risalah ilmu perubatan - nasir sobri (preview)

Upload: naseersobree

Post on 03-Jun-2018

296 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    1/72

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    2/72

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    3/72

    Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah

    yang menyembuhkan aku. ( 26 : 80 )

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    4/72

    RISALAH ILMU PERUBATAN

    Cetakan Pertama 2012 (Mesir)

    Penulis : Muhammad Nasiruddin Bin Mohd SobriPembaca Pruf : Abdur Rahman Bin Shafiee

    : Nurussakinah Binti Roslan: Rabiatul Adawiyah Binti Sulaiman

    Blog : teratakintelek.blogspot.comFacebook : Nasir Sobri

    No. Tel. : +6 013-218 1421

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    5/72

    KANDUNGAN

    PENGHARGAAN 1MUQADDIMAH 3PENGENALAN PERUBATAN YUNANI 7

    BAHAGIAN SATU : PRINSIP PERAWATAN 13

    BAB 1 : Rukun Perawatan 13FASAL 1 : Perawat 13FASAL 2 : Pesakit 17FASAL 3 : Bahan 20FASAL 4 : Ilmu 24BAB 2 : Keadaan Manusia 25BAB 3 : Pengenalan Ilmu Perubatan 27

    BAHAGIAN DUA : KEADAAN SIHAT 33

    BAB 1 : Struktur 33FASAL 1 : Struktur Abstrak 35MAQALAH 1 : Roh 35MAQALAH 2 : Mudabbir 35FASAL 2 : Struktur Material 44MAQALAH 1 : Unsur 44MAQALAH 2 : Partikel Elemen 55MAQALAH 3 : Atom 58MAQALAH 4 : Molekul 60MAQALAH 5 : Organel 78MAQALAH 6 : Sel 80MAQALAH 7 : Tisu 84MAQALAH 8 : Organ 87

    MAQALAH 9 : Sistem 123MAQALAH 10 : Manusia 123BAB 2 : Fungsi 123FASAL 1 : Fungsi Somatik 124MAQALAH 1 : Somatik Aqliyyah 125MAQALAH 2 : Somatik Ghadabiyyah 130MAQALAH 3 : Somatik Syahwaniyyah 131FASAL 2 : Fungsi Autonomik 133MAQALAH 1 : Autonomik Aqliyyah 133MAQALAH 2 : Autonomik Ghadabiyyah 138

    MAQALAH 3 : Autonomik Syahwaniyyah 146

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    6/72

    BAHAGIAN TIGA : KEADAAN SAKIT 154

    BAB 1 : Penyakit Struktur 155FASAL 1 : Penyakit Struktur Abstrak 155MAQALAH 1 : Penyakit Roh 155MAQALAH 2 : Penyakit Mudabbir 157FASAL 2 : Penyakit Struktur Material 158MAQALAH 1 : Penyakit Unsur 158MAQALAH 2 : Penyakit Sel 161MAQALAH 3 : Penyakit Organ 166BAB 2 : Penyakit Fungsi 169FASAL 1 : Penyakit Fungsi Somatik 169MAQALAH 1 : Penyakit Somatik Syariatullah 169MAQALAH 2 : Penyakit Somatik Sunnatullah 172FASAL 2 : Penyakit Fungsi Autonomik 173MAQALAH 1 : Penyakit Autonomik Kuantiti 173MAQALAH 2 : Penyakit Autonomik Kualiti 174

    BAHAGIAN EMPAT : PUNCA KEADAAN 176

    BAB 1 : Punca Struktur 176FASAL 1 : Punca Abstrak 177MAQALAH 1 : Punca Roh Asal 177MAQALAH 2 : Punca Struktur Positif 178MAQALAH 3 : Punca Struktur Negatif 178FASAL 2 : Punca Genetik 178FASAL 3 : Punca Fizikal 179FASAL 4 : Punca Kimiawi 181FASAL 5 : Punca Organisma 183MAQALAH 1 : Mikrob 183MAQALAH 2 : Parasit 188BAB 2 : Punca Fungsi 193FASAL 1 : Punca Fungsi Somatik 193FASAL 2 : Punca Fungsi Autonomik 194

    BAHAGIAN LIMA : TANDA KEADAAN 196

    BAB 1 : Tanda Simbolik 197BAB 2 : Tanda Sebenar 200FASAL 1 : Tanda Struktur 200FASAL 2 : Tanda Fungsi 202

    Tanda Menurut Perubatan Yunani 202

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    7/72

    BAHAGIAN ENAM : PENJAGAAN KESIHATAN 216

    BAB 1 : Penjagaan Umum 220FASAL 1 : Perkara Wajib 221FASAL 2 : Perkara Pilihan 225BAB 2 : Penjagaan Khusus 226FASAL 1 : Peringkat Umur 226FASAL 2 : Mizaj Tubuh 227FASAL 3 : Organ Tubuh 227

    BAHAGIAN TUJUH : PERAWATAN PENYAKIT 229

    BAB 1 : Jenis Rawatan 229FASAL 1 : Rawatan Abstrak 230MAQALAH 1 : Rawatan Syariatullah 230MAQALAH 2 : Rawatan Sunnatullah 230FASAL 2 : Rawatan Material 231MAQALAH 1 : Pengurusan 230MAQALAH 2 : Pengubatan 232MAQALAH 3 : Pertanganan 236BAB 2 : Teknik Rawatan 237FASAL 1 : Penggunaan Punca Hakiki 237FASAL 2 : Penggunaan Punca Aradhi 237MAQALAH 1 : Penambahan 238MAQALAH 2 : Pengurangan 238MAQALAH 3 : Pembetulan 238BAB 3 : Krisis 242

    PENUTUP 245RUJUKAN 247BIODATA PENULIS 249PANDUAN PEMBACA 250HASRAT PENULIS 251

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    8/72

    1

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam.

    Selawat dan salam buat Junjungan Besar Baginda Nabi MuhammadSAW, serta ahli keluarganya dan para sahabat Baginda.

    Saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWTkerana dengan kehendak dan izin-Nya, dapat saya siapkan risalah iniberbekalkan ilmu dan tenaga yang sudah tentu bukan milik saya,tetapi daripada Allah sepenuhnya. Semoga Allah mengurniakankesejahteraan, kemuliaan dan kebahagiaan buat Nabi MuhammadSAW kerana dengan kehendak Allah, Baginda menjadi wasilah baginikmat Iman dan Islam yang saya miliki sekarang ini. Tidak dilupakan

    juga kepada para sahabat, tabiin, tabi u t tabiin dan para ulama yangmeneruskan kesinambungan dakwah Baginda, semoga semuanyaberoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

    Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat ibu dan bapa yangmenjadi asbab bagi kewujudan saya di dunia ini, juga menjadipendorong semangat dan pemberi motivasi kepada saya untuk terusmelakukan yang terbaik di dunia ini berlandaskan agama, semoga

    Allah mengampunkan segala dosa mereka dan merahmati merekasepertimana mereka memelihara dan mendidik anak-anak mereka.

    Seterusnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada TuanHaji Ismail Bin Haji Ahmad khususnya dan seluruh warga HPAumumnya kerana menaja pengajian saya di Bumi Anbia yang penuhbarakah ini. Semoga HPA terus maju dalam melaksanakan misi Ke

    Arah Merealisasikan Tibbun Nabawi , mudah-mudahan di akhirat nantiia menjadi punca syafaat yang besar daripada Nabi Muhammad SAWbuat umatnya yang cuba menghidupkan kembali sunnah Bagindaserta menyebarkannya kepada seluruh umat manusia. SesungguhnyaBaginda merupakan rahmat bagi sekalian alam.

    Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Abdul Hadi BinMad Isa dan Ustaz Sabri Bin Yamin kerana pernah meminta sayamenulis secara ringkas mengenai ilmu perubatan. Idea dan cadanganitu merupakan salah satu punca yang membuatkan saya tergerakuntuk menghasilkan risalah ini. Mungkin ketika itu saya belumbersedia, sekarang terimalah tulisan ringkas ini seadanya, moga iamemenuhi kehendak dan permintaan ustaz berdua.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    9/72

    2

    Akhir kata, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasihkepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam membantu saya sepanjangmenyiapkan risalah ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik anda semua. Doakanagar saya sentiasa diberi taufik dan hidayah untuk meneruskan usahapenyusunan ilmu perubatan yang berlandaskan syariatullah dansunnatullah, insyaAllah.

    MUHAMMAD NASIRUDDIN BIN MOHD SOBRI23 Muharram 1434, Jumaat (7 Disember 2012),Hayyu Asyir, Kaherah, Mesir.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    10/72

    3

    MUQADDIMAH

    .

    . .

    Buku ini saya namakan Risalah Ilmu Perubatan. Risalah inimerupakan sebuah integrasi antara Perubatan Ibnu Sina danPerubatan Moden. Risalah ini bukanlah satu huraian mendalammengenai segala perkara yang berkait dengan bidang perubatan,tetapi ia merupakan tulisan yang ringkas. Ia belum cukup untukmenjadikan seseorang pembaca sebagai perawat, tetapi untukmemberikan gambaran awal bidang ini. Namun, perbincangan dalamrisalah ini mungkin berbeza dengan apa yang biasa dipelajari olehkebanyakan orang mengenai ilmu perubatan.

    Risalah ini saya tujukan buat mereka yang tidak mempelajariPerubatan Moden secara formal kerana risalah ini mengandungi asas-asas penting ilmu perubatan yang ditulis secara ringkas, dengannyamereka dapat mengetahui gambaran perbincangan bidang perubatansecara menyeluruh.

    Saya tujukan juga kepada mereka yang mempelajari PerubatanModen secara formal kerana risalah ini cuba menjelaskan prinsip-prinsip asas ilmu perubatan dengan konsep yang holistik dan

    sistematik berpandukan penulisan tokoh-tokoh perubatan Islam yangterdahulu seperti Ibnu Sina, Ar-Razi dan Ibnun Nafis.

    Selain itu, saya persembahkan risalah ini buat mereka yangmempelajari ilmu perubatan dengan penuh minat serta sentiasaberfikir dalam usaha memantapkan ilmu mereka, bukan mereka yanghanya menghafal buta untuk peperiksaan, pantang dikritik, menolakpembaharuan yang bersifat membaikpulih ataupun tidak beranimencuba sesuatu yang baru untuk mendapatkan yang terbaik.Semoga ia menjadi titik permulaan bagi penilaian dan pengkajian

    semula terhadap apa yang sedia ada, seterusnya dapat menghasilkan

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    11/72

    4

    sesuatu yang terbaik tanpa mengabaikan aspek rohani dalamperawatan, bahkan menjadikan kesihatan rohani sebagai keutamaanyang paling tinggi.

    Perubatan Ibnu Sina lebih dikenali sebagai Perubatan Yunani(Unani Medicine), ia dikenali juga dengan beberapa nama lain sepertiPerubatan Greek, Perubatan Arab dan Perubatan Greek-Arab. Iadiasaskan secara rasmi oleh Bapa Perubatan iaitu Hippocrates yangberasal daripada Yunani. Beliau meletakkan asas-asas penting ilmuperubatan dan hasil karya beliau diamalkan oleh masyarakat Yunaniketika itu.

    Penulisan Hippocrates menjadi rujukan penting dalam ilmuperubatan, namun tidak ramai yang mengembangkan atau menilaikembali apa yang telah dihasilkan sekian lama. Setelah tempoh yangagak panjang selepas kematian Hippocrates, muncul seorang lagi yangberbangsa Yunani yang melakukan penambahan dan pembaharuandalam Perubatan Yunani. Orang yang dimaksudkan ialah Galen. Galenmenulis pelbagai buku dalam pelbagai tajuk ilmu perubatan.

    Ilmu ini seterusnya berpindah ke tangan bangsa Arab iaitu setelahproses penterjemahan karya-karya para pemikir Yunani dilakukanoleh beberapa tokoh berbangsa Arab. Selain ilmu perubatan, pelbagaikarya dalam bidang lain turut diterjemahkan seperti ilmu logik,metafizik, matematik, biologi, astronomi dan fizik. Hunain Ibnu Ishaqmerupakan tokoh penting dalam proses penterjemahan ini, beliaumenterjemahkan pelbagai karya milik Hippocrates dan Galen.

    Tokoh yang terkenal pada tahap permulaan ilmu perubatan ditangan orang Islam ialah Abu Bakar Ar-Razi. Beliau menulis beberapakitab seperti Al- Mansuri Fit Tibb, Tibbul Fuqara dan At-Tibb Ar-Ruhani, namun kitabnya yang paling terkenal ialah Al-Hawi Fit Tibb. Tokoh penting seterusnya ialah Ali Ibnu Abbas Al-Ahwazi atau dikenali jugasebagai Al-Majusi. Kitab beliau yang terkenal ialah Kamil As- Sinaah At -Tibbiyyah. Kitab beliau menjadi rujukan penting pada masa itu

    sehinggalah kemunculan Ibnu Sina dengan kitabnya yang sangatterkenal dan berpengaruh iaitu Al-Qanun Fit Tibb. Kitab ini menjadirujukan yang sangat meluas ketika itu, bahkan ia turut digunakan olehbangsa Eropah di universiti-universiti mereka selama ratusan tahun.Kehebatan kitab Al-Qanun Fit Tibb telah menyebabkan tiada penulislain yang berjaya menjejaskan kedudukan kitab ini dalam masyarakatketika itu.

    Setelah tempoh yang agak lama barulah muncul seorang tokohperubatan yang hebat iaitu Ibnun Nafis. Beliau meneruskan ilmu

    perubatan dengan disiplin yang diwarisi sejak dahulu, namun beliau

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    12/72

    5

    membuat kritikan dan pembetulan terhadap tulisan-tulisan terdahulukhususnya terhadap penulisan Galen dan Ibnu Sina. Hal ini bolehdilihat dengan jelas dalam penulisannya seperti Al-Mujaz Fit Tibb yangmerupakan ringkasan bagi Al-Qanun Fit Tibb dan juga Syarhu Tasyrih

    Al-Qanun yang merupakan syarah kepada bahagian anatomi dalamkitab Al-Qanun Fit Tibb. Beliau membuat pelbagai penemuan dalamanatomi, antaranya ialah penemuan aliran darah pulmonari(pulmonary circulation) dan juga salur arteri koronari yang menjadisumber nutrien bagi jantung. Sekiranya beliau sempat menghabiskankarya beliau yang bertajuk Asy-Syamil Fi As- Sinaah At -Tibbiyyah,mungkin karya itu menjadi satu karya perubatan yang bertahapensiklopedia dan yang paling besar yang pernah ditulis pada zamanitu. Hal ini dapat dilihat pada senarai kandungan kitab tersebut yangditulis oleh Ibnun Nafis sendiri. As-Subki menyatakan di dalamkitabnya At-Thabaqat Asy- Syafiiyyah Al-Kubra bahawa sekiranya kitabitu siap ditulis, nescaya ia menjadi 300 jilid. Tetapi jumlah yangsempat disiapkan hanyalah 80 jilid.

    Sumbangan umat Islam dalam bidang perubatan secara rasmiboleh dikatakan terhenti setakat itu sahaja. Tiada tokoh-tokoh lainyang muncul seperti tokoh-tokoh terdahulu, selepas itu penulisanilmu perubatan banyak melibatkan ringkasan dan syarahan kepadakitab-kitab yang telah ditulis oleh generasi terdahulu.

    Dunia barat ketika itu sudah berjaya meninggalkan zaman gelapmereka, mereka memulakan pengkajian sendiri dan memulakansistem baru yang dikenali sebagai Perubatan Moden atau PerubatanKonvensional. Walau bagaimanapun, tidak terlalu banyak perbezaanantara Perubatan Yunani dengan Perubatan Moden kerana hampirsemua asas Perubatan Moden diambil daripada Perubatan Yunani.Contohnya adalah seperti penggunaan istilah-istilah dalam perubatandan juga konsep pertanganan khususnya pembedahan. Abul Qasim

    Az-Zahrawi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidangpembedahan, karya beliau yang bertajuk At-Tasrif bahagian Al-Jirahah boleh dikatakan sebagai dasar bagi bidang pembedahan yang wujud

    sekarang ini. Perkara baru dalam Perubatan Moden melibatkanpenemuan organisma kecil seperti bakteria, ia mengubah persepsimereka selama ini mengenai konsep punca penyakit yangmenyebabkan mereka lebih tertumpu untuk menyerang organisma-organisma ini dengan pelbagai cara seperti penggunaan antibiotik,mereka tidak lagi memfokuskan kepada penjagaan kesihatan yangmerupakan kunci sebenar bagi kesihatan yang optimum, khususnyapenjagaan makan dan minum. Selain itu, Perubatan Moden jugamenggunakan konsep kimia moden menggantikan konsep arkan danmizaj dalam Perubatan Yunani.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    13/72

    6

    Dalam beberapa perkara, Perubatan Yunani mempunyaipersamaan dengan sistem-sistem perubatan tradisional yang lainseperti Perubatan Tradisional Cina dan Perubatan Ayurveda. Prinsip-prinsip Perubatan Yunani turut mewarnai Perubatan TradisionalMelayu, hal ini dapat dilihat dalam karya Perubatan TradisionalMelayu seperti kitab Ilmu Tabib. Konsep dalam Perubatan Yunaniseperti arkan, akhlat dan mizaj boleh dilihat dengan jelas dalam kitabtersebut. Mungkin pengaruh Perubatan Yunani ini dibawa oleh parapendakwah yang datang dari dunia Arab ke dunia Melayu di sampingmenyampaikan ajaran Islam kepada penduduk di kepulauan Melayu.

    Kini, Perubatan Yunani dikatakan masih diamalkan di India danPakistan. Di sana Perubatan Yunani mempunyai sistempengajarannya yang tersendiri, ia diajarkan di universiti-universitisebagai satu jurusan yang rasmi seperti Perubatan Moden juga.Namun, bagi saya ia belum mencukupi kerana pengajaran di sanatidak bersifat integrasi. Apa yang dimaksudkan dengan integrasi di siniialah proses mengenal pasti maksud sebenar di sebalik konsepPerubatan Yunani lalu disepadankan secara tepat dengan ilmu sainssemasa khususnya ilmu perubatan. Tetapi hal itu masih tidak dapatmenjamin sebuah sistem yang sempurna kerana sains dan PerubatanModen masih banyak kekurangannya, khususnya apabila melibatkansikap dalam menghadapi sesuatu penyakit. Ada perkara yang benarsecara realiti namun ditolak hanya kerana tidak ditemuimekanismenya yang jelas dan pasti. Mereka perlu sedar bahawa apayang mereka yakini sekarang ini sebagai fakta mungkin akan berubahpada masa akan datang, begitulah juga perkara yang dianggap salahmungkin akan terbukti kebenarannya. Hal ini dapat dilihat dalamperkembangan sains semasa di mana banyak perkara yang telahdianggap sebagai fakta pada suatu masa dahulu adalah tidak benar dantidak relevan lagi pada masa kini.

    Risalah ini saya susun dalam tujuh bahagian yang sebelumnyadidahului dengan pengenalan kepada disiplin Perubatan Yunanisecara ringkas. Semoga risalah ini dapat memberikan gambaran

    umum mengenai Perubatan Yunani dan Perubatan Moden kepadapara pembaca sekalian. Sebaik-baiknya risalah ini dibaca daripadaawal kerana kebanyakan istilah dan konsep yang digunakan padatajuk-tajuk yang akhir adalah berdasarkan apa yang telah dinyatakandan dijelaskan dalam tajuk- tajuk yang awal. Wallahualam.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    14/72

    7

    PENGENALAN PERUBATAN YUNANI

    Secara umumnya, Perubatan Yunani disusun oleh kebanyakanpenulis dengan menjadikan penulisan mereka tiga bahagian. Tigabahagian yang dimaksudkan ialah;

    1. Prinsip Umum2. Senarai Ubatan3. Penyakit Dan Rawatan

    PRINSIP UMUM : Bahagian prinsip umum membincangkan asas-asaspenting bagi Perubatan Yunani. Ia dikenali juga sebagai al-kulliyyat. Iamesti dikuasai dengan baik sebelum seseorang itu memasukibahagian-bahagian lain. Ia terbahagi kepada dua iaitu;

    1. Teori2. Amali

    TEORI : Tajuk teori mengandungi empat perbincangan iaitu;

    1. Perkara Tabii 2. Penyakit3. Punca4. Tanda

    PERKARA TABII : Tajuk perkara tabii membincangkan perkara -perkara dasar bagi manusia yang berada dalam keadaan normal dansihat. Ia melibatkan perbincangan mengenai tujuh perkara iaitu;

    1. Arkan ) (

    2. Mizaj ) (

    3. Akhlat ) (

    4. Adha ( (

    5. Ruh ) ( 6. Quwa ) (

    7. Afal ) (

    Arkan boleh diterjemahkan sebagai unsur, unsur ialah jirimterkecil yang wujud di alam dunia dan tidak boleh dipecahkan lagi.Terdapat empat jenis unsur iaitu api, angin, air dan tanah. Unsur apibersifat panas dan kering, unsur angin bersifat panas dan basah, unsurair bersifat sejuk dan basah, unsur tanah bersifat sejuk dan kering.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    15/72

    8

    Mizaj boleh diterjemahkan sebagai sifat, mizaj ialah sifat yangwujud pada struktur yang terhasil daripada gabungan unsur-unsur.Terdapat sembilan jenis mizaj iaitu panas, sejuk, basah, kering, panasdan kering, panas dan basah, sejuk dan basah, sejuk dan kering,seimbang.

    Akhlat boleh diterjemahkan sebagai humor, humor ialah cecairtubuh. Terdapat empat jenis humor yang utama iaitu dam, balgham,safra dan sauda. Dam bersifat panas dan basah, balgham bersifat sejukdan basah, safra bersifat panas dan kering, sauda bersifat sejuk dankering.

    Adha boleh diterjemah kan sebagai organ, adha ialah strukturyang terhasil daripada akhlat. Terdapat dua jenis adha yang utamaiaitu adha mufrad ah (organ tunggal) dan adha murakkabah (organkompleks). Organ tunggal dalam Perubatan Yunani bermaksudstruktur yang sama jenis, ia merujuk kepada istilah tisu dalamPerubatan Moden seperti tisu otot, tisu adipos, tisu tulang dan tisurawan. Organ kompleks pula merujuk kepada campuran beberapaorgan tunggal iaitu apa yang difahami sebagai organ dalam PerubatanModen seperti jantung, hati, mata, peparu dan usus.

    Ruh menurut konteks sains semasa boleh diterjemahkan sebagaioksigen. Ruh ialah bahan halus yang wujud pada nasim (udara) disekeliling manusia. Ia memberi tenaga dan kekuatan kepada manusia.

    Apabila ruh telah digunakan, ia perlu dibuang dan diganti denganudara yang baru. Dalam risalah ini saya menggunakan istilah oksigenbukan ruh. Adapun istilah roh dalam risalah in i merujuk kepada jiwamanusia.

    Quwa atau quwwah boleh diterjemahkan sebagai tenaga ataukekuatan. Quwwah ialah potensi atau kemampuan yang mengawalsegala proses tubuh. Terdapat tiga jenis quwwah iaitu quwwahnafsaniyyah, quwwah haiwaniyyah dan quwwah tabiiyyah.

    Afal boleh diterjemahkan sebagai fungsi, f ungsi ialah proses yangdilakukan oleh quwwah melalui perantaraan adha (organ). Ada fungsiyang hanya melibatkan satu quwwah seperti penghadaman yangmenggunakan quwwah tabiiyyah, ada juga fungsi y ang melibatkanlebih daripada satu quwwah seperti rasa lapar yang menggunakanquwwah tabiiyyah dan quwwah nafsaniyyah.

    PENYAKIT : Tajuk penyakit membincangkan asas bagi perkara-perkara yang tidak normal bagi seseorang manusia. Terdapat dua jenispenyakit iaitu penyakit tunggal dan penyakit kompleks. Terdapat tiga

    jenis penyakit tunggal iaitu;

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    16/72

    9

    1. Ketidakseimbangan Mizaj2. Masalah Keadaan Organ3. Peleraian Struktur

    Penyakit kompleks pula terhasil daripada gabungan penyakit-penyakit tunggal seperti bengkak.

    PUNCA : Punca ialah perkara yang boleh mendatangkan kesihatanatau penyakit kepada manusia. Terdapat enam jenis punca yangutama iaitu;

    1. Udara Yang Mengelilingi2. Makan Dan Minum3. Gerak Dan Diam Tubuh4. Gerak Dan Diam Perasaan5. Tidur Dan Jaga6. Pengosongan

    TANDA : Tanda ialah perkara yang boleh menunjukkan keadaanseseorang sama ada sihat atau sakit. Terdapat empat tanda yang utamadalam Perubatan Yunani iaitu;

    1. Tanda Mizaj2. Palpasi Nadi3. Pemerhatian Urin4. Pemerhatian Tinja

    AMALI : Tajuk amali terbahagi kepada dua iaitu;

    1. Penjagaan Kesihatan2. Perawatan Penyakit

    PENJAGAAN KESIHATAN : Penjagaan kesihatan ialah usahamemelihara kesihatan yang wujud dengan menggunakan konseppenyamaan melalui pengurusan dan pemanipulasian terhadap enam

    punca yang telah dinyatakan.

