tutorial 1 hubungan etnik

3
Tutorial 1: Date: Soalan: Menganalisis punca-punca yang membawa kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 dan implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia. Punca-punca: 1. Ketidak puas hati kaum cina tentang hak istimewa orang melayu. -parti pembangkang membangkitkan soal-soal bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan hak istimewa orang melayu dan hak kerakyatan orang bukan orang melayu. 2. Perbezaan jurang antara orang melayu dan orang cina dari segi ekonomi dan pendidikan. Dari segi ekonomi: - Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. - Orang Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. - Kebanyakan orang Cina pula terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan. - Manakala sebahagian besar orang India pula merupakan buruh di estet. - Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini memperkukuhkan lagi semangat perkauman. Dari segi pendidikan: - orang cina menerima pendidikan yang tinggi dan kebanyakan anak orang cina belajar di sekolah Inggeris. - Orang melayu tidak menerima pendidikan di sekolah inggeris dan kebanyakan mereka tidak menerima pendidikan yang formal. 3. Dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris: - Pemisahan fizikal ini menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang berbeza.

Upload: jieinooi

Post on 23-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Sebab 13 Mei

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 1 Hubungan Etnik

Tutorial 1: Date:

Soalan: Menganalisis punca-punca yang membawa kepada berlakunya

peristiwa 13 Mei 1969 dan implikasi terhadap hubungan etnik di Malaysia.

Punca-punca:

1. Ketidak puas hati kaum cina tentang hak istimewa orang melayu.

-parti pembangkang membangkitkan soal-soal bahasa melayu sebagai

bahasa kebangsaan, kedudukan hak istimewa orang melayu dan hak

kerakyatan orang bukan orang melayu.

2. Perbezaan jurang antara orang melayu dan orang cina dari segi ekonomi

dan pendidikan.

Dari segi ekonomi:

- Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan kepada pekerjaan

menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang

pekerjaan.

- Orang Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan

dan berkhidmat sebagai penjawat awam.

- Kebanyakan orang Cina pula terlibat dalam sektor perniagaan dan

perlombongan.

- Manakala sebahagian besar orang India pula merupakan buruh di

estet.

- Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan

etnik tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini memperkukuhkan lagi

semangat perkauman.

Dari segi pendidikan:

- orang cina menerima pendidikan yang tinggi dan kebanyakan anak

orang cina belajar di sekolah Inggeris.

- Orang melayu tidak menerima pendidikan di sekolah inggeris dan

kebanyakan mereka tidak menerima pendidikan yang formal.

3. Dasar pecah dan perintah penjajah Inggeris:

Page 2: Tutorial 1 Hubungan Etnik

- Pemisahan fizikal ini menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak

mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap

kerana tinggal di wilayah yang berbeza.

- Hal ini merenggangkan perhubungan dan interaksi serta

memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam

kalangan anggota setiap etnik.

- Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip

dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan

etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Implikasi :

1. Pengisytiharan daurat.

- Yang Di-Pertuan Agong berkuasa penuh untuk mengetuai turus

angkatan tentera. Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta

pasukan wataniah diatur gerakkan untuk membantu mengawal

ketenteraman Op Gerahana , Pasukan-pasukan yang memainkan

peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD.

2. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan

- Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein telah

dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. MAGERAN dibentuk bertujuan

diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan

masyarakat. Antara tugas-tugas utama MAGERAN adalah

mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan

pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana

keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.

MAGERAN telah mewujudkan Rukun Negara sebagai ideologi

kebangsaan Malaysia.

3. Dasar ekonomi baru dibentuk

- Terdapat dua matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu

pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan kedua

penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk

menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.

Page 3: Tutorial 1 Hubungan Etnik

- Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah

untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi

antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses

agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih

seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .

4. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dilaksanakan.

- Tujuan dasar ini adalah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan

yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan

perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik.

- Strategi-strategi telah dijalankan untuk mencapai dasar pendidikan

kebangsaan. Sebagai contoh, Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa

pengantar, semua sekolah mempunyai sistem peperiksaan yang sama,

memperkenalkan sistem KBSR dan KBSM berasaskan perkara 3M.

5. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah dilaksanakan.

- Tujuannya adalah untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan

negara melalui Kebudayaan.

- Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah

menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama

penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan

perhubungan budaya

- Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui

usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan

menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan

yang berkesan

- Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran

kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

- Memenuhi keperluan sosiobudaya