prlbumi dan penjajah: gerakan tentangan di malaysia · 2017. 3. 7. · pribumi dan penjajah:...

43
PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALI, PH.D.· PENDAHULUAN Kehadiran dan penglibatan Portugis, Belanda, Siam dan British (Syarikat Hindia TImur Inggeris dan kerajaan British di Semenanjung Tanah Melayu, Kerajaan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah) mencetuskan tentangan daripada kalangan tertentu penduduk pribumi. Gerakan tentangan tersebut dipimpin oleh tokoh-tokoh pentadbir, agama dan rakyat biasa. Gerakan tentangan ini dapat dipatahkan oleh pihak penjajah. Walaupun berkesudahan dengan kegagalan tetapi ia menjadi bukti nyata penduduk tempatan tidak menerima kedatangan dan penglibatan penjajah dalam negeri mereka dengan hati yang terbuka. GERAKAN MENENTANG PORTUGIS Portugis yang mempunyai matlamat mendapat sumber ekonomi di timur dan penyibaran agama kristian telah berjaya menakluki Goa, di pantai barat India pada tahun 1510. Kemudiannya mereka datang ke Melaka untuk menjalankan perniagaan. Saudagar Islam yang ada di Melaka bimbang dengan kedatangan Portugis ini. Mereka mempengaruhi Bendahara 1\10 Mutahir menghalau orang Portugis ini. Dengan itu Bendahara Tun Mutahir menahan beberapa orang Portugis. Rombongan Portugis memohon dibebaskan tetapi tidak dilayan. Dengan itu beliau pulang ke Portugal membuat laporan. 1 Angkatan Portugis dihantar oleh Raja Emanuel, Portugal di bawah pimpinan Diogo Mendes de Vasconcelos. Namun begitu angkatan ini dihalang Penulis adalah Prof. Madya di Jabatan Sejarah. Universiti Malaya, I MJ . Pintado (collected. translated and rumoted), Portuguese Documents On Malacca Volume J (Kuala Lumpur: National Archives of Malaysia, 1993), him. 49-53. 1

Upload: others

Post on 11-Nov-2020

33 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALI, PH.D.·

PENDAHULUAN

Kehadiran dan penglibatan Portugis, Belanda, Siam dan British (Syarikat Hindia TImur Inggeris dan kerajaan British di Semenanjung Tanah Melayu, Kerajaan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah) mencetuskan tentangan daripada kalangan tertentu penduduk pribumi. Gerakan

tentangan tersebut dipimpin oleh tokoh-tokoh pentadbir, agama dan rakyat biasa. Gerakan tentangan ini dapat dipatahkan oleh pihak penjajah. Walaupun berkesudahan dengan kegagalan tetapi ia menjadi bukti nyata penduduk tempatan tidak menerima kedatangan dan penglibatan penjajah dalam negeri mereka dengan hati yang terbuka.

GERAKAN MENENTANG PORTUGIS

Portugis yang mempunyai matlamat mendapat sumber ekonomi di timur dan penyibaran agama kristian telah berjaya menakluki Goa, di pantai barat India pada tahun 1510. Kemudiannya mereka datang ke Melaka untuk menjalankan perniagaan. Saudagar Islam yang ada di Melaka bimbang dengan kedatangan Portugis ini. Mereka mempengaruhi Bendahara 1\10 Mutahir menghalau orang Portugis ini. Dengan itu Bendahara Tun Mutahir menahan beberapa orang Portugis. Rombongan Portugis memohon dibebaskan tetapi tidak dilayan. Dengan itu beliau pulang ke Portugal membuat laporan. 1

Angkatan Portugis dihantar oleh Raja Emanuel, Portugal di bawah pimpinan Diogo Mendes de Vasconcelos. Namun begitu angkatan ini dihalang

• Penulis adalah Prof. Madya di Jabatan Sejarah. Universiti Malaya, I MJ. Pintado (collected. translated and rumoted), Portuguese Documents On Malacca

Volume J (Kuala Lumpur: National Archives of Malaysia, 1993), him. 49-53.

1

Page 2: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dari segi SEJARAH

Alfonso de A1burquerque di Goa. Ma!ah Diago Mendes de Vasconcelos dipenjarakan. Alfonso de Alburquerque mengarnbil a!ih tugas pimpinan bergerak dari Goa ke Pidi, Sumatera dan seterusnya ke Melaka.' Setelah gaga! mencapai kata sepakat, peperangan meletus di antara Melaka dengan Portugis. Angkatan Melaka di bawah Sultan Ahmad, putera Sultan Mahmud gaga! mengatasi angkatan Portugis.3 Akhirnya Melaka ditak.1uki oleh POrtugis pada 24 Ogos 1511.

Kemenangan Portugis ini menyebabkan pusat pentadbiran kerajaan Melaka berpindah randah. Wa!aupun dalarn keadaan demikian Sultan Mahmud masih melancarkan serangan terhadap Portugis di Melaka. Ketika bersemayarn di Johor, Sultan Mahmud beberapa kali melancarkan serangan. Sementara itu Portugis pula melancarkan serangan ke atas pusat pentadbiran Sultan Mahmud. Misalnya Portugis melancarkan serangan terhadap Sultan Mahmud di Pulau Bintan pada tahun 1521, 1523 dan 1524. Tetapi serangan Portugis ini dapat diatasi oleh angkatan Sultan Mahmud. Apabila Portugis melancarkan serangan lagi pada tahun 1526, angkatan Sultan Mahmud di Bintan gaga! mematah­kannya. Setelah Kota Kara ditawan Portugis, di atas nasihat para pembesar Sultan Mahmud berundur ke Karnpar. Baginda mangkat di sini pada tahun 1528.'

Sultan Mahmud digantikan oleh putera baginda, bergelar SUltan A1auddin Riayat Shah II dan bersemayam di Johor. Kini Johor memainkan peranan sebagai pusat kerajaan Melaka dahulu. Kewujudan kerajaan Johor di bawah pemerintahan Sultan keturunan kesultanan Melaka ini mencurigai Portugis di Melaka. Dengan matlarnat mengawal perdagangan di perairan Selat Melaka, Portugis melancarkan serangan ke atas Johor, misalnya pada tahun 1535, 1536 dan 1587.' Serangan ini menyebabkan pusat pentadbiran Johor seringkali berpindah. Pada awal kurun ke-17 Belanda datang di perairan Johor. Berikutnya pada tahun 1602 persahabatan Johor-Belanda dijalin. Persahabatan ini berterusan sehingga!ah Johor membantu Belanda melancarkan serangan ke

2 Luis Filipe F. Reis Thomaz. Nina Chatu and the Portuguese Trade in Malacca (8andar Melaka: Luso-MaJaysian Books. 1991 ). him. 25.

3 Perjuangan angkatan Melaka ada digambarkan dalam buku Sejaroh Meloyu . Untuk keterangan lebih jeJas lagi boleh Iihal W.G. Shallebear Sejorah Meloyu (Pctaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd .. 1985), him. 202-205.

4 Suyong Adil. Sejarah Melaka (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1973), hIm. 83-87. W.G. Shallabear (diusahakan). Sejarah Melayu. him. 211 -213 .

5 L.Y. Andaya. The Kingdom of lOMr 1641 -1728: Economic and Political Developmenls (Kuala Lumpur: Oxford University Press . 1975). him. 23 .

2

Page 3: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan; Be1anda berkuasa di Melaka.

GERAKAN MENENTANG BELANDA

Pendudukan Belanda di Melaka ditentang oleh penduduk Naning. Belanda bertindak balas melancarkan serangan ke alas NaDing pada tahun 1643. Naning yang gagal menghadapi angkatan Belanda menandatangani perjanjian pada tahun tersebut. Di antara syarat yang disetujui. NaDing sanggup menghantar satu persepuluh hasil tahunannya kepada Belanda di Melaka' Walaupun demikian Belanda tidak pernah memaksa NaDing menghantar hasil tersebut. Sebaliknya Be1anda pernah meminta 400 gantang padi sahaja 7 Belanda yang bertapak di Melaka ingin menguasai perniagaan bijih timah di Selat Melaka, terutamanya di Perak. Setelah mendapat bantuan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Aceh, Belanda berjaya mendapat tandatangan Sultan Muzaffar Shah II membuka gudang di Perak. Walaupun begitu hasrat Belanda memonopoli perdagangan bijih timah di Perak tidak berhasil. Pada tahun 1651 loji Belanda di Kuala Perak telah diserang dan semua orang Belanda yang ada di situ dibunuh. Serangan ini menyebabkan Belanda menutup loji di Perak. Kemudiannya datang lagi membina loji di Pulau Pangkor. Kehadiran orang Belanda kali ini tidak juga disukai oleh penduduk tempatan. Mereka tidak memenuhi hasrat Belanda membeli semua bijih timah Perak. Malah penduduk Perak melancarkan serangan terhadap kapal dagang Belanda yang berlayar di persisiran pantai Perak pada tahun 1676 dan 1677. Serangan ini menyebabkan Belanda mengukuhkan lagi kawalan di Pulau Pangkor. Namun begitu kekuatan ini tidak menghalang serangan Panglima Kulup Ali dan pengikutnya pada tahun 1690. Rarnai orang Belanda yang terkorban dan mereka meninggalkan kubu tersebut'

Pada tahun 1782 berlaku perselisihan Johor-Belanda yang menyebabkan Belanda menghantar tentera mengepung Riau di bawah pimpinan Laksarnana

6 T Braddell. "Notes on Naning, with A Brief Notice of the Naning War", J/AEA, New Series Vol. I. 1856, him. 194-195.

7 C.O. 273/1, "Cbapter VlII - Ma1acca Naning War'. him. 410. L.A. Mills. British Malaya 1824·67 (Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1966), him. 116. Haji Mubim Sheppard, ''The Tomb of Dato Abdul Said Dato Naning", Malaysian in History. Vol. X. No. I, 1967, him. 33·34. RJ. Wilkinson (ed.), Papers on Malay Subjects (Kuala Lum· pur: Oxford University Press, 1971), him. 301.

8 Abdullah Zakaria bin Gbazali, "Pernl<, 1651-1955: Sam TUljauan Mengen'; Pe~uangan Orang Melayu", Adnan Haji Nawang (disunting oteh), Perak Dahulu Dan Sekarang (Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. 1988). hlm. 160.

3

Page 4: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dar; seg; SEJARAH

1bger Aboe pada ta/lUn 1782. Kehadiran angkatan Belanda ditentang oleh pasukan Johor. Sementara pasukan Johor mempertahankan serangan Belanda, Sultan Ibrahim Selangor bersama pengikut baginda dengan bantuan Rembau melancarkan serangan ke atas Belanda di Melaka pada tahun 1783. TIndak balas pasukan Johor ini menyebabkan Belanda diperintahkan pulang ke Melaka. Sultan Ibrahim berangkat ke Riau menemui bapa saudaranya, Yamtuan Muda Raja Haji untuk mendapatkan bantuan Johor. Raja Haji pula, kerana dijemput oleh anak saudaranya sendiri, SUltan Ibrahim dan perang jihad beliau mengambil keputusan untuk ikut serta dalam peperangan menentang Belanda di Melaka. Dengan diikuti oleh Sultan Mahmud Johor, Yamtuan Muda Raja Haji berangkat ke Melaka. Apabila sampai di Muar, Sultan Mahmud dinasihatkan bersemayam di sini ; Yamtuan Muda Raja Haji berangkat ke Melaka. Dalam peIjuangan tersebut Yamtuan Muda Raja Haji mangkat di Teluk Ketapang, Melaka pada tahun 1784. Kemangkatannya menyebabkan pasukan Selangor dan Johor pulang ke negeri masing-masing.

TIdak berapa lama setelah Sultan Ibrahim pulang ke Selangor, angkatan Belanda melancarkan serangan ke atas Kuala Selangor, pusat pentadbiran Sultan Ibrahim pada bulan Julai 1784. Sultan Ibrahim gagal mempertahankan Kuala Selangor berundur ke Hulu Selangor dan seterusnya ke Pahang. Setelah beIjaya menawan Kuala Selangor, kubu di atas Bukit Selangor dinamakan Kota Altingsburg, sempena nama Gabenor Jeneral Belanda pada ketika itu: kubu di atas Bukit Tanjung Keramat pula dinamakan Kota Utrecht, sempena nama kapal di bawah pimpinan Jacob Pieter van Braam yang berjaya mengalahkan Yamtuan Muda Raja Haji. Pihak Belanda telah melantik Raja Muhammad Ali, berasal dari Siak yang membantunya sebagai Pemangku Sultan Selangor dan dibantu oleh anak saudaranya, Syed Ali. Kemudiannya Raja Muhammad Ali yang berselisih faham dengan Belanda pulang ke Siak. Dengan itu tinggallah Syed Ali di Selangor. Beliau pula telah mengisytiharkan dirinya sebagai yang Dipertuan Selangor. Penduduk Selangor enggan mengiktirafkan Syed Ali sebagai Yang Dipertuan Selangor dan juga tidak mahu menjual bijih timah kepada Belanda.9

Johor dikalahkan oleh Belanda menandatangani perjanjian pada I November 1784. Di antara lain PeIjanjian ini, pelabuhan Riau menjadi hak

9 Virginia Matheson (editor), Tuhfal al-Nafts (Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bbd .. 1982). blm. 205-213. Lee Kam Hing dan Mobd. Yusoff Hasbim. "Peperangan Selangor-Bclanda: Sebab dan Akibat Dalam Sejarah Selangoc". Adnan Haji Nawang dan Mohd. Fadzil Othman (editor). Selangor: Sejarah dan Proses Pembangunannya (Kuala Lumpur: Jabalan Sejarah Universiti Malaya dan Muzium Sultan Alam Shah Selangor D.E .. 1992). blm. 56-57.

4

Page 5: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

Belanda; Sultan Mahmud kekal sebagai pemerintah Johor di bawah perintah Belanda. Orang Bugis tidak dibenarkan memegang jawatan dalam pentadbiran Johor. Pada bulan Jun 1785 Belanda menghantar David Ruhde ke Riau memegang jawatan Residen Belanda.

Sultan Ibrahim Selangor yang berlindung di Pahang melancarkan serangan ke atas pasukan orang Belanda yang berkubu di Kuala Selangor pada Jun 1785. Baginda berjaya menawan semula Kuala Selangor. Angkatan Belanda pulang ke Melaka dan Syed Ali pulang ke Siak. Namun begitu pertempuran Selangor-Belanda berlarutan hingga terikatnya perjanjian pada tahun 1786. Dalam perjanjian ini Sultan Ibrahim akan menjual bijih timah kepada belanda.1O

Kehadiran Residen Belanda di Riau tidak disenangi oleh Sultan Mahmud. Dengan itu baginda mengutuskan surat kepada Raja Tempasuk di Kalimantan meminta baginda menghantar angkatan menyerang Belanda di Riau. Bantuan daripada Raja Tempasuk ini berjaya mengalahkan Belanda di Riau pada Mei 1787. Walaupun berjaya, Sultan Mahmud khuatirkan Belanda akan bertindak balas. Dengan itu baginda meninggalkan Riau dan bersemayam di Lingga. Pada tahun 1787 juga Belanda menduduki kembali Riau.

GERAKAN MENENTANG SIAM

Serangan dan penaklukan Siam ke atas Kedah pada tahun 1821 dan pendudukannya sehingga 1842, mencetuskan siri perjuangan orang Melayu Kedah membebaskan negerinya dan memulihkan semula kedaulatan kerajaan serta maruah bangsa Melayu. Tokoh yang bertanggungjawab merancang serangan ke atas Kedah ialah Raja Ligor, dan dia pula mendapat arahan daripada Bangkok. 11 Pasukan Siam yang mengandungi 7,000 orang tentera di bawah arahan Raja Ligor berlepas dari Trang ke Sungai Kedah, dengan a1asan mendapatkan bekalan makanan bagi melancarkan serangan ke atas Burma. Padahal matlamat mereka menangkap Sultan Kedah.12 Oleh sebab itu apabila tiba di Kedah pada Ahad 12 November 1821, secara mengejut mereka

10 Mohd. Yusoff Hashim. "Sultan Ibrahim Ibnu Raja Lumu (Sultan Sallebuddin) di Dalam Sejarah Selangor Abad Ke-18 dan Ke-J9", Adnan Haji Nawang dan Mohd . Fadzil Otlunan (editor). Selangor: Sejarah dan Proses Pembangunannya. him. 125. Buyong Adil. Sejarah Selangor (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1981) him. 27-28.

II J.M. Gullick, "Kedah 1821 -1855 Yean; of E.ile and Return". JMBRAS. Vol. LVI, Pt. 2. 1983. him. 35. C.M. Turnbull, The Straits Sellelemenls 1826-1867 (Singapore: Otiord University Press, 1972), him. 257.

5

Page 6: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MAUlYSIA dar; seg; SEJARAH

melancarkan serangan ke atas Kedah." Sultan AJunad Tajuddin Halim Syah yang ketika ini berada di Kuala Muda, sedang menggali terusan berundur ke Seberang Perai, dan kemudiannya ke Pulau Pinang." Dato' Syahbandar, Dato' Temenggung dan Dato' Laksamana terkorban dalam peperangan. Dato' Bendahara, Timku Yaakob (putera Sultan AJunad Tajuddin Halim Syah) dan Thnku Jam Jam ditawan oleh Siam. Bendahara dipercayai diracuni ketika dalarn perjalanan ke Senggora." Tentera Siam membunuh ramai orang lelaki; menangkap wanita dan kanak-kanak sebagai tawanan." Dianggarkan sejumlah 1,000 orang Kedah yang telah ditawan dibawa ke Bangkok untuk dijadikan hamba kepada Raja, Pemangku Raja (Wangna) dan menteri-menteri Siam."

