ucapan gb_hari_hak 2014 baru edit

2
TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK TAMAN NIRWANA 2014 ي ح ر ل ا ن ـ م ـ ح ر ل ا ا س ب Terima kasih Saudari/a Pengacara Majlis, 1. Yang Dihormati Tuan Hj Abd Hamid bin Hussain Pemangku Yang Diertua Majlis Perbandaran Amang !a"a #MPA!$ #!emutan khas kita dalam majlis ada agi "ang berbahagia ini$ %. Yang Dihormati Dato& 'ainudin bin Abdul (adir #YDP P)*+$ . Yang Dihormati Dato& Hj Mustaha bin Yaakub #-YDP P)*+$ . Yang Dihormati Puan Ali a bt Mohamad -gasari #+P( (0 )(020M$ 3. Yang Dihormati Puan -orehan bt imin #+P( H4M$ 5. Yang Dihormati, 4n. Halidon b. Samsuri #+P( (67(0 )(020M$ 8. Yang Dihormati Puan The9alatha -aidu a/ Thambirajah #Pen"elia Petang :. Ahli ja;atankuasa P)*+, ahli ja;atankuasa elaksana majlis, barisan guru7guru dan 7murid serta hadirin "ang dihormati sekalian. Assalamulaikum ;.b.t, salam sejahtera, dan Salam Satu Mala"sia Alhamdulillah, kita anjatkan kes"ukuran keada Allah s;t kerana dengan limah kurnia daat berkumul di sini dalam Majlis Anugerah (ecemerlangan S( Taman -ir;ana bagi tah ini diadakan khas bagi meraikan keja"aan anak7anak kita dalam bidang akademik bagi se %<1 . Terlebih dahulu sa"a dan semua ;arga S( Taman -ir;ana juga ingin mengalu7alukan kehad Selangor. Setinggi7tinggi ucaan terima kasih di atas kesudian 4ncik 'ulki=li bin (h menja"akan dan memeriahkan majlis ini. Semoga kesematan berada di majlis i me;ujudkan sesi suaikenal di antara 4ncik 'ulki=li dan semua ;arga S( Taman -ir;ana. Hadirin dan hadirat, Sa"a asti ihak ibu baa dan semua "ang berada dalam majlis ini mengetahui baha;a ma anugerah kecemerlangan meruakan satu acara"ang berhasrat meraikan kecemerlangan di saming memberi enghargaan keada murid7murid "ang berja"a dalam memeroleh keutusan "ang c berdasarkan keutusan eeriksaan akhir tahun.Sesungguhn"aihak sekolahbegitumenghargai kesungguhan murid7murid dalam menjalankan tanggungja;ab mereka sebagai elajar bersungguh7sungguh hingga membuahkan hasil "ang membanggakan. (eja"aan kesemu murid "ang cemerlang ini bukan sahaja dikongsi bersama ibu baa, malah ihak sekolah terutama guru merasakan keuasan dalam mendidik murid7murid sekolah ini. Sa"a erca"a usaha melahir cemerlang dalam elbagai asek terutama akademik bukanlah usaha berseorangan malah ia usaha "ang digembleng bersama oleh guru7guru dan ibu baa. !usteru, sa"a ingin mengam mengucakan tahniah di atas usaha ara guru serta mengucakan terima kasih di atas ke kerjasama "ang diberikan ibu baa dalam menja"akan semua rogram dan akti9iti "ang di ihak sekolah. Semoga jasa Tuan7tuan dan Puan7uan dalam melahirkan anak didik "ang

Upload: ibney-mia

Post on 07-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ucapan guru besar pada hari anugerah

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK TAMAN NIRWANA 2014 Terima kasih Saudari/a Pengacara Majlis,1. Yang Dihormati Tuan Hj Abd Hamid bin Hussain Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) (Jemputan khas kita dalam majlis pada pagi yang berbahagia ini)

2. Yang Dihormati Dato Zainudin bin Abdul Kadir (YDP PIBG)

3. Yang Dihormati Dato Hj Mustapha bin Yaakub (NYDP PIBG)4. Yang Dihormati Puan Aliza bt Mohamad Ngasari (GPK KURIKULUM)5. Yang Dihormati Puan Norehan bt Rimin (GPK HEM)6. Yang Dihormati, En. Halidon b. Samsuri (GPK KO-KURIKULUM)7. Yang Dihormati Puan Thevalatha Naidu a/p Thambirajah (Penyelia Petang

8. Ahli jawatankuasa PIBG, ahli jawatankuasa pelaksana majlis, barisan guru-guru dan ibu bapa dan murid -murid serta hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamulaikum w.b.t, salam sejahtera, dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat berkumpul di sini dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Taman Nirwana bagi tahun 2014. Majlis ini diadakan khas bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik bagi sesi pembelajaran 2014.

Terlebih dahulu saya dan semua warga SK Taman Nirwana juga ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Selangor. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas kesudian Encik Zulkifli bin Kharman untuk turut sama menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga kesempatan berada di majlis ini sedikit sebanyak mewujudkan sesi suaikenal di antara Encik Zulkifli dan semua warga SK Taman Nirwana.

Hadirin dan hadirat, Saya pasti pihak ibu bapa dan semua yang berada dalam majlis ini mengetahui bahawa majlis penyampaian anugerah kecemerlangan merupakan satu acara yang berhasrat meraikan kecemerlangan di samping memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dalam memperoleh keputusan yang cemerlang berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Sesungguhnya pihak sekolah begitu menghargai kesungguhan murid-murid dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dengan belajar bersungguh-sungguh hingga membuahkan hasil yang membanggakan. Kejayaan kesemua murid yang cemerlang ini bukan sahaja dikongsi bersama ibu bapa, malah pihak sekolah terutama guru-guru dapat merasakan kepuasan dalam mendidik murid-murid sekolah ini. Saya percaya usaha melahirkan murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek terutama akademik bukanlah usaha berseorangan malah ia merupakan usaha yang digembleng bersama oleh guru-guru dan ibu bapa. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas usaha para guru serta mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan ibu bapa dalam menjayakan semua program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Semoga jasa Tuan-tuan dan Puan-puan dalam melahirkan anak didik yang cemerlang dalam bidang akademik, ko kurikulum dan sahsiah diri akan seterusnya menjadi modal insan bagi menerajui negara pada masa hadapan.Hadirin, dan hadirat Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran. Dengan perubahan persekitaran pendidikan yang penuh dengan ketidaktentuan, sukar diramalkan dan sentiasa terdedah kepada penambahbaikan, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada akses pengetahuan semata-mata, bahkan lebih menjurus kepada proses persediaan menghadapi cabaran yang berbeza pada masa hadapan. Sejajar dengan Misi Nasional dan perakuan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, salah satu teras utamanya ialah menjana modal insan minda kelas pertama. Maka, SK Taman Nirwana tidak boleh terkecuali daripada menyediakan peluang pembelajaran yang berkualiti dan bertaraf dunia supaya pada akhirnya pelajar yang menerima pendidikan di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara. Sebagai guru besar, saya akan sentiasa memastikan bahawa hala tuju sekolah ini jelas dan bahawa segala bentuk perancangan dan pelaksanaan program pendidikan yang ada sentiasa akur dengan keperluan yang disebutkan.Saya dan semua guru amat berharap agar anak-anak tidak mudah berputus asa dalam berhadapan cabaran mewarisi generasi wawasan negara.Hadirin dan hadirat,

Kepada penerima hadiah, sekalung tahniah untuk anda. Teruskan kecemerlangan anda. Nilai kebendaan hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, kalian telah diberi pengiktirafan yang begitu bermakna dalam hidup kalian. Di samping mencongak kejayaan, usah lupakan rakan-rakan yang tidak menerima hadiah seperti kalian. Bantu mereka, beri dorongan dan inspirasi. Kelak kalian akan dikenang sebagai insan yang budiman dan berperibadi mulia. Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar kalian akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.

Kepada ahli jawatankuasa majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah SK Taman Nirwana kali ini, terima kasih daun keladi. Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan dikenang sampai bila-bila.

Ikan sembilang, sepat dan kelah Guna bubu biasa di hujung Pencapaian cemerlang dapat hadiah Petanda ilmu sentiasa dijunjungSebelum mengundur diri, saya dengan bangganya ingin merakamkan sekalung tahniah dan penghargaan buat semua murid yang bakal menerima anugerah dan hadiah pada hari ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Saya juga memohon kemaafan andainya terdapat kekurangan dalam ucapan saya sebentar tadi. Sekian, wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh.