tugasan pap makmal

4
MAKMAL SAINS JABATAN SAINS MRSM MUADZAM SHAH SENARAI TUGAS /TANGGUNGJAWAB PEMBANTU AM PEJABAT (MAKMAL ) 1. Menyediakan alat/radas dan bahan kimia untuk amali sains. - Menerima borang tempahan daripada guru sains 3 hari daripada tarikh amali dijalankan. - Menyemak alatan /bahan yang diperlukan berdasarkan buku teks atau buku amali. - Berbincang dengan Pembantu Makmal dan guru mengenai amali yang ditempah ( sekiranya ada kemusykilan ). - Menolong guru sains / pembantu makmal dalam menyediakan sesuatu percubaan amali termasuk penyediaan larutan. - Alatan yang pecah dan rosak disimpan untuk bukti pelupusan dan direkodkan. - Memaklumkan kepada guru sebelum pelajar keluar dari makmal selepas selesai amali dengan segera sekiranya ada alatan tidak mencukupi / tidak dipulangkan / hilang untuk tindakan lanjut. - PAP Makmal menyediakan alat untuk membasuh seperti kain buruk, berus, sabun dan seumpananya untuk pelajar membersihkan alata/radas yang telah digunakan. - Borang tempahan amali yang telah diisi hendaklah disimpan untuk tujuan semakan. Selepas setiap sesi amali, PAP Makmal hendaklah: - Mencuci , membersihkan alatan sains yang telah digunakan. - Mengembalikan semua alatan sains, bahan/larutan kimia dan sebagainya yang telah digunakan ke tempat asal masing-masing. - Membersihkan meja kerja pelajar, meja guru, white board dan sinki - memastikan bahawa semua paip gas, paip air, kipas dan lampu elektrik ditutup. Selepas kelas amali yang terakhir setiap hari, PAP Makmal hendaklah. - Mengosongkan tong sampah yang terdapat dalam makmal. - Menutup pili utama bekalan gas. - Menutup tingkap, pintu makmal / grill dan kemudian mengunci makmal dan kembalikan kunci di Pondok Pengawal Keselamatan.

Upload: khoeirul

Post on 29-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan PAP Makmal

MAKMAL SAINS JABATAN SAINS

MRSM MUADZAM SHAH

SENARAI TUGAS /TANGGUNGJAWAB

PEMBANTU AM PEJABAT (MAKMAL )

1. Menyediakan alat/radas dan bahan kimia untuk amali sains.

- Menerima borang tempahan daripada guru sains 3 hari daripada tarikh

amali dijalankan. - Menyemak alatan /bahan yang diperlukan berdasarkan buku teks atau

buku amali. - Berbincang dengan Pembantu Makmal dan guru mengenai amali yang

ditempah ( sekiranya ada kemusykilan ). - Menolong guru sains / pembantu makmal dalam menyediakan sesuatu

percubaan amali termasuk penyediaan larutan. - Alatan yang pecah dan rosak disimpan untuk bukti pelupusan dan

direkodkan. - Memaklumkan kepada guru sebelum pelajar keluar dari makmal selepas

selesai amali dengan segera sekiranya ada alatan tidak mencukupi / tidak dipulangkan / hilang untuk tindakan lanjut.

- PAP Makmal menyediakan alat untuk membasuh seperti kain buruk, berus, sabun dan seumpananya untuk pelajar membersihkan alata/radas yang telah digunakan.

- Borang tempahan amali yang telah diisi hendaklah disimpan untuk tujuan semakan.

Selepas setiap sesi amali, PAP Makmal hendaklah:

- Mencuci , membersihkan alatan sains yang telah digunakan. - Mengembalikan semua alatan sains, bahan/larutan kimia dan sebagainya

yang telah digunakan ke tempat asal masing-masing. - Membersihkan meja kerja pelajar, meja guru, white board dan sinki - memastikan bahawa semua paip gas, paip air, kipas dan lampu elektrik

ditutup.

Selepas kelas amali yang terakhir setiap hari, PAP Makmal hendaklah.

- Mengosongkan tong sampah yang terdapat dalam makmal. - Menutup pili utama bekalan gas. - Menutup tingkap, pintu makmal / grill dan kemudian mengunci makmal

dan kembalikan kunci di Pondok Pengawal Keselamatan.

Page 2: Tugasan PAP Makmal

2. Memastikan amali berjalan dengan lancar.

- Mengkaji / menyemak semula buku/borang pesanan guru untuk kerja amali di makmal bagi mempastikan bahawa peralatan sains, bahan kimia dan lain-lain keperluan telah disediakan dalam keadaan yang berfungsi sebelum kerja amali dimulakan.

- Berada di bilik persediaan dan mengawasi pelajar ketika amali sedang berlangsung.

- Memberi bantuan /tunjukajar kepada pelajar dan membantu guru semasa amali sedang dijalankan.

- Memastikan pelajar mengikut peraturan semasa amali dijalankan. - Membantu guru menyediakan/menggunakan kemudahan alat bantu

mengajar seperti LCD, Skrin Projector, TV, Radio, Komputer dan seumpamanya.

- Memastikan alatan keselamatan disediakan kepada pelajar contohnya :- i. Sarung tangan ii. Goggles iii. Mask dll

3.Membuka dan menutup pintu /tingkap / grill.

