ucapan perasmian ustaz nasir

2
UCAPAN USTAZ NASIR BIN HAJI RAHMATULLAH SEMPENA PERASMIAN PENUTUPAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) TAHUN 1436/2015M PERINGAT Z!N BANDAR" PADA 12 MAC 2015 Segala puja dan puji hanya kepada Allah SWT yang terus memberi kekuatan dan hidayah kepada kita sehingga dengan kekuatan serta petunjuk yang diberikan kita masih dapat meneruskan kehidupan. Tidak lupa, salawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan Ad-Din kepada seluruh umatnya. Sesungguhnya Majlis yang sama-sama kita ikuti sebentar lagi adalah antara risalah Ad-Din yang telah disampaikan dan dituntut oleh baginda Nabi Muhammad SAW! sebagai amalan yang berterusan dalam kehidupan setiap indi"idu #slam. $ara hadirin sekalian, Majlis Tadarus Al-%uran MT%! merupakan di antara beberapa program keagamaan teras dalam kalendar tahunan yang sentiasa mendapat perhatian daripada $$D untuk diadakan. Al-%uran sememangnya amat penting dalam kehidupan umat #slam sebagai panduan. Malah Nabi Muhammad SAW di akhir hayat baginda memperingatkan umat #slam supaya sentiasa berpegang teguh kepada Al-%uran dan &adis agar tidak tersesat dan terpesong dari ajaran agama #slam sebenar. 'ra globalisasi hari ini penuh dengan (abaran dan kemungkinan an(aman bentuk baru yang diran(ang oleh musuh #slam masa kini.)ita sebagai umat #slam hendaklah sentiasa mempersiapkan diri dalam menghadapi (abaran yang akan datang agar kelak benar-benar menjadi indi"idu Muslim yang mempunyai jati diri. Demi memantapkan ukhuwah #slamiyah khususnya di kalangan umat #slam di negeri ini kita sewajarnya senantiasa mendekatkan diri dengan Al-%uran dalam apa jua keadaan di samping terus menghayati dan mengamalkan segala ajarannya, agar kelak tidak mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh #slam atau musuh sesama #slam di samping merapatkan barisan serta kekuatan. Adalah diharapkan program keagamaan seumpama ini akan dijadikan wadah oleh setiap dari kita sebagai umat Muhammad dalam menjalani kehidupan dan untuk itu semoga Allah SWT memberikan petunjuk serta inayahNya. *saha-usaha murni sedemikian perlu diteruskan bukan hanya untuk Majlis Tadarus Al-%uran MT%! tetapi untuk sebarang program berkaitan keagamaan atau hari

Upload: lee-za-ha

Post on 05-Oct-2015

283 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

ucapan perasmi

TRANSCRIPT

UCAPAN USTAZ NASIR BIN HAJI RAHMATULLAH SEMPENA PERASMIAN PENUTUPAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) TAHUN 1436/2015M PERINGKAT ZON BANDAR,PADA 12 MAC 2015Segala puja dan puji hanya kepada Allah SWT yang terus memberi kekuatan dan hidayah kepada kita sehingga dengan kekuatan serta petunjuk yang diberikan kita masih dapat meneruskan kehidupan. Tidak lupa, salawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan Ad-Din kepada seluruh umatnya.Sesungguhnya Majlis yang sama-sama kita ikuti sebentar lagi adalah antara risalah Ad-Din yang telah disampaikan dan dituntut oleh baginda (Nabi Muhammad SAW) sebagai amalan yang berterusan dalam kehidupan setiap individu Islam.Para hadirin sekalian,Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) merupakan di antara beberapa program keagamaan teras dalam kalendar tahunan yang sentiasa mendapat perhatian daripada PPD untuk diadakan. Al-Quran sememangnya amat penting dalam kehidupan umat Islam sebagai panduan. Malah Nabi Muhammad SAW di akhir hayat baginda memperingatkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh kepada Al-Quran dan Hadis agar tidak tersesat dan terpesong dari ajaran agama Islam sebenar.Era globalisasi hari ini penuh dengan cabaran dan kemungkinan ancaman bentuk baru yang dirancang oleh musuh Islam masa kini. Kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa mempersiapkan diri dalam menghadapi cabaran yang akan datang agar kelak benar-benar menjadi individu Muslim yang mempunyai jati diri.Demi memantapkan ukhuwah Islamiyah khususnya di kalangan umat Islam di negeri ini kita sewajarnya senantiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran dalam apa jua keadaan di samping terus menghayati dan mengamalkan segala ajarannya, agar kelak tidak mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam atau musuh sesama Islam di samping merapatkan barisan serta kekuatan.Adalah diharapkan program keagamaan seumpama ini akan dijadikan wadah oleh setiap dari kita sebagai umat Muhammad dalam menjalani kehidupan dan untuk itu semoga Allah SWT memberikan petunjuk serta inayahNya.Usaha-usaha murni sedemikian perlu diteruskan bukan hanya untuk Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) tetapi untuk sebarang program berkaitan keagamaan atau hari kebesaran Islam. Dalam hal ini pihak PPD akan senantiasa membantu melaksanakan program-program yang dirancang.Bagi pihak PPD Daerah Semporna, saya dengan sukacitanya merakamkan ucapan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) TAHUN 1436/2015M PERINGKAT ZON BANDAR yang bertungkus-lumus semata-mata untuk menjayakan pelaksanaan program ini. Mudah-mudahan usaha yang disumbangkan ini akan mendapat sebesar-besar ganjaran pahala daripada Allah SWT.Akhirul kalam, saya dengan lafaz Bismillah hirrahman nirrahim merasmikan MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) TAHUN 1436/2015M PERINGKAT ZON BANDAR