    PERAWATAN PENYAKIT : Perawatan penyakit ialah usahamenghilangkan penyakit yang menimpa dengan menggunakankonsep pertentangan melalui tiga perkara iaitu;

    1. Pengurusan (management). 2. Pengubatan (medication). 3. Pertanganan (regimentation).

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    17/72

    10

    Pengurusan ialah perawatan dengan cara menguruskan keenam-enam punca yang telah dinyatakan. Pengubatan ialah perawatandengan cara menggunakan bahan-bahan tertentu seperti tumbuhan,haiwan dan mineral. Pertanganan ialah rawatan yang menggunakankemahiran tangan yang mungkin dibantu oleh beberapa alatan,contohnya adalah urutan, balutan, bekam dan pembedahan.

    SENARAI UBATAN : Bahagian ini membincangkan tiga perkarautama iaitu;

    1. Prinsip-prinsip asas mengenai ubatan.2. Senarai ubatan tunggal (adwiyah mufradah). 3. Senarai ubatan kompleks (adwiyah murakkabah).

    Prinsip-prinsip asas mengenai ubatan melibatkan perbincanganmengenai jenis ubatan, sifat ubatan, cara mengenali sifat ubatan dan

    juga jenis-jenis fungsi ubatan kepada tubuh manusia.

    Senarai ubatan tunggal atau adwiyah mufradah melibatkanperbincangan mengenai jenis-jenis ubatan satu persatu secara spesifikberdasarkan jenisnya tanpa dicampur dengan bahan lain, tiga jenisubatan yang utama ialah mineral, tumbuhan dan haiwan. Antaraperkara yang dibincangkan ialah sifat ubatan, bahagian yangdigunakan, cara menyediakan ubatan dan fungsi ubatan pada organyang berbeza. Bidang ini dikenali juga sebagai materia medica.

    Senarai ubatan kompleks atau adwiyah murakkabah merupakanperbincangan mengenai ubatan yang dihasilkan daripada campuranbeberapa ubatan tunggal. Antara perkara yang dibincangkan ialah

    jenis bahan yang diperlukan untuk menghasilkan ubatan kompleks,cara menyediakannya dan fungsi ubatan kompleks tersebut kepadatubuh. Bidang ubatan kompleks dikenali juga sebagai aqrabazin atau

    pharmacopoeia. Salah satu ubatan kompleks yang terkenal dan banyakdigunakan dalam Perubatan Yunani ialah sakanjabin (oxymel) iaitucampuran madu dan cuka. Ia dianggap sebagai penawar bagi segala

    penyakit, panasea (panacea).

    PENYAKIT DAN RAWATAN : Bahagian ini membincangkan penyakitsecara khusus beserta punca, tanda dan cara merawatnya. Ia terbahagikepada dua iaitu;

    1. Penyakit yang menimpa sesuatu organ secara khusus.2. Penyakit yang tidak menimpa sesuatu organ secara khusus.

    Penyakit yang menimpa sesuatu organ secara khusus ialah

    penyakit yang boleh berlaku pada sesuatu organ tanpa melibatkan

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    18/72

    11

    organ lain. Contohnya ialah hepatitis dan gastritis. Penyakit yang tidakmenimpa sesuatu organ secara khusus ialah penyakit yang melibatkanhampir kesemua organ. Contohnya ialah demam yang menyebabkanpeningkatan suhu pada seluruh tubuh.

    Konsep penyakit khusus dan tidak khusus ini boleh dikaitkandengan Perubatan Moden melalui konsep penyakit setempat (localdiseases) dan penyakit sistemik (systemic diseases). Perbincanganmengenai penyakit setempat dan penyakit sistemik melibatkanpuncanya, tandanya dan juga cara merawat penyakit tersebut. Inilahdia kaedah dan bentuk penulisan Perubatan Yunani yang digunakanoleh kebanyakan penulis dalam bidang ini. Wallahualam.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    19/72

    12

    PerubatanYunani

    PrinsipUmum

    Teori

    Sihat

    Arkan

    Mizaj

    Akhlat

    A'dha'

    Ruh

    Quwa

    Af'al

    Sakit

    PenyakitTunggal

    PenyakitKompleks

    Punca

    Persekitaran

    Diet

    Pergerakan

    Perasaan

    Kesedaran

    Pengosongan

    Tanda

    Tanda Mizaj

    Palpasi Nadi

    PemerhatianUrin

    PemerhatianTinja

    Amali

    PenjagaanKesihatan

    PerawatanPenyakit

    Pengurusan

    Pengubatan

    PertangananUbatan

    Prinsip

    UbatanTunggal

    UbatanKompleks

    PenyakitDan Rawatan

    PenyakitSetempat

    PenyakitSistemik

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    20/72

    33

    BAHAGIAN DUA :KEADAAN SIHAT

    Bahagian dua risalah ini merupakan perbincangan mengenaitajuk pertama daripada empat tajuk ilmu perubatan bahagian teori,iaitu perbincangan mengenai keadaan sihat. Ia melibatkan dua babiaitu;

    Bab 1 : StrukturBab 2 : Fungsi

    BAB 1 : STRUKTUR

    Manusia mempunyai dua jenis struktur iaitu struktur abstrak danmaterial. Struktur abstrak bagi manusia ialah roh dan mudabbir,manakala struktur material bagi manusia pula ada sepuluh jenisberdasarkan peringkat saiznya.

    Struktur abstrak merupakan perkara yang wujud pada manusia,tetapi ia tidak boleh dicapai melalui pancaindera. Walaubagaimanapun ia boleh dicapai oleh akal melalui kesan strukturabstrak terhadap struktur material kerana kesan tersebut bolehdicerap oleh pancaindera. Hubungan antara struktur abstrak dengan

    struktur material menghasilkan fungsi.

    Perbincangan mengenai struktur dikenali juga sebagai morfologi.Pada kebiasaannya morfologi hanya melibatkan struktur yangbersifat material, struktur abstrak diabaikan, bahkan ada pihak yangmenolak kewujudan roh atau perkara-perkara lain yang bersifatghaib. Pemikiran sebegini adalah berbahaya dan boleh merosakkaniman kerana roh merupakan perkara ghaib yang wajib kita berimandengannya. Perbincangan morfologi manusia yang melibatkanstruktur abstrak akan menjadikan bidang perubatan lebih bermoral,

    berkesan dan holistik.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    21/72

    34

    Pendekatan perawatan yang menggabungkan antara strukturabstrak dan material dikatakan lebih bermoral kerana rohmerupakan sebahagian daripada manusia, bahkan roh lebih pentingdaripada jasad. Bagaimana seseorang itu dikatakan bermoral jika iamengabaikan struktur yang paling penting bagi manusia. Iadikatakan lebih berkesan kerana roh dapat memberi kesan kepadatubuh sebagaimana ubat memberi kesan, apabila kedua-duanyadigabungkan maka berlakulah penggandaan perawatan atau sinergisekaligus memudahkan kesembuhan, insyaAllah.

    Bab ini melibatkan perbincangan mengenai struktur manusia dalamdua fasal iaitu;

    Fasal 1 : Struktur Abstrak

    Fasal 2 : Struktur Material

    Struktur

    Abstrak

    1. Roh

    2. Mudabbir

    Material

    1. Unsur

    2. PartikelElemen

    3. Atom

    4. Molekul

    5. Organel

    6. Sel

    7. Tisu

    8. Organ

    9. Sistem

    10. Manusia

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    22/72

    35

    FASAL 1 : STRUKTUR ABSTRAK

    Struktur abstrak bagi manusia ada dua dan kedua-duanyadibincangkan dalam dua maqalah iaitu;

    Maqalah 1 : RohMaqalah 2 : Mudabbir

    MAQALAH 1 : ROH

    Roh yang dimaksudkan di sini ialah hakikat manusia yangsebenar yang dikenali juga sebagai jiwa dan hati. Ia merupakansesuatu yang dimaksudkan apabila kita mengatakan aku, akuyang kita sebut merujuk kepada roh dan jiwa manusia itu sendiri,bukan yang lain. Dengan adanya roh, kita boleh mengawalpergerakan dengan kehendak kita sendiri (voluntary).

    Apabila manusia dihina dan dikeji, maka yang terluka adalah rohatau jiwa, tubuh materialnya sedikit pun tidak disentuh. Rohmengawal otot skeletal khususnya otot pada rangka yangmenghasilkan perbuatan, serta mengawal lidah yang menghasilkanucapan. Secara mudahnya kita katakan bahawa tempat letak roh padatubuh manusia ialah otak sedar (somatik), khususnya serebrum.

    MAQALAH 2 : MUDABBIR

    Adapun mudabbir pula bererti satu perkara abstrak yangmengawal organ dalaman manusia tanpa kesedaran oleh rohmanusia, contohnya seperti kawalan jantung, usus, hati, ginjal danlimpa. Kawalannya bukanlah atas kehendak manusia (involuntary).

    Ia bagaikan satu kekuatan lain bagi manusia untuk mengawalorgan lain tanpa kesedaran, atau boleh juga kita katakan ia sebagairoh kedua bagi manusia, atau mungkin juga mudabbir dianggapsebagai kawan kepada roh manusia kerana ia membantu roh.

    Secara mudahnya kita katakan bahawa tempat letak mudabbirpada tubuh manusia ialah otak tidak sedar (autonomik), khususnyahipotalamus. Roh dan mudabbir masing-masing mempunyai tiga

    jenis kekuatan.

    KEKUATAN ROH

    Roh yang merupakan hakikat manusia ini diberi tiga kekuatanpenting yang membolehkan ia mampu melakukan dan menikmati

    pelbagai perkara, dan dengan kekuatan inilah ia akan

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    23/72

    36

    dipertanggungjawabkan atas apa yang telah ia lakukan dan nikmati.Makhluq Allah yang lain juga mempunyai kekuatan, namun tidaksemuanya memiliki tiga kekuatan yang lengkap sepertimanamanusia dan jin.

    Tiga kekuatan tersebut berasal daripada dua kurniaan Allahkepada manusia dan jin iaitu akal dan nafsu, tiga kekuatan tersebutialah;

    1. Quwwah Aqliyyah (akal).2. Quwwah Ghadabiyyah (nafsu ghadab).3. Quwwah Syahwaniyyah (nafsu syahwat).

    Adapun makhluq Allah yang lain, mereka tidak mendapat ketiga-tiga kekuatan ini. Contohnya para malaikat dikurniakan akal tanpadua nafsu, tumbuhan dikurniakan nafsu syahwaniyyah tanpa akaldan nafsu ghadabiyyah, haiwan pula dikurniakan nafsu ghadabiyyahdan nafsu syahwaniyyah tanpa akal.

    Oleh itu, bersyukurlah dengan nikmat dan kurniaan Allah ini.Dengan nikmat akal, kita mampu menjadi lebih mulia daripadamalaikat sekiranya kita melakukan kebaikan, tetapi jika kitamelakukan kejahatan maka kita boleh menjadi lebih hina daripadahaiwan.

    QUWWAH AQLIYYAH : Ia dikenali juga sebagai nafsaniyyah daninsaniyyah . Ia berfungsi mengawal segala perkara yang bersifat sedaratau somatik melalui tiga jenis quwwah yang merupakan pecahannyaiaitu;

    1. Quwwah Qabilah 2. Quwwah Amaliyyah 3. Quwwah Muharrikah

    QUWWAH QABILAH : Quwwah qabilah ialah quwwah yang

    menerima sesuatu maklumat atau isyarat yang bersifat sedar, iaboleh juga disebut sebagai sensori. Maklumat itu boleh diperolehimelalui pancaindera yang ada pada manusia.

    QUWWAH AMALIYYAH : Quwwah amaliyyah ialah quwwah yangmemproses maklumat yang diterima daripada quwwah qabilah,boleh juga disebut sebagai proses. Ia melibatkan dua proses utamaiaitu proses berfikir dan proses mengingati maklumat.

    QUWWAH MUHARRIKAH : Quwwah muharrikah ialah quwwah

    yang memberi arahan daripada roh dan otak kepada organ yang

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    24/72

    44

    FASAL 2 : STRUKTUR MATERIAL

    Struktur material bagi manusia boleh dicapai denganpancaindera yang lima, jadi setiap struktur material boleh dilihatsama ada dengan mata kasar atau melalui alat bantuan sepertimikroskop.

    Pembahagian struktur material adalah berdasarkan peringkatsaiznya, bermula daripada yang paling kecil sehinggalah kepada yangpaling besar iaitu manusia itu sendiri. Jumlah kesemua pembahagianstruktur material ialah 10 peringkat, ia merangkumi pembahagianberdasarkan Perubatan Moden dan juga Perubatan Yunani. Kesemuaperingkat struktur material akan dibincangkan dalam 10 maqalah;

    Maqalah 1 : UnsurMaqalah 2 : Partikel ElemenMaqalah 3 : AtomMaqalah 4 : MolekulMaqalah 5 : OrganelMaqalah 6 : SelMaqalah 7 : TisuMaqalah 8 : OrganMaqalah 9 : SistemMaqalah 10 : Manusia

    Tajuk unsur dan partikel elemen mempunyai perbincangannyayang khusus, ia melibatkan asas-asas Perubatan Yunani dan jugaFizik Kuantum. Tajuk atom dan molekul melibatkan Biokimia.Organel, sel dan tisu melibatkan Histologi. Organ, sistem danmanusia melibatkan Anatomi.

    MAQALAH 1 : UNSUR

    Unsur atau arkan merupakan struktur paling kecil di alam duniaini. Ia tidak boleh dibahagikan atau dipecahkan lagi kepada bahagian

    atau juzuk yang lebih kecil. Walaupun ada pihak yang mengatakanbahawa partikel elemen (elementary particle) seperti kuark, lepton danboson merupakan struktur yang paling kecil, saya merasakan bahawapartikel-partikel tersebut akan berjaya dipecahkan kepada strukturyang lebih kecil.

    Saintis terdahulu menyatakan bahawa atom merupakan strukturterkecil, namun hari ini perkara tersebut terbukti salah, menyatakanpartikel elemen sebagai struktur paling kecil merupakan satukesimpulan yang agak melulu.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    25/72

    45

    Sains moden belum menemui unsur, boleh jadi terdapatberpuluh-puluh atau beratus-ratus peringkat lagi selepas partikelelemen sebelum saintis berjaya menemui arkan atau unsur ini, ataumungkin juga unsur ini akan terus menjadi misteri dan tidak ditemuioleh sesiapapun, hanya mampu dibincangkan secara konsep tanpadibuktikan secara empirik.

    JENIS UNSUR

    Terdapat empat jenis unsur yang menjadi asas bagi segalastruktur lain yang lebih besar, penggabungan dan kepelbagaian

    jumlah keempat-empat unsur ini menghasilkan pelbagai strukturyang lebih besar dan saling berbeza. Empat unsur tersebut ialah

    unsur tanah, air, angin dan api.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    26/72

    46

    API ANGIN

    TANAH AIR

    Unsur Tanah

    Unsur Air

    Unsur Angin

    Unsur Api

    UNSUR TANAH : Unsur tanah merupakan unsur yang berada ditengah-tengah atau bulatan pertama. Ia bersifat sejuk dan kering.

    UNSUR AIR : Unsur air merupakan unsur yang berada pada bulatankedua iaitu di antara unsur bumi dan angin. Ia bersifat sejuk danbasah.

    UNSUR ANGIN : Unsur angin merupakan unsur yang berada padabulatan ketiga iaitu di antara unsur air dan api. Ia bersifat panas danbasah.

    UNSUR API : Unsur api merupakan unsur yang berada pada bulatankeempat iaitu selepas unsur angin. Ia bersifat panas dan kering.

    Setiap unsur ini mempunyai kedudukannya yang tersendiri padabulatannya, sebarang perubahan kedudukannya yang disebabkanoleh tenaga daripada luar akan menyebabkan unsur itu kembali ketempat asalnya menurut susunan berat bagi setiap unsur. Susunanberat bagi unsur-unsur mengikut tertib paling ringan dimulakandengan unsur api, kemudian unsur angin, unsur air dan akhirnyaunsur tanah sebagai unsur paling berat.

    Dua unsur yang paling ringan iaitu unsur api dan angin banyakmembantu tubuh untuk tujuan pembinaan ruh , pergerakannya danpergerakan organ, manakala dua unsur yang paling berat iaitu unsurtanah dan air banyak membantu tubuh untuk tujuan pembinaanorgan dan kestabilannya.

    PANAS

    KERING

    SEJUK

    BASAH

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    27/72

    47

    UNSUR KELIMA

    Selain daripada empat unsur yang telah disebutkan, terdapatkonsep unsur yang kelima, iaitu satu unsur yang sangat seimbangdan tidak mengalami perubahan atau kemusnahan. Disebabkankeseimbangannya itu, ia tidak diambil kira secara khusus dalamPerubatan Yunani, sebaliknya ia dikaitkan dengan alam ataumakhluq lain yang bersifat mulia dan tinggi . Unsur kelima ini lebihdikenali sebagai aeter (aether). Ia sering dikaitkan dengankesempurnaan, roh dan semangat.

    Dalam Perubatan Ayurveda (Ayurvedic Medicine), terdapat jugakonsep lima unsur. Unsurnya adalah sama seperti unsur dalamPerubatan Yunani dan ditambah dengan unsur akasha (aeter) sebagaiunsur yang kelima. Dalam Fizik Partikel, sifat keseimbangan inisering dikaitkan dengan boson Higgs yang dikenali juga sebagaiPartikel Tuhan (God Particle), boson ini dikatakan seimbang dan tiadacaj iaitu neutral, walau bagaimanapun boson ini belum berjayadibuktikan.

    Suatu masa dahulu, misteri unsur kelima ini pernah jugadikaitkan dengan tenaga orgon (orgone energy). Sistem PerubatanCina Tradisional (Traditional Chinese Medicine) juga menggunakankonsep lima unsur, tetapi ada sedikit perbezaan dengan konsep limaunsur dalam Perubatan Yunani atau Ayurveda, unsur-unsur tersebutialah kayu, api, tanah, besi dan air.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    28/72

    56

    1. Naik & Turun (up & down) 2. Pesona & Ganjil (charm & strange) 3. Atas & Bawah (top & bottom)

    Setiap satu daripada enam kuark itu mempunyai anti partikelatau anti jirim masing-masing, iaitu partikel lain yang menyerupaikuark tersebut dengan caj elektrik yang berbeza. Terdapat tigapasang lepton iaitu;

    1. Elektron & Neutrino Elektron2. Muon & Neutrino Muon3. Tau & Neutrino Tau

    Setiap satu daripada enam lepton itu mempunya anti partikelatau anti jirim masing-masing, iaitu partikel lain yang menyerupailepton tersebut dengan caj elektrik yang berbeza.

    Kesimpulannya, terdapat 24 partikel elemen, 12 terlibat denganpembinaan nukleus, 12 lagi tidak terlibat. 12 yang terlibat pula terdiridaripada 6 kuark dan 6 anti kuark, manakala yang tidak terlibat pulaterdiri daripada 6 lepton dan 6 anti lepton. Terdapat lagi satu perkarayang masih menjadi misteri sehingga kini, sama ada ia adalah jirimatau bukan. Perkara tersebut ialah cahaya. Ia sangat unik keranaadakalanya ia bersifat seperti jirim, adakalanya ia bersifat sepertigelombang yang sememangnya tiada jirim. Walau bagaimanapun,partikel cahaya telah dinamakan sebagai foton.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    29/72

    57

    Partikel Elemen

    Kuark

    Jirim

    Naik & Turun

    Pesona & Ganjil

    Atas & BawahAnti Jirim

    Lepton

    Jirim

    Elektron & Neutrino Elektron

    Muon & Neutrino Muon

    Tau & Neutrino Tau

    Anti Jirim

    Foton (Cahaya)

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    30/72

    63

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    31/72

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    32/72

    71

    Apabila sudah terhasil tenaga dan struktur material, maka tubuhmanusia sudah bersedia untuk melakukan fungsi setelah mendapatarahan daripada struktur abstrak. Fungsi yang terhasil itu dinamakanproses atau fisiologi.

    KETOKSIKAN

    Sebahagian orang mengatakan bahawa wujud nutrien, ubat danracun, setiap satu adalah berbeza. Bagi saya, istilah ketoksikan ataubahayanya sesuatu bahan adalah bersifat relatif dan subjektif. Tiadapengkelasan yang khusus untuk menentukan bahawa sesuatu bahanitu toksik atau tidak. Ini kerana setiap bahan yang masuk ke dalamtubuh kita berpotensi menjadi toksik dan berbahaya, termasuklah

    nutrien.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    33/72

    73

    sebagai humor sekunder jenis pertama iaitu humor sekunderlebihan. Terdapat empat jenis humor primer iaitu;

    1. Dam ( darah / blood).2. Balgham ( kahak / phlegm).3. Safra ( hempedu kuning / yellow bile).4. Sauda ( hempedu hitam / black bile).

    DAM : Dam diterjemahkan sebagai darah, namun maksudnyamenurut Perubatan Yunani bukanlah seperti maksud darah yang kitabiasa fahami. Ia merupakan suatu bahan tertentu dan mempunyaifungsi tertentu. Cecair yang berada di dalam salur darah bukanlahdam semuanya, bahkan keempat-empat humor itu boleh berada didalam salur darah. Jadi kita perlu jelas bahawa dam merupakan suatubahan yang khusus, begitulah juga dengan humor-humor yang lain.

    Dam mewakili unsur angin, ia bersifat panas dan basah,merupakan sebaik-baik humor. Fungsinya ialah membawa ruh (oksigen) ke seluruh tubuh. Dalam teks Perubatan Yunani, istilah ruh digunakan untuk menggambarkan suatu bahan halus yang ada padaudara (nasim) yang disedut, ia membuatkan manusia mempunyaitenaga untuk hidup, jadi istilah ruh itu sesuai digantikan denganistilah oksigen. Dam juga memberi nutrien tenaga ke seluruh tubuhdan juga nutrien pembinaan kepada organ-organ tertentu. Lokasiutama dam ialah di dalam salur darah.

    BALGHAM : Balgham mewakili unsur air, ia bersifat sejuk danbasah. Balgham diterjemahkan sebagai kahak, namun ia tidaklahmerujuk kepada makna kahak yang sering difahami, ia mempunyaikonsepnya yang tersendiri berdasarkan Perubatan Yunani. Balghamboleh bertukar kepada dam apabila bekalan dam di dalam tubuhberkurangan. Ia juga berada pada organ-organ tertentu untukmelancarkan pergerakan dan melembutkan sesuatu organ. Balghammemberi nutrien pembinaan kepada organ-organ tertentu sepertiotak. Lokasi utama balgham ialah di dalam salur darah, lemak tubuh

    dan ruangan organ tertentu seperti mata dan sendi.SAFRA : Safra mewakili unsur api, ia bersifat panas dan kering.Safra berfungsi sebagai pelembut struktur darah, memasuki salurusus untuk penghadaman dan memberi nutrien pembinaan untukorgan- organ tertentu seperti peparu. Lokasi utama safra ialah didalam salur darah dan pundi hempedu.

    SAUDA : Sauda mewakili unsur tanah, ia bersifat sejuk dan kering.Sauda berfungsi sebagai penebal struktur darah, memasuki salur

    usus untuk merangsang selera dan rasa lapar serta memberi nutrien

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    34/72

    74

    pembinaan kepada organ- organ tertentu seperti tulang. Sauda jenistidak tabii boleh terhasil daripada pembakaran humor lain secaraberlebihan sehingga bertukar menjadi warna hitam, sauda jenis inisangat berbahaya kepada tubuh dan boleh mendatangkan pelbagaipenyakit yang serius seperti kanser. Lokasi utama sauda ialah didalam salur darah dan limpa.

    Istilah limpa dalam Perubatan Yunani boleh ditafsirkan sebagailimpa dan pankreas kerana penjelasan mengenai limpa dalam teksPerubatan Yunani menepati fungsi kedua-dua organ, bahkan kajianterbaru menunjukkan sel stem limpa boleh menghasilkan selpankreas, jadi terdapat beberapa persamaan antara limpa danpankreas dari sudut asal-usulnya.

    HUMOR SEKUNDER : Humor sekunder ialah humor yang berasaldaripada humor primer, cuma ia berbeza dari sudut lokasi dankualiti. Terdapat dua jenis humor sekunder iaitu;

    1. Humor Sekunder Lebihan2. Humor Sekunder Bukan Lebihan

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    35/72

    81

    Semua sel yang membentuk manusia berasal daripadapersenyawaan sperma dan ovum, ini bererti semua sel berasaldaripada satu struktur pertama yang datang daripada ibu dan bapa.Struktur ini kemudian terus berkembang menghasilkan pelbagaistruktur lain sehinggalah terbentuk seorang manusia. Terdapat tigalapisan sel yang berada di dalam kandungan pada peringkat awalkehamilan iaitu;

    1. Ektoderma2. Mesoderma3. Endoderma

    EKTODERMA : Lapisan ektoderma ialah lapisan yang paling luar.Secara umumnya ia akan membentuk organ-organ aqliyyah. Sel-selpenting yang berasal daripada lapisan ektoderma ialah;

    1. Sel Saraf2. Sel Integumentari (kulit, kuku, bulu)3. Sel Organ Deria Khusus (mata, telinga)4. Sel Endokrin5. Sel Pigmen

    MESODERMA : Lapisan Mesoderma ialah lapisan yangpertengahan. Secara umumnya ia akan membentuk organ-organghadabiyyah. Sel-sel penting yang berasal daripada lapisanmesoderma ialah;

    1. Sel Otot Skeletal2. Sel Otot Kardium3. Sel Limpa4. Sel Ginjal5. Sel Sumsum

    Sel sumsum ada lima jenis iaitu;

    1. Sel Endotelium2. Sel Mesotelium3. Sel Otot Lembut4. Sel Tisu Penghubung5. Sel Hematopoeitik

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    36/72

    82

    Sel tisu penghubung ada empat iaitu;

    1. Sel Tulang2. Sel Rawan3. Sel Fiber4. Sel Lemak

    Sel hematopoeitik ada dua kumpulan iaitu;

    1. Sel Mieloid. Ia menghasilkan sel darah merah, platlet,neutrofil, basofil, eosinofil, dendritik dan sel masta (mast cell).

