matawang asing forex dan leverage menurut perspektif islam

24
Matawang Asing FOREX dan Leverage menurut perspektif Islam Hud bin Sabri IEE110003 Mohd Azri bin Mazalan IEE110007 Muhammad Asyraf bin Alias IEE110010 Mohammad Sirojuddin bin Mohamad Isa IEE110012

Upload: lock-man

Post on 06-Sep-2015

38 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

forex

TRANSCRIPT

Matawang Asing FOREX dan Leverage menurut perspektif Islam

Matawang Asing FOREX dan Leverage menurut perspektif Islam

Hud bin SabriIEE110003

Mohd Azri bin MazalanIEE110007

Muhammad Asyraf bin AliasIEE110010

Mohammad Sirojuddin bin Mohamad IsaIEE110012

PengenalanFOREX

FOREX adalah berasal dari gabungan perkataan foreign Exchange bermaksud tukaran matawang asing.

FOREX wujud kerana adanya perdagangan barang keperluan atau komoditi di antara negara.

Perdagangan import-eksport sudah tentu memerlukan alat pembayaran iaitu wang yang mana setiap negara mempunyai kadar nilai yang berbeza.

Ianya merupakan pasaran kewangan yang terbesar di dunia dan beroperasi 24jam dalam 5 hari.

Sejarah FOREX

Sebelum tahun 1996, pasaran matawang asing hanya dibuka kepada bank-bank dan institusi yang besar kerana permulaan modal yang besar sebanyak USD10juta.

Pada tahun 1996, pasaran FOREX telah dibuka kepada orang ramai apabila President Amerika ketika itu Bill Clinton telah meluluskan perniagaan tersebut.

Platform FOREX

Bank

Broker

Institusi kewangan

Individu

Jenis urusniaga FOREX

Secara SPOT:

Membeli sesuatu matawang dengan matawang lain dengan penyerahan segera.

Tempoh penyelesaian bayaran (settlement timeframe) untuk urusniaga spot adalah T+2 iaitu selepas dua hari perbankan.

Secara FORWARD:

Persetujuan dua pihak untuk membeli dan menjual pada harga yang diputuskan sekarang tetapi wang tersebut hanya akan diserahkan pada tarikh akan datang.

Secara SWAP:

Beli dengan harga spot dan jual dengan harga forward dan dilakukan secara serentak.

Urusniaga FOREX SPOT oleh individu

Urusniaga dilaksanakan perseorangan dengan platform tertentu.

Terbuka kepada sesiapa sahaja diseluruh dunia.

Modal minimum bergantung kepada ketetapan yang ditentukan oleh platform terbabit.

Forex mengikut syariah

Nabi bersabda :-

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .

Dalam hadis yang lain:

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209)

Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Jadual barang ribawi

Syarat A : transaksi pertukaran (urusniaga) mesti lah dilakukan dalam satu masa atau dalam satu majlis.

Syarat B : mesti sama berat walau pun berbeza kualiti dan nilainya.

Transaksi Spot: hukumnya harus kerana penyelesaiannya paling lambat dua hari setelah transaksi dilakukan. Waktu dua hari dianggap sebagai waktu untuk menyelesaikan proses transaksi antarabangsa.

Transaksi Forward: hukumnya tidak boleh kerana transaksi ini dilaksanakan berdasarkan harga sekarang, namun pelakuannya untuk masa yang akan datang, antara dua hari sampai satu tahun ke depan. Akan tetapi hukumnya menjadi boleh ketika dari awal sudah dilakukan dalam bentuk forward agreement untuk keperluan yang tidak boleh dihindari (lil hajah).

Transaksi Swap: hukumnya tidak boleh kerana di dalamnya mengandung unsur spekulasi (maisir).

Transaksi Option: hukumnya tidak boleh kerana di dalamnya mengandung unsur spekulasi (maisir)

Tambahan

Pengenaan Fi ke atas Wa`d dalam Produk Urus Niaga Hadapan Mata Wang

Asing (Forex Forward)

MPS dalam mesyuarat ke-102 bertarikh 22 Jun 2010 telah memutuskan bahawa

institusi-institusi kewangan Islam dibenarkan untuk melaksanakan urus niaga

hadapan mata wang asing bagi tujuan lindung nilai berasaskan konsep wa`d

yang membawa kesan mengikat (mulzim) kepada pihak yang memberi janji.

Walau bagaimanapun, sebarang bentuk balasan, termasuklah pengenaan yuran

atau fi ke atas wa`d dalam urus niaga hadapan mata wang asing adalah tidak

dibenarkan. Ini kerana dari sudut perundangan, kewujudan balasan ke atas

sesuatu janji akan menjadikan janji tersebut sebagai kontrak. Ia akan

menyebabkan berlakunya kontrak pertukaran mata wang dengan mata wang

yang lain secara bertangguh yang dilarang Syarak.

Urus Niaga Hadapan Mata Wang Asing Berasaskan Wa`d dan Murabahah Komoditi

MPS dalam mesyuarat ke-113 bertarikh 23 Jun 2011 telah memutuskan bahawa

struktur urus niaga mata wang asing secara Islam berasaskan struktur janji untuk

melakukan pertukaran mata wang (sarf) dan janji untuk melaksanakan

murabahah komoditi adalah dibenarkan kerana dua janji yang dibuat tidak

bertimbal balik dan urus niaga melibatkan dua subjek yang berbeza. Walau

bagaimanapun, syarat yang dikaitkan dengan janji-janji tersebut perlu

berasaskan ukur rujuk (benchmark) pergerakan kadar pasaran pertukaran mata

wang asing dibandingkan dengan kadar pertukaran mata wang yang dipersetujui

pada hari urus niaga.

Urus Niaga Hadapan Mata Wang Asing Berasaskan Wa`d dan Murabahah Komoditi

MPS dalam mesyuarat ke-113 bertarikh 23 Jun 2011 telah memutuskan bahawa

struktur urus niaga mata wang asing secara Islam berasaskan struktur janji untuk

melakukan pertukaran mata wang (sarf) dan janji untuk melaksanakan

murabahah komoditi adalah dibenarkan kerana dua janji yang dibuat tidak

bertimbal balik dan urus niaga melibatkan dua subjek yang berbeza. Walau

bagaimanapun, syarat yang dikaitkan dengan janji-janji tersebut perlu

berasaskan ukur rujuk (benchmark) pergerakan kadar pasaran pertukaran mata

wang asing dibandingkan dengan kadar pertukaran mata wang yang dipersetujui

pada hari urus niaga.

Pengenalan LEVERAGE dalam FOREX

Leverage adalah melibatkan peminjaman sejumlah wang yang diperlukan untuk tujuan pelaburan.

Dipinjamkan oleh platform.

Al-Majma al-Fiqh al-Islami, Rabitah al-Alam al-Islami mendefinisikan leverage sebagai:

Pembeli (pelanggan) membayar sebahagian kecil harga sesuatu yang ingin dibelinya iaitu dinamakan (margin) dan perantara (bank atau sebagainya) bertindak membayar baki atas asas pinjaman, di mana kontrak belian tersebut akan dikekalkan dengan perantara sebagai gadaian terhadap jumlah pinjaman

Tujuan leverage : pedagang forex mendapatkan keuntungan yang lebih besar.

Contoh-contoh nisbah leverage : 50:1,100:1, 200:1.

Bagaimana LEVERAGE berfungsi dalam FOREX?

Sebagai contoh:

Pedagang hanya mempunyai modal sebanyak USD1000 tetapi dibenarkan berurusniaga forex sehingga USD50,000 dengan kemudahan leverage 1:50

Leverage adalah hutang tetapi diikatkan dengan beberapa syarat:

- Pedagang disyaratkan berurusniaga melalui platform iaitu pemberi pinjam (leverage).

- Platform bertindak sebagai wakil kepada pedagang dan mendapat komisyen dari dagangan tersebut.

- Platform juga bertindak sebagai pembeli matawang yang dijual oleh pedagang. Ini membolehkan platform mendapat keuntungan diantara perbezaan harga belian dan jualan.

Takhrij Fiqhi tentang LEVERAGE

Pinjaman oleh platform kepada pedagang merupakan pinjaman tanpa faedah.

Platform mensyaratkan pedagang menggunakan perkhidmatannya apabila membuat urusan jualbeli matawang. Ini bererti platform sebagai broker yang dibayar upah kepada pedagang.

Pedagang adalah peminjam.

Pinjaman adalah pemindahan milik dari pemberi pinjam kepada peminjam (tujuan urusniaga matawang sahaja)

al-Aqidan dalam urusniaga ini adalah pedagang dan platform.(dalam urusan jual & beli matawang)

Barang adalah pinjaman yang diberikan oleh platform dan dibayar balik oleh peminjam.

Hukum LEVERAGE

Terdapat dua pandangan yang berbeza dalam memutuskan hukum leverage dalam urusniaga forex:

Pandangan Pertama: Mengharamkan leverage.

Mewajibkan pedagang berurusniaga melaluinya.

Riba: Apabila berlaku situasi cross over night(faedah keatas pinjaman)

Urusniaga forex umumnya tidak berlaku qabd syarie.

Kemudharatan ekonomi kepada pihak-pihak yang berurusan khususnya pedagang dan masyarakat umumnya.

Pedagang menjual sesuatu yang tidak dimiliki.

Urusniaga berdasarkan pergerakan harga yang menyerupai judi.

Melibatkan al-Ihtikar dan al-najash (monopoli)

Pandangan Kedua: Mengharuskan leverage dengan syarat-syarat berikut:

Jualbeli dilakukan pada hari yang sama

Upah atau komisyen kepada platform tidak boleh melebihi ujrah al-mithl.

Hujjah mereka adalah seperti berikut:

Menghimpunkan al-bayu dan al-salaf tidak menyebabkan aqad tersebut fasid kecuali terdapat keadaan-keadaan yang memberi kepentingan tertentu kepada salah satu pihak yang berkontrak.

Keadaan jualbeli dipasaran ini (forex market) tidak mewujudkan kepentingan tertentu kepada salah satu pihak yang berkontrak.

Qabd terlaksana dalam kontrak ini ialah qabd al- hukmi dengan adanya perlbagai urusan dan mekanisme tambahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.