysia. Masalah hakisan pantai ini perlu ditangani secara

berperingkat memandangkan kos bagi melaksanakan kaedah

pengawalan hakisan pantai seperti pembinaan groyne, penambakan

pasir, pembinaan benteng batu mahupun membina struktur pemecah

ombak bagi mencegah hakisan pantai adalah sangat tinggi.

81. Dalam RMKe-11, Kerajaan telah meluluskan kos projek sebanyak

RM473 juta kepada agensi pelaksana JPS bagi melaksanakan projek

mencegah hakisan pantai di seluruh Negara. Daripada jumlah itu, bagi

tujuan pelaksanaan mencegah dan mengawal hakisan pantai khususnya

di Negeri Sarawak, sebanyak RM117.95 juta telah diluluskan.

82. Selain itu juga, Kementerian melalui JPS telah memohon

peruntukan dalam RMKe-12 bagi pelaksanaan projek-projek pengawalan

hakisan pantai di Negeri Sarawak termasuklah Projek Pengawalan

Hakisan Pantai Kampung Paloh Lama, Daerah Tanjong Manis, Bahagian

Mukah, Sarawak.

83. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya,

kerajaan telah meluluskan kos projek pembangunan pencegahan hakisan

pantai dalam RMke-11 sebanyak RM2 billion untuk Semenanjung

Malaysia, RM 145.56 juta untuk Sarawak dan RM 8 juta untuk Sabah.

Page 96: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

21

PENUTUP

84. Sebagai penutup, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih

kepada semua Ahli Yang Berhormat yang amat prihatin terhadap isu-isu

Belanjawan 2021 di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Kementerian ini mengambil perhatian serius dan memberi komitmen

sepenuhnya bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan.

85. Saya juga memberi jaminan bahawa mana-mana pertanyaan yang

tidak sempat dijawab oleh saya pada hari ini akan diambil catatan untuk

tindakan susulan dan akan dijawab secara bertulis.

Sekian, terima kasih.

Page 97: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

TEKS UCAPAN

PENGGULUNGAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

BAGI

PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2021

DEWAN RAKYAT

24 NOVEMBER 2020 (SELASA)

Page 98: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Terlebih dahulu Kementerian Sumber Manusia ingin merakamkan

ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ahli–

Ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin berkaitan hal ehwal perburuhan

semasa Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021.

2. Sepanjang perbahasan, seramai 24 orang Ahli-ahli Yang

Berhormat telah memberikan pandangan, saranan dan teguran yang

cukup membina, di mana sebanyak 35 isu yang menyentuh 4 perkara

utama di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia.

Pertama: isu Pengangguran dan Peluang Pekerjaan;

Kedua: berkenaan dengan Perlindungan Keselamatan Sosial

Pekerja;

Ketiga: berkaitan Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia

Negara; dan

Keempat: adalah mengenai Gaji Minimum.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Kita telah pun mengharungi cabaran pandemik COVID-19 lebih

daripada 10 bulan. Dalam tempoh sukar ini, pelbagai usaha dan inisiatif

telah dilaksanakan terutamanya dalam isu perburuhan demi memelihara

kesejahteraan serta kelangsungan hidup rakyat.

4. Kerajaan sedar dan prihatin bahawa impak pandemik COVID-19

adalah serius dan dalam tempoh yang tidak menentu ini, pekerja dan

majikan yang terjejas amat memerlukan sokongan dan bantuan Kerajaan.

5. Ini dapat dilihat dalam perbahasan Belanjawan 2021, di mana ramai

Ahli-Ahli Yang Berhormat telah menyuarakan kebimbangan mereka

berhubung isu pengangguran, pemberhentian kerja dan peluang

pekerjaan serta latihan di negara ini.

Page 99: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

6. Selepas satu dekad negara berada dalam guna tenaga penuh di

mana kadar pengangguran di bawah 4 peratus sebagaimana yang

ditakrifkan oleh International Labour Organization (ILO), negara kini

menghadapi peningkatan kadar pengangguran akibat pandemik COVID-

19.

7. Untuk menstabilkan ekonomi negara serta membantu majikan dan

pekerja yang terjejas untuk mengekalkan pekerjaan mereka, Kerajaan

telah memperkenalkan pelbagai inisiatif di bawah Pakej PRIHATIN,

PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA dan KITA PRIHATIN.

8. Pakej rangsangan ini bertujuan membantu melindungi pekerjaan

yang sedia ada, meningkatkan kemahiran bagi menambahbaik

kebolehpasaran pencari kerja dan membantu mendapatkan sumber

pendapatan baharu bagi mereka yang kehilangan pekerjaan.

9. Lima (5) inisiatif yang diperkenalkan dalam pelbagai pakej

rangsangan yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Sumber

Manusia adalah

Pertama : Program Subsidi Upah;

Kedua : Menaik Taraf Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara;

Ketiga : Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan

Latihan;

Keempat : Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran; dan

Kelima : Perlindungan Keselamatan Sosial dan Latihan bagi

Pekerja Ekonomi GIG.

10. Seperti mana yang dicadangkan di bawah Belanjawan 2021, dalam

usaha Kerajaan untuk mengatasi soal pengangguran, Kerajaan telah

mensasarkan 500 ribu peluang pekerjaan untuk rakyat dengan

peruntukan berjumlah 3.7 bilion ringgit.

11. Untuk mencapai sasaran ini, tiga (3) inisiatif di bawah Skim

Jaminan Penjanaan Pekerjaan atau JANAKERJA telah dirancang.

Page 100: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

Pertama: Insentif Penjana Kerjaya di bawah PERKESO;

Kedua: Program Reskilling and Upskilling di bawah Pembangunan

Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan lain-lain Kementerian,

dan

Ketiga: Malaysia Short Term Employment Programme atau

MySTEP.

12. Melalui Insentif Penjana Kerjaya di bawah PERKESO, cadangan

peruntukan sejumlah 2 bilion ringgit dijangka dapat menyediakan

peluang pekerjaan kepada 250 ribu pencari kerja.

13. Program Reskilling & Upskilling dengan jumlah peruntukan 1 bilion

ringgit adalah bagi pelaksanaan program peningkatan kemahiran dan

latihan untuk 200 ribu pelatih. Agensi di bawah Kementerian Sumber

Manusia iaitu PSMB telah diperuntukkan sebanyak 100 juta ringgit

disasarkan untuk memberi latihan kepada 20 ribu pelatih.

14. Selanjutnya MySTEP dengan peruntukan lebih 700 juta ringgit

pula adalah bagi pelaksanaan tawaran sebanyak 50 ribu peluang

pekerjaan secara kontrak di sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan

bermula Januari 2021.

15. Secara keseluruhannya, Kerajaan yakin ketiga-tiga inisiatif ini akan

mewujudkan sebanyak 500 ribu peluang pekerjaan.

16. Angka 500 ribu bukanlah suatu yang semberono atau retorik kerana

melalui kerjasama semua pihak, Kerajaan yakin tiada golongan sasaran

akan terpinggir dalam mendapat faedah daripada Belanjawan 2021

termasuklah golongan OKU, wanita, Orang Asli dan lain-lain golongan

sasar.

17. Bagi menjawab pertanyaan YB Pontian yang telah mengingatkan

Dewan Yang Mulia ini bahawa peranan berkaitan isu pekerjaan bukan

hanya tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia sahaja tetapi

tanggungjawab bersama semua Kementerian. Saya bersetuju dengan YB

Pontian dan berharap usaha ini akan lebih berkesan dengan penubuhan

Page 101: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

Majlis Pekerjaan Negara yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri.

18. Bagi menjawab soalan YB Ipoh Barat yang mencadangkan supaya

Kerajaan mengkaji semula Malaysia@work, Kementerian berpandangan

bahawa program baharu yang dicadangkan di bawah Belanjawan 2021

turut mempunyai tujuan dan hasrat yang sama iaitu mewujudkan peluang

pekerjaan baharu kepada semua lapisan masyarakat terutamanya

golongan sasar.

19. Pihak Kerajaan amat yakin setiap Kementerian mampu

mengenalpasti di mana peluang pekerjaan dapat dijana di bawah

Kementerian masing-masing. Dengan wujudnya data-data serta program-

program yang telah dan akan dilaksanakan, peluang-peluang pekerjaan

akan dapat dijana dan seterusnya dimanfaatkan oleh golongan sasaran

setiap Kementerian dengan lebih terjamin.

PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU)

20. Salah satu cara yang telah diaplikasikan adalah melalui intervensi

Dasar Pasaran Buruh Aktif, dengan izin, Active Labour Market Policy

(ALMP).

21. Oleh itu, Kerajaan melalui pelbagai pakej rangsangan ekonomi

telah menyalurkan satu dana yang amat besar untuk memelihara

kesejahteraan serta kelangsungan hidup pekerja.

22. Dana yang disediakan adalah berjumlah hampir 18 bilion ringgit

bertujuan untuk menjayakan Program Subsidi Upah (PSU) yang

bermatlamat untuk membantu majikan agar dapat meneruskan operasi

perniagaan mereka sekali gus mengekalkan pekerja dalam pekerjaan.

23. Kementerian Sumber Manusia telah dipertanggungjawabkan untuk

melaksanakan PSU dan PSU 2.0. Langkah ini diambil adalah kerana

Kerajaan mengutamakan Kesejahteraan dan Kebajikan Rakyat baik

untuk golongan pekerja dan majikan.

Page 102: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

Tuan Yang di-Pertua,

24. Sekali lagi, ingin saya tegaskan bahawa PSU diperkenalkan untuk

membantu majikan mengekalkan pekerja mereka. Dalam keadaan yang

sukar ini, Kerajaan tidak mahu melihat pekerja dibuang kerja dan hilang

pendapatan.

25. Pada permulaannya, PSU dilaksanakan dengan kadar 600 ringgit

sebulan untuk tempoh 3 bulan mulai April 2020. Walau bagaimanapun,

setelah mendengar permintaan pelbagai pihak industri, Kerajaan telah

membuat keputusan untuk menambahbaik PSU di bawah Pakej Prihatin

PKS Tambahan iaitu mengikut saiz perusahaan dengan kadar antara

600 hingga 1,200 ringgit.

26. Sekali lagi, Kerajaan telah menunjukkan kesungguhan untuk

membantu majikan dan pekerja di mana pada 5 Jun 2020, PSU telah

dilanjutkan lagi untuk tempoh 3 bulan mulai Julai 2020 dan berakhir pada

bulan September 2020.

27. Seperti mana yang telah saya tegaskan pada awal penggulungan

saya, ketidaktentuan kesan pandemik yang berlarutan ini telah

merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan PKS menerima tamparan

yang hebat.

28. Kesan daripadanya, PKS sekali lagi meminta bantuan daripada

Kerajaan supaya kelangsungan perniagaan mereka dapat diteruskan.

29. Maka, pada 23 September 2020, Kerajaan sekali lagi telah

mengumumkan satu lagi pakej rangsangan yang dikenali sebagai Pakej

KITA PRIHATIN yang membawa kepada pelaksanaan PSU 2.0 yang

melibatkan dana sebesar 2.4 bilion ringgit.

30. PSU 2.0 ini dilanjutkan untuk tiga bulan lagi mulai Oktober sehingga

Disember tahun ini.

31. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, sehingga

6 November 2020 di bawah PSU, Kerajaan telah berjaya menyelamatkan

hampir 400 ribu majikan dan menyelamatkan pekerjaan lebih 3 juta

pekerja.

Page 103: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

32. Kementerian yakin bantuan yang dicadangkan pada Belanjawan

2021 dapat menjamin kelangsungan perniagaan untuk majikan terus

beroperasi dan seterusnya mengekalkan pekerja dalam pekerjaan.

33. Ingin saya tekankan di sini, Belanjawan 2021 menunjukkan

komitmen Kerajaan terhadap aktiviti pengukuhan ekonomi melalui

pemerkasaan modal insan dan pasaran buruh semasa. Kementerian

Sumber Manusia telah diperuntukkan sebanyak 1.288 bilion ringgit bagi

perbelanjaan tahunan. Manakala sebanyak 4.134 bilion ringgit

disediakan untuk program-program perlindungan keselamatan sosial,

latihan kemahiran dan insentif pengambilan pekerja.

Tuan Yang di-Pertua,

34. Saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini di mana melalui

Belanjawan 2021, Kerajaan bercadang untuk melanjutkan

pelaksanaan PSU selama 3 bulan lagi dengan dana berjumlah 1.5

bilion ringgit.

35. Walau bagaimanapun, PSU kali ini adalah lebih bersasar,

khususnya untuk membantu sektor pelancongan termasuk sektor

peruncitan dengan kadar 600 ringgit sebulan bagi pekerja bergaji 4,000

ringgit dan ke bawah.

36. Selain itu, had bilangan pekerja akan ditingkatkan daripada 200

kepada 500 pekerja bagi setiap permohonan oleh syarikat-syarikat di

bawah sektor pelancongan dan peruncitan. Inisiatif yang melibatkan

peruntukan 1.5 bilion ringgit ini dijangka dapat membantu kira-kira 70

ribu majikan dan 900 ribu pekerja.

37. Berikutan ketidaktentuan pandemik COVID-19 ini, kita tidak dapat

menjangka bila ianya akan berakhir. Maka, bagi menjawab persoalan YB

Selayang berkaitan kelangsungan PSU, Kerajaan akan

mempertimbangkan mekanisme-mekanisme baharu untuk membantu

majikan dan pekerja yang terjejas.

38. Mekanisme ini akan mengambil kira kesinambungan inisiatif yang

telah Kerajaan laksanakan bagi membantu golongan pekerja dan majikan

sejak April 2020.

Page 104: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

39. Kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam

perbahasan Belanjawan 2021 dan membangkitkan isu-isu berkaitan PSU,

saya mengucapkan terima kasih di atas cadangan dan sokongan yang

diberikan.

40. Secara keseluruhan, Kementerian berpendapat Ahli-ahli Yang

Berhormat bersetuju dan menyokong bahawa PSU telah terbukti

berkesan dalam membantu pekerja dan majikan yang terjejas akibat

pandemik COVID-19.

41. Saya juga mengambil maklum dan berterima kasih kepada Ahli-Ahli

Yang Berhormat yang menyuarakan cadangan untuk penambahbaikan

termasuk meningkatkan kadar subsidi upah seperti mana disuarakan

oleh YB Kota Raja, YB Pokok Sena dan YB Seremban.

42. Cadangan-cadangan yang dibawa oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat

amat dihargai dan akan diperhalusi kerana perkara ini memerlukan kajian

impak dan penelitian lanjut.

43. Bagi menjawab soalan YB Pasir Mas, Kementerian amat

menekankan pematuhan kepada prosedur yang telah ditetapkan iaitu

permohonan PSU yang lengkap akan mengambil masa 14 hari bekerja

untuk diproses.

44. Sebanyak 98.83% daripada jumlah keseluruhan permohonan yang

diterima dan diluluskan telah dibayar oleh PERKESO. Pada masa yang

sama, PERKESO sedang giat menyelesaikan baki 1.17% kes-kes yang

masih belum menerima bayaran kerana melibatkan isu seperti Nombor

Pendaftaran Bank dan nombor akaun yang tidak sepadan.

SISTEM INSURANS PEKERJAAN (SIP)

Tuan Yang di-Pertua,

45. Kementerian Sumber Manusia juga berterima kasih kepada YB

Ipoh Barat di atas keprihatinan beliau kepada pekerja-pekerja dalam

sektor penerbangan, perhotelan dan pelancongan yang terjejas akibat

pandemik COVID-19.