    2. Sel Limfoid. Ia menghasilkan sel limfosit T, limfosit B dan selpembunuh semula jadi (natural killer cell).

    ENDODERMA : Lapisan endoderma ialah lapisan yang palingdalam. Secara umumnya ia akan membentuk organ-organsyahwaniyyah. Sel-sel penting yang berasal daripada lapisanendoderma ialah;

    1. Sel Saluran Alimentari (pencernaan)2. Sel Hati dan Pundi Hempedu3. Sel Pankreas4. Sel Saluran Respiratori (pernafasan)5. Sel Pundi Kencing6. Sel Benih (sperma dan ovum)

    Dalam pembentukan sesuatu organ, kebanyakannya bercampurdengan sel-sel daripada lapisan lain, bahkan ada organ milik quwwahlain dihasilkan oleh lapisan lain. Ini menunjukkan kerjasama danhubungan antara ketiga-tiga quwwah. Sebagai contoh peparu yangmerupakan organ quwwah ghadabiyyah dihasilkan oleh lapisanendoderma, ginjal yang merupakan organ quwwah syahwaniyyahdihasilkan oleh lapisan mesoderma.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    37/72

    83

    SEL STEM

    Selain sel-sel asas yang membentuk organ, terdapat juga sel yangmasih tidak matang yang belum bertukar kepada mana-mana jenissel secara khusus. Sel jenis ini dinamakan sebagai sel stem, ia beradadi bahagian tertentu pada organ-organ. Ia boleh bertukar menjadisel-sel tertentu setelah menerima rangsangan yang sepatutnya. Selstem mempunyai pelbagai peringkat kemampuan dari sudutkebolehan bertukar kepada jenis-jenis sel yang tertentu. Ada sel stemyang hanya boleh bertukar kepada dua atau tiga jenis sel, dan ada

    juga sel stem yang boleh bertukar kepada pelbagai jenis.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    38/72

    88

    ORGAN LUARAN : Organ luaran melibatkan tiga sistem iaitu;

    1. Sistem Skeletal2. Sistem Otot3. Sistem Integumentari

    SISTEM SKELETAL : Sistem skeletal dikenali juga sebagai sistemrangka. Sistem ini melibatkan tiga jenis organ iaitu;

    1. Tulang (bone). Fungsi tulang ialah;

    a. Memberi bentuk tubuh manusia secara umum.b. Melindungi organ-organ lain yang lebih lembut khususnya

    organ dalaman.c. Sum-sum tulang menghasilkan pelbagai jenis sel darah dan

    sel tisu penghubung.d. Menjadi tempat otot skeletal bercantum untuk tujuan

    pergerakan.e. Menjadi tempat simpanan mineral seperti kalsium.

    2. Rawan (cartilage). Fungsi rawan ialah;

    a. Mengelakkan geseran sesama tulang yang berada di dalamsendi.

    b. Mencantumkan beberapa jenis tulang seperti tulang rusuk(rib) dan tulang pinggul (pelvic).

    c. Dalam usia tumbesaran, sebahagian rawan bertukar menjaditulang.

    d. Sebahagian rawan bersifat elastik dan ia penting untukbeberapa struktur seperti telinga dan hidung.

    3. Sendi (joint). Fungsi sendi ialah;

    a. Mencantumkan sesama tulang.b. Membolehkan pergerakan otot dan tulang.

    c. Mengehadkan gerakan otot dan tulang.d. Cecair di dalam sendi mengurangkan geseran sesama hujung

    tulang.

    * Terdapat satu struktur yang memegang sesama penghujung tulang,ia dinamakan ligamen.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    39/72

    89

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    40/72

    90

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    41/72

    105

    SISTEM LIMFATIK : Sistem limfatik merangkumi lima organutama iaitu;

    1. Salur Limfatik (lymphatic vessel / duct). Fungsi salur limfatikialah;

    a. Mengembalikan lebihan nutrien, cecair tubuh dan sisa nutrienke dalam salur darah.

    b. Membawa bakteria atau patogen lain untuk dimusnahkanoleh kelenjar limfatik.

    2. Kelenjar Limfatik (lymph node). Fungsi kelenjar limfatik ialah;

    a. Memproses patogen untuk dimusnahkan.b. Menjadi tempat tinggal bagi sel-sel imuniti khususnya sel

    limfosit.

    3. Limpa (spleen). Fungsi limpa ialah;

    a. Memproses patogen untuk dimusnahkan.b. Menjadi tempat simpanan dan bekalan darah.c. Memproses sel darah merah yang sudah lama dan tidak boleh

    digunakan lagi.

    4. Kelenjar Timus (thymus gland). Fungsi kelenjar timus ialah;

    a. Menjadi tempat pematangan dan simpanan sel limfosit Tkhususnya ketika umur kanak-kanak.

    5. Tisu Limfatik (lymphatic tissues).

    Tisu limfatik ialah tisu yang terdiri daripada sel-sel imuniti dan iaberada pada organ-organ tertentu, contoh tisu limfatik yang pentingialah tonsil pada mulut dan tompok Peyer pada usus kecil bahagianileum. Ia berfungsi seperti organ-organ limfatik yang lain iaitu

    memproses patogen untuk dimusnahkan.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    42/72

    106

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    43/72

    129

    JENIS FUNGSI SOMATIK AQLIYYAH

    Fungsi somatik aqliyyah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu;

    1. Fungsi Syariatullah 2. Fungsi Sunnatullah

    FUNGSI SYARIATULLAH : Fungsi syariatullah ialah fungsiaqliyyah yang normal bagi seseorang itu apabila ia mentaati syariat

    Allah. Ia terbahagi kepada dua iaitu;

    1. Fungsi Dalaman2. Fungsi Luaran

    FUNGSI DALAMAN : Fungsi dalaman secara syariatullah ialahfungsi akal berdasarkan syara iaitu mengakui keesaan Allah ,mengikhlaskan segala amal perbuatan hanya untuk Allah semata-mata dan meyakini segala rukun iman sepertimana yang telahdinyatakan dalam Ilmu Tauhid.

    Somatik

    Aqliyyah

    Qabilah(sensori)

    Umum

    Sentuhan

    Suhu

    Sakit

    Propriosepsi

    Khusus

    Cahaya

    Bunyi

    Bau

    Rasa

    'Amaliyyah(proses)

    Mufakkirah

    Tasawwur

    Isnad

    IstidlalHafizah

    Muharrikah(motor)

    Ucapan

    Perbuatan

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    44/72

    145

    AutonomikGhadabiyyah

    Taqwiyah

    PenghasilanTenaga

    (Konsep Angin)

    Respiratori

    Sirkulatori

    Sel

    Pengurusan Haba(Konsep Api)

    Peningkatan suhu

    Penurunan suhu

    Limfawiyyah

    Kulit

    Kimia

    Sel Imuniti

    Semula Jadi

    Adaptasi

    AlergiProtein Hati

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    45/72

    151

    Jadi terdapat dua peringkat quwwah musawwirah iaitu;

    1. Pembentukan Janin2. Kelahiran Bayi

    PEMBENTUKAN JANIN : Pada peringkat awal pembentukan janin,hanya tiga lapisan sel yang ada iaitu ektoderma, mesoderma danendoderma. Daripada tiga lapisan inilah terbentuknya pelbagai organdalam tiga kumpulan yang mewakili ketiga-tiga quwwah bagimanusia. Ektoderma mewakili quwwah aqliyyah, mesodermamewakili quwwah ghadabiyyah dan endoderma mewakili quwwahsyahwaniyyah.

    PENGELUARAN BAYI : Tempoh pembentukan janin yangsempurna secara puratanya ialah 9 bulan 10 hari. Tugas terakhirmusawwirah ialah melahirkan anak, proses ini melibatkanpengecutan rahim yang sangat kuat, lalu muncullah seorang lagihamba Allah dan khalifah Allah di alam dunia ini. Maha Suci Allahyang telah menciptakan manusia, membentuknya, menebukpendengarannya serta penglihatannya dengan qudrat-Nya dankekuatan-Nya, maka Maha Suci Allah yang merupakan sebaik-baikPencipta.

    AutonomikSyahwaniyyah

    SyakhsiyyahGhaziyah

    Pengurusan Nutrien(KonsepTanah)

    Penerimaan

    Pengurusan

    Pembuangan

    Pengurusan Air (Konsep Air)

    Penapisan

    Penyerapan

    Rembesan

    Pembuangan

    Namiyah

    Tanasuliyyah

    Muwallidah

    PenghasilanBenih

    PersediaanSeksual

    Musawwirah

    PembentukanJanin

    Kelahiran

    Bayi

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    46/72

    161

    MAQALAH 2 : PENYAKIT SEL

    Penyakit sel ialah penyakit yang melibatkan masalah pada sel samaada dari sudut kuantiti atau kualiti atau kedua-duanya. Jadi,perbincangan mengenai penyakit sel boleh dibahagikan kepada tigaiaitu;

    1. Kuantiti2. Kualiti3. Kuantiti Dan Kualiti

    KUANTITI : Penyakit sel jenis kuantiti ada dua iaitu; 1. Bilangan2. Saiz

    BILANGAN : Bilangan sel yang bertambah dinamakan hiperplasia,bilangan sel yang berkurang dinamakan kematian sel. Kematian selada jua jenis iaitu;

    1. Nekrosis2. Apoptosis

    Penyakit Unsur

    Kuantiti

    Api Haba

    Angin O2

    & CO2

    Air H 2O & pH

    Tanah

    Peningkatan

    Pengurangan

    Kualiti

    Perubahan Nutrien

    Bahan Asing

    Kuantiti & Kualiti Edema

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    47/72

    165

    Penyakit Sel

    Kuantiti

    BilanganHiperplasia

    Kematian Sel

    Apoptosis

    Nekrosis

    SaizHipertrofi

    Atrofi

    Kualiti

    JenisMetaplasia

    Displasia

    Kedudukan Koristoma

    Susunan Hamartoma

    Kuantiti &Kualiti

    Inflamasi

    Akut

    Bernanah

    Tidak

    Kronik

    Spesifik

    Tidak

    Neoplasia

    TahapBenigna

    Malignan

    Jenis SelUnipoten

    Ekstraunipoten

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    48/72

    167

    BENTUK : Penyakit bentuk melibatkan perubahan pada organdaripada bentuk asalnya. Contohnya ialah organ yang bulat menjadisegi empat atau segi tiga.

    PERMUKAAN : Penyakit permukaan melibatkan perubahan padapermukaan organ daripada keadaan yang sepatutnya. Contohnyaialah perubahan menjadi lebih licin, lebih kasar, berbiji, berketul danbergaris.

    KEDUDUKAN : Penyakit kedudukan melibatkan perubahan padakedudukan organ daripada tempatnya yang sebenar. Contohnya ialahtergeliat, terkehel dan terseliuh.PELERAIAN : Penyakit peleraian melibatkan terputusnya hubunganpada struktur organ yang pada asalnya adalah bersambung.Contohnya ialah luka, koyak dan tulang yang patah atau retak.

    KUANTILITI: Penyakit organ kategori ini melibatkan apa-apa sahajaperubahan pada organ sama ada secara kuantiti dan kualiti yangterkeluar daripada batas normal. Contohnya ialah jari yang tergeliatdan menjadi bengkak, atau jari yang terlebih dan berbentukmelengkung.

    Penyakit Organ

    Kuantiti

    Bilangan

    Saiz

    Ruang

    Peluasan

    Penyempitan

    Pemenuhan

    Pengosongan

    Kualiti

    Bentuk

    Permukaan

    Kedudukan

    PeleraianKuantiliti

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    49/72

    190

    ARTROPOD

    Artropod ialah haiwan yang mempunyai rangka di bahagian luar,boleh juga disebut sebagai kulit yang agak keras. Terdapat pelbagaispesies artropod, namun artropod yang terlibat dalam bidangperubatan hanyalah artropod yang ada kaitan dengan keadaan tubuhmanusia.

    Artropod yang terlibat dalam bidang perubatan secara umumnyaboleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu serangga, araknid dankrustasea. Contoh serangga ialah nyamuk, lalat, pinjal (flea), kutu(louse/lice) dan pepijat (bug). Contoh araknid ialah sengkenit (tick),

    tungau/hama (mite) dan kala jengking. Contoh krustasea ialah siklop.

    Artropod boleh memberi kesan kepada tubuh sama ada secaralangsung atau secara tidak langsung. Kesan secara langsung ialahapabila artropod itu sendiri yang menyebabkan penyakit sepertimelalui gigitan atau toksin yang dimasukkan ke dalam tubuh manusia.

    Kesan secara tidak langsung pula ialah apabila artropod itumenjadi objek tumpangan bagi organisma lain yang bolehmenyebabkan penyakit seperti bakteria, virus, protozoa dan helmint.

    Contoh penyakit yang berpunca daripada artropod ialah kudis

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    50/72

    191

    buta (scabies) dan gatal-gatal yang disebabkan oleh tindak balas imuniti jenis alergi terhadap antigen pada artropod. Sebahagian artropodmempunyai bisa atau toksin yang boleh memberi kesan yang sangatberbahaya seperti toksin sengkenit yang boleh menyebabkan lumpuhdan bisa kala jengking yang boleh menyebabkan kematian.

    Adapun organisma lain seperti haiwan yang bersaiz besar, maka iaboleh dimasukkan dalam kategori punca keadaan tubuh jenis lain.Contohnya ialah harimau, apabila harimau membaham seseorangmaka perkara ini boleh dikategorikan sebagai trauma iaitu puncafizikal. Jika seseorang itu dipatuk ular beserta bisa, maka patukan itudikira sebagai trauma, manakala bisa ular itu pula boleh dianggapsebagai bahan racun iaitu salah satu pecahan punca kimiawi. Begitulah

    juga dengan haiwan-haiwan lain.

    Walaupun organisma yang telah disebutkan dikatakan sebagaipunca, adakalanya ia bukanlah punca utama, contohnya apabila tubuhkekurangan nutrien untuk sistem imuniti, maka sistem imuniti akanlemah lalu menyebabkan organisma bahaya masuk ke dalam tubuh.Dalam kes sebegini, kekurangan nutrien adalah punca pertama danutama, organisma hanyalah punca sampingan.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    51/72

    198

    PALPASI NADI : Palpasi nadi merupakan kaedah untuk mengetahuikeadaan seseorang itu dengan cara menyentuh nadi seseorang danmengambil bacaan gerakan nadi tersebut berdasarkan panduantertentu. Kaedah ini wujud dalam pelbagai Perubatan Tradisionalseperti Perubatan Yunani, Perubatan Ayurveda dan PerubatanTradisional Cina. Secara asasnya kesemua sistem PerubatanTradisional mempunyai dasar dan prinsip yang sama dalammentafsirkan gerakan nadi, namun terdapat beberapa perbezaan.

    PEMERHATIAN LIDAH : Pemerhatian lidah ialah kaedah mengenalpasti keadaan seseorang itu melalui pemerhatian pada lidahnya darisudut bentuk, warna, ketebalan dan lain-lain. Kaedah diagnosis inibanyak ditekankan dalam Perubatan Ayurveda dan PerubatanTradisional Cina.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    52/72

    206

    A : Hentian antara penghujung kecutan nadi dan permulaan denyutannadi.

    B : Gerakan denyutan nadi.C : Hentian antara penghujung denyutan nadi dan permulaan kecutan

    nadi.D : Gerakan kecutan nadi.

    Lokasi yang digunakan untuk palpasi nadi ialah arteri padapergelangan tangan. Ia dipilih berdasarkan beberapa sebab antaranyaialah kedudukannya yang tidak terlindung di sebalik organ lainkhususnya otot skeletal, kedudukannya yang dekat dengan jantung,bentuknya yang lurus, mudah untuk perawat mengambil bacaankerana ia biasanya terdedah dan baik untuk pesakit kerana tidak perlumendedahkan kawasan yang biasanya ditutup.

    Secara asasnya palpasi nadi menggunakan 10 aspek penilaian nadiiaitu;

    1. Kadar Denyutan Nadi2. Ketukan Denyutan Nadi

    3. Kelajuan Denyutan Nadi4. Tempoh Hentian Nadi5. Pemenuhan Arteri6. Kelembutan Arteri7. Suhu Arteri8. Kesamaan Nadi9. Keseragaman Nadi10. Timbangan Nadi

    Saya akan jelaskan satu persatu aspek-aspek nadi ini secara ringkas,

    insyaAllah.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    53/72

    207

    KADAR DENYUTAN NADI (Besar-Sederhana-Kecil) : Kadardenyutan nadi ada tiga iaitu nadi besar, nadi sederhana dan nadi kecil.Ia dibuat dengan merujuk kepada satu nilai denyutan nadi yang dibuatberdasarkan tiga perkara iaitu;

    1. Kepanjangan Nadi (pendek-sederhana-panjang).2. Kelebaran Nadi (halus-sederhana-lebar).3. Kedalaman Nadi (luar-sederhana-dalam).

    Kepanjangan ialah panjang denyutan nadi yang diukur denganmenggunakan empat jari selain ibu jari. Sekiranya panjang nadidirasai pada tiga jari atau kurang maka ia dinamakan nadi pendek,sekiranya ia dirasai pada empat jari maka ia dinamakan nadi seimbangdan sekiranya ia dirasai sebagai melebihi empat jari maka iadinamakan nadi panjang.

    Kelebaran nadi ialah kelebaran denyutan nadi yang dirasai padahujung jari. Sekiranya kelebaran nadi dirasai tidak memenuhi hujung

    jari maka ia dinamakan nadi halus, sekiranya ia dirasai memenuhi

    hujung jari maka ia dinamakan nadi sederhana dan sekiranya ia dirasaimelebihi hujung jari maka ia dinamakan nadi lebar.

    Kedalaman nadi ialah tempat nadi dikesan berdasarkan jaraknyadengan permukaan kulit. Sekiranya denyutan nadi dapat dirasai padapermukaan kulit dan tanpa perlu menekan jari padanya maka iadinamakan nadi luar, sekiranya ia tidak dirasai pada permukaan kulitdan perlukan tekanan yang lemah maka ia dinamakan nadi sederhanadan sekiranya ia tidak dirasai pada permukaan kulit bahkan perluditekan dengan kuat maka ia dinamakan nadi dalam.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    54/72

    209

    1. Kekuatan Quwwah Syahwaniyyah2. Struktur Arteri

    Quwwah syahwaniyyah yang kuat dan struktur arteri yang lembutmenyebabkan berlakunya nadi kuat. Keadaan yang sebaliknyamenyebabkan berlakunya nadi lemah dan keadaan yang sederhanaantara kedua-duanya menyebabkan berlakunya nadi sederhana.

    KELAJUAN DENYUTAN NADI (Cepat-Sederhana-Lambat) : Kelajuan denyutan nadi merujuk kepada kadar denyutan nadi dalamtempoh masa tertentu. Terdapat tiga jenis nadi berdasarkan kelajuandenyutan nadi iaitu nadi cepat, nadi sederhana dan nadi lambat.Penentuan kadar kelajuan denyutan nadi memerlukan pengalamanyang banyak kerana tiada satu ukuran khusus untuk menentukannya,ia boleh dipengaruhi oleh pelbagai perkara seperti umur, jantina,pekerjaan dan bangsa.

    PUNCA KELAJUAN DENYUTAN NADI

    Punca yang menyebabkan berlakunya perbezaan pada kelajuandenyutan nadi ada dua iaitu;

    1. Kekuatan Quwwah Haiwaniyyah2. Kepanasan

    Quwwah haiwaniyyah yang kuat dan kepanasan yang tinggimenyebabkan berlakunya nadi cepat. Keadaan yang sebaliknyamenyebabkan berlakunya nadi lambat dan keadaan yang sederhanaantara kedua-duanya menyebabkan berlakunya nadi sederhana.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    55/72

    210

    TEMPOH HENTIAN NADI ( Berturutan-Sederhana-Terpisah) : Tempoh hentian nadi merujuk kepada tempoh hentian yang beradaantara penghujung kecutan nadi dan permulaan denyutan nadi.Sekiranya tempohnya adalah pendek dan dirasakan seolah-olah setiapdenyutan nadi adalah kurang jelas serta bersambung antara satu samalain, maka ia dinamakan nadi berturutan. Sekiranya tempohnyaadalah panjang dan dirasakan seolah-olah setiap nadi adalah jelas sertaterpisah antara satu sama lain, maka ia dinamakan nadi terpisah.

    Adapun tempoh hentian nadi yang pertengahan antara kedua-duanyadinamakan nadi sederhana.

    PUNCA TEMPOH HENTIAN NADI

    Punca yang menyebabkan berlakunya perbezaan pada tempohhentian nadi ialah keadaan quwwah haiwaniyyah. Quwwahhaiwaniyyah yang aktif mengambil oksigen dan mengepam jantungmenyebabkan tempoh hentian nadi berkurang lalu menyebabkandenyutan nadi seolah-olah bersambung dan ia dinamakan nadiberturutan. Keadaan yang sebaliknya menyebabkan berlakunya naditerpisah dan keadaan pertengahan antara kedua-duanyamenyebabkan berlakunya nadi sederhana.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    56/72

    216

    BAHAGIAN ENAM :PENJAGAAN KESIHATAN

    Penjagaan kesihatan boleh dicapai melalui pengurusan diri samaada yang bersifat umum atau khusus. Penjagaan umum ialahpenjagaan yang perlu diamalkan oleh setiap orang secara umum.Penjagaan khusus pula ialah penjagaan yang perlu diamalkan olehgolongan tertentu berdasarkan aspek yang khusus.

    Penjagaan kesihatan secara jasmaninya bukanlah bertujuanmenjadikan seseorang itu sentiasa muda atau hidup dengan lebihpanjang tanpa kematian. Ini adalah kerana berlakunya satu prosesyang menghalang kedua-dua matlamat tersebut iaitu penuaan (aging). Penuaan merupakan sesuatu yang wajib dihadapi oleh setiap manusiatanpa dapat dielakkan, kecuali bagi mereka yang Allah kehendakisebaliknya.

    Daripada Usamah Ibnu Syarik, beliau telah berkata : Aku telah berada di sisi Nabi SAW, dan orang Badwi datang lalu bertanya , Adakah kami perluberubat?. Maka Baginda SA W menjawab, Ya, wahai hamba -hamba Allahberubatlah, sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakitmelainkan telah dijadikan baginya penawar, kecuali satu penyakit. . Merekabertanya. Apakah ia?. Baginda SA W menjawab , Tua.

    (Riwayat Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad)

    Dalam Perubatan Yunani, proses penuaan dianggap sebagai satuproses yang melibatkan kehilangan cecair tubuh yang menyebabkanberkurangnya sifat basah tubuh. Ia disebabkan oleh kepanasan semula

    jadi yang bersifat menguraikan sifat basah tubuh. Apabila tubuhbersifat terlalu kering maka banyak proses tubuh yang pentingterganggu, lalu menyebabkan berlakunya kematian tabii. Penjagaankesihatan bertujuan menyampaikan manusia kepada kematian jenis

    ini, dengan syarat tiada punca luaran yang bersifat membunuh seperti

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    57/72

    217

    kemalangan atau terjatuh bangunan.

    Dalam Perubatan Moden, teori utama yang selalu dikaitkandengan penuaan ialah teori radikal bebas. Ini bermakna bahan-bahanradikal bebas menyebabkan kerosakan pada organ-organ tubuh,apabila kadar kesan radikal bebas sangat tinggi iaitu setelahmenghadapi tempoh umur yang panjang, maka kesan kerosakantubuh adalah jelas dan kritikal seperti mana yang dapat kita lihat padaorang-orang tua. Walau bagaimanapun, teori ini masih bolehdipertikai kerana peratus kesan radikal bebas pada tubuh bukanlahmenimpa tubuh pada setiap masa, bahkan ia bergantung kepada gayahidup seseorang.

    Peratus kesan radikal bebas adalah seperti kesan bakteria atauorganisma lain. Sekiranya manusia tidak semuanya sakit dandijangkiti organisma pada setiap masa, maka begitulah juga prosespenuaan yang dikaitkan dengan radikal bebas sepatutnya tidakberlaku pada semua orang dan pada setiap masa, tetapi ini bukanlahrealitinya. Apa yang berlaku ialah semua orang menghadapi penuaandan tempoh umur manusia yang mati secara tabii tidaklah jauhbezanya secara purata berdasarkan zaman. Sekiranya teori radikalbebas adalah benar dan merupakan satu-satunya punca penuaan,maka sudah tentu orang yang melawan radikal bebas melaluipengambilan antioksidan mampu hidup untuk tempoh yang sangatlama, bahkan tidak mustahil ia hanya akan mati apabila tibanya HariKiamat, selagi mana mereka tidak ditimpa punca luaran yang bersifatmembunuh.

    Pada pendapat saya buat masa ini, penuaan secara asasnyamungkin disebabkan oleh salah satu daripada dua punca yang akansaya nyatakan, ataupun mungkin juga gabungan kedua-duanya. Puncapertama ialah wujudnya satu sistem kalendar tubuh yang bersifatmengawal segala proses tubuh dari sudut usia. Kalendar tubuh inimenentukan kadar dan jenis tumbesaran yang berlaku pada tubuh.Konsep ini dapat dilihat pada tumbesaran manusia yang bermula dari

    bayi di mana bayi mengalami pertambahan dengan kadar yang sangatlaju dan menambahkan ketinggiannya. Begitulah juga apabilamanusia baligh, tumbesarannya pada ketika ini terfokus padapembinaan bentuk tubuh dan perwatakan sama ada bersifat maskulinatau feminin. Orang yang dewasa tumbesarannya boleh dikatakansebagai sempurna dan stabil. Apabila seseorang itu sudah tua, makakalendar tubuh ini sendiri yang dengan sengaja menentukan agartubuh tidak berfungsi seperti sebelumnya. Perkara ini padahakikatnya adalah normal, namun disebabkan kita menilainya secararelatif dengan fungsi tubuh pada usia sebelum tua, maka kita katakan

    bahawa ia adalah penyakit, tetapi penyakit jenis primer iaitu penyakit

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    58/72

    218

    yang berlaku tanpa diketahui puncanya. Berdasarkan konsep ini,penyakit-penyakit yang biasanya menimpa orang tua dan bersifatmelemahkan tubuh seperti kencing manis dan juga darah tinggi yangdisebabkan oleh berkurangnya sifat elastik pada arteri, boleh dianggapsebagai kategori penyakit tua yang telah dinyatakan oleh Nabi SAWsebagai penyakit yang tiada ubatnya. Namun ini tidak bererti kitaperlu membiarkannya begitu sahaja, sebaliknya kita perlu menukarpersepsi bahawa ia bukanlah penyakit yang boleh dirawat sehinggasembuh, tetapi merupakan keadaan normal yang perlu diuruskanmelalui kaedah penjagaan kesihatan, supaya ia mencapai tahapterakhir penuaan iaitu kematian tabii .

    Adapun perkara kedua yang mungkin menjadi punca bagi prosespenuaan ialah kod genetik khususnya DNA. Sehingga kini kod genetikmasih belum mampu diketahui secara jelas fungsinya bagi setiapbahagian pada DNA, masih banyak bahagian yang belum diterokaiyang mungkin mengandungi pelbagai rahsia ciptaan Allah. Kodgenetik mungkin menyebabkan proses penuaan melalui kepelbagaian

    jenis kodnya, iaitu setiap sifat organ tubuh dari sudut usia,kesemuanya mempunyai kodnya yang tersendiri pada bahagian genyang berbeza. Ini bererti struktur di dalam sel yang berfungsi sebagaipembaca kod genetik untuk diterjemahkan sebagai strukturpengubah organ tubuh (enzim) akan berpindah tempat bacaannyadaripada satu bahagian gen kepada bahagian yang lain berdasarkanmasa. Perubahan struktur organ daripada muda kepada tua bolehberlaku apabila ada kod genetik yang menentukan sifat kuat bagiorgan untuk golongan muda dan ada bahagian lain pula yangmenentukan sifat lemah bagi organ untuk golongan tua. Denganberubahnya tempat bacaan kod genetik daripada bahagian kuatkepada lemah, maka berlakulah perubahan pada struktur organseperti yang dapat kita lihat pada seseorang yang tua berbandingseseorang yang muda.

    Kedua-dua cadangan punca penuaan ini mungkin bergabung danmenghasilkan satu sistem penuaan berdasarkan bahan tertentu yang

    berkonsepkan sistem endokrin yang datang daripada sistem kalendartubuh, kemudian menuju ke sel-sel organ lalu menyebabkanperubahan pada lokasi bacaan kod genetik. Akhirnya berlaku apa yangkita namakan sebagai pendewasaan dan penuaan. Jika gabungan inidikaitkan dengan konsep penuaan dalam Perubatan Yunani, makadapatlah kita katakan bahawa kalendar tubuh mengeluarkan bahantertentu yang merangsang perubahan bahagian bacaan genetik, hasilbacaan gen itu pula menyebabkan struktur organ sedia ada dalamtubuh mengalami penguraian secara beransur-ansur dan ia jugamenyebabkan penerimaan nutrien oleh tubuh juga menjadi semakin

    berkurang sama ada dengan sebab usus yang semakin lemah lalu

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    59/72

    231

    DALAMAN : Rawatan sunnatullah secara dalaman merujuk kepadaperkara abstrak yang melibatkan penggunaan roh semata-mata.Contoh rawatan jenis ini ialah pengetahuan mengenai ilmu lain selainilmu agama, sentiasa berfikir, yakin dengan potensi diri, berselerauntuk makan dan berperasaan gembira.

    UCAPAN : Rawatan sunnatullah secara ucapan merujuk kepadaperkara asbtrak yang melibatkan penggunaan lisan. Contoh rawatan

    jenis ini ialah latihan bercakap supaya sentiasa lancar dan petah,menggunakan nada yang sesuai dengan jenis ucapan dan bercakapdengan menggunakan sebutan yang tepat.

    PERBUATAN : Rawatan sunnatullah secara perbuatan merujukkepada perkara asbtrak yang melibatkan penggunaan anggota badandan pancaindera. Contoh rawatan jenis ini ialah bersenam,menggunakan anggota badan dengan betul dan melakukan gerakantertentu yang sesuai dengan keadaannya seperti yang diamalkandalam fisioterapi.

    FASAL 2 : RAWATAN MATERIAL

    Rawatan material merupakan rawatan yang menggunakan perkarayang bersifat material dan mekanismenya juga bersifat material.Terdapat tiga jenis rawatan material yang akan dinyatakan dalam tigamaqalah seperti berikut;

    Maqalah 1 : Pengurusan ( administration / .(

    Maqalah 2 : Pengubatan ( medication / .(

    Maqalah 3 : Pertanganan ( regimentation / .(

    MAQALAH 1 : PENGURUSAN

    Pengurusan bererti menguruskan enam perkara wajib dalampenjagaan kesihatan. Hal ini adalah kerana terdapat penyakit yangboleh dirawat dengan mudah tanpa sebarang pengubatan ataupertanganan, jadi apa yang perlu dilakukan hanyalah kembali kepadalangkah-langkah asas untuk menjaga kesihatan. Mungkin iamelibatkan sedikit perubahan dan pemanipulasian menurutkeperluan rawatan penyakit.

    Mungkin seseorang itu tidak teratur tidurnya, jadi ia hanya perluuruskan masa tidurnya dengan baik. Mungkin juga seseorang itumakan pada waktu yang kurang sesuai bagi sistem penghadamannya,

    jadi ia hanya perlu aturkan waktu makan kepada waktu yangsepatutnya. Mungkin juga spiritualnya tidak stabil dan tertekan lalu

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    60/72

    232

    ditimpa penyakit, maka penawar penyakit tersebut adalah denganmenenangkan hati dan jiwanya.

    MAQALAH 2 : PENGUBATAN

    Pengubatan bererti melakukan perawatan dengan bahan-bahantertentu yang boleh memperbaiki keadaan tubuh yang sakit. Antaraperkara penting berkaitan pengubatan ialah;

    1. Jenis Ubatan2. Sifat Ubatan3. Penyediaan Ubatan

    JENIS UBATAN

    Terdapat pelbagai cara untuk mengklasifikasikan jenis ubatan.Ubatan boleh dibahagikan berdasarkan beberapa perkara sepertisumbernya, organ sasaran, tahap ketoksikan, fungsinya dan sifatnya.Pembahagian ubatan berdasarkan sifat tabiinya adalah sepertiberikut;

    1. Ubatan Berkonsep Api2. Ubatan Berkonsep Angin3. Ubatan Berkonsep Air4. Ubatan Berkonsep Tanah

    UBATAN BERKONSEP API : Ubatan yang berkonsep api ialah habayang sesuai, sinaran UV atau cahaya tertentu, penggunaan elektrikoleh sesetengah perawat boleh dikategorikan juga sebagai ubatanberkonsep api.

    UBATAN BERKONSEP ANGIN : Ubatan yang berkonsep angin ialahubatan yang bersifat semburan, bauan atau wangian seperti kasturidan anbar.

    UBATAN BERKONSEP AIR : Ubatan yang berkonsep air ialah ubatanyang bersifat cair seperti madu, minyak habbatus sauda dan minyakzaitun.

    UBATAN BERKONSEP TANAH : Ubatan yang berkonsep tanah ialahubatan yang bersifat pepejal, terdapat tiga jenis ubatan berkonseptanah iaitu;

    1. Mineral2. Haiwan

    3. Tumbuhan

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    61/72

    233

    MINERAL : Mineral merujuk kepada bahan-bahan galian yangdiambil daripada bumi seperti garam laut dan garam bukit.

    HAIWAN : Haiwan merujuk kepada haiwan yang boleh digunakanuntuk tujuan perawatan. Contoh haiwan yang boleh digunakan untukperawatan ialah kambing, arnab, lembu dan unta. Organ tertentu padahaiwan adakalanya mempunyai khasiat yang khusus untuk penyakittertentu.

    TUMBUHAN : Tumbuhan merujuk kepada tumbuhan yang bolehdigunakan untuk tujuan perawatan. Terdapat jenis-jenis asas bagitumbuhan iaitu;

    1. Bijirin Asasi (beras, gandum, barli).2. Buah-Buahan (anggur, epal, delima, limau).3. Sayur-Sayuran (bayam, salad, kucai).4. Ubi-Ubian (ubi keledek, ubi kayu, ubi kentang).5. Kekacang (badam, kacang tanah).6. Rempah Ratus (kunyit, bunga cengkih, lada hitam, kayu

    manis).7. Herba (tongkat ali, teja lawang, kacip fatimah).

    Walaupun tajuk ini berkaitan ubatan, ia tidak hanya terbataskepada bahan jenis xenobiotik semata-mata atau biasanya disebutsebagai dadah, bahkan ia merangkumi bahan makanan seharian. Halini adalah kerana makanan seharian juga kebanyakannyamengandungi bahan xenobiotik tertentu seperti allisin pada bawangputih. Sekiranya makanan seharian tidak mengandungi bahanxenobiotik sekalipun, ia tetap boleh digunakan untuk tujuanperawatan, jadi sesuailah untuk kita kategorikan makanan sehariansebagai ubatan. Hippocrates pernah menyatakan bahawa;

    Jadi kan makanan sebagai ubatanmu, jadikan ubatan sebagai makananmu.

    Dalam Perubatan Moden, terdapat sumber-sumber lain bagi ubat-ubatan, contohnya seperti dadah sintetik, insulin daripadapemanipulasian bakteria atau campuran bahan asli dengan bahansintetik. Perubatan Moden juga menggunakan manusia sebagai salahsatu bahan rawatan seperti yang berlaku dalam pendermaan organdan darah.

    SIFAT UBATAN

    Dalam Kimia Moden, ubatan dibahagikan kepada ubatan tidak

    berpolar dan ubatan berpolar. Ubatan tidak berpolar ialah ubatan yang

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    62/72

    234

    tidak mempunyai cas positif atau negatif. Ia tidak mempunyai casbukanlah kerana ia sememangnya tidak mempunyai cas, tetapi iamempunyai cas yang seimbang lalu menyebabkan hasil jumlah casubatan tersebut adalah kosong atau hampir kosong. Adapun ubatanberpolar, ia merujuk kepada ubatan yang mempunyai hasil jumlah cassama ada positif atau negatif. Ubatan kategori ini terdiri daripada dua

    jenis iaitu asid dan alkali.

    Ubatan tidak berpolar mudah meresap ke dalam tubuh melaluipelbagai tempat seperti kulit dan dinding sel. Ubatan berpolar pulamempunyai tempat masuk ke dalam tubuh yang tersendiri sepertilokasi tertentu pada saluran usus.

    Dalam Perubatan Yunani, ubatan dibahagikan berdasarkan sifatmizaj yang empat iaitu panas, sejuk, basah dan kering. Cara untukmengetahui sifat mizaj ini ada dua iaitu melalui ujikaji atau induktifdan juga melalui pengkiasan atau deduktif.

    Melalui kaedah induktif, sesuatu ubatan yang ingin dikaji sifatnyaperlu dirasai sendiri oleh pengkaji dari sudut kesannya kepada tubuhdengan syarat-syarat tertentu. Kaedah ini agak berisiko apabila iamelibatkan bahan bertoksik dan bahaya. Ujikaji ke atas haiwantertentu boleh dilakukan, namun tahap ketepatannya adalah kurangkerana tubuh haiwan berbeza dengan manusia, bahkan sesamamanusia sendiripun berbeza tindak balasnya terhadap ubatan. Jadi,pemilihan ubatan bagi dua pesakit yang mempunyai penyakit yangsama mungkin berbeza. Kaedah yang hampir sama juga digunakandalam Perubatan Moden.

    Kesan ubatan sama ada panas, sejuk, basah atau kering bolehdibahagikan kepada empat tahap seperti berikut.

    Tahap Pertama : Kesannya tidak dapat dirasai melainkan denganpengambilan bahan tersebut secara berulang-ulang dalam kuantitiyang banyak.

    Tahap Kedua : Kesannya dapat dirasai dengan kuantiti yang sedikit,namun ia tidak sampai menimbulkan sebarang kemudaratan kepadatubuh.

