teks ucapan mengenang jasa

23
SMK SERI TANJONG, MELAKA TEKS UCAPAN PERASMI MAJLIS HARI JASAMU DIKENANG TAHUN 2010 TARIKH: 09 NOVEMBER 2010 (SELASA) TEMPAT: DEWAN SMK SERI TANJONG OLEH: CIK HJH. JULIAH BINTI LEMAN 0

Upload: siti-nordiana

Post on 02-Aug-2015

264 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Mengenang Jasa

SMK SERI TANJONG, MELAKA

TEKS UCAPAN PERASMI

MAJLIS HARI JASAMU DIKENANG TAHUN 2010

TARIKH: 09 NOVEMBER 2010 (SELASA)

TEMPAT: DEWAN SMK SERI TANJONG

OLEH:

CIK HJH. JULIAH BINTI LEMAN

(TIMBALAN PENGARAH JABATAN PELAJARAN MELAKA)

0

Page 2: Teks Ucapan Mengenang Jasa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Terima kasih kepada Pengacara Majlis;

Yang Berusaha Puan Shaleha bt Abdol,

Pengetua SMK Seri Tanjong;

Yang Berusaha Encik Hasbi bin Mamat,

Pegawai Seranta PPD Melaka Tengah;

Inspektor Muhammad Faiz bin Mohd. Shukor,1

Page 3: Teks Ucapan Mengenang Jasa

Pegawai Polis Perhubungan Sekolah IPD Melaka Tengah;

Encik Rahman bin Mat,

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru SMK Seri Tanjong;

Guru- Guru Penolong Kanan;

Guru –Guru Kanan Mata Pelajaran;

Guru-Guru Cemerlang;

Ahli Jawatankuasa PIBG;

Dan seterusnya kepada semua penerima anugerah yang diraikan sekalian.

2

Page 4: Teks Ucapan Mengenang Jasa

Alhamdulillah, dengan izin dan keredhaan Allah SWT, Majlis Jasamu Dikenang

SMK Seri Tanjong Tahun 2010 dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana

yang penuh gemilang dan bermakna buat kita semua. Terlebih dahulu saya ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga SMK Seri Tanjong kerana telah

sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Hari Jasamu Dikenang pada

pagi ini.

Hadirin sekalian,

3

Page 5: Teks Ucapan Mengenang Jasa

Majlis Hari Jasamu Dikenang ini diilhamkan sebagai tanda menghargai jasa dan

sumbangan serta terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah

mengharumkan nama SMK Seri Tanjong dalam bidang kokurikulum sama ada

di peringkat negeri atau peringkat kebangsaan bagi tahun 2010.

Penghargaan ini adalah cuma secebis tanda, ditinta bukan dengan wang ringgit

tetapi dengan sebuah mesra rasa.  Ada antara anda mungkin telah menerima

aneka pengiktirafan dan penghargaan dari luar sana, merangkumi organisasi dan

4

Page 6: Teks Ucapan Mengenang Jasa

institusi. Namun, hari ini diukir sebagai tanda menghargai sama, suatu ingatan

kepada individu-individu yang berjasa dalam bidang kokurikulum ini.

Sehubungan itu, ucapan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah

yang diraikan pada pagi ini iaitu kepada anak-anak yang berjaya menunjukkan

pencapaian cemerlang dalam kegiatan kokurikulum serta kepada jurulatih-

jurulatih luar yang telah banyak menyumbang tenaga.

5

Page 7: Teks Ucapan Mengenang Jasa

Para hadirin sekalian,

Sejajar dengan perkembangan dasar pendidikan di Malaysia, bentuk pengajaran

dan pembelajaran bagi sekolah-sekolah di negara ini telah berubah.

Pembentukan diri pelajar tidak lagi tertumpu di dalam bilik darjah tetapi sahsiah

dan perawakan pelajar dididik melalui penyertaan aktiviti luar darjah iaitu

aktiviti kokurikulum. Sekolah bukan sahaja tempat untuk mengasah minda

pelajar bahkan sekolah berperanan untuk membentuk sahsiah para pelajar.

