tugasan pim3103e

3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK TUGASAN PROJEK Tarikh Mula 16.02.2015 Tarikh Hantar 30.03.2015 HASIL PEMBELAJARAN 1. Menganalisis konsep penilaian dalam Pendidikan Islam,membina item soalan dengan tepat mengikut JSU dan melaksanakan proses penilaian dengan teratur. 2. Mengaplikasikan dan mentadbir penilaian PAFA mengikut panduan PAFA. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2. OBJEKTIF PROJEK Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Membuat perbandingan antara konsep pengujian, pengukuran dan penilaian. 2. Membina item dalam Pendidikan Islam berpandukan aras kesukaran domain kognitif 3. Membina item Objektif dan Subjektif mengikut kumpulan dan jenis masing- masing. 4. Menghurai dan mendokumentasi semua dokumen rasmi berkaitan pelaksanaan PAFA. 5. Membuat catatan reflektif berdasarkan setiap tugasa yang dilaksanakan. Tugasan Projek (100%) Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat seterusnya membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan . Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat. Pentaksiran juga merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran (LPM, 2000) 1. Pengurusan Grafik (40%) Bincangkan konsep pentaksiran dalam Pendidikan Islam yang menunjukkan penilaian secara menyeluruh perkembangan murid dari segi penguasaan ilmu, kemahiran dan penghayatan serta amalan. TAJUK PROGRAM :PISMP KOD DAN NAMA KURSUS :PIM3103E PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM NAMA PELAJAR: SEMESTER:5 1

Upload: ahmad-zulhusni

Post on 15-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

TUGASAN KKP

TRANSCRIPT

JPT TUGASAN PROJEK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM :PISMP NAMA PELAJAR:

SEMESTER:5KOD DAN NAMA KURSUS :PIM3103E PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh Mula16.02.2015Tarikh Hantar30.03.2015

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menganalisis konsep penilaian dalam Pendidikan Islam,membina item soalan dengan tepat mengikut JSU dan melaksanakan proses penilaian dengan teratur. 2. Mengaplikasikan dan mentadbir penilaian PAFA mengikut panduan PAFA.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2.

OBJEKTIF PROJEK

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Membuat perbandingan antara konsep pengujian, pengukuran dan penilaian.2. Membina item dalam Pendidikan Islam berpandukan aras kesukaran domain kognitif3. Membina item Objektif dan Subjektif mengikut kumpulan dan jenis masing-masing. 4. Menghurai dan mendokumentasi semua dokumen rasmi berkaitan pelaksanaan PAFA.5. Membuat catatan reflektif berdasarkan setiap tugasa yang dilaksanakan.

Tugasan Projek (100%)Pentaksiranmerupakan satu proses mendapatkan maklumat seterusnya membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat. Pentaksiran juga merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran(LPM, 2000)

1.Pengurusan Grafik (40%)Bincangkan konsep pentaksiran dalam Pendidikan Islam yang menunjukkan penilaian secara menyeluruh perkembangan murid dari segi penguasaan ilmu, kemahiran dan penghayatan serta amalan.

2.Sebagai seorang guru pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Melewar anda diminta untuk menyediakan satu set soalan pendidikan Islam Tahun 3 bagi peperiksaan semester 1 di sekolah tersebut. Bina JSU Pendidikan Islam yang lengkap dengan menghuraikan kedudukan domain-domain kognitif. (30%)

3. Dalam tugasan merancang ujian di atas, satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) telah pun disediakan.Bina item soalan objektif dan soalan subjektif berdasarkan JSU tersebut. (30%)

Panduan Pelaksanaan Projek.1. Tugasan ini adalah tugasan individu.2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:1.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.1.1.1 Nama pelajar1.1.2 Angka Giliran1.1.3 Nombor Kad Pengenalan1.1.4 Kumpulan1.1.5 Kod dan Nama kursus1.1.6 Nama Pensyarah Kursus1.1.7 Tarikh Hantar 1.2 Jawi Biasa 1.3 Saiz huruf- 18 1.4 Langkau 1 baris 1.5 Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan ke dalam senarai kandungan. 1.6 Rujukan mengikut forma APA (American Psychological Association)4. Panjang tugasan adalah antara 1500 hingga 2000 perkataaan dan tidak lebih daripada 15 muka surat (termasuk persembahan grafik).5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.6.Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.7. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh,konsisten dan terperinci2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.3. Keseluruhan isi perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.4. Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheren.5. Penulisan tugasan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.6. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 3 buah buku, 3 Internet, 2 bahan bercetak yang lain).

Tugasan disediakan oleh:

(USTAZAH KHAMISIAH BINTI MOHAMED KAMAL) Penyelaras Kursus Pentaksiran Dalam Pendidikan IslamJabatan Pendidikan Islam Dan MoralIPG Kampus Tun Abdul Razak

Disemak oleh:

(USTAZ AHMAD KHAIRUDDIN BIN TAHA) Pakar Bidang SME Kursus PIM3110E Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral IPG Kampus Tun Abdul Razak

Disahkan oleh:

(USTAZ HAJI JOHARI BIN CHEK OMAR)Ketua Jabatan Pendidikan Islam Dan MoralJabatan Pendidikan Islam Dan MoralIPG Kampus Tun Abdul Razak

3