tugasan edu3083 asas kepimpinan

4
1.1 Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepanjang lebih lima dekad yang lalu. Hasil daripada Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, sehinggalah yang terakhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), sistem pendidikan kita telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan. Kini legasi kemajuan ini diteruskan lagi dengan munculnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) yang diterbitkan pada tahun 2013. Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Kepimpinan Instruksional telah lama dianggap sebagai salah satu tanggungjawab utama seseorang pemimpin sekolah. Namun, sehingga kini masih belum jelas tentang peranan sebenar tangggungjawab kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh seseorang pemimpin sekolah di dalam urusan tugas sehariannya. 2. Antara perkara yang sering menjadi pertanyaan banyak pihak ialah bagaimanakan seseorang pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan instruksional dalam menjalankan tugasnya? dan apakah hasil yang diperolehi daripada amalan kepimpinan instruksional yang mereka laksanakan selama ini? 3. Secara tradisinya seperti yang kita ketahui, bahawa amalan kepimpinan instruksional seseorang pemimpin sekolah termasuklah menyatakan harapan- harapan tingginya terhadap prestasi guru-guru dan pelajar-pelajar, menyelia proses pengajaran, memantau proses penilaian dan perkembangan pelajar, 1

Upload: mohd-fauzi-zakaria

Post on 18-Nov-2015

63 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

fgh

TRANSCRIPT

1.1 Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepanjang lebih lima dekad yang lalu. Hasil daripada Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, sehinggalah yang terakhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), sistem pendidikan kita telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan.

Kini legasi kemajuan ini diteruskan lagi dengan munculnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) yang diterbitkan pada tahun 2013. Pendidikan ialah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukanuntuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, Kerajaan perlu memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

Kepimpinan Instruksional telah lama dianggap sebagai salah satu tanggungjawab utama seseorang pemimpin sekolah. Namun, sehingga kini masih belum jelas tentang peranan sebenar tangggungjawab kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh seseorang pemimpin sekolah di dalam urusan tugas sehariannya.

2. Antara perkara yang sering menjadi pertanyaan banyak pihak ialah bagaimanakan seseorang pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan instruksional dalam menjalankan tugasnya? dan apakah hasil yang diperolehi daripada amalan kepimpinan instruksional yang mereka laksanakan selama ini?

3. Secara tradisinya seperti yang kita ketahui, bahawa amalan kepimpinan instruksional seseorang pemimpin sekolah termasuklah menyatakan harapan-harapan tingginya terhadap prestasi guru-guru dan pelajar-pelajar, menyelia proses pengajaran, memantau proses penilaian dan perkembangan pelajar, menyelaras kurikulum sekolah, serta mewujudkan iklim pembelajaran dan suasana kerja yang baik di sekolah.

4. Pada masa kini didapati bahawa amalan kepimpinan instruksional seorang pemimpin sekolah telah diluaskan fokus peranannya daripada hanya menjadi " seorang penilai kecekapan guru" kepada berperanan sebagai "fasilitator perkembangan profesion guru".

5. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh seorang fasilitator perkembangan guru, ialah dengan mengadakan perbincangan-perbincangan profesional bersama guru-gurunya, mewujudkan peluang guru-guru melakukan refleksi dan perkembangan profesional mereka, serta mengembangkan komuniti pembelajaran profesional (PLC) di sekolah.

6. Gaya Kepimpinan Instruksional Hubungan (Relational Instructional Leadership) adalah berasaskan perspektif hubungan manusia yang melihat organisasi yang dipimpin sebagai sebuah keluarga besar.

7. Sebagai pemimpin di dalam keluarga besar, kepemimpinan sekolah akan berusaha memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar di bawahnya sentiasa berada dalam keadaan terbaik dengan perkara-perkara yang mereka lakukan supaya mereka dapat gigih berusaha serta berbangga dengan segala usaha mereka.

8. Melalui gaya kepimpinan ini, peningkatan prestasi keputusan peperiksaan tidaklah diperolehi melalui amalan kepimpinan instruksional biasa secara langsung, tetapi peningkatan prestasi berlaku hasil daripada hubungan baik yang dibina antara kepemimpinan sekolah dengan para guru dan pelajar-pelajarnya.

9. Antara usaha yang boleh dilakukan melalui gaya kepimpinan jenis ini ialah pemimpin sekolah akan berusaha meluangkan masanya untuk bersama-sama pelajar dan guru-gurunya sama ada di sekolah atau di luar kawasan sekolah.

10. Pada peluang keemasan ini juga, beliau akan bertanya khabar kepada mereka, bersedia untuk mendengar masalah, rungutan atau cadangan, berusaha mendengar cerita dan khabar pelajar, membela dan mendorong pelajar-pelajar yang lemah, memberi kaunseling terhadap para guru dan pelajar yang memerlukan serta memastikan guru-guru di bawahnya sentiasa berada dalam keadaan "OK" (dari segi mental, emosi dan kesihatan fizikal) untuk membantu pelajar-pelajar mencapai kejayaan.

11. Manakala, gaya Kepimpinan Instruksional Linear (Linear Instructional Leadership) pula ialah gaya kepimpinan instruksional yang biasa diamalkan oleh pemimpin-pemimpin sekolah. Melalui gaya kepimpinan ini, pihak pemimpin sekolah akan berusaha memastikan supaya segala aktiviti akademik di sekolahnya seiring dengan kehendak dan piawaian yang telah ditetapkan.

12. Dalam hal ini, segala aktiviti pengajaran akan dipantau dengan teliti bagi memastikan segala aspek di dalamnya mematuhi sistem yang telah direkabentuk dan serta menepati sasaran yang telah ditetapkan.

13. Selain itu, pemimpin sekolah juga akan memastikan supaya wujud penyelarasan antara kurikulum, objektif pembelajaran dan ujian rujukan kriteria dengan piawaian-piawaian yang telah ditetapkan. Di samping itu, beliau akan sentiasa memantau hasil-hasil pengajaran melalui data-data ujian.

14. Antara perkara yang dilakukan melalui gaya kepimpinan jenis ini ialah menyediakan dokumen panduan kurikulum bagi memperincikan tentang perkara-perkara yang seharusnya diajar pada tarikh tertentu.

15. Seterusnya perkara lain yang dilakukan ialah mengadakan Ujian Penanda Arasan (Benchmark Testing) bagi menguji sama ada para pelajar telah diajar tajuk-tajuk khusus yang telah ditetapkan di dalam dokumen panduan kurikulum dalam tempoh tertentu .

16. Di samping itu, aktiviti yang dilakukan oleh pemimpin sekolah melalui gaya kepimpinan ini ialah pemantauan terhadap rancangan pengajaran guru. Gaya kepimpinan ini mengandaikan bahawa terdapat hubungan positif antara rancangan pengajaran guru yang baik dengan pembelajaran pelajar yang baik.

17. Secara ringkasnya, gaya kepimpinan instruksional linear ini merupakan satu bentuk kepimpinan instruksional yang lebih menjurus ke arah peperiksaan. Ini kerana kebanyakan proses kepimpinan di dalamnya lebih kepada memimpin dan memantau pengajaran guru bagi tujuan menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan.

18. Kesimpulannya, Gaya Kepimpinan Instruksional Linear lebih bersifat impersonal dan lebih memfokuskan terhadap hasil keputusan peperiksaan. Namun, Gaya Kepimpinan Instruksional Hubungan pula didapati hanya sesuai digunakan pada peringkat permulaan tahun sesi persekolahan berbanding pada waktu hampir peperiksaan.

Rujukan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya4