tugasan ssr

11
PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1 SSR 3023 SSR 3023 : PELAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1 SESI PENGAJIAN : SEMESTER 2 (AMBILAN MAC 2011) KURSUS : SENI VISUAL KOD : SSR 3023 PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU NAMA PELAJAR : NO KP : NO MATRIK : MOHD SAZLI BIN SALEHUDIN 760304-08-6299 PPG/20503/11 TUGASAN : INDIVIDU TAJUK : PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1 NAMA PENSYARAH : DR. MUHD CHAT MOHD SAZLI B. SALEHUDIN PPG/USM/20503/11 Page 1

Upload: naaimah-nasarudin

Post on 15-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

for ppg usm

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan ssr

SSR 3023 : PELAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1

SESI

PENGAJIAN :SEMESTER 2 (AMBILAN MAC 2011)

KURSUS : SENI VISUAL KOD :SSR

3023

PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

NAMA PELAJAR : NO KP : NO MATRIK :

MOHD SAZLI BIN SALEHUDIN760304-08-

6299PPG/20503/11

TUGASAN : INDIVIDU

TAJUK : PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1

NAMA

PENSYARAH :DR. MUHD CHAT

TARIKH HANTAR : 05 DISEMBER 2012 MARKAH :

MOHD SAZLI B. SALEHUDINPPG/USM/20503/11 Page 1

SSR 3023PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1

Page 2: tugasan ssr

1. Pengenalan

Laura H. Chapman berperanan sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan

seni sudah melebihi 40tahun. Buku, rencana, kajian dan ucapan beliau

membincangkan tentang isu polisi, reka bentuk kurikulum, pengajaran

metadologi dan penilaian. Menurut Chapman (1986), terdapat empat aspek

utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:

pemerhatian

penerokaan

penghasilan (pembuatan)

apresiasi dan perlanjutan

1.1 Pemerhatian

Pemerhatian adalah melibatkan melibatkan sensitivity deria manusia. Ia

melibatkan penggunaan deria penglihatan manusia. Pemerhatian secara

aktif pula ialah bagaimana pemerhatian atau penyediaan seorang guru

itu menyediakan sesuatu aktiviti di dalam kelas seninya dan ianya

mestilah dapat dilakukan secara bersepadu. Lima perkara yang perlu

diambil kira semasa menyediakan sesuatu aktiviti seni:

1.1.1 Pemerhatian pertama

seseorang guru perlulah peka dan mengetahui pengetahuan sedia

ada muridnya agar objektif pengajaran dan pembelajaran lebih

mudah dicapai. Bagaimana ini boleh berlaku? Ianya bermaksud

aktiviti yang dijalankan tersebut mestilah sesuai dengan latar

belakang murid-muridnya. Contohnya seorang guru ingin mengajar

muridnya melukis gambar permandangan. Permandangan tersebut

mestilah merujuk kawasan atau tempat di sekeliling kehidupan

MOHD SAZLI B. SALEHUDINPPG/USM/20503/11 Page 2

SSR 3023PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1

Page 3: tugasan ssr

murid-muridnya seperti kehidupan nelayan tentunya kawasan

sekolah tersebut terletak di tepi laut. Murid dapat melakukan

pemerhatian secara aktif tentang gambaran sebuat bot nelayan

atau keadaan sesebuah pantai itu

1.1.2 Pemerhatian kedua

Ialah benda atau bahan yang digunakan mestilah konkrit yakni

berbentuk maujud. Untuk menghasilkan sesuatu pengajaran yang

bersepadu dan berkesan terutamanya di dalam pendidikan seni,

seorang guru mestilah menggunakan bahan atau benda yang

berbentuk konkrit atau maujud( betul). Ini sebenarnya

memudahkan pelaja rmelakukan pemerhatian seterusnya membuat

hasilan yang lebih tepat dan kreatif.

1.1.3 Pemerhatian ketiga

Guru juga perlu melihat dan peka kepada minat, kecenderungan

dan latar belakang muridnya. Dapat menyediakan bahan dan

aktiviti yang dapat memupuk dan menarik minat murid- muridnya

untuk belajar selaras dengan kecenderungan dan minatnya.

