tugasan hbhe3203_kebersihan&keselamatan.doc

Upload: dyaputra

Post on 05-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

NADIAH BINTI EMRAN810816-06-5574HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARANJAN

2012

1.0 PENGENALANPerkataan selamat membawa maksud aman damai, terhindar dari ancaman dan terpelihara daripada sebarang ancaman atau bahaya. Keselamatan pula bererti sesuatu keadaan yang tenang, selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan atau gangguan daripada sesiapa. Keselamatan ini penting kepada sesuatu organisasi dalam menjalankan operasinya. Dalam organisasi sekolah, keselamatan pelajar, guru-guru, pihak pentadbir dan kakitangan sekolah adalah menjadi tanggungjawab semua. Menurut Stephen (1996), mendefinikan sekolah selamat bermaksud tempat para pelajar mendapat pembelajaran dan tempat guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas daripada persekitaran yang menakutkan. Sekolah juga merupakan tempat dimana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan kepada para pelajar. Sekolah dikatakan tidak selamat apabila apek peraturan dan undang-undang tidak dititikberatkan oleh semua pihak komuniti sekolah kerana ahlinya memerlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan yang dilindungi oleh perundangan yang ditetapkan.Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Antaranya adalah Program Sekolah Selamat pada 2002 sebenarnya bertunjangkan satu matlamat jitu, mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. Sekolah selamat ditakrifkan sebagai tempat yang tersusun bertujuan dimana pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah adalah bebas dari dari bahaya untuk pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dengan kata lain sekolah selamat merujuk kepada kepercayaan bahawa semua pelajar di sekolah mempunyai peluang untuk belajar di dalam sebuah persekitaran yang selamat, kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta bebas dari sebarang gangguan. Objektif umumnya ialah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah. Ia diperkenalkan kepada semua sekolah bagi mendedahkan tatacara kepada para pelajaran, guru, ibu bapa dan individu yang tentang keselamatan pelajar dari aspek aktiviti pelajar, pembangunan fizikal, bencana alam, sosial ataupun lokasi. Tahap keselamatan yang tinggi ini perlu didedahkan kepada semua pihak agar langkah-langkah tersebut dapat diamalkan dan dijadikan budaya kehidupan mereka yang terhindar daripada bahaya. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap keselamatan terutamanya terhadap para pelajarnya kerana pelbagai perkara mungkin akan berlaku tanpa pengetahuan kita. Justeru itu, perubahan iklim pendidikan negera telah memberi impak yang besar dalam meningkatkan tahap keselamatan di sekolah. Di sekolah, terdapat pelbagai bilik-bilik khas yang disediakan oleh pihak sekolah seperti dewan utama, stor sukan, makmal komputer, bilik sains dan sebagainya untuk memberi kemudahan kepada para pelajar untuk menikmati peningkatan ilmu dalam mengikut arus pemodenan. Dengan wujudnya bilik-bilik khas ini, maka para guru yang bertanggungjawab perlu mengadakan atau mendedahkan tatacara penggunaan bilik-bilik tersebut kepada para pelajar, guru dan kakitangan sekolah agar keselamatan mereka terjamin dan terhindar dari kecederaan dan mendatangkan bahaya. 2.0 TATACARA PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS DI SEKOLAH

Stor sukan adalah tempat khas yang digunakan untuk menyimpan semua barangan atau peralatan sukan yang berkaitandan selalunya diuruskan oleh panitia subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Segala yang berkaitan peralatan dan barangan ini memerlukan perekodan, penyelenggaraan dan proses hapus kira yang dilakukan secara berkala. Stor sukan yang baik mempunyai perlabelan bagi setiap alatan dan barangan. Ini memudahkan urusan keluar masuk alatan yang digunakan. Selain itu buku rekod penggunaan juga diperlukan untuk proses kemaskini dan perekodan segala peralatan yang diguna pakai. Pengurusan stor sukan yang baik memberikan tahap keselamatan yang tinggi dan ini akan mengurangkan risiko berlakunya kemalangan atau kecederaan dikalangan guru dan murid. Melakukan jadual pengurusan stor yang melibatkan murid juga akan memudahkan urusan penjagaan stor dan dalam masa yang sama membentuk sikap tanggungjawab di kalangan mereka.

1. Tatacara Ama. Tidak dibenarkan masuk ke stor sukan tanpa kebenaran atau kehadiran guru

Pelajar hanya dibenarkan masuk apabila dibenarkan oleh guru. Jika tiada arahan daripada guru, pelajar tidak dibenarkan masuk dan masuk mestilah bersama-sama dengan guru.

b. Amalkan sikap bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan stor sukan Pelajar dan guru mestilah bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan di dalam stor sukan, budaya ini perlu diamalkan oleh semua agar kebersihan stor sukan sentiasa dijaga dan sentiasa bersih. Membuang segala sampah-sarap di dalam tong sampah.

c. Pastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukanGuru dan pelajar perlu memastikan suiz lampu dan kipas sentiasa ditutup sebelum keluar daripada stor sukan. Hal ini untuk mengelakkan pembaziran elektrik dan menghindari daripada berlakunya pintasan elektrik dan terbakar.d. Memastikan peralatan sukan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan

Peralatan sukan yang hendak digunakan mestilah diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan. Peralatan tersebut juga mestilah berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan semasa aktiviti Pendidikan Jasmani. Jika berlaku sebarang kerosakan hendaklah melaporkan kepada guru yang bertugas.

e. Memastikan pintu stor sukan sentiasa ditutup sebelum meninggalkan stor sukan

Pintu stor sukan mestilah sentiasa ditutup dan dikunci sebelum meninggalkan stor sukan. Ini untuk menggelakkan berlakunya kehilangan, kecurian dan kerosakan peralatan sukan di dalam stor. 2. Tatacara Murida. Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam stor sukan

Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman ke dalam stor sukan. Hal ini untuk mengelakkan daripada sto sukan dimasuki oleh binatang seperti serangga atau sebagainya yang boleh merosakkan peralatan sukan. Pelajar mesti makan dan minum diluar stor sukan. b. Mematuhi segala arahan guru dan peraturan yang ditetapkan

Para pelajar dihendaki mematuhi segala arahan guru dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh sihak sekolah terhadap para pelajar. Arahan dan peraturan ini penting untuk mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini dan boleh memudaratkan keselamatan pelajar-pelajar.

c. Tidak dibenarkan bermain-main di dalam stor sukan

Pelajar juga tidak dibenarkan bermain-main atau berkejar-kejaran semasa berada di dalam stok sukan. Di dalam stor sukan terdapat peralatan yang berat dan diletakkan di tempat yang tinggi. Hal ini mungkin peralatan tersebut terjatuh dan menimpa pelajar ketika mereka bermain di dalam stor sukan. Keadaan ini boleh membahayakan dan mengakibatkan kecederaan ke atas diri pelajar.

d. Meletakkan dan menyusun semula peralatan sukan yang digunakan ditempat yang telah ditetapkan

Pelajar mestilah meletakkan dan menyusun semula semua peralatan sukan yang telah digunakan ditempat yang telah ditetapkan. Di dalam stor sukan, semua tempat meletakkan peralatan mempunyai label yang tersendiri dan pelajar hanya meletakkannya mengikut label tersebut. Pelabelan ini memudahkan lagi penyimpanan peralatan dan lebih tersusun dan kemas.

e. Melaporkan sebarang kerosakan peralatan sukan kepada guru yang bertugas

Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kerosakan peralatan sukan kepada guru yang bertugas. Laporan ini penting untuk menggelakkan pelajar menggunakan peralatan sukan yang tidak selamat seterusnya membahayakan keselamatan para pelajar.

3. Tatacara Gurua. Mencatat atau merekod peralatan sukan yang hendak digunakan ke dalam Buku Rekod Pinjaman yang disedikanGuru Pendidikan Jasmani yang menggunkan peralatan sukan dan mengeluarkan peralatan tersebut dari stor sukan mestilah merekod dan mencatat semua peralatan yang digunakan di dalam Buku Rekod Pinjaman Peralatan yang disediakan oleh Ketua Panitia Pendidikan Jasmani. Rekod ini penting untuk pengiraan stok peralatan Pendidikan Jasmani.

b. Memastikan pelajar tidak mengambil atau bermain dengan peralatan sukan yang membahayakan

Guru perlu memastikan tidak ada pelajar yang dibenarkan mengambil peralatan yang mempunyai beban yang berat dan tidak kemampuan untuk pelajar membawanya. Selain itu, guru juga memastikan tidak ada pelajar bermain peralatan sukan yang membahaya diri mereka. Hal ini untuk mengelakkan pelajar ditimpa sebarang kecederaan.

c. Membuat laporan tentang kerosakan peralatan kepada guru yang bertanggungjawab

Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan sukan semasa atau selepas digunakan, mestilah membuat laporan kepada guru yang bertanggungjawab dan merekod dalam buku yang disediakan.

RUMUSAN

Dengan wujudnya tatacara penggunaan stor sukan ini, ia diharapkan dapat mengelakkan penyalahgunaan alatan yang mana sering menjadi punca utama kerosakan peralatan sukan. Dalam usaha merealisasikan sekolah selamat, ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid. Selain itu, tatacara penggunaan ini dapat memberi manfaat tersendiri kepada murid iaitu meningkatkan keceriaan dan keselesaan murid dan guru menggunakan alatan serta memberi pengetahuan kepada murid tentang kepentingan penjagaan dan peraturan di stor sukan. Kantin sekolah merupakan tempat khas murid-murid makan,minum dan berehat semasa waktu rehat atau waktu yang ditetapkan oleh pentadbiran sekolah. Kantin sekolah akan menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual oleh para peniaga premis yang dilantik. Tanggungjawab peniaga premis ini termasuklah menyediakan pemakanan mengikut pyramid makanan disamping dijual secara secara bersih dan selamat. Murid-murid perlu sentiasa mematuhi peraturan di kantin untuk memudahkan urusan semasa berada dikantin.

1. Tatacara Ama. Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah

Semua murid, guru dan kakitangan sekolah mestilah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Peraturan ini bergantung kepada perubahan iklim keselamatan dari semasa ke semasa.

b. Sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kantin

Semua pihak dan komuniti sekolah sentiasa menjaga kebersihan dikantin terutamanya kebersihan penyediaan makanan kepada komuniti sekolah. Kebersihan ini merupakan aspek yang penting dalam meningkatkan kesihatan pelajar dan mengelakkan berlakunya penyakit cirit birit dan keracunan makanan. Tidak dibenarkan mengusik atau merosakkan bahan-bahan yang telah disediakan oleh guru di bahagian atau di sudut kantin. Ini boleh mencacatkan keceriaan di kantin.

c. Mengamalkan budaya dan adab yang sopan semasa berada di kantin

Para pelajar, guru, kakitangan sekolah dan individu yang berkaitan mestilah mengamalkan budaya dan adab yang sopan semasa makan dan minum dikantin. Budaya makanan sambil duduk, tidak bercakap semasa mulut dipenuhi dengan makanan, menjerit-jerit dikawasan kantin sebagainya merupakan adab yang tidak sopan. Kelakuan ini perlu dihindarkan untuk membentuk budaya yang sopan dan personaliti yang baik dan menarik.

2. Tatacara Murida. Pelajar tidak dibenarkan berlari dan berkejar-kejaran di dalam kawasan dan di luar kantinPelajar dilarang sama sekali berlari dan berkejar-kejaran di dalam kawasan dan di luar kantin sesama waktu rehat. Kawasan kantin merupakan tempat untuk pelajar berehat daripada pembelajaran, makan dan minum. Oleh yang demikian, larangan ini untuk mengelakkan berlaku kecederaan dan kecemasan semasa berlari dan berkejar-kejaran. b. Pelajar dibenarkan makan dan minum di kantin serta di pondok rehat. Dilarang makan dan minum di dalam kelasPelajar dihendaki makan dan minum di kantin dan pondok rehat sahaja semasa waktu rehat. Pelajar dilarang memakan dan minum di dalam kelas kerana kelas merupakan tempat pembelajaran berlaku dan kelas tersebut mestilah sentiasa bersih daripada sebarang sampah-sarap dan kekotoran. Ini boleh mengganggu ketidakselasaan pelajar semasa pembelajaran berlaku.

c. Beratur, beradab tertib dan mengamalkan displin diri ketika membeli makanan dan minuman di kantinPelajar mesilah sentiasa beratur ketika membeli makanan dan minuman di kantin. Jangan berebut-rebut dan menolak-nolak pelajar lain ketika mengambil makanan. Hal ini untuk mengelakkan makanan dan minuman yang dibeli jatuh bertaburan sebelum mereka merasai makanan tersebut. Di samping iu, pelajar perlu mengamalkan disiplin diri iaitu mematuhi segala peraturan kantin yang telah ditetapkan.pelajar juga perlu beradab tertib semasa makan dan minum dikantin iaiu tidak menjerit-jerit, bercakap dengan kuat, makan sambil berjalan dan sebagainya.

d. Membuang sisa dan bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang disediakanSetelah selesai makan dan minum, pelajar dihendaki membuang segala sisa makanan dan bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak kantin. Tidak dibenarkan sama sekali meninggalkannya di atas meja atau lantai kantin. Hal ini dapat mendisiplin diri pelajar dalam persekitaran kantin sekolah serta melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar.3. Tatacara Gurua. Memantau dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pendidikan dan Kesihatan

Guru yang bertugas mestilah memantau dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan dan Kesihatan yang telah ditetapkan. Jika berlaku pelanggaran peraturan, guru mestilah melaporkannya ke dalam buku laporan kantin dan pihak pentadbir. Hal ini dapat memberi teguran dan amaran kepada penguasaha kantin tentang peraturan yang telah ditetapkan.

b. Memastikan pengusaha menyediakan tempat dan persekitaran kantin yang bersih, kemas dan sentiasa ceriaGuru perlu memastikan pengusaha dan pekerja-pekerja kantin menyediakan tempat yang sesuai untuk para pelajar, guru dan kakitangan sekolah untuk menikmatikan makanan dan minuman di kantin. Persekitaran kantin juga mestilah sentiasa bersih dan kemas susunannya terutama bahagian dapur. Bahan-bahan memasak perlu diletakkan di tempat yang sesuai. Menggunakan penyepit semasa mengambil makanan, mengelap semua pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan garfu dengan kain yang bersih. Di samping itu, kaedaan kantin mestilah bersuasana ceria dan menggembirakan.c. Merekod kebersihan kantin di dalam Buku Laporan Kantin

Guru bertugas mingguan mestilah memastikan memeriksa, meninjau dan merekod perkara-perkara yang telah ditetapkan ke dalam Buku Laporan Kantin yang disediakan. Setiap hari, guru hendaklah mencatat segala butiran atau pemasalahan yang berlaku di kantin. Ini bertujuan laporan tersebut akan diambil tindakan dengan segera kerana ia melibatkan kebersihan, kesihatan dan keselamatan komuniti si sekolah semasa mereka makan di kantin sekolah. RUMUSAN

Dengan adanya tatacara penggunaan kantin ini, keselamatan dan kesihatan murid akan lebih terjamin. Risiko berlakunyanya keracunan makanan juga dapat dielakkan. Selain itu, ia juga diwujudkan agar kantin sekolah lebih bersih dan ceria.

Dewan atau foyer menjadi kegunaan rasmi sekolah untuk pelbagai aktiviti seperti perhimpunan rasmi, sambutan rasmi seperti kemerdekaan atau maulud nabi mahupun kegiatan murid seperti peperiksaan umum dan sebaginya. Dewan atau foyer mampu menempatkan murid bersama guru dan kakitangan untuk satu-satu masa. Dewan ini juga turut boleh digunakan oleh orang luar atas kebenaran pihak sekolah. Dewan atau foyer sebenarnya mempunyai pelbagai kegunaan dan menjadi memerlukan selenggaraan yang berterusan untuk mengekalkan fungsinya secara optima.

1. Tatacara Ama. Dilarang membawa masuk makanan dan minuman di dalam dewan / foyer

Pelajar, guru, kakitangan sekolah dan individu yang berkaiatan dilarang membawa masuk sebarang bungkusan makanan dan minuman di dalam dewan. Larangan bertujuan untuk mengelakkan berlaku kekotoran lantai dan dewan dipenuhi dengan sampah-sarap. Segala sampah-sarap mestilah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Jangan membuang sampah di merata-rata tempat di dalam kawasan dewan.

b. Mematuhi peraturan yang ditetapkan dan arahan yang diberikan oleh penyelaras

Setiap individu perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkenan. Begitu juga dengan arahan yang diarahkan oleh penyelaras dewan. Larangan ini dibuat supaya sebarang kecelakaan dan kecamasan berlaku di dalam dewan. Ini penting untuk menjaga keselamatan orang yang berada di dalam dewan.c. Tidak dibenarkan mengubah, mengalihkan peralatan atau membawa keluar perabot dari dewanSebarang pengubahan, pengalihan peralatan di dalam dewan dilarang sama sekali. Hanya penyelarasan atau individu yang diarahkan sahaja yang dapat melakukannya. Individu perlu bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan. 2. Tatacara Murida. Dilarang masuk tanpa kebenaran guru yang bertugasMurid dilarang masuk ke dalam dewan tanpa kebenaran guru atau penyelaras yang bertugas. Murid hanya dibenarkan masuk kecuali mempunyai urusan yang diarahkan oleh guru. Murid juga perlu masuk bersama-sama guru.

b. Mematuhi segala peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh penyelaras Murid perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan arahan yang diberikan oleh guru berkenanan. Peraturan-peraturan ini penting untuk meningkatkan keselamatan pelajar semasa berada di dalam dewan.

c. Tidak dibenarkan membawa peralatan-peralatan yang boleh merosakkan barang dan peralatan di dalam dewan Murid tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan yang tajam atau boleh membahaya murid yang lain. Murid dilarang merosakkan peralatan yang ada di dalam dewan .

d. Sentiasa beradab sopan dengan menjaga tatasusila di dalam dewan

Murid mestilah menjaga segala kelakuan dan adab yang sopan semasa berada di dalam dewan. Tidak dibenarkan bercakap-cakap semasa majlis berlangsung, membuat bising dan sebagainya adalah adab yang kurang sopan. 3. Tatacara Gurua. Memastikan keadaan di dalam dewan sentiasa bersih dan ceriaGuru perlu memastikan kebersihan di dalam dewan sentiasa dijaga dan memantau murid daripada merosakkan kad, gambar, perkataan, dinding dan sebagainya yang boleh mejejaskan keceraiaan di dalam dewan. Membuang segala sampah-sarap ke dalam tong sapah yang disediakan.

b. Memastikan segala peralatan dan perabot di dalam dewan disusun dengan teratur dan kemas

Guru memastikan segala peralatan dan barang di dalam dewan disusun dengan teratur dan kemas. Kedudukan murid, guru dan pihak pentadbir hendaklah dibuat mengikut kesesuaian sesuatu majlis. Guru juga memastikan segala PA Sytem dibuat dengan terancang dan perlu diperiksa sebelum digunakan. Ini bertujuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku semasa program dijalankan.

c. Mencatat dan melaporkan kerosakan peralatan dan barang di dalam buku laporan

Guru mestilah memeriksa peralatan dan barang sebelum ia digunakan. Jika berlaku sebarang kerosakan, perlu mencatat dan melaporkan kerosakan tersebut didalam buku laporan yang disediakan. Pemeriksaan awal penting untuk menghindarkan sebarang kecelakaan berlaku yang boleh membahayakan nyawa seseorang.

d. Menutup semua suis dan pintu sebelum meninggalkan dewan

Guru memastikan semua suis dan pintu sentiasa ditutup sebelum meninggalkan dewan. Ini mengelakkan berlakunya pembaziran dan suiz terbakar. RUMUSAN

Demi menjaga keselamatan, kebersihan dan keceriaan dewan sekolah, tatacara penggunaan ini harus diikuti oleh semua pihak sekolah. Laporan segera berkaitan kerosakan dapat mengelakkan kecelakaan memandangkan dewan sekolah adalah tempat yang besar serta digunakan oleh ramai murid. Ia juga dapat melancarkan sesuatu program yang akan diadakan di sini. Selain itu tatacara penggunaan ini dapat meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan dewan.

Penubuhan dan pembinaan makmal-makmal komputer di sekolah-sekolah adalah merupakan satu perkembangan yang baik yang harus dipuji ke arah memperlengkapkan prasarana ICT di sekolah-sekolah serta sebagai satu lagi penambahan gedung ilmu. Ini bermakna dalam proses menimba ilmu dan memberi pemahaman pembelajaran kepada murid, guru harus mampu meneroka pelbagai kaedah, teknik dan aktiviti secara menyeluruh dan bersepadu setiap masa dalam bilik komputer. Kelengkapan sama ada dari aspek fizikal atau pun dari segi materialnya adalah faktor yang menyumbang ke arah keberkesanan proses p&p. Proses P&P pada asasnya berkehendakkan seseorang guru berkemahiran mengaplikasikan pelbagai media untuk dijadikan sebagai media pengajaran (instructional media) ke arah memudahkan pemahaman di kalangan pelajar dalam proses memperjelaskan sesuatu konsep pembelajaran secara lebih berkesan.1. Tatacara Ama. Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh penyelaras makmal komputer

Setiap individu yang menggunakan makmal computer perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh penyelaras makmal komputer. Di dalam makmal komputer, peraturan-peraturan ini mesti dipatuhi dengan sebaik-baiknya agar segala kebakaran pada pintasan wayar tidak berlaku.

b. Pengguna makmal komputer mestilah mendengar taklimat sebelum menngunakan peralatan komputer

Sebelum pengguna makmal memasuki makmal computer, mereka perlu mendengar taklimat ringkas tentang penggunaan komputer. Pengguna perlu mematuhi segala yang diarahkan oleh guru yang bertugas dan penyelaras komputer makmal. Ini penting bagi mengelakkan kecemasan berlaku semasa pengguna menggunakan komputer.

c. Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal komputer

Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk sebarang bentuk makanan dan minuman di dalam makmal komputer supaya tidak mengotori lantai, meja dan kompter makmal dan menggelakkan sebarang bau busuk yang boleh menjejaskan pembelajaran di dalam makmal komputer. d. Menggunakan plan laluan kebakaran jika berlaku kecemasanDi dalam bilik makmal kompuer, disediakan plan lauan kebakaran. Jika berlaku kebakaran atau kecemasan, pengguna perlu menggunakan plan laluan kebakaran yang disediakan oleh guru penyelaran makmal komputer untuk keluar ke tempat yang lebih selamat.

2. Tatacara Murida. Mematuhi segala peraturan dan arahan daripada guru

Pelajar mestilah mematuhi segala peraturan dan arahan daripada guru supaya langkah-langkah keselamatan perlu dijaga.

b. Dilarang melayari internet tanpa kebenaran dan pengetahuan daripada guru

Pelajar dilarang melayari internet tanpa kebenaran dan pengeahuan daripada guru. Jangan mengambil kesempatan melayari internet dengan membuka laman web yang tidak dibenarkan.

c. Mencatat maklumat penggunaan makmal pada buku log penggunaan komputer

Murid yang memasuki makmal komputer perlu mencatat segala maklumat penggunaan makmal pada buku log penggunaan komputer. Buku log ini disediakan pada setiap komputer yang ada di dalam makmal komputer.

d. Melaporkan kerosakan peralatan atau barang di dalam makmal komputer Murid perlu melaporkan kerosakan peralatan dan barang yang dialami pada komputer tersebut atau kerosakan lain di dalam makmal komputer. Laporan kerosakan ini penting dalam memperbaiki dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan secepat yang mungkin.3. Tatacara Gurua. Dilarang mengeluar sebarang perkakasan atau perisian komputerGuru perlu memastikan tiada murid yang mengeluarkan perkakasan dan pengisian komputer dari makmal komputer. Jika berlaku pengeluaran, guru perlu mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pelajar tersebut.

b. Melaporkan kerosakan yang berlaku kepada penyelaras makmal komputer dengan segera

Guru perlu melaporkan kerosakan yang berlaku dengan segera kepada penyelaras makmal computer untuk tindakan yang sepatunya. Hal ini dapat mengelakkan berlaku kebakaran pada kompenan computer di dalamnya.

c. Memantau gerak kerja murid agar mengikut pembelajaran yang ditetapkan

Semasa pembelajaran berlaku, guru dihendaki memantau gerak kerja murid agar mereka tidak menyimpang ke arah yang merosakkan minda mereka. d. Memastikan murid keluar dari program atau shut down komputer mengikut peraturan yang ditetapkanGuru perlu memeriksa dan memastikan murid keluar dari program dengan menekan shut down mengikut peraturan yang disediakan dalam buku panduan penggunaan komputer.

RUMUSANTatacara penggunaan makmal komputer ini diwujudkan agar dapat menjamin keselamatan makmal dan penggunanya serta peralatannya. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat dijalankan dengan lancar tanpa gangguan serta dapat meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan peralatan di makmal ini.3.0 RUMUSAN KESELURUHANBerdasarkan peraturan-peraturan dan tatacara penggunaan sesuatu bilik khas adalah suatu yang penting dalam menjaga keselamatan semua pihak. Tatacara ini perlu dimantapkan dari semasa ke semasa mengikut perubahan iklim pendidikan di negara kita. Bagi mencapai kesejahteraan dan ketenteraman semua, usaha-usaha keselamatan yang bersepadu perlu dipertingkatkan dan dilaksanakan dengan jayanya. Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan prosedur keselamatan yang betul, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh guru besar sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita. Disiplin dalam darjah penting bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh itu disiplin dalam bilik darjah yang konstruktif akan dapat mempengaruhi para pelajar berasa bertanggungjawab terhadap setiap tingkahlakunya. Keadaan ini akan lebih berkesan apabila murid telah menerima struktur peraturan/disiplin sekolah sebagai suatu undang-undang dan bukannya mesti dipatuhi kerana dikuatkuasakan oleh pihak pentadbir sekolah.Maka diharapkan aspek keselamatan sentiasa dititikberatkan dalam empat aspek berikut melalui tatacara penggunaan yang betul dan tepat. Ini akan dapat membantu untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan semua pihak. Menjadi tanggungjawab semua warga sekolah untuk memberikan sokongan jitu dalam perlaksanaan tatacara penggunaan yang sewajarnya demi kesejahteraan bersama. Satu mekanisme yang konkrit diperlukan untuk mengekalkan kesinambungan ini supaya ianya dapat mewujudkan generasi murid yang berketrampilan,berdispilin dan mempunyai daya juang yang tinggi. Akhir kata,konsep prosedur keselmatan dan tatacara penggunaan yang komprehensif dangat diperlukan dalam melestarikan kualiti pembelajaran murid disamping meningkatkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

4.0 RISALAH TATACARA PENGGUNAAN KANTIN

5.0 POSTER

6.0 RUJUKANhttp://www. blogmoh.moh.gov.my/?p=778Di'cache'(bertarikh 28 Februari 2012)

http://www. hemsktbi.blogspot.com/.../matlamat-pengurusan-kantin-sekolah-sk.ht(bertarikh 1 Mac 2012)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/20110425204224/ArticleDi'cache'(bertarikh 1 Mac 2012)

http://www. ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file...t.(bertarikh 1 Mac 2012)

http://www.ibs.upm.edu.my/note/Stor%20Kerajaan.pdf(bertarikh 2 Mac 2012)

http://www. kbs.gov.my/index.php/bm/...dan.../bhg-khidmat-pengurusan(bertarikh 3 Mac 2012)

http:// www.portal.bph.gov.my/v2/index.php?option=com...id(bertarikh 1 Mac 2012)http://www. perlis.moe.edu.my/skarau/index.php?option=com_content(bertarikh 3 Mac 2012)

http://www.ums.edu.my/webv3/appl/index.php?mod...action...id

(bertarikh 1 Mac 2012)

http://www.pkb.edu.my/ustm_fail/GarispanduanKeselamatan-PKB-V1.pdf(bertarikh 2 Mac 2012)

http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/PENGURUSAN%20BD.pdfSerupa

(bertarikh 1 Mac 2012)TATACARA PENGGUNAAN STOR SUKAN

TATACARA PENGGUNAAN DI KANTIN

TATACARA PENGGUNAAN DEWAN / FOYER

TATACARA PENGGUNAAN DI MAKMAL KOMPUTER

20