Setelah menduduki Kedah, Chao Phya Ligor meletakkan kedua-dua anaknya, Phya Burl Saknuton sebagai Gabenor dan Phya Sina Nunchit sebagai Timbalan Gabenor. Pentadbiran mereka dibanru oleh pegawai-pegawai Siam. Narnun begiru kedua-dua hanya disahkan jawatan mereka oleh Rama III selepas tahun 1826." Di sarnping itu pentadbiran Siam di Kedah dibanru 12 SSR. H.6: PLOLS. William Annstrong Clubley, Setiausaba kepada kerajaan kepada

R.Caunter. Pesuruhjaya Polis. Pinang. 21 November 1821. 13 John Anderson. Political and Commucial Considerations Relative 10 The Malayan

Peninsula and lhe British SeUiemeflls in the Straits of MaJacca (Singapore: MBRAS, 1965). hIm. 2. R. Bonney. Kedah /717-1821: The Search/or Security and Independence (Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1974), him. 166. Nicholas Tarling, Brilish Policy in the Malay Peninsula and Archipelago J 824-1 87 J (Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1969). him. 29. G.A. Hodgson. "An Introduction to Kedah History", Kedah Dari Scgi Sejarah, Jilid I, Bilangan 1. Jun 1966. hIm. 14. John Crawford, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands &: AdjacenJ CounJries (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1971). hIm. 362-363. TJ. Newbold, British SenlemenJs in the Straits of Malacca Vol. II, (Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1971). hIm. 7-8.

14 PJ . Begbie, The Malayan Peninsula (Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1967). him . 108- 110. Ura alp Pin@Chu, Kedah /803-/843 : Pergoiakan Politil Semasa Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Kertas Projek. Jabalan Sejarah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1989190, hIm. 41. R.O. Winstedt. "Notes on the History of Kedah". JMBRAS. Vol. 14. Pt. 3. 1936. him. 181.

15 Wan Yahya bin Wan Muharrunad Taib. Salasiah alau Tarekh Kerja-an Kedah (Alur Setar: The British Malaya Press Ltd .. Penang. 1346). hIm. 9. PJ. Begbie. The Malayan Pen­insula, blm. 111 . Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1980) . him. 62·63.

16 TJ. Newbold. British SettlemenJs in the Srraits of Malacca Vol. n. hIm. 4. 17 Sharom Ahmat. "Kedab-Siam Relations. 1821 -1905", The Journal of the Siamese Society,

Vol. 59. PI. 1. January 1971. him. 98·99. Ura alp Pin@Cbum, Kedab 1803-1843: Pergolakan Politik Semasa Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah m, hIm. 43.

18 W.E Vella. Siam Under Rama III 1824-/851 (New York: J.1 . Augustin Incorporated Publisher Locust Valley, 1957). him. 67.

6

Page 7: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

oleh pasukan tentera Siam bagi menjamin perlaksanaan pentadbiran dan undang-undang." Pada tahun 1822, Syarikat Hindia TImur Inggeris menghantar wakil yang diketuai oleh John Crawford, di antara lain untuk mengembalikan semula Sultan Ahmad Thjuddin Halim Syah ke atas takhta kerajaan Kedah. 20 Begitu juga dengan utusan Kapten Henry Burney ke Bangkok pada tabun 1825, salah satu matlamatnya untuk mengembalikan kuasa Sultan Ahmad Thjuddin Halim Syah ke atas takhta kerajaan Kedah.21

Kedua-dua utusan ini gagal berbuat demikian. Namun begitu Kapten Henry Burney berjaya menandatangani perjanjian dengan kerajaan Siam pada tabun 1826. Di antara syaratnya, British mengakui kedaulatan Siam ke atas Kedah dan British tidak akan membenarkan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, keluarganya atau pengikutnya menyerang Kedah.22

Pada tabun 1826, Syed Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan

19 Rashade Haji Abdullah, Kedah 1821 -1842: Satu Kebangkiron Orang Meloyu. Esei Panjang. Jabatan Sejarab. Univer.;iti Malaya. Kuala Lumpur. 1987/1988. blm. 80.

20 Waller F. Vella. Siam Under Rama III 1824·1851. blm. 63. 21 C.O. 273/1, Lefteoan Henry Burney kepada James C. Melvill. Juiai 1846. 22 Perjanjian di antara Great Brilain dan Siam ditandatangani pada 20 Jun 1826. PeIjanjian

ini dikenali juga sebagai Perjanjian Burney. Mengenai pe~anjian ini boleb dirujuk kepada W.G. Maxwell & W.S. Gibson (eds) , Treaties and EngagemenJs Affecting the Malay States and Borneo (Suffolk Lane: las. Truscott & Son .. Ltd .. 1924). him. 77-82. tetapi ArUkel xm tidak lengkap dikemukakan. Artikel xm berbunyi: 'The Siamese engage to the English. that the Siamese shall remain in Quedab. and take proper care of that country and of its people; the inbabitants of Prince of Wales Island and of Quedah sball have trade and intercourse as heretofore; the Siamese shall levy no duty upon stock and provisions. such as cattle. buffaloes. poultry. fish. paddy. and rice. which the inhabitants of Prince of Wales [Sland. or ships there. may have occasion to purcbase in Quedab. and the Siamese shall not farm the mouths of rivers. or any streams in Quedab, but shall levy fair and proper import and export duties. The Siamese further engage, that when Chow Pbya. of Ligor. returns from Bangkok, he sball release the slaves. personal servants. family and kindred. belonging to the fonner Governor of Quedab, and permit them to go and live wherever they please. The English engage to the Siamese that the English do not desire to take possession of Quedah. that they will not attack. or disturb it. nor pennit the former Governor of Quedab. or any of his followers to attack. disturb. or injure in any manner. the territory of Quedab. or any other territory subject of Siam. The English engage that they will make arrangements for the former Governor of Quedab, to go and live in some other country. and not at Prince of Wales [Sland, or Frye, or in Perak. Selangore, or any Burmese country. If the English do not let the former Governor of Quedah go and live in some other country as here engaged. the Siamese may continue to levy an export duty upon paddy and rice in Quedab. The English will not prevent any Siamese. €hinese. or other Asiatics at Prince of Wales Island, from going to reside in Quedab if they desire it". (TJ. Newbold, British Settlements in the Straits of Malacca. Vol. I, hIm. 467·468).

7

Page 8: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dari segi SEJARAH

panggilan Thnku Kudin," anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah; Thnku Long Putih,24 saudara ipar Sultan Ahmad Thjuddin dan Thnku Sulaiman melancarkan serangan ke alaS pertahanan Siam di Kota Kuala Kedah tetapi gagal." Kemudiannya sekali lagi, pada tahun 1829, Thnku Kudin memimpin angkatan Kedah melancarkan gerakan menghalau tentera Siam dari bumi

Kedah. Angkatan ini di antaranya disertai Thnku Long Puleh, Thnku Jaafar dan Thnku Dagang, anak Thnku Long Puteh; Panglima Hassan, Mis, Che Rio, Awang Lahal dan Che AId!. Serangan ini juga dikalahkan tentera Siam.

Seterusnya Thnku Kudin merancangkan gerakan lagi pada bulan Januari 1830. Kali ini dia beIjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 orang mara ke Kedah melalui Perai . Jumlah angkatan ini bertambah ramai setelah tiba di Kedah. Mereka yang menyertai angkalan ini mengsifatkan sebagai perjuangan jihad menentang orang katir Siam.24 Dengan itu pada tahun 1831, angkalan Thnku Kudin terdiri daripada 2,000 orang, dengan semangal jihad," melancarkan serangan ke atas pasukan Siam yang berada di Kota Kuala.28 Kola Kuala ditawan oleh pasukan Kedah pada 24 April 1831.29 Tentera Siam yang bertahan di sini mengundurkan diri ke A1ur Ganu, markas pertahanan mereka. Kira­

kira 30 orang tentera Siam ditawan dan diseksa sehingga mati; sebagai membalas dendam di alas tindakan tentera Siam sebelum ini ke alas orang Kedah.30 Begitu juga dengan orang Cina yang membantu tentera Siam diseksa hingga mati . 31

23 Ihu Tunku Kudin ialab saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Bapanya keturunan Arab. berasai dari Palembang. Sumatera

24 Tengku Long Puteh ialab orang kuat Tunku Kudin. BeLiau anak Tunku Raden, Paiembang. Sumatera. Berkabwin dcngan Tunku Jam Jam, saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. (C.O. 273/1. ·"WKTD·').

25 Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepimas Lalu (Kedab: Universiti Utara Malaysia, 1987). him. 75.

26 C.O. 273/1. ··WKTD". 27 C.M. Turnbull. The Straits SeUfemenls 1826·1867. hlm. 259. 28 Kola Kedah atau Kota Kuala berbentuk empat segi bujur. lapan puluh dbarab lima puluh

ela; dindingnya dibina daripada batu. tingginya 10 kaki. (C.O. 273/1. ··WKTD··) . 29 PJ. 8egbie. The Malayan Penin.ruia. hlm. 128. Muhammad Hassan bin Dato' Kerani

Mubammad Arshad. AJ·Tarikh Salasilah Negeri Kedah. hIm. 149. Walter F. Vella. Siam Under Ramo 1111824-1851. him. 67. SSR. V.5; GMLO. R. IbOOtson. Residen Singapura kcpada Cbao Phra Prah·Klang Chao Kun Kasa. 3 Mi 1831. mencalatkan Tunku Kudin berjaya menduduki Kedah pada 18 April 1831 . Cyril Skinner. The Civil War in Kelantan in 1839 (Kuala Lumpur: Malaysian Branch Royal Asiatic Society, 1965), him. 6.

30 C.O. 273/1. "WKTD".

31 Orang-orang Cina ini dijahit bidup-hidup dj dalam kulit kerbau yang baru disembelih. dibiarkan terdedah di sinaran matabari sebinggalah mereka mati. (C.O. 2731l, "WKlD"').

8

Page 9: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

Kejayaan Thnku Kudin mengambil balik Kota Kuala, serta meng­undurkan tentera Siam diketahui oleh Chao Phya Ligor. Beliau telah mengumpulkan kira-kira 7,500 orang dengan 3,000 ekor gajah dan mara ke Kedah pada Jun 1830. Angkatan ini bergerak ke Trang, memasuki Kedah dan bergabung dengan angkatan mereka yang sedia ada di Alur Ganu. Angkatan Siam telah melancarkan serangan ke atas pasukan Thnku Kudin di Kota Kuala. Walaupun Thnku Kudin dan pasukannya cuba mempertahankan kedudukannya, tetapi dikalahkan oleh pasukan Siam. Tentera Siam memasuki Kota Kuala, kira-kira 50 orang Melayu termasuk Thnku Kudin terkorban. Oi badan Thnku Kudin terdapat kesan tembakan peluru. Bagi orang Melayu Kedah, perjuangan ini adalah perang jihad, menentang kafir; mati syahid dan masuk syurga.32 Thnku Kudin telah dipancung kepala; kepalanya pula dibawa ke Bangkok." Mereka yang berjaya melepaskan diri berundur ke Pulau Pinang atau Seberang Perai.34

Oalam pertempuran ini British memberi bantuan kepada angkatan Siam. Gabenor R. lbbetson memenuhi tuntutan Raja Ligor melalui Artikel 13, Perjanjian Burney 1826, mengeluarkan pengisytiharan yang menyatakan barang siapa yang ditangkap akan dianggap sebagai lanun dan akan dikenakan hukuman yang setimpal. Selain itu British juga memberi bantuan ubat bedil kepada Raja Ligor." Kapal-kapal perang diarahkan ke Sungai Kedah dan Sungai Merbok memintas pasukan Thnku Kudin dan Thnku Long Puteh yang mungkin akan mengundurkan diri daripada serangan Siam melalui laut. 36

Kapal perang Zephyr, Emarald, Wolf, Alligator Woif dan Crocodile untuk mengawal perairan Kedah. Oengan tindakan ini British berharap Siam akan mempercayainya." Kapten H. Hamley bersama kapal Woif diatahkan juga

32 C.O. 273/1. ··WKllY' . 33 W.E Vella mencatitkan yang Tunku Kudin membunuh diri pada 22 April 1832, setelab

gagal melepaskan diri daripada serangan pasukan Siam. (Walter F. Vella. Siam Under Ramo III J824~185J . him. 68). Ada juga menyatakan yang Tunku Kudin membunub diri kerana tidak mahu dijadikan tawanan pecang Siam. (Ura alp Pin@Chum. Kedah 1803-1843 : Pergo/aJuzn PaUlik Semasa Pemerinlahan Sultan Ahmad Tajuddin HaUm Shah II. him. 54).

34 C.O. 273/1. "WKW". 35 PJ. Begbie. The Malayan Peninsula. hIm. 128-129. C.M. Thrnbull. The SlrailS Settle­

numIS. 1826-67, him. 259. Rashade Haji Abdullah. Kedah 1821- 1842: . . . . him. 56. 36 SSR. V.5: GMLO. sura! kepada Raja Ligor. 14 Jun 1831. 37 TJ. Newbold. Bri/ish Senleme"'s in the Straits of Malacca. ·Vol. U. him. 15. C.O. 27311.

"WKW". SSR. V.5: GMLO. R. IbOOtson kepada H. Hamley. 15 Jun 1831 : R. IbOOtson kepada H. Hamley. 19 Jun 1831.

9

Page 10: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MAUYSIA dari segi SEJARAH

meyibarkan surat pengisytiharan yang menyern supaya pasukan orang Melayu bersurai. Sementara itu Siam menuntut British melaksanakan tindaklll1 ke alas Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, berdasarkan Artikel 13, Perjanjian Burney, menguruskan perpindahan baginda ke negeri, selain daripada Pulau Pianang, Seberang Perai, Selangor dan Burma Dengan itu British mengambil keputusan memindahkan Sultan ke Melaka." Gabenor R. Ibbetson percaya keamanan hanya akan tercapai sekiranya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dipindahkan ke Melaka. 39 Dalam peperangan, kira-kira lima bulan, kira-kira 700 orang tentera Siam terbunuh; 1,500 orang pejuang Kedah terkorban. Setelah Kota Kuala jatuh kembali ke tangan Siam, kira-kira 4,000 hingga 5,000 keluarga telah ditawan dan dibawa ke Siam' o

Kegagalan kebangkitan Thnku Kudin ini tidak menghambat perjuangan menghalau penjajah Siam ini. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang berada dalam buangan di Melaka merancang menyerang Siam di Kedah. Setelah mendapat kebenaran kerajaan British ke Deli," baginda langsung ke Bernas, Perak merancang gerakan di sini ." Pada 27 Mac 1837, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang berada di Bernas mengeluarkan pengisytiharan supaya berhimpun di Pulau Langkawi. Gabenor S.G. Bonham pula mengeluarkan surat amaran mengingati jangan menyokong Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah. Sekiranya ingkar mereka akan menerima padahnya." Rancangan baginda gaga! kerana dihalang oleh British. Gabenor Negeri­Negeri Selat pada ketika ini , Murchinson menghantar Kapten James Low ke Perak, memberi amaran Raja Muda jangan terlibat dalam gerakan Sultan Kedah. Kapten James Low juga menyatakan kepada Raja Muda supaya jangan berhubung dengan Sultan Ahmad Tajuddin. Jika membenarkan Bernas menjadi markas serangan ke atas Siam di Kedah, British tidak akan membantu Perak sekiranya diserang oleh Siam." Sementara itu kapal perang Zephyr ke Bernas untuk membawa Sultan Ahmad Tajuddin ke Melaka atau ke tempat lain 38 SSR. V.5: GMLO. R. Ibbetson kepada Laksamana Sir E. Owen. 12 lulai 1831. 39 SSR. V.5: GMLO. R. Ibbertson kepada Sultan Kedah. I September 1831. 40 Rashade Haji Abdullah. Kedah 1821-1842: .. " him. 57. PJ . Begbie. The Malayan

Peninsula. hIm. 130. menyatakan akhbar Singapore Chronicle melaporkan kedua·dua pihak yang terkorban di antara 6 .000 hingga 10.000 orang: majoritinya di pibak Siam.

41 TJ. Newbold. British Seuiemenls in the Straits of Malacca. Vol. n. him. 17 . 42 C.O. 273/1. Straits Settlements. 1838·1858. Miscellaneous. An Account of tbe War

between the Malays and Siamese in 1838 commonly called the War of Tuanku Mohamed Saad. (Seterusnya diringkaskan sebagai C.O. 273/1. "WMM").

43 1.M. Gullick. "Kedah 1821-1855 Years of E,ile and Return". him. 44. 44 C.O. 273/1. "WMM". SSR. U.5: GLRC. S.G. Bonham kepada Residen Konsular Pulau

Pinang. 25 Februari 1837.

