ucapan ketua audit negara di majlis sambutan … audit... · pertama-tamanya marilah kita...

8
UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI MAJLIS SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 50 JABATAN AUDIT NEGARA DI AKADEMI AUDIT NEGARA 27 OGOS 2007 Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan semesta alam yang mengizinkan kita semua berhimpun dalam satu majlis yang bersejarah dan penuh bererti ini sempena sambutan ulang tahun ke 50 Kemerdekaan tanah air kita. 2. �����Kita bergembira dan bersyukur kerana menerusi perhimpunan ini kita sama-sama dapat mengimbas kembali sumbangan warga audit kepada pembangunan negara setengah abad yang lepas selain mengenangkan jasa- jasa mereka yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Saya mengucapkan Selamat Datang kepada semua yang telah sudi menerima undangan kita menjayakan sambutan ini, yang juga turut diikuti oleh warga audit di negeri-negeri menerusi sidang video. 3. �����Kemerdekaan tentunya membawa erti yang besar kepada kita semua, bukan sahaja terlepas dari belenggu penjajah tetapi memikul tanggungjawab bagi memastikan negara kita terus aman, stabil dan terus

Upload: vanhanh

Post on 09-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI MAJLIS SAMBUTAN … Audit... · Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan ... diperkenalkan oleh penjajah untuk kepentingan mereka

UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI

MAJLIS SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 50

JABATAN AUDIT NEGARA DI

AKADEMI AUDIT NEGARA

27 OGOS 2007

Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan semesta

alam yang mengizinkan kita semua berhimpun dalam satu majlis yang

bersejarah dan penuh bererti ini sempena sambutan ulang tahun ke 50

Kemerdekaan tanah air kita.

2. �����Kita bergembira dan bersyukur kerana menerusi perhimpunan

ini kita sama-sama dapat mengimbas kembali sumbangan warga audit kepada

pembangunan negara setengah abad yang lepas selain mengenangkan jasa-

jasa mereka yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara kita.� Saya

mengucapkan Selamat Datang kepada semua yang telah sudi menerima

undangan kita menjayakan sambutan ini, yang juga turut diikuti oleh warga audit

di negeri-negeri menerusi sidang video.

3. �����Kemerdekaan tentunya membawa erti yang besar kepada kita

semua, bukan sahaja terlepas dari belenggu penjajah tetapi memikul

tanggungjawab bagi memastikan negara kita terus aman, stabil dan terus

Page 2: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI MAJLIS SAMBUTAN … Audit... · Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan ... diperkenalkan oleh penjajah untuk kepentingan mereka

menikmati taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih baik dan lebih selesa.�

Kemajuan yang dicapai setakat ini, antaranya disebabkan kecemerlangan

pelaksanaan dasar-dasar dan program-program Kerajaan yang bersandarkan

kepada kecekapan dan prinsip-prinsip akauntabiliti dan integriti.� Kini negara

kita diambang menjadi negara maju menjelang 2020 yang menjanjikan taraf

hidup dan keselesaan yang lebih baik.� Pada hemat saya, perkhidmatan awam

kita mampu menganjakkan kecemerlangannya ke tahap yang lebih tinggi dengan

sentiasa memperlihatkan perkhidmatan yang cekap, berakauntabiliti dan

berintegriti.� Di manakah letaknya peranan juruaudit sekarang dan di masa

hadapan, berbanding dengan 100 tahun lalu semasa institusi audit mula

diperkenalkan oleh penjajah untuk kepentingan mereka dan berbanding dengan

50 tahun dahulu tatkala negara kita mula merdeka?

4. ������50 tahun adalah satu tempoh yang agak lama dan boleh

mendewasakan seseorang.� Begitu juga perkhidmatan awam kita telah

menjalani berbagai-bagai transformasi dari berfokus kepada tugas maintenance

of law and order kepada development administration dan seterusnya menjadi

fasilitator dan pacesetter untuk membantu sektor swasta menjadi engine of

growth ekonomi negara kita.� Begitu pesat sekali negara kita membangun,

sehinggakan kita boleh berasa bangga dengan pencapaian ini. Kepesatan

pembangunan tentunya melibatkan penggunaan wang awam, yang sentiasa

bertambah dari tahun ke setahun kerana pemerintah begitu komited dengan

pelaksanaan dasar-dasar, program-program dan projek-projek yang dapat

menghasilkan pertumbuhan ekonomi, kestabilan negara dan keharmonian

Page 3: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI MAJLIS SAMBUTAN … Audit... · Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan ... diperkenalkan oleh penjajah untuk kepentingan mereka

masyarakat.� Kalau 50 tahun dahulu, juta itu sudah cukup besar, pada hari ini

bilion sudah menjadi lumrah.