    Tahap Ketiga : Ubatan pada tahap ini memberikan kesankemudaratan kepada tubuh, namun ia tidak sampai tahapmembunuh.

    Tahap Keempat : Ubatan pada tahap ini merosakkan tubuh dan

    bersifat membunuh. Ia dinamakan sebagai racun.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    63/72

    235

    Kaedah deduktif pula tidak melibatkan sebarang ujikaji kepadatubuh, sebaliknya ia menggunakan ukuran atau ciri-ciri tertentu padaubatan untuk mengetahui sifatnya. Antara ciri-ciri yang digunakanuntuk menentukan sifat ubatan ialah bau, warna, penerimaan suhudan rasa. Deduktif berdasarkan rasa adalah yang paling menghampiriketepatan berbanding yang lain.

    Antara faktor yang menyebabkan kurangnya ketepatan kaedahdeduktif adalah kerana sesuatu ubatan itu mungkin mengandungipelbagai bahan yang berbeza mizaj, jadi mizaj ubatan tersebutbercampur antara satu sama lain. Ini menyebabkan mizaj sebahagianubatan tersebut sahaja yang terzahir dan dapat dikesan, manakalamizaj sebahagian yang lain pula tersembunyi dan tidak dapat dikesan.

    Deduktif berdasarkan rasa dibuat dengan menggunakan duaperkara iaitu mizaj ubatan dan saiz bahan ubatan. Mizaj yang terlibatadalah panas, sejuk dan pertengahan antara kedua-duanya iaitusederhana. Saiz bahan ubatan yang terlibat adalah kasar, halus danpertengahan antara kedua-duanya iaitu sederhana. Gabungankesemuanya menghasilkan sembilan jenis rasa seperti berikut;

    1. Ubatan yang kasar dan panas rasanya pahit.2. Ubatan yang kasar dan sejuk rasanya pedar.3. Ubatan yang kasar dan sederhana suhu rasanya manis.4. Ubatan yang halus dan panas rasanya pedas.5. Ubatan yang halus dan sejuk rasanya masam.6. Ubatan yang halus dan sederhana suhu rasanya berlemak.7. Ubatan yang sederhana saiz dan panas rasanya masin.8. Ubatan yang sederhana saiz dan sejuk rasanya kelat.9. Ubatan yang sederhana saiz dan sederhana suhu rasanya tawar.

    PANAS SEDERHANA SEJUK

    KASAR Pahit Manis Pedar

    SEDERHANA Masin Tawar Kelat

    HALUS Pedas Berlemak Masam

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    64/72

    245

    PENUTUP

    Alhamdulillah, dengan kehendak Allah dan pertolongan-Nya,maka telah saya siapkan risalah ini. Tidak dinafikan bahawa terlalubanyak kekurangan yang ada dalam risalah ini dan semuanya tidaklain dan tidak bukan tentulah datang daripada kelemahan diri sayasendiri selaku manusia yang lemah, tiada daya dan kekuatanmelainkan dengan izin-Nya jua.

    Inilah satu cetusan daripada saya dalam usaha menyusun kembaliasas-asas ilmu peruba tan yang berlandaskan syariatullah dansunnatullah. Semoga risalah yang serba ringkas ini menjadi langkahpertama bagi langkah-langkah yang seterusnya untukmengintegrasikan ilmu perubatan moden dengan asas-asas agama.Bagi saya usaha ini sangat penting kerana ilmu sains moden secaraumumnya telah tercemar dengan sesetengah falsafah barat yangmembuatkan manusia semakin jauh daripada Allah, bahkan tidakkurang juga yang menyalahgunakan ilmu sains dan teknologi untukmelawan perintah agama dan suruhan Tuhan. Manusia zaman inikhususnya umat Islam perlukan satu acuan yang tersendiri dalammeneroka alam ini beserta undang-undangnya.

    Antara punca kelemahan umat Islam masa kini dalam bidangsains dan teknologi ialah perasaan tidak yakin dengan kemampuandiri sendiri. Umat Islam kebanyakannya terlalu bergantung kepadaperaturan dan etika yang disusun oleh dunia barat tanpa beranimelakukan penilaian dan pengkajian semula. Umat Islam harusberjiwa besar dan sedia mengambil apa sahaja langkah untukmencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam setiap aspekkehidupan. Umat Islam tidak boleh menjadikan bidang yangdiceburinya sebagai sumber pendapatan semata-mata, tetapi perlumeminati dan mengkajinya dengan usaha yang maksimum, hasilnyadunia Islam akan terkehadapan dan umat Islam mampu memimpindunia dalam segala bidang insyaAllah, ia tidak terhad kepada ilmusains dan teknologi semata-mata.

    Namun, asas-asas dan prinsip-prinsip agama Islam tidak bolehditinggalkan atau diabaikan kerana itulah satu-satunya aset yangpaling berharga bagi umat Islam. Ajaran agama sahajalah yang dapatmembimbing umat Islam agar mencapai kemuncak ketamadunanyang hakiki iaitu ketamadunan rohani, bukan seperti barat yang gahdengan pencapaian teknologinya namun telah kehilangan nilai-nilaiakhlaq dan adab dalam kehidupan. Umat Islamlah yang perlumenunjukkan contoh kepada dunia tentang bagaimanamenguruskan kehidupan menuju kepada ketamadunan yang tinggi

    dan suci.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    65/72

    246

    Semoga Allah mengampuni segala kesalahan dan kesilapan sayadalam menghasilkan risalah ini. Teguran, cadangan dan kritikanmembina ke arah memantapkan lagi risalah ini amatlah dialu-alukan. Saling berpesan pada kebenaran merupakan sifat umat Islamdan itulah juga sifat mereka yang tidak berada dalam kerugian.Segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat Kekasih-Nya NabiMuhammad SA W. Wallahualam.

    Nasir Sobri

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    66/72

    247

    RUJUKAN

    RUJUKAN BAHASA ARAB

    1. Al-Quran.2. As-Sunnah.3. At-Tibb An-Nabawi, Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah. 4. At-Tibb An-Nabawi, Imam Syamsuddin Az-Zahabi.5. At-Tibb An-Nabawi, Imam As-Suyuti. 6. Al-Qanun Fi At-Tibb, Ibnu Sina. 7. Al-Mujaz Fi At-Tibb, Ibnun Nafis. 8. Al-Kulliyyat Fi At-Tibb, Ibnu Rusyd. 9. Al-Hawi Fi At-Tibb, Ar-Razi. 10. Al-Masail Fi At-Tibb, Hunain Ibnu Ishaq. 11. Kamil As- Sinaah At -Tibbiyyah, Ali Ibnu Abbas Al-Ahwazi. 12. Ulama Al -Arab, Ad-Duktur Yusuf Farhat. 13. Ihya Ulum Ad -Din, Imam Al-Ghazali. 14. Hujjatullah Al-Balighah, Syah Waliyyullah Ad-Dahlawi. 15. At-Tibb Ar-Ruhani, Ibnul Jauzi. 16. Sirr Al-Asrar, Syaikh Abdul Qadir Al -Jailani. 17. An-Nasaih Ad-Diniyyah Wal Wasaya Al-Imaniyyah, Syaikh

    Abdullah Al-Haddad. 18. An- Nabd Lil Mutaallimin Li Jalinus, Hunain Ibnu Ishaq. 19. Asy- Syifa, Ibnu Sina.

    20. Syarhu Tasyrih Al-Qanun, Ibnun Nafis. 21. An-Nafs Wa Ar-Ruh, Imam Fakhruddin Ar-Razi. 22. Al-Futuhat Al-Makkiyyah, Ibnu Arabi. 23. Ar-Rahmah Fit Tibb Wal Hikmah, Imam As-Suyuti. 24. Majmua h Ar-Rasail, Imam Hasan Al-Banna. 25. Madarijus Salikin, Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah.26. Ad- Da Wa Ad -Dawa, Imam Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah. 27. Rasail Asy-Syajarah Al-Ilahiyyah, Syaikh Syamsuddin Asy-

    Syahrazuri.

    RUJUKAN BAHASA MELAYU

    1. Perubatan Jawi, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad. 2. Inilah Pegangan Kami, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad. 3. Mari Bersama Kami, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad. 4. Teori-Teori Asas Perubatan Ibnu Sina, Dr. Mohd Hilmi Bin

    Abdullah. 5. Tatacara Penjagaan Kesihatan Menurut Ibnu Sina, Dr. Mohd Hilmi

    Bin Abdullah. 6. Rawatan Umum Dalam Perubatan Ibnu Sina, Dr. Mohd Hilmi Bin

    Abdullah.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    67/72

    248

    RUJUKAN BAHASA INGGERIS

    1. Translation Of Canon Of Medicine, Oskar Cameron Gruner. 2. Translation Of Canon Of Medicine, Jamia Hamdard, India. 3. The Traditional Healers Handbook, Hakim Moinuddin Chishti. 4. Textbook Of Medical Physiology (12 th Edition), Guyton & Hall. 5. Review Of Medical Physiology (23 rd Edition), William Francis

    Ganong. 6. Introduction To Al-Umur At- Thabiiyyah, Hakim Sayed Ishtiaq

    Ahmed.

    KAMUS

    1. Lisan Al- Arab, Ibnu Manzur. 2. Mujam An -Nafais Al-Kabir, Dar An-Nafais. 3. Al- Mujam Al -Wasit, Majma Al-Lughah Al-Arabiyyah. 4. Al-Mughni Al-Farid, Hasan Said Al-Karmi. 5. Kamus Al-Marbawi, Syeikh Idris Al-Marbawi.6. Oxford Advanced Learners Dictionary (7th ), Oxford University

    Press.7. Kamus Al-Miftah, Al-Azhar Media Sdn. Bhd.

    LAMAN WEB

    1. www.greekmedicine.net 2. www.al-mostafa.com 3. www.adelaide.edu.au4. www.ucl.ac.uk 5. www.prpm.dbp.gov.my 6. www.wikipedia.org 7. www.naturalnews.com8. www.ncbi.nlm.nih.gov 9. www.globinmed.com 10. www.elib.hbi.ir

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    68/72

    249

    BIODATA PENULIS

    Penulis Risalah Ilmu Perubatan ialah Muhammad NasiruddinBin Mohd Sobri. Dilahirkan di Pulau Pinang.

    Memulakan pendidikan tahap menengah di Sekolah MenengahKebangsaan Agama (SMKA) Al-Mashoor Lelaki Pulau Pinang,kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Berasrama PenuhIntegrasi Kubang Pasu (SBPIKP) Kedah dalam aliran Sains Tulen

    Agama.

    Seterusnya memulakan pendidikan tahap pengajian tinggi diKolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dalam

    jurusan Diploma Tahfiz Al-Quran aliran syariah. Sebelum sempatmenamatkan pengajian di KITAB, pengajian diteruskan di UniversitiSains Islam Malaysia (USIM) Negeri Sembilan dalam jurusanTamhidi Syariah Dan Undang -Undang. Pengajian di USIM jugaterhenti setelah bertukar ke Universiti Al-Azhar Mesir dalam jurusanIjazah Sarjana Muda Perubatan.

    Mempelajari asas ilmu perawatan komplementari daripadabeberapa orang herbalis HPA seperti Tuan Haji Ismail Bin Haji

    Ahmad, Ustaz Abdul Hadi Bin Mad Isa dan Ustaz Sabri Bin Ahmad. Antara karya dalam bidang perawatan ialah kertas kerja Asas Bekamdan juga kertas kerja Asas-Asas Ilmu Perubatan yang merupakancetusan awal bagi penghasilan buku Risalah Ilmu Perubatan.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    69/72

    250

    PANDUAN PEMBACA

    Sebagai panduan bagi para pembaca, pengkaji dan peminat ilmu,ketahuilah bahawasanya penulisan saya dalam mana-mana bidangterbahagi kepada tiga peringkat iaitu;

    1. Risalah2. Maqalah3. Takmilah

    Risalah merupakan peringkat yang paling asas. Maqalah ialahperingkat yang sederhana. Peringkat Takmilah pula merupakanperingkat yang tinggi, ia melibatkan perbincangan yang mendalamtentang sesuatu bidang. Contohnya ialah;

    1. Risalah Ilmu Perubatan2. Maqalah Ilmu Perubatan3. Takmilah Ilmu Perubatan

    Jadi buku Risalah Ilmu Perubatan ini merupakan buku yangsangat asas dalam bidang perubatan. Ia hanya memberi kefahamanumum mengenai perubatan, tidak cukup untuk menjadikanpembacanya sebagai seorang doktor atau perawat.

  • 8/12/2019 Risalah Ilmu Perubatan - Nasir Sobri (Preview)

    70/72

    251

    HASRAT PENULIS

    Penulis berhasrat untuk menulis beberapa penulisan dalam tajuk-tajuk berikut;

    1. Perubatan Moden.2. Perubatan Ibnu Sina (Yunani-Arab).3. Perubatan Tradisional Mela