tugasan perkembangkanak kanak pra operasi

18
1.0 PENGENALAN Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan konitif manusia. Beliau menumpukan pemerhatian terhadap kanak-kanak dalam persekitaran semula jadi mereka termasuklah mengkaji perkembangan tiga orang anaknya sendiri. Terdapat empat konsep penting yang telah diperkenalkan oleh Piaget yang berkaitan dengan kognitif manusia iaitu skema, asimilasi, akomodasi dan adaptasi. Di mana skema merupakan potensi am pemikiran manusia, adaptasi pula berlaku apabila wujudnya keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi yang diseimbangkan dengan persekitaran individu. Beliau merupakan seorang tokoh yang terkenal dengan perkembangan intelek ataupun kognitif manusia. Beliau turut berpendapat bahawa tahap perkembangana kognitif bergantung kepada kemampuan berfikir. Dalam perkembangan intelek ini Jean Piaget sendiri telah mengutarakan empat peringkat perkembangan intelek iaitu, peringkat deria motor yang berlaku 0-2 tahun, peringkat pra operasi berlaku pada 2-7 tahun, peringkat operasi konkrit pada 7- 12 tahun dan seterusnya peringkat operasi formal berlaku selepas 12 tahun. Keempat-empat peringkat perkembangan intelek ini merupakan antara faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep seseorang kanak-kanak iaitu sama ada konktir atau abstrak. Pada peringkat deria motor kanak-kanak akan menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinterikasi dengan

Upload: ellen-sue

Post on 16-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

preschool

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan konitif manusia. Beliau menumpukan pemerhatian terhadap kanak-kanak dalam persekitaran semula jadi mereka termasuklah mengkaji perkembangan tiga orang anaknya sendiri. Terdapat empat konsep penting yang telah diperkenalkan oleh Piaget yang berkaitan dengan kognitif manusia iaitu skema, asimilasi, akomodasi dan adaptasi. Di mana skema merupakan potensi am pemikiran manusia, adaptasi pula berlaku apabila wujudnya keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi yang diseimbangkan dengan persekitaran individu. Beliau merupakan seorang tokoh yang terkenal dengan perkembangan intelek ataupun kognitif manusia. Beliau turut berpendapat bahawa tahap perkembangana kognitif bergantung kepada kemampuan berfikir. Dalam perkembangan intelek ini Jean Piaget sendiri telah mengutarakan empat peringkat perkembangan intelek iaitu, peringkat deria motor yang berlaku 0-2 tahun, peringkat pra operasi berlaku pada 2-7 tahun, peringkat operasi konkrit pada 7-12 tahun dan seterusnya peringkat operasi formal berlaku selepas 12 tahun. Keempat-empat peringkat perkembangan intelek ini merupakan antara faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep seseorang kanak-kanak iaitu sama ada konktir atau abstrak. Pada peringkat deria motor kanak-kanak akan menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinterikasi dengan persekitarannya. Seterusnya kanak-kanak akan mula menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya pada peringkat pra operasi. Pada peringkat operasi konkrit pula kanak-kanak mula memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalaman dan akhirnya peringkat operasi formal kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak alami atau terlibat secara langsung.

2.0 TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGETJadual 1 di bawah menunjukkan empat tahap perkembangan kognitif Paiget, yang mana tugasan pada kali ini adalah tertumpu kepada tahap perkembangan kognitif Piaget peringkat pra operasi yang dialami oleh kanak-kanak pada peringkat umur 2 hingga 7 tahun. Tahap perkembangan kognitif / peringkatUmur (Tahun)

Deria motor0 - 2

Pra operasi2 - 7

Operasi konkrit7 12

Operasi formalSelepas 12

Jadual 1 Tahap Perkembangan Kognitif Kanak-kanak2.1Peringkat Pra Operasi (2 Hingga 7 Tahun)Peringkat pra operasi ini merupakan peringkat kedua dalam tahap perkembangan kognitif kanak-kanak yang telah diutarakan oleh Jean Piaget. Menurut Piaget pada peringkat ini kanak-kanak pada umur dua tahun hingga tujuh tahun adalah antara yang berada pada peringkat pra operasi ini. Pada peringkat pra operasi ini pula Piaget membahagikan pada dua sub tahap iaitu tahap pro-konseptual iaitu dua hingga empat tahun dan kedua tahap pra-operasi iaitu empat hingga tujuh tahun.Menurut Jean Piaget proses perkembangan kogniti kanak-kanak menjadi lebih sempuran meneerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu pertama, perkembangan kebolehan mentalbagi melakukan tingkah laku yang ketara, kedua melalui latihan yang diulang-ulang dan yang ketiga hal-hal umum yang benar-benar difahami oleh individu.Pada peringkat ini terdapat ciri-ciri yang ketara yang dapat dilihat pada seseorang kanak-kanak dalam lingkungan umur dua tahun hingga tujuh tahun. Setiap ciri-ciri yang dilihat ini amat ketara dan mudah untuk dikesan oleh orang dewasa yang ada di sekeliling mereka. Antara ciri-ciri ketara kanak-kanak pada peringkat pra operasi ini ialah mereka mula menggunakan bahasa secara sedikit demi sedikit dan seterusnya mereka juga boleh mula berfikir menggunakan bentuk-bentuk simbol. Pada peringkat pra operasi iaitu pada umur 4 tahun, kanak-kanak boleh bertutur dengan fasih sekaligus penguasaan bahasa yang dialami ini menjadikan perkembangan kognitif mereka kian berkembang. Selain itu juga pada umur 4 tahun kanak-kanak beranggapan bahawa pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengan pandangan mereka. Selain itu juga, mereka mula untuk belajar mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan. Pada peringkat pra operasi ini penggunaan bahasa kanak-kanak merupakan tahap paling penting dalam perkembangan mereka. Kanak-kanak mula untuk bertutur dengan menggunakan bahasa namun pertuturan mereka masih bersifat egosentrik iaitu suka bercakap dengan diri sendiri. Kanak-kanak tidak berminat untuk menumpukan perhatian terhadap komunikasi dengan orang lain namun hanya mementingkan pemahaman mereka sendiri sahaja. Kanak-kanak pada peringkat ini juga tidak menunjukkan minat untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Mereka lebih suka berbual berkaitan dengan diri mereka sendiri sahaja. Sebagai contoh, kanak-kanak pada peringkat ini lebih gemar untuk bermain sendiri tanpa menghiraukan rakan mereka yang lain, mereka tidak menumpukan perhatian terhadap dunia sekeliling mereka apabila mereka bermain. Di mana mereka suka bermain dan berbual dengan mainan mereka berbanding dengan bermain dan berbual dengan rakan yang ada di sekeliling mereka.Selain itu kanak-kanak pada peringkat ini pemikiran mereka masih tidak diorganisasi secara baik. Kanak-kanak masih keliru dengan pengetahuan sendiri dengan apa yang mereka lihat pada sekeliling mereka. Mereka sukar untuk membezakan sesuatu objek atau benda kerana pemahaman serta pengamatan mereka terhdap objek tersebut masih telalu rendah. Kerana pada peringkat ini kanak-kanak belum dapat membezakan dan memahami dua dimensi pada masa yang sma kerana masih belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.Penggunaan sombol untuk mewakili sesuatu objekyang dilihat sekeliling merupakan antara kecenderungan kanak-kanak yang berada pada tahap ini. Penggunaan simbol di dalam permainan merupakan antara perkembangan kanak-kanak dalam tahap ini. Sebagai contoh kanak-kanak lebih cenderung untuk menggunakan benda lain bagi mewakili sesuatu benda sebagai contoh menjadikan sebuah buku sebagai kereta mainan yang digerakkan di atas lantai.Selain itu juga, kanak-kanak belum memperoleh konsep pengekalan. Yang mana merujuk kepada bilangan atau jumlah sesuatu elemen tetap meskipun susunan atau penglihatan telah ditukar. Sebagai contoh, dua gelas yang diisi dengan air yang mempunyai isi padu yang sama dituangkan di dalam dua gelas yang berbeza saiz dan bentuk, di mana gelas pertama lebih tinggi dan sempit manakala gelas kedua lebih lebar dan pendek. Apabila melihat air dalam kedua-dua bekas maka kanak-kanak pada peringkat ini akan mengatakan bahawa bekas yang lebih tingi dan sempit mempunyai air yang lebih banyak.Jadual 2 menunjukkan antara ciri-ciri dan kecenderungan kanak-kanak pada peringkat pra operasi.

Jadual 2 Ciri dan Kecenderungan Kanak-kanak pada tahap pra operasi3.0 PEMERHATIAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN Pemerhatian merupakan suatu cara yang sesuai boleh dilakukan bagi mengenalpasti masalah atau kecenderungan seseorang iaitu bagi memerhatikan dengan lebi berfokus seseorang kanak-kanak pada peringkat umru atau tahap kperkembangan kognitif yang tertentu, perbincangan dan cadangan dalam mempertingkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak pula adalah antara cara mendalami masalah yang dikenalpasti sekaligus mencari jalan penyelesaian yang boleh digunapakai dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berluk dalam kelas.3.1Pemerhatian dan perbincanganBagi tugasan ini saya telah melaksanakan pemerhatian ke atas seorang kanak-kanak. Saya telah memilih seorang kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur dua tahun hingga tujuh tahun yang juga merupakan kanak-kanak yang berada dalam peringkat perkembangan kognitif pra operasi. Kanak-kanak yang telah saya perhatikan ini merupakan kanak-kanak yang bersekolah di tempat saya bertugas yang mana berumur empat tahun. Pada peringkat umur ini kanak-kanak tersebut berada dalam kalangan kanak-kanakn tahap pra operasi dalam perkembangan kognitif Piaget. Saya telah menjalankan pemerhatian terhadap kanak-kanak ini selama beberapa hari iaitu selama dua hari sepanjang saya menjalankan tugas saya di tadika tersebut. Saya telah membuat pemerhatian saya sepanjang masa pembelajaran dan masa bermain kanak-kanak ini. Aspek yang saya perhatikan adalah dari aspek ciri dan kecenderungan kanak-kanak yang telah saya dihuraikan bagi melihat samaada kecenderungan dan ciri kanak-kanak yang telah diperhatikan adalah menurut konsep teori perkembangan kogntif Piaget iaitu paeringkat pra operasi. Apabila saya perhatikan kanak-kanak ini saya dapati bahawa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan guru, kanak-kanak ini cenderung untuk menggunakan bahasa secara sedikit demi sedikit dan tidak menunjukkan minat untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Semasa guru sedang mengajar di hadapan kelas kanak-kanak ini cenderung untuk melakukan kerja atau tugas mereka sendiri di tempat mereka duduk atau tempat mereka berada pada ketika itu. Kanak-kanak yang diperhatikan juga kurang menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di hadapan kerana mereka kurang berminat dengan komunikasi yang dijalankan guru tersebut disamping tidak bersesuaian dengan minat mereka. Meskipun mereka mula unutk menggunakan bahasa secara sedikit demi sedikit namun mereka hanya bercakap apabila mereka mahu dan lebih berminat untuk bercakap apabila perbualan tersebut melibatkan diri mereka sendiri. Oleh itu, melalui pemerhatin saya pada peringkat ini kanak-kanak sukar untuk menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas.Seterusnya daripada pemerhatian yang telah saya jalankan juga kanak-kanak pada peringkat ini tidak belum memperoleh konsep pengekalan terhadap sesuatu objek ataupun benda. Sebagai contoh semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak tersebut tidak dapat membezakan objek atau benda yang sama tetapi berada pada kedudukan yang berbeza. Sebatang pembaris telah ditunjukkan oleh guru secara menegak dan juga pembaris yang sama saiz dan panjang diletakkan pada keadaan melintang. Guru menyoal kanak-kanak tersebut dan mengatakan bahawa pembaris tersebut tidak sama dan pembaris yang diletakkan secara menegak adalah lebih panjang berbanding pembaris yang diletakkan secara melintang. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak masih sukar untuk membezakan sesuatu objek atau benda yang sama tapi pada kedudukan yang berlainan. Namun terdapat kanak-kanak lain yang boleh mengelaskan sesuatu objek megikut ciri yang tertentu, oleh itu saya dapati bahawa kanak-kanak yang diperhatikan ini masih belum berkembang sepenuhnya.Disamping itu juga, seperti dalam Teori Perkembangan Kognitif Piaget kanak-kanak yang berumur 4 tahun yang berada pada peringkat pra operasi suka menggunakan simbol lain dalam interaksi mereka dengan persekitaran. Tidak terkecuali dengan kanak-kanak yang saya perhatikan iaitu pada umur 4 tahun, di mana kanak-kanak ini menunjukkan bahawa semasa bermain pada waktu rehat dia cenderung menggunakan objek atau benda lain bagi menggantikan sesuatu objek. Sebagai contoh, jika dia ingin bermain kereta namun tidak dibekalkan maka dia akan bermain dengan pemadamnya. Dia menggunakan dan menganggap pemadam itu sebagai kereta dan mula bermain dengannya. Oleh itu, melalui pemerhatian yang telah saya jalankan ke atas kanak-kanak berumur empat tahun ini, adalah tidak dinafikan lagi bahawa tahap perkembangannya lebih cenderung pada tahap perkembangan kognitif Piaget pada peringkat pra operasi yang berlaku pada kanak-kanak yang berumur dua tahung hingga tujuh tahun. Oleh itu, dapat disimpulkan sememamngnya seorang guru yang bijak dalam menumpukan perhatian pada tahap perkembangan kanak-kanak-kanak-kanak mengikut tahap umur ada amat membantu dalam mengenali kecenderungan kanak-kanak-kanak-kanaknya. Jadual 3 menunjukkan antara pemerhatian yang diperoleh semasa memerhatikan kanak-kanak berumur empat tahun.

Jadual 3 Hasil pemerhatian ke atas seorang kanak-kanak empat Tahun3.2Langkah-langkah mempertingkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.Sebagai seorang guru kita seharusnya mengenali setiap kecenderungan kanak-kanak kita bagi memudahkan kita untuk menjalankan dan melaksanakan tugas kita mendidik dan mengasah bakat-bakat terpendam yang ada dalam setiap diri kanak-kanak. Terdapat beberapa cadangan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Jadual 4 menunjukkan cadangan langkah-langkat bagi meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.

Jadual 4 Cadangan langkah-langkah mempertingkatkan perkembangan kognitif kanak-kanakPertama sekali antara langkah yang boleh dilaksanakn guru bagi meningkatkan perkembangan kognitif muri terutamanya dalam peringkat pra operasi ini adalah penekanan danam susun atur kurikulum. Di mana guru haruslah mengambil kira susuanan atur isi pembelajaran iaitu secara berperingkat daripada urutan mudah ke sukar dan dari konkrit ke abstrak. Penerimaan kanak-kanak pada tahap pra operasi masi pada peringkat mudah dan bersifat konkrit bagi meningkatkan lagi pemahaman mereka dalam pembelajaran. Contohnya, pada tahap pra operasi penggunaan nombor-nombor mudah seperti satu digit agar kanak-kanak mudah untuk mengikuti isi pelajaran guru.Seterusnya bahan sokongan dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran juga antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru. Kanak-kanak pada peringkat umur dua hingga tujuh tahun kurang memberikan tumpuan semasa pengajaran guru kerana mereka suka untuk melakukan kerja sendiri. Namun sekiranya guru mengambil alternative dengan mengajar menggunakan bahan sokongan bagi menarik pemerhatian kanak-kanak, maka tumpuan kanak-kanak terhadap pembelajaran akan meningkat. Sebagai contoh, bagi menerangkan haiwan-haiwan, guru boleh menggunakan gambar yang besar ataupun membawa patung haiwan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman langsung melihat dan mengenali haiwan-haiwan yang diterangkan oleh guru. Selain itu juga kanak-kanak pada tahap perkembangan pra operasi masih kanak-kanak masih keliru dengan pengetahuan sendiri dengan apa yang mereka lihat pada sekeliling mereka. Mereka sukar untuk membezakan sesuatu objek atau benda kerana pemahaman serta pengamatan mereka terhdap objek tersebut masih telalu rendah. Oleh yang demikian contoh-contoh konkrit boleh dibawa oleh guru dalam pengajarannya. Contoh-contoh konkrit ini dapat membantu kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih mudah kerana mereka dapat melihat secara maujud atau konkrit sesuatu objek yang ingin diterangkan. Contohnya, kanak-kanak dapat memberikan ciri-ciri seekor lembu dengan lebih tepat sekiranya patung yang benar-benar menyerupai lembuh digunakan oleh guru agar kanak-kanak dapat memegang dan leihat secara langsung lembuh tersebut tanpa menggunakan pengetahuan mereka sendiri.Seterusnya cadangan langkah mempertingkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak adalah isi pelajaran yang disediakan oleh guru. Pada peringkat pra operasi, kanak-kanak merasakan pengalaman mereka adalah sama dengan pengalaman orang lain. Oleh itu, guru perlu menyampaikan tajuk pelajaran yang berada dekat dengan pengalaman dan pengetahuan lepas kanak-kanak dan seterusnya belajar untuk mengaplikasikannya kepada kanak-kanak dengan member peluang kepada mereka untuk merasainya. Pengetahuan lepas kanak-kanak adalah amat penting bagi menyokong pengetahuan baru yang akan dibina dalam sesi pembelajaran baru mereka. Oleh itu, pengalaman kanak-kanak merasakan pembelajaran mereka meningkatkan lagi tahap pemahaman sekaligus penguasaan mereka sepanjang proses pembelajaran.Mata pelajaran pelbagai juga merupakan antara langkah peningatan perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak pada peringkat ini sukar untuk memberikan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Maka, guru boleh menggunakan mata pelajaran yang pelbagai daman meningkatkan perkembangan mereka dengan mendedahkan rangsangan-ransangan kretaif seperti seni visual dan tayangan video kerana ia dapat memanipulasikan perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya, aktiviti yang dirancangan guru adalah seperti muzik dan tarian bagi melibatkan semua kanak-kanak mengikuti muzik yang dipasang diiringi dengan tarian yang diajar oleh guru tersebut. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan lagi fokus mereka dalam pembelajaran. Di samping itu, suasana sosial juga merupakan antara langkah meningkatkan perkembangan kognitif murid yang berada dalam tahap perkembangan pra operasi. Guru berperanan dalam memastikan suasana bilik darjah sesuai dan sentiasa kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak. Pengajaran guru haruslah melibatkan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak bersosial antara satu dengan yang lain, di mana persekitaran bilik darjah yang aktif dan hidup dengan aktiviti yang melibatkan semua kanak-kanak.Oleh yang demikian, pada peringkat pra operasi dalam tahap perkembangan kognitif kanakn-kanak terdapat banyak langkah yang boleh dilaksnakan oleh guru dalam membantu mereka untuk meningkatkan lagi tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan mengikut tahap kecenderungan dan ciri kanak-kanak dalam peringkat pra operasi amat membantu kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu, dapat dilihat bahawa guru memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.

4.0 KESIMPULANMelalui tugasan ini sebagai seorang guru saya dapat menghayati Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan memberi kelebihan kepada saya untuk saya aplikasikan kepada kanak-kanak atau murid-murid saya yang lain. Saya dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuan saya dalam dunia pendidikan sekaligus dapat membantu saya menjadi seorang guru yang berkesan.Disamping itu, pemerhatian merupakan salah satu cara yang berkesan yang boleh dilaksanakan oleh seorang guru dalam usaha untuk mengenali serta mengenalpasti kelemahan serta kelebihan seseorang kanak-kanak itu. Melalui pemerhatian ini juga kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan kerana pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut tahap perkembangan kognitif mereka. Sebagai seorang guru, kita haruslah peka dengan perubahan sikap murid yang berlaku dengan keadaan persekitaran mereka.Terdapat banyak langkah yang boleh digunapakai atau dijalankan oleh guru dalam usaha untuk meningkatkan perkembangan kognitif murid-murid mengikut tahap perkembangan kognitif mereka. Di mana, gaya pengajaran guru haruslah diselaraskan dengan tahap perkembangan murid atau kecenderugan murid itu sendiri. Gaya pengajaran guru ini merupakan cara terbaik yang dapat membantu murid untuk memperkembangkan tahap kognitif mereka. Kesimpulannya, Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget ini memainkan peranan penting dalam membantu guru-guru untuk lebih memahami cara kanak-kanak berfikir sekaligus melatih guru dalam memainkan peranan dalam merangsang kualiti perkembangan kognitif kanak-kanak. Teori ini sememangnya membantu guru untuk mengenali dengan lebih dekat lagi kanak-kanak untuk disesuaikan dengan tahap dan cara penyampaian pengajaran guru tersebut. Di mana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dilaksanakan oleh guru terhadap kanak-kanak dapat membantu dalam meningkatkan lagi tahap perkembangan kognitf kanak-kanak dengan lebih tersusun dan terancang.

RUJUKAN

Ahad;22 Ogos 2010;Teroi Pembelajaran Kognitif;Teori Kognitif Jean Piaget; syufaal.blogspot.com/2010/08/teori-kognitif-jean-piaget.html

Rabu;18 April 2007;Pertumbuhan dan Perkembangan kognitif Manusia daripada Perspektif Teori Piaget: http://teoripiaget.blogspot.com/

Sabtu;25 Ogos 2012;Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak: Teori Perkembangan Jean Piaget; http://muzikrbtpsikologi.blogspot.com/2012/08/teori-perkembangan-jean-piaget.html

http://www.slideshare.net/fanera91/teori-perkembangan-kognitif-jean-piagetwww.academia.edu/1473663/instruksi_P_and_P_bdsrkn_teori_kognitif_Piaget