1.1.4 Pemerhatian keempat

Pemerhatian yang aktif juga perlu dilihat dari segi kegunaan bahan

itu, bunyinya, pergerakan dan aksi sesuatu bahan itu. Sesuatu

bahan yang menarik mampu membuatkan sesuatu pengajaran itu

lebih seronok. Guru perlu melihat kesesuaian bahan itu agar ianya

selaras dengan pengalaman dan kecenderungan muridnya.

1.1.5 Pemerhatian kelima

Ialah aktiviti tersebut dapat mencetuskan idea dan imaginasi murid.

kesesuaian bahan dan kepelbagaian aktiviti tentunya dapat

menarik minat murid dan secara langsung dapat menjana idea

mereka dan mengembangkan imaginasi mereka.

MOHD SAZLI B. SALEHUDINPPG/USM/20503/11 Page 3

SSR 3023PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1

Page 4: tugasan ssr

2. Penerokaan

Murid menerokasesuatu bahan itu secaralebihdekatdan melihatnya melalui

berbagai aspek atau segi. Contohnya seperti aktiviti seni reka, murid meneroka

bahan yang dipamerkan oleh guru seperti penggunaan warna pada kolaj, garisan

atau bentuk, elemen –elemen corak yang digunakan di dalam pembuatan batik

atau kraf tangan. Aktiviti penerokaan tersebut seharusnya kecil, mudah dan

ringkas. Ia juga mempunyai permainan cuba mencuba atau suai kenal dengan

bahan. Murid juga dibenarkan menguji bahan tersebut dan mencari penemuan

sendiri dengan bimbingan guru. Selepas aktiviti penerokaan, guru perlu

membimbing muridnya membuat penghasilan dengan menggunakan alat atau

bahan dan teknik yang sesuai dan betul. Selain itu,guru juga perlu menerangkan

tatacara, langkah dan proses membuat dengan cara yang betul. Ini dapat

membantu murid yang lemah untuk terus belajar dan tidak lari dari objektif yang

hendak dicapai. Guru juga perlu menerangkan cara amalan tertib ketika

melakukan sesuatu aktiviti, keselamatan dan membantu murid di dalam

penyampaian kandungan subjek, idea,hal benda dengan bentuk hasil.

3. Penghasilan

Menurut Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approchesin Art

Education(1978)vmenjelaskan bahawavprosesvkreativiti mempunyai

pertalianvdan hubungan yang hamper sama dengan proses penghasilan karya

atau pun dikenali sebagai proses artistik. Proses artistik ini digunakan oleh

penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistic yang dijelaskan oleh

Chapman melibatkan 3 disiplin, iaitu :

(a) tidak bersifatstatik

(b) bersifat boleh ubah dan

(c) berulang-ulang.

Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadikeutamaan asalkan objektif

menghasilkan karyaseni tercapai. Maka, guru-guru pendidikan seni visual perlu

MOHD SAZLI B. SALEHUDINPPG/USM/20503/11 Page 4

SSR 3023PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1

Page 5: tugasan ssr

memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara

sahaja.Pemahaman ini(proses artistik) perlu diaplikasikan keatas murid di dalam kelas.

Pelbagai cara dan kaedah boleh diketengahkan selagi proses penghasilan karya

tersebut dijelaskan dengan baik kepada murid. Bagi menggalakkan pelajar

menghasilkan karyaseni seseorang guru itu sendiri perlu mempunya ipengalaman luas

di dalam penghasilan karya seni. Ini kerana, bimbingandanpanduan yang akandiberikan

kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri.

Namun demikian, dalam proses ini, guru mungkin mempunyai kecenderungan untuk

menggunakan kaedah atau teknik yang sama semasa menghasilkan karya terdahulu,

namun perlu diingatkan bahawa pengajaran pendidikan seni visual di sekolah

mempunyai panduan yang telah ditetapkan agar tidak keluar daripada objektif asal

pendidikan seni disekolah. Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman

bagi menghasilkan karya seni:

Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

3.1 Pengwujudan Idea (Inception of Idea)

Dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan

penghasilan karya.Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan

haluan penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham

dan cetusan idea. Yang nyata, proses ini agak lambat dan memakan

masa. Di dalam konteks pendidikan seni visual pula, guru dimestikan

untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya

selain menerangkan kaedah menjana idea.Sekiranya diabaikan, adalah

dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya. Idea-idea

boleh didapati melalui empat pendekatan:

(a) Alam semulajadi dan objek di persekitaran

(b) Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi

(c) Aliran dan tema sejagat

MOHD SAZLI B. SALEHUDINPPG/USM/20503/11 Page 5

SSR 3023PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1

Page 6: tugasan ssr

(d) Keperluan dan pengalaman hidup harian

3.2 Perkembangan dan Penghalusan Idea (Elaboration and Refinement)

Proses ini dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik

dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej

atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema

dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-

kanak,proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan

pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil

terbaik. Proses ini perlu di dedahkan kepada murid di sekolah supaya

mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap

ketelitian. Pendekatan bagi fasa ini adalah seperti berikut:

Pendekatan dan kajian visual

Perubahan cara bekerja

Bertumpu

Bercapah

Spontan

Penetapan

Orientasi tampak

Orientasi Heptik

Penerokaan symbol dan makna

3.3 Kemahiran Media (Execution in a Medium)

Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada

pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan

terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya an tidak

kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-

kesan tertentu. Pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap

masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang

MOHD SAZLI B. SALEHUDINPPG/USM/20503/11 Page 6

SSR 3023PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1

Page 7: tugasan ssr

perlu dilakukan sebelum menghasilkannya. Dalam pendidikan seni visual,

guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan

teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui

demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid

mempunyai makna dan nilai tersendiri

4. Apresiasi seni visual secara mudah

Terdapat dua jenis utama aktiviti apresiasi iaitu aktiviti yang dirancang khas dan

aktviti mudah yang dirancang diakhir setiap pelajaran. Aspek ini merujuk kepada

perasaan murid semasa dan setelah melakukan aktivit seni didalam kelas.

Melalui aspek ini, murid dapat melihat perkaitan antara sesuatu kandungan dan

hal benda, penggunaan bahasa yang sesuai dengan memanipulasi alatan dan

teknik yang digunakan malah murid dapat menghargai hasil kerja masing

masing serta menghormati mengakui sesuatu karya yang telah dilakukan atau

dicipta. Guru juga dapat menerangkan kepada murid perkaitan antara aspek

bahasa yang dapat dikaitkan dengan istilah seni contohnya perkaitan antara sifat

garisan, jalinan, warna, ton, rupa bentuk dan bentuk.Melalui aspresiasi ini, murid

dapat membuat refleksi diri dan menyerap pengetahuan dan penerapan nilai

yang hendak disampaikan oleh guru di dalam sesuatu isi kandungan pelajaran.

Nilai Murni

Aspek keempatyang perlu diberi penekanan di dalam pelajaran seni yang mana

ia dapat memberikan sesuatu pengajaran itu dapat disampaikan dengan

bersepadu ialah aspek menghargai nilai murni. Contohnya, setiap hasilan seni

yang dihasilkan, mereka perlulah melihat dari sudut pandangan yang positif. Ia

mengenai nilai atau idea yang hendak disampaikan dan berkaitan dengan

kehidupan yang sebenar.

Rumusan

Laura H. Capman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses

penghasilan / artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu

MOHD SAZLI B. SALEHUDINPPG/USM/20503/11 Page 7

SSR 3023PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1

Page 8: tugasan ssr

menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali

ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai

pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar pelajar.

Rujukan

Chapman, Laura, “A Second Look at A Foundation for Art Education”.

Studies In Art Education. (Washington, DC. : The NAEA), Vol.13 No. 1,

Fall 1971, 40 - 49.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah,

Seni Lukis dan Pertukangan Tangan, Kuala Lumpur, D.B.P., 1976.

Syed Ahmad Jamal, Rupa dan Jiwa, Muzium Seni Asia, Universiti Malaya, K.L.

1979.

Bahan bacaan tambahan

http://www.sitihayatimohdyusoff.blogspot.com

MOHD SAZLI B. SALEHUDINPPG/USM/20503/11 Page 8

SSR 3023PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI TAHAP 1