ucapan belanjawan tahun 2000 oleh yab · pdf filekesinambungan kepada belanjawan pada tahun...

75
1 UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB DATUK SERI PANGLIMA OSU HJ. SUKAM KETUA MENTERI/MENTERI KEWANGAN SABAH Di Persidangan Dewan Undangan Negeri Hari Jumaat, 3 Disember 1999 Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan bagi tahun 2000 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. 2. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk membentangkan Ucapan Belanjawan bagi Tahun 2000; sebagai kesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. Tahun 2000 adalah tahun terakhir bagi tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-tujuh dan pada masa yang sama tahun 2000 merupakan tahun ke- enam pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Sabah (RRJPS) yang bermula pada tahun 1995 hingga ke tahun 2010. Kita akan terus memikul

Upload: vanhanh

Post on 01-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

1

UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH

YAB DATUK SERI PANGLIMA OSU HJ. SUKAM KETUA MENTERI/MENTERI KEWANGAN SABAH

Di Persidangan Dewan Undangan Negeri

Hari Jumaat, 3 Disember 1999

Tuan Speaker,

1. Saya mohon membentangkan Belanjawan

bagi tahun 2000 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini.

2. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana

diberi kesempatan sekali lagi untuk membentangkan

Ucapan Belanjawan bagi Tahun 2000; sebagai

kesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini.

Tahun 2000 adalah tahun terakhir bagi tempoh

pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-tujuh dan pada

masa yang sama tahun 2000 merupakan tahun ke-

enam pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka

Panjang Sabah (RRJPS) yang bermula pada tahun

1995 hingga ke tahun 2010. Kita akan terus memikul

Page 2: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

2

tanggungjawab yang berat, untuk mengemudikan

ekonomi dan pembangunan sosial negeri ini

supaya berada di tahap yang lebih baik dan selesa

lagi. Namun alaf baru yang akan kita tempohi tidak

lama lagi pasti menjanjikan pelbagai cabaran dan

rintangan. Tetapi alaf baru juga akan menampilkan

pelbagai peluang. Ombak dan arus paling hebat alaf

baru ialah ombak dan arus globalisasi yang bibit-

bibitnya sudah pun kita rasakan. Tentu sekali kita

semua masih ingat bagaimana negara kita dan

beberapa negara lain di Asia tiba-tiba sahaja ditimpa

oleh krisis ekonomi di pertengahan tahun 1997, akibat

perlakuan para spekulator asing di pasaran saham dan

pasaran kewangan yang menggila tidak terkawal. Di

antara lain, krisis tersebut merupakan suatu manifestasi

dan petanda tentang perubahan yang sedang

berlaku dalam sistem ekonomi dunia, tentang adanya

unsur-unsur yang negatif dan merbahaya dalam proses

globalisasi, dan tentang perlu dan pentingnya untuk

kita benar-benar memahami gejala-gejala yang

mendasari pergolakan ekonomi dunia. Agar dengan

kefahaman demikian itu kita dapat bertindak dengan

Page 3: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

3

lebih bijak dan berwibawa dalam mengatur dasar dan

pengurusan ekonomi makro.

3. Kita boleh berbangga kerana

tanggungjawab ini telah kita mulakan dengan

kejayaan yang mula mendapat pengiktirafan dunia.

Walau bagaimana pun tanggungjawab kita belum

selesai. Lebih banyak lagi yang perlu kita lakukan.

Kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya

umum beberapa hari yang lalu, dan juga dalam

pilihanraya Negeri Sabah pada bulan Mac tahun ini,

membuktikan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan

pimpinan negara yang diterajui oleh YAB Dr Mahathir

Mohamad, Perdana Menteri kita, dan kepimpinan

negeri untuk meneruskan dasar serta strategi yang

telah digubal dan dirancang. Dengan kata lain, rakyat

dengan penuh harapan telah memperbaharui

mandat/amanah kepada Kerajaan Barisan Nasional

untuk terus berusaha ke arah mencapai wawasan

untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju

menjelang tahun 2020. Wawasan negara ini juga

adalah wawasan bagi Negeri Sabah. Menjelang

Page 4: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

4

tahun 2020 Negeri Sabah turut akan menjadi negeri

maju (developed state). Begitulah wawasan dan

hasrat kita.

Tuan Speaker,

4. Konsep negara maju bukan sahaja bererti

pendapatan negara per capita yang tinggi. Sebab

itulah ada negara-negara yang mencatatkan

pendapatan per capita yang tinggi tidak dianggap

sebagai bertaraf negara maju. Sumber pendapatan

per capita yang tinggi negara maju adalah berpunca

daripada sektor perindustrian yang mengeluarkan

produk-produk yang tinggi nilai tambahannya (high

value added contents) serta sektor perkhidmatan yang

berkembang dan moden. Bagi negara Malaysia,

lebih-lebih lagi Negeri Sabah, perihal ini bermakna kita

memerlukan perubahan struktural (structural changes)

dalam sistem ekonomi, yakni peralihan daripada

kebergantungan pada ekspot bahan atau hasil bumi

yang mentah (raw commodities and materials)

kepada pengeluaran dan ekspot produk-produk yang

Page 5: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

5

diproses oleh sektor perindustrian. Selari dengan itu,

sektor perkhidmatan juga mesti diperkembangkan,

dengan mengkukuhkan dan memodenkan bidang-

bidang perkhidmatan yang ada serta meneroka

bidang-bidang perkhidmatan yang baru terutamanya

sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan, sektor

pendidikan dan pembangunan tenaga manusia

(human resource development) dan sektor

pelancongan.

Tuan Speaker,

5. Walauapa pun, masa depan ekonomi Sabah

akan terus berasaskan alam bumi (land-based) kerana

di sinilah terletaknya "comparative advantage" dalam

ekonomi Negeri Sabah. Oleh demikian, kita akan terus

memberikan tumpuan kepada sektor perladangan

terutama kelapa sawit, sektor perhutanan dan kayu-

kayan, sektor pelancongan serta sektor pertanian dan

pemakanan. Tetapi pembangunan sektor-sektor

tersebut akan didokong oleh pembangunan dan

pengembangan industri dan aktiviti hiliran

Page 6: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

6

(downstream industries and activities) yang menjamin

nilai tambahan tinggi.

6. Adalah diharapkan strategi yang tersebut itu

akan menjadikan kita lebih berdaya saing atau

kompetitif di pasaran antarabangsa. Tetapi tahap

daya saing ekonomi kita juga bergantung kepada

tahap produktiviti dan kecekapan ekonomi kita secara

keseluruhan. Dalam mempastikan produktiviti dan

kecekapan, kita tidak dapat lari daripada mengambil

kira dan menyesuaikan diri dengan tren dan arus yang

beraksi dalam ekonomi dunia yang dominan,

khususnya ekonomi Amerika, Jepun, Eropah dan Cina.

Pertamanya ialah tren dan arus liberalisasi, yang

menyaksikan bermacam bentuk perubahan struktural

dan pengurangan peranan Kerajaan dalam bidang

ekonomi, sekaligus memberikan peranan yang lebih

besar dan ketara kepada pengaruh dan kuasa

pasaran. Kedua, peranan teknologi maklumat

(information technology) semakin bertambah, seperti

yang dimanifestasi oleh kemunculan dan

perkembangan "e-commerce", "cyber supermarkets"

Page 7: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

7

dan sebagainya. Ketiga, regim perdagangan dunia

yang lebih bebas dan "integrated" yang didokong oleh

WTO. Semua ini menuntut kita untuk turut

mengadakan perubahan dan pengubahsuaian. Pada

asasnya negara kita sememangnya mengamalkan

sistem ekonomi yang terbuka dan liberal. Kita amat

sedar dan peka bahawa keupayaan ekonomi kita

untuk berintegrasi dengan proses ekonomi dunia dan

dengan itu dapat mengambil manfaat yang optimum

daripada perdagangan antarabangsa bergantung

pada setakat mana kita dapat menyediakan suasana

yang lebih selesa kepada modal dan pelaburan asing.

Namun pada masa yang sama kita juga perlu

mempastikan suasana dalaman yang aman dan stabil,

termasuk suasana politik dan sosial. Pokoknya

Kerajaan dan pemerintahan negara kita hari ini

terpaksa memberikan tumpuan bukan sahaja

terhadap tanggungjawab untuk menangani

pergolakan persikitaran antarabangsa dan serantau

tetapi juga terhadap menguruskan hal ehwal dan

pergolakan dalaman.

Page 8: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

8

Tuan Speaker,

7. Tidak syak lagi bahawa tanggungjawab yang

kita pikul sebagai Kerajaan untuk menjadikan Malaysia

sebuah negara maju, dan Negeri Sabah negeri maju,

adalah berat dan mencabar sekali. Kita tidak ada

pilihan. Mandat dan amanah rakyat mesti kita

laksanakan dengan penuh azam dan komitmen.

Rakyat memerlukan pekerjaan dan kemudahan sosial

untuk menikmati taraf hidup yang lebih makmur dan

terjamin. Taraf dan peluang pendidikan bagi generasi

muda mesti dipertingkatkan. Agenda-agenda ini akan

hanya dapat dicapai sekiranya semua pihak

memainkan peranan. Pimpinan dan Kerajaan boleh

mengadakan berbagai dasar dan strategi tetapi

wawasan dan matlamat yang dirancang tidak

mungkin menjadi realiti atau kenyataan tanpa

komitmen dan usaha yang gigih daripada para

pegawai dan kakitangan awam, serta sokongan dan

penglibatan yang aktif para pengusaha di sektor

swasta.

Page 9: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

9

8. Para pegawai dan kakitangan Kerajaan mesti

berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan

kecapan. Kita tidak akan mencapai taraf negara dan

negeri maju sekiranya para pegawai dan kakitangan

Kerajaan masih dengan mentaliti dan kerangka minda

(mindset) dan budaya kerja dunia ketiga. Pegawai

dan kakitangan negara maju mahir dalam teknologi IT,

sekurang-kurangnya sebagai pengguna, kreatif dan

yakin pada diri sendiri. Saya yakin para pegawai dan

kakitangan awam Negeri Sabah mempunyai potensi

untuk menonjolkan kualiti-kualiti positif ini. Yang

diperlukan hanyalah kemahuan dan motivasi serta

usaha yang berterusan untuk meningkatkan ilmu dan

kemahiran.

Tuan Speaker,

9. Selain para pegawai dan kakitangan

Kerajaan, anggota-anggota sektor korporat dan

swasta juga menjadi penentu masa depan dan

kejayaan memajukan ekonomi negara, khususnya di

negeri Sabah ini. Malah dalam sistem ekonomi liberal

Page 10: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

10

dan perdagangan bebas, sektor korporat dan swasta

mendokong peranan dan sumbangan yang lebih

penting dan utama daripada sektor awam. Tidak

seperti pegawai Kerajaan, kemahuan dan motivasi

tidak menjadi masalah bagi sektor korporat dan

swasta. Kelemahan sektor korporat dan swasta sering

berpunca daripada ketandusan imaginasi dan

kreativiti serta kurang keberanian untuk meneroka

bidang-bidang baru, idea-idea baru, cara-cara baru.

Kita mahu para peniaga Negeri Sabah benar-benar

menunjukkan semangat dan kualiti keusahawaan

(entrepreneurial spirit dan quality). Perubahan

struktural yang berlaku dan akan berlaku dalam

ekonomi dunia dan negara pasti menampilkan banyak

peluang baru kepada para pengusaha. Oleh itu para

pengusaha kita mestilah berani tampil kemuka untuk

mengambil peluang-peluang yang terbuka luas.

Tuan Speaker,

10. Dalam Belanjawan tahun 1999 saya telahpun

menggariskan strategi-strategi terhadap pemulihan

Page 11: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

11

ekonomi di samping menekankan aspek-aspek

pengurusan kewangan negeri yang berhemat, namun

dapat mencergaskan ekonomi domestik. Usaha-usaha

ke arah ini akan diteruskan pada tahun hadapan.

Ketika kita menghadapi cabaran dalam bentuk

sumber pendapatan yang terhad, berbanding dengan

rancangan yang kita hendak laksanakan, disiplin

dalam pengurusan wang awam amat mustahak dan

menjadi tunggak dalam usaha mengukuhkan

kedudukan kewangan negeri. Oleh itu semua urusan

perbelanjaan yang hendak dilakukan perlu dirangka

secara strategik supaya manfaat yang maksimum

diperolehi demi masa depan dan taraf hidup rakyat

yang lebih terjamin.

11. Dengan yang demikian, teras Belanjawan

Tahun 2000 adalah penerusan pelaksanaan strategi-

strategi pada tahun ini, agar konsisten dan menepati

sasaran yang hendak dicapai demi untuk

mempastikan ekonomi negeri terus pulih, berkembang

dan mengukuh. Strategi-strategi yang dimaksudkan itu

adalah seperti yang berikut:

Page 12: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

12

(i) Memperkukuhkan kewangan negeri; (ii) Memastikan prestasi sektor awam di tahap yang

tinggi; (iii) Meningkatkan pembangunan kemudahan

awam; (iv) Pemesatan program pembangunan luar

bandar dan sosio-ekonomi sebagai tunjang kepada pembasmian kemiskinan;

(v) Memperukuhkan asas-asas ekonomi; (vi) Meransang program pembangunan sumber

manusia; (vii) Mengawal kenaikan kadar inflasi; (viii) Meransang pembangunan sektor-sektor

produktif dalam bidang pertanian, peladangan, pelancongan, perhutanan, dan perusahaan dan industri; dan

(ix) Meransang pembangunan dan pemodenan

sektor-sektor perkhidmatan terutamanya sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan, pengangkutan dan telekomunikasi dan teknologi maklumat.

Page 13: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

13

Ekonomi Dunia

Tuan Speaker,

12. Ekonomi dunia dijangka akan terus

berkembang pada kadar 3.0 peratus dalam tahun

1999 dan mengukuh pada kadar 3.5 peratus pada

tahun 2000 setelah mencatat pertumbuhan kadar

terendah pada 2.5 peratus dalam tahun 1998.

Keadaan yang bertambah baik ini adalah berpunca

daripada pemulihan ekonomi di rantau Asia. Rantau

Asia diramalkan mengalami pertumbuhan pada

kadar 5.3 peratus dan 5.4 peratus masing-masing

dalam tahun 1999 dan 2000 selepas mencatatkan

pertumbuhan perlahan pada kadar 3.7 peratus dalam

tahun 1998. Keyakinan ke atas pasaran kewangan

yang telah mula kembali hampir di semua negara-

negara yang dilanda krisis ekonomi memudahkan

urusan kewangan dan seterusnya menjamin

pemulihan sepenuhnya dalam sedikit masa lagi.

Walaupun keadaan sedemikian, kita tidak harus

menjadi leka kerana ketiadaan initiatif padu yang

Page 14: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

14

ditunjukkan oleh kuasa-kuasa ekonomi dunia untuk

menjamin dan membentuk sistem kewangan global

yang baru; sistem kewangan yang ada ketika ini akan

terus terdedah kepada serangan peniaga-peniaga

matawang.

13. Seterusnya terdapat juga faktor-faktor

ketidakpastian yang berkaitrapat dengan keadaan

ekonomi dunia yang diramal memberangsangkan

dalam tempoh dua tahun akan datang. Kuasa

ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat, kini bersedia

untuk mengamalkan dasar pinjaman mudah selepas

memainkan peranan utama menangani kesan-kesan

kejatuhan ekonomi dunia tahun lepas. Namun

pengeluaran dunia akan bertambah lembab sekiranya

negara Jepun dan negara-negara Eropah tidak dapat

mengimbangi jangkaan kelembapan ke atas ekonomi

Amerika. Masalah-masalah (risiko) lain ialah yang

berkaitan dengan fenomena Y2K yang hangat

diperkatakan sekarang ini, yang boleh membawa

kesan negatif ke atas keseluruhan pasaran

kewangan.

Page 15: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

15

14. Kadar pertumbuhan ekonomi Amerika

Syarikat diramal menurun sedikit kepada 3.7 peratus

pada tahun ini dan 2.6 peratus pada tahun 2000

berbanding dengan 3.9 peratus dalam tahun 1998.

Pertumbuhan perlahan yang terancang ini adalah

perlu untuk membolehkan negara berkenaan

mengelakkan tekanan inflasi dalaman daripada

menjadi bertambah teruk dan menyekat defisit akaun

semasa luaran.

15. Pertumbuhan ekonomi negara China

dijangka akan bergerak perlahan dalam tempoh dua

tahun akan datang dan diramal akan berkembang

pada kadar 6.6 peratus pada tahun 1999 dan 6

peratus pada tahun 2000, selepas mencatat kadar

pertumbuhan 7.8 peratus pada tahun lalu.

16. Salah sebuah negara utama Eropah, iaitu

negara Jerman, dijangka akan mencatatkan

pertumbuhan KDNK sebenar yang agak perlahan

pada kadar 1.4 peratus pada tahun 1999 berbanding

Page 16: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

16

dengan 2.3 peratus tahun lepas sebelum diramal

meningkat kepada 2.5 peratus dalam tahun 2000.

17. Di United Kingdom kadar pertumbuhan

dijangka perlahan kepada 1.1 peratus tahun ini dan

diramal mengukuh kepada 2.4 peratus pada tahun

2000 berbanding dengan 2.2 peratus dalam tahun

1998. Ketinggian nilai matawang Sterling dan

kejatuhan permintaan luaran telah mengurangkan nilai

eksport bersih dengan amat ketara pada suku

keempat tahun 1998 dan pada suku pertama tahun

1999.

Ekonomi Malaysia

18. Ketika ini negara kita sedang mengalami

pemulihan ekonomi yang teguh. Dasar kawalan

secara selektif ke atas modal dan pertukaran

matawang negara yang sebelum ini dikritik hebat, kini

dialu-alukan sebagai strategi pemulihan yang paling

sesuai dan berkesan. Ekonomi negara telah memberi

respon secara positif kepada dasar fiskal

Page 17: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

17

berkembang dan ransangan kewangan yang

dilaksanakan. Selain itu, kadar pertukaran telah

ditetapkan pada satu kadar yang kompetitif bagi

mengukuhkan ekspot negara. Langkah-langkah

kawalan berkenaan bukan sahaja dapat melindungi

negara daripada kesan-kesan negatif akibat

kemelesetan ekonomi rantau Asia, tetapi telah

mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara.

