tugasan individu enna

14
1.0 Objektif Tugasan projek ini merangkumi penerangan tentang teori pelaksanaan pentaksiran iaitu teori Taksonomi Bloom dan teori Krathwohl serta pembinaan soalan Bahasa Malaysia bagi tahun 3 yang berasaskan pada aras Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl. 2.0 Taksonomi Bloom Menurut Kamus dewan edisi keempat (2010), taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Teori ini berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, afektif dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain afektif pula melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Menurut Bloom(1956), Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia. Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen-elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hinggalah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom. BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 1

Upload: annenhafurqhani

Post on 23-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

cth

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Individu Enna

1.0 Objektif

Tugasan projek ini merangkumi penerangan tentang teori pelaksanaan pentaksiran iaitu teori

Taksonomi Bloom dan teori Krathwohl serta pembinaan soalan Bahasa Malaysia bagi tahun 3

yang berasaskan pada aras Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl.

2.0 Taksonomi Bloom

Menurut Kamus dewan edisi keempat (2010), taksonomi ialah kajian tentang prinsip,

peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan

perbezaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model

yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Teori ini berkaitan

dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti

pengetahuan, afektif dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang

pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek

intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir.  Domain afektif

pula melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat,

sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Seterusnya adalah domain psikomotor yang

melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Menurut Bloom(1956), Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras

yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Taksonomi di dalam konsep ini

bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.

Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.

Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat

enam elemen dalam domain kognitif  Taksonomi Bloom ini. Elemen-elemen tersebut

pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan

pemikiran aras tinggi.  Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek

taksonomi dari terendah hinggalah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi

Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 1

Page 2: Tugasan Individu Enna

Rajah 2 : Hierarki Taksonomi Bloom

Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling

rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali

fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras

pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah

berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang

proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam

menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara

yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa,

di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu

menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti

istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di

dalam kelas.

Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan

murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi

kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah

bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah

mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan maksud tersurat dalam

ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang

apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi.  Ciri-

ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 2

Page 3: Tugasan Individu Enna

menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk

diubah kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi

aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah,

bezakan, nyatakan dan kelaskan.

Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar

menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid

benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah.

Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan

aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan

bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.

Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid

untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan

pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti

unsur–unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis

unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti

untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu

membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip

iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk

menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri

soalan aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan

memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada

komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid

untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras

sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana

murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain.

Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk

menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan

atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 3

Page 4: Tugasan Individu Enna

abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang

abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau

mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan

maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor

yang diberi.

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid

menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat

pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea

atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat,

berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini

adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah

bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu

bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga

dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai

ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh

kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang

dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria

luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau

yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan

fakta mengenai kebudayaan tertentu.

3.0 Domain Krathwohl

Pengasas bagi taksonomi ini ialah David R. Krathwohl. Krathwohl dan rakan-rakan,

(1965) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’

(affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia.

Domain Krathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan

nilai murid. Aras taksonomi Krathwohl terdiri daripada 5 peringkat iaitu penerimaan,

gerak balas, menilai, organisasi dan perwatakan.

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 4

Page 5: Tugasan Individu Enna

Rajah 3 : Aras Domain Krathwohl

Penerimaan berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.

Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan

dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks

pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan,

mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Gerak balas membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih

daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar

terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Menilai pula ialah peringkat apabila perlakuan adalah didasarkan atas konsep

dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan

cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan

itu boleh dipratikkan.

Organisasi membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih

daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar

terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

Perwatakan pula bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan

sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 5

Page 6: Tugasan Individu Enna

akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat

membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan dan

sistemnilai tersendiri iaitu mempunyai prinsip hidup sendiri.

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 6

Page 7: Tugasan Individu Enna

4.0 Pembinaan soalan objektif berdasarkan aras Taksonomi Bloom

4.1 Aras Pengetahuan

Soalan ini dibina berdasarkan teks yang diambil daripada Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3.