6

Page 8: Teks Ucapan Mengenang Jasa

Seorang cerdik pandai yang tidak beretika tidak memberi sebarang erti kepada

masyarakat bahkan mendatangkan masalah pula kepada masyarakat dan negara.

Pengelolaan kokurikulum secara teratur dan sistematik akan membawa

keberkesanan dalam mencapai tujuan dan matlamat bagi memenuhi aspirasi

pendidikan negara dan secara tidak langsung ia akan mendorong minat pelajar

menyertai bidang kokurikulum. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dan

komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar

7

Page 9: Teks Ucapan Mengenang Jasa

menimba pengalaman. Hal ini mendorong mereka menghadapi dunia sebenar

apabila mereka bergaul dengan masyarakat.

Para hadirin sekalian,

Apa yang diperoleh pelajar itu tidak boleh dipelajari dalam bilik darjah kerana

di dalam kelas, kebanyakan mata pelajaran semata-mata bersifat akademik.

Tetapi, apabila menyertai kegiatan kokurikulum, keadaannya berbeza sebab

8

Page 10: Teks Ucapan Mengenang Jasa

selain baik untuk membina sahsiah diri, ia membantu pelajar belajar bersaing

dalam apa jua cabaran.

Dalam usaha melahir dan membentuk pelajar cemerlang, bukan saja perlu

mementingkan akademik, kokurikulum juga harus dibawa bersama. Kita mahu

membina generasi cerdas dan cergas untuk mencapai matlamat tersebut, ekoran

itu penekanan terhadap dua aspek iaitu kokurikulum dan akademik perlu

9

Page 11: Teks Ucapan Mengenang Jasa

dititikberatkan.

Pengenalan usaha ini juga dilihat banyak pihak sebagai satu langkah untuk

mengisi masa lapang pelajar dengan lebih berfaedah terutama dalam

membendung peningkatan pelajar terbabit dengan pelbagai gejala sosial.

Jika selama ini, pelajar yang kurang aktif kokurikulum tidak tahu bagaimana

10

Page 12: Teks Ucapan Mengenang Jasa

mahu menguruskan masa dengan berfaedah, penekanan terhadap langkah itu

diharap dapat memberi arah tuju kepada pelajar untuk mengisi masa terluang.

Dalam hal ini, dapat kita lihat langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

memang tepat pada masanya selain dapat membantu pelbagai pihak mendidik

pelajar menjadi insan berguna dengan penilaian kokurikulum 10% markah

kemasukan ke IPTA. Dunia sedang menuju permodenan, manakala remaja juga

11

Page 13: Teks Ucapan Mengenang Jasa

mula terdedah dengan pelbagai anasir negatif. Untuk itu, persediaan awal

memang perlu dilakukan iaitu dengan aktif menyertai aktiviti kokurikulum ini.

Para hadirin sekalian,

Kata pepatah, “Gajah mati meninggalkan gadingnya dan harimau mati

meninggalkan belangnya, dan manusia mati meninggalkan namanya”.

12

Page 14: Teks Ucapan Mengenang Jasa

Dalam perjalanan hidup ini, kita hendaklah sentiasa berusaha mencipta sejarah

kecemerlangan diri dan salah satunya telah dibuktikan oleh anak- anak pelajar

sendiri melalui pencapaian kalian dalam Majlis Hari Jasamu Dikenang ini.

Syabas saya ucapkan!

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi saya ucapkan

tahniah kepada semua pelajar yang mendapat anugerah penghargaan pada pagi

ini. Kepada individu-individu atau jurulatih-jurulatih luar, ucapan penghargaan

atas sumbangan bakti tuan- tuan dan puan- puan.

13

Page 15: Teks Ucapan Mengenang Jasa

Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun;

Kalau ada pauh di daik,Bawa sebiji ke tanah seberang,Kalau ada budi yang baik,Sampai mati dikenang orang.

Kuning emas masaknya padi,Mawar merah dalam jambangan,Terima kasih daun keladi,Budi tuan jadi kenangan.

14

Page 16: Teks Ucapan Mengenang Jasa

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, dengan sukacitanya saya merasmikan

Majlis Hari Jasamu Dikenang Tahun 2010 SMK Seri Tanjong, Melaka.

Sekian,

Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

15