tugasan esei bmp3093

17
KRL 3033 PJJ APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU (BMP3093) SEMESTER 2 SESI 2013/2014 TUGASAN INDIVIDU 25% DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PROGRAM MOHD NOOR AZAM BIN AYUB D20112055134 A132PJJ PENSYARAH E-LEARNING : DR ADENAN AYOB TARIKH : 4 MEI 2014 MARKAH

Upload: azam-bin-ayub

Post on 15-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BMP3093

TRANSCRIPT

PAGE

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KRL 3033

PJJ

APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU (BMP3093)SEMESTER 2 SESI 2013/2014TUGASAN INDIVIDU 25%DISEDIAKAN OLEH:

NAMANO. MATRIKPROGRAM

MOHD NOOR AZAM BIN AYUBD20112055134A132PJJ

PENSYARAH E-LEARNING: DR ADENAN AYOBTARIKH

: 4 MEI 2014MARKAH

KANDUNGAN

MUKA SURAT1.0PENGENALAN

11.0.1FASA PERANCANGAN

11.0.2FASA PELAKSANAAN

21.0.3FASA PENILAIAN

52.0MODEL ADDIE

53.0ALIRAN KERJA MODEL ADDIE

63.0.1Analisis

63.0.2Reka bentuk Perisian

73.0.3Pembangunan Perisian

73.0.4Pelaksanaan Perisian

73.0.5Penilaian

84.0RUMUSAN

8RUJUKAN

LAMPIRAN

1.0PENGENALANPenggunaan multimedia dalam pendidikan telah mengubah proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dahulunya berpusatkan guru, tetapi kini lebih banyak memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai alam baru dunia pendidikan yang semakin hebat, menarik, canggih serta moden. Bagi mengaplikasikan kecanggihan komputer dalam proses P&P ini, satu kaedah pengajaran direka cipta dengan menggunakan alat pengarangan untuk menghasilkan perisian multimedia dan kini lebih dikenali sebagai Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBBK). Guru sentiasa mencari pendekatan baharu bagi mengajar mata pelajarannya yang dapat memotivasikan pelajar melalui penyelidikan, menelaah, menulis, mencari kaitan antara bidang pengetahuan dan merangsang murid mencari inisiatif serta berdikari mendapatkan maklumat yang diperlukan. Dalam pembangunan sesuatu perisian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat tiga fasa utama yang perlu diberikan fokus. Pertama ialah fasa perancangan. Kedua ialah fasa pelaksanaan. Ketiga pula ialah fasa penilaian.

Terdapat tiga fasa utama dalam pembangunan sesuatu perisian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Fasa pertama ialah fasa perancangan, kedua ialah fasa pelaksanaan dan ketiga pula ialah fasa penilaian. Perbincangan tentang ketiga-tiga fasa pembangunan perisian adalah seperti berikut:1.0.1 FASA PERANCANGAN

Pembangun melaksanakan proses menganalisis terhadap keperluan perisian bagi memastikan pembangunan perisian lebih sistematik dan terancang. Pereka bentuk akan membina kefahaman mengenai pengguna persekitaran perisian yang akan digunakan, objektif dan matlamat yang cuba dicapai oleh perisian, alatan atau bahan pengukuran sejauh mana objektif dan matlamat dipenuhi, kekangan dan kekuatan perisian. Fasa ini mengandungi tiga aktiviti utama iaitu pembinaan konsep perisian, menyatakan tujuan dan mengenalpasti kumpulan sasaran.

Fasa ini melibatkan kerja-kerja seperti berikut:

a. Mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan.

b. Menentukan cara penyelesaian ke atas masalah berkenaan.

1c. Membuat kajian ke atas masalah yang dikenalpasti untuk mengumpulkan data berkaitan dan menyenaraikan bahan rujukan yang akan digunakan.

d. Menentukan objektif yang ingin dicapai melalui perisian tersebut.

e. Menentukan ciri-ciri pengguna yang akan menggunakan perisian itu.

f. Memilih pendekatan pengajaran yang akan digunakan dalam perisian.

g. Menentukan kesesuaian reka bentuk perisian.

h. Menentukan persekitaran bagi perisian yang dibangunkan akan digunakan.

i. Menentukan langkah kerja pembinaan sesebuah perisian.

Reka bentuk sesebuah perisian boleh dijalankan dengan terancang dan teratur apabila kesemua aktiviti di atas dapat diselesaikan.

Pembinaan konsep perisian adalah proses menjana idea dapat diperolehi melalui cara yang tidak berstruktur seperti senarai semak dan sesi sumbangsaran. Pendapat boleh digunakan untuk menetapkan visi namun mesti disampaikan dalam bentuk panduan pembangunan. Idea mesti jelas, dapat diukur dan mempunyai objektif yang mampu dicapai. Kemudian, menyatakan tujuan berdasarkan matlamat dan objektif pembangunan perisian. Matlamat adalah sesuatu yang ingin dicapai dalam jangka masa yang panjang. Contohnya mewujudkan sebuah perisian yang dapat mengurangkan kos latihan secara tradisi. Objektif pula merupakan sesuatu yang ingin dicapai dalam tempoh yang pendek. Contohnya memasukkan elemen audio ke dalam perisianpada fasa pembangunan. Seterusnya, mengenalpasti kumpulan sasaran iaitu pembangun perisian perlu menentukan maklumat yang diperlukan, jenis pengguna dan kaedah yang bersesuaian dengan para pengguna.

1.0.2 FASA PELAKSANAAN

Terdapat tiga langkah kerja utama yang sering dilaksanakan dalam reka bentuk perisian. Tiga aktiviti utama yang terlibat adalah menentukan cara pelaksanaan, menentukan spesifikasi dan menghasilkan papan cerita dan navigasi. Aktiviti pertama adalah menentukan cara pelaksanaan perisian. Projek yang dipersembahkan kepada pengguna harus mengambil kira objektif, konsep dan kumpulan pengguna perisian.

2Perkara yang perlu diserapkan ke dalam perisian ialah corak perisian, pendekatan, metafora dan keutamaan. Corak perisian kebanyakkan perisian yang dibangunkan untuk kegunaan permainan dan hiburan biasanya memiliki unsur jenaka dan tidak formal. Perisian untuk tujuan latihan atau perniagaan pula biasanya menggunakan corak yang lebih serius dan formal. Corak perisian juga dipengaruhi oleh media yang digunakan. Pendekatan perisian untuk kanak-kanak sering menggunakan pendekatan penjelajahan dan klikan grafik-grafik tertentu. Sebaliknya, perisian untuk pengguna dewasa pula biasanya dalam pendekatan panduan atau arahan penggunaan yang lengkap. Terdapat juga pendekatan berpandu atau hos yang menggunakan butang pertolongan yang mengeluarkan skrin bantuan apabila diklik. Metafora adalah persembahan maklumat dalam bentuk lokasi atau objek yang membawa navigasi ke atau peringkat yang lebih khusus daripada sebuah skrin yang menggunakan konsep metafora. Keutamaan setiap elemen perisian perlu dipertimbangkan berdasarkan objektif, konsep dan pengguna. Tetapi peruntukkan masa dan kewangan juga mempengaruhi faktor ini.

Aktiviti kedua adalah menentukan spesifikasi yang terdiri daripada sistem main semula, elemen yang dimasukkan, kebolehfungsian dan antaramuka pengguna. Sistem main semula merupakan keupayaan sistem komputer daripada sudut kepantasan, ingatan utama, ruang storan dan sebagainya perlu ditentukan sejak awal untuk memastikan supaya perisian yang dibina boleh dimainkan pada sistem komputer yang dicadangkan tanpa sebarang masalah. Elemen yang dimasukkan adalah sekiranya audio dimasukkan, saiz dan cara rakamannya perlu dikira. Bagi

video, saiz kerangka sesaat perlu diukur. Saiz setiap objek yang digunakan seperti grafik, imej, butang, teks, font, saiz font, stail font dan warna perlu ditentukan dan ditetapkan dalam spesifikasinya. Kebolehfungsian tentang pembangunan perlu memastikan kaedah sesuatu objek berinteraksi berasaskan reaksi pengguna. Antaramuka pengguna melibatkan rekabentuk skrin susunan objek pada setiap skrin, interaksi objek-objek pengguna dan kaedah penerokaan pengguna.

Aktiviti ketiga adalah menghasilkan papan cerita dan navigasi. Proses pembangunan perisian memerlukan penggunaan papan cerita yang diwakili oleh perkara yang akan dipaparkan pada setiap skrin dan cara setiap skrin dihubungkan antara satu dengan lain. Papan cerita dapat 3digunakan untuk memberi gambaran kasar projek, panduan kepada pembangun program, gambaran cara setiap skrin dihubungkan, dan gambaran kaedah setiap objek berfungsi. Perkara penting dalam menyediakan papan cerita ialah merancang sistem penerokaan atau navigasi untuk setiap skrin dalam papan cerita tersebut. Perkaitan antara skrin melalui penggunaan butang, hiperteks dan imej berangkaian membenarkan pengguna berpindah dari satu skrin ke skrin yang lain. Pembinaan perisian akan menentukan cara setiap skrin dihubungkait melalui penggunaan papan cerita. Sistem navigasi dapat dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti mengikut susunan berturutan, mengikut tajuk seperti dalam ensaiklopedia dan kiosk maklumat, melalui konsep perjelajahan dan sebagainya.

Pembangunan projek perisian melibatkan proses kerja berubah berperingkat-peringkat daripada fasa merancang dan melaksana termasuklah pembangunan perisian. Proses ini melibatkan dua aktiviti utama iaitu pembinaan isi kandungan dan aktiviti mengarang atau mengaturcara perisian. Pembangunan isi kandungan melibatkan persoalan tentang tahap kualiti isi kandungan perisian seperti grafik, audio, video dan sebagainya. Kemudian, kaedah isi kandungan dijana atau dihasilkan sama ada menggunakan semula kandungan sedia ada, mengupah pakar untuk menulis teks menggunakan khidmat pelukis grafik dan sebagainya. Seterusnya, orang yang bertanggungjawab dalam mendapatkan hak cipta dan perjanjian perlesenan. Akhirnya, kaedah isi kandungan perisian disimpan dan didokumentasikan. Seandainya sesebuah perisian dibangunkan dengan menggunakan semula isi kandungan sedia ada seperti daripada buku atau katalog maka proses membina isi kandungan perisian akan menjadi lebih mudah. Tetapi proses pembangunan kandungan akan menjadi susah dan memakan masa jika maklumat untuk dimasukkan adalah kurang atau tidak ada. Seandainya, perisian memerlukan elemen audio, video, animasi dan grafik yang baru maka ia juga akan melewatkan proses pembangunan perisian tersebut.

Andainya fasa perancangan dan fasa pelaksanaan dilakukan dengan sempurna, proses mengarang dan mengaturcara akan menjadi senang dan cepat. Mengarang atau mengaturcara perisian boleh menjadi semudah membuat slaid elektronik seperti menggunakan perisian Microsoft Power Point 2000 atau yang lebih kompleks. Terdapat banyak perisian yang dapat digunakan bagi proses pengarangan dan pengaturcaraan pada masa yang sama. Andainya perisian yang dibangunkan bertujuan untuk dikomersialkan dan memerlukan interaktiviti yang tinggi maka jenis perisian yang digunakan mesti ditekankan daripada segi kesesuaian proses pengarangan dan bahasa pengaturcaraan yang dapat dimuatkan seperti ASP, Javascript, PHP, HTML dan sebagainya. Kerjasama antara pengarang perisian, pengaturcara perisian, pembina 4

isi kandungan dan pembangun antaramuka amat penting dalam aktiviti ini untuk menjamin spesifikasi projek yang dirancang mampu dipenuhi.

1.0.3 FASA PENILAIAN

Fasa ini merujuk kepada menilai perisian yang terhasil supaya menepati spesifikasi yang ditetapkan. Perisian yang telah siap dinilai adalah diharapkan akan menjadi lebih berkualiti dan menepati kehendak pengguna sebenar apabila ia digunakan oleh kumpulan pengguna sasaran. Fasa ini melibatkan aktiviti utamanya iaitu proses penilaian.

Penilaian merupakan proses membuat penilaian terhadap aktiviti pengujian. Aktiviti pengujian berkaitan rapat dengan aktiviti penilaian. Setiap perkara yang diuji pada perisian yang telah dibangunkan akan disusuli dengan laporan penilaian yang melibatkan pihak pembangun dengan pihak pengguna. Isu-isu yang diambil kira dalam proses penilaian ini adalah seperti:

a. Adakah dengan mengklik setiap objek atau butang pada skrin akan menghasilkan tindakbalas sepatutnya?

b. Bolehkah klip video, animasi dan audio dikawal oleh pengguna?c. Adakah elemen-elemen perisian diletakkan di lokasi yang betul?

d. Adakah pengguna memahami sistem penerokaan, ikon-ikon, istilah-istilah dan metafora yang digunakan?

Aktiviti penilaian terbahagi kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merupakan penilaian yang dilakukan ketika proses pembinaan perisian sedang berjalan. Pengubahsuaian pada peringkat ini tidak melibatkan kos yang mahal. Penilaian sumatif adalah penilaian terhadap perisian yang telah lengkap dan siap untuk menyemak sama ada ia telah dibina menepati kehendak dan keperluan pelanggan.2.0MODEL ADDIE

Salah satu model pembangunan perisian yang sesuai untuk menyokong ketiga-tiga fasa ini adalah berdasarkan Model ADDIE seperti berikut.

5MODEL ADDIE

Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE.

Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja.3.0ALIRAN KERJA MODEL ADDIE

3.0.1AnalisisDalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal-selidik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi, pembangunan perisian perlu mencari punca atau faktor yang menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis ini juga, aspek persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif pembelajaran dikenalpasti. Pembangunan perisian perlu membuat penilaian terhadap perkara-perkara berikut:a. Analisab. Reka bentuk

c. Pembangunan

d. Pelaksanaan

e. PenilaianSelain daripada itu, pembangunan perisian juga mengandungi perkara-perkara di bawah ini:

a. Matlamat perisian

b. Objektif perisian

c. Kumpulan sasaran

d. Kandungan perisian

e. Pendekatan pedagogi

f. Strategi penggunaan perisian

6

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi keperluan pengguna yang sebenarnya.

3.0.2Reka Bentuk PerisianFasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan semasa proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan dalam proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam mereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

a. Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang telah dirangka dalam fasa analisis.

b. Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan objektif pembinaan perisian. c. Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami dan bersesuaian dengan pengguna.

d. Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.

3.0.3Pembangunan PerisianPembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu dibangunkan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-pakar perisian dan memakan masa yang lama.

3.0.4Perlaksanaan PerisianFasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.P roses kerja dalam fasa ini ialah:a. Membangunkan perisian.

b. Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan.

c. Menguji kestabilan perisian.

d. Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan meningkatkan. lagi kualiti perisian.7

3.0.5Fasa PenilaianFasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio, video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C (2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan mencapai objektif, penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan sumatif.4.0RUMUSANGuru hendaklah dibekalkan dengan kemahiran pedagogi integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan tahap inovatif. Satu sistem latihan dan pemantauan yang lebih terancang dan sistematik perlu dilaksanakan daripada bermulanya pembangunan perisian hingga ke tahap pelaksanaan pengintegrasian perisian dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Selain daripada itu, dicadangkan satu polisi pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi yang jelas dan tegas seperti keselarasan pengajaran dan pembelajaran integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dengan sistem peperiksaan dan sistem insentif guru yang membudayakan penggunaan dan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kepentingan penggunaan dan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dinafikan malah merupakan satu kemestian terutamanya dalam era pendidikan terkini dan masa depan. Hampir sedekad sekolah bestari dilaksanakan dan usaha-usaha penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi telah juga diimplementasikan di sekolah-sekolah lain dalam pelbagai bentuk.

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa penggunaan perisian tidak memenuhi pengajaran dan pembelajaran di sekolah melainkan guru sendiri mengambil inisiatif membuat innovasi. Guru hendaklah dibekalkan dengan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi yang lebih berdaya maju dan menarik seperti yang dicadangkan. Contohnya, penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi yang berlandaskan laman sesawang, e-bahan dan bahan pengajaran dan pembelajaran atas talian. Satu polisi yang menyeluruh perlu diadakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mewajibkan guru untuk menggunakan bahan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu, insentif untuk guru yang membudayakan penggunaan ICT dalam P&P perlu disediakan. Latihan guru bagi mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam mengintegrasikan bahan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diadakan secara 8

konsisten dan efektif. Latihan yang diperlukan merupakan latihan yang bersinambungan, iaitu yang membolehkan guru-guru berkongsi kemahiran dan ilmu yang telah diperolehi dalam latihan/bengkel di peringkat negeri/daerah dengan warga sekolah. Dari segi sistem pemantauan pula, satu sistem pemantauan yang terancang dan sistematik perlu diwujudkan dan dikendalikan oleh satu badan bebas supaya pemantauan dapat dijalankan secara efektif dan profesional. Sistem pemantauan ini perlu merupakan satu sistem yang komprehensif yang melibatkan pemantauan daripada tahap pembangunan bahan teknologi maklumat dan komunikasi sehingga ke tahap pelaksanaan penggunaannya.

( 2 523 patah perkataan )9RujukanBaharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin & Manimegalai S. (2002). Reka bentuk perisian multimedia.Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Ismail Zain. (2002). Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd.

Jusang, B., Narimah Ismail, Musa A.H. & Zamree Yaakob. (2001). ICT dan pendidikan: Kesediaan menerima dan mengguna komputer di kalangan pelajar. International Education Conference. 27-28 Ogos 2001. Petaling Jaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat KBSM. Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran berbantukankomputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norikma llias & Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin .1993. Pengujian dan Penilaian Perisian . Media ComiL.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.Rusdina Abdul Rahim.1993. Kearah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka atau fakta. Majalah Dewan, Jan:16-30.

Supyan Hussin. 2000. Pembangunan perisian pembelajaran bahasa berbantukan komputer. Jurnal Bahasa, Mac:3-5.

PAGE