tugasan kumpulan

15
1

Upload: ijat-a-razak

Post on 02-Feb-2016

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TMK

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Kumpulan

1

Page 2: Tugasan Kumpulan

SEMESTER 2

KRT 3013 : TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

TAJUK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

RUHAIZAT BIN A. RAZAK PPG/BM/01/01162/2013/3/KIC 017-6962585

ROSMAN B SHAMSUDIN PPG/BM/01/01159/2013/3/KIC 017-5885176

RAMLI B SULAIMAN PPG/BM/01/01156/2013/3/KIC 017-6970435

ROSLAN B AHMAD PPG/BM/01/01158/2013/3/KIC 012-9771044

ROSLI B YAHAYA PPG/M/01/01225/2013/3/KIC 019-3075271

AHMAD SAIFUL ANWAR B

ARIFIN

PPG/BM/01/01127/2013/3/KIC 019-2637752

NORHAFIZY B NGAMER PPG/BM/01/01150/2013/3/KIC 013-6712760

NAMA PENSYARAH: PN NORMARJAN BT ELIAS

TARIKH SERAH: 4 MEI 2014

2

PEMARKAHANTUGASAN

1.

2.

3.

4.

5.

TUGASAN BERKUMPULAN

Page 3: Tugasan Kumpulan

ISI KANDUNGAN

1. TUGASAN BERKUMPULAN HALAMAN

1. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran 3

tidak bermaksud meminggirkan guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Justeru beri pendapat anda tentang fungsi

guru dalam menghadapi cabaran pengajaran dan pembelajaran

menggunakan komputer.

2. Dewasa ini, terlalu banyak syarikat dan individu yang 4

membangunkan perisian pendidikan, tetapi kebanyakkan perisian

tersebut tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki. Bincangkan

kriteria yang tidak dipenuhi tersebut.

3. Huraikan bagaimana perisian program aplikasi pemprosesan 5 - 6

perkataan dan hamparan elektronik dapat membantu guru dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Pada masa kini ramai pendidik berpendapat bahawa semua 7

kursus mereka patut diubahsuai kepada bentuk e-pembelajaran

(e-learning). Terangkan kebaikan dan kelemahan ciri-ciri

pembelajaran.

5. Teknologi komunikasi masa kini telah memudahkan cara individu 8 - 9

berkomunikasi tanpa adanya sekatan. Bincangkan bagaimana e-mel,

telesidang video dan “whats app” mempengaruhi perubahan ini.

2. Rujukan 10

3

Page 4: Tugasan Kumpulan

1. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tidak bermaksud

meminggirkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru beri

pendapat anda tentang fungsi guru dalam menghadapi cabaran pengajaran

dan pembelajaran menggunakan komputer.

Penggunaan komputer dalam pengajaran merupakan salah satu kaedah

pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru dalam

menyampaikan sesuatu perkara. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

mudah dan tepat dimana murid boleh mendapatkan maklumat dengan mencari sendiri

maklumat tersebut di internet.

Bagi menghadapi cabaran pengajaran dan pembelajaran mengunakan komputer

seseorang guru mesti berpengetahuan luas dan mahir untuk mengendalikan komputer

samada untuk menyediakan perisian sendiri mahupun menggunakan CD-ROM yang

dibekalkan kepada sekolah atau dibeli sendiri daripada kedai-kedai buku. Murid akan

lebih seronok jika guru menggunakan unsur grafik dan audio dalam perisian yang

digunakan.

Guru juga seharusnya sentiasa mengikut perkembangan teknologi semasa. Misalnya

penggunaan gajet yang semakin banyak dipasaran. Murid masakini lebih terdedah

kepada penggunaan gajet dalam kehidupan mereka. Oleh itu guru juga hendaklah

bersedia dengan kemahiran berasaskan teknologi terkini.

Disamping itu, guru juga hendaklah sentiasa mengingatkan pelajar bahawa

adakalanya penggunaan komputer terlalu kerap boleh menyebabkan seseorang itu

hilang tumpuan belajar.

4

Page 5: Tugasan Kumpulan

2. Dewasa ini, terlalu banyak syarikat dan individu yang membangunkan perisian

pendidikan, tetapi kebanyakkan perisian tersebut tidak memenuhi kriteria yang

dikehendaki. Bincangkan kriteria yang tidak dipenuhi tersebut.

Proses pembinaan sebuah perisian atau aplikasi multimedia bukanlah merupakan

satu proses yang mudah dan boleh dihasilkan dalam satu jangka masa yang pendek. la

memerlukan perancangan yang terperinci dan sistematik agar perisian yang dihasilkan.

Dalam bidang pendidikan, kaedah pembangunan perisian biasanya adalah

berasaskan kepada model rekabentuk instruksi. Kebanyakan model rekabentuk instruksi

yang sedia ada membahagikan proses pembangunan aplikasi kepada beberapa fasa

mengikut fungsi yang tersendiri. Secara amnya, proses pembangunan perisian

multimedia boleh merangkumi 4 atau 5 proses kerja yang utama iaitu:

1. Proses Menganalis Keperluan Perisian

2. Proses Perancangan/Rekabentuk Perisian

3. Proses Pembangunan Perisian

4. Proses Pengujian dan Penilaian Perisian

Namun begitu, masih ada lagi perisian yang dibangunkan atau dihasilkan tidak

memenuhi kriteria yang dikehendaki. Perisian yang dihasilkan lebih kepada bersifat ingin

mengaut keuntungan semata-mata.

Antara kriteria-kriteria yang tidak memenuhi kehendak ialah:

1. Perisian yang dicipta atau dihasilkan tidak mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran.

2. Perisian yang dibina tidak menepati kehendak kurikulum yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Perisian tersebut menyentuh isu-isu sensitif berkaitan agama.

4. Penggunaan media yang tidak sesuai dengan golongan sasaran.

5. Perisian yang dihasilkan memerlukan perisian yang lain untuk membolehkannya

beroperasi.

5

Page 6: Tugasan Kumpulan

3. Huraikan bagaimana perisian program aplikasi pemprosesan perkataan dan

hamparan elektronik dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Bahan bantu mengajar berasaskan komputer yang paling kerap digunakan dalam

pendidikan hari ini adalah perisian pemprosesan perkataan. Apabila komputer peribadi

mula muncul pada awal tahun 1970 , pelbagai perisian pemprosesan perkataan mula

diperkenalkan. Pada tahun 1980 aplikasi pemprosesan perkataan menjadi lebih mudah

untuk belajar dan digunakan.

Aplikasi Pemprosesan Perkataan:

Perisian pemprosesan perkataan boleh digunakan untuk mengolah, menyusun dan

membentuk teks. Guru boleh menghasilkan bahan pengajaran seperti rancangan

pengajaran harian, nota edaran, latihan dan lembaran kerja. Dalam urusan pengurusan

guru, pemprosesan perkataan boleh membantu guru dalam menghasilkan surat, kertas

kerja, buku program dan sijil.

Pemprosesan perkataan boleh menjadi aktiviti yang menarik dan berkesan terutama

kepada guru matapelajaran bahasa dalam pengajaran dan pembelajarannya. Aktiviti

seperti mencantum ayat, memperbaiki ejaan, membina ayat, mencari makna, perkataan

seerti, menambah dan membetulkan tanda bacaan adalah antara yang boleh dilakukan.

Ia boleh dijadikan medium terbaik bagi mengajar karangan.Ia juga membolehkan pelajar

meluahkan idea mereka dengan bimbingan guru. Idea berkenaan boleh diperhalusi

sehingga menjadi suatu tulisan yang berkualiti.

Guru juga secara tidak langsung boleh mengemukakan masalah yang lebih

mencabar minda dan kebolehan pelajar dan pelajar pula dapat meningkatkan kecekapan

dan ketepatan pembelajarannya. Perisian ini boleh merangsang kreativiti pelajar dalam

tugasan penulisannya. Hasilan tugasan lebih kemas dan menarik.

6

Page 7: Tugasan Kumpulan

Aplikasi Hamparan Elektronik:

Aplikasi hamparan elektronik boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

bagi mata pelajaran seperti matematik, prinsip akaun, sains, geografi dan kajian

tempatan.

Aplikasi hamparan elektronik ini akan memudahkan proses pengiraan yang berkaitan

dengan kewangan, statistik, pembinaan graf dan carta dengan lebih mudah dan tepat.

Hamparan elektronik sangat membantu dengan ciri istimewanya membaiki kiraan

secara automatik apabila penukaran nombor berlaku.

Fungsi nilai relatif dan nilai mutlak sangat memberi manfaat kepada pengguna

terutamanya para guru jika bijak diaplikasikan.

Fungsi ini memudahkan apabila proses salinan dilakukan. Menurut Patricia dan

William (2003), aplikasi hamparan elektronik boleh digunakan oleh guru dan pelajar

untuk merekodkan, menyusun dan menganalisis. Selain itu, aplikasi ini juga boleh

digunakan untuk menjalankan fungsi pengiraan matematik, menyusun data dan

menghasilkan carta dan graf visual yang diwakili oleh maklumat.

7

Page 8: Tugasan Kumpulan

4. Pada masa kini ramai pendidik berpendapat bahawa semua kursus mereka

patut diubahsuai kepada bentuk e-pembelajaran (e-learning). Terangkan

kebaikan dan kelemahan ciri-ciri e-pembelajaran.

Dimasakini, teknologi semakin berkembang pesat. Tidak terkecuali

perkembang teknologi di bidang pendidikan. Suatu ketika dahulu, pengajaran dan

pembelajaran lebih tertumpu kepada kaedah “chalk and talk”. Sekarang, dengan

berkembangnya teknologi di bidang pendidikan, pengajaran dan pembelajaran

menjadi lebih menarik, berkesan dan berkualiti. Ini termasuklah pengenalan kepada

e-pembelajaran (e-learning).

Kebaikan e-pembelajaran :

1. Proses pembelajaran tidak terbatas oleh ruang dan waktu tertentu.

2. Tempoh waktu belajar juga bergantung kepada kemampuan masing-masing.

3. Pembelajaran boleh berlaku secara interaktif. Ini dapat menarik perhatian dan

minat pelajar.

4. Pelajar mempunyai pilihan untuk memilih bahan-bahan pembelajaran yang

sesuai mengikut aras pengetahuan dan minat.

5. Pelajar boleh belajar di mana-mana sahaja asalkan mereka mempunyai akses

kepada komputer dan Internet.

Kelemahan e-pembelajaran :

1. Sambungan internet yang perlahan boleh mengganggu proses pembelajaran.

2. Pembelajaran kendiri melalui kaedah e-pembelajaran menyebabkan pelajar lebih

individulistik.

3. Ketiadaan guru boleh menyebabkan pelajar tidak menumpukan perhatian

semasa menggunakan e-pembelajaran.

4. Jika ada masalah berkaitan dengan pembelajaran, pelajar tidak ada guru

disamping mereka yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah

tersebut.

5. Bagi pelajar yang tidak mempunyai talian internet di rumah, ini akan

membebankan mereka dimana mereka terpaksa mengeluarkan kos untuk

mengunjungi pusat kafe siber.

6. Kadangkala pelajar terpaksa memuat turun perisian yang dapat menampung

kehendak e-pembelajaran. Perisian yang dimuat turun pula berkemungkinan

terpaksa dibayar.

8

Page 9: Tugasan Kumpulan

5. Teknologi komunikasi masa kini telah memudahkan cara individu

berkomunikasi tanpa adanya sekatan. Bincangkan bagaimana e-mel,

telesidang video dan “whats app” mempengaruhi perubahan ini.

Teknologi komunikasi masa kini semakin berkembang pesat. Teknologi

maklumat pada masa ini bukan sahaja melibatkan penggunaan komputer sahaja,

malah ia digunakan secara meluas dalam proses komunikasi.

Alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e-

mail dan internet serta “whats app”, bukan sahaja menjadi sebahagian dari

kehidupan masyarakat sekarang, malah ianya merupakan keperluan penting dalam

kehidupan.

Dari sudut lain, penggunaan e-mel, telesidang video dan “whats app” lebih

menjimatkan kos. Dimana, pengguna tidak perlu berjumpa dengan rakan-rakan

yang dihubungi. Selain itu, ianya lebih cepat, efisien dan murah.

E-mel :

Yahoo, g-mail dan hotmail merupakan antara perkhidmatan internet yang

menyediakan perkhidmatan e-mel. Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi antara satu

sama lain dengan menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet.

Dengan adanya e-mel seseorang individu boleh menerima maklumbalas

dengan lebih cepat. E-mel mampu dihantar atau diterima sekiranya terdapat talian

internet yang stabil walaupun jarak antara pengirim dan penerima e-mel beratus

kilometer jauhnya.

Selain itu, penggunaan e-mel membolehkan pengirim membuat kepilan

pelbagai bentuk fail iringan seperti gambar, audio atau video dalam kapasiti tertentu.

Pengguna juga boleh menghantar emel berkenaan secara serentak kepada ramai

penerima.

9

Page 10: Tugasan Kumpulan

Telesidang video :

Telesidang video adalah sistem penyampaian elektronik yang melibatkan

komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Antara

laman sesawang atau perisian menyediakan kemudahan telesidang video ialah

seperti Skype dan yahoo messenger.

Dengan adanya telesidang video, seseorang individu boleh berbual tanpa

perlu bersemuka tidak kira dimana sahaja individu tersebut berada. Sebarang

keputusan boleh dibuat dengan cepat.

Pelbagai perkara boleh dibincangkan tanpa adanya sekatan oleh mana-mana

pihak. Namun begitu, pengguna harus berhati-hati semasa menggunakan telesidang

video. Ini kerana sudah terdapat kes dimana pengguna tersebut telah diperas ugut

oleh penjenayah siber semasa menggunakan telesidang video.

“whats app” :

Dengan berkembangnya teknologi komunikasi, pelbagai syarikat telah

menghasilkan aplikasi percuma yang memboleh pengguna berhubung antara satu

sama lain dengan lebih murah, mudah dan cepat.

Antaranya ialah whats app. Whats app merupakan perisian dimana pengguna

boleh menghantar pesanan, gambar, audio atau video secara percuma malahan

ianya lebih cepat. Whatsapp juga merupakan salah satu aplikasi yang laris di dunia

khususnya bagi pengguna Smartphone.

10

Page 11: Tugasan Kumpulan

RUJUKAN

1. Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran danPembelajaran

Oleh: Rusmini Ku Ahmad Pensyarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Jitra,

Kedah Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Integrating Educational Technology into Teaching (with MyEducationLab) (5th

Edition)

by M. D. Roblyer , Aaron H. Doering

By M.D. Roblyer|A. H. Doering — Pearson Allyn Bacon Prentice Hall

3. Pembangunan Perisian Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik

Penulis:

a. Baharuddin Aris - BSc dan MSc Iowa State University Teknologi Pendidikan,

PhD The Robert Gordon University  Multimedia Pendidikan.

b. Jamalludin Harun –  BSc Sains Komputer (UTM) , MSc Pendidikan dan

Komputer  Arizona State University .

c.         Zaidatun Tasir -        BSc Sains Komputer(UTM) , MSc Pendidikan dan

Komputer  Arizona State University .

 

11