10

Page 11: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

dalam Negeri-Negeri Selat." Apabila gagal, kapal Zebra di bawah pimpinan Kapten McCrea dan perahu Diamond" dihantar pula ke Beruas untuk membawa Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ke Melaka. Walaupun Kapten McCrea gagal tetapi akhimya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah kembali semula ke Mel aka. Baginda dikawal supaya tidak mencetuskan serangan ke atas Kedah. Elaun baginda dikurangkan. 47

Kini gerakan menghalau tentera Siam di Kedah dipimpin oleh Thnku Muhammad Saad bin Thnku Daud. Pada 24 Mac 1838, Thnku Muhammad Saad Dato' Wan Muhammad Ali menyibarkan surat jemputan ke Seberang Perai, menjemput datang berkumpul di Sungai Muda dan Sungai Merbok bergabung tenaga menghalau Siam dari Kedah." Thnku Muhammad Saad dibantu oleh Dato' Muhammad Ali dari Langkawi, Thnku Muhammad Taib dan Thnku Muhammad Akib dari Setul, Syed Husin dan Wan Muhammad Arshad dari Kayang (Perlis), Thnku Abdullah, Thnku Sulaiman," Syeikh Abdul Samad al-Palembangi, seorang ulama terkenal di Kedah pada ketika ini;'o juga panglima perang, seperti Tok Mo Pis (Bomoh Idris) dari Perupok, Kubur Panjang;'1 Dato' Syahbandar Wan Daud dari Pulai, Baling dan Dato' Madi dari Bandar Baru" Dato' Panglima Bukit Gantang juga menghantar 100 orang dan lima buah perahu ke Kedah membantu gerakan menentang Siam.

Angkatan Thnku Muhammad Saad yang berada di Sungai Muda mara ke Kedah setelah berjaya mengalahkan tentera Siam yang bertahan di sempadan Seberang Perai ." Seterusnya pada 3 Ogos 1838, Thnku Muhammad Saad dan angkatannya melancarkan serangan ke atas KOla Kuala, tetapi gagal.

45 SSR. US: GLRC. S.G. Bonham kcpada Residen Konsular Pulau Pinang. 20 Februari 1837.

46 TJ. Newbold. British Settlements in the Slrairs of Maiacca. Vol. n. hIm. 18. 47 C.O. 273/1. "WMM". C.O. 27311. "WMM". laporan Kaplen McCrea. 25 April 1837.

Mengenai pcranan Kapten McCrea di SerUM. sila lihat 1.M. Gullick. "Kedah 1821-1855 Years of Exile and Return", hIm. 44-45. T.1 . Newbold. British Settlements in the Scraits of Malacca , Vol. II. hlm. 18-19. Bcliau mencatitkan elaun tersebut diturunkan dari 10,000 ke 500 ringgit SepanyoL

48 C.O. 273/1. "WMM". 49 Walter F. Yellar. Siam Uruler Rama III 1824-1851, hIm. 71. 50 Rashade Haji Abdullah. Kedah 182/-1842: .... him. 63. 51 Huraian lanjut mengenai Tuk Mo Ris 5i1a lihat, Yaacob Ahmad, "Pablawan Tok Mo Ris",

Kboo Kay Kim (Penyunting), 8eberapa Aspek Sejarah Kedah (Kuala Lumpur: PersalUan Sejarah Malaysia, 1983), him. 1- 10.

52 Rashade Haji Abdullah. Kedah 182/-1842: .... him. 64. 53 C.O. 273/1. "WMM". James Low kepada JW. Salmond. Residen Konsular. 3 Jun 1838.

1 I

Page 12: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dar; seg; SEJARAH

Tidak lama kemuelian sekali lagi serangan elilakukan dan angkatan Siam yang tidak dapat bertahan berundur ke arah perlis'4

Angkatan Thnku Mahammad Saad mara ini berjaya mengalahkan pasukan Siam bertahan eli Alur Ganu eli bawah Phya Burl Sukhuton. Sementara itu pasukan eli bawah Dato' Muhammad Ali yang bergerak ke utara berjaya menduduki semula Setul. Pasukan lain eli bawah Wan Mat Pulau mara ke Chenak. Pasukan ini juga mara ke Kota Barn, Reman dan seterusnya ke Kuala Bekah, Patani." Angkalan eli bawah pimpinan Thnku Muhammad Taib" dan Thnku Muhammad Jiwa bersama kira-kira 2,500 orang berjaya menduduki Senggora.57 Angkatan Thnku Muhammad Saad dan Syeikh Abdul Samad al-Palembangi bersama 4,200 orang berjaya menduduki Hadyai.

Kejayaan ini tidak dapat bertahan lama kerana angkatan Siam bertindak balas. Raja Siam, Pra Nang KJao atau Rama 1II mengarahkan Chao Phya Ligor dan Chao Phya Senggora yang ada eli Bangkok pulang ke negeri masing-masing mengumpul kekuatan mengatasi pasukan Kedah eli bawah pimpinan Thnku Muhammad Saad." Serangan balas daripada angkatan Siam yang tereliri daripada 500 orang Cina, 2,000 orang Siam dan Melayu tidak dapal elihadang oleh angkatan Thnku Muhammad Taib. Senggora, Hadyai dan Setul elilawan kembali oleh angkatan Siam. Kemueliannya angkalan Siam melancarkan serangan ke alas Kedah. Angkatan Thnku Muhammad Saad elikalahkan." Haji Muhammad Taib yang mengalami kecederaan berundur; menaiki perahu ke Pulau Pinang'O Thnku Muhammad Taib pula setelah gagal bertahan kubu Alur Ganu daripada serangan Siam, berundur eli waktu malam ke Kuala" Pihak British menghantar kapal Hyacinth untuk mengepung pantai Kedah. Kapal ini bertugas dari 6 Disember 1838 hingga II April 1839' 2 Ketika mengepung persisiran pantai Kedah, angkatan British

54 C.O. 27311. "WMM". 55 Muhammad Hassan bin Dato' Kerani Muhammad Arsbad. AI·Tarikh SaJasilah Negeri

Kedah. hIm. 149. 56 Rashade Haji Abdullah. Kedah 182/ -/842: .. " him. 68. 57 SSR. W4: GMU. kenyalaan Dalo' Muhammad Salleh. 58 Rashade Haji Abdullah. Kedah 182/-1842: ...• him. 68-69. 59 SSR. W4: GMU. Residen Konsular Pulau Pinang kepada S.G. Bonham. 26 Mac t839.

SSR. W4: GMLI. kenyataan Dato' Muhammad Salleb. Beliau berusia kim-kim. 50 tabun. Terlibat dalam gerakan menentang Siam di Kedah.

60 SSR. W4: GMLI. kenyalaan Haji Muhammad Taih. Pejabal Polis. Sablu. 9 Mac 1839. BeHau berusia 35 tabun.

61 SSR. W4: GMU. kenyalaan Dalo' Muhammad Salleh. 62 SSR. W4: GMU. Pemerinlab Hyacinlh kepada S.G. Bonham. 16 April 1839. Mengenai

penglibatan kapal Hyacinrh ini sila lihat. Sherard Osborn, The Blockade of Kedah in 1838 in Malayan Walers (Singapore: Oxford University Press, 1987).

I 2

Page 13: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MAlAYSIA

memusnah perahu dan harta orang-orang Kedah.·' Akhirnya Kedah ditawan kembali oleh angkatan Siam. Tunku

Muhammad Saad dilaporkan berundur ke arah Seberang Perai64 dan kemudiannya beliau ditangkap oleh British dengan tuduhan sebagai "Ianun". Thnku Abdullah berundur ke Perlis dan kemudiannya menyerah diri kepada Gabenor S.G. Bonham di Pulau Pinang. Tunku Muhammad Saad yang ditahan oleh British dihadapkan ke mahkamah. Walaupun bebas daripada tuduhan sebagai "Ianun", Thnku Muhammad Saad dibuang ke Culcutta. Beliau kemudiannya dibenarkan pulang dan meninggal dunia di Pulau Pinang.·'

Walaupun gerakan Thnku Kudin dan Thnku Muhammad Saad berakhir dengan kegagalan, tetapi ia memberi kesan terhadap kerajaan Siam. Mulai tahun 1838, Pra Nang Klao atau Rama III telah mengambil keputusan untuk memulangkan pentadbiran Kedah kepada anak tempatan. Pada tahun 1838, Rama ill telah melantik Thnku Anum, kerabat diraja Kedah sebagai Gabenor Kedah. Kemudiannya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dibenarkan kembali dan menduduki semula takhta kerajaan Kedah.·· Pada Ogos 1842, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pulang ke Kedah67

GERAKAN MENENTANG BRITISH

Kehadiran British dan diikuti dengan penglibatan mereka dalam pentadbiran tempatan telah mencetuskan gerakan terhadap mereka. Gerakan ini berlaku di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Walaupun Sabah di bawah pentadbiran Syarikat Borneo Utara dan Sarawak pula di bawah pentadbiran Brooke, tetapi kedua-dua negeri ini dikuasi oleh orang British. Dengan itu dalam gerakan ini; Semenanjung Tanah Melayu menentang Kompeni Hindia TImur Inggeris dan British. Sarawak menentang pentadbiran Brooke, manakala Sabah menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara.

Campur tangan British dalam hal ehwal tempatan di Semenanjung Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya gerakan tentangan. Pendudukan British secara tidak sah di Pulau Pinang pada tahun 1786 telah ditentang oleh SUltan Abdullah Kedah. Ketika Belanda bertapak di Melaka, Kompeni Hindia

63 R.O. Winsled~ "Notes on the History of Kedah", him. 185. 64 SSR. W4: OMLI. Pernerintah Hyacinth kepada S.O. Bonham, II April 1839. 65 Rashade Haji Abdultah. Kedah 182/-1842: ... , him. 71-73. 66 Kobkua Suwannathat-Pian, Sejarah Thai Zaman Bangkok ~uala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. 1991), him. 87. 67 SSR. U8: OLRC, S.O. Bonbam kepada Residen Konsular Pulau Pinang. 24 Ogos 1842.

13

Page 14: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dari segi SEJARAH

Timur Inggeris berusaha mencari pengkalan yang sesuai untuk motif perdagangan dan peperangan. Kompeni Hindia TImur Inggeris telah mengambil kesempatan masalah dalam negeri serta ancaman Burma dan Siam yang dihadapi oleh Kedah; tanpa menerima kesemua tawaran Sultan Abdullah Kedah, menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786. Dalam tawaran ini dinyatakan, sekiranya Kompeni Hindia TImur Inggeris ingin menduduki Pulau Pinang, mereka hendaklah mematuhi syarat yang dikemukakan oleh Sultan Abdullah. Syarat pertama, Kompeni hendaklah mengawal lautan dan musuh yang akan menyerang Sultan adalah musuh Kompeni juga. Perbelanjaan pula tanggungan Kompeni. Kedua, perahu, kapal, jong dibenarkan bebas menentukan tempat urusniaga mereka, sarna ada di Pulau Pi nang atau Kedah. Ketiga, monopoli Sultan ke atas candu, bijih timah dan rotan akan dibatalkan; di atas pemansuhan ini Sultan meminta bayaran 30,000 ringgit Sepanyol setahun. Keempa!, sekiranya wakil Kompeni I'nemberi hutang .kepada kerabat diraja, pembesar, pegawai dan rakyat; hutang hendaklah dituntut daripada mereka dan bukan daripada Sultan. Kelima, segala musuh Sultan adalah juga musuh Kompeni dan Kompeni tidak boleh melindungi mereka. Keenam, sekiranya serangan dari darat, Kompeni hendaklah menghantar tentera, senjata dan peluru; segalanya di atas tanggungan Kedah.

Keenggan Kompeni Hindia TImur Inggeris memenuhi syarat Sultan Abdullah mengenai bayaran ganti rugi dan bantuan bekalan tentera serta senjata menyebabkan keruncingan hubungan kedua-dua belah pihak. Sikap Francis Light yang berdolak-dalik memberi a1asan terhadap jawapan tawaran Sultan Abdullah menyebabkan pihak Kedah merasakan mereka dipermainkan. Sementara mengumpulkan kekuatan di Sebcrang Perai, Kedah mendesak Kompeni Hindia TImur Inggeris mengundurkan diri atau kalau enggan Kedah akan menyerang. Sebelum sempat melancarkan serangan, pasukan Kompeni Hindia TImur Inggeris terlebih dahulu bertindak kc atas pasukan Kedah. Pasukan Kedah dikalahkan dan Kedah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Hindia TImur Inggeris pada tahun 1791. Di antara lain dalam perjanjian itu, Kedah mengakui kedudukan British di Pulau Pinang dan menerima sagu hati tahunan 1,000 ringgit Sepanyol."

68 R. Bonney. Kedah 1771-/821: The Search/or Securily and Independence. him. 51 - 102. Abdullah Zakaria bin Ghazali. "Pcrak. 1651 -1955: Satu TInjauan Mengenai Pcrjuangan Orang Mclayu", Adnan Haji Nawang (Pcnyunling). "Perak Dahulu Dan Sckarang. 1988", blm. 159.

14

Page 15: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PEN/AJAR.- GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

Bennula dari Pulau Pinang, British menduduki Singapura pada tahun 1819. Berkuatkuasa Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, Belanda menyerahkan Melaka kepada British dan British pula menyerah Benkulen di Sumatera Barat kepada Belanda. Setelah menduduki Melaka mulai 1825, Gabenor Negeri-Negeri Selat Robert Fullerton mendakwa bahawa penyerahan Melaka adalah tennasuk Naning. Dakwaan Gabenor iDi dinafikan oleh Penghulu NaDing, Dol Said. Gabenor R. Fullerton mengarahkan w.T. Lewis, Pesuruhjaya Tanah Melaka menyiasat kedudukan NaDing. W.T. Lewis daIam Japorannya menyatakan bahawa Naning adaIah sebahagian daripada Melaka. Berdasarkan laporan iDi pihak British mendesak Naning menghantar hasil tahunan sebanyak satu persepuluh ke Melaka; menegah Penghulu Dol Said menyelesaikan kes jenayah di Naning dan undang-undang yang dijalankan di Melaka akan juga dilaksanakan di Naning. Langkah British memaksa NaDing menghantar hasil tahunan iDi disifatkan oleh Penghulu Dol Said sebagai bercanggah dengan penghantaran NaDing dahulu kepada Belanda yang hanya bennaksud sebagai tanda persahabatan. Langkah Melaka mengarahkan supaya sega\a kes jenayah yang berlaku di NaDing hendaklah diselesaikan di Melaka, bukan sahaJa akan mengurangkan bidang kuasa kehakiman Penghulu Dol Said tetapi akan mengganggu perundangan Naning yang berlandaskan kepada adat pepatih. Akhimya perselisihan di antara Penghulu Dol Said dengan British di Melaka telah membawa kemaraan tentera British ke Naning. Angkatan British di bawah pimpinan Kapten Wyllie dan dibantu oleh Leftenan Milnes dan Leftenan Begbie berserta 150 orang sepoi diarahkan menawan Tabuh, pekan dan pusat pentadbiran Penghulu Dol Said" Angkatan British iDi bertolak dari Melaka melaIui Sungai Petai, Kelemak, A1ur Gajah dan Melekek. Penghulu Dol Said bersama penduduk Naning dan sokongan negeri jiran mempertahankan Naning daripada serangan British. Mereka melancarkan serangan hendap terhadap pasukan British itu. Selain itu mereka menghalang perjaIanan pasukan British dengan menebang pokok menghaIang jaIan yang mungkin dilaIui dan menanam ranjau. DaIam Perang NaDing 1831, Penghulu Dol Said yang mendapat bantuan daripada penduduk Naning dan jiran berjaya mengundurkan pasukan British. Angkatan Kapten Wyllie berundur dan tiba di Melaka pada 16 Ogos 1831. Sementara itu ketika berundur mereka diserang hendap oleh pasukan Penghulu Dol Said.'o Oleh kerana menjaga maruah,

69 SSR. U.I. GLTRC .. R. Ibbetson kepada Samuel Garling, Timbalan Residen Konsular Melaka. 13 Ogos 1831. Singapore Chronic/e. 11 Ogos 1831.

70 Singapore Chronicle. Khamis. 8 September 1831. SSR. R.1. GLTB .. R. (bbelSon kepada George Sivinton. Ketua Setiausaha Pemcrintah Fort William. 19 Ogos 1831.

I 5

Page 16: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dari segi SEJARAH

kalah di tangan NaDing, pihak British menghantar angkatan yang lebih besar, di antara 1,200 hingga 1,400 orang di bawah Leftenan Kolonel Herbert pada tahun 1832. Penghulu Dol Said meneruskan perjuangannya. Sementara itu tawaran hadiah 1,000 ringgit kepada siapa yang berjaya menangkap Penghulu Dol Said hidup atau mati. Dan 200 ringgit untuk Endika, Petah Melayu, Pendekar Tambi, Muhammad dan Had." Pasukan British mengambil masa lebih kurang 4 bulan untuk menawan Naning pada 15 Jun 1832." Penghulu Dol Said yang gagal mempertahankan tanah airnya berundur. Tetapi akhirnya Penghulu Dol Said menyerah diri pada 4 Februari 1833."