Soalan ini dibina berasaskan teks yang terkandung dalam tema 1 iaitu Tema Sekolah. Soalan

pertama dibina berdasarkan teks pada muka surat 1 manakala soalan 2 dibina berasaskan teks

pada muka surat 4. Soalan ini juga dibina berasaskan pengetahuan tentang perkara yang

bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa. Ciri-ciri khusus

soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat

semula apa yang telah dipelajari bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam

kelas.

Soalan 1

Siapakah ketua kelas Tahun 3 Mawar ?

A) Le Yin

B) Razi

C) Kamal

D) Liza

Jawapan: C

Soalan 2

Siapakah yang mengirim surat kepada Lai Kin ?

A) Razi

B) Nisa

C) Nalini

D) Ujai

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 7

Page 8: Tugasan Individu Enna

Jawapan: A

4.2 Aras Kefahaman

Soalan 1 ini dibina berdasarkan teks yang terkandung dalam Tema Sekolah muka surat 3 Buku

Teks Bahasa Malaysia Tahun 3. Soalan ini memerlukan murid untuk memilih peribahasa yang

sesuai bagi penyataan yang diberikan berdasarkan teks yang dibaca murid di dalam buku teks.

Murid perlu memahami teks yang dibaca supaya murid dapat mengaitkan penyataan yang

diberikan dengan peribahasa yang betul.

Soalan 1

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi penyataan di bawah.

“Mereka bekerjasama. Mereka peramah dan ringan tulang. Mereka membantu murid-murid

Kelas Permata dengan bersungguh-sungguh.

A) Habis madu sepah dibuang

B) Bagai bulan dipagar bintang

G) Orang mengantuk disorongkan bantal

D) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Jawapan: D

Soalan 2

Soalan 2 dibina berdasarkan teks yang terkandung dalam Tema Sekolah muka surat 2 Buku

Teks Bahasa Malaysia Tahun 3. Soalan ini memerlukan murid memahami ayat yang diberikan

supaya murid dapat mengisi jawapan yang betul pada ruangan kosong yang terdapat di dalam

ayat yang diberikan.

Tugas ketua kelas adalah memastikan yang diberikan oleh guru

dilaksanakan dengan betul.

A) keikhlasan

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 8

Page 9: Tugasan Individu Enna

B) kemahiran

C) kedudukan

D) tanggungjawab

Jawapan: D

4.3 Aras Aplikasi

Soalan ini dibina berdasarkan teks yang terkandung di dalam Tema 7 Tradisi

Kita, muka surat 104. Soalan 1 dibina adalah untuk menguji keupayaan pelajar

menggunakan konsep bentuk kata manakala soalan 2 dibina adalah untuk menguji

penggunaan kata sendi nama di dalam ayat. Soalan ini memerlukan murid benar-benar

memahami segala konsep berkaitan bentuk kata dan kata sendi nama. Soalan aras

aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental murid.

Soalan 1

Nyatakan bentuk kata bagi perkataan bergaris di bawah.

Sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan, Pasar Seni Kuala Lumpur memberikan potongan

harga kepada pengunjung.

A) Kata dasar

B) Kata majmuk

C) Kata Tunggal

D) Kata Terbitan

Jawapan : D

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 9

Page 10: Tugasan Individu Enna

Soalan 2

Cikgu Harun membawa Nabila dan rakan-rakannya melawat ____________

Pasar seni Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

A) kepada

B) pada

C) ke

D) di

Jawapan : C

4.4 Aras Analisis

Soalan 1 dibina berdasarkan teks yang terkandung di dalam Tema 3 Kesihatan

dan Kebersihan, muka surat 38 manakala soalan 2 dibina berdasarkan teks yang

terkandung di dalam Tema 6 Pertanian dan Penternakan, muka surat 88. Soalan ini

memerlukan murid menggunakan proses mental dalam menganalisis dan memerlukan

pemahaman murid terhadap struktur ayat dan perkataan.

Soalan 1

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Berat badan Kamal semakin meningkat.

