ucapan

5
TARIKH BERTUGAS: 19.04.2015 HINGGA23.04.2015 GURU BERTUGAS: 1. PN NORAFZAN BINTI HUSSEIN 2. CIK QUERATUL AIN MOHANI Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, "Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat". Kenapa hidup kita perlu berilmu? Antaranya adalah: 1. Untuk dapat kerja yang besar. 2. Untuk menyara keluarga. 3. Untuk membantu keluarga. 4. Untuk memastikan kita membuat keputusan yang betul dan tepat 5. Untuk mencari redha Allah. 6. Untuk diri sendiri dan Islam. 7. Untuk membantu Negara, bangsa dan agama Ilmu tanpa sempadan. Knowledge beyond the borders. Betul ke tidak?. Entah. Yang pasti, tiada jalan pintas dalam mencari ilmu. Dan tiada jalan singkat untuk menjadi seorang yang berpengetahuan. Knowledgeable. Sekurang-kurangnya punya ilmu. Tak semua perkara perlukan pengalaman tapi yang pasti semuanya memerlukan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan bukan terletak pada degree mahupun sijil yang kita pegang. Tapi terletak pada apa yang kita tahu. Di dada juga di minda. Kalau ilmu di minda penuh, tapi ilmu di dada kosong, tak ada juga gunanya. Ibaratkan otak kita seperti sebiji gelas dan ilmu itu ibarat air. Gelas yang kosong, kalau diisi air akan penuh. Tapi, gelas yang sudah penuh tapi hendak terus-menerus di isi air alamatnya tumpah melimpah. Begitu juga perihal ilmu pengetahuan yang kita miliki.

Upload: afzan-hussein

Post on 11-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

TARIKH BERTUGAS:19.04.2015 HINGGA23.04.2015

GURU BERTUGAS:1. PN NORAFZAN BINTI HUSSEIN2. CIK QUERATUL AIN MOHANI

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, "Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat".Kenapa hidup kita perlu berilmu? Antaranya adalah:1. Untuk dapat kerja yang besar. 2. Untuk menyara keluarga.3. Untuk membantu keluarga. 4. Untuk memastikan kita membuat keputusan yang betul dan tepat5. Untuk mencari redha Allah. 6. Untuk diri sendiri dan Islam. 7. Untuk membantu Negara, bangsa dan agama

Ilmu tanpa sempadan. Knowledge beyond the borders. Betul ke tidak?. Entah. Yang pasti, tiada jalan pintas dalam mencari ilmu. Dan tiada jalan singkat untuk menjadi seorang yang berpengetahuan. Knowledgeable. Sekurang-kurangnya punya ilmu. Tak semua perkara perlukan pengalaman tapi yang pasti semuanya memerlukan ilmu pengetahuan.

Ilmu pengetahuan bukan terletak pada degree mahupun sijil yang kita pegang. Tapi terletak pada apa yang kita tahu. Di dada juga di minda. Kalau ilmu di minda penuh, tapi ilmu di dada kosong, tak ada juga gunanya. Ibaratkan otak kita seperti sebiji gelas dan ilmu itu ibarat air. Gelas yang kosong, kalau diisi air akan penuh. Tapi, gelas yang sudah penuh tapi hendak terus-menerus di isi air alamatnya tumpah melimpah. Begitu juga perihal ilmu pengetahuan yang kita miliki.

Tak guna cari ilmu sampai ke hujung dunia kalau tak pandai memberi manfaat pada masyarakat sekeliling. Akibatnya? Membazirlah. Setiap kita punya ilmu yang berbeza-beza. Susah hendak menguasai semua cabang ilmu, tapi bukanlah mustahil. Susah je. Kalau tak mampu capai semua, capailah yang terdekat dulu. Kalau tak mampu nak kuasai semua bidang ilmu, pilih dan kuasai yang satu..Tapi yang pasti, jangan pisahkan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Sebab keduanya saling memerlukan. Seperti manusia yang memerlukan oksigen untuk terus hidup dan tumbuhan yang perlukan karbon dioksida untuk menghasilkan oksigen, begitulah hakikat ilmu yang kita cari. Ilmu tanpa sempadan. Sebab ilmu memang tiada penghujungnya. Cari dan terus mencari. Gali dan terus menggali. Sebab di satu sudut, pasti akan menemui ilmu yang baru.

Yang penting, jangan sesekali mendabik dada dengan ilmu yang kita miliki. Sebab, sebaik-baik ilmu adalah ilmu yang kita kongsikan bersama. Ilmu yang memberi manfaat kepada seluruh alam.

Kepentingan Ilmu Pengetahuan dan Sumbernya Menurut Islam

KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN DAN SUMBERNYA MENURUT ISLAM

1. Definisi Ilmu Pengetahuan

Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu pengetahuan nyata (explicitknowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman, memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar. (Noraziah Sharuddi, 2002)

2. Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan. Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah;

2.1 Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ; . Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"

2.2 Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ; . Maksudnya; Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"

2.3 Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ; Maksudnya ; Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu

2.4 Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.

2.5 Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

2.6 Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.

2.7 Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.

2.8 Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.

3. Sumber-sumber Ilmu Pengetahuan

Secara umumnya, sumber ilmu pengetahuan adalah diperolehi melalui wahyu, pancaindera, akal dan intuisi atau ilham.

1. Wahyu

Wahyu adalah pemberitahuan daripada Allah s.w.t kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa.

2. Pancaindera

Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa merupakan seumber pengetahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul.

3. Akal

Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia, malah perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk.

4. Intuisi atau Ilham

Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu.