tugasan individu kursus induksi ssm 2010

6
TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM 2010 DASAR-DASAR KERAJAAN TAJUK : WAWASAN 2020 MENETAPKAN MATLAMAT PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA YANG BENAR-BENAR MAJU MENJELANG TAHUN 2020. HURAIKAN 9 CABARAN YANG TERKANDUNG DALAM WAWASAN TERSEBUT. DISEDIAKAN OLEH : SAIDATUL MASLIANA BINTI ABDUL HAMID KAD PENGENALAN : 820618-08-5370 NO. FAIL JPN : P.41839 SEKSEN : SMK OYA PENGENALAN : DEFINISI WAWASAN 2020 DAN NEGARA MAJU

Upload: saidatul-masliana-abdul-hamid

Post on 25-Jun-2015

2.837 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Individu Kursus Induksi Ssm 2010

TUGASAN INDIVIDU KURSUS INDUKSI SSM 2010

DASAR-DASAR KERAJAAN

TAJUK : WAWASAN 2020 MENETAPKAN MATLAMAT PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA YANG BENAR-BENAR MAJU MENJELANG TAHUN 2020. HURAIKAN 9 CABARAN YANG TERKANDUNG DALAM WAWASAN TERSEBUT.

DISEDIAKAN OLEH : SAIDATUL MASLIANA BINTI ABDUL HAMID

KAD PENGENALAN : 820618-08-5370

NO. FAIL JPN : P.41839

SEKSEN : SMK OYA

Page 2: Tugasan Individu Kursus Induksi Ssm 2010

PENGENALAN : DEFINISI WAWASAN 2020 DAN NEGARA MAJU

Wawasan 2020 ialah pandangan Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk menjadikan Malaysia negara membangun dengan corak negara Malaysia yang diingini menjelang tahun 2020. Pandangan ini dikemukakan pada persidangan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991 dalam kertas kerja bertajuk "Malaysia - The Way Forward".

Petikan kertaskerja Tun Dr Mahathir tentang Wawasan 2020;

"Matlamat utama yang patut kita tuju ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi negara bersatu dengan masyarakat Malaysia yang yakin mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokrasi liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing dinamik, giat dan kental.

Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya mengatasi sembilan cabaran strategi yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai negara merdeka."

(Tun Dr. Mahathir Mohammad "Malaysia Melangkah Ke Hadapan", 28 Februari 1994) dalam (Zurinah Hassan, 1994).

Tun Dr Mahathir memberi definasi/maksud 'negara Malaysia maju' dalam petikan ucapan berikut (Pusat Dagangan Dunia Putra, 8 Nov 1991);

"Kita telah membentuk Wawasan 2020 yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Negara maju yang dimaksudkan bukan semata-mata negara industri yang pendapatan perkapitanya adalah sekian banyak. Yang dimaksudkan dengan negara maju ialah negara yang berupaya membangunkan diri sendiri melalui penguasaan ilmu, kecekapan dan moral yang tinggi yang akan membolehkan kita bersaing dengan Negara maju yang lain dalam semua bidang"

Zurinah Hassan (1994) menerangkan ciri kemajuan yang dimaksudkan ialah "… kebolehan, pengetahuan serta taraf hidup yang sama atau lebih baik daripada negara maju. Kemajuan yang diingini ialah kemajuan yang lebih menyeluruh dengan mengambil iktibar dari keruntuhan aspek kerohanian yang berlaku di negara maju."

Page 3: Tugasan Individu Kursus Induksi Ssm 2010

CABARAN MEREALISASI WAWASAN 2020

Oleh itu dalam usaha membentuk sebuah negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia perlu bersatu hati dan mengembeleng tenaga untuk mengatasi sembilan cabaran seperti yang pernah diucapkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu:

1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu2. Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan

3. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang

4. Mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika

5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan toleransi

6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang

8. Menjamin sebuah masyarakat yang adil dan saksama ekonominya

9. Memupuk dan membina masyarakat makmur

Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Yang kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.

Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan

Page 4: Tugasan Individu Kursus Induksi Ssm 2010

dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Cabaran Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

KESIMPULANNYA : KERJASAMA

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

Peranan setiap rakyat Malaysia dalam mencapai negara maju tidak boleh dilakukan seorang diri atau hanya dengan bergantung kepada usaha segelintir pihak sahaja. Tetapi setiap rakyat perlu memahami peranan masing-masing, seperti yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Wawancara RTM "Bersama Perdana Menteri" Julai 1993) dalam (Zurinah Hassan, 1994);

Page 5: Tugasan Individu Kursus Induksi Ssm 2010

"Kita tidak boleh bertindak dengan berkesan tanpa memahami apa yang kita buat dan apa hasil daripadanya. Setiap rakyat perlu memahami pembabitan mereka dalam proses pembangunan negara."

BIBLOGRAFI

Zurinah Hassan (1994). Wawasan 2020 : Huraian 9 Cabaran. Penerbitan Perwarna, Shah Alam.