- Membuka pintu dan tingkap setiap hari persekolahan - Menutup dan mengunci pintu/tingkap/grill setelah selesai sessi

persekolahan pada setiap hari. 4.Menerima alat radas dari stor pusat untuk dibawa ke bilik persediaan.

- Merekod kuantiti dan tarikh terima di bilik persediaan ( kad bin ). - Menyusun alatan mengikut kesesuaian alatan contoh :- i. Alatan kaca yang berat/besar berada di rak yang paling bawah ii. Alatan kaca yang ringan/kecil di rak atas iii. Botol reagent tidak boleh tinggi kedudukannya dari aras mata. - Mencatat dan menjaga kad stok unit dan menentukan ianya sentiasa

lengkap. - Merekod alatan yang dipinjam , rosak , pecah dalam buku rekod yang

disediakan.

Page 3: Tugasan PAP Makmal

5.Menjaga kebersihan / keceriaan makmal.

- Menyapu sampah , membersihkan meja dan mencuci sinki. - Membersih whiteboard guru setiap hari sebelum pulang dari kerja. - Membersihkan tingkap, lampu, kipas dan sawang pada cuti persekolahan. - Menyusun alatan di bilik persediaan supaya berada didalam keadaan

kemas dan bersih setiap masa. - Memastikan bahawa keadaan makmal adalah sentiasa bersih dan sesuai

untuk pengajaran dan pembelajaran. - Memaklumkan kepada Pembantu Makmal tentang keperluan alat

pembersihan seperti penyapu, bulu ayam, tong sampah , pemadam whiteboard dan lain-lain.

- Memastikan pelajar tidak membuang sampah merata-rata serta menconteng dinding di makmal dan juga kawasan sekitarnya.

- Membuat carta, graph, susunatur berlabel, gambarajah dan sebagainya untuk menceriakan keadaan makmal.

6. Pengetahuan mengenai keselamatan di makmal sains.

- Mendapatkan maklumat mengenai langkah-langkah keselamatan daripada Pembantu Makmal, KJ Sains , buku-buku dan sumber-sumber yang berkaitan..

- Menampal tanda AMARAN atau BAHAYA - Sekirannya terdapat tanda-tanda mencurigakan ( diceroboh atau

kecurian) segera membuat laporan kepada Pembantu Makmal atau KJ Sains.

- Mencadangkan kemudahan lain bagi meningkatkan tahap keselamatan seperti pemasangan grill, emergency shower, sensor ,kebocoran gas, papan tanda amaran dan seumpamanya.

7. Tindakan semasa kecemasan

- Sekirannya berlaku kemalangan semasa amali di jalankan segera memberi bantuan kecemasan

- Sekirannya tahap kecederaan serius mangsa segera di hantar ke hospital - Bagi kecederaan yang ringgan rawatan dilakukan dengan menggunakan

First aids. - Kemalangan yang berlaku di rekodkan ke dalam buku kemalangan yang

berada di dalam bilik persediaan - Jika berlaku litar pintas, kebocoran gas atau kebakaran semua pelajar

pergi ke kawasan yang selamat.

Page 4: Tugasan PAP Makmal

8.Membantu kelancaran program-program akademik di makmal sains. - Menyediakan alata/bahan yang dipohon oleh pelajar untuk tujuan

“Program Nurturing Science And Technology”, PESADA dan Tunas Saintis.

- Menyimpan hasil rekacipta pelajar yang sesuai pada satu tempat. - Menjadi pengiring kepada pelajar bagi kerja lapangan ( luar maktab ).

9. Menjalakan tugas-tugas semasa cuti persekolahan

- Mengemaskinikan butir-butir dalam buku stok / kad bin berdasarkan salinan borang pengeluaran alatan/bahan yang diterima/simpan.

- Memastikan bahawa semua peralatan sains dan bahan kimia/biologi disusun dengan teratur.

- Membersihkan bilik makmal termasuk sinki, kebuk wasap (jika ada),kipas , peti sejuk, aquarium dan lampu.

- Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk perabut dan peralatan sains mengikut pengetahuan / kemahiran yang ada.

- Membantu Pembantu Makmal menyemak dan mempastikan bahawa alat pemadam api dan peti pertolongan cemas adalah lengkap

- Mengecat permukaan makmal sains dan alatan sains dan mengikut kesesuaian yang telah dipersetujui.

- Membantu Pembantu Makmal dalam kerja hapuskira dan pelupusan. - Membersihkan / membaikpulih taman-taman yang ada. - Menyemai dan menjaga pokok-pokok di Tapak Semaian. - Mengecat dan membuat lukisan dinding. - Mewujudkan landskap yang menarik dan ceria. - Melaksanakan projek am/kecil yang telah dipersetujui. - Membantu Pembantu Makmal menyemak dan mempastikan bahawa alat

pemadam api dan peti pertolongan cemas adalah lengkap dan berfungsi. - Mengecat alatan sains mengikut kesesuaian yang telah dipersetujui.

10. Arahan dari pihak atasan.

-Pembantu Am Pejabat ( Makmal ) hendaklah juga menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua, Timbalan Pengetua, Ketua Jabatan, Guru Kanan, Penyelaras Tingkatan, Pembantu Makmal dan wakilnya dari masa ke semasa.