II. Kamali meningkat dagu di dalam kelas.

III. Bersukan dapat meningkatkan tahap kecergasan kita.

IV. Prestasi olahraga sekolah semakin meningkat sejak tahun lepas.

A. I dan II sahaja.

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 10

Page 11: Tugasan Individu Enna

B. III dan IV sahaja.

C. I, III, dan IV sahaja.

D. II, III dan IV sahaja

Jawapan: B

Soalan 2

Ramai orang berkerumun di Taman Botani Negara Shah Alam.

Rangkai kata berkerumun dalam ayat bermaksud

A) Bermain

B) Berkumpul

C) Berkhemah

D) Bergurau senda

Jawapan: B

4.5 Aras Sintesis

Soalan 1 dibina berdasarkan teks yang terkandung di dalam Tema 6 Pertanian dan

Penternakan, muka surat 84. Soalan ini memerlukan penghasilan satu komunikasi unik

iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea,

perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Soalan 2 pula telah dibina oleh saya

sendiri berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya tentang pembinaan soalan

dengan merujuk kepada aras sintesis yang terdapat dalam Teori Taksanomi Bloom.

Soalan ini memerlukan proses mental dalam pengiraan murid-murid.

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 11

Page 12: Tugasan Individu Enna

Soalan 1

Nyatakan cadangan yang paling sesuai untuk memelihara dan memulihara flora dan fauna ?

A) Menyiram pokok bunga di sekolah.

B) Mengitar semula barang-barang terpakai.

C) Mengurangkan penggunaan plastik semasa penjualan.

D) Menanam banyak pokok di persekitaran kita dan elakkan penebangan hutan.

Jawapan: A

Soalan 2

Zuera menjual setiap batang pen dengan harga dua ringgit. Berapakah harga bagi lapan batang

pen ?

A) Empat ringgit

B) Enam ringgit

C) Dua belas ringgit

D) Enam Belas ringgit

Jawapan : D

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 12

Page 13: Tugasan Individu Enna

4.6 Aras Penilaian

Soalan 1 dibina berdasarkan Tema 4 iaitu Tema Perpaduan dalam buku teks Bahasa

Malaysia Tahun 3 daripada muka surat 53. Soalan ini dibina adalah untuk menguji

keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui

seperti langkah paling untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid-murid.

Soalan 2 dibina berdasarkan Tema 9 iaitu Tema Alam Ceria Hidup Sejahtera

dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 3 daripada muka surat 137. Soalan ini dibina

adalah untuk menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria

yang perlu diketahui dan memberi pendapat tentang sebab bumi semakin tercemar.

Soalan 1

Langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid-murid

adalah

A) Merujuk setiap kes salah laku kepada guru disiplin.

B) Meletakan seorang pegawai polis di setiap sekolah.

C) Mengenakan tindakan keras ke atas setiap kes salah laku.

D) Memupuk nilai-nilai murni serta menekankan khidmat bimbingan dan

kaunseling.

Jawapan: D

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 13

Page 14: Tugasan Individu Enna

Soalan 2

Pada pendapat anda, mengapakah bumi kita semakin hari kian tercemar dengan pencemaran ?

A) Sikap malas masyarakat.

B) Peraturan penjagaan alam tidak ketat.

C) Orang ramai kurang mahir dalam bidang pertanian.

D) Kurangnya kesedaran dalam diri untuk menjaga alam sekitar.

Jawapan: D

5.0 Pembinaan soalan karangan berdasarkan aras Domain Krathwohl

1. Kegiatan sukan banyak mendatangkan kebaikan kepada murid-murid. Tulis karangan

tentang kebaikan menyertai kegiatan kokurikulum.

(Tema 3 Kesihatan dan Kebersihan, muka surat 45)

2. Sekolah kamu telah mengadakan Program Lawatan Tempat Bersejarah.Tulis laporan

tentang program tersebut itu selengkapnya.

(Tema 8 Negaraku Tercinta, muka surat 119)

3. Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah.

... Benarlah kata ayahku, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.�(Tema 6 Pertanian dan Penternakan, muka surat 94)

BMM 3303 E Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Page 14