Page 105: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

46. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, berdasarkan

rekod Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sehingga 6 November 2020,

seramai 93,690 orang pekerja yang mencarum dengan SIP telah

diberhentikan kerja.

47. Faedah yang telah dibayar adalah sebanyak 280 juta ringgit bagi

membantu pencarum yang kehilangan pekerjaan mereka.

48. Bagi sektor penerbangan, perhotelan dan pelancongan melibatkan

seramai 39,673 (42.3%) orang pekerja telah mendapat manfaat daripada

SIP.

49. Dalam perbahasan tempoh hari, isu Malindo Airways sekali lagi

dibangkitkan di Dewan Yang Mulia ini. Usaha untuk membantu pekerja-

pekerja Malindo Airways telah dilaksanakan pada 3 dan 6 November

2020, di mana didapati 2,208 orang pekerja telah diberhentikan dan

990 pekerja masih digajikan.

50. Selanjutnya sehingga 15 November 2020, seramai 1,084 orang

pekerja Malindo Airways telah pun mengemukakan permohonan untuk

mendapatkan bantuan faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP). Daripada

jumlah tersebut, seramai 749 pekerja telah menerima bantuan SIP

berjumlah 928 ribu ringgit. Baki pemohon masih dalam proses tindakan

PERKESO.

51. Pada masa yang sama, seramai 96 orang bekas pekerja Malindo

Airways telah berjaya ditempatkan semula dalam pekerjaan baharu

melalui portal MyFutureJobs. Proses untuk membuat pemadanan dan

carian pekerjaan masih giat diteruskan.

52. Saya menyeru supaya pencarum SIP yang kehilangan pekerjaan

dan masih belum membuat permohonan untuk berbuat demikian dengan

kadar segera.

53. Dalam tempoh sukar ini, Kementerian juga memantau keadaan

syarikat-syarikat penerbangan yang lain.

54. Sehingga 15 November 2020, pekerja-pekerja MAS yang telah

mendapat manfaat dari SIP adalah 1,386 orang pekerja yang melibatkan

Page 106: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

bayaran sebanyak RM 4.25 juta. Manakala bagi syarikat Air Asia pula

adalah 1,264 orang pekerja yang melibatkan bayaran sebanyak RM3.76

juta.

55. Justeru itu, dakwaan YB Kapar bahawa Sistem Insurans

Pekerjaan (SIP) tidak membantu pekerja-pekerja yang kehilangan

pekerjaan adalah satu dakwaan yang tidak benar dan tidak berasas.

56. Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [Akta 800] telah diwujudkan

khas untuk membantu para pekerja yang kehilangan pekerjaan dan

dikesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada mantan

Perdana Menteri iaitu YB Pekan dan juga mantan Menteri Sumber

Manusia iaitu YB Serian kerana telah memperkenalkan “Employment

Insurance System ” di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua,

57. Masih lagi berkenaan isu SIP, YB Ipoh Barat telah membangkitkan

berkenaan peruntukan 150 juta ringgit yang disediakan untuk SIP tidak

mencukupi untuk menampung 800,000 orang yang hilang pekerjaan.

58. Sebenarnya 150 juta ringgit yang dicadangkan untuk

diperuntukkan kepada SIP merupakan dana tambahan untuk

menampung lanjutan 3 bulan iaitu daripada

6 kepada 9 bulan di bawah Skim Elaun Mencari Pekerjaan. Niat ikhlas

dengan peruntukan 150 juta ringgit oleh pihak Kerajaan adalah supaya

kita dapat terus membantu 130 ribu orang sementara mereka mendapat

pekerjaan baharu.

59. Inisiatif ini adalah melalui penambahbaikan bayaran Elaun Mencari

Pekerjaan atau dikenali sebagai EMP dengan tempohnya dilanjutkan 3

bulan lagi. Mulai tahun 2021, tempoh EMP akan dilanjutkan selama tiga

bulan lagi dan kadar layak menuntut adalah 80% bagi bulan pertama,

50% bagi bulan kedua hingga bulan keenam dan seterusnya 30% bagi

tiga bulan terakhir.

Page 107: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

60. Pada masa yang sama, saya bersependapat dengan

YB Ipoh Barat dalam situasi yang luar biasa kesan daripada pandemik

COVID-19 ini, dana yang diperuntukkan mungkin tidak mencukupi.

61. Berkenaan dana yang diperuntukkan, Kerajaan sentiasa prihatin

dengan kebajikan pekerja di negara ini. Dalam perkembangan ini,

Kerajaan akan sentiasa melihat dan menilai situasi sedia ada dari semasa

ke semasa untuk memastikan perlindungan keselamatan sosial pekerja

sentiasa terpelihara.

Tuan Yang di-Pertua,

62. Bagi isu yang dibangkitkan oleh YB Seremban yang meminta

Kerajaan mengkaji semula SIP bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan

yang disebabkan oleh berakhirnya kontrak perkhidmatan atau expiry of

contract supaya dapat dibantu. Pada ketika ini, seseorang yang telah

tamat perkhidmatan adalah tidak layak mendapat manfaat di bawah akta

SIP sedia ada.