Berdasarkan ramalan IMF yang terkini, negara Malaysia

dijangka akan mencatat pertumbuhan yang lebih baik

pada kadar 6.5 peratus dalam tahun 2000 berbanding

dengan 5.5 peratus untuk Korea Selatan, 4.0 peratus

untuk Thailand, 2.6 peratus untuk Indonesia, 3.5 peratus

untuk Filipina dan 5.0 peratus untuk Singapura. Proses

pemulihan yang memberangsangkan ini, sebenarnya,

adalah ekoran daripada langkah-langkah yang kita

laksanakan dan tidaklah sepahit mana yang dialami di

negara-negara lain, bahkan proses pemulihan yang

kita lalui tidaklah seteruk mana berbanding dengan

negara-negara yang dibantu oleh IMF.

Page 18: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

18

19. Berdasarkan ramalan Kerajaan, KDNK

sebenar Malaysia dijangka akan berkembang pada

kadar 4.3 peratus tahun ini, setelah mengurang pada

kadar – 7.5 peratus dalam tahun 1998. Langkah-

langkah kawalan yang digubal sedemikian rupa, di

samping kadar pertukaran tetap yang berterusan serta

dasar-dasar kawalan yang berkesan akan

menyediakan landasan kepada negara kita untuk

mencapai kadar pertumbuhan yang lebih tinggi iaitu

pada kadar 5.0 peratus dalam tahun 2000.

20. Sektor pembuatan akan terus menjadi

penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi

untuk kedua-dua tahun 1998 dan 1999. Sektor

pembuatan ini akan diperkuatkan oleh perkembangan

industri-industri berorientasikan ekspot terutamanya,

peralatan mesin elektrikal, perkakasan, "appliances

dan supplies" juga peningkatan industri-industri

berorientasikan domestik, terutamanya industri yang

berkaitan dengan sektor pembinaan.

Page 19: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

19

21. Krisis ekonomi yang telah kita alami

meninggalkan kesan kepada indeks harga pengguna

Malaysia yang berterusan rendah dan stabil sebelum

ini. Kadar inflasi diramal akan meningkat daripada 2.7

peratus tahun lepas kepada 7.5 peratus dalam tahun

1998. Walau bagaimanapun, melalui langkah-langkah

awal yang telah diperkenalkan oleh Dasar Pemulihan

Ekonomi Negara (NERP) sejajar dengan langkah-

langkah kawalan ke atas modal serta kadar

pertukaran, kadar inflasi negara dijangka akan

berlegar di sekitar 4.0 peratus pada tahun depan.

Ekonomi Sabah

Tuan Speaker,

22. Walaupun penguncupan ekonomi dialami

oleh kesemua negara-negara di dunia ini termasuk

Malaysia keseluruhannya, ekonomi Sabah telah

berupaya mencatat pertumbuhan KDNK sebenar yang

positif pada kadar 2.6 peratus pada tahun lepas.

Keadaan ini dicapai terutamanya hasil sumbangan

Page 20: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

20

sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan, yang

merupakan lebih 60 peratus daripada jumlah sebenar

KDNK keseluruhan. Walaupun perkembangan

ekonomi negeri agak tersekat akibat kemelesetan

ekonomi rantau Asia, kita bernasib baik kerana dapat

menghindari masalah kemelesetan pada tahun 1998.

Memandangkan ekonomi rantau Asia

keseluruhannya sedang mengalami proses

pemulihan, ekonomi negeri dijangka akan

mencatatkan pertumbuhan yang agak tinggi pada

kadar 3.2 peratus dalam tahun 1999 dan meningkat

4.6 peratus pada tahun 2000.

23. Pemulihan ekonomi di kalangan kebanyakan

rakaniaga kita serta ramalan kenaikan harga

barangan-barangan utama di pasaran dunia adalah

dua faktor utama yang mendorong ke arah ramalan

kadar pertumbuhan yang optimistik terhadap

ekonomi Sabah yang berorientasikan ekspot.

Walaupun dalam jangka masa sembilan (9) bulan

pertama tahun ini berlaku pengurangan terimaan

ekspot, Sabah terus mencatat lebihan dagangan yang

Page 21: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

21

memberangsangkan. Dalam tempoh diantara Januari

hingga September 1999, ekspot Negeri ini merosot

sebanyak 1.5 peratus kepada RM9.87 ribu juta

daripada RM10.0 ribu juta dalam tempoh yang sama

pada tahun 1998. Walau bagaimanapun imbangan

dagangan negeri Sabah merosot sedikit kepada

RM2.37 ribu juta daripada RM3.05 ribu juta dalam

tempoh yang sama yang disemak. Ini adalah

disebabkan pertambahan jumlah import

berbanding ekspot.

24. Sumbangan sektor-sektor ekonomi yang

utama untuk tahun 1999 dan 2000 adalah dijangka

sumbangan daripada sektor pertanian dan

penternakan serta perkhidmatan, yang merupakan

lebih 50 peratus daripda jumlah keseluruhan KDNK

sebenar Sabah. Sektor pertanian dijangka akan

diperkuatkan dengan kenaikan eksport keluaran-

keluaran minyak sawit, yang akan berterusan menjadi

barangan eksport utama negeri yang bernilai tinggi.

Bagi sektor perkhidmatan pula, ianya dijangka

didokong oleh aktiviti-aktiviti pelancongan dan industri-

Page 22: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

22

industri berkaitan, terutamanya, sempena Kempen

Melawat Sabah Tahun 2000. Proses penggabungan

(penyelarasan) yang sedang berlaku di dalam sektor

perbankan dan kewangan juga dijangka akan

memainkan peranan menstabilkan pertumbuhan

sektor perkhidmatan dalam tempoh dua (2) tahun

akan datang.

25. Di sepanjang tempoh Januari hingga

September 1999, jumlah ekspot keluaran minyak sawit

meningkat pada kadar 10.2 peratus kepada 1.75 juta

tan berbanding 1.59 juta tan dalam tempoh yang

sama tahun 1998. Sementara jumlah ketibaan

pelawat-pelawat asing (pelancong) telah meningkat

dengan kadar 30.6 peratus iaitu kepada 243,740

daripada 186,658 dalam tempoh yang sama tahun

lepas.

26. Sektor galian dan perlombongan, yang

merupakan salah satu penyumbang utama

pertumbuhan ekonomi tahun lepas, dijangka akan

mengalami penurunan akibat pengurangan jumlah

Page 23: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

23

pengeluaran minyak mentah akibat kejatuhan harga

minyak dunia. Dalam tempoh sembilan (9) bulan

pertama tahun ini, jumlah eksport minyak mentah telah

menguncup pada kadar 7.6 peratus kepada 3.15 juta

tan daripada 3.41 juta tan dalam tahun 1998. Walau

bagaimanapun memandangkan kecenderungan

peningkatan harga minyak di pasaran antarabangsa,

jumlah pengeluaran dijangka meningkat semula

dalam suku terakhir tahun ini dan untuk tahun 2000.

27. Sumbangan sektor perhutanan dan

pembalakan diramalkan berkurangan berdasarkan

kuota pengeluaran yang ditetapkan oleh Kerajaan

Negeri. Pengeluaran balak untuk tahun 1999 dijangka

di sekitar tiga (3) juta meter padu. Dalam tempoh

enam (6) bulan pertama tahun ini, pengeluaran balak

mencapai 1.21 juta meter padu iaitu 63.9 peratus lebih

rendah berbanding dengan 3.35 juta meter padu yang

dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

28. Sektor pembuatan, yang mengalami

kejatuhan permintaan akibat kesan kegawatan

Page 24: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

24

ekonomi serantau dan kejatuhan harga-harga

keluaran utama serta masalah kecairan perbankan, di

ramal akan meningkat pada tahun ini meskipun pada

kadar negatif yang lebih rendah. Walau

bagaimanapun komponen-komponen lain sektor

pembuatan yang penting telah mencatat

peningkatan jumlah eksport dalam jangka masa yang

sama. Jumlah eksport papan lapis berkembang pada

kadar yang amat ketara sekali iaitu 230.6 peratus,

manakala HBI meningkat pada kadar 27.8 peratus.

Dengan pemulihan jumlah permintaan dan harga

barangan di peringkat global, sektor pembuatan

dijangka akan mencatat kadar pertumbuhan yang

positif pada tahun depan.

29. Kerajaan Negeri setakat ini telah berupaya

dengan jayanya menepis tekanan hebat inflasi melalui

pelaksanaan strategi dan langkah-langkah berterusan

yang diambil oleh SEAC (Jawatankausa Bertindak

Ekonomi Negeri) selaras dengan polisi-polisi yang

ditetapkan oleh NEAC. Dalam tempoh Januari hingga

September tahun ini Harga Indeks Sabah telah

Page 25: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

25

meningkat pada kadar 2.8 peratus berbanding

dengan pada tempoh yang sama tahun 1998. Kadar

ini adalah lebih rendah daripada Harga Indeks Negara

secara keseluruhan. Melalui pemantauan yang

berterusan, Kerajaan Negeri adalah komited untuk

memastikan kadar inflasi berada di bawah tahap 4.0

peratus untuk tahun ini dan tahun depan.

30. Walaupun ramalan keadaan ekonomi Negeri

ini agak memberangsangkan, tetapi ianya hanya

boleh dicapai melalui tindakan kerjasama yang padu

oleh semua pihak yang terlibat. Bersesuaian dengan

konsep Persyarikatan Malaysia, perkongsian bijak dan

proaktif di antara sektor swasta dan sektor awam,

semua ini penting bagi mempastikan Negeri ini

menepati sasaran yang diramalkan. Seterusnya perlu

diingat bahawa sasaran-sasaran ekonomi secara

umumnya adalah masih tertakluk kepada berbagai-

bagai faktor (risiko) luaran yang berkaitrapat dengan

ketidakpastian keadaan ekonomi dan sistem

kewangan dunia di luar kawalan kita. Kegagalan

ekonomi Negara Amerika Syarikat untuk memberikan

Page 26: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

26

kemudahan pinjaman mudah, kejatuhan ekonomi

Negara Jepun dan ekonomi negara-negara rakan

niaga utama kita, serta kejatuhan permintaan dan

harga-harga barangan eksport utama Negeri ini di

pasaran dunia; kesemuanya ini dapat melemahkan

ekonomi dunia pada tahun hadapan.

Tuan Speaker,

Pekerja Asing dan Ekonomi Sabah

31. Di sini saya ingin mengambil sedikit masa

untuk mengulas isu-isu yang sering dibangkitkan oleh

pihak – pihak tertentu berhubung dengan pekerja

asing dan ekonomi Sabah. Dalam konteks

pembangunan ekonomi Sabah, sektor perhutanan

dan juga perladangan/pertanian masing-masing

mendaftar kira-kira 60 peratus dan 80 peratus tenaga

pekerja-pekerja asing. Begitu juga dengan sektor

pembinaan dan perkhidmatan di mana pekerja asing

melebihi rakyat tempatan. Apa yang sering kita

dengar ialah pekerja-pekerja asing dikaitkan dengan

Page 27: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

27

wujudnya rumah-rumah haram, jenayah dan masalah-

masalah sosial seperti kesihatan dan keselamatan.

Tuan Speaker,

32. Disebalik masalah-masalah yang

dibangkitkan itu, tidak dapat dinafikan terdapat kaitan

di antara kadar pertumbuhan ekonomi Sabah selama

ini dengan penggunaan tenaga pekerja-pekerja asing

yang sanggup bekerja berat dengan bayaran rendah.

Kerja-kerja yang mereka lakukan pada umum ditolak

oleh rakyat tempatan sendiri. Pembangunan ekonomi

yang begitu penting kepada kesejahteraan Negeri ini

perlu diteruskan. Tanpa pekerja asing, saiz

penanaman kelapa sawit dan koko akan menjadi

lebih kecil dan kos pengeluaran, pembinaan dan

sektor perkhidmatan akan menjadi lebih tinggi dengan

kesannya terhadap kos hidup yang pasti akan

menyusahkan rakyat jelata.

33. Soalnya, bukannya sama ada kita mahu

atau tidak mahu pekerja asing di Sabah, terutama

Page 28: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

28

sekali melihat kepada struktur ekonomi Sabah pada

hari ini. Dalam hal ini kita mestilah bersikap realistik. Isu

yang relevan ialah bagaimana kehadiran pekerja

asing hendak diatur, dikawal dan diurus. Inilah

sebabnya mengapa pendaftaran "Peraturan Pekerja”

dilancarkan secara besar-besaran pada bulan Mac

1997. Dalam jangka masa pertengahan (medium

term), kita boleh dan mesti berusaha ke arah

mengurangkan, bahkan menghapuskan kehadiran

pekerja asing di Sabah. Pada masa sekarang, fokus

Kerajaan Barisan Nasional ialah untuk memastikan

pekerja asing dikawal secara sistematik dan kos

peningkatan sosio-ekonomi kesan kehadiran mereka

dapat diminimakan (dikurangkan). Tindakan yang

berkesan dalam hal ini termasuklah mewajibkan

pemeriksaan kesihatan untuk pekerja asing (FOMEMA)

yang telah diperkenalkan pada 1 April 1998 dan lain-

lain polisi seperti meminta pekerja asing (kecuali orang

gaji) menyumbang kepada KWSP dan pengenaan

yuran sekolah bersamaan dengan kadar sektor swasta

bagi semua pelajar-pelajar asing.

Page 29: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

29

34. Pertimbangan yang tersebut itu jelas

digambarkan dalam langkah-langkah dan dasar

Kerajaan Barisan Nasional termasuklah langkah

mengkehendaki semua pekerja asing mempunyai pas

kerja yang sah. Keperluan tersebut telah

dikuatkuasakan dengan ketat seperti yang ditunjukkan

dalam banyaknya serbuan polis dalam beberapa

tahun kebelakangan ini bukan sahaja di jalan-jalan

dan tempat-tempat awam tetapi juga di kilang-kilang

dan kawasan perumahan.

35. Kerajaan juga mempunyai pengertian yang

jelas mengenai kategori pekerja asing yang

dikehendaki di Sabah bagi mengurangkan persaingan

dengan rakyat tempatan di pasaran pekerjaan,

termasuklah yang bekerja di tanah-tanah perkuburan,

padang-padang golf, kebun-kebun sayur, rumah

orang-orang tua, atendan stesyen minyak, buruh-buruh

di lapangan terbang, pelabuhan dan sebagainya.

Anggaran Tahun 2000

Page 30: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

30

Tuan Speaker,

36. Dengan mengambilkira persekitaran ekonomi

di luar dan dalam negeri dan kesinambungan strategi-

strategi Belanjawan pada tahun lalu yang relevan dan

pragmatik dalam memperkukuhkan usaha-usaha ke

arah pemulihan ekonomi negeri, saya mencadangkan

sejumlah RM1,321.44 juta diperuntukkan bagi tahun

2000. Daripada jumlah ini sebanyak RM1021.44 juta

atau 77.30 peratus adalah untuk perbelanjaan

Perbekalan dan RM300 juta atau 22.71 peratus adalah

untuk caruman kepada Kumpulan Wang

Pembangunan Negeri.

Anggaran Hasil

Tuan Speaker,

37. Jumlah anggaran hasil negeri bagi tahun

2000 diramal kepada RM1,345.36 juta. Jumlah ini

bertambah daripada anggaran hasil disemak tahun

1999 yang berjumlah RM1,295.68 juta. Pengenaan

Page 31: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

31

cukai jualan negeri ke atas minyak sawit membolehkan

Kerajaan Negeri menjangka hasil yang lebih tinggi

daripada anggaran asal RM1,213.51 juta bagi tahun

1999. Dengan tambahan sumber hasil tahun ini

Kerajaan Negeri mengalami peningkatan hasil

sebanyak 6.3 peratus berbanding dengan pungutan

sebenar bagi tahun 1998 iaitu sebanyak RM1,218.92

juta. Peningkatan anggaran hasil tahun depan

kepada RM1,345.36 juta berbanding dengan

anggaran hasil disemak 1999 sebanyak RM1,295.68 juta

dan juga bagi tahun 1998, menunjukkan tahap

pendapatan negeri yang stabil dan mengukuh.

Tuan Speaker,

38. Duti Kastam dan Eksais mendahului sebagai

penyumbang terbesar kepada hasil negeri dengan

jumlah RM290.08 juta merupakan 21.56 peratus

daripada jumlah anggaran hasil. Anggaran ini adalah

begitu menggalakkan setelah mengambilkira

perkembangan ekonomi negara yang dilihat semakin

mengukuh ke tahun hadapan. Ini telah menerangkan

Page 32: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

32

terhadap peningkatan hasil disemak 1999 sebanyak

RM274.49 juta berbanding dengan anggaran asal

sebanyak RM250.05 juta, merupakan tambahan 9.77

peratus. Manakala anggaran hasil tahun 2000 pula

menampakkan peningkatan sebanyak 5.68 peratus

berbanding dengan anggaran hasil disemak 1999.

Tanggungjawab pungutan hasil adalah dikendalikan

sepenuhnya oleh Jabatan Kastam dan Eksais

berkenaan dan Kerajaan Negeri penuh yakin bahawa

mereka akan memberi

39. kerjasama yang sepenuhnya untuk mempastikan pungutan yang dijangkakan itu.

Tuan Speaker,

39. Hasil Perhutanan adalah penyumbang kedua

terbesar iaitu dianggarkan sebanyak RM250.21 juta

Page 33: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

33

atau 18.6 peratus daripada jumlah anggaran hasil

tahun 2000. Walaupun begitu hasil perhutanan bagi

tahun 2000 dijangka menurun berbanding dengan

hasil disemak RM259.38 juta bagi tahun 1999

merupakan kejatuhan sebanyak 3.5 peratus. Dengan

amalan pengurusan hutan berkekalan sekarang,

Kerajaan Negeri dapat meneruskan pengeluaran

balak sekurang-kurangnya 3 juta meter padu bagi

tahun 2000 untuk menepati sasaran hasil sebanyak

RM250.21 juta yang terdiri daripada RM222 juta royalti

ke atas keluaran hutan dan RM28.21 juta bagi bayaran

lesen, saman dan lain-lain bayaran perhutanan. Dasar

untuk tidak akan mengenakan royalti kepada kayu

diproses dijangka akan diteruskan untuk membantu

industri-industri tempatan. Justeru tidak ada hasil

dianggarkan bagi item ini. Apa yang menyakinkan

ialah pemulihan ekonomi global pada tahun depan

mungkin memberi galakan ke atas kenaikan harga

balak dan seterusnya membolehkan hasil tambahan

dikutip daripada sumber ini.

Tuan Speaker,

Page 34: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

34

40. Sumber hasil yang mustahak seterusnya ialah

daripada Tanah dengan menyumbang sebanyak

RM201.14 juta atau 14.95 peratus dari jumlah anggaran

hasil tahun 2000. Bagi tahun 1999 hasil daripada Tanah

menurun sedikit daripada anggaran asal sebanyak

RM205.40 kepada RM201.14 juta. Anggaran disemak

bagi tahun 1999 telah mengambilkira jumlah sebanyak

RM110 juta yang bakal diterima daripada Kerajaan

Persekutuan sebagai premium serta cukai tanah bagi

kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota

Kinabalu. Seterusnya bagi tahun 2000 Jabatan Tanah

dan Ukur menjangkakan jumlah sebanyak RM161 juta

daripada premium tanah. Dalam hubungan ini

Kerajaan akan mengusahakan agar pungutan ini akan

dapat dicapai dengan mempertingkatkan kecekapan

agensi Kerajaan yang terlibat dan juga kerjasama

orang awam untuk membuat bayaran.

Tuan Speaker,

Page 35: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

35

41. Dengan kelulusan Enakmen Cukai Jualan

Negeri pada Disember 1998, Cukai Jualan ke atas

kelapa sawit telah dikuatkuasakan pada bulan April

1999. Kerajaan dijangka memungut sekurang-

kurangnya RM80 juta bagi tempoh bulan April hingga

Disember 1999, berasaskan tren pungutan semasa.

Bagi tahun 2000 amaun pungutan hasil ini dijangka

meningkat kepada RM120 juta. Amaun ini adalah

lebih tinggi daripada anggaran 1999 kerana pungutan

mengambilkira tempoh sepanjang tahun berbanding

dengan pungutan tahun ini yang hanya bermula

pada bulan April. Berdasarkan harga pasaran untuk

minyak sawit kekal atas paras RM1,000 per metrik tan

dan pengeluaran minyak sawit dalam lingkungan 2.4

juta metrik tan dan dengan kadar cukai jualan minyak

sawit RM50 setan metrik, saya yakin anggaran hasil

sebanyak RM120 juta dapat dicapai.

Tuan Speaker,

42. Sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri untuk

mengurangkan perjudian, Kerajaan Negeri akan

Page 36: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

36

mengenakan 10 peratus cukai jualan ke atas

penjualan loteri bernama Sandakan Turf Club dan

Sports Toto Berhad. Melalui tindakan ini adalah

dijangkakan Kerajaan akan memperolehi anggaran

hasil sebanyak RM45 juta. Dengan gandingan cukai ini

dan Cukai Jualan atas minyak sawit maka di bawah

item Cukai Jualan Kerajaan Negeri akan menerima

RM165 juta atau 12.26 peratus daripada jumlah

anggaran hasil bagi tahun 2000.

Tuan Speaker,

43. Royalti Petroleum kekal sebagai sumber hasil

yang penting bagi Kerajaan Negeri dengan

sumbangan sebanyak RM109.35 juta bagi tahun 2000

seperti yang diramalkan oleh Petronas. Amaun ini

menunjukkan peningkatan sebanyak 12.50 peratus

berbanding dengan anggaran disemak bagi tahun

1999 yang berjumlah RM97.2 juta. Peningkatan ini

didorong oleh senario bahawa harga petroleum akan

kekal “buoyant” dengan komitmen dari negara-

negara OPEC untuk mematuhi kepada kuota

Page 37: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

37

pengeluaran mereka bagi menghadkan perbekalan

global. Adalah dinyatakan di sini bahawa hasil

sebenar bagi tahun 1999 yang berjumlah RM97.2 juta

mengalami kekurangan 3.0 peratus daripada

anggaran asal. Saya penuh yakin Petronas akan

berusaha dengan lebih giat lagi untuk mempastikan

jumlah yang dianggar iaitu, sebanyak RM109.35 juta

dapat dicapai bagi tahun 2000. Dalam

perkembangan lain, Mamut Copper Mine telah

memaklumkan Kerajaan Negeri bahawa lombong

tembaga akan ditutupkan pada akhir tahun ini.

Berikutan dengan keputusan ini maka tidak ada hasil

dijangkakan daripada royalti tembaga bagi tahun

2000.

Tuan Speaker,

44. Kerajaan Persekutuan akan terus

menyumbang kepada Kerajaan Negeri berasaskan

pelbagai pemberian perlembagaan dan imbuhanbalik

Page 38: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

38

yang berjumlah RM93.87 juta bagi tahun tahun 2000.

Amaun ini adalah bertambah daripada anggaran

asal berjumlah RM91.81 juta bagi tahun 1999.

Kerajaan Negeri sepatutnya tidak menghadapi

masalah untuk mendapatkan jumlah anggaran hasil

bagi tahun 2000 berikutan dengan kerjasama yang

erat dengan Kerajaan Persekutuan. Tren kutipan hasil

pada tahun-tahun lalu telah menunjukkan bahawa

hasil sebenar dari sumber ini selalunya tinggi daripada

yang dianggarkan. Kaedah konservatif selalunya

digunakan untuk membuat ramalan kerana sekiranya

hasil diterima kelak bertambah ini akan menjadi

bonus berbanding dengan ramalan yang terlalu

optimis.

Tuan Speaker

45. Jabatan Air menjangkakan pungutan

sebanyak RM70.64 juta sebagai hasil daripada

penjualan air bagi tahun 2000. Ini merupakan

Page 39: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

39

peningkatan sebanyak 15.61 peratus berbanding

dengan anggaran hasil disemak berjumlah RM61.1 juta

bagi tahun 1999. Dengan perlantikan firma konsultan

untuk mempertingkatkan kecekapan Jabatan Air,

pungutan hasil daripada penjualan air telah

menampakkan peningkatan ke atas pungutan.

Pemasangan sistem komputer pusat memungkinkan

Jabatan Air Sabah berupaya memungut hasil yang

lebih. Bagaimanapun masih banyak lagi tugas yang

perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil daripada

hutang-piutang yang tertunggak; satu kesan daripada

sistem lama. Pungutan ke atas tunggakan hasil ini

akan menjadi satu bonus kepada Kerajaan Negeri.

Tuan Speaker,

46. Hasil daripada Pungutan, Dividen dan

Faedah dianggarkan sebanyak RM71.81 juta bagi

tahun 2000, merupakan penurunan sebanyak 15.35

Page 40: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

40

peratus berbanding dengan anggaran hasil disemak

1999 sebanyak RM84.83 juta. Pungutan hasil yang

lebih tinggi bagi 1999 adalah khusus daripada

pembayaran balik ke atas pinjaman Kerajaan negeri

yang terbesar oleh Lembaga Letrik Sabah.

Pembayaran balik ini dapat dilakukan berikutan

dengan penswastaan Lembaga Letrik Sabah oleh

Kerajaan Persekutuan yang menyumbang lebih

daripada RM60 juta dibawah item Faedah ke atas

pinjaman kepada Perbadanan–perbadanan Awam

bagi kelas ini. Bagi tahun 2000 masih terdapat

pembayaran balik tetapi amaun yang dijangkakan

tidaklah begitu besar. Di samping itu Kerajaan Negeri

tidak menjangkakan pendapatan yang lebih tinggi

melalui faedah daripada wang tunai dan deposit

jangka pendek memandangkan kadar faedah

dijangka kekal pada paras rendah. Bagi kelas hasil ini

Kerajaan Negeri akan bergantung sepenuhnya atas

pungutan Dividen daripada Perbadanan-perbadanan

Awam sekurang-kurangnya RM50 juta untuk tahun

2000.

Page 41: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

41

Tuan Speaker,

47. Di bawah kelas Pelbagai, sejumlah RM66.46

juta dianggarkan untuk tahun 2000 yang mana adalah

lebih rendah berbanding dengan anggaran hasil

disemak sebanyak RM116.45 juta bagi tahun 1999.

Hasil terbesar adalah daripada item Perolehan

daripada Pemindahan Pinjaman-pinjaman kepada

Kumpulanwang Badan-badan Berkanun dan Lain-lain

dengan anggaran sebanyak RM50 juta. Anggaran

Hasil disemak bagi tahun 1999 untuk item ini adalah

sebanyak RM100 juta sebagai pembayaran balik

pinjaman pokok daripada Lembaga Letrik Sabah.

Bagaimanapun bagi tahun 2000 pembayaran balik

dijangka berkurangan dan disebabkan oleh

pengeluaran pinjaman yang kerap melalui Tabung

Pinjaman maka amaun yang boleh dipindahbalik

kepada item hasil ini juga akan berkurangan.

Tuan Speaker,

Page 42: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

42

48. Jabatan Keretapi telah memberikan ramalan

yang menggalakkan untuk tahun 2000 dengan

anggaran hasil sebanyak RM1.94 juta berbanding

dengan anggaran hasil disemak sebanyak RM0.942

juta bagi tahun 1999. Aktiviti-aktiviti baru yang

direncanakan oleh Jabatan Keretapi bertemakan

‘Tour of Delight’ telah mendapat respon yang baik

daripada orang-orang awam dan dapat memperbaiki

pendapatan kepada Jabatan berkenaan. Jabatan

Keretapi yakin bahawa terdapatnya potensi untuk

mereka terus mempromosikan perkhidmatan mereka

secara pesat. Dengan sokongan yang penuh

daripada Kerajaan Negeri keatas usaha ini maka

anggaran hasil untuk tahun depan akan dapat

dicapai.

