tugasan penulisan akademik

18
UCS 101 Penulisan Akademik TUGASAN JANUARI 2013 SEMESTER KOD KURSUS UCS 101 NAMA KURSUS PENULISAN AKADEMIK PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR NO. MATRIK NAMA FASILITATOR AKADEMIK PUSAT PEMBELAJARAN 1 | Page

Upload: lieyatie

Post on 19-Jan-2016

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Bidang Penulisan

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

TUGASAN

JANUARI 2013 SEMESTER

KOD KURSUS UCS 101

NAMA KURSUS PENULISAN AKADEMIK

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

1 | P a g e

Page 2: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

2 | P a g e

Page 3: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

3 | P a g e

Page 4: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

Soalan 1 : Rakan yang Tidak Pernah Ditemui

Saya mempunyai seorang kawan rapat semasa zaman remaja. Keakraban kami bolehlah

ditafsirkan dengan peribahasa seperti isi dengan kuku. Namun keadaan dan masa telah

memamah persahabatan kami kerana kami terpaksa berpisah kerana tuntutan keluarga. Sejak

terpisah saya tidak pernah berjumpa dengannya. Namun segala kenangan dan ingatan

terhadapnya tidak pernah terpadam dalam memori saya. Namanya Norliza. Seorang yang

periang dan memiliki wajah bujur sirih dengan tahi lalat berada di pipi sebelah kanan. Dia juga

mempunyai alis mata yang cantik. Renungan matanya yang redup membuatkan wajahnya

nampak ayu. . Selain itu, dia juga mempunyai ukuran badan yang tinggi lampai iaitu mencecah

155 cm dengan berat badan yang sungguh ideal iaitu 55 kg pada masa tersebut. Kecantikan

Norliza juga terserlah dengan warna kulitnya yang kuning langsat. Dia sering mengenakan

tudung yang berwarna lembut yang menyerlahkan keayuannya. Saya berharap suatu hari nanti

saya akan berjumpa dengannya.

4 | P a g e

Page 5: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

Soalan 2 : Murid Sekolah Dibenarkan Membawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan kebenaran kepada murid untuk membawa

telefon bimbit ke sekolah yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa dan guru.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk memudahkan perhubungan dengan anak-anak

mereka. Sesuatu berita dapat disampaikan dengan pantas dan cepat yang melibatkan kos

perkhidmatan yang paling murah berdasarkan kadar caj talian yang digunakan dengan

menggunakan pekhidmatan telefon bimbit. Oleh itu, penggunaan telefon bimbit ini lebih

menjimatkan masa dan wang. Telefon bimbit juga semakin canggih yang membolehkan murid-

murid melayari internet dengan menggunakan perkhidmatan 3G. Walau bagaimanapun,

penggunaan telefon bimbit di sekolah boleh mendatangkan kemudaratan. Apabila pelajar

membawa telefon bimbit ke sekolah, banyak masalah disiplin akan timbul. Sikap materialistik

atau bermegah-megah dan kecurian juga akan berlaku secara berleluasa. Selain itu, tumpuan

murid terhadap pelajaran akan terganggu di dalam kelas kerana mereka akan asyik bermain

dengan telefon bimbit. Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang

bunyi yang akan menjejaskan tumbesaran dan kesihatan murid.

5 | P a g e

Page 6: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

Soalan 3 : Peristiwa menarik yang berlaku pada Tahun 2012

Tahun 2012 merupakan tahun yang meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hidup saya

kerana suatu perkara yang menarik telah mewarnai hidup saya dan keluarga. Pada tahun ini, anak

saya, Husnil bin Suhaimi telah menduduki peperiksaan UPSR Tahun 6. Dia bersekolah di

Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Abdul Kadir Hassan yang merupakan salah sebuah sekolah

agama di Bandaraya Kuching. Kesungguhan dan kerajinan Husnil telah menyakinkan saya

bahawa apa yang dicita-citakannya untuk mendapat keputusan yang cemerlang akan tercapai.

Semasa di dalam kelas, dia sangat fokus kepada pengajaran guru-gurunya. Kandungan pelajaran

yang tidak difahami juga akan segera ditanyakan kepada guru mata pelajarannya. Selain itu, dia

juga turut mengikut kelas tuisyen di sekolahdan persendirian untuk memastikan dia menguasai

setiap kemahiran dalam pembelajaran khususnya mata pelajaran Bahasa Arab. Bimbingan

nasihat dan tunjuk ajar daripada saya dan bapanya juga tidak disia-siakan olehnya. Berkat usaha

gigihnya, dia telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang iaitu 6A dalam peperiksaan

UPSRnya. Saya dan keluarga amat bersyukur dan berbangga dengan kejayaan cemerlang yang

telah diraihnya.

6 | P a g e

Page 7: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

Soalan 4 : Perbandingan Bandaraya Daro dan Bandaraya Nipor

Bandaraya Daro telah ditubuhkan pada tahun 1600 iaitu kira-kira 413 tahun yang lalu.

Berlainan dengan Bandaraya Nipor pula yang wujud selepas 225 tahun iaitu pada tahun 1825

selepas penubuhan Bandaraya Daro. Keadaan ini menunjukkan bahawa tamadun Bandaraya

Daro telah lama wujud berbanding dengan Bandaraya Nipor.

Bandaraya Daro merupakan sebuah bandar besar yang pesat membangun yang

mempunyai kapasiti penduduk sekitar 4.3 juta orang. Keadaan ini berbeza dengan Bandaraya

Nipur yang mempunyai penduduk sekitar 2.4 juta orang yang hanya menyamai kira-kira 55 %

peratus jumlah penduduk Bandaraya Daro.

Keluasan Bandaraya Daro ialah 500 km persegi. Keluasan tanah tersebut berupaya

menampung penduduk yang ramai iaitu 4.3 juta penduduk. Bandaraya Nipur pula mempunyai

keluasan tanah sekitar 270 km persegi iaitu lebih kurang 45% keluasan Bandaraya Daro yang

bersesuaian dengan kapasiti penduduknya yang berjumlah 2.4 juta orang.

Suhu musim panas di Bandaraya Daro adalah pada bacaan suhu 25°C. Bacaan suhu

musim panas tersebut menunjukkan bahawa bandaraya tersebut dalam keadaan yang sederhana

panas. Suhu pada musim dingin pula ialah 10°C. Ini menunjukkan bandaraya ini mengalami

keadaan yang amat sejuk dalam musim dingin. Bandaraya ini juga menerima hujan sebanyak

1550mm setahun. Suasana mengikut musim di Bandaraya Nipur berlainan dengan Bandaraya

Daro. Suhu musim panas yang mencecah 30°C. Oleh yang demikian, bandaraya ini mengalami

keadaan yang agak panas dan kering. Pada musim dingin pula, bacaan suhu pada paras sederhana

iaitu 25°C. Namun yang demikian, penerimaan hujan di kedua-dua bandaraya hampir sama

dengan perbezaan sebanyak 50 mm sahaja setahun di mana Bandaraya Daro menerima hujan

pada bacaan 1550 mm setahun dan Bandaraya Nipur purata penerimaan hujan ialah 1600 mm.

Penerimaan hujan yang banyak ini banyak mempengaruhi keadaan suhu di kedua-dua bandaraya

sepanjang tahun.

Dari segi geografinya, Bandaraya Daro merupakan negara yang sering dilanda gempa

bumi. Gempa bumi sangat berkait rapat dengan kegiatan gunung berapi ,kawasan gunung berapi

digelar lingkaran apai pasifik. Negara yang mempunyai kegiatan gunung berapi juga merupakan

antara negara yang terdedah kepada risiko gempa bumi. Namun begitu terdapat juga negara yang

7 | P a g e

Page 8: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

tidak mempunyai gunung berapi tetapi turut terdedah kepada gempa bumi. Gempa bumi

merupakan salah satu sebab utama yang biasanya menghasilkan tsunami. Tsunami akan terhasil

apabila dasar lautan dengan tiba-tiba berubah kedudukan yang akan menyebabkan air berkocak

kuat. Gempa bumi tektonik adalah gempa bumi yang biasanya akan menyebabkan kecacatan

atau perubahan pada kerak bumi, apabila gempa bumi terjadi di dasar lautan, air yang berada

dikawasan kejadian akan berubah dari kedudukan keseimbangannya. Akibat daripada fenomena

gempa bumi yang kerap dan kuat telah menyebabkan kejadian tsunami berlaku. Tsunami

merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi di dasar laut.

Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan kosmik seperti meteorit

juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan laju beberapa ratus kilometer

sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan menurunkan paras air laut.Pada tahun 2010,

tsunami telah berlaku yang mengakibatkan kemusnahan harta benda. Kejadian itu juga telah

meragut sebanyak 1200 nyawa penduduk bandaraya tersebut. Fenomena alam yang sering

melanda Bandaraya Nipur pula ialah angin taufan. Tahun 2009 telah menyaksikan kejadian

taufan yang mengakibatkan banjir besar yang telah melumpuhkan kegiatan harian dan ekonomi

di Bandaraya Nipur. Bandaraya tersebut telah ditenggelami air dan terputus hubungan dengan

luar. Banjir besar yang berlaku yang telah menyaksikan 100 kematian akibat lemas dan

dihanyutkan oleh arus yang deras.

Kedua-dua bandaraya mempuyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan

kaum. Berdasarkan komposisi penduduk, Penduduk di Bandaraya Daro terdiri daripada 40%

bangsa Arab, 25% kaum Cina, 20% berbangsa Inggeris dan 15 % berbangsa Indonesia.

Manakala bangsa dan kaum yang manghuni Bandaraya Nipur ialah 40% berbangsa Arab, 25%

berbangsa Thai, 20% berbangsa Turki dan 15% merupakan orang India. Berdasarkan kepada

komposisi penduduk menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk di kedua-dua bandaraya ialah

berbangsa Arab. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kebudayaan di bandaraya tesebut

dipengaruhi oleh bangsa tersebut.

Oleh kerana didiami oleh pelbagai bangsa dan kaum, telah wujud kepelbagaian anutan

dan kepercayaan yang diamalkan oleh penduduk. Masyarakat di Bandaraya Daro menganut

agama Islam, Kristian dan Buddhisme. Manakala kebanyakan penduduk di Bandaraya Nipur

pula menganut agama Islam, Buddhisme dan Hinduisme.

8 | P a g e

Page 9: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

Penduduk yang bebilang bangsa dan kaum yang terdapat di kedua-dua bandaraya tersebut

menyebabkan pihak pemerintah telah mengambil keputusan untuk menjadikan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa rasmi negara mereka. Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa

membolehkan penduduk berkomunikasi dengan lebih berkesan secara rasmi dan tidak rasmi.

Selain itu, penggunaan bahasa Inggeris ini juga membolehkan mereka menjalankan urusniaga di

peringkat antarabangsa.

Bandaraya Daro mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi yang boleh menyumbang kepada

pembangunan dan perkembangan pesat di bandara tersebut.Kegiatan ekonomi penduduk di

Bandaraya Daro adalah tertumpu kepada kegiatan perdagangan, perbankan dan kewangan. Selain

itu, kegiatan perkhidmatan dan pentadbiran juga merupakan sumber ekonomi utama masyarakat.

Dengan adanya kegiatan perindustrian, kewangan, pendidikan, perdagangan serta pengangkutan

di Bnadaraya Daro telah membuka banyak peluang pekerjaan seperti pengurus, akuantan,

jurutera, kerani, operator pengeluaran, guru, pegawai bank,tukang masak, pemandu lori, jurujual

serta banyak lagi jenis pekerjaan. Situasi ini berbeza dengan Bandaraya Nipur yang tertumpu

kepada pelancongan dan rekreaksi seperti golf, sukan air, marina untuk kapal layar dan kegiatan

perdagangan. Berdasarkan kepada kegiatan ekonomi utama yang melibatkan aktiviti

perlancongan, Bandaraya Nipur memiliki persekitaran alam semulajadi yang indah dan

mempunyai banyak kemudahan yang berkaitan dengan kegiatan perlancongan. Selain itu,

kepelbagaian budaya dan kaum yang terdapat di Banadaraya Nipur juga merupakan aset

perlancongan kepada bandaraya ini. Sesebuah negara yang berjaya memanipulasikan panorama

persekitaran yang cantik, tinggalan sejarah, keunikan budaya, kemajuan ekonomi, peluang

pendidikan dan rawatan, serta penganjuran acara bertaraf antarabangsa akan menarik kadar

ketibaan pelancong yang tinggi dari serata pelosok dunia. Sektor pelancongan bukan sahaja

muncul sebagai penyumbang besar pendapatan negara, bahkan menjana kesan pengganda yang

besar dalam kegiatan ekonomi.

Soalan 5 : Kitaran Hidup Pepatung

9 | P a g e

Page 10: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

Pepatung atau sibur-sibur merupakan sejenis serangga yang terangkum dalam spesis

Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi bersamaan dengan spesis infraorder Anisoptera.

Pepatung boleh dikategorikan berdasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang

sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki

seperti serangga-serangga lain, tetapi serangga ini tidak boleh berjalan namun mempunyai untuk

terbang dengan kelajuan yang tinggi.

Pepatung juga merupakan hidupan atau serangga yang paling laju bergerak di dunia.

Serangga ini juga mampu terbang dengan kelajuan melebihi 200 kmj dan mampu untuk berhenti

secara pegun di udara walaupun dalam kelajuan tinggi yang bermaksud pepatung mampu untuk

berhenti serta merta walaupun sedang terbang dengan kelajuan melebihi 200kmj. Kemampuan

dan kelebihan ini terletak pada dua pasang sayapnya yang boleh mengawal pergerakannya.

Kemampuannya terbang pelbagai arah seperti ke depan, kiri, kanan, mengundur dan terbang

setempat merupakan salah satu keunikan serangga ini. Pepatung juga dapat memusingkan

kepalanya hampir 360 darjah tanpa menggerakkan badan. Terdapat lebih daripada 2000 spesis

pepatung di dunia yang dibezakan melalui saiz, bentuk dan warna badannya. Pepatung

menjadikan serangga lain (termasuk pepatung lain) sebagai makanannya.

Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil

lain seperti lalat, lebah, semut dan kupu-kupu. Habitat serangga ini adalah di sekitar tasik, kolam,

sungai dan tanah lembap.

Kitaran hidup Pepatung

Pepatung mempunyai cara mengawan yang paling unik. Semasa sedang mengawan

pepatung jantan dan betina seolah-olah membentuk bentuk hati dengan menggunakan

abdomennya.Selepas musim mengawan, pepatung betina bertelur di dalam atau berhampiran

dengan air. Pada kebiasaannya pepatung akan bertelur di atas tumbuhan terapung atau tumbuhan

baru. Semasa bertelur, sesetengah spesies pepatung akan menyelam ke dasar air untuk bertelur.

Namun terdapat juga spesis pepatung yang bertelur dengan cara terbang sambil menyentuh

bahagian hujung abdomennyadi permukaan air. Serangga ini juga bertelur di atas tumbuhan

akuatik dan ada spesis pepatung yang mampu untuk menyelam ke dasar untuk bertelur. Pada

suhu yang sesuai telur pepatung akan menetas dengan mengambil masa lebih kurang sebulan.

10 | P a g e

Page 11: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

Telur yang menetas menjadi nimfa. Kebanyakan kehidupan pepatung selepas menetas

terletak di dalam naiad (sejenis bentuk nimfa) di bawah permukaan air. Kebanyakan nimfa

pepatung hanya mampu hidup di dalam air yang bersih seperti species pepatung Aeshnid

daripada famili Aeshnidae dan juga pepatung ekor kembung daripada famili Gomphidae.

Kehadiran species nimfa pepatung tersebut sekali gus boleh dijadikan petanda (indikator) bagi

kebersihan sesebuah kawasan sungai. Jika terdapat nimfa pepatung maka secara automatiknya

kawasan sungai tersebut boleh dikategorikan sebagai bersih.

Nimfa ini akan mempunyai muncung yang boleh dipanjangkan yang boleh digunakan

untuk menangkap serangga- serangga lain seperti berudu, ikan dan lain-lain sebagai makanan.

Nimfa ini akan mengalami proses bersalin kulit sekurang-kurangnya 10 hingga 15 kali sebelum

menjadi matang atau dewasa.

Nimfa bernafas melalui insang yang terdapat di dalam rektum. Nimfa ini boleh

menggerakkan badan mereka dengan pantas melalui cara memaksa air keluar dari anus secara

tiba-tiba. Sesetengah nimfa juga boleh mencari pemangsanya di darat.

Peringkat larva bagi pepatung yang besar boleh mencecah sehingga 5 tahun. Dalam

spesies yang lebih kecil, peringkat ini hanya mengambil masa antara 2 bulan hingga 3 tahun.

Apabila larva telah bersedia untuk menjalani metamorfosis menjadi dewasa, larva akan

memanjat lalang air atau tumbuhan terapung. Larva pepatung hidup di dalam air selama

beberapa bulan hingga setahun lamanya. Malah, kitaran hidupnya lebih panjang bagi species

yang hidup di dalam sungai di kawasan pergunungan yang mana airnya lebih sejuk dan bersih.

Kebanyakan larva dan nimfa pepatung adalah pemangsa dan hidup di dalam air bersih yang

mempunyai kandungan oksigen terlarut tinggi. Namun terdapat juga beberapa kumpulan yang

toleran dan boleh menyesuaikan diri di kawasan yang sederhana bersih. Keadaan terdedah

kepada udara menyebabkan larva mula bernafas. Kulit larva atau juga digelar sebagai

kepompong akan terbuka pada bahagian yang lembut di belakang kepala. Kemudian, pepatung

dewasa akan merangkak keluar dari kulit larva yang lama lalu mengembangkan sayapnya dan

terbang mencari lalat atau serangga kecil sebagai makanan. Peringkat dewasa bagi kebanyakan

pepatung hanya selama 4 bulan.

Di Malaysia terdapat tiga spesis pepatung iaitu ‘Dragon Fly’ yang mempunyai saiz besar

dan sederhana dan Pepatung Jarum @ Damselffly yang bersaiz kecil dan boleh terbang dengan

perlahan.Ariisozygotera merupakan spesis yang ketiga yang memiliki sifat daripada kombinasi

11 | P a g e

Page 12: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

antara keduanya. Serangga kecil ini mempunyai pelbagai warna yang menarik seperti biru,

merah, hitam, unggu, kuning, kelabu dan banyak warna lagi. Musuh utama yang memakan

pepatung ialah burung, cicak,mengkarung,dan semua haiwan pemangsa.

Pepatung merupakan sejenis serangga yang telah wujud sejak zaman purba. Serangga ini

juga sering dikaitkan dengan pelbagai agama, budaya dan kepercayaan masyarakat seluruh

dunia. Kehebatannya mengadaptasi cuaca, iklim dan suhu menyebabkan serangga ini terus

wujud dan membiak sehingga kini. Pepatung juga sering dikaitkan dengan kawasan alam sekitar

yang bersih, mampan dan tidak tercemar kerana serangga ini memilih persekitaran yang bersih

untuk dijadikan habitatnya. Dalam kalangan saintis, pepatung dikatakan sebagai “Doktor Udara”

kerana serangga ini memakan serangga pembunuh manusia seperti nyamuk aedes dan nyamuk

tiruk.

Pepatung adalah sejenis serangga pemangsa yang sangat berguna dalam sektor pertanian.

Ini kerana pepatung memakan serangga perosak tanaman seperti lalat buah, nyamuk, belalang

kecil, kumbang, semut hama dan banyak lagi. Di kawasan kebun mangga atau buah-buah tropika

seperti jambu batu, nangka, betik, belimbing,dan lain-lain. Pepatung berupaya mengurangkan

populasi lalat buah dengan baik. Di kawasan penempatan pula, pepatung merupakan serangga

yang berjasa kerana pepatung memakan nyamuk seperti nyamuk aedes dan nyamuk tiruk yang

boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada manusia. Oleh yang demikian, pepatung

merupakan sejenis serangga yang mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri.

Meskipun kebanyakan serangga dianggap sebagai ancaman kepada manusia namun apabila

dikaji dan diselidik serangga seperti pepatung merupakan serangga yang amat berguna bagi

manusia menyempurnakan kehidupan mereka.

Bibliografi/ Rujukan

12 | P a g e

Page 13: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

Azlin Ayub.2007. Telefon Bimbit. Seri Kembangan, Selangor. Perbitan Zharfan.

Heather Amery.1997. Pepatung. Petaling Jaya. Pan Earth.

Josephine. 2007. The Insect Collector. Selangor Darul Ehsan.Pustaka Serindit

Muhamad Bin Harun. 2006. The Insect Armies. Selangor Darul Ehsan. Mika Cemerlang.

Patrick S. Sebastian. 2004. Royal Gift From The Dragon-fly.Petaling Jaya Sekangor. Uni-Text Distributors.

…2004.Kenapa Telefon Bimbit Tidak Selamat. Pulau Pinang. Persatuan Pengguna Pulau

Pinang.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pepatung

http://kelisabah.blogspot.com/2012/05/anak-pepatung-musuh-utama-rega-keli.html

http://animhosnan.blogspot.com/2011/03/dragonfly.html

http://www.dragonfly-site.com/dragonfly-life-cycle.html

http://citizenscientistsleague.com/2011/12/15/dragonfly-life-cycle-and-metamorphosis/

http://www.jomria.com/2012/09/kebaikan-telefon-bimbit.html

http://bmssbj.blogspot.com/2012/07/penggunaantelefon-bimbit-dalam-kalangan.html

13 | P a g e

Page 14: Tugasan Penulisan Akademik

UCS 101 Penulisan Akademik

14 | P a g e