5. ������Perjuangan warga audit untuk memastikan wujudnya

akauntabiliti dan integriti dalam perbelanjaan wang awam sudah terjalin sekian

lama.� Namun perjuangan ini perlu diteruskan malah dimantapkan dengan

semangat kerja yang gigih untuk membanteras sebarang bentuk pemborosan,

pembaziran dan penyelewengan di kalangan penjawat awam yang telah

diamanahkan untuk membelanjakan wang awam, menjaga harta awam

dsbnya.� Ini adalah perjuangan yang suci dan dituntut supaya gejala-gejala

negatif ini dapat diminimumkan, kalaupun tidak dapat dihapuskan sama sekali.�

Bahkan inilah cara atau paksi bagaimana kita sebagai juruaudit menterjemahkan

patriotisme kita pada negara.� Kita tidak harus terpesona dengan perbelanjaan

Kerajaan yang besar-besar kalau ia mengandungi unsur-unsur negatif tadi yang

timbul daripada sifat-sifat ketidakcekapan, kecuaian dan rasuah.� Perbelanjaan

awam yang kian bertambah seharusnya menyedarkan warga audit betapa

mencabarnya profesion audit awam pada masa sekarang dan pada masa akan

datang dalam konteks perkhidmatan awam meniti peredaran masa dunia yang

bersifat global, yang semakin canggih teknologinya namun tidak kebal daripada

unsur-unsur negatif yang saya sebut tadi.

6. ������Warga audit hari ini mewarisi tradisi profesionalisme warga

audit yang berkhidmat lebih awal sewaktu negara mencapai kemerdekaan.�

Page 4: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI MAJLIS SAMBUTAN … Audit... · Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan ... diperkenalkan oleh penjajah untuk kepentingan mereka

Untuk itu kita berterima kasih dan menghargai sumbangan bakti warga audit

yang telah mendahului kita, ada yang telah meninggal dunia, ramai yang sudah

bersara dan ada juga yang sudah meninggalkan perkhidmatan.� Kepada

mereka semua, saya bagi pihak warga audit yang sedang berkhidmat

mengucapkan syabas dan tahniah semoga Tuhan memberkati segala usaha dan

keringat mereka dalam menegakkan akauntabiliti dan integriti dalam

perkhidmatan awam kita.� Jasa dan sikap patriotisme mereka tetap kita kenang

dan seharusnya menjadi sumber inspirasi kepada kita yang sedang

berkhidmat.� Yang baik dijadikan teladan, yang buruk itu dijadikan

sempadan.� Saya memang berminat untuk mendokumentasikan pengalaman-

pengalaman penting dan kisah benar warga audit yang tidak lagi berkhidmat

semoga generasi warga audit yang sedang berkhidmat atau yang bagi

berkhidmat dapat mempelajari daripada pengalaman-pengalaman ini.� Oleh itu

bantulah kami untuk merealisasikan hajat ini.

7. ������Selepas 50 tahun, sistem dan profesion audit awam kita

tentulah telah menjalani pelbagai perubahan sejajar dengan perubahan semasa,

aspirasi negara dan juga perkembangan teknologi.� Tumpuan kita tidak lagi

terhad kepada financial audit dan spot audit.� Kini, performance audit perlu

diperbanyakkan.� Bidang-bidang baru pengauditan sedang kita teroka.� Cara

kita bekerja pun sudah berubah.� Misalnya jawatan W17 tidak lagi sesuai

disebabkan penggunaan komputer dalam pengauditan.� Sistem perakaunan

Page 5: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI MAJLIS SAMBUTAN … Audit... · Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan ... diperkenalkan oleh penjajah untuk kepentingan mereka

Kerajaan pun telah berubah dengan adanya ESPKB, SPEKS dan SAGA yang

memungkinkan penyediaan penyata kewangan dan pengauditan dengan lebih

cekap dan tepat. Kita bersyukur kerana sama-sama dapat menikmati inovasi-

inovasi dalam teknologi seperti penggunaan komputer, internet, faks dan akhir-

akhir ini sistem video-conferencing yang banyak membantu dalam tugas-tugas

kita.� Syabas saya ucapkan kepada mantan-mantan Ketua Audit Negara di atas

foresight mereka melengkapkan warga audit dengan alat pengurusan yang saya

nyatakan tadi ditambah dengan infrastruktur latihan yang� canggih.� Di

samping itu pendekatan �balanced report� telah mengubah persepsi auditi

terhadap Jabatan Audit sebagai badan yang suka mencari salah kepada badan

yang dapat mengesyorkan penambahbaikan-penambahbaikan yang boleh

disusuli oleh pihak auditi.� Kita bukan sahaja menegur, kita juga membantu

menerusi aktiviti-aktiviti yang bersifat proaktif.

8. ������Dewasa ini kerelevenan dan kredibiliti pengauditan awam di

mata masyarakat sentiasa mendapat perhatian kita dengan berlakunya beberapa

anjakan dalam pendekatan audit kita.� Kalau dahulu �bread and butter� kita

tertumpu pada pengesahan penyata kewangan dan pengauditan kewangan, kini

ruang lingkup kita telah meluas kepada bidang-bidang baru seperti pengauditan

prestasi, pengauditan anak syarikat Kerajaan, pengauditan ICT, pengauditan

alam sekitar, pengauditan penswastaan air dan baru-baru ini pengauditan

bangunan yang mana hasil daripada usaha-usaha kita dapat diketengahkan

kepada golongan yang membuat dasar.

Page 6: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI MAJLIS SAMBUTAN … Audit... · Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan ... diperkenalkan oleh penjajah untuk kepentingan mereka

9. ������Pada tahun hadapan pula, InsyaAllah, kita akan

memperkenalkan sistem index akauntabiliti yang kita harap dapat mendorong

auditi kita untuk menambahbaikkan pengurusan kewangan mereka secara�

terterusan dan memastikan kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan

tidak berulang.� Pada hemat saya, sistem ini memungkinkan �benchmarking�

dilakukan dari segi prestasi pengurusan kewangan ke arah membudayakan

pengurusan kewangan yang cemerlang.��

10. ����Satu lagi perkara yang akan diberi penekanan ialah

memperkasakan modal insan dalam pengauditan awam, sama ada yang luar

mahupun yang dalam.� Ini amat penting saya rasa dalam menjamin kualiti

pengauditan negara, apatah lagi akhir-akhir ini banyak muka baru yang ingin

berkecimpung dalam bidang pengauditan.� Jabatan Audit Negara telah

membuat lonjakan kuantum dengan menubuhkan Akademi Audit Negara,

institusi latihan dan kurikulum yang ulung bagi pengauditan sektor awam.�

Akademi yang mula beroperasi pada bulan September 2005 menyediakan

program latihan yang sistematik bagi meningkatkan kompetensi juruaudit dalam

melaksanakan tugas pengauditan.� Apa yang membanggakan ialah Akademi

Audit Negara juga telah diiktiraf sebagai course provider di bawah program

Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) bagi pengauditan prestasi

dan ICT dan mungkin kepada kursus lain pada masa hadapan.� Ini merupakan

dimensi baru yang exciting dalam konteks keinginan kita untuk berkongsi

Page 7: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI MAJLIS SAMBUTAN … Audit... · Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan ... diperkenalkan oleh penjajah untuk kepentingan mereka

pengalaman dan membantu negara-negara sedang membangun yang

memerlukan bantuan kita.� Selain itu kita berhasrat menjalin kerjasama dan

mengeratkan hubungan antara Institusi Utama Audit dan memperkenalkan

Malaysia kepada negara-negara yang terlibat.

11. ����Selepas 50 tahun Merdeka, kita kini diambang mempunyai

bangunan pejabat cawangan audit sendiri di negeri-negeri. Alhamdulillah di

bawah RMKe 9, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta

untuk membina pejabat cawangan audit iaitu Shah Alam, Ipoh, Kuantan dan

Kuala Terengganu.� Manakala di bawah Private Finance Initiative, Jabatan

telah diperuntukkan sejumlah RM53 juta bagi pembinaan pejabat cawangan

audit di Melaka, Kota Bharu dan Seremban.� Ini tidak termasuk kos perolehan

tapak/tanah.

12. ����Bagi menghadapi dan menangani cabaran-cabaran� masa

sekarang dan akan datang, warga audit sentiasa disarankan supaya

menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka serta bersikap proaktif

semasa menjalankan tugas dalam kewajipan bersama kita meningkatkan kualiti

pengauditan.� Sambil kita memperbanyakkan latihan-latihan untuk warga audit

meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka, terutama dalam

bidang-bidang baru yang dinyatakan tadi, warga audit yang mengetuai unit-unit

dan bahagian-bahagian dalam Jabatan dan juga di negeri haruslah

mempamerkan kepimpinan yang dinamik dan progresif agar semangat

Page 8: UCAPAN KETUA AUDIT NEGARA DI MAJLIS SAMBUTAN … Audit... · Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan ... diperkenalkan oleh penjajah untuk kepentingan mereka

berpasukan dapat dijalin dengan berkesan selaras dengan visi dan misi Jabatan

kita.�

13. ����Dalam pada itu, semua warga audit, tidak kira di mana mereka

bertugas, hendaklah menghayati nilai-nilai dan mematuhi segala peraturan

Kerajaan supaya Jabatan kita ini dilihat sebenar-benarnya sebagai Jabatan

contoh.� Kita tidak mahu dilihat sebagai Jabatan yang pandai menegur mereka

yang melanggar peraturan tetapi ia sendiri tidak ikut peraturan.� Saya sedar ini

bukanlah perkara yang mudah tetapi jika ada kesedaran dan kemahiran saya

percaya bukan mustahil dilakukan.� Saya percaya berkat kepimpinan dan

kerjasama yang berkesan di semua peringkat, perkara ini mudah dilakukan.

14. ����Akhir kalam, inginlah saya menyeru agar warga audit sekalian

membuktikan kesyukuran kita di atas segala nikmat kemerdekaan ini dengan

terus meningkatkan kualiti kerja kita supaya institusi audit terus dihormati oleh

stakeholders kita.� Marilah kita berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan

prinsip akauntabiliti dan integriti sentiasa dihayati oleh warga perkhidmatan

awam.

15. ����Saya tidak lupa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih

kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran majlis yang bermakna ini.