tugasan pendidikan awal kanak2 a

5
Pendidikan awal kanak-kanak bermaksud tempoh masa kanak- kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun. Perkembangan merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral seseorang individu (Berk, 2000). Sebagai contoh, kanak-kanak yang berusia 2 tahun tidak pandai dan mengenal bentuk huruf setelah meningkat usia dan dibimbing pada usia 4 tahun kanak-kanak itu dapat mengenal huruf dan menulis huruf secara terbalik manakal pada usia 6 tahun kanak- kanak itu dapat menulis dengan baik. Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978). Pertumbuhan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya ketinggian kanak-kanak dari 100cm pada usia 4 tahun meningkat 118cm pada usia 6 tahun. Antara pahaman saya, amalan yang bersesuaian dalam seting pengasuhan dan pendidikan awal kanak- kanak mestilah bersesuaian dengan umur,perkembangan diri, kebolehan,bakat, dan minat kanak-kanak.

Upload: siti-umminor

Post on 02-Feb-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahan childhood

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Pendidikan Awal Kanak2 A

Pendidikan awal kanak-kanak bermaksud tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir

hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young

Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda,

pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi

layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun.

Perkembangan merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan secara kuantitatif

dan kualitatif dari segi perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral seseorang

individu (Berk, 2000). Sebagai contoh, kanak-kanak yang berusia 2 tahun tidak pandai dan

mengenal bentuk huruf setelah meningkat usia dan dibimbing pada usia 4 tahun kanak-kanak itu

dapat mengenal huruf dan menulis huruf secara terbalik manakal pada usia 6 tahun kanak-kanak

itu dapat menulis dengan baik. Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur

secara kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long,

1978). Pertumbuhan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti

iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya

ketinggian kanak-kanak dari 100cm pada usia 4 tahun meningkat 118cm pada usia 6 tahun.

Antara pahaman saya, amalan yang bersesuaian dalam seting pengasuhan dan pendidikan awal

kanak-kanak mestilah bersesuaian dengan umur,perkembangan diri, kebolehan,bakat, dan minat

kanak-kanak.

Amalan bermaksud internetif yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk

memastikan kanak-kanak bawah jagaannya berkembang mengikut kadar perkembangan kanak-

kanak. Selain itu, perkembngan kanak-kanak berbeza mengikut dari segi minat, keperluan,

kekuatan, personaliti, emosi. Oleh yang demikian, sebagai guru atau pendidik di awal usia ini

perlulah kretif bagi menarik minat pelajar. Bagi pelajar atau kanak-kanak yang aktif belajar,

sebagai guru yang mengambil pendidikan awal usia perlulah memberi peluang kepada kanak-

kanak ini memilih dan membuat keputusan sendiri dan dibimbing atau di perhatikan oleh guru

tersebut. Menurut (Rousseau, 1762), seseorang manusia itu benar-benar bebas apabila dia

menginginkan apa yang mampu dia kecapi, dan melakukan apa yang diingini. Inilah moto asas

saya. Terapkannya pada zaman kanak-kanak dan semua peraturan pendidikan akan terbit

daripadanya. Ini kerana, pelajar dapat membuat keputusan sendiri, pelajar lebih berkayinan

untuk melakukan sesuatu tanpa ada bimbingan dari guru atau orang dewasa.

Page 2: Tugasan Pendidikan Awal Kanak2 A

Selain itu, kanak-kanak mempunyai sifat suka bermain yang semula jadi dalam diri.

Sesetengah pelajar dapat dirangsang dengan permainan atau kata lain belajar sambil bermain.

Oleh itu, sebagai guru yang inginkan pelajarnya dapat mengikuti perlulah menyediakan pelbagai

aktiviti yang berunsurkan pelajaran. Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak dapat

merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan

daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati dan berdisiplin. Menurut

Jean-Jacques Rousseau (1712-1778), beliau percaya yang kanak-kanak perlu didedahkan kepada

penggunaan pelbagai objek yang boleh digunakan untuk mengira, mengukur, menyukat, dan

membanding. Dengan membenarkan kanak-kanak menggunakan kebolehan semua jadi mereka

semasa meneroka objek-objek, mereka akan memahami ciriciri objek tersebut seperti panas,

sejuk, keras, saiz, dan bentuk. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan aktiviti kolam bentuk

untuk mengajar bentuk kepada pelajar dan pelajar dapat meneroka kolam bentuk tersebut dengan

keriangan.

Amalan yang boleh dilakukan oleh seorang guru pendidikan awal kanak-kanak ialah

menarik minat dan ingin tahu kanak-kanak tersebut sebelum memulakan sesuatu pelajaran.

Kanak-kanak tidak dapat berfikir secara abstrak. Mereka perlukan bahan konkrit dan pengalaman

sebenar bagi memahami sesuatu perkara. Kanak-kanak belajar melalui pelbagai deria seperti

melihat, mendengar, menyentuh merasa dan bau. Menuru tokoh pendidikan awal kana-kanak

iaitu Jean-Jacques Rousseau (1772-1778), kanak-kanak perlu diberi pendidikan yang baik supaya

dapat menyuburkan minat mereka melalui aktiviti yang dapat menggembirakan mereka.Kanak-

kanak tidak boleh dipaksa belajar sebelum dia bersedia dan kanak-kanak dengan sendiri suka

mencari ilmu. . Sebagai guru, tidak perlulah kita memaksa pelajar kita dengan apa yang kita

ingin ajarkan malah kita perlu mengikut kanak-kanak tersebut. Untuk menarik minat pelajar,

sebagai guru perlu menyediakan bahan yang menarik dan apa yang pelajar tidak dapat fikirkan

sebelum memulakan kelas. Ini kerana dengan adanya bahan yang menarik pelajar akan lebih

memberi tumpuan pada guru dan akan lebih bersemangat untuk tahu dan terus tahu.

Kesimpulannya, sebagai guru pendidikan awal kanak-kanak perlulah menerima dengan

apa adanya pada diri kanak-kanak tersebut. Ini kerana, setiap kanak-kanak mempunyai sifat yang

Page 3: Tugasan Pendidikan Awal Kanak2 A

berbeza. Selain itu, sebagai guru perlulah keratif dan cepat berfikit untuk bertindak semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran supaya kanak-kanak di dalam kelas tidak cepat merasakan bosan.

Dengan hal yang demikian tidak berpeluang kanak-kanak itu lalai kerana mereka ingin tahu dan

mencuba apa yang guru sediakan untuk permainan yang tidak pernah meraka main.

https://www.scribd.com/doc/36535891/Amalan-Bersesuaian

https://www.scribd.com/doc/13950813/3/TOPIK-3-KONSEP-AMALAN-YANG-

BERSESUAIAN-DENGAN-PERKEMBANGAN-KANAK-KANAK

Dr. Mastura Badzir, Prof Hazidi Abdul Hamid & Mahani Abdul Malik. (2015). Intrisuction to

Early Childhood Education/ideas and theories that influence ECE