63. Kementerian menghargai segala bentuk cadangan membina yang

telah dibangkitkan semasa perbahasan belanjawan ini termasuk

cadangan-cadangan YB Klang. Untuk pengetahuan Dewan Yang Mulia

ini, pihak Kementerian sedang membuat kajian menyeluruh ke atas Akta

800. Perkara-perkara yang akan diberi tumpuan adalah dari segi cakupan

perlindungan, punca kuasa untuk mengadakan program contohnya

seperti program subsidi upah dan program insentif pengambilan

pekerjaan dan juga menambahbaik faedah-faedah sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua,

64. Seterusnya isu yang dibangkitkan oleh YB Kangar, saya ingin

menegaskan di sini bahawa Kerajaan amat prihatin terhadap kes-kes

pekerja yang diberhentikan tetapi tidak diberikan surat berhenti kerja.

65. Di bawah SIP, seseorang pekerja yang diberhentikan tetapi tidak

diberikan notis berhenti kerja boleh membuat aduan kepada Jabatan

Tenaga Kerja (JTK) untuk tindakan selanjutnya.

Page 108: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

66. Pekerja terbabit juga masih boleh mengemukakan permohonan

kepada PERKESO untuk mendapat faedah-faedah SIP. Pihak PERKESO

akan membuat siasatan lanjut bagi tujuan pengesahan pemberhentian

pekerja yang terbabit. Sekiranya terbukti wujud pemberhentian kerja,

permohonan tersebut akan diproses dan dipertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua,

67. Kementerian Sumber Manusia prihatin dengan cadangan YB Kota

Melaka untuk membolehkan mereka yang bekerja sendiri menikmati

faedah-faedah di bawah SIP.

68. Kementerian Sumber Manusia menerusi PERKESO telah

mengambil inisiatif memperkenalkan jaringan keselamatan sosial kepada

Orang Bekerja Sendiri melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan

Sendiri 2017 [Akta 789] yang telah berkuat kuasa mulai 13 Jun 2017. Akta

ini membolehkan mereka yang bekerja sendiri mendapat perlindungan di

bawah Skim Bencana Pekerjaan Sendiri.

69. Dalam keadaan luar biasa sekarang, pada awal tahun ini, Akta ini

juga telah diperluaskan kepada 19 sektor informal seperti pertanian,

penjaja, perikanan, perniagaan atas talian dan sebagainya termasuklah

mereka yang bekerja sendiri.

70. Maka, kepada soalan YB Kota Melaka, PERKESO perlu mengkaji

implikasi perluasan liputan SIP dan pelaksanaannya dari segi

kelangsungan skim tersebut sebelum skim ini diperluaskan kepada Orang

Bekerja Sendiri.

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PSMB) -PROGRAM

RESKILLING & UPSKILLING

Tuan Yang di-Pertua,

71. Melalui pembentangan Belanjawan 2021, Kementerian ingin

mengucapkan penghargaan kepada pihak Kerajaan di atas penyediaan

peruntukan berjumlah RM1 bilion kepada program reskilling and upskilling

Page 109: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

yang dijangka dapat memanfaatkan kepada 200 ribu pelatih yang

menumpu kepada kebolehpasaran pekerja dan padanan pekerjaan.

72. Daripada jumlah tersebut, 100 juta ringgit telah diperuntukkan

kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) bagi membantu

pencari kerja dan pekerja yang terkesan akibat pandemik COVID-19

dengan kemahiran yang seiring dengan kehendak pasaran pekerjaan dan

industri.

73. Menyentuh cadangan YB Padang Terap dan YB Ipoh Barat

mengenai pendekatan program reskilling and upskilling yang sedang

dilaksanakan oleh pihak Kerajaan, sememangnya ada asasnya bagi

memastikan pelatih yang mengikuti program tersebut dijanjikan

penempatan pekerjaan selepas tamat latihan.

74. Sehubungan dengan itu, Kementerian melalui PSMB telah

melaksana skim Place & Train di bawah Inisiatif PENJANA HRDF. Skim

ini adalah kaedah yang telah diperbaharui dan ditambahbaik daripada

modul skim Train & Place yang telah dilaksanakan sebelum ini.

75. Konsep Place & Train adalah dengan memberi jaminan

penempatan pekerjaan kepada pelatih untuk tempoh minimum selama 12

bulan setelah tamat mengikuti program reskilling and upskilling.

76. Ini bermaksud, semua pelatih yang mengikuti skim

Place & Train ini, telah pun mendapat penempatan pekerjaan sebelum

memulakan latihan.

77. Setakat 13 November 2020, seramai 16,434 pelatih telah

diluluskan dengan bantuan kewangan berjumlah 85 juta ringgit di bawah

pelaksanaan skim Place & Train ini. Daripada jumlah tersebut, 2,396

pelatih telah tamat latihan dan sedang berkhidmat dengan majikan

baharu masing-masing.

78. Di bawah pelaksanaan skim Place & Train, sasaran pelatih yang

telah ditetapkan adalah seramai 41 ribu orang. Menjelang penghujung

tahun ini, PSMB berharap untuk melatih seramai 25 ribu pelatih lagi

supaya mereka mendapat manfaat daripada skim ini.

Page 110: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

79. Terima kasih kepada YB Ipoh Barat atas keprihatinan Yang

Berhormat berhubung aspek pengesanan pelatih selepas tamat latihan

terutamanya di bawah pelaksanaan Skim Place & Train.

80. Pengesanan pelatih selepas tamat latihan ini memerlukan suatu

tempoh yang cukup panjang dan ianya komprehensif untuk dilaksanakan.

Pada kebiasaannya, kajian tracer hanya dilaksanakan 6 bulan ataupun

setahun selepas sesuatu program itu tamat dilaksanakan.

81. Namun begitu, PSMB komited untuk menambahbaik mekanisme ini

memandangkan data pelatih telah disimpan dan direkodkan di dalam

pangkalan data bagi tujuan pengesanan.

82. Kerajaan juga tidak memandang ringan berhubung aspek

penempatan pelatih dalam pekerjaan yang dijanjikan. Pengesanan di

peringkat awal telah turut dilakukan oleh PSMB sejurus pelatih tersebut

menamatkan latihan.

i. Contoh yang pertama ialah Cik Wan Ainatul Mardhiah Wan

Mohamad Khalid atau lebih dikenali sebagai Aina yang berasal dari

Kelantan. Beliau merupakan graduan lepasan Universiti Kebangsaan

Malaysia yang telah menamatkan latihan peruncitan melalui skim

Place & Train dan kini bekerja bersama MYDIN.

ii. Contoh kedua ialah Puan Renukka Muneswara yang menetap

di Selangor dan bekerja dalam bidang Khidmat Pelanggan sebelum

ini. Namun disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

yang dilaksanakan, beliau terpaksa berhenti kerja untuk menjaga tiga

(3) anaknya. Selepas tamat PKP, beliau mengikuti skim Place & Train

dan sangat berbesar hati kerana terus mendapat penempatan

pekerjaan setelah menamatkan latihan.

iii. Contoh ketiga ialah Encik Sum Yin Chuang yang berasal dari

Selangor. Encik Sum yang mempunyai latar belakang pendidikan

dalam bidang Fizik terpaksa diberhentikan kerja akibat pandemik

COVID-19. Melalui skim ini, beliau telah mengikuti latihan Certified

Deep Learning Engineer yang ternyata kini telah mengubah nasib

Page 111: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

hidupnya ke arah yang lebih baik dan menjamin peluang pekerjaan

setelah menamatkan latihan.

83. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, secara keseluruhannya,

program reskilling and upskilling di bawah Inisiatif PENJANA yang

mensasarkan 174,898 pelatih mendapat manfaat latihan kemahiran yang

diperlukan yang merentasi pelbagai Kementerian dan Agensi.

84. Program yang memberi fokus kepada penempatan pekerjaan

baharu, pengekalan pekerjaan dan juga melahirkan usahawan yang

ditawarkan di bawah inisiatif ini telah berjaya memberi peluang kepada

seramai 118,715 individu untuk menyertai. Daripada jumlah tersebut,

seramai 28,310 pelatih telah diluluskan untuk menyertai program

penempatan pekerjaan di dalam pelbagai bidang pekerjaan.

85. Kementerian juga ingin berterima kasih kepada Kerajaan kerana

memberi kepercayaan kepada Kementerian menerusi PSMB dalam

mentadbir urus pelaksanaan program reskilling and upskilling dalam

mewujudkan platform single window yang merentasi 8 Kementerian dan

agensi.

86. Diharapkan platform single window ini akan dimanfaatkan

sepenuhnya oleh rakyat dalam meningkatkan peluang latihan dan

penempatan pekerjaan di kalangan pelatih.

PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)

Tuan Yang di-Pertua,

87. Pada tahun hadapan, Kementerian bercadang menaikkan kadar

elaun Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dari 625 ringgit

kepada 1,000 ringgit sebulan. Persetujuan menaikkan kadar elaun ini

telah diperolehi daripada Kementerian Kewangan setelah melalui proses

yang agak lama. SLDN merupakan satu sistem yang menggunakan

pendekatan 70% latihan praktikal di industri dan 30% teori di institusi

latihan.

88. Kenaikan insentif daripada 625 ringgit kepada 1,000 ringgit

sebulan dijangka dapat menarik minat golongan penganggur termasuk

Page 112: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

mereka yang kehilangan pekerjaan, lepasan sekolah dan pekerja industri

untuk menyertai program SLDN.

89. Insentif ini juga dijangka akan menggalakkan lebih banyak

penyertaan majikan dalam program SLDN dan seterusnya mewujudkan

peluang pekerjaan dengan kebolehkerjaan perantis yang disasarkan

adalah 80% dalam tempoh 6 bulan selepas tamat latihan. Ini secara tidak

langsung membantu mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)

Tuan Yang di-Pertua,

90. Kementerian amat berterima kasih di atas keprihatinan YB Ipoh

Barat berkenaan peruntukan sebanyak 300 juta ringgit yang

diperuntukkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

(PTPK) bagi penyediaan pinjaman latihan kemahiran dalam Belanjawan

2021.

91. Walaupun cadangan peningkatan peruntukan PTPK untuk tahun

2021 adalah sebanyak 100 juta ringgit, namun begitu, saya

bersependapat dengan pandangan YB Ipoh Barat bahawa peruntukan

tersebut masih belum mencukupi untuk memperkasa agenda TVET

negara.

92. Peruntukan ini mensasarkan untuk memberi manfaat kepada kira-

kira 24 ribu pelatih yang mengikuti latihan kemahiran di institusi latihan

kemahiran awam dan swasta melalui PTPK.

AKTA MAJLIS PERUNDINGAN GAJI NEGARA 2011 [AKTA 732]

Tuan Yang di-Pertua,

93. Selanjutnya, kepada soalan YB Kangar berhubung

penguatkuasaan dan pengekalan gaji minimum, Akta Majlis Perundingan

Gaji Negara 2011 [Akta 732] merupakan punca kuasa kepada Jabatan

Tenaga Kerja (JTK) untuk menjalankan penguatkuasaan berhubung

pelaksanaan gaji minimum.

Page 113: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

94. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula

pada Mac tahun ini, majikan atas persetujuan pekerja dibenarkan

mengurangkan gaji pekerja untuk memastikan kelangsungan perniagaan

dan mengekalkan pekerjaan.

95. Walau bagaimanapun, pengurangan gaji ini tidak boleh kurang

daripada kadar gaji minimum yang ditetapkan melalui Perintah Gaji

Minimum 2020.

96. Antara aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan oleh JTK adalah

pertama, pemeriksaan berkanun bagi memeriksa aspek pematuhan

undang-undang buruh oleh majikan termasuk pematuhan Perintah Gaji

Minimum 2020.

97. Kedua ialah penyiasatan aduan berhubung kegagalan majikan

membayar gaji minimum yang difailkan oleh pekerja di JTK.

98. Ketiga pula adalah pengendalian tuntutan kes buruh di Mahkamah

Buruh yang difailkan berhubung kegagalan majikan membayar gaji

minimum.

Tuan Yang di-Pertua,

99. Berhubung inisiatif Kerajaan untuk mengekalkan kadar upah

minimum, pihak Kerajaan sentiasa menjalankan kajian sebelum membuat

sebarang keputusan untuk mengubah atau mengekalkan kadar gaji

minimum yang merupakan keperluan statutori di bawah Akta MPGN.

100. Dalam menjalankan kajian ini, Majlis Perundingan Gaji Negara

(MPGN) mengambil pendekatan seimbang dengan izin balanced

approach, agar majikan mampu melaksanakan kadar gaji minimum yang

baharu dan pekerja dapat mengekalkan pekerjaan.

101. Selain itu, kajian ini turut mengambil kira indikator-indikator

sosioekonomi, hasil perundingan awam, petunjuk kajian impak perintah

gaji minimum dan pasaran tenaga kerja sebelum syor dibuat kepada

Kerajaan berhubung perubahan kadar gaji minimum.

Page 114: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

102. Pihak Kerajaan juga berpendapat sekiranya kadar gaji minimum

dinaikkan, ia wajar dilaksanakan secara berperingkat agar majikan tidak

terbeban dengan kos operasi yang meningkat secara mendadak lalu

menjejaskan peluang pekerjaan.

GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Tuan Yang Di-Pertua,

103. Kementerian Sumber Manusia telah merangka pelbagai program

dan telah dilaksanakan untuk membantu para pencari kerja termasuklah

golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

104. Untuk makluman YB Setiu, antara program-program yang telah

dilaksanakan ialah penganjuran temu duga terbuka mengikut standard

prosedur norma baharu yang telah ditetapkan.

105. Ia bertujuan sebagai platform bagi para pencari kerja dan majikan

untuk bertemu dan mendapatkan pekerjaan dan calon pekerja yang

sesuai dengan kehendak mereka.

106. Selain daripada program-program penjodohan dan penempatan

pekerjaan golongan OKU ini, Kementerian turut menggalakkan golongan

ini bekerja sendiri melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang

Kurang Upaya (SBGP-OKU).

107. Sejak skim ini diperkenalkan pada tahun 2007 sehingga Ogos 2020,

seramai 1,154 OKU telah menerima geran ini dan membuka perniagaan

sendiri.

108. Pada tahun ini, sehingga Ogos 2020, seramai 43 OKU telah

memohon geran dengan pelbagai kategori kecacatan termasuklah 28

OKU kategori kecacatan fizikal, 3 OKU penglihatan, 1 OKU mental dan 3

pembelajaran kurang upaya dengan izin, learning disability, dengan nilai

kelulusan sebanyak hampir 2 juta ringgit.

109. Melalui skim ini juga, seramai 1,010 OKU lain telah ditempatkan

pekerjaan sebagai pekerja kepada penerima geran semenjak skim ini

Page 115: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

diperkenalkan. Daripada jumlah ini, dari Januari sehingga Ogos 2020,

seramai 50 OKU berjaya diambil bekerja oleh penerima geran ini.

KETIDAKPADANAN

Tuan Yang di-Pertua,

110. Kementerian Sumber Manusia amat berbesar hati atas keprihatinan

YB Pandan dan YB Permatang Pauh bagi isu ketidakpadanan, dengan

izin, mis-match antara kemahiran dan pekerjaan yang menyumbang

kepada masalah, dengan izin, under-employment dalam kalangan

graduan di negara ini.

111. Kementerian Sumber Manusia juga sentiasa memberi keutamaan

kepada masalah ketidakpadanan antara kemahiran dan pekerjaan di

Malaysia malah melaksanakan pemantauan harian melalui Portal

MYFutureJobs yang merangkumi maklumat dengan izin, supply and

demand dengan izin, secara realtime.