Perbelanjaan Mengurus Tuan Speaker,

49. Peruntukan Kerajaan Negeri untuk

perbelanjaan mengurus pada tahun 2000 adalah

Page 43: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

43

dianggarkan sebanyak RM1,321.44 juta. Daripada

jumlah ini RM379.54 juta adalah untuk personal

emolumen, RM325.31 juta untuk perbelanjaan

berulang dan RM616.59 juta untuk perbelanjaan

khas.

50. Bagi perbelanjaan Emolumen, iaitu,

komponen terbesar perbelanjaan mengurus dijangka

meningkat sebanyak 3.34 peratus berbanding dengan

anggaran disemak 1999 sejumlah RM367.29 juta.

Peningkatan ini adalah untuk memenuhi keperluan

untuk kenaikan gaji tahunan dan pewujudan

beberapa jawatan terutamanya yang ada kaitan

dengan usaha untuk meningkatkan hasil negeri. Bagi

mengawal kenaikan perbelanjaan emolumen,

Kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah

untuk mengoptimakan penggunaan tenaga yang

sedia ada dan fungsi beberapa agensi, di samping

mengurangkan kakitangan yang berlebihan.

Peruntukan sejumlah RM325.31 juta untuk Perbelanjaan

Berulang menunjukkan peningkatan 0.25 peratus

berbanding dengan anggaran disemak sejumlah

Page 44: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

44

RM324.49 juta dalam tahun 1999. Bagi perbelanjaan

Khas sejumlah RM616.59 juta telah disediakan.

Perbelanjaan dalam kategori ini meningkat sebanyak

5.85 peratus. Pengagihan peruntukan-peruntukan

kepada beberapa Kementerian termasuk Jabatan-

jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan di bawah

kawalan Kementerian-kementerian berkenaan adalah

seperti berikut:

Jumlah Pengagihan kepada semua Kementerian/Agensi di bawahnya

Bil.

Kementerian/Jabatan

Anggaran 2000

RM Juta

%

(i) (ii) (iii) (iv)

Kementerian Kewangan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Jabatan Ketua Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

466.22

275.68

215.46

119.04

35.28

20.86

16.31

9.01

Page 45: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

45

(v) (vi) (vii) (viii) (ix) (x) (xi) (xii) (xiii)

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Kementerian Pembangunan Pelancongan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Kementerian Pembangunan Belia, Kebudayaan dan Kemajuan Sukan Perbelanjaan Tanggungan Perbelanjaan yang tidak termasuk dalam Kementerian-kementerian Kementerian Pembangunan Perindustrian

70.52

41.74

30.19

24.77

22.98

21.95

16.05

12.46

4.38

5.34

3.16

2.28

1.87

1.74

1.66

1.22

0.94

0.33

JUMLAH

1,321.44 100.00

Tuan Speaker,

51. Seperti pada tahun-tahun lalu Kementerian

Kewangan akan meletakkan sebahagian besar

peruntukan di bawah kawalannya, iaitu, sebanyak

RM466.22 juta atau 35.28 peratus daripada jumlah

belanjawan. Jumlah ini termasuk sumbangan kepada

Page 46: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

46

Kumpulan Wang Berkanun, iaitu, sebanyak RM300.00

juta dicarum kepada Kumpulan Wang Pembangunan

dan RM10.00 juta kepada Kumpulan Wang Pinjaman.

Sejumlah RM136.55 juta lagi diperuntukkan kepada

Perbelanjaan Am Perbendaharaan. Perbelanjaan-

perbelanjaan ini termasuklah pelaburan ekuiti dalam

Sabah Electricity Sdn. Bhd., RM31.85 juta, Penyewaan

Kenderaan Swasta RM13.00 juta dan pelaburan ekuiti

dalam Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah

sebanyak RM12.80 juta. Manakala sejumlah RM13.02

juta disediakan untuk membiayai keperluan

perbelanjaan mengurus bagi Jabatan Bendahari

Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Komputer.

Kerajaan Negeri juga akan terus menyediakan

peruntukan sebanyak RM20.00 juta kepada

Perkembangan Badan-badan Keagamaan Bukan

Islam. Manakala sejumlah RM8.00 juta disediakan

untuk Pemberian kepada Sekolah-sekolah.

52. Jabatan Ketua Menteri yang meliputi di

antara lain tanggungjawab yang penting, seperti

Perhutanan, Tanah dan Ukur, Perkhidmatan Awam

Page 47: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

47

Negeri, Pengajian Tinggi, Pencetakan, Hal Ehwal

Agama Islam, Perhubungan Negeri dan Arkib Negeri,

diperuntukkan sebanyak RM215.46 juta. Sebahagian

besar daripada peruntukan ini adalah untuk

membiayai kos operasi bagi Jabatan Ketua Menteri

sebanyak RM43.97 juta. Di antara program yang

terpenting ialah usaha ke arah pembaharuan

pentadbiran dan peningkatan kualiti dalam

pentadbiran. Sebanyak RM49.41 juta adalah untuk

Jabatan Perhutanan dan RM40.26 juta untuk Tanah

dan Ukur bagi mempercepatkan proses pengukuran

dan proses pungutan hasil negeri. Seterusnya RM34.81

juta disediakan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Negeri dan RM37.96 untuk Jabatan Perkhidmatan

Awam Negeri termasuk mengurus pemberian biasiswa.

Penyelenggaraan Kemudahan-kemudahan Awam

53. Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan

agensi-agensi di bawahnya akan menerima

peruntukan sebanyak RM275.68 juta. Sebanyak

RM137.85 juta atau 50 peratus daripada peruntukan ini

Page 48: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

48

adalah untuk Jabatan Air yang bertanggungjawab ke

atas pelaksanaan serta pengurusan bekalan air yang

masih memerlukan peningkatan. Manakala Jabatan

Kerja Raya yang bertanggungjawab ke atas

pelaksanaan dan penyelenggaraan kemudahan-

kemudahan awam negeri, seperti penyelenggaraan

bangunan, jalanraya, jambatan, jentera dan elektrik,

sewaan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain

diperuntukkan sebanyak RM69.47 juta. Di sampingi tu,

sejumlah RM68 juta adalah untuk bayaran

penswastaan air terhadap tiga pemegang konsesi

yang terbesar di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

Pertanian dan Industri Pemakanan

54. Sebanyak RM119.04 juta dicadangkan bagi

Kementerian Pembangunan Pertanian dan Industri

Pemakanan. Daripada jumlah ini sebanyak RM96.55

juta disediakan untuk empat (4) buah Jabatan di

bawahnya bagi membiayai keperluan biasa seperti

bayaran emolumen, program pertanian iaitu

perkhidmatan pengembangan, pemberian pelbagai

Page 49: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

49

jenis bantuan kepada petani seperti skim bantuan baja

dan benih, program pengairan dan saliran

terutamanya untuk mengatasi banjir dan menghalang

hakisan. Projek-projek lain di bawah Kementerian

termasuk tanaman semula getah, industri ternakan,

perikanan dan projek-projek lain yang berkaitan.

Kesemua kegiatan ini menekankan kesungguhan

Kerajaan dalam mempromosikan dan menambah

pengeluaran makanan sejajar dengan Dasar Pertanian

yang ada sekarang.

Bantuan Sosial

Tuan Speaker,

55. Sejumlah RM70.52 juta peruntukan disediakan

kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan

Hal Ehwal Pengguna untuk membiayai program-

program berkaitan dengan perkhidmatan kebajikan

masyarakat dan bantuan sosial. Daripada jumlah itu,

RM20 juta adalah diberikan kepada program-program

perkhidmatan sosial bagi pemberian minuman dan

Page 50: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

50

makanan yang berkhasiat, pakaian dan kasut sekolah

serta alat-alat keperluan sekolah terutama sekali bagi

murid-murid sekolah-sekolah di luar bandar. Sebanyak

RM23 juta pula adalah disediakan untuk bantuan am

dan bantuan untuk warga tua.

Pelancongan, Kebudayaan, Belia dan Sukan

56. Pelancongan di Sabah yang kini mendapat

pengikhtirafan sebagai salah satu destinasi

pelancongan yang amat menarik oleh pengunjung-

pengunjung di rata-rata dunia, akan terus mendapat

galakan yang setimpal. Sejumlah RM30.19 juta

disediakan di bawah kawalan Kementerian

Pembangunan Pelancongan, Alam Sekitar dan Sains

dan Teknologi. Usaha-usaha untuk mempromosikan

bukan sahaja tertumpu kepada produk-produk

pelancongan yang sedia wujud tetapi juga kepada

potensi-potensi baru yang sedang giat diterokai agar

sektor ini dapat menandingi saingan negara-negara

lain. Di antara program yang terunggul pada tahun

2000 ialah Tahun Melawat Sabah dan ‘Eco-challenge’

Page 51: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

51

yang pasti dapat mempromosikan Sabah seluas

lautan. Daripada jumlah yang diperuntukkan kepada

Kementerian berkenaan sebanyak RM15 juta yang

diberikan untuk promosi pelancongan sahaja adalah

merupakan tambahan sebanyak 46.60 peratus

berbanding dengan tahun ini. Kerajaan akan terus

memberi galakan ke arah kepelbagaian aktiviti

merangkumi spektrum minat pelancong dari sudut

busines kepada sukan. Justeru, Kerajaan telah

bersetuju untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan

Malaysia Tahun 2002. Oleh yang demikian peranan

Kementerian Pembangunan Belia, Kebudayaan dan

Kemajuan Sukan yang diperuntukkan RM21.96 juta

diharap akan dimanfaatkan sepenuhnya dari segi

ekonomi selain daripada pertandingan dan

pertunjukan kemahiran dalam kesukanan semata-

mata.

