tugasan hbms4403

20
PENGENALAN Ensembel rekoder merupakan aktiviti permainan alat muzik secara berkumpulan. Aktiviti yang melibatkan kumpulan memerlukan banyak perancangan dan komitmen. Ini adalah untuk memastikan hasilnya mencapai objektif aktiviti yang telah dirancang. Banyak pihak yang terlibat iaitu pemimpin ensembel, ahli-ahli ensemble serta pihak yang terlibat dengan pentadbiran untuk menjayakan aktiviti yang melibatkan ensembel. Pemimpin perlu kewibawaan dalam memimpin kumpulan ensembel. Murid perlu dedikasi dan berusaha gigih berlatih serta menerima arahan pemimpin. Pihak pentadbiran perlu menyediakan kemudahan untuk latihan atau persembahan. Kerjasama semua pihak yang terlibat akan menjamin kejayaan sesebuah kumpulan ensembel dalam menjalankan sesi latihan atau bila membuat persembahan. Bermain secara kumpulan memerlukan semua pemuzik mengawal alat instrument agar member kesan daripada aspek keseimbangan, kesepaduan, kawalan ton, serang dan lepas, dinamik, warna nada dan warna ton. Selain itu, murid dapat belajar cara berkomunikasi, respon terhadap kawan, mendengar setiap alat muzik yang dimainkan dalam ensembel rekoder serta memerhati persekitaran dengan penuh kepekaan. Selain itu, perlu member respon terhadap pemimpin dan pengurus persembahan. Latihan yang berkesan merupakan perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah program muzik atau

Upload: efulrsr97

Post on 26-Nov-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HBMS4403

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan HBMS4403

PENGENALAN

Ensembel rekoder merupakan aktiviti permainan alat muzik secara berkumpulan.

Aktiviti yang melibatkan kumpulan memerlukan banyak perancangan dan komitmen. Ini

adalah untuk memastikan hasilnya mencapai objektif aktiviti yang telah dirancang.

Banyak pihak yang terlibat iaitu pemimpin ensembel, ahli-ahli ensemble serta pihak yang

terlibat dengan pentadbiran untuk menjayakan aktiviti yang melibatkan ensembel.

Pemimpin perlu kewibawaan dalam memimpin kumpulan ensembel. Murid perlu

dedikasi dan berusaha gigih berlatih serta menerima arahan pemimpin. Pihak pentadbiran

perlu menyediakan kemudahan untuk latihan atau persembahan. Kerjasama semua pihak

yang terlibat akan menjamin kejayaan sesebuah kumpulan ensembel dalam menjalankan

sesi latihan atau bila membuat persembahan. Bermain secara kumpulan memerlukan

semua pemuzik mengawal alat instrument agar member kesan daripada aspek

keseimbangan, kesepaduan, kawalan ton, serang dan lepas, dinamik, warna nada dan

warna ton. Selain itu, murid dapat belajar cara berkomunikasi, respon terhadap kawan,

mendengar setiap alat muzik yang dimainkan dalam ensembel rekoder serta memerhati

persekitaran dengan penuh kepekaan. Selain itu, perlu member respon terhadap

pemimpin dan pengurus persembahan.

Latihan yang berkesan merupakan perkara yang sangat penting dalam menentukan

kejayaan sesebuah program muzik atau kumpulan muzik. Namun demikian ramai di

kalangan guru tidak memahami prosedur dalam latihan. Prosedur latihan akan lebih jelas

jika guru dapat menyediakan satu jadual terperinci berkaitan dengan prosedur dalam

latihan. Prosedur yang disediakan secara reliti dapat membantu guru dalam menyediakan

rancangan mengajar dengan lebih baik dan berkesan. Perancangan yang baik ini akan

membantu dalam menyediakan segala keperluan termasuklah bahan-bahan dan peralatan

dalam menyampaikan pengajaran. Ini dapat menjimatkan masa yang banyak sekali gus

mengelakkan daripada timbulnya pelbagai masalah.

Page 2: Tugasan HBMS4403

MASALAH-MASALAH AM ENSEMBEL

Dalam sebuah kumpulan ensembel rekoder, terdapat ramai pelajar dan setiap pelajar

mempunyai tahap kemahiran dan pengetahuan yang berbeza-beza. Berdasarkan fakta ini,

sudah pasti guru perlu menghadapi pelbagai cabaran dan permasalahan semasa menjalani

latihan secara ensembel rekoder. Antara masalah yang kerap dihadapi oleh guru-guru

muzik semasa latihan secara ensembel rekoder adalah seperti berikut:

1. Pengfrasaan dan Ekspresi

Pengfrasaan ditandakan dengan satu garisan yang menunujukkan pengfrasaan

tersebut. Bahagian perlu dimainkan dengan licin tanpa putus. Untuk mengelakkan

daripada kesan terputus, maka ia dimainkan dengan satu pernafasan bagi satu frasa.

Permasalahan ini timbul apabila skor lagu tidak dilengkapi dengan tanda frasa. Jika tanda

frasa tidak dilengkapkan maka guru perlu meletakkan tanda frasa tersebut. Keadaan ini

timbul disebabkan oleh kecuaian guru dan murid mengesan frasa lagu. Pengfrasaan juga

berkait rapat dengan tempat pernafasan di mana pemuzik alat tiupan mengambil

kesempatan untuk mengambil nafas sebelum memulakan permainan mereka. Tanda

pernafasan ini pada kebiasaannya terdapat pada penghujung setiap frasa. Ianya dapat

membantu memastikan pemuzik tidak mengambil nafas pada tempat yang salah atau di

tengah bahagian frasa. Pengfrasaan bagi setiap seksyen adalah berbeza. Oleh itu ketua

seksyen perlu menentukan setiap ahli menandakan dan bermain mengikut pengfarasaan

yang sama. Pengfrasaan yang tidak betul akan memberi kesan terhadap persembahan

keseluruhan. Persembahan akan kedengaran seperti terputus-putus dan tidak lancar.

Sedikit sebanyak akan mengganggu konsentrasi pemuzik dan menyebabkan mereka

kehilangan konsentrasi.

Permasalahan utama yang menyumbangkan kepada kegagalan untuk menterjemahkan

ekspresi adalah disebabkan oleh kurangnya latihan yang mengarahkan kepada

kematangan melakukan ekspressi yang dikehendaki. Latihan untuk perkembangan

ekspressi perlu dilakukan pada setiap harkali latihan bermula. Ia boleh diaplikasikan

semasa melakukan pemanasan sebelum diaplikasikan pada lagu sebenar. Ekspresi hanya

boleh dipertingkatkan apabila murid telah dapat menguasai semua teknik bermain alat

Page 3: Tugasan HBMS4403

muzik dan telah dapat mengatasi segala permasalahan asas. Ini membolehkan murid

bermain dengan lebih yakin serta dapat pula menghayati permainan muzik mereka.

Ekspresi sesebuah lagu dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya ialah kemahiran

pemuzik, peralatan muzik, konduktor, tanda-tanda ekspressi pada skor lagu dan

sebagainya.

2. Intonasi Dan Kualiti Yang Kurang Baik

Masalah ini boleh berlaku apabila alat muzik tidak ditala dengan begitu baik sekali.

Ini menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak tepat. Pic yang dihasilkan mungkin

berbunyi sedikit rendah atau tinggi. Jika ini berlaku maka bunyi yang dihasilkan akan

menyebabkan berlakunya masalah intonasi. Masalah ini juga boleh berlaku sekiranya ton

yang dihasilkan oleh alat muzik itu tidak mencerminkan ton yang sewajarnya. Perkara

seperti ini berlaku disebabkan oleh dua perkara utama iaitu pemain tidak meniup rekoder

dengan teknik yang betul dan pemain muzik menggunakan alat muzik yang rosak atau

tidak berkualiti. Guru perlu memberi pendedahan terhadap bunyi ton yang baik. Ia boleh

dilakukan melalui pelbagai cara seperti tunjuk cara oleh pemain muzik yang mempunyai

ton yang baik atau dengan membuat analisa terhadap persembahan muzik solo oleh

pemuzik professional menggunakan audio visual yang berkaitan.

3. Murid Tidak Mengikut Tempo Konduktor

Salah satu sebab mengapa corak irama tidak dapat dimainkan dengan tepat adalah

disebabkan oleh perbezaan tempo di kalangan para pemuzik dan konduktor. Oleh itu guru

perlu melatih murid untuk member tumpuan kepada satu tempo sahaja iaitu tempo guru

atau konduktor. Ia hanya dapat dijayakan jika guru dapat melatih murid untuk sentiasa

berpandukan kepada konduktor semasa bermain muzik.

Page 4: Tugasan HBMS4403

4. Murid Belum Mahir Dengan Penjarian

Cara paling berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memahirkan

penjarian bagi setiap penjarian yang bermasalah. Ia perlu dilakukan dengan

memperkenalkan penjarian tersebut secara satu demi satu dalam satu tempo yang

perlahan. Mainkan setiap satu not menggunakan semibrif dan tingkatkan kepada jenis not

yang mencabar sehingga murid dapat memainkan mengikut corak irama sebenar. Proses

ini memerlukan latih tubi sehingga kemahiran penjarian terbentuk. Kemahiran ini hanya

boleh dicapai apabila otot-otot berkaitan telah matang. Oleh itu gunakanlah tempo yang

sesuai dengan kematangan murid dan tingkatkan kelajuan tempo dari masa ke semasa

sehingga mencapai tempo yang dikehendaki.

5. Murid Kurang Pendedahan Pada Irama Yang Dimainkan

Masalah ini dapat diatasi jika latihan corak irama dimasukkan sebagai sebahagian

dari prosedur latihan. Dengan cara ini, pelbagai corak latihan dapat diperkenalkan dari

semasa ke semasa. Selain itu, corak irama untuk lagu yang ingin dimainkan itu

seharusnya diperkenalkan semasa melakukan latihan corak irama sebelum lagu

diperkenalkan. Secara tidak langsung murid akan mendapat pendedahan awal terhadap

corak irama tersebut dan hanya perlu member tumpuan terhadap elemen lain seperti

penjarian dan sebagainya.

6. Irama Yang Tidak Tepat

Irama yang tidak tepat berlaku disebabkan oleh murid kurang pendedahan pada irama

yang dimainkan murid masih belum mahir dengan penjarian yang perlu dimainkan dan

murid tidak mengikut tempo konduktor.

7. Pic Yang Tidak Tepat

Masalah pic yang tidak tepat biasanya berkait rapat dengan pendengaran murid.

Murid didapati tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada ketepatan bunyi yang

Page 5: Tugasan HBMS4403

dihasilkan dari alat muzik mereka. Ia berlaku apabila murid menghadapi masalah seperti

penjarian yang lemah, peralatan rosak atau kurang berkualiti, kelemahan membaca notasi

muzik serta tekanan emosi atau mental yang disebabkan oleh faktor persekitaran.

Permasalahan utama yang dihadapi dalam persoalan ini ialah keupayaan memberi

tumpuan sepenuhnya kepada ketepatan pic.

MENGENALPASTI MASALAH ENSEMBEL SENDIRI

Kebanyakan guru telah mula menunjukkan minat terhadap pembelajaran secara

kumpulan. Murid telah menunujukkan minat dan merasa seronok bila terlibat dengan

persembahan bersama-sama rakan-rakan. Mereka dapat membina banyak kemahiran

yang diperlukan dalam muzik. Antara faedah yang diperolehi adalah sensitive terhadap

rakan yang lain semasa latihan atau persembahan, berusaha menguasai proses belajar

muzik dan memeberikan respon terhadap setiap aspek yang berkaitan, terlibat bersama

rakan dalam kumpulan ensembel, bertukar-tukar pendapat anatara mereka, kolaborasi

serta bertolak ansur terhadap segala maklumat semasa latihan. Ini akhirnya akan

mencapai matlamat pembelajaran yang telah ditetapkan.

1. Mengikut Arahan Pemimpin

Pemimpin sesuatu ensembel muzik inginkan ahli-ahli yang terlibat, dapat mencapai

matlamat yang dikehendaki bagi sesuatu persembahan. Oleh itu, ahli-ahli kumpulan perlu

mengikut arahan pemimpin. Pemimpin ensembel itu seorang guru atau murid dipilih oleh

guru. Perkara yang selalu ditekankan oleh seorang pemimpin adalah:

1.1 Disiplin- boleh dikaitkan dengan sikap murid dalam menyumbangkan kepada

kelicinan sesuatu sesi latihan atau persembahan iaitu bagaimana interaksinya terhadap

rakan-rakan. Ketepatan masa ketika menghadiri latihan. Selain itu, disiplin juga boleh

dikaitkan dengan kesungguhan murid mencapai kejayaan sebagai anggota atau

Page 6: Tugasan HBMS4403

pemuzik dalam menghasilkan persembahan yang bermutu. Dia perlu berusaha untuk

bermain secara yang tepat dari aspek seperti pic, irama, dinamik dan ton.

1.2 Berusaha Menguasai Kemahiran Latihan-Pemimpin akan memberikan peluang

kepada ahlinya berbincang dan memberikan pendapat tentang persembahan. Ini

membolehkan murid bersikap lebih kritikal dan merasakan bahawa hasil

perbincangan tersebut adalah milik mereka. Selain itu, ia akan meningkatkan

motivasi mereka terhadap setiap aspek penglibatan dalam kumpulan persembahan.

Hasil perbincangan yang berkesan oleh guru akan mewujudkan keadaan di mana

murid memahami tentang aspek lisan, kognitif, muzikal, persembahan dan kemahiran

teknikal. Ahli-ahli juga diberi peluang untuk menjelaskan kesungguhan penglibatan

mereka dalam kumpulan. Ini akan pasti mempengaruhi prsetasi permainan yang

ditunjukkan serta menjadikan murid lebih berdikari.

2. Kesedaran Kepada Penghasilan Ton Dalan Bahagian Pemain

Ton adalah merujuk kepada kualiti karakter sesuatu instrument. Contohnya clarinet

ton bunyinya adalah gelap dan kaya untuk not pada registernya yang rendah, cerah,

terang serta nyaring dan lantang untuk registernya yang tinggi mengikut Roger

Kimien:2002. Begitu jjuga dengan instrument lain dimana kelainan instrument memiliki

kualiti karakternya yang tersendiri. Dalam sesuatu persembahan sama ada dalam bentuk

ensembel mahupun secara individu, sesuatu instrument akan jelas memainkan fungsi bagi

menonjolkan kualiti ton yang mana dapat menggambarkan perasaan atau mud bagi

sesuatu gubahan. Ada kalanya disebabkan kurangnya kepakaran, kemahiran dan latihan

yang mencukupi, maka fungsi instrument itu tidak dapat menghasilkan karakter ton yang

sepatutnya. Untuk menghasilakn sesuatu gubahan, seseorang composer perlu mengambil

kira tahap kepantasan sesuatu instrument dalam menghasilkan ton.

Selain itu, cirri lain yang dapat menjelaskan konsep ton adalah peranan, reed,

mouthpiece, embouchure dan kawalan pernafasan dalan menghasilkan ton. Jika ini

berlaku dengan baik, maka karakter kualiti ton itu jelaslah dapat ditonjolkan. Sesuatu

Page 7: Tugasan HBMS4403

instrument itu menghasilkan kualiti yang dikehendaki dalam memainkan instrument

tersebut. Selain itu bagaimana seseorang pemain dapat mengawal permainan berdasarka

kadar dinamik yang berterusan bila memulakan sesuatu mula sehingga ke akhir bagi

sesuatu petikan skor

3. Kesedaran Kepada Gabungan Ton Antara Alat-Alat Lain

Kesedaran terhadap gabungan ton antara alat-alat lain bukan hanya dipengaruhi oleh

ton bagi setiap seksyen instrument tetapi juga dipengaruhi oleh aspek seperti imbangan

bunyi, adunan dan instrumensi. Imbangan dalam muzik bolehlah dikaitkan dengan

ensembel atau seksyenal. Ini bermakna masalah yang berlaku adalah dari imbangan bunyi

dalam persembahan tersebut. Untuk memastikan aspek imbangan diambil berat dalam

sesuatu persembahan, kita hendaklah memastikan setiap gubahan untuk bahagian tertentu

dalam sesuatu seksyen itu hendaklah dimainkan dengan kadar imbangan yang

dikehendaki berdasarkan skor atau kehendak penggubah. Konduktor hendaklah

mendengar hasil gubahan yang dimainkan secara kumpulan atau menyeluruh. Bila

seksyen itu bergabung dalam satu persembahan orchestra yang lebih besar fungsinya

sebagai bahagian dalam komposisi itu dan ia bukanlah terasing.

MASALAH INDIVIDU DAN KUMPULAN

1. Murid Memainkan Bahagian Yang Salah Secara Satu Demi Satu

Pemerhatian kepada individu perlu dilakukan secara menyeluruh dari segala aspek

yang merangkumi aspek-aspek seperti postur, embaucher, teknik pernafasan serta aspek-

aspek muzikal seperti artikulasi, dinamik dan sebagainya. Murid juga perlu diberi

peluang untuk menceritakan permasalahan mereka kerana mereka lebih tahu

permasalahan yang mereka alami sendiri. Cara akan membantu membawa terus kepada

permasalahan yang dihadapi dan akan memudahkan guru untuk bertindak menyelesaikan

permasalahan yang timbul.

2. Individu Diberi Perhatian Selepas Sesi Latihan

Page 8: Tugasan HBMS4403

Aktiviti ini dilakukan sebagai kesinambungan pada hasil pemerhatian semasa latihan

dijalankan. Guru perlu dapat mengesan murid yang memerlukan bimbingan serta tunjuk

ajar yang lebih. Kenal pasti permasalahan yang dihadapi serta berikan mereka bimbingan

serta bahan-bahan yang diperlukan. Berikan galakan serta motivasi agar mereka akan

berusaha dan bersedia pada latihan yang akan datang. Luangkan sedikit masa untuk

memberikan tunjuk ajar secara individu. Selain itu, tingkatkan rasa tanggungjawab murid

terhadap ensembel. Murid yang dikesan memiliki kemahiran serta mempunyai komitmen

yang tinggi boleh diminta memainkan peranan untuk membantu murid yang lemah.

3. Individu Diberi Latihan Tambahan Untuk Membaiki Kelemahan

Individu yang dikesan memberikan masalah kepada ensembel perlu diberi perhatian

selepas sesi latihan. Murid ini perlu didekati agar guru dapat memahami masalah sebenar

yang dihadapinya. Bantu murid mengatasi masalah mereka dengan sebaik mungkin

walaupun ia merupakan masalah peribadi. Ada kalanya masalah yang dihadapi oleh

murid menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada

pelajaran dan ini termasuklah tumpuan semasa latihan muzik. Permasalah yang dihadapi

juga boleh diserahkan pada guru yang lebih arif tentang masalah yang dihadapi oleh

murid tersebut misalnya, guru kaunseling dan guru disiplin. Jika ia berkaitan dengan

masalah muzikal sahaja, guru perlu mencari punca kepada timbulnya masalah tersebut

serta memberikan tumpuan dengan memberikan teguran yang membina serta tunjuk cara

dengan lebih berfokus dan jelas. Sediakan latihan, kelas bimbingan serta bahan yang

sesuai kepada murid tersebut.

CADANGAN MENGATASI MASALAH

1. Mengecam Permasalahan

Penerangan secara bayangan ini amat diperlukan agar murid dapat menggambarkan

serta menghayati apa yang cuba disampaikan. Guru perlu menyampaikannya dengan

Page 9: Tugasan HBMS4403

penuh perasaan dengan disertai ekspresi wajah, nada suara dan gerakan yang sesuai

sehingga dapat membawa pelajar kepada apa yang digambarkan dengan sejelas-jelasnya.

2. Menunjuk Cara

Tunjuk cara bertujuan untuk memberi penjelasan yang lebih baik secara amali. Oleh

itu, pastikan tunjuka cara itu dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid. Kaedah ini

digunakan untuk menjelaskan teknik permainan yang biasanya berkaitan dengan

artikulasi seperti bermain secara legato, slur, stakati dan sebagainya. Ia juga digunakan

untuk memberi kefahaman secara langsung berkaitan dengan ekspresi seperti bermain

secara kuat, lembut, ansur kuat, ansur lembut dan sebagainya. Selain itu, ia juga bertujuan

untuk membetulkan cara duduk, berdiri, penjarian dan sebagainya kerana perkara seperti

ini boleh mempengaruhi hasil persembahan.

3. Memberi Analogi Atau Bayangan

Keupayaan mengecam masalah yang timbul merupakan salah satu faktor penting bagi

menangani masalah yang dihadapi. Ia boleh dilakukan dengan melatih diri memfokus

pendengaran kepada elemen muzik seperti harmoni, tuning, pic, tempo, ton,

keseimbangan bunyi, melodi, not, artikulasi, frasa dan sebagainya. Namun demikian, ia

perlu melalui proses kematangan pendengaran.Kematangan pendengaran ini hanya boleh

diperolehi melalui pengalaman atau latihan yang berterusan. Percubaan boleh dibuat

dengan memberikan fokus kepada salah satu elemen muzik sahaja seperti corak irama.

Penilaian Ensembel

Penilaian aspek-aspek persembahan serta teknik pencapaiannya adalah seperti berikut:

1. Irama dan pic yang tepat

Page 10: Tugasan HBMS4403

Analisa nilai bagi corak irama tersebut agar murid faham dari segi teorinya.

Perkenalkan corak irama bahagian demi bahagian. Misalnya bar demi bar dengan

menggunakan tempo yang lambat dan lajukan tempo apabila kemajuan telah dicapai.

Proses ini perlu diulang sehingga murid dapat menguasainya secara praktikal.

2. Intonasi dan kualiti ton suara

Intonasi terdiri daripada beberapa faktor seperti berikut:

2.1 Teknik pernafasan yang betul

2.2 Emboucher yang betul

2.3 Penalaan alat muzik yang tepat

2.4 Peralatan muzik yang baik

2.5 Notasi atau pic yang dihasilkan

3. Sebutan

Sebutan jelas dapat dihasilkan hanya apabila murid telah menguasai teknik

pernafasan yang betul. Ini membolehkan murid melontarkan suara dengan lebih kuat dan

jelas. Semasa membuat latihan pernafasan pelbagaikan sebutan menggunakan suku kata

yang berbeza. Tekanan serta saluran udara perlu dikawal apabila menyanyikan not tinggi

agar bunyinya tidak seperti terjerit. Sebutan dapat membantu pemuzik membentuk

artikulasi dengan lebih tepat.

4. Mula dan akhir

Ketepatan mengeluarkan bunyi pada masa yang tepat dan ketepatan masa untuk

menghilangkan bunyi atau berhenti. Ia mudah dilakukan secara solo tetapi pada

hakikatnya agak sukar dilakukan oleh sebuah ensembel yang besar. Masalah ini akan

terus berlaku jika murid menggunakan tempo sendiri semasa bermain muzik. Oleh itu,

Page 11: Tugasan HBMS4403

guru perlu melatih murid menggunakan metronome atau melatih mereka untuk bermain

dengan berpandukan pada satu tempo sahaja. Jangan benarkan murid menghentak kaki

semasa bermain muzik sebaliknya mereka perlu melihat konduktor sebagai panduan

utama.

5. Pengfrasaan dan ekspresi

Pengfarasaan biasanya dimainkan secara bersambung. Guru perlu menekankan perlu

menekankan perkara berikut agar hasil persembahan akan lebih licin. Jika tanda frasa

tidak diberi atau tidak jelas maka guru haruslah dapat menentukan frasa ini bersama-sama

dengan murid. Gunakan warna tertentu tertentu atau tanda tertentu untuk menandakan

frasa dan pastikan semua murid menandakannya. Guru perlu membuat teguran jika

terdapat kumpulan atau individu yang tidak mengaplikasikannya dengan betul. Ia

bertujuan menghalang murid daripada melakukan kesilapan yang berulang sehingga

menjadi kebiasaan yang sukar dibendung.

6. Perubahan dinamik

Kemahiran pemuzik mempengaruhi kesan dinamik. Pemain yang mahir dapat

memberika kesan dinamik yang luas berbanding mereka yang kurang mahir. Ini adalah

disebabkan oleh kematangan mereka dalam bermain alat muzik tersebut. Pemain yang

mahir dapat melontarkan bunyi yang kuat tanpa mengorbankan kualiti ton. Sebaliknya

mereka yang kurang mahir tidak mampu yang melakukannya. Ini menyebabkan kesan

dinamik yang dipersembahkan amat terhad. Kematangan ini terhasil melalui pengalaman

dan latihan berterusan yang telah membentuk konsep serta teknik yang kukuh dalam diri

pemain.

7. Keseimbangan dan penggabungan

Penggabungan biasanya dilakukan selepas tamat latihan secara seksyen. Kerja guru

menjadi lebih mudah jika latihan secara seksyen dilaksanakan dengan baik. Tugas utama

Page 12: Tugasan HBMS4403

guru ketika ini ialah untuk menyeragamkan kumpulan tersebut dari pelbagai aspek

muzikal. Antara aspek yang perlu diperhatikan ialah penalaan bunyi dan penggabungan

dan keseimbangan secara menyeluruh.

Penutup

Dalam bab ini, pendedahan dengan dua faktor utama dalam latihan ensembel. “Warm-

up” adalah merupakan aktiviti penting bagi setiap ensembel muzik. Latihan warm-up

perlu dikendalikan dengan mengamalkan teknik, hasilan ton yang betul dan tepat. Corak

irama adalah antara masalah yang kerap dihadapi ketika mengadakan latihan.

Pendedahan dengan elemen-elemen penting dalam setiap latihan ensembel seperti aspek-

aspek persembahan yang penting dan teknik memperolehi irama dan pic yang tepat serta

intonasi dan kualiti ton yang baik. Pendedahan dengan masalah yang dihadapi oleh

murid-murid dalam permainan ensembel secara individu dan cara untuk mengatasinya.

Terdapat 7 masalah utama yang sering berlaku dalam permainan ensembel antaranya pic

dan irama yang tidak tepat, murid kurang pendedahan pada irama yang dimainkan atau

belum mahir dengan penjarian yang perlu dimainkan, murid tidak mengikut tempo

konduktor, intonasi dan kualiti ton yang kuran baik dan yang terakhir, pengfrasaan dan

ekspresi yang kurang tepat. Mengecam permasalahan, menunjuk cara dan memberikan

analogi atau bayangan adalah tiga cirri penting dalam mengatasi masalah dalam

permainan ensembel. Paling penting dalam penyelesaian permainan ensembel secara

invidu adalah dengan apabila guru memberikan perhatian lebih kepada murid individu

tertentu tersebut mengikut permasalahan tersendiri seperti mengajar murid memainkan

bahagian yang salah dengan betul secara satu demi satu atau pun murid individu tersebut

diberi latihan tambahan untuk membaiki kelemahannya.

Page 13: Tugasan HBMS4403

Rujukan

Abdul Rahim Mohd Saad. (1994). Merancang pengajaran yang efektif. Pulau

Pinang:Sinaran Bros Sdn. Bhd.

The Royal School Of Music. (2004). All together! Teaching music in groups. United

Kingdom: The Associated of The Royal School of Music.

Colwell, R. J. (1992). The teaching instrumental music. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Glover, J. & Ward, S. (1998). Teaching music in the primary school (2nd ed.). New

York:Gassell.

Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice-Hall,

Inc.

Loh, P. K. (1991). A Handbook of music theory. Kuala Lumpur. Penerbit Muzikal.

Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th ed.). New York: McGraw-Hill

Companies, Inc

Klonoski, E. (1998). Teaching pitch internalization processes (Journal of Music Theory

Pedagogy), 1281-96

Taylor, Eric (1989). The AB Guide to Music Theory. London: The Assaciated Board of

the Royal Schools of Music.

Page 14: Tugasan HBMS4403

Winslow, R. W., (2001). Music skill for classroom teachers. New York: McGraw-Hill

Higher Education