112. Pangkalan data yang efisien merupakan instrumen yang penting

dalam membolehkan polisi – polisi yang efektif diperkenalkan. Melalui

Portal MYFutureJobs, salah satu aspek padanan pekerjaan yang

ditekankan melalui portal ini adalah melalui kemahiran dan kompetensi

mengikut klasifikasi European Skills Compentency and Occupations

(ESCO) iaitu piawaian kemahiran yang bertaraf antarabangsa.

113. Data yang diperolehi ini akan menyokong Dasar Pasaran Buruh

Aktif (ALMP) yang dijalankan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian

Sumber Manusia termasuklah dalam memastikan tenaga kerja tempatan

mempunyai kemahiran semasa yang sentiasa relevan dan diperlukan

oleh industri dapat dipadankan dengan individu – individu yang

memerlukan pekerjaan.

114. Sehingga 6 November 2020, hampir 400 ribu pencari kerja yang

telah berdaftar melalui portal ini serta lebih daripada 400 ribu kekosongan

pekerjaan yang didaftarkan, Kementerian Sumber Manusia dapat

memantau serta mengambil tindakan – tindakan yang proaktif supaya

dapat mengurangkan jurang ketidakpadanan tersebut.

Page 116: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

115. Selanjutnya, beberapa strategi jangka masa pendek dan jangka

masa panjang telah dirancang oleh pihak Kerajaan bagi menangani isu

ketidakpadanan. Inisiatif Belanjawan 2021 melalui Program Penjana

Kerjaya merupakan strategi jangka pendek yang telah diperkenalkan.

116. Bagi strategi jangka masa yang panjang pula, beberapa strategi

yang dirancang dan dalam proses pelaksanaan adalah termasuk

mengadakan kerjasama dengan IPTA dan IPTS bagi memberi maklumat

pasaran buruh dan unjuran ‘future work’ dan kemahiran dan kompetensi

yang diperlukan supaya dapat membina program – program yang relevan

dengan keperluan industri semasa.

PEKERJA TEMPATAN YANG KEHILANGAN PEKERJAAN – SIBU

Tuan Yang di-Pertua,

117. Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa komited dalam

membantu pekerja tempatan yang kehilangan pekerjaan. Untuk

pengetahuan YB Lanang, berdasarkan kepada rekod Sistem Insurans

Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), kes

kehilangan pekerjaan di negeri Sarawak, dari Januari sehingga

13 November 2020 adalah seramai 2,942 orang. Manakala bagi kawasan

Sibu seramai 524 pekerja kehilangan pekerjaan.

118. Dalam tempoh yang sama, seramai 22,675 pencari kerja di negeri

Sarawak telah berdaftar dengan MyFutureJobs. Daripada jumlah itu,

seramai 5,410 pencari kerja telah berjaya ditempatkan pekerjaan.

Manakala di kawasan Sibu pula seramai 2,403 orang telah berdaftar

dengan MyFutureJobs dan daripada jumlah ini, seramai 205

pencari kerja telah berjaya ditempatkan pekerjaan.

119. Selanjutnya, Kementerian Sumber Manusia menerusi

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah melancarkan 3

skim yang memfokuskan kepada penempatan pekerjaan dan pekerjaan

kendiri di bawah inisiatif PENJANA iaitu Place & Train, B40 Development

dan Gerak Insan Gemilang (GIG). Setakat 13 November 2020, seramai

1,321 pelatih telah diluluskan dengan bantuan kewangan berjumlah

RM7.7 juta di negeri Sarawak bagi mengikuti skim-skim ini. Pelatih bagi

skim Place & Train akan mendapat jaminan penempatan pekerjaan untuk

Page 117: TEKS UCAPAN PENGGULUNGAN

tempoh minimum 12 bulan dan gaji permulaan bermula daripada RM

1,800 dan ke atas.

Tuan Yang di-Pertua,

120. Kementerian mengambil maklum saranan Ahli-Ahli Yang Berhormat

supaya program-program penjanaan pekerjaan terdahulu seperti

Malaysia@Work dan lain-lain dikaji semula. Kementerian berpandangan

program baharu yang dicadangkan di bawah Belanjawan 2021 turut

mempunyai tujuan dan hasrat yang sama iaitu mewujudkan peluang

pekerjaan baharu kepada semua lapisan masyarakat terutamanya

golongan sasar.

121. Kementerian yakin dengan penubuhan Majlis Pekerjaan Negara

yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

akan melonjakkan lagi agenda memperkasakan pasaran buruh negara.

122. Bagi menzahirkan usaha Kementerian bagi tempoh jangka panjang,

Kementerian telah merangka National Human Resources Blueprint

(NHRBP) 2020-2035 untuk menangani isu-isu perburuhan negara.

123. Blueprint ini akan memberi penekanan kepada keutamaan

pekerjaan untuk warganegara, pembangunan kemahiran tenaga kerja,

kerjasama majikan, pekerja dan kerajaan untuk meningkatkan

perlindungan hak-hak pekerja dan majikan, keselamatan dan kesihatan

di tempat kerja serta perlindungan keselamatan sosial pekerjaan.

Blueprint ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Tuan Yang di-Pertua,

124. Akhir kata, kepada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan Yang

Mulia ini yang telah membangkitkan isu-isu berkenaan Kementerian

Sumber Manusia semasa Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan

2021, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih.

125. Kementerian ini amat menghargai segala cadangan, teguran,

komen yang telah dikemukakan dan akan menambahbaik perkara-

perkara yang telah dibangkitkan. Sekian, terima kasih.