Pentadbiran Pembangunan Bandar dan Luar Bandar

Tuan Speaker,

Page 52: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

52

57. Kerajaan akan terus memerangi kemiskinan

dalam segala bentuk dan rupa. Kementerian

Pembangunan Luar Bandar yang diberikan

tanggungjawab akan diperuntukkan RM41.74 juta,

untuk menjalankan program-program bimbingan yang

strategik baik di peringkat kepimpinan maupun mereka

yang dipimpin. Dengan fungsi keusahawanan yang

diletakkan di bawah Kementerian berkenaan, saya

berharap usaha untuk meningkatkan kemahiran dalam

bidang industri asas seperti memproses makanan

hingga ke penghasilan produk seni kraf mendapat

sambutan daripada penduduk-penduduk luar

bandar sewajarnya.

58. Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan

dan Perumahan akan dibekalkan peruntukan

sebanyak RM24.77 juta. Kerajaan akan terus

menghulurkan pemberian kepada pihak berkuasa

Tempatan untuk memastikan agar perkhidmatan-

perkhidmatan dan penyediaan kemudahan-

kemudahan awam di kawasan-kawasan mereka

dapat meningkatkan tahap kebersihan yang

Page 53: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

53

memuaskan selain memberi khidmat-khidmat yang

diperlukan untuk kepentingan awam. Sesungguhnya

pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah

Bandaraya pada tahun 2000 akan menjadi simbol

kejayaan dan sumber peransang. Sekaligus

pengisytiharan ini akan menjadi piagam ke arah

memberi perkhidmatan yang cemerlang dan

keselesaan dalam menempuh kualiti hidup dan kita

tidak lagi berada dalam buruan impian sahaja.

Teknologi Maklumat dan Pembangunan Sumber

Tuan Speaker,

59. Untuk terus bekerja keras sahaja untuk

membangunkan negeri dalam era teknologi ini, kita

akan ketinggalan rentak. Kita mesti, dengan izin,

‘work smart’ dan pengurusan berasaskan

pengetahuan (knowledge based) adalah menjadi

tunjang dalam setiap pendekatan untuk kita

melangkah ke alaf baru. Tahun 2000, memasuki tahun

kelima dalam usaha kita menerokai bidang IT. Oleh itu,

Page 54: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

54

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM22.98

juta kepada Kementerian Pembangunan Sumber dan

Teknologi Maklumat. Daripada jumlah ini, sebanyak

RM8.78 juta untuk program pembangunan sumber

manusia dan RM12 juta lagi untuk pembangunan IT,

termasuk program pembentukan kaedah-kaedah baru

dan pembelian perkakasan di samping

menyelenggara rangkaian Sabah Net dan lain-lain

peningkatan latihan kemahiran dalam penggunaan IT.

60. Kini semua Jabatan/kementerian telah

dilengkapkan dengan sistem komputer yang asas bagi

mengendalikan pemprosesan maklumat masing-

masing. Di antara Jabatan/Kementerian berkenaan,

terdapat sistem komputer yang telah dilengkapkan

dan dilaksanakan dalam bentuk rangkaian kawasan

setempat (LAN).

Bantuan kepada Agensi-agensi Awam

Tuan Speaker,

Page 55: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

55

61. Seperti pada tahun-tahun lalu Kerajaan akan

terus menyediakan pemberian kepada beberapa

Badan Berkanun Negeri dan agensi-agensi Kerajaan

untuk membantu komitmen kewangan mereka yang

disalurkan melalui Kementerian-kementerian Pengawal

berkenaan. Ini melibatkan sejumlah RM49.4 juta.

Sayugia diingatkan bantuan kewangan ini tidaklah

mencukupi untuk memenuhi kehendak kewangan

mereka. Tetapi harus disedari bahawa Kerajaan tidak

sepenuhnya dipertanggungjawabkan untuk

menyelesaikan segala beban kewangan yang mereka

hadapi. Badan-badan ini perlu memiliki perancangan

kewangan yang strategik dan berbelanja mengikut

keupayaan masing-masing dan seterusnya mencari

jalan untuk meningkatkan sumber kewangan mereka

menerusi kegiatan atau busines sebagaimana mereka

ditubuhkan untuk mencapai matlamat mereka.

Tuan Speaker,

62. Seperti yang telah saya sebutkan di awal

ucapan ini, Kerajaan sedar bahawa kejayaan

Page 56: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

56

terhadap pembangunan negara tidak akan tercapai

tanpa sokongan padu daripada kakitangan

perkhidmatan awam. Kerajaan akui sumbangan

kakitangan awam dalam memberikan perkhidmatan

yang cekap dan menjayakan pelaksanaan projek-

projek pembangunan. Justeru, adalah diharapkan

supaya semua kakitangan awam dapat meneruskan

bakti, dedikasi dan komitmen cemerlang ini pada

tahun-tahun akan datang. Sebagai tanda

penghargaan, Kerajaan Negeri telah memutuskan

untuk membayar bonus untuk tahun ini sebanyak

maksimum satu bulan gaji pokok atau sekurang-

kurangnya RM1,000, termasuk RM600 yang diberikan

terdahulu untuk kakitangan awam yang layak. Saya

berharap sumbangan ini dapat membantu

meringankan kos sara hidup mereka. Di samping itu,

Kerajaan akan meningkatkan imbuhan tetap

perumahan kakitangan awam dalam golongan

rendah sebanyak 50 peratus dan bersetuju

menaikkan gaji pokok sebanyak 10 peratus mulai 1

Januari 2000 bagi semua kakitangan Kerajaan.

Page 57: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

57

63. Dalam hubungan ini dengan tanggungan

kewangan negeri kian meningkat pada setiap tahun,

adalah wajar bagi saya untuk menekankan semula

amalan perbelanjaan berhemat terhadap peruntukan

yang diberikan. Tabiat boros dan pembaziran wang

awam hendaklah dihapuskan dan di sebaliknya kita

hendaklah sentiasa memupuk etika dan budaya

berjimat. Para pegawai dan kakitangan perkhidmatan

awam, janganlah hendaknya beranggapan bahawa

oleh kerana wang awam bukan kepunyaan peribadi,

maka pengawalan penggunaan wang adalah tidak

penting. Kita mestilah sedar bahawa Anggaran Hasil

Kerajaan meskipun yang diramalkan akan berpunca

daripada pelbagai sumber, tiada kepastian yang

ianya akan diperolehi seratus-peratus dengan jayanya.

Perbelanjaan Pembangunan

Tuan Speaker,

64. Penyediaan anggaran perbelanjaan

pembangunan tahun 2000 telah mengambil kira

Page 58: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

58

objektif jangka panjang RRJPS untuk mempercepatkan

pertumbuhan ekonomi melalui penyediaan infrastruktur

dalam sektor-sektor produktif di samping

mempertingkatkan kualiti hidup rakyat. Dengan yang

demikian sejumlah RM726.56 juta adalah

dicadangkan untuk perbelanjaan pembangunan

tahun 2000. Daripada jumlah tersebut, sebanyak

RM598.21 akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri, RM88.26

dalam bentuk Pinjaman Persekutuan dan sebanyak

RM40.09 juta adalah dijangka dibiayai menerusi Imbuh

Balik Persekutuan. Pinjaman Persekutuan yang

berjumlah RM88.26 juta tersebut adalah untuk

membiayai projek-projek seperti yang berikut:

RM Juta Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) ……………………………… 60.00 Bekalan Air Luar Bandar ……………………………………………. 17.54 Memperbaiki kemudahan sukan (SUKMA) ……………………… 10.00 Perumahan Kos Rendah ……………………………………………. 0.72 88.26 Manakala sebanyak RM40.09 juta di bawah imbuh

balik Persekutuan adalah untuk projek-projek di bawah

Jabatan-Jabatan berikut:

Page 59: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

59

RM Juta

Jabatan Pengairan dan Saliran …………………………………… 15.39 Pertanian ……………………………………………………………. 14.67 Perkhidmatan Haiwan ………………………………………………. 10.03 40.09

Tuan Speaker,

65. Pembahagian Belanjawan Pembangunan

tahun 2000 mengikut Kementerian adalah seperti

berikut:

Kementerian RM(Juta) %

Kementerian Pembangunan Infrastruktur Ketua Menteri Kementerian Pembangunan Pertanian Dan Industri Pemakanan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan Kementerian Kewangan Kementerian Pembangunan Perindustrian Kementerian Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan

245.73

105.37

99.89

30.17

26.25

25.00

21.25

14.83

41.08

17.62

16.70

5.04

4.39

4.18

3.55

2.48

Page 60: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

60

Kementerian Pembangunan Pelancongan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Luar Jangka

10.07

4.84

4.81

10.00

1.68

0.81

0.80

1.67JUMLAH 598.21 100.00

Tuan Speaker,

66. Pengagihan peruntukan RM598.21 juta yang

dibiayai oleh Kerajaan Negeri mengikut sektor adalah

seperti yang berikut:

RM(Juta) % Ekonomi ……………………………………………………….. 376.72 63.0 Sosial ……………………………………………………………. 136.63 22.8 Pentadbiran Am ……………………………………………… 74.86 12.5 Luar Jangka …………………………………………………… 10.00 1.7

Sektor ekonomi merangkumi bidang-bidang seperti

pertanian dan pembangunan luar bandar,

Page 61: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

61

pengangkutan dan pembangunan infrastruktur fizikal,

kemudahan awam, perdagangan dan pembangunan

industri, penyelidikan dan latihan diperuntukkan

sejumlah RM376.72. juta atau 63.0 peratus daripada

keseluruhan jumlah anggaran pembangunan tahun

2000. Daripada jumlah ini Sektor sosial yang

diperuntukkan sejumlah RM136.63 juta atau 22.8

peratus adalah untuk item-item seperti:

RM (Juta) Infrastruktur kepada Perumahan Awam Kos Rendah …. 25.00 Perumahan …………………………………………………….. 19.70 Pengairan dan Pembentungan ……………………………. 21.29 Belia dan Kemajuan Sukan ………………………………….. 14.83 Perpustakaan dan Perkhidmatan Sosial ………………….. 4.81 Pembangunan Luar Bandar …………………………………. 51.0 Manakala sejumlah RM74.86 juta adalah untuk

membiayai pembinaan bangunan-bangunan

Kerajaan untuk premis pejabat, masjid dan sekolah-

sekolah agama Islam dan pengambilan tanah. Baki

sejumlah RM10 juta adalah untuk kegunaan luar

jangka.