Penentangan di Sungai Ujong pula adalah berpunca daripada tindakan Dato' Kiana Sungai ujong, Syed Abdul Rahman menandatangaDi perjanjian pada 21 April 1874, menerima pengaruh British. Sepatutnya sebagai Waris Di Darat, Dato' Kiana hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Dato' Shahbandar Abdullah Tunggal, Waris Di Air; tetapi tidak dilakukan oleh Dato' Kiana. Dengan itu perselisihan berlaku di antara Dato' Kiana dengan Dato' Shahbandar. Pacta 16 November 1876, Idra-kira 400 orang Dato' Kiana meiancarkan serangan dan menawan kubu Dato' Shahbandar di Rahang dan Rasah." Dato' Shahbandar menyerang balas dan berjaya mengundurkan pasukan Dato' Kiana. Dato' Kiana merninta bantuan daripada British." Bri­tish yang sememangnya menunggu peluang menghantar tentera membantu Kiana Sungai Ujong. KiDi gerakan menentang Dato' Shahbandar dikendalikan

71 Sural Peribadi. Documents Relating to Dol Said (The Naning War), "PeJekat", 24 Februari 1832. C.O. 273/1, "Cbapter VIII - Malacca-Naning War", blm. 414. C.O. Blagden, MDNW. "Government Proclamation", 9 Februari 1832, "Pelekat". SSR. V.I. GL1RC., R. Ibbetson kepada Tlffibalan Residen Konsular Melaka. 10 Februari 1832.

72 Abdullah Zakaria bin Gbazali. "Perang Naning 1831", JumaJ Sejarah Melaka.. Bilangan 9. 1985. him. 24-46. L.A. Mills. British Malaya 1824·1867 (Kuala Lumpur. Oxford University Press. 1966). hIm. 115- 128 .

73 Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Kebangkitan Anti-British Di Semenanjung Tanah Melayu". Kboo Kay Kim (editor). Sejarah Masyarakal Meloyu Moden (Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya. 1985), him. 3: "Perjuangan Orang-Orang Melayu Naning Menentang Inggeris 1831-1832" Jurna/ Sejarah, Persatuan Sejarah Universiti Malaya. Kuala Lumpur, Jilid XV, 1977n8. him. 12-25.

74 Further Correspondence relating to the affairs of certain native stales in the Malay Peninsula, in the neighbourhood of the Strails Settelemenls (London: Harrison and Sons. 1876). (Seterusnya diringkaskan sebagai FeNS. 1876). No.8, surat Sir Andrew Clarke kepada Earl of Carnavon. 29 Disember 1874. enclosure 15. Dato' KIana Sungai Ujong kepada Leftenan Gabenor Melaka. 20 November 1874.

75 FeNS, 1876, No.8. surat Sir A. Clarke kepada Earl of Cam.von, 29 Disember 1874, enclosure, 17. W.A. Pickering kepada Sir A. Clarke, 23 Disember 1874.

16

Page 17: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRiBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MAlAYSIA

British. Ini bermakna gerakan Dato' Shahbandar Thnggal adalah menentang British. Dia mengundurkan diri ke Selangor." Kemudiannya Dato' Shahbandar Abdullah datang ke Sungai Ujong menyerah diri kepada British. Ketika berada di Sungai Ujong, pada 17 Disember 1874, Dato' Shahbandar menurunkan tandatangan dan copnya ke atas sural pengakuan: tidak akan melancarkan serangan ke atas Dato' Kiana dan Gabenor Negeri-Negeri Selat. 77

Kemudiannya pacta 15 Januari 1875, Dato' Shahbandar sekali lagi menurunkan tandatangan dan cop ke atas surat pengakuan akan tinggal di Singapura.18 Dia seterusnya dibuang ke Singapura dan meninggal di sini.79

Sementara perselisihan di antara Dato' Kiana yang disokong oleh Bri­tish dengan Dato' Shahbandar berterusan ,J.w.w. Birch yang datang bertugas sebagai Residen British Perak pada 4 November 1874 telah melaksanakan berbagai peraturan barn. J.w.w. Birch datang bertugas di Perak melalui berkuatkuasa Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874. Cam pur tangan British di Perak telah mengakui Raja Muda Abdullah sebagai Sultan Perak dan mengenepikan Sultan Ismail sebagai Sultan. Begitu juga J.w.w. Birch membatalkan pajakan Kuala Sungai Perak oleh Sultan Abdullah kepada saudagar Lee Cheng Tee dengan kadar 26,000 ringgit setahun. Kemudiannya J.W.W. Birch menghararnkan pembesar Perak memungut cukai. Larangan ini bercanggah dengan amalan pembesar ketika itu. Beliau juga telah melibatkan diri dalam soal adat dengan mencampuri soal perhambaan di Perak. Ramai hamba wanita yang dilindungi oleh J.w.w. Birch di kediamannya di Bandar Barn tidak diserahkan kepada tuan punya. Malah tuntutan Sultan Abdullah ke atas hambanya yang berlindung tidak dilayani. J.w.w. Birch juga menggunakan tekanan dalam usaha mendapatkan tandatangan Sultan Abdullah untuk sesuatu surat pengisytiharan peraturan barn. Beliau pernah menyatakan bahawa takhta kerajaan Perak akan ditawarkan kepacta Raja Yusof sekiranya Sultan Abdullah enggan menurunkan tandatangan ke atas surat pengisytiharan yang membolehkan pegawai British menjadi hakim menjatuhkan hukuman ke atas kes jenayah; melantik pengadil

76 Abdul Majid bin Karl. "The Hislory of lbe Life of Dalo ' Sbabbandar Tunggal of Kepayang".

77 FCNS. 1876. No. 8. Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon. enclosure 22. "Pengakuan Data' Shabbandar".

78 FCNS. 1876. No. 15. Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon. 9 Februarl 1875. enclosure 2. "Pengakuan Dato' Sbabbandar".

79 T. Chelliab. War in Negeri Sembilan 1874-1875, Graduation Exercise, University of Malaya, Singapore. 1955. him. 41.

I 7

Page 18: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MAUlYS1A dari segi SEJARAH

mahkamah; memungut cukai dan mentadbirkan hasil di atas nama Sultan dan boleh melantik Oato' -Oato' serta Penghulu untuk mentadbir Perak. Langkah yang diambil oleh J.WW Birch itu dan pengenalan peraturan barn adalah bercanggah dengan nilai-nilai tempatan dan menggugal kekuasaan Sultan dan pembesar. Oleh sebab itu Sultan Abdullah, Sultan Ismail dan para pem­besar Perak membuat pakatan menentang British. Bagi mereka kedatangan British ke Perak bukan untuk menasihat tetapi untuk memerinlah. Oalam suatu mesyuarat di Ourian Sebatang yang berlangsung pada 21 Julai 1875, dipengerusikan oleh Sultan Abdullah; dihadiri oleh pembesar atau wakilnya, kecuali Raja Yusof memutuskan membunuh J.WW. Birch." Mereka yang hadir: Sultan Abdullah, Raja Idris, Wan Husin (wakil Temenggung), Kundah Muhammad (wakil Raja Bendahara dan Seri Maharaja Lela), Penghulu Mat Ali (wakil Menleri Ngah Ibrahim), Oato' Maharaja Lela, Oato' Sagor, Oalo' Laksamana, Oalo' Shahbandar, Raja Ahmad, Orang Kaya Mat Arshad, Mat Ros, Raja Musa, Thk Muda Rapa, Haji Idris, Haji Oaud, Haji Mat Yasin, Pak Taib, Raja Mahkota dan Haji Oaud (tidak sama dengan Haji Oaud sebelum ini).81 Pada 2 November 1875, J.WW Birch dibunuh di Pasir Salak." Pasukan British di bawah Brigedier Jeneral J. Ross dan Mejar Jeneral F. Colborne di­hantar ke Perak untuk mematahkan gerakan lentangan dan menangkap mereka yang terlibal. Mereka yang terlibat ditahan dan menyerah diri, diadili. Oato' Maharaja Lela Pandak Lam, Oato' Sagor (Oato' Seri Agar Oiraja Ngah Kamdin), Pandak Indut dan Seputum dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Manakala Ngah Jabor, Panjang Bur, Kulup Ali (Che Ali) dan Si Thah dijatuhkan hukum penjara seumur hidup.83 Sultan Ismail dan Panglima Perang Semaun dibuang ke Sekudai, Johor. Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim bin Jaafar, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Shahbandar Uda Mahamor dibuang ke Pulau Seychelles"

80 Abdullah Zakaria bin Gbazali. "Tentangan Tcrbadap Pentadbiran British di Pcrak 1874-1875", Malays ia Dari Segi Sejarah. No. 10. 1981. him. 103-116.

81 C.O. 273/86. William Jervois kcpada Camavon. 14 Disember 1876. tcrlampir. "Enquiry as to complicity of Chief in the Perak Outrages. Abdrigemcnt of Evidence Arranged various heads. Government Printing Press. Singapore. 1876", kenyataan Haji Husin.

82 Mcngenai mcreka yang terlibat dalam pembunuhan 1.W.W. Birch. si la lihat Abdullah Zakaria bin Gbazali "Pembunuhan 1.W.W. Birch: Salu Kajian Tentang Pembunuhnya", JEBAT. Bilangan 9. 1919180. him. 59-12.

83 AbduUah Zakaria bin Ghazali. DOlO ' Sagar: Peranannya Dala", Gerakan Menentang Bri/ish di Perak 1874· /876 (Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. 1993). hIm. 31-52.

84 Abdullah Zakaria bin Ghazali. "Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Long Jaafar, 1840- 1895: Satu Kajian Mcngcnai Pcrjuangannya Menentang Briti sh di Perak". PURBA. Bilangan II. 1992. him. 11-28.

I 8

Page 19: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN Dl MALAYSIA

Kebencian terhallap British dapat juga dikesani di Selangor palla kurun Ke-19. Raja Mahdi menentang British kerana British memberi sokongan keada saingannya, Thnku Kudin yang menyokong Raja Abdullah dan Raji Ismail dalam persaingan perebutan kuasa ke atas KIang. Campur tangan Bri­tish di Selangor dengan perlantikan Residen J.G. Davidson palla awal 1875 juga membangkitkan rasa tidak senang hati Raja Mahdi bin Raja Sulaiman. Dengan sokongan Raja Mahmud, anak raja Selangor, Raja Asal, Raja Beroman, Syed Masahor dan Sultan Puasa; Raja Mahdi membuat pakatan menentang Thnku Kudin, wizurai dilantik oleh Sultan Abdul Samad yang mendapat sokongan daripada British. Semangat tidak suka orang luar dan perasaan menentang British membawa kepada pakatan untuk melancarkan serangan ke atas Kuala Lumpur. Rancangan serangan ke atas Kuala Lumpur diketahui oleh pihak British, dan Raja Mahdi tidak dibenarkan pulang ke Selangor. Namun begitu percubaan dibuat juga oleh Raja ,Mahdi untuk melancarkan serangan ke atas Kuala Lumpur. Rancangan ini gagal, kerana British berjaya menangkap Sultan Puasa dan meminta jasa baik Maharaja Abu Bakar membawa Raja Mahdi yang berada di Padang, Muar ke Johor Bharu. Dengan itu kebangkitan di Selangor tidak sempat berlaku'5

Begitu juga di Sri Menanti , Yamtuan Thnku Antah melancarkan gerakan menentang British kerana British melibatkan diri dalam soal Terachi pada tahun 1875 menyokong dakwaan Dato' KIana Sungai Ujong bahawa Terachi sebagai haknya. Pada 26 November 1875, PJ. Murray bersama rombongan datang ke Terachi untuk meninjau keadaan di sini. Sebaik sampai di sini, tidak terdapat sebarang tanda akan mencetuskan sebarang kacau biJau. Terachi sebenarnya, bersama-sama Hulu Muar, Gunong Pasir dan Jempul adalah terdiri dalam negeri-negeri Sri Menanti yang dikenali sebagai Tanah Mengandung' dan terletak dalam bidang kuasa Yang Dipertuan Sri Menanti. Penglibatan British ini mencabar kewibawaan Yang Dipertuan Sri Menanti, Thnku Antah. Ketegangan hubungan Thnku Antah dan British ini mencetus pertempuran. Pada awal Disember 1876, angakatan Thnku Antah berjaya menawan balai polis di Paroi. 86 Kemudiannya Thn Antah membina kubu pertahanan di Paroi. Kubu ini diserang oleh pasukan British dan Thnku

85 Khoo Kay Kim. "Before Pasir Salak" . lHSUM. Vol. VII. 1968/69. him. 40-52. Mohamad Amin Hassan, "Raja Mahadi bin Raja Sulaiman" , Peninjau Sejarah, Vol. I, No.2. Disemher 1966, him. 53-61.

86 1.M. Gullick, "The War with Yam Tuan Antah". 1MBRAS, Vol. · 27, Pt. I. 1954, 8-9.

I 9

Page 20: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dari segi SEJARAH

Antah berundur Ire Bukit PutuS.87 Thnku Antah mengundurkan diri ke Johor dan berlindung dengan Maharaja Abu Bakar. Kemudiannya Thnku Antah dibenarkan pulang, berkuasa di Seri Menanti sahaja"

\yercanggahan di antara nilai-nilai tempatan dengan barat juga berlaku di Pahang setelah British campur tangan di sana. Setelah peIjanjian Pahang­Great Britain ditandatangani pada Oktober 1881, Hugh Clifford datang Ire Pahang memegang jawatan Agen British. Kemudiannya pada Oktober 1888, J.P. Rodger dilantik sebagai Residen British Pahang yang pertarna Pentadbiran baru dibentuk di Pahang. Pahang telah dibahagikan kepada beberapa daerah dan diletakkan di bawah Pemungut Cukai di Majistret berbangsa Eropah. Kuantan diletakkan di bawah pentadbiran A.H. Wall, Pekan, F. Belfield; Kuala Pahang, w.w. MichelI; Temerloh, E.A. Wise; Hulu Pahang, w.e. MichelI dan Hugh Clifford sebagai Penguasa Hulu Pahang." Dengan itu peranan Pembesar tempatan di kawasan masing-masing diambiJ olel! Pemungut Cukai dan Majistret. Sebagai gantian di atas kehilangan kuasa ini pihak British mencadangkan bayaran elaun kepada pembesar. Thk Gajah, Temenggung, Shahbandar, Maharaja Perba Jelai, Orang Kaya ChenoT dan Orang Kaya Temerloh ditawarkan elaun 1,200 ringgit dan Dato' Bahaman pula sebanyak 840 ringgit setahun.'o Tawaran elaun tahunan ini ditentang oleh pembesar Pahang; di antaranya Maharaja Purba jelai, Orang Kaya Chenor, Dato' Shahbandar, Thk Gajah, orang Kaya Temerloh dan AbdulIah BeTa Mereka menyatakan tidak akan patuh keputusan Majlis Mesyuarat Negeri yang mereka sifatkan sebagai "MajIis Than Rodger". Rodger pula memberi amaran tidak ragu-ragu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mengingkari keputusan Majlis Mesyuarat Negeri. Selain itu British

87 Further Correspondence relating 10 lhe Affairs of certain native Stales in the Malay Peninsula in the neighbourhood of the Straits SetdemenJs (London: George Edward Eyre and William Spottiswoode. t876) . Gabenor Sir William Jervois kepada Earl of Carnavon. 14 Disember 1875 (telegram).

88 T. Chelliab. War in Negri Sembilan. 1874-1875. J.M. Gullick. "The War with Yarn Than Antah". IMBRAS. Vol. 27. Pt. I. 1954.

89 Zakaria bin Md. Dom. Wan Muhammad bin Wan Idris Mabarajalela Purba Jew, Kajian llmiah. Jabatan Sejarah. Univcl$iti Malaya, Kuala Lumpur. 1977178, bIm. 85. lang Aisjab Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891·1895 (KOla Babru: Pustaka Aman Press. 1972). him. 123; 127. Noriab Sulong. Orang Kaya Bahaman Satu Kajian Riwayal Hidup. Kajian llmiab, Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. Kuala Lumpur, 1974175. hlm. 41.

90 W. Lineban, A History 0/ Pahang (Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 1973). him. 133. Aruna Gopinath. Pahang 1880·1933: A Political Hisrory (Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 1991). him. 118.

Page 21: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

juga terlibat dalam soal perhambaan dan sistem kerah. Dalam soal perhambaan ini setiap pemilik hamba dikehendaki mendaftarkan nama hamba. jumlah. pekerjaan dan jumlah hutang kepada Pemungut Cukai Daerah. Sekiranya gagal melakukan demikian hak mereka ke atas hamba akan hilang. Mengenai kerah pula. ketua jajahan tidak boleh melakukan kerah kecuali mendapat kelulusan kerajaan. Dalam sistem kerah ini ditentukan bahawa ia dilaksanakan untuk membersih sungai. membaiki jalan. mendirikan bangunan. menebang kayu. mcngangkat barang-barang. menanam padi dan menemani ketua mereka dalam perjalanan.Barang siapa melanggar peraturan ini. mereka akan dikenakan denda 25 ringgit atau tiga bulan penjara. Cukai tanah juga diperkenalkan; !anah kampung. !anah paya. tanah dusun buah-buahan dan tanah nipah dikenakan cukai 40 sen setahun seekar; tanah ladang dan tenggala pula 20 sen seekar setahun.

Pembesar Pahang tidak dibenarkan memungut cukai dalam kawasan masing-masing. Dato' Bahaman yang memungut cukai di dalam kawasannya di Semantan telah diberi amaran oleh pihak British. Dalam pada itu 3 orang pengikut Dato' Bahaman telah ditahan oleh C.E.B. Desborough di alas tuduhan memungut hasil hutan tanpa kebenaran. Oleh kerana menolak permohonan Dato' Bahaman supaya mereka tersebut dibebaskan. serangan dilakukan ke atas rombongan C.E.B. Desborough. Mulai gerakan Dato' Bahaman secara terbuka ini . pengikutnya bertambah ke 600 orang dan dibantu oleh 100 Orang Asli. Orang Melayu pula menyibarkan dakyah menyatakan Dato' bahaman berjaya mengalahkan pasukan Desborough.91 Peraturan baru yang diperkenal dan dikuatkuasakan serta kehilangan kuasa dan wibawa serta untuk mempertahankan maruah negeri menyebabkan mereka melancarkan gerakan menentang British di Pahang pada tahun 1891-1895. Dalam gerakan yang diancarkan. Dato' Bahaman. Thk Gajah (Imam Perang Rasul) dan Mat Kilau dikalahkan. mereka berundur ke Kelantan dan Terengganu. Kemudiannya dengan semangat jihad yang ditanam oleh Thnku Paloh (atau Sayyid Abdul Rahman al-Idrus). Dato' Bahaman dan pejuang-pejuang Pahang melancarkan serangan ke atas Kuala Tembeling; berikutnya berjaya menawan kubu Jeram Ampai pada tahun 1894 .. Walaupun begitu kejayaan ini tidak berkekalan. kerana pasukan British berjaya mengundurkan mereka. Sekali lagi mereka memasuki sempadan Kelantan dan Terengganu." Gerakan memburu pejuang 91 C.O. 273/177, Sir Cecil C. Smith kepada Lord Knutsford, 29 Disember 1891 ; J.P.

Rodger kepada Setiausaha Jajahan Negeri Sela .. 24 Disember 1891. C.O. 273/179, telegram J.P. Rodger kepada Setiausaha Gabcnor. 22 Disember 1891.

92 Jang Aisjah Muttalib, Pemberontakan Pahang 1891 · 1895.

",..21

Page 22: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dar; seg; SEJARAH

Pahang dilakukan oleh pasukan British di bawah Hugh Clifford ke Kelantan dan Terengganu, tetapi menghadapi kegagalan kerana tidak mendapat kerjasama daripada penduduk tempatan.93

(Pada tahun 1915, berlaku kebangkitan Thk Janggut di Pasir Puteh, Kelantan. Kebangkitan ini dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Iebih dikenali dengan panggilan Thk Janggut) dengan sokongan Engku Besar Jeram Than Ahmad. Walaupun British dengan resminya melantik Penasihat British yang pertama di Kelantan selepas perjanjian di antara Kelantan-Great Britian yang ditandatangani pada tahun 1910, tetapi perubahan pentadbiran Kelantan telah pun berJaku sejak WA. Graham menjadi Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada tahun 1903. Pada tahun 1902 Perjanjian Siam-Great Britain ditanda­tangani; seorang Pesuruhjaya Siam dilantik di Kelantan. Jawatan ini disandang oleh bangsa British, WA. Graham. Apabila menjadi pesuruhjaya Kelantan, WA. Graham mengesyorkan pembentukan daerah di Kela!ltan. Pada tahun 1905, Encik Ibrahim (berasal dari Singapura) dilantik menjadi Ketua-iitjahan ­atau Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang pertama. Ketua Jajahan bertanggung­jawab ke alas pungutan cukai, tanah dan kehakiman. Pembentukan daerah Pasir Puteh ini telah menggugat kuasa dan wibawa pembesar tempatan di Pasir Puteh yang bergelar Engku Besar Jeram. Ketika kebangkitan Pasir Puteh berlaku pada tahun 1915, Ketua Jajahannya ialah Encik Abdul Latif; Engku Besar Jeram hanya memegang jawatan Thk Kweng Muda (penolong Penghulu) sahaja. Kemerosotan kuasa dan wibawa ini menyebabkan Engku Besar Jeram terlibat bersama Thk Janggut menentang pentadbiran barn.

Pada tahun 1905 peraturan yang diluluskan mengenai padi dan kelapa mewajibkan penduduk membayar hasil keluaran tersebut dan membantu Thk Kweng (penghulu) dalam pungutan hasil. Kemudiannya pada 19 Mac 1914 pengisytiharan notis No. 4/1914 mengenai cukai tetap tanah diluluskan oleh majlis Mesyuarat Negeri. Mengikut notisjfu sistem pungutan cukai ini akan berkuatkuasa pada I Januari 1915. OalaJll cukai barn ini cukai tahunan tanah

pertanian di antara 1 ringgit dan I ringgit 20 sen seekar terhadap tanah kelas satu; 80 sen seekar tanah kelas dua; 60 sen seekar tanah kelas tiga dan 40 sen seekar tanah kelas empat. Setiap tanah sama ada dikerjakan atau tidak dikerjakan diwajibkan membayar cukai. Sebelum ini pembayaran hasil tinggi tanah berdasarkan hasil yang diperolehi. Sekiranya hasil tinggi cukainya tinggi; jika hasil rendah, cukainya rendah, atau dikecualikan langsung.

93 Hugb Clifford. "Expedition to Terengganu and Kelantan", JMBRAS, Vol. 34, Pt. 1. 1962.

Page 23: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

Misalnya lanaman sirih 5 sen sejunjung, lembu dan kerb au 20 sen seekor," pokok kelapa yang berbuah, 3 sen sepokok,; durian 12 112 sen sepokok dan pinang I sen sepokok. Tanah padi pula, sawah 97 112 sen seekar dan huma 46 sen seekar." Peraturan baru, kejatuhan harag kelapa kering, hasil padi merosot; pengaruh dahagi Singapura (1915), bahawa British mengalami kekalahan teruk di antara faktor menyumbang meletusnya kebangkitan Pasir Puteh pacta tahun 1915"

Pada 29 April 1915, Thk Janggut mengadakan mesyuarat di Kampung Thk Akib. Di antara mereka yang hadir, Thk Janggut, Penghulu Adam, Haji Said dan Che Sahak Merbol. Mesyuarat ini bersetuju memulaukan pembayaran hasil dan menyerang pekan Pasir Puteh. Sementara itu Abdul Latiff, Pegawai Daerah Pasir Puteh telah mengarahkan Srujan Che Wan dengan beberapa orang mata-mata menangkap Thk Janggut. Pertengkaran berlaku di antara kedua pihak, Thk Janggut menikam Sarjan Che Wan dan mati. Mala-mala yang ikut serta lari menyelamatkan diri." Ketegangan yang wujud di Pasir Puteh ini menyebabkan Encik Abdul Latiff dan kakitangan kerajaan mengundurkan diri ke Kota Bharu.

Setelah siap sedia angkatan di bawah pimpinan Thk JanggutjEngku Besar Jeram dan Penghulu Adam serta Che Sahak Merbol melancarkan serangan ke alaS Pasir Puteh. Mereka tinggal di Pasir Puteh selama 3 hari. Ketika berada di sini, mereka melantik Engku Besar Jeram Than Ahmad sebagai Pemerintah; Thk Janggut sebagai Perdana Menteri, dibantu oleh Haji Said dan Che Sahak Merbol sebagai Pegawai Daerah. Mereka dilaporkan merosakkan bangunan kerajaan, rekod dan melepaskan orang salah"

Sementara itu Penasihat British Kelantan meminta bantuan tentera dari Singapura. Pasukan bantuan di bawah Leftenan Kolonel C.w. Brownlow dengan kapal S.S. Kaka dan pasukan di bawah Kapten Marryat dengan H.M.S. Cadmus dihantar ke Kelanlan. mereka tiba di Thmpat, Kelantan pada 5 Mei 1915 . Kemudiannya bantuan lambahan Malay Slates Guides dihantar dengan

94 Haji Abdullah Amirah. Riwayal Hidup Tuk Jang gUl (Pulau Pinang: Sinaran Bros Ltd .. 1957). him. 8.

95 C.O. 273/427. A. Young kepada A. Bonar Law. Pejabat Tanab Jajahan London, 20 Julai 1915. tcrlampir Laporan Farrer, 31 Mei 1915.

96 e.O. 273/427, A. Young kepada A. Bonar Law, Pejabat Tanah Jajahan London, 20 1ulai 1915.

97 Nile Anuar Nile Mahmud. Sejarab Jenun dan Kebangkitan Tok Janggut (1915), Latihan llmiab, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 1972. hIm. 40-42.

98 C.O. 273/426, Sir A. Young kepada Lewis Harcourt. pejabat Tanab Jajaban London. 5 Mei 1915 .

23

Page 24: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dari segi SEJARAH

kapal S.S. Calypso tiba di Kelantan pada 12 Mei 1915." Pasukan British ini mara ke Gunong pada 5 Mei 1915. Seterusnya ke Bukit Jawa, 8 Mei 1915 dan akhirnya tiba di Pasir Puteh pada 9 Mei 1915. Pasukan ini tidak menerima sebarang tentangan kerana Tuk Janggut dan penyokongnya telah pun meninggalkan pekan Pasir Puteh. Sultan Kelantan dengan nasihat Penasihat British menurunkan tandatangan ke atas surat pengisytiharan memaklumkan 5 orang pernimpin; Tuk Janggut, Engku Besar Jeram Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Che Sahak dan Haji Said, menyerahkan diri dalam tempoh 7 hari. Sekiranya ingkar rumah mereka akan dibakar. 1OO

Hadiah juga ditawarkan sebanyak 500 ringgit tiap-tiap seorang kepada sesiapa yang berjaya menangkap mereka. Pada 23 Mei 1915, pasukan British mendapat maklumat yang Tuk Janggut dan penyokongnya akan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh pada 24 Mei 1915. Pasukan British terdiri daripada 50 orang Sikh dan 7 pegawai Eropa/) di bawah N1ajor Borton mara ke Jeram pada 24 Mei 1915. Pertempuran kemudiannya beFIaku di antara keuda-dua belah pihak di Kampung Dalam Pupuh. Tuk Janggut dilaporkan terkorban; manakala Engku Besar Jeram Tuan Ahmad yang mengalarni kecederaan di paha diselamatkan oleh Wang Deraman ke Reman, Selatan Thailand. 101 Mayatnya diarak di Pasir Puteh dan Kota Bharu, sebelum digantungkan kepala ke bawah di Padang Merdeka untuk beberapa ketika. kem'fdiannya dikeburnikan di Pasir Pekan. 102

)

~Terengganu juga tidak ketinggalan menentang pentadbiran British. Gerakan menentang bermula pada tahun 1922, kemudiannya berlaku lagi pada tahun 1925 dan seterusnya pada tahun 1928 di bawah pimpinan seorang ulama, Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid (Iebih dikenali dengan panggilan Haji Abdul Rahman Limbong). Suatu perkara yang menarik dalam gerakan di Terengganu ini ialah peranan isu agama begitu menonjol. Mereka menganggap bahawa undang-undang baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran

99 e.o. 273/426. A. Young kepada Lewis Harcourt. 25 Mei 1915. Enclosure It "A Copy of report of the proceeding of RM.S Cadmus at Kelantan" by H.D. Marryat (komander), 14 Mei 1915 ; terlampir Leftenan Kolonel C.W. Brownlow kepada Ibu Pejabat Negeri Selat, 16 Mei 1915.

100 C.O. 273/426, A. Young kepada Lewis Harcourt. Pejabat Tanah Jajahan, London. 18 Mei 1915.

101 C.O. 273/436. Arthur Young kepada A. Bonar Law. Pejabat Tanah Jajahan, London. 2 Jun 1915. terlampir, Straits TImes, 29 Mei 1915.

102 Ibrahim Nil< Mahmood. "The Tuk Janggut Rebellion of 1915", W.R. Roff (ed.). Kelantan: Religion, Society and Politics in a Malay State (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1974), him. 62-86.

24

Page 25: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

British ini adalah undang-undang kafir. Sementara itu Haji Musa bin Abdul Ghani (Iebih dikenali dengan Haji Musa Minangkabau) yang mendapat tauliah mengajar agama dan memungut zakat di Hulu Terengganu menyatakan yang peraturan baru yang dibawa oleh British adalah peraturan kafir.

Penasihat British yang dilantik selepas Perjanjian Terengganu-Great Britain pada tahun 1919 telah melaksanakan beberapa peraturan baru dalam pentadbiran. Pentadbiran baru ini telah bercanggah dengan nilai-nilai tempatan yang diamalkan sebelum ini. Penduduk Terengganu yang sebelumnya bebas daripada membayar cukai atau mengambil surat kebenaran untuk mengambil hasil hutan, membuka tanah untuk berhuma atau petempatan sementara kini diarahkan berbuat demikian. Merekajuga tidak dibenarkan memburu binatang liar tanpa mengambil lesen terlebih dahulu.103 Melalui Undang-undang Kawalan Binatang Buas yang dikeluarkan pada tahun 1923 melarang penduduk tempatan memburu binatang liar. Sekiranya ada yang mengingkari akan dikenakan denda sebanyale 500 ringgit dan senapang mereka akan dirampas. Manakala peraturan mengenai tanah yang diluluskan pada tahun 1924, mewajibkan setiap penduduk Terengganu mendaftarkan tanah mereka untuk mendapatkan surat hale milik. Setiap orang diwajibkan membayar dua ringgit lima puluh sen untuk menyelesaikan kedudukan tanah mereka kepada mahkamah. Daripada dua ringgit lima puluh sen ini, satu ringgit dibayar untuk pendaftaran di Pejabat Tanah, satu ringgit lagi untuk salinan asal dan 50 sen untuk salinan berikutnya. Sekatan mengambil hasil hutan dan berhuma serta pengenalan peraturan baru lain menyebabkan lahirnya rasa tidak puas hati penduduk Terengganu, terutamanya mereka di kawasan pendalaman. Dengan itu mereka menyokong langkah membersih tanah tanpa surat kebenaran yang dikendalikan oleh Haji Abdul Rahman Limbong di Telemong pada tahun 1922 dan 1925. Begitu juga apabila kebangkitan sekali lagi diadakan pada tahun 1928; berkumpul di Kuala Berang dan Kampung Pelam, Telemong, juga di bawah arahan Haji Abdul Rahman Limbong mereka memberi sokongan.

Pada 1922 sekumpulan penduduk pendalaman membersih tanah dan mengambil hasil hutan tanpa surat kebenaran. Mereka ditangkap atas kesalahan ini dan didakwa di mahkamah. Dalam perbicaraan ini Haji Abdul Rahman Limbong menjadi wakil kepada tertuduh. Dalam perbicaraan yang berlangsung Haji Abdul Rahman meminta penjelasan daripada pendalewa mengenai tanah

hidup, tanah mati dan menyatakan tanah adalah hale Allah dan negeri tidak

103 MBOF. Tr. 66211341, "Undang-Undang Kawalan Binatang-Binatang Buas".

25

Page 26: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dari segi SEJARAH

mempunyai hak mengenakan cukai. Kegagalan pendakwa menjelaskan pertanyaan Haji Abdul Rahman Limbong menyebabkan perbicaraan di­tangguhkan beberapa kali. 104 Perbicaraan yang dilangsungkan beberapa kali ini berakhir tapa keputusan. lo,

Pada tahun 1925 penduduk pendalaman sekali lagi berkumpul di bawah pimpinan Haji Abdul Rahman Limbong membersih tanah di Telemong. Jumlah mereka pada 3 Mei 1925 di antara 300 hingga 500 orang. Mereka kemudiannya bersurai apabila kerajaan campur tangan. I

" Kira-kira tiga tahun kemudian, tahun 1928 berlaku sekali lagi kebangkitan. Kali ini mereka berkumpul di Kuala Berang dan Telemong. Walaupun ia dikendalikan oleh pernimpin yang berlainan di Kuala Berang dan Telemong, tetapi mereka di bawah pimpinan Haji Abdul Rahman Limbong. Mereka yang berkumpul di Kuala Berang menduduki bangunan kerajaan yang ditinggalkan pada 22 Mei 1928. Jumlah mereka yang berkumpul dianggarkan melebihi 500 orang. Di antara ketua yang ada pada hari ini, Abu Bakar Chinting, Mat Pitas, Engku Mat Kuala Pueh, Abdullah Jurukaka dan Ismail Kuala Por. I07 Sementara pasukan Kuala Berang mara ke Kuala Terengganu pada 23 Mei 1928, pasukan yang berkumpul di Kampung Pelam juga bergerak. Rancangan mereka, kedua-dua pasukan ini akan bertemu di Pasir Kebakang.

Kemaraan pasukan Kampung Pelam di bawah pimpinan Mat Zin bin Mat Min, Haji Zakaria (atau Kia) dan Lebai Deraman (Thk Janggut) dihadang oleh pasukan kerajaan di bawah pimpinan Dato' Panglima Dalam, Dato' Seri Lela Diraja dan Dato' Pahlawan di Padang Kacung, Kuala Telembong. Perintah tembak diarahkan oleh Dato' Panglima Dalam, Dato' Pahlawan dan Dato' Seri Lela Dirl\ja kepada Ketua Pasukan Polis, Inspektor Tengku Abdullah. lo,

104 c.o. 717/61 Humphreys kepada Beckell. 22 April 1922. terlampir laporan J.L. Humphseys "Report on certain mattcr connected with one Haji Drahman of Trengganu".

105 Abdullah Zakaria bin Ghazali. "Terengganu 1909-1922: Pentadbiran British dan Kesannya", Dato' Muhammad Saleh bin Haji Awang & Mobd. Yusof Abdullah (Penyusun). Pesaka U[ (Kuala Terengganu: Lembaga Muzium Negeri Terengganu, 1985), him. 79-80.

106 Abdullah Zakaria bin Ghazali. Kekacauan dan Kebangkitan Terengganu 1921-1928, Tesis M.A.. Universiti Malaya, Kuala lumpur. 1976. hIm. 134-183 .

107 e.O 717/61. Residen British Perak (H.W. Thomson) kepada Ketua Setiausaha Negcri­Ncgcri Melayu Berseirutu, 30 Jun 1928, teriampir laporan Residen British Perak. "Re­port on the Recent Disturbance in Terengganu" (seterusnya diringkas sebagai C.O. 717/61. "RDT'), kenyataan Imam Taib bin Ahsnad, him. 97: kenyataan Laliff bin Hamat (dalam tabanan), blm. 63.

108 SUK. TR. 1295/1346. kenyataan Dato' Lela. Dato' Pahlawan dan Dato' Pang lima Dalam, Sablu. pukul 11.45 pagi, 5 Muharam 1347 (24.6.1928). C.O. 717/61 , "RDT'. kenyataan Dato' Dalam. 25 Jun 1928; kenyataan Dato' Lela. 27 Jun 1928; kenyataan Dato' Pahlawan; kenyataan Tengku Abdullah dan kenyataan Sarjan Deraman.

26

Page 27: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

Tembakan pasukan kerajaan itu mengorbankan II orang di pihak Kampung Pelam. Tuk Janggut terkorban. Berita kematian di Padang Kacung irti menyebabkan kumpulan Kuala Berang yang sampai di Kampung Cheng pulang ke kampung masing-masing.

Kerajaan Terengganu mendapat bantuan danpada 50 orang polis dan 2 orang pegawai (seorang Melayu dan seorang Eropah) dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pasukan bantuan irti tiba di Kuala Terengganu pada 24 Mei 1928. Gerakan memburu dan menangkap pemimpin yang terlibat dijalankan. Tawaran hadiah di antara 100 hingga 200 ringgit dikeluarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Haji Tahir Kampung Gunung, Mat Pitas, Abu Bakar Chinting, Ismail Kuala Por, Haji Kia Telemong, Abdullah Jukukaka Kuala Menjing, Isa Paloh Dalam Tersat, Engku Mat Kuala Pueh, Lebai Hasan Kuala Menjing, Mat Zin Temelong, Penghulu Salleh Pasir Nyior dan Che Leh (anak Haji Abdul Rahman Limbong).I09

Hasil gerakan memburu dan menyiasat, kerajaan berjaya menangkap Abu Bakar Chinting, Ismail Kuala Por, Engku Mat Kuala Pueh, Abdullah Jurukaka, Haji Tahir Gunung, Mat Pitas, Mat Zin bin Mat Min, Lebai Hasan, Haji Kia, Penghulu Vmar, Che Leh bin Haji Abdul Rahman Limbong dan Haji Abdul Rahman Limbong. Semua mereka, kecuali Haji Abdul Rahman Limbong dipenjarakan. Haji Abdul Rahman Limbong ditempatkan dalam sebuah rumah di halaman Istana Maziah. Semua tahanan irti dibicarakan pacta II Jun 1928. Kesemuanya didapati bersalah bersabit dengan kebangkitan yang berlaku pada tahun 1928. Mat Zin bin Mat Min dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan kerja berat; Abu Bakar Chinting, Ismail Kuala Por dan Abdullah Jurukaka hukuman penjara 10 tahun dan kerja berat; Haji Kia 7 tahun kerja berat; Haji Tahir Gunung, Mat Pitas, Engku Mat Kuala Pueh dan Lebai Hasan 5 tahun kerja bera!. Che Leh dan penghulu Salleh Pasir Nyior dibebaskan."o Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhkan hukuman buang negeri ke Mekah. III

109 SUK. Tr. 129511346. "Pemberitahu Khas kepada sekalian mereka dalam Negeri dan Jajahan Tcrcngganu", 5 Zulhijah 1346 (26.5.1928).

ItO Abdullah Zakaria bin Ghazali. Kekacauan dan Kebangkitan Terengganu 1921-1928, hIm. 314.

III SUK. Tr. 129511346, "Pemhcritahu Kerajaan", 12 Zulbijah 1346 (2.6.1928). AbduUah Zakaria bin Gbazali "Kebangkitan 1928; Satu Perbincangan Mengenai Beberapa Tokoh dan Peranan Mereka", Malaysia Dari Segi Sejarab, No.9, 1980, him. 55-73; "Islam dan Anti-Penjajahan di Terengganu", lslamika II (Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. 1982), him. 114-130; "Kehangkitan Terengganu 1928", Muhammad Abu Bakar, AmaJjit Kaur & AbduUah Zakaria Ghazali (eds), HlSTORlA (Kuala Lumpur: The Malaysian Historical Society. 1984). hlm. 277-306.

27

Page 28: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

1--

MALAYSIA dDri segi SEJARAH

Keadaan yang sama ber1aku juga di Sabah. Datu Tating di Sabah pada kurun ke-18, kerana beliau tidak dapat menerima kehadiran British di Balambangan. British juga mengembangkan pengaruhnya di Labuan pada 24 Disember 1846. Kemudiannya Syarikat Baron de Overback dan Alfred Dent yang mendapat pajakan Sabah daripada Sultan Berunai pada tahun 1877 dan Sultan Sulu pada tahun 1878 telah dianugerahkan Piagam oleh kerajaan British pada tahun 1881 dan berikutnya Kompeni Berpiagam Borneo Utara ditubuhkan pada tahun 1882.

Pentadbiran Kompeni berpiagam memperkenalkan cukai bagi menambl!h kewangan mereka. Di antara cukai yang diperkenalkan ialah ke atas beras. Kegiatan pedagang memasuki kawasan pendalaman dan mendapatkan hasil hutan telah merosakkan jalinan perdagangan tradisional penduduk tempatan. Apabila pegawai yang pertarna dihantar bertugas di Kudat pada awal 1882, menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan. Salah seorang pegawainya, EX. Witti telah dibunuh oleh suku pendalaman dalam bulan Mei 1882. Begitu juga apabila pejabat dipindahkan dari Kudat ke Sandakan pada bulan Januari 1884, pihak British menghadapi tentangan daripada Pangiran Samah. Pihak British juga menghadapi serangan daripada suku Bajau di Sungai Kwang pada tahun 1885. Pada tahun 1888 Kompeni Berpiagam mendapat perlindungan daripada kerajaan Britain. Pada bulan Disember 1888, Pangiran Shahbandar Hassan bertempur dengan pasukan British di bawah D.O. Daly dan Kapten R.D. Beeston. Pasukan Pangiran Shahbandar Hasan dikalahkan dan kota Shahbandar dimusnahkan pada Mac 1889. Pada tahun 1894 pula Si Gunting telah melancarkan serangan ke atas pasukan polis menyebabkan tujuh orang daripadanya terbunuh. Perjuangan Si Gunting berakhir pada tahun 1905 apabila beliau menyerah diri kepada Kapten A.B.C. Francis.1l2

Selain itu pihak berkuasa Sabah juga menghadapi tentangan daripada Datu Mohamed Salleh bin Datu Balu (dikenali sebagai Datu Mat Salleh). Pada bulan Ogos 1895 Mat Salleh bersama 10-30 orang pengikut datang ke Sandakan untuk berunding dengan pegawai British bagi membincangkan masalah cukai kepala, surat kebenaran untuk perahu dan tindakan kekerasan pegawai British ke atas penduduk tempatan. Kedatangan Mat Salleh ini tidak dilayan oleh pihak Kompeni. Setelah menunggu sepuluh hari di Buli Sim Sim Mat Salleh dan pasukannya meninggalkan tempat ini. Pada ketika ini

112 Jamdin Buyong, "Perjuangan Peribumi Menentang Penjajahan Di Sabah: Protes terbadap Nilai barat", kertas kerja yang dibentang dalam Seminar Sejarah dan Masyarakal Sabab. Kola Kinabalu. 12 . 160gos 1981.

28

Page 29: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

Gabenor Beufort, Pryer dan Gueritz tidak ada di Sandakan. Penladbiran dipangku oleh Cook. Kedatangan Mat Salleh disalah anggap oleh Gabenor Beufort yang kembali ke Sandakan. Beliau menghantar pasukan tentera menyerang Mat Salleh. Walaupun angkatan British ini gagal mengesani Mat Salleh tetapi mereka telah memusnahkan kampung Mat Salleh. Mat Salleh Idni menjadi buman British. Tawaran hadiah sebanyak 500 ringgit dikeluarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh. Pada 9 Julai 1897, Mat Salleh dan pengikutnya melancarkan serangan dan memusnahkan bangunan British di Pulau Gaya dan tinggal di sini hingga 12 Julai 1897. Apabila pasukan British bertindak balas Mat Salleh meloloskan dirinya, begitu juga Mat Salleh berjaya melatikan diri apabila kubunya di Ranau diserang oleh pihak British. Kemudian pada bulan November 1897 Mat Salleh bersama pengikutnya, kaum Suluk, suku Bajau, Pirasan dan Ilanaun menyerang Ambong.

Setelah gagal menangkap Mat Salleh, Pengarah Urusail Kompeni Wil­liam Cowie menawarkan perdamaian dengan Mat Salleh. Walaupun rancangannya ditentang oleh beberpa orang pegawai British, Cowie meneruskan rundingan dengan Mat salleh. Dalam rundingan tersebut Mat Salleh dibenarkan mentadbirkan daerah Tambunan. Akhimya pihak British tidak menepati janji dengan mengambil alih pentadbiran Tambunan pada tahun 1897. Tersebar berita menyatakan Sultan Sulu menggesa Mat Salleh berjuang menentang British. Boola ini dinafikan oleh Sultan Sulu yang singgah di Sandakan dalam perjalanan pulang dati Mekah.1l3 Perbuatan British ini menimbulkan kemarahan Mat Salleh. Dengan itu beliau meneruskan perjuangan. Kompeni menghantar angkatan menyerang kubu Mat Salleh di Tambunan. Pertempuran berlaku di antara angkatan Mat Salleh dan pasukan Kompeni. Akhimya pada 1 Februari 1900 kubu Mat Salleh dapat ditawan pasukan Kompeni." 4 Selain itu pada I Februari 1900, pasukan British diberitahu oleh seorang perempuan bemama Nik, yang keluar dati kubu menyatakan bahawa Mat Salleh telah meninggal duniapada 31 Januati 1900. Manakala perjuangan Mat Salleh di Sabah diteruskan oleh pengikutnya Mat Sator. Pada April 1900 Mat Sator bersama suku Bajau, Dusun dan Ilanun melancarkan serangan ke alas Kudat. Mat Sator gugur dalam pertempuran ini . Kemudiannya Kamunla yang meneruskan perjuangan menyerah diri dan

113 C.O. 874/262. L.P. Beaufort kepada Richard B. Martin, 28 Julai 1898. 114 C.O. 8741265 , Hugb Clifford kepada Richard B. Martin. Pengerusi Kompeni Borneo

Ulala. London. 15 Februari 1900.

29

Page 30: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dari segi SEJARAH

dijatuhkan hukuman tembak mati pada Julai 1902. Gerakan Pak Musa yang dilancarkan pada tahun 1908 juga dapat dipatahkan oleh kompeni pada tahun 1913'15

Kemudiannya, Kompeni mengisytiharkan pendaftaran milik tanah menyekat pertanian pindah dan mengawal membuat tapai. Langkah ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati mereka yang terlibat. Penduduk tempatan juga dikenakan bayaran menyukat tanah untuk menentukan sempadan sebanyak satu ringgit untuk satu ekar dan dua ringgit untuk kawasan yang lebih besar. Di samping itu 50 sen dikenakan ke alas hak milik tanah untuk satu ekar setahun. Bayaran juga dikenakan ke atas tiap-tiap pokok kelapa yang menghasilkan nira untuk membuat tuak dengan harga 25 sen setahun; juga 2 sen segantang beras untuk membuat tapai. Didapati juga beriakunya kerja paksa yang dilakukan oleh Kompeni ke alas orang Murut tanpa bayaran gaji membinajalan raya ke kawasan pendalaman. Ada di kalangan mereka percaya pembinaan jalan raya ini adalah mengusir roh moyang mereka. Apabila kemarau berlaku mereka menuduh bahawa ianya terjadi disebabkan oleh kemarahan roh tersebut. II.

Dalam keadaan resah gelisah dan kesusahan itu muncul Antanum yang mendakwa mempunyai kuasa luar biasa boleh menghalau pemerintahan Kompeni dari kawasan mereka. Antanum juga mendakwa sekiranya menyokong perjuangannya, dia boleh menghidupkan keluarga yang mati dan mengeluarkan makanan apabila sahaja diperlukan. Selain itu Antanum juga mengugut mengenakan balasan terhadap mereka yang tidak memberi sokongan. Penduduk yakin dengan dia, sehingga ada di antara mereka memusnahkan tanaman dan membakar rumah serta menyerahkan wang.ll7

Benih tentangan telah berlaku pada Jun-Julai 1914, tetapi dapat dialasi oleh pasukan polis di bawah Bunbury dan Baboneau. Kemudiannya tentangan meletus lagi pada Februari-April 1915 u • Dengan pimpinan Antanum, kira-

115 K.G. Tregonning. "The Mat Salleh Revolt (1894·1905)". JMBRAS. Yo;. 29. Pt. I. 1956. hlm. 20-36. Ian Black. A Gambling Style of Government: The Esrablishment of rhe ChaJered Company's Rule on Sabah. J878-J9J5 (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1983). him. 129·172. Clain Neil CrissweU. "The Mat Salleh Rebellion Reconsi­dered", The Museum Sarawak Journal . Vo;. XIX. Nos. 38-39 New Series. 1971 . hlm. 155·165.

116 Ian black. "The Rundum Rebellion of 1915: Millenerianism and Social Protest", kertas keIja yang dibentangkan dalam Seminar Sejarah dan Masyarakat Sabah. Kola Kinabalu . 12·160go, 1981.

117 C.O. 874/834. F.W. Fraser kepada Pengeru,i Britisb Borneo UtaJa. 22 September 1915. 118 C.O. 874/834. Alfred Thmer kepada Forbes, lOgos 1915. terlampir "Remarks upon the

memorandum on the unrest in North Borneo".

30

Page 31: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN Dl MALAYSIA

Idra 900 orang Murut melancarkan gerakan menentang Kompeni pada tahun 1915, menyerang Pensiangan dan kemudiannya menyerang Rundum. Kira­Idra 12 orang di pihak Kompeni terbunuh dan 20-30 orang cedera. Kompeni menghantar tentera menyerang kubu Antanum. Pasukan ini terdiri daripada 95 orang polis dan 300 pengikut di bawah pimpinan Bunbury, Pearson dan Tabuteau melancarkan serangan ke atas kubu Antanum pada 13 April 1915. Serangan ini menyebabkan Antanum bersama 400 orang terkorban. Kematian Antanum mengakhiri kebangldtan Rundum.

Seperti juga Semenanjung Thnah Melayu dan Sabah, bumiputera Sarawak juga tidak ketinggalan melancarkan beberapa siri tentangan terhadap pentadbiran Brooke. Pengasasan pentadbiran Brooke di Sawarak dimulakan oleh James Brooke'l9 pada tahun 1841. James Brooke pertama kali datang ke Sarawak pada tahun 1839 dengan kapaJ Royalist berjumpa Pangiran Muda Hashim menyerahkan hadiah dan surat ucapan terima kasih daripada kerajaan Negeri-Negeri Selat kerana membantu kelasi British yang karam berhampiran dengan Kuching. WaJaupun James Brooke diminta oleh Pangiran Muda Hashim membantu mengatasi kekacauan yang dibangldtkan oleh Datu Patinggi Ali, tetapi beliau menolaknya. Pada tahun 1840 James Brooke datang sekaJi lagi ke Sarawak. Kali ini beliau terlibat daJam kekacauan masih berterusan, membantu Pangiran Muda Hashim. Setelah kekacauan tam at, James Brooke dilantik sebagai pemerintah Sarawak (bahagian pertarna sekarang). Perlantikan ini dilakukan oleh Pangiran Muda Hashim setelah dipaksa oleh James Brooke. Di upacara tersebut, Pangiran Muda Hashim memberi surat kepada James Brooke yang menyatakan beliau, Pangiran Muda Hashim ibn aJ-marhum Sultan Muhammad memberi kuasa kepada James Brooke memerintah Sarawak; termasuk pungutan cukai dan perbelanjaan negeri. ManakaJa James Brooke pula akan membayar seribu ringgit kepada Sultan Brunei dan Pangiran Muda Hashim; tiga ratus ringgit kepada Patinggi; seratus lima puluh kepada Dato' Bandar dan seratus kepada Dato' Temenggung. Selain itu James Brooke hendaJdah menghormati dan mengekaJkan adat istiadat dan undang-undang orang Melayu Sarawak. Seldranya berlaku kekacauan di Sarawak yang mungldn merugikan Sarawak, Sultan Brunei dan Pangiran Muda Hashim

119 James Brooke dilahirkan pacta tahun 1803 di India. Pemah berkhidmat sebagai tentera di India. sebelum mengundurkan diri kerana mengalami kecederaan teruk. Apabila bapanya meninggaJ dunia, beliau belayar dengan kapal Royalist ke Singapura dan ke Kuching, Sarawak: membawa hadiah bagi pihak kerajaan Negeri-Negeri Selat kepada Raja Muda Hashim. Vernon Mullen. The Story of Sarawak (Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1971). hIm. 37-38.

3 1

Page 32: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MAUlYSIA dari segi SEJARAH

akan membantu James Brooke. 12•

Setelah berlruasa di Sarawak, James Brooke memecat pembesar Brunei dan melantik ketua-ketua orang Melayu Sarawak memegang jawatan dalam kerajaannya. Di peringkat Bahagian, pentadbiran dipegang oleh Residen. Manakala Daerah pula, diketuai oleh Pegawai Daerah. Di awal pentadbirannya, Sungai dan penduduk Sarawak di bawah perintah Ketua Melayu. Mereka ini pula mempunyai hubungan yang rapat dengan Brunei. 121 Walaupun beliau dilantik sebagai pemerintah Sarawak pada tahun 1841, tetapi James Brooke hanya dilantik sebagai Gabenor Sarawak pada 24 September 1842. Kelruasaannya ke atas Sarawak dilrulruhkan lagi melalui surat lruasa bertarikh Julai 1846 yang diberikan oleh Sultan Brunei. Dengan itu beliau telah menjaJankan dasar yang kemudiannya ditentang oleh pribumi Sarawak. Walaupun begitu James Brooke berjaya meluaskan kawasan pentadbirannya _ yang berasal 18,130 kilometer persegi kepada 121,730 kilometer persegi. Dalam usahanya ini banyak jiwa yang terkorban. m

Kerajaan baru James Brooke menolak kedaulatan Brunei ke atas Sarawak; melantik Ketua Melayu dalam pentadbirannya. Perluasan kawasan pentadbirannya, diikuti dengan pembentukan pejabat baru seperti Ketua Setiausaha, Bendahari dan Residen untuk tiap-tiap Bahagian. Walaupun kakitangannya ini dipenuhi daripada pengambilan pegawai dari Britain, tetapi James Brooke mengekaJkan lrumpulan pegawai Melayu dalam kerajaannya. Ketua Melayu yang terkanan daJam kerajaan Brooke ialah Datu Patinggi; kemudiannya diilruti oleh Datu Syahbandar (atau Bandar), Datu Temenggung, Datu Imam (penasihat hal ehwal Agama Islam) dan Datu Hakim (Berwibawa dalam Perundangan Islam). Mereka diberi bayaran gaji yang berpatutan. Kuasa tertinggi dalam kerajaan Brooke terletak di tangan Raja. Beliau berlruasa mutlak; tetapi dibantu oleh Majlis Tertinggi. Majlis tertinggi ini bertemu tiap-tiap minggu, berincang mengenai dasar pentadbiran negeri .12l

l1dak beberapa lama se1epas menjadi Raja Sarawak, James Brooke memperkenalkan peraturan di Sarawak. Mereka yang melalrukan kesalahan, seperti menyamun, membunuh atau jenayah yang berat akan dibicarakan. Sekiranya didapati bersabit dengan kesalahan tersebut mereka akan dikenakan

120 Buyong Adil. Haji. Sejarah Sarawak. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974). him. 22-23 .

121 Margaret Clark Raff, The Politics of Belonging: Political Change in Sabah and Sarawak (Kuala Lumpur: a.ford University Press, 1974), him. 37.

122 1.M. Gullick. Malaysia (London: Earncst Benn Limited. 1969), him. 162-163. 123 Malcolm Mac Donald. Borneo People, (Singapore: Oxford University Press, 1985).

him. 345 - 346.

32

Page 33: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TElVI'ANGAN DI MAlAYSIA

hukuman. Penduduk Sarawak, Melayu, Cina dan Dayak dibenarkan berdagang dan menjadi buruh. Semua infrastruktur boleh digunakan oleh semua orang; segala kapal dan perahu boleh keluar masuk sungai-sungai di Sarawak. Walaupun perdagangan dibebaskan, tetapi perusahaan antimoni (bijih perak) adalah monopoli Gabenor. Walaupun kebenaran diberikan untuk berhubung dengan orang Dayak, tetapi mereka tidak boleh mengganggui mereka atau

mengabil dengan paksa barang-barang mereka. Orang-orang Dayak juga tidak boleh dipaksa menjual barangan mereka. Sementara itu pungutan cukai hanya akan dipungut oleh pegawai yang memiliki sural tauliah yang dicop oleh Gabenor. Gabenor akan menentukan jumlah cukai yang akan dibayar oleh penduduk pribumi untuk membantu kewangan dalam pentadbiran kerajaan Sarawak. Penyelesaian akan diadakan terhadap sukatan, timbangan dan matawang negeri Sarawak. Gabenor akan mengeluarkan surat perintah supaya penduduk pribumi mematuhi segal a peraturan yang diisytiharkan. Segala peraturan ini bertujuan melindungi kaum Dayak, mengelakkan perdagangan dan mempastikan keadilan berjalan ke atas penduduk pribumi. James Brooke membentuk sebuah mahkamah keadilan yang mana beJiau sendiri sebagai Hakim. 12'

Dalam usaha meluaskan kekuasaannya, James Brooke telah memasuki kawasan yang luar daripada daerah kekuasaan beJiau. Langkah ini diambil setelah James Brooke yakin kedudukannya di Sarawak (Bahagian Pertama) telah selamat. James Brooke dengan alasan menghapus kegiatan perlanunan telah menyerang masyarakat Melayu dan Iban di Bahagian Kedua pada awal tahun 1842. Langkah ini mencabar kekuasaan orang Melayu dan Iban di kawasan mereka. Misalnya pentadbiran Brooke telah mendirikan kubu pertahanan di Kuala Sungai Skrang. Kubu-kubu juga dibina di Lingga dan Kanowit. Sebagai langkah mengatasi masalah kewangan pentadbiran Brooke mengenakan cukai ke alas beras dan garam. Pembinaan kubu di Skrang telah mengganggu orang !ban di Saribas dan Skrang. Dengan itu mereka telah melancarkan gerakan menentang pentadbiran Brooke.

Pentadbiran Brooke mengugut akan menyerang pembesar yang enggan bekerjasama dengannya. Pada awal 1842, James Brooke menuduh Sharif Sahap, keturunan Arab dari Sadong, yang memerintah kumpulan tertentu Dayak Darat menghantar pengikutnya mencuri di dalam kawasannya. Thduhan ini memarahkan Sharif Sahap. Dengan itu beJiau bersama-sama orang !ban, di antaranya Orang Kaya Pemancha Dana (Bayang) menyerang Kuching.

124 Didasarkan kepada Haji Buyong Adil. Sejarah Sarawak. him. 25-26.

33

Page 34: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dar; seg; SEJARAH

Namun begitu gerakan ini dapat diatasi oleh pentadbiran Brooke.12S Penentangan terhadap pentadbiran Brooke juga dilancarkan oleh ketua tempatan keturunan Arab, lain seperti Sherif Japar dan Sherif Mullah. Semua tentangan ini dapat diatasi oleh James Brooke. Oalam bulan Mac 1845, James Brooke telah dilantik sebagai Ejen Mahkota British di Borneo. Oalam kempennya yang dilaungkan menentang lanun ini, James Brooke dibantu oleh Tentera Laut Oiraja British dari Singapura. Oi antara kapal yang membantu beliau dalam gerakannya menentang masyarakat Melayu dan Iban di Bahagian Kedua ialah H.M.S. Dido di bawah pimpinan Henry Keppel.'"

Oalam satu perjuangan di kampung Nanga Padih, tentera James Brooke beIjaya menawan kampung ini pada 11 Jun 1843. Orang Ibanjuga mengalarni kekaJahan di Rimbas . Oalam satu pertempuran yang besar di Beting Maru pada 31 Julai 1849, James Brooke berjaya mengalahkan orang Iban di bawah pimpinan Abang Apong dan Linggir M.ali L,ebu. Namull, begitu perjuangan menentang pentadbiran Brooke masih berterusan. Oi antara'-pemimpin Iban yang terkenal dan disanjung meneruskan perjuangan ini ialah Rentap.127 Perjuangannya ialah menolak kehadiran James Brooke dan orang asing mentadbir kaumnya. Rentap juga mengalami kekalahan mengatasi kemaraan tentera James Brooke di Karangan Peris di Skrang. James Brooke kemudiannya mendirikan kubu di Nanga Skrang, pertemuan Sungai Skrang dengan Batang Lupar. Pembinaan kubu ini mendapat tentangan daripada Rentap. Sebagai langkah persediaan Rentap dan pengikut setia bergerak ke pendalaman, membina kubu pertahanan di Sungai Lang, cabang Sungai Skrang. Kubu Rentap di Sungai Lang telah diserang oleh pasukan James Brooke yang terdiri daripada orang Oayak dan Melayu pada tahun 1851. James Brooke daJam usaha menjamin kekuatannya daJam kawasan-kawasan yang telah beliau kalahkan penduduk pribumi telah membina kubu-kubu pertahanan. Kubu dibina di Kanowit, Sarikei, Charles Fox dan kubu Skrang, William Brereton dan Alan Lee. Orang-orang Iban meneruskan perjuangan mereka menentang pentadbiran Brooke. Pembinaan kubu-kubu pertahanan ini telah mengganggui kebebasan dan menceroboh kawasan mereka. Pada awal tahun 1853, orang-

125 Robert Pringle. Rajahs and Rebels: The [bans of Sarawak Under Brooke Rule, 1841· 1941 (London: Macmilan. 1970). hIm. 7(). 73.

126 Keterangan lanjut ekspedisi Keppel. sila lihat Henry Keppel. The Expedition 10 Borneo of H.M .S. Dido For The Suppression of Piracy (London: Frank Cass & Co. Ud .. 1968).

127 Rentap dilahirkan kira-kira tabuo ) 800. Tinggal di kawasan Sungai Saribas. Nama asalnya Libau; kemudiannya ditukar kepada Rentap setelab berjaya dalam satu perlawanan. A.M. Copper. Men of Sarawak (Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1968). hlm. I.

34

Page 35: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

orang Iban di bawah pimpinan Rentap telah melancarkan serangan ke alas

kubu Skrang. Penguasa kubu Nanga Skrang, William Brereton yang mendapat maklumat Rentap akan melancarkan serangan ke atas kubu tersebut menghantar pasukannya untuk menghadang kemaraan pasukan Rentap. Beliau juga telah mendirikan sebuah kubu keeil di satu tempat kica-kira beberapa kilometer ke atas daripada kubu Nanga Skrang, di Lintang Batang. Pertempuran berlaku di antara pasukan Rentap dengan pasukan James Brooke. Pertempuran ini berakhir dengan pengunduran pasukan Rentap. Dalam serangan ini Alan Lee mengepalai pasukan James Brooke terkorban.128 Kematian Alan Lee yang telah meletakkan Rentap sebagai pahlawan yang disanjung. Kini beliau berjaya menawan hati penduduk Skrang dan Saribas, serta membawa sama ketua­ketua mereka; seperti Linggir (atau Mali Lebu) dari Paku dan tiga orang anak Orang Kaya Pemancha Dana (Bayang), Aji, Luyoh dan Nanang berjuang menentang pentadbiran Brooke.

Pada tahun 1854, kubu Rentap di Sungai Lang telah diserang oleh pasukan James Brooke. Rentap mengundurkan diri ke Bukit Sadok; kubu Sungai Lang ditawan oleh pasukan James Brooke. Rentap menguatkan kedudukannya di Bukit Sadok. Beliau dikenali juga dengan panggilan Raja Hulu. Kekuatan kubu Rentap di Bukit Sadok diserang oleh Than Muda Charles Brooke dengan pasukan yang terdiri daripada 3,500 orang Dayak dan 500 orang Melayu dalam bulan Jun 1857. Dalam pertempuran ini Rentap berjaya mengundurkan pasukan Than Muda Charles Brooke. Kejayaan ini mengharumkan nama Rentap. Namun begitu tidak lama kemudiannya pasukan di bawah Than Muda Charles Brooke berjaya mengalahkan pasukan Iban di bawah pimpinan Aji Apai Limpa. Pada tahun 1858, pasukan di bawah Than Muda Charles Brooke melancarkan serangan ke atas kubu Rentap di Bukit Sadok. Dalam pertempuran yang berlaku, pasukan Rentap berjaya mengalahkan pasukan Than Muda Charles Muda. Namun begitu pada tahun 1861, pasukan ini datang lagi menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Rentap kali ini gagal mengatasi serangan pasukan Than Muda Charles Brooke berundur ke Bukit Lanjak. Kemudiannya ke Entabai dan meninggal dunia beberapa tahun kemudian. 12

'

Gerakan tentangan terhadap pentadbiran Brooke juga dilakukan oleh orang Melayu. Di antara pernimpin mereka yang terkenal ialah Sharif Masahor. Sharif Masahor ialah Gabenor Sarikei yang dilantik oleh Sultan Brunei pada

128 Robert Pringle, Rajahs and Rebels . .. , hlm. 91·92. 129 A.M. Cooper, Men of Sarawak, hlm. f>. 7.

35

Page 36: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dar; seg; SEJARAH

tahun 1849. Beliau mempunyai pengaruh politik yang sangat luas di kalangan orang [ban di Sungai Skrang dan Saribas dan orang Melanau di Sungai Rejang. Kehadiran James Brooke yang diikuti dengan penguasaannya ke alas Sarawak sangat-sangat tidak disenangi oleh beliau. Kemarahannya bertambah lagi dengan langkah-Iangkah perluasan kuasa yang diambil oleh James Brooke ke atas daerah-daerah kerajaan Brunei. Langkah James Brooke yang dimulainya pada tahun 1853 telah berjaya menguasai kira-kira tujuh buah daerah Brunei. Sultan Brunei yang tidak berupaya menghalang kemaraan kekuasaan Brooke ini terpaksa menyerah kawasan Sungai Sadong, Semerahan, Lingga, Krian, Skrang, Rejang dan Saribas. Walaupun Sarikei menjadi kawasan Sarawak, Sharif Masahor sebagai Gabenomya, tetapi Sharif Masahor tergugat dengan pentadbiran Brooke ini. Pembinaan kubu oleh pentadbiran Brooke di Kanowit adaIah seperti mengambil a1ih pentadbiran Sharif Masahor di Sarikei. Kubu ini dijagai oleh pegawai British, Henry Steel. Pembinaan kubu dan kehadiran Henry Steel di Kanowit ini telah mencabar kedudukan Sharif Masahor. Dengan itu beliau merasakan perlu mengambil langkah yang sesuai untuk memusnahkan kerajaan Raja Putih di Sarawak. Dalam usahanya itu beliau membuat pakatan dengan Haji Abdul Gapur melancarkan gerakan untuk menghalau James Brooke dari Sarawak.

Haji Abdul Gapur, menantu Datu Patinggi Ali telah dilantik oleh James Brooke menjadi Datu Patinggi menggantikan mertua pacta tahun 1844, selepas Datu Patinggi dibunuh oleh orang [ban di Sungai Skrang. Ketika menjadi Datu Patinggi, Haji Abdul Gapur tidak puas hati ke alas pentadbiran Brooke yang mengambil langkah menghapuskan monopoli perdagangan pembesar Melayu dengan orang Dayak Darat di Sarawak. Sebagai ganti di atas kehilangan monopoli ini kerajaan Brooke membayar gaji tetap kepada mereka yang terlibat. MaJah, James Brooke telah mencampuri hal yang boleh disifatkan peribadi Datu Patinggi Haji Abdul Gapur. James Brooke cuba menghalang Datu Patinggi Haji Abdul Gapur mengahwinkan anakoya dengan Sharif Bujang, adik Sharif Masahor. James Brooke bimbang perkahwinan ini akan menghasilkan hubungan erat di antara dua buah keluarga. Beliau beranggapan, Sharif Masahor adaJah seorang yang merbahaya. Usaha James Brooke gaga! , kerana Datu Patinggi Abdul Gapur yang tidak senang dengan gangguan James Brooke ini meneruskan juga perkahwinan anaknya pada tahun 1851. Kini James Brooke mencurigai yang Datu Patinggi Haji Gapur dan Sharif Masahor merancang menentang pentadbirannya dan membunuh orang Eropah di Sarawak. Dengan mengambil kira perkara ini, James Brooke mengambil

36

Page 37: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI VAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN VI MALAYSIA

langkah untuk mengurangkan kuasa dan wibawa pembesar Melayu di Kuching. Pada tahun 1854, James Brooke telah melantik terus ketua-ketua kampung di kawasan-kawasan pembesar tersebut. Ketua-ketua kampung ini tidak lagi bertanggungjawab kepada pembesar Melayu, tetapi berhubung terus dengan Raja. Langkah James Brooke ini, yang tidak merujuk perlantikan tersebut terlebih dahulu kepada pembesar Melayu, dianggap oleh Datu Patinggi Haji Abdul Gapur sebagai menghina kedudukan pembesar Melayu. Dengan itu Datu Patinggi Haji Abdul Gapur menjemput semua ketua kampung yang dilantik oleh James Brooke hadir mesyuarat. Dalam mesyuarat ini Datu Patinggi Haji Abdul Gapur menggunakan kuasanya sebagai Datu Patinggi, membatalkan perlantikan ketua-ketua kampung yang dilantik oleh James Brooke. TIndakan Datu Patinggi Haji Abdul Gapur ini dipandang berat oleh kerajaan Brooke. Beliau dianggap menderhaka kepada kerajaan Brooke. Walaupun begitu kerajaan Brooke gagal membuktikan Datu Patinggi Haji Abdul Gapur merancang untuk menjatuhkan kerajaan Brooke. Dengan itu beJiau dinasihatkan ke Mekah menunaikan fardhu haji dan seterusnya dibuang ke Melaka.

Penglibatan Brooke dalam persengketaan Mukah, di antara Pangiran Nipa dengan Pangiran Matusin menjadi alasan kepada Sharif Masahor130 menentang Brooke. Dalam persengketaan Mukah ini, Pangiran Matusin telah membunuh saudara sepupunya pangiran Ersat. James Brooke yang mempunyai cita-cita untuk menguasai Mukah kerana sumber sago yang banyak di sini telah melibatkan diri di Mukah. Padahal Mukah di luar daripada kekuasaan beliau. Penglibatannya itu telah mengheret Sharif Masahor dan Pangiran Nipa menentang pentadbiran Brooke. Sharif Masahor, Gabenor Sarikei bersama pengikutnya datang ke Mukah membantu saudara iparnya, Pangiran Nipa (anak Pangiran Ersat) menentang Pangiran Matusin. Matusin berjaya melarikan diri ke Kuching dan meminta bantuan James Brooke. Kini Mukah ditadbir oleh Pangiran Nipa. James Brooke menghantar anak saudaranya Charles Brooke (Than Muda) untuk menyelesaikan pergaduhan ini. Charles Brooke mengeluarkan isytihar menghalau Sharif Masahor dari Sarikei. Langkahnya ini mencabar kekuasaan Sharif Masahor dan juga melibatkan diri dalam daerah yang bukan kekuasaan pentadbiran Brooke. OIeh kerana kebanyakan orang !ban Saribas bergantung kepada Sharif Masahor untuk mendapatkan garam dan bekalan bahan letupan maka kini barang-barang tersebut tidak

130 Sharif Masabor dilahirkan kira-kira tabun 1810 di Brunei . (A.M. Cooper, Men of Sarawak. hlm. 31).

37

Page 38: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dari segi SEJARAH

boleh lagi didapati oleh mereka. Oengan itu orang Iban Saribas memberi sokongan kepada Sharif Masahor.

Sementara menghadapi berbagai tentangan daripada penduduk pribulIIi Sarawak, pentadbiran Brooke dikejutkan pula oleh kebangkitan orang Cina pada tahun 1857. Walaupun kebangkitan orang Cina dapat diatasi oleh kerajaan Brooke, tetapi orang Cina berjaya menduduk bandar Kuching dan James Brooke terpaksa menyelamatkan diri bagi mendapatkan bantuan daripada pembesar Melayu. Oengan bantuan para pembesar Melayu, James Brooke berjaya mematahkan kebangkitan orang Cina. l31 Orang Cina mengundurkan diri ke Sambas, ramai juga yang terkorban dalam serangan ini. James Brooke yang berhutang budi kepada orang Melayu ini telah membenarkan Haji Abdul Gapur pulang ke Sarawak, tetapi tidak memulangkan jawatan yang disandangnya sebelum ini. Berbeza pula juga dengan Sharif Masahor, dibenarkan pulang ke Sarikei memegang jawatan Gabenor di sini.

Langkah Gabenor Edwardes menerima kekuasaan Sharif Masahor di Mukah menimbulkan bantahan Brooke. Oia menuduh Gabenor Edwardes melindungi Sharif Masahor yang bertindak kejam ke atas penduduk tempatan. Selain itu menyifatkan tindakan Gabenor Edwardes sebagai mencemarkan nama Queen secta kerajaan dan bersubahat dengan penjenayah. 132 Oi sarnping itu menyatakan Sharif Masahor mendapat perlindungan Konsul British.133

Kehadiran semula kedua-dua tokoh ini di Sarawak akhirnya telah mencetuskan kembali pakatan menentang kerajaan Brooke. Semangat perjuangan bertarnbah kerana mereka mendapat inspirasi daripada perjuangan Oahagi India pada tahun 1857 dan penentangan orang Banjar terhadap pentadbiran Belanda di Banjarmasin pada tahun 1859. Sementara itu, mereka yakin yang pentadbiran Brooke adalah lemah selepas kebangkitan orang Cina. Perkembangan ini telah menjadi inspirasi kepada perjuangan semula Sharif Masahor dan Haji Abdul Ghafur untuk menentang dan menghalau orang 131 Dalam kebangkitan ini orang Cina menduduki bandar Kucbing. Bangunan kerajaan

dibakar. James Brooke menyeberangi Sungai Bedil untuk mendapatkan bantuan daripada pembesar Melayu. Leo Moggie. Aslana Centenary 1870·1970 (Kucbing: Borneo li­terature Bureau. 1970). hlm. 7. John M. Chin, The Sarawak Chinese (Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1981), him. 27 - 39. Harriette McDougall. Sketches of our life at Sarawak (Singapore: Oxford University Press. 1992), hlm. 127·156. CoHn N. Crisswell. Rajah Charles Brooke Monarch of all He Surveyed (Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1978), hlm. 40-60.

132 C.O. 144/18, Brooke kepada The Duke of Newcastle. 5 November 1860. terlampir "A Statement of the Proceedings of Governor Edwardes upon the Coast of Borneo wben acting as Britisb Consul General".

133 C.O. 144118. Brooke kepada Wilson. 30 Ogos 1860.

38

Page 39: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

asing dari bumi Sarawak. Kini pentadbiran Brooke menghadapi tentangan daripada orang Melayu di bawah pimpinan Sharif Masahor dan Haji Abdul

Gapur. Dalarn gerakan tersebut Sharif Masahor mendapat sokongan daripada

orang Melayu, Melanau, Igan, Mukah dan kaun Iban. Sharif Masahor merasa yakin yang penduduk pribumi akan turut sarna menentang kerajaan Brooke sekiranya beliau memulakan gerakan tentangan. Dengan itu beliau meraneang untuk mebunuh pegawai British yang bertugas di Bahagian Ketiga. Hasil daripada pakatan ini dua orang pegawai British, Charles Fox dan Henry Steel telah dibunuh di Kanowit pada 25 Jun 1859 oleh Sawing dan Sakalai . l34

Kelieikan Sharif Masahor dalarn pakatan ini menyebabkan kerajaan Brooke tidak mempunyai bukti yang sahih untuk mendakwa beliau terlibat dalarn pembunuhan itu. Kematian Fox dan Steel menimbulkan kebimbangan di kalangan orang Eropah di Sarawak. Mereka merasa khuatir tentang nyawa dan keselarnatan beraada di Sarawak. Lantarannya, terdapat di kalangan mereka meninggalkan Sarawak.

Kerajaan Brooke memandang berat di atas kematian Fox dan Steel. Sebuah angkatan tentera yang kuat di bawah Charles Brooke dihantar ke Kanowit untuk menjalankan penyiasatan. Sharif Masahor pula membantu pasukan Charles Brooke ini. Beberapa yang dituduh terlibat dalarn pem­bunuhan ini dibunuh oleh Sharif Masahor. TIndakan Sharif Masahor ini lebih bermotifkan menyembunyikan keterlibatan beliau dalarn pakatan pembunuhan itu . Sementara itu Sharif Masahor berunding dengan Haji Abdul Gapur di Sarikei untuk bertindak selanjutnya. Kedua-duanya telah mengarahkan seorang yang menyarnar sebagai Pangiran Temenggung Hashim Jalil Brunei menyeru penduduk tempatan di Sadong menentang kerajaan Brooke. Orang Iban diseru supaya menentang kerajaan Brooke.

Dalarn pakatan yang diraneang, Haji Abdul Gapur akan mengumpulkan orang-orangnya di Pontianak dan akan melanearkan serangan dari daral. Manakala Sharif Masahor akan mara dari Sarikei menyerang Kuelling dari lau!. Kedua-dua serangan ini akan dilanearkan seeara serentak. Pakatan ini bocor, diketahui oleh Charles Brooke. Beliau meminta kerajaan Belanda di Pontianak mengambil tindakan ke atas Haji Abdul Gapur. Sebelum sempat bertindak, Haji Abdul Gapur telah ditahan oleh pihak berkuasa Belanda di

134 Robert Pringle. Rajahs and Rebels . .. , hIm. 114-115. Nicholas Tarling. Britain, Brookes &: Brunei (Kuala Lumpur: Oxford University Press. 1971 ). hIm . 107 . Harriette McDougall. Skelches of Our Life al Sarawak, hlm. 176.

39

Page 40: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dari segi SEJARAH

Pontianak. Seterusnya Haji Abdul Gapur ditahan di Betawi dan meninggal dunia di sini. Sharif Masahor mara ke Kuching pada tahun 1860 untuk melancarkan serangan. Kemaraannya ini diketahui oleh Charles Brooke terlebih dahulu dan tindakan telah diambil. Kapal dan perahu angkatan Sharif Masahor telah disekat dan ditenggelamkan. Sharif Masahor yang kalah dalam pertempuran terse but beIjaya menyelamalkan diri. Beliau ke Mukah dan bergabung dengan Pangiran Nipa. Angkatan Brooke mengepung MUkah. Akhirnya angkatan Brooke berundur setelah Gabenor Labuan, merangkap . Pemangku Konsul British di Brunei mengarahkan angkatan tersebut meninggalkan Mukah. '" Dalam bulan April 1861, James Brooke belayar dengan kapal Rainbow ke Brunei menghadap Sultan. Surat tauliah diberikan oleh Sultan kepada James Brooke sebagai walcil Sultan di Mukah dan mengarahkan Sharif Masahor berundur. Di atas desakan James Brooke, Sultan Brunei menahan Sharif Masahor dan dibuang ke Singapura pada tahun 1861. Sharif Masahor meninggal dunia di Singapura pada tahun 1890.

Perjuangan menentang pentadbiran Brooke di Sarawal< masih wu jud I?ada tahun 1894 dan kali ini dipimpin oleh Bantin. Bantin berkuasa di Hulu Sungai Batang Lupar di kawasan Hulu Air. Bantin menentang pentadbiran Brooke kerana tidal< puas hati ke atas tindakan D.J.S. Bailey, pegawai kanan yang bertugas di Simanggang mengenai cukai ke atasnya. Manakala penduduk di sini pula membantah paksaan Residen supaya berpindah membuat penempatan di sepanjang sungai utama kerana ini al<an menjejaskan kegiatan tanaman pindah mereka. Selain itu mereka tidal< mahu tinggal berhampiran dengan pentadbiran orang asing. Pada tahun 1894 D.J.S. Bailey tanpa arahan Raja Brooke, mengeluarkan mengancam memusnahkan rumah panjang yang dibina di kawasan sempadan, Sarawal< dengan kawasan pentadbiran Belanda di Borneo. Langkah ini diambil akibat daripada kekacauan yang berlarutan berlalru di sempadan. Kemudiannya berlalru pula peristiwa ke atas diri Bantin yang menimbulkan kemarahannya. Pada tahun 1895, dalam perjalanan pulang daripada perniagaan, ketika memasuki sempadan dati kawasan pentadbiran Belanda, barang-barang yang dibawa oleh Bantin, seperti tempayan dan tembaga telah dirampas oleh pegawai bertugas kerana beliau gagal membayar cukai. PadahaI barang-barang ini yang tergolong sebagai barang-barang mewah orang Iban tidal< perlu dikenal<an cukai. Selain itu cukai biasanya dipungut di pusat-pusat pungutan di hilir dan tidak dilakukan ke atas perniagaan kecil­kecilan di sempadan pendalaman. Sudahlah barang-barangnya dirampas, denda

135 Colin N. Crisswell. Rajah Charles Brook .. . • him. 78.

40

Page 41: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA

sebanyal< 10 kati (tujuh ringgit dua puluh sen) dikenakan ke atas Bantin. Oi samping itu kawasan kediaman Bantin di Oelok disifatkan sebagai kawasan larangan oleh Bailey. Pada tahun 1896, Residen mengarahkan orang Iban H!lir Batang Lupar melancarkan serangan ke atas perkampungan Bantin. Angkatan yang langsung tidal< ada orang Eropah ini telah memusnahkan rumah Bantin. Beberapa terkorban, termasuk anal< saudara Bantin. Charles Brooke yang tidal< menyenangi tindakan Bailey ini cuba berunding dengan Bantin. Bantin menolal< kerana ingin menuntut bela ke atas apa yang berlaku di kampungnya. Pada tahun 1897, Charles Brooke datang ke Lubuk Antu untuk bertemu Bantin. Walaupun Bantin menolal<, Charles Brooke me­maklumkan kepada penduduk hulu, denda yang pemah dikenakan oleh Bailey sebelum ini al<an dihapuskan atau dikurangkan. Charles Brooke mengarahlan Bailey tidal< mengambil sebarang tindal<an ke atas Bantin. lGra-kira serninggu selepas Charles Brooke tiba di Lubuk Antu, Bantin dan pengikutnya melancarkan serangan menuntut bela ke atas orang Iban hilir yang menyerangnya sebelum ini. Kemudiannya Charles Brooke menghantar pasukan menyerang Bantin. Oalam serangan tersebut kira-kira 20 buah rumah panjang musnah dan 18 orang terkorban. Bantin mengundurkan diri menyeberangi sempadan. Kemudiannya kerajaan Brooke menguruskan perdamaian orang Iban hulu dengan hilir. Oalam bulan Ogos 1900, Bantin dan beberapa ketua hulu datang membayar cukai pintu di Lubuk Antu.'" Perdamaian tidal< kekal lama, kerana berlaku pembunuhan ke atas orang Iban hulu oleh orang Iban hilir. Walaupun kerajaan menangkap dan mendenda mereka yang terlibat, tetapi Bantin melancarkan serangan pada tahun 1902 ke atas rumah panjang di Sermat. Sebagai tindakbalas, kerajaan menghantar kirta-kira 12,000 orang di bawah Raja Muda Charles Vyner memerangi Bantin. Oleh kerana berlaku wabal< kolera, ramai orang Iban meninggalkan pasukan ini. Selain itu ramai juga yang mati. Oalam bulan Sepetember 1902, Bantin dan Ngumbang membawa kira-kira seribu pahlawan menyerang dan membunuh kira-kira 70 orang di rumah panjang hilir Batang Lupar. Geral<an mengatasi tentangan Bantin berterusan dalam tahun 1903 dan 1904. Kebangkitan yang dipimpin oleh Bantin menjadi lemah selepas tahun 1908 kerana dipatahkan oleh pentadbiran Brooke. Walaupun beliau tidak dapat ditangkap tetapi menyedari kekuatannya lemah Bantin tidal< lagi melancarkan serangan ke atas pentadbiran Brooke dan mengundurkan diri ke kawasan pentadbiran Belanda. Bantin

136 Robert Pringle. Rajahs and Rebels . .. , blm. 222·224.

4 I

Page 42: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

MALAYSIA dari segi SEJARAH

meninggal dunia pada tahun 1932.'37 Pada tahun 1931, Penghulu Asun memimpin orang-orang Iban hulu

melancarkan gerakan menentang pentadbiran Charles Vyner Brooke. Tentangan ini berlaku kerana membantah dasar cukai pintu yang dikenakan oleh pentadbiran Brooke.'" Namun begitu tentangan ini dapat diatasi oleh pasukan polis yang dihantar oleh Charles Vyner Brooke. Penghulu Asun dan pemimpin utama ditangkap.139

KESIMPULAN

Penjajahan Portugis, Belanda, Siam dan British menimbulkan rasa resah geliSah dan tidak puas bali, seterusnya mencetuskan tentangan. Dalam beberapa tentangan tersebut selain benentangan di antara nilai-nilai tempatan dan penjajah, isu agama juga memainkan peranan dalam beberapa gerakan tettentu. Oleh sebab itu terdapat dalam beberapa gerakan tersebut yang mana isu agama memainkan peranan, mereka berjuang menentang kafir; dan per­juangannya pula sebagai perang sabiJ atau perang jihad. Walaupun terdapat beberapa gerakan tentangan tersebut yang beljaya di peringkat awal, tetapi berkesudahan dengan kegagalan. Namun begitu segala gerakan ini menun­jukkan yang penduduk pribumi tidaldah menerima kedatangan penjajah dengan hali terbuka.

137 Colin N. Crisswell. Rajah Charles Brook£ ... , hlm. 130·131. 138 Robert Pringle, Rajahs and Rebels . . . , hlm. 164. 139 Vernon Mullen, The Slory of Sarawak, hlm. 66. Mengenai Asun ini. lihat juga Her

Highness The Ranee of Sarawak, The Three While Rajahs (London Cassell and Com­pany Limited, 1939), hlm. 208-212.

42

Page 43: PRlBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA · 2017. 3. 7. · PRIBUMI DAN PENJAJAH: GERAKAN TENTANGAN DI MALAYSIA ataS Portugis di Melaka pada talmn 1641 dan Portugis dikalahkan;

SINGKATAN

C.O. JHSUM

llAEA JMBRAS

FCNS

GLTB GLTRC GMLI GMLO

MDNW

PLOLS Pt. SSR t.t. Vol. WKTD WMM

PRlBUMl DAN PENIAIAll: GERAKAN TENTANGAN Dl MAUYSIA

Colonial Office Journal of the Historical Society University of Malaya Journal of the India Archipelago and East Asia Journal of the Malayan!Malaysia Branch Royal ASiatic Society Further Correspondence relating to the Affairs of Certain Native States in the Malay Peninsula, in the neighbourhood of the Straits Settlements Governor's Letters to Bengal Governor's Letters to Resident Councillors Governor Miscellaneous Letters In Governor Miscellanous Letters Out Malay Documents Relating to Naning War Introductory Note Penang Letters and Others - In Council

Part Straits Settlements Records Tanpa tarikh Volume War of Kedah and Thanku Din's Proceedings An Account of the war between the Malays and Siamese in 1838 commonly called the War ofThanku Mahomad Saad "

43