tugusan 3.docx

4
Tugusan 3: Refleksi kendiri Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah anda lalui, tuliskan tentang perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sekolah tersebut serta amalan terbaik yang anda telah pelajari daripada program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pekan Lama, Sungai Petani. Dalam sekolah ini, saya telah lihat perlaksanaan KSSR yang sangat baik dan efisen. Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Bagi saya, sekolah ini telah menepati hasrat ini. Pertama sekali, untuk membina insan yang seimbang dari unsur intelek, jasmani, rohani dan emosi, proses pembelajaran dan pengajaran telah dilaksanakan dengan betul. Setiap pagi, sekolah akan menyiarkan latihan ejaan menerusi sistem siaraya ke seluruh kawasan sekolah. Latihan ini disampaikan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Hal ini telah membantu murid-murid belajar dengan berkesan kerana mereka boleh belajar suku kata yang mudah dalam tiga jenis bahasa. Selain itu, jenis pelaksanaan ini juga boleh melatih kemahiran mendengar murid-murid di samping perhatian mereka terhadap aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, guru-guru juga mengajar murid-murid mengikut kandungan dalam bentuk modular. Setiap modul mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid. Untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran yang terkandung, guru-guru telah menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk memberi penjelasan yang lebih jelas.

Upload: changfooyung

Post on 16-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugusan 3.docx

Tugusan 3: Refleksi kendiri

Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah anda lalui, tuliskan tentang

perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sekolah tersebut serta

amalan terbaik yang anda telah pelajari daripada program Pengalaman Berasaskan

Sekolah ini.

Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah

Jenis Kebangsaan Cina Pekan Lama, Sungai Petani. Dalam sekolah ini, saya telah lihat

perlaksanaan KSSR yang sangat baik dan efisen. Kurikulum Standard Sekolah Rendah

berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui

tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika,

keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Bagi saya, sekolah ini telah

menepati hasrat ini.

Pertama sekali, untuk membina insan yang seimbang dari unsur intelek, jasmani,

rohani dan emosi, proses pembelajaran dan pengajaran telah dilaksanakan dengan betul.

Setiap pagi, sekolah akan menyiarkan latihan ejaan menerusi sistem siaraya ke seluruh

kawasan sekolah. Latihan ini disampaikan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan

Bahasa Cina. Hal ini telah membantu murid-murid belajar dengan berkesan kerana mereka

boleh belajar suku kata yang mudah dalam tiga jenis bahasa. Selain itu, jenis pelaksanaan

ini juga boleh melatih kemahiran mendengar murid-murid di samping perhatian mereka

terhadap aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, guru-guru juga mengajar murid-murid

mengikut kandungan dalam bentuk modular. Setiap modul mengandungi pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid. Untuk membantu

murid-murid menguasai kemahiran yang terkandung, guru-guru telah menggunakan alat

bantu mengajar yang sesuai untuk memberi penjelasan yang lebih jelas.

Untuk memperkembangkan murid-murid dari segi jasmani, sekolah telah mengatur

kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) kepada semua murid-murid mengikut kelas

masing-masing. Saya mendapati semua murid akan menukar baju yang sesuai sebelum PJ

dan akan tukar balik apabila tamat PJ. Sebelum melakukan aktiviti, guru akan membimbing

semua murid untuk memanaskan badan. Hal ini adalah untuk memastikan murid-murid tidak

cedera apabila aktiviti dijalankan dan juga memupuk cara membuat senaman yang betul.

Semasa PJ, guru akan membuat contoh dahulu sebelum murid-murid melakukan sendiri.

Guru juga memberi bimbingan semasa murid-murid sedang cuba menguasai kemahiran

yang diajar, seperti memukul bola, lompat jauh dan sebagainya. Dengan ini, murid-murid

dapat menguasai kemahiran-kemahiran jasmani yang asas dan juga memperkembangkan

kemahiran psikomotor serta mencungkil potensi individu yang tidak dinyatakan.

Page 2: Tugusan 3.docx

Semasa saya memasuki sekolah ini, saya lihat ada beberapa orang murid berdiri di

depan pintu besar untuk menyambut kedatangan guru-guru dan murid-murid. Mereka

menjemput kedatangan guru dan murid dengan sorakan slogan dan . Hal ini telah

menunjukkan usaha sekolah untuk mencapai hasrat KSSR, iaitu murid-murid mempunyai

sikap dan nilai yang baik. Perlakuan sebegini perlu dijalankan secara berterusan dan

melibatkan semua murid supaya mampu membina disiplin murid yang baik. Selain itu, unsur

rohani juga dipupuk dalam sekolah ini. Tempat penyembahan orang cina telah dibina di

sebelah pintu besar sekolah. Hal ini adalah berkaitan dengan kerohanian seperti menyedari

dan menginsafi adanya Pencipta serta mensyukuri apa yang anda ada. Kebanyakan murid-

murid akan bersembah setelah masuk ke sekolah dan berdoa agar pembelajaran dapat

diberkati.

 Seterusnya, kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual

dan Pendidikan Muzik. Dalam sekolah, terdapat sudut disediakan untuk menunjukkan

lukisan murid-murid. Murid yang mempunyai lukisan yang cantik akan diberi ganjaran seperti

pensil warna atau beg. Hal ini akan memupuk dan memberi sokongan kepada murid-murid

untuk lebih berusaha dalam subjek tersebut. Selain itu, guru juga boleh mengetahui

kebolehan dan bakat yang ada pada seseorang murid melalui pertandingan melukis. Dalam

pada itu, sekolah ini juga menyediakan bilik muzik kepada murid-murid untuk belajar

kemahiran asas muzik.

Berlandaskan tunjang sains dan teknologi, sekolah ini telah menyediakan bilik

komputer kepada semua murid-murid. Bilik komputer tersebut dilengkapi dengan komputer

riba dan juga alat dengar yang baik. Untuk melancarkan proses pengajaran komputer, bilik

komputer juga dilengkapkan dengan kemudahan internet. Semua murid yang menggunakan

komputer dalam bilik itu dapat membuat kerja sendiri dan disemak oleh guru melalui

internet. Guru akan mengajar murid-murid kemahiran-kemahiran asas teknologi maklumat

dan komunikasi (TMK) supaya mereka dapat menjadi “global player” yang bermahir.

Tunjang keterampilan diri yang dinyatakan dalam KSSR memberi penekanan kepada

pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Dalam

sekolah ini, kokurikulum dilaksanakan pada sebelah petang. Murid diberi peluang

menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan

mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum

seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid

meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan

masyarakat. Saya lihat murid-murid berpakaian uniform persatuan jika hari itu mempunyai

aktiviti persatuan pada sebelah petang.

Page 3: Tugusan 3.docx

Amalan yang terbaik dalam sekolah ini ialah menghormati orang lain. Saya lihat

murid-murid akan tunduk dan memberi sapaan yang mesra kepada saya walaupun saya

hanya seorang bakal guru. Saya belajar bahawa menghormati orang lain dengan tidak kira

umur, bangsa dan agama merupakan aspek yang sangat penting dalam masyarakat

majmuk ini. Dalam sekolah ini, terdapat sebahagian murid adalah berbangsa melayu dan

india. Walaubagaimanapun, mereka masih menyapa kepada saya menggunakan Bahasa

Cina. Amalan baik ini harus dipupuk sejak kecil lagi dalam suasana sekolah supaya murid

dapat menghormati orang lain pada masa hadapan. Interaksi murid dengan guru juga akan

menjalinkan kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Murid perlu

menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang KSSR yang lain. Penguasaan

kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang

bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.