Page 62: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

62

Tuan Speaker,

67. Usaha-usaha untuk membangunkan sektor

ekonomi memerlukan huraian lanjut dalam ucapan ini.

Sejumlah RM168.0 juta adalah dikhaskan untuk

projek-projek bekalan air. Jumlah ini merangkumi

44.60 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan

untuk sektor ini. Manakala sektor pertanian yang diberi

penekanan baru berhubung dengan peningkatan

terhadap pengeluaran sumber pemakanan selain

daripada peladangan merupakan komponen kedua

terbesar dalam sektor ekonomi dengan peruntukan

sebanyak RM87.9 juta. Pengangkutan dan

pembangunan infrastruktur fizikal yang juga salah satu

komponen penting dalam sektor ekonomi diberikan

sebanyak RM73.0 juta. Daripada jumlah ini, RM63.7

juta adalah untuk jalanraya negeri dan program

pembinaan jambatan, RM4.0 juta untuk keretapi dan

RM2.3 juta lagi ialah untuk pembangunan pelabuhan

dan dermaga dan RM3.0 juta untuk menaiktaraf dan

penyelenggaraan jalan-jalan dan estet perumahan.

Page 63: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

63

Tuan Speaker,

68. Seperti yang saya telah sentuh dalam

halaman awal ucapan ini Kerajaan komited ke arah

membangunkan industri pelancongan untuk

menyumbang kepada kadar pertumbuhan ekonomi

Sabah. Sektor pelancongan bukan sahaja menjadi

pemangkin ke arah mewujudkan peluang-peluang

pekerjaan tetapi menambah nilai kepada produk-

produk pelancongan seperti seni kraf, kebudayaan,

flora dan fauna dan "lautan hijau" yang negeri ini amat

kaya dengannya. Untuk itu peruntukan sebanyak

RM31.57 juta disediakan di bawah perbelanjaan

pembangunan untuk mendokong "gabungan"

pelaksanaan terhadap program-program berhubung

dengan industri perkhidmatan oleh agensi-agensi

Kerajaan yang secara langsung atau tidak langsung

menyumbang kepada mempromosikan kegiatan –

kegiatan pelancongan keseluruhannya.

Tuan Speaker,

Page 64: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

64

69. Huraian-huraian di atas hanyalah ringkasan

daripada item-item utama bagi cadangan

perbelanjaan pembangunan tahun 2000. Butir-butir

yang terperinci bagi setiap perbelanjaan akan

dibentangkan oleh rakan-rakan Kabinet yang lain

apabila mereka membentangkan polisi dan strategi

belanjawan bagi Kementerian masing-masing. Walau

bagaimanapun, sukalah saya menegaskan bahawa

teras Belanjawan ini ialah untuk meningkatkan taraf

hidup rakyat keseluruhannya menerusi pewujudan

persekitaran ekonomi yang sihat dan menyediakan

kemudahan-kemudahan prasarana yang lebih baik.

Hanya dengan cara ini kita dapat membuka jalan

untuk mencapai matlamat jangka panjang yang

terkandung dalam RRJPS.

Penutup

Tuan Speaker,

70. Kini ekonomi negara sedang mengalami

proses pemulihan dan pelbagai dasar kewangan dan

Page 65: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

65

fiskal telah diperkenalkan dan diperkemaskan untuk

memastikan agar perancangan ini berupaya

meransang dan mencergaskan setiap bidang dan

kegiatan sama ada di peringkat domestik mahupun di

peringkat antarabangsa. Pertumbuhan ekonomi

adalah penting untuk memastikan ekonomi terus

berkembang demi untuk mengekalkan tahap

kehidupan rakyat yang ada sekarang tidak merosot.

Menyedari hakikat ini, walaupun sumber kewangan

Page 66: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

66

Page 67: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

67

Page 68: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

68

Page 69: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

69

Page 70: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

70

Page 71: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

71

negeri agak terhad, Kerajaan Negeri akan terus

berusaha mendapatkan bantuan kewangan daripada

Kerajaan Pusat untuk membiayai program-program

yang strategik yang berupaya membangunkan

ekonomi negeri dalam jangka panjang. Strategi-

strategi ini, sebagaimana dirangkumi dalam RRJPS,

amat penting untuk kita laksanakan bersama, demi

untuk mewujudkan iklim ke arah perkembangan

ekonomi multi-sektor. Dalam hubungan ini

perbelanjaan defisit akan terus menguasai

pendekatan Kerajaan Negeri. Justeru itu, penekanan

akan diberi kepada usaha membangunkan bidang-

bidang ekonomi yang strategik. Dengan kerjasama

Page 72: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

72

yang erat di antara Kerajaan Pusat dan Negeri, syarat-

syarat bantuan kewangan yang mudah dapat

dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita untuk memastikan

ekonomi Sabah diletakkan di atas landasan yang

kukuh.

71. Masa depan Negeri ini dan rakyatnya adalah

menjadi puncak agenda dan tanggungjawab

Kerajaan Negeri hari ini. Masa depan negeri juga

adalah kepunyaan generasi akan datang, yang bakal

mewarisi pengurusan yang cekap dan ekonomi yang

mantap untuk menempatkan kesejahteraan Negeri

Sabah ke tahap kemakmuran dan kesejahteraan yang

lebih tinggi. Walaupun begitu, perbelanjaan defisit ini

akan diurus dengan penuh tanggungjawab, agar tidak

menjadi beban kepada generasi akan datang, sesuai

dengan sikap kita yang pro-rakyat. Sumber-sumber

kewangan melalui pinjaman akan ditumpukan kepada

projek-projek yang berupaya menjana pendapatan

kepada Kerajaan, untuk memudahkan Kerajaan

melunaskan tanggungan ke atas bayaran balik

terhadap pinjaman tersebut kelak.

Page 73: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

73

72. Untuk Negeri Sabah bergerak maju dengan

jayanya, pendekatan baru dalam urusan pentadbiran

Negeri memerlukan idea-idea baru, yakni idea-idea

baru yang dijana oleh ilmu pengetahuan dan daya

imaginasi dan kreativiti. Di samping itu, kita juga perlu

membentuk budaya dan sistem pengurusan yang

sesuai dan sejajar dengan perkembangan persekitaran

semasa. Kejayaan dasar Kerajaan, khususnya Dasar

Pembangunan Nasional, menuntut kita untuk

mengadakan "re-engineering" dalam proses dan

amalan kerja yang berasaskan IT dan teknik-teknik

pengurusan moden. Itulah sebabnya kita telah

mengadakan inisiatif ke arah "reinventing government"

baru-baru ini. Cara lama yang mengutamakan

prosedur birokrasi harus diimbangi dengan kaedah-

kaedah dan cara-cara baru yang lebih baik dan

inovatif. Ini bermakna perkhidmatan awam dan

pegawai Kerajaan harus mengikis sikap selamba

(complacent) dan tidak bermaya, sebaliknya

hendaklah proaktif dan kreatif dalam menangani

cabaran-cabaran yang mendatang. Bukan setakat itu

Page 74: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

74

sahaja, malah harus mampu untuk meramalkan

masalah dan keperluan yang akan muncul dan

membuat persediaan untuk menghadapi dan

menyelesaikannya. Kita mahu semua pegawai

Kerajaan menjadi sebahagian daripada penyelesaian

dan bukan sebahagian daripada masalah (part of the

solution, not part of the problem).

73. Saya yakin wawasan yang kita hendak capai

terletak dalam kemampuan kita. Malaysia boleh,

Negeri Sabah pun boleh; rakyat boleh dan peniaga-

peniaga kita pun boleh. Semuanya ada pada kita;

sumber, kemahiran, teknologi, tenaga - yang perlu

hanyalah keyakinan diri dan kemahuan. Marilah kita

bersama-sama berusaha dengan lebih gigih

bertenaga dan bijaksana, demi martabat dan masa

depan negara dan rakyat.

Tuan Speaker, saya mohon mencadang.

Page 75: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2000 OLEH YAB · PDF filekesinambungan kepada Belanjawan pada tahun ini. ... secara selektif ke atas modal dan pertukaran matawang negara yang sebelum ini dikritik

75

Kementerian Kewangan Wisma Kewangan 88593 KOTA KINABALU