tugasan ilmu tafsir

7
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ________________________________________________________________________ HBQE3203 ILMU TAFSIR JANUARI 2014 ____________________________________________________________ ____________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 07hb - 09hb Mac 2014 atau Tutorial 4. Serahan selepas 09hb Mac 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Upload: adisarwajagat

Post on 27-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Ilmu Tafsir

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN________________________________________________________________________

HBQE3203ILMU TAFSIRJANUARI 2014

________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 07hb - 09hb Mac 2014 atau Tutorial 4. Serahan selepas 09hb Mac 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Page 2: Tugasan Ilmu Tafsir

PENILAIAN

Tugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

Page 3: Tugasan Ilmu Tafsir

SOALAN TUGASAN

Kitab Suci Al-Quran merupakan panduan hidup yang menghubungkan manusia dengan

Allah s.w.t., Pencipta seluruh Alam dan yang menghubungkan manusia dengan

masyarakatnya. Oleh yang demikian, umat Islam seluruhnya selain daripada dituntut

membaca Al-Quran yang diturunkan Allah dalam bahasa Arab, adalah juga dituntut

untuk mengetahui segala makna dan tafsirannya dalam bahasa sendiri, supaya ajarannya

dipatuhi dan diamalkan dengan sempurna.

Tafsir Pimpinan al-Rahman adalah sebuah kitab terjemahan al-Quran sekaligus

merupakan kitab tafsir al-Quran yang telah dihasilkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih.

Kitab tafsir ini digunapakai secara meluas di kalangan masyarakat Islam di Malaysia

malahan ianya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai sebuah kitab tafsir yang

sewajarnya dirujuk oleh masyarakat Islam di Malaysia.

Berdasarkan kenyataan ini, anda dikehendaki menghuraikan dengan lengkap perkara-

perkara berikut:-

1. Pengertian Tafsir mengikut Ulama Islam.

2. Huraian tentang biodata dan sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih.

3. Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dalam penulisan dan

penyusunan kitab Tafsirnya.

[Jumlah: 40 markah]

________________________________________________________________________

Page 4: Tugasan Ilmu Tafsir

GARIS PANDUAN MARKAH (KANDUNGAN DAN SKOR)

KOD KURSUS : HBQE3203 - ILMU TAFSIRSEMESTER : JANUARI 2014

Kriteria Beratan

Tiada Item Lemah Sebahagian Menepati Piawai

Menepati Piawai Menepati Sepenuh Piawai

Markah penuh

0 1 2 3 41-Pendahuluan 2 Tiada

pendahuluan dikemukakan.

Pendahuluan dikemukakan.Menyatakan pengertian tafsir dari sudut bahasa dan istilah dengan tidak sempurna serta tidak menghuraikannya dengan jelas dan tidak menyatakan sumber rujukan.

Pendahuluan dikemukakan. Menyatakan pengertian tafsir dari sudut bahasa dan istilah dengan berpandukan pendapat ulama, tetapi tidak menghuraikannya dengan jelas serta tidak menyatakan sumber rujukan.

Pendahuluan dikemukakan. Amat terperinci menyatakan pengertian tafsir dari sudut bahasa dan istilah dengan berpandukan sekurang-kurangnya dua pendapat ulama. Ada menyatakan sumber rujukan yang dirujuk.

Pendahuluan dikemukakan. Amat terperinci menyatakan pengertian tafsir dari sudut bahasa dan istilah dengan berpandukan sekurang-kurangnya tiga pendapat ulama. Juga menyatakan sumber rujukan yang diambil dalam memberi pengertian tafsir ini.

8

2-Biodata dan sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih.

3 Tidak dinyatakan biodata dan sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih

Menerangkan secara tidak lengkap biodata dan sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih.

Menerangkan secara ringkas biodata dan sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih dan tidak merujuk bahan rujukan yang diambil secara jelas.

Menerangkan secara lengkap biodata dan sumbangan Sheikh Abdullah Basmeih.Tidak menyatakan atau merujuk bahan rujukan yang diambil secara jelas.

Menerangkan secara lengkap biodata dan sumbangan Sheikh Abdullah Basmeihdengan merujuk bahan rujukan yang diambil secara jelas.

12

Page 5: Tugasan Ilmu Tafsir

Kriteria Beratan

Tiada Item Lemah Sebahagian Menepati Piawai

Menepati Piawai Menepati Sepenuh Piawai

Markah penuh

0 1 2 3 43-Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dalam penulisan dan penyusunan kitab Tafsirnya

4 Tiada perincian tentang Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dalam penulisan dan penyusunan kitab Tafsirnya.

Mengemukakan secara tidak lengkap Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dalam penulisan dan penyusunan kitab Tafsirnya. Tiada langsung huraian metodologi pentafsiran.

Mengemukakan secara tidak lengkap Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dalam penulisan dan penyusunan kitab Tafsirnya. Huraian metodologi pentafsiran juga tidak jelas.

Mengemukakan secara lengkap Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dalam penulisan dan penyusunan kitab Tafsirnya. Huraian metodologi pentafsiran dinyatakan dengan kurang jelas.

Mengemukakan secara lengkap Metodologi yang digunakan oleh Sheikh Abdullah Basmeih dalam penulisan dan penyusunan kitab Tafsirnya. Huraian metodologi pentafsiran dinyatakan dengan jelas.

16

4- Organisasi dan Rujukan

1 Susunan tidak relevan tanpa rujukan.

Sedikit susunan dalam penulisan dan rujukan yang salah.

Susunan tidak menarik dan menyukarkan pembacaan.Penulisan bahan rujukan tidak mengikut APA dan kurang daripada 4 bahan rujukan.

Susunan tugasan kurang menarik. Penulisan sederhana.Penulisan bahan rujukan tidak mengikut APA dan kurang daripada 5 bahan rujukan.

Susunan tugasan dan penulisan baik serta menarik.Penulisan bahan rujukan mengikut APA dan lebih daripada 5 bahan rujukan.

4

JUMLAH MARKAH 40