tugasan projek.doc

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PISMP NAMA GURU PELATIH: TAJUK KURSUS : CIPTAAN DAN ENSEMBEL II KOD KURSUS : MZU3193 SEMESTER : 6 (Ambilan Januari 2012) TARIKH MULA 4 OGOS 2014 TARIKH HANTAR 8 SEPTEMBER 2014 ____________________________________________________________________________ ______ Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Mencipta karya muzik pendek dengan mengintegrasikan pengetahuan konsep muzik menggunakan kibod digital. 2. Mempersembah, menghayati dan melaporkan secara bertulis hasil ciptaan muzik eksperimental dari pelbagai sumber dan persembahan muzikal yang telah ditonton. 3. Mengaplikasikan teknik-teknik permainan ensembel instrumental yang dipelajari dalam persembahan ensembel 4. Mewujudkan kebolehan bekerja secara berpasukan dan mengamalkan nilai-nilai etika persembahan 5. Mengaplikasikan teknik memimpin yang betul semasa memimpin sesuatu persembahan ensembel vokal atau instrumental Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3, 4,dan 5, Objektif Projek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Mencipta karya muzik pendek dengan mengaplikasikan bunyi daripada digital kibod.

Upload: divya-migaraj

Post on 24-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN PROJEK.doc

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLISPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PISMP NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS : CIPTAAN DAN ENSEMBEL II

KOD KURSUS : MZU3193

SEMESTER : 6(Ambilan Januari 2012)

TARIKH MULA 4 OGOS 2014 TARIKH HANTAR 8 SEPTEMBER 2014

__________________________________________________________________________________

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Mencipta karya muzik pendek dengan mengintegrasikan pengetahuan konsep muzik menggunakan kibod digital.

2. Mempersembah, menghayati dan melaporkan secara bertulis hasil ciptaan muzik eksperimental dari pelbagai sumber dan persembahan muzikal yang telah ditonton.

3. Mengaplikasikan teknik-teknik permainan ensembel instrumental yang dipelajari dalam persembahan ensembel

4. Mewujudkan kebolehan bekerja secara berpasukan dan mengamalkan nilai-nilai etika persembahan

5. Mengaplikasikan teknik memimpin yang betul semasa memimpin sesuatu persembahan ensembel vokal atau instrumental

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3, 4,dan 5,

Objektif Projek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mencipta karya muzik pendek dengan mengaplikasikan bunyi daripada digital kibod.

2. Kebolehan meneroka idea mencipta muzik iringan kepada karya pendek dengan menggunakan kibod dan kesan bunyi.

3. Kemahiran menggunakan perisian komputer bagi merakam dan menghasilkan CD muzik.

4. Menghasilkan laporan secara bertulis mengenai persembahan yang telah ditonton.

5. Mentadbir satu persembahan rekorder essemble dan perkusi.

6. Membuat satu teknik asas memimpin .

Page 2: TUGASAN PROJEK.doc

III. Tugasan Projek (100%)

Anda seorang pelajar kursus PISMP semester enam pengkhususan muzik. Dalam semester ini anda akan didedahkan dengan penciptaan lagu instumental berdasarkan pada visual, sajak atau puisi, ensembel rekoder, dan memimpin ensembel melalui pembacaan, aktiviti persembahan muzikal dan menonton persembahan. Untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran ini, anda dikehendaki merancang dan melaksanakan persembahan muzik , permainan rekoder soprano, alto, tenor, bes, dan seorang konduktor..

A. Tugasan Literatur(10%)

i. Secara individu mengumpul maklumat mengenai ciptaan lagu dan juga membentangkan hasil karya menerangkan proses dan teknik yang di gunakan untuk menghasilkan muzik ciptaan anda.

ii. Anda dikehendaki membaca dan memahami serta menyediakan satu sistem yang sesuai untuk menyusun maklumat di atas dengan kemas dan teratur

B. 1. Ciptaan lagu (40%)Selepas mendapat kefahaman dari maklumat diatas, anda dikehendaki:

i. Mencipta: Sebuah lagu tidak kurang daripada 16 bar dibuat dalam bentuk lead sheet serta

rakaman berbentuk audio (mp3 atau wave). Perlu menitikberatkan ciri-ciri ciptaan seperti motif dan juga perkaitan lagu dengan sumber idea penciptaan.mengeksplorasi bunyi digital dengan karekter yang tepat seperti tempo, timbre dan juga rentak..

Menggunakan lagu yang dicipta dengan gubahan penuh dan di persembahkan dalam bentuk audio dan visual.

Menggunakan teknologi muzik dalam ciptaan dan merakamkan dalam bentuk format mpeg/mp3/wav yang mudah untuk di pertonton..

2. Permainan Ensembel(20%)

i. Dalam kumpulan 22 orang, anda dikehendaki merancang dan melaksanakan satu persembahan muzik instrumental sepanjang 10 minit melibatkan permainan rekoder soprano, alto, tenor, tiga jenis alat perkusi dan seorang konduktor. Penggunaan rekoder bes adalah digalakkan

Page 3: TUGASAN PROJEK.doc

3. Teknik memimpin (20%)

i. membuat teknik memimpin dengan menggunakan simulasi sebuah simfoni orkestra secara individu. penilaian tentang teknik teknik asas dalam memimpin cues cut off up beat fermata dan mula dan berhenti memimpin sebuah lagu secara simulasi

C. Penulisan Akademik(10%)Berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman di atas, anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi.Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek-aspek berikut:

i. Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini (mencari maklumat, mencipta lagu dan bermain dalam ensembel)

ii. laporan dua persembahan atau penyertaan bengkel lawatan yang telah ditonton atau dijalankan.

iii. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana mengatasinya.iv. Huraikan bagaimana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu

meningkatkan kefahaman anda tentang ciptaan dan permainan ensembel.

D. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data

Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:i. Font Arialii. Saiz huruf adalah 11iii. Langkau satu setengah barisiv. Rujukan mengikut format A.P.A.v. Lampiran

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan. Jika didapati berlaku, pelajar akan digagalkan kerja kursus.

4. Panjang tugasan tidak kurang daripada 12-15 muka surat (tidak termasuk persembahan visual dan lampiran)

5. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 60%6.

E. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2. Bukti-bukti, bahan-bahan dan ‘citation’ yang dapat menyokong hujah-hujah anda

hendaklah digunakan.3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan

ilmiah.4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam

menterjemah maklumat secara kritikal.

Page 4: TUGASAN PROJEK.doc

F. Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan

Tugasan disediakan oleh

…………………………………………(ZULKARNAIN BIN ISMAIL)

Disahkan oleh Ketua Jabatan

……………………………………………..(PN.ZAITON BT MAT NON) Ketua Jabatan Jabatan Kajian Sosial

Tarikh:14 Julai 2014

Di semak oleh

_____________________________

(PN.UMMU RAHMAH BT ARIFFIN) Pakar Bidang (SME): Muzik

Jabatan: Sains Sosial, IPGK perlis