ucapan tahun baru 2016 - jakess.gov.my 2016 khs.pdf · ucapan oleh ketua hakim syarie jabatan...

4
UCAPAN OLEH KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR SEMPENA TAHUN BARU 2016 اﻟرﺣﯾم اﻟرﺣﻣن ﺑﺳم أﺟﻣﻌﯾن وأﺻﺣﺎﺑﮫ آﻟﮫ وﻋﻠﻰ ﻣﺣﻣد ﻧﺑﯾﻧﺎ اﻟﻣﺗﻘﯾن وإﻣﺎم اﻟﻣرﺳﻠﯾن ﺳﯾد ﻋﻠﻰ واﻟﺳﻼم واﻟﺻﻼة، اﻟﻌﺎﻟﻣﯾن رب اﻟﺣﻣد. ﺣﻘﺎ اﻟﺣق أرﻧﺎ اﻟﻠﮭم اﺟﺗﻧﺎﺑﮫ وارزﻗﻧﺎ ﺑﺎطﻼ اﻟﺑﺎطل وأرﻧﺎ اﺗﺑﺎﻋﮫ، وارزﻗﻧﺎ. ، وﺑﻌدAssalamualaikum wrt. wbt. Alhamdulillah, saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan segala limpah kurniaan-Nya kita diberi kudrat untuk meneruskan kesinambungan bagi melaksanakan amanah Allah SWT di maka bumi ini. Semoga gerbang tahun 2016 ini dimulakan dengan semangat dan azam yang baru serta dibuka segala pintu kebaikan oleh Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Pertamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga JAKESS atas pencapaian yang membanggakan bagi tahun 2015 yang telah pun melabuhkan tirainya. Sepanjang tahun 2015, pelbagai kejayaan telah ditempa oleh JAKESS samada dari sudut penambahbaikan sistem penyampaian dan perkhidmatan serta sistem pentadbiran yang tersusun sehingga membolehkan JAKESS menerima pelbagai anugerah dan penghargaan. Kejayaan dan pencapaian ini tidak lain dan tidak bukan adalah merupakan hasil usaha kesepaduan antara pegawai dan kakitangan secara keseluruhannya. Kita ibarat sebuah bangunan yang tersergam indah, disokong oleh tiang-tiang dan tapak yang kukuh. Jika salah satu tiang tersebut rosak, sudah pasti kedudukan bangunan tersebut goyah dan tidak selamat.

Upload: others

Post on 29-Oct-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ucapan tahun baru 2016 - jakess.gov.my 2016 KHS.pdf · ucapan oleh ketua hakim syarie jabatan kehakiman syariah selangor sempena tahun baru 2016 مﯾﺣرﻟا نﻣﺣرﻟا ﷲ

UCAPAN OLEH

KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

SEMPENA TAHUN BARU 2016

بسم هللا الرحمن الرحیم

. الحمد � رب العالمین ، والصالة والسالم على سید المرسلین وإمام المتقین نبینا محمد وعلى آلھ وأصحابھ أجمعینوبعد ،. وارزقنا اتباعھ، وأرنا الباطل باطال وارزقنا اجتنابھ اللھم أرنا الحق حقا

Assalamualaikum wrt. wbt. Alhamdulillah, saya merafakkan setinggi-tinggi

kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan segala limpah kurniaan-Nya kita

diberi kudrat untuk meneruskan kesinambungan bagi melaksanakan amanah Allah

SWT di maka bumi ini. Semoga gerbang tahun 2016 ini dimulakan dengan

semangat dan azam yang baru serta dibuka segala pintu kebaikan oleh Allah Yang

Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Pertamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga

JAKESS atas pencapaian yang membanggakan bagi tahun 2015 yang telah pun

melabuhkan tirainya. Sepanjang tahun 2015, pelbagai kejayaan telah ditempa oleh

JAKESS samada dari sudut penambahbaikan sistem penyampaian dan

perkhidmatan serta sistem pentadbiran yang tersusun sehingga membolehkan

JAKESS menerima pelbagai anugerah dan penghargaan. Kejayaan dan pencapaian

ini tidak lain dan tidak bukan adalah merupakan hasil usaha kesepaduan antara

pegawai dan kakitangan secara keseluruhannya. Kita ibarat sebuah bangunan yang

tersergam indah, disokong oleh tiang-tiang dan tapak yang kukuh. Jika salah satu

tiang tersebut rosak, sudah pasti kedudukan bangunan tersebut goyah dan tidak

selamat.

Page 2: ucapan tahun baru 2016 - jakess.gov.my 2016 KHS.pdf · ucapan oleh ketua hakim syarie jabatan kehakiman syariah selangor sempena tahun baru 2016 مﯾﺣرﻟا نﻣﺣرﻟا ﷲ

Sepanjang tempoh saya menjadi Ketua Jabatan, beberapa perkembangan berkaitan

pentadbiran dan perundangan di Jabatan ini telah dilaksanakan antaranya, Pindaan

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2015, Projek KFA bagi Kes

Cerai Fast Track dan Kaedah-Kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014 yang telah

berjaya diwartakan. Kejayaan paling membanggakan bagi seluruh warga JAKESS

pada tahun 2015 ini pastinya apabila JAKESS telah dianugerahkan Anugerah

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (tempat pertama) bagi Anugerah pentadbiran

Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang Kerajaan Negeri Selangor (APPC)

2015 serta Anugerah Kategori Pengurusan Rekod bagi Anugerah Pentadbiran

Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang Kerajaan Negeri Selangor (APPC)

2015. JAKESS juga telah berjaya mengekalkan Persijilan Cemerlang EKSA bagi

kategori Ibu Pejabat dan Mahkamah Tinggi Syariah, dan turut berjaya menerima

pengiktirafan Persijilan Cemerlang EKSA bagi kategori Mahkamah-mahkamah

Rendah Syariah Selangor. Selain berjaya mengekalkan pengiktirafan Pensijilan MS

ISO 9001:2008 banyak lagi kejayaan dan pencapaian yang telah berjaya dicapai

JAKESS setakat ini termasuklah Pencapaian Anugerah 4 bintang bagi Audit

Akauntabiliti Indeks, mendapat tempat kedua bagi Anugerah ICT Ketua Pengarah

JKSM dalam kategori Mahkamah Syariah Negeri-Negeri SeMalaysia, dan menerima

Tempat ketiga bagi Anugerah ICT Ketua Pengarah JKSM dalam kategori Mahkamah

Rendah Syariah Negeri-Negeri SeMalaysia.

Setelah pelbagai usaha dan pencapaian telah dapat dilaksanakan di JAKESS, saya

yakin bahawa JAKESS mampu menjadi sebuah institusi kehakiman syariah yang

berwibawa dan adil selari dengan visi dan misi yang dibawa, dengan adanya

sokongan jitu dan kerjasama daripada semua pihak khususnya warga kerja

JAKESS, pengamal undang-undang, agensi-agensi agama serta masyarakat secara

umumnya. Saya juga amat berbangga kerana JAKESS juga telah berjaya

membentuk dan merangka hala tuju jabatan melalui Pelan Strategi Jabatan 2015-

2020 yang mana misinya adalah untuk menjadikan JAKESS sebagai institusi

kehakiman syariah yang terunggul di Malaysia. Ini selari dengan aspirasi DYMM

Sultan Selangor untuk menjadikan JAKESS sebuah institusi kehakiman yang

mampu berdiri lebih baik dari Mahkamah Sivil ataupun standing dengannya dan

akan dipandang tinggi oleh masyarakat dalam aspek perundangan.

Page 3: ucapan tahun baru 2016 - jakess.gov.my 2016 KHS.pdf · ucapan oleh ketua hakim syarie jabatan kehakiman syariah selangor sempena tahun baru 2016 مﯾﺣرﻟا نﻣﺣرﻟا ﷲ

Dalam menjadikan JAKESS sebagai sebuah institusi kehakiman yang menuju ke

arah kecemerlangan, kerjasama yang erat dalam kalangan warga kerja JAKESS,

para peguam dan masyarakat secara umumnya amatlah diharapkan bagi

melahirkan semangat kebersamaan dan kekitaan untuk mengikis segala fitnah dan

persepsi negatif yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan nama baik Mahkamah

Syariah di Selangor.

Kepada semua Hakim Syarie di Negeri Selangor ini, besar harapan saya sekiranya

masih ada kes-kes tertunggak di Negeri Selangor ini, ianya dapat diselesaikan

dengan segera. Sekiranya punca tertangguhnya kes-kes tersebut disebabkan faktor

kelemahan mahkamah, maka ianya perlulah diperbaiki dan ditangani segera. Acap

kali saya mengingatkan kepada diri saya dan semua kakitangan terutamanya para

Hakim agar memberikan layanan yang baik dan menghormati pihak-pihak sewaktu

prosiding sedang berjalan termasuklah menghormati peguam-peguam yang

mewakili kes. Berlemah lembut bukan bermakna kita boleh dipergunakan sebaliknya

dengan mempamerkan sikap sebegini mampu meningkatkan lagi rasa hormat pihak-

pihak kepada Mahkamah. Sewaktu pertama kali saya diarahkan untuk berpindah ke

JAKESS sebagai Ketua Hakim Syarie, impian saya ialah ingin menjadikan

Mahkamah Syariah Selangor sebagai satu institusi kehakiman yang dihormati atas

dasar kemesraan dan kewibawaan yang dibawa dan bukan atas dasar kebimbangan

dan ketakutan dan saya yakin ini akan menjadi realiti. Firman Allah di dalam Al-

Quran, Surah Ali Imran ayat 159:

$ yϑÎ6sù 7π yϑômu‘ zÏiΒ «!$# |MΖÏ9 öΝßγ s9 ( öθ s9 uρ |MΨä. $ ˆàsù xá‹Î= xî É= ù=s)ø9 $# (#θ ‘ÒxÿΡ ]ω ôÏΒ y7Ï9 öθ ym ( ß# ôã $$ sù öΝåκ÷] tã ö� ÏÿøótG ó™ $#uρ

öΝçλ m; öΝèδö‘ Íρ$ x©uρ ’Îû Í�ö∆F{$# ( #sŒÎ*sù |M øΒz• tã ö≅ ©. uθtG sù ’n? tã «!$# 4 ¨β Î) ©!$# �= Ïtä† t, Î# Ïj.uθ tG ßϑø9 $# ∩⊇∈∪

159. Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu

Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-

sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati,

tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai

kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi

mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan

hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah

bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Page 4: ucapan tahun baru 2016 - jakess.gov.my 2016 KHS.pdf · ucapan oleh ketua hakim syarie jabatan kehakiman syariah selangor sempena tahun baru 2016 مﯾﺣرﻟا نﻣﺣرﻟا ﷲ

Akhir kalam daripada saya, terima kasih sekali lagi kepada semua atas segala

usaha dan tenaga yang telah dicurahkan sepanjang tahun 2015. Semoga jabatan

yang kita sayangi ini akan terus bergerak maju dan menjadi institusi kehakiman

syariah yang berwibawa berteraskan keadilan. Inshaa Allah.

YAA DATO’ DR. HJ MOHD NA’IM BIN HJ MOKHTAR D.P.M.S, A.M.N, B.S.K, P.P.C KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS) 01 JANUARI 2016