bab 2 (asas keusahawanan)

26
BAB 2 MENGENALI CIRI-CIRI USAHAWAN

Upload: emon-demon

Post on 18-Feb-2015

486 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 (asas keusahawanan)

BAB 2

MENGENALI CIRI-CIRI USAHAWAN

Page 2: Bab 2 (asas keusahawanan)

Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:

1. Mengenal pasti mitos-mitos keusahawanan.

2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penyertaan individu dalam bidang keusahawanan.

3. Mengenal pasti ciri-ciri usahawan yang berjaya.

4. Membezakan ciri-ciri usahawan dengan peniaga, pengurus dan usahawan korporat.

5. Mengaplikasikan profil usahawan berjaya di Malaysia dan di dunia dengan ciri-ciri usahawan yang dipelajari.

OBJEKTIF BAB

Page 3: Bab 2 (asas keusahawanan)

penggerak dan pemangkin ekonomi negara. Tulang belakang dan nadi penggerak ekonomi sesebuah negara Pelajar perlu diyakinkan bahawa masyarakat yang mempunyai paling

ramai usahawan adalah merupakan masyarakat yang terbaik. Mereka perlu diyakinkan bahawa pembudayaan nilai-nilai dan ciri-ciri

keusahawanan yang dimiliki akan menjurus mereka untuk menjadi lebih yakin serta lebih bersedia untuk merebut peluang serta berhadapan dengan cabaran.

Pengenalan

Page 4: Bab 2 (asas keusahawanan)

Mitos 1: Usahawan adalah pelaksana bukan pemikir Realiti: Walaupun usahawan lebih cenderung kepada pelaksanaan,

tetapi mereka juga sering berfikir secara mendalam mengenai tindakan yang akan diambil.

Mereka berfikir tentang alternatif lain sekiranya rancangan mereka tidak berjaya.

Mitos 2: Usahawan adalah dilahirkan bukan dibentuk Realiti: pada mas a kini penyelidikan dan pengiktirafan terhadap

bidang keusahawanan berjaya membuktikan bahawa usahawan dapat dibentuk melalui proses pembelajaran dan latihan berdasarkan modul yang teratur.

Mitos 3: Usahawan adalah seorang pencipta Realiti: ramai pencipta adalah seorang usahawan, tetapi ramai

usahawan berjaya tidak terdiri daripada kalangan pencipta.

Mitos Keusahawanan

Page 5: Bab 2 (asas keusahawanan)

Mitos 4: Usahawan adalah golongan yang tercicir dalam akademik dan masyarakat

Realiti: Kepercayaan bahawa usahawan adalah terdiri daripada golongan yang tercicir dalam akademik dan masyarakat ekoran daripada ramai individu menceburi bidang keusahawanan setelah mereka tercicir dari akademik dan gagal dalam peperiksaan.

Mitos 5: Usahawan mesti memiliki semua ciri dan profil tertentu Realiti: Terdapat banyak buku dan majalah di pasaran menyediakan

senarai semak ciri-ciri dan profil usahawan yang berjaya. Namun demikian, ada kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri tertentu.

Mitos 6: Apa yang usahawan inginkan ialah wang Realiti: Bagi sesebuah perniagaan, wang adalah penting untuk

kesinambungan perniagaan. Namun begitu, banyak faktor lain yang boleh menyebabkan sesebuah perniagaan itu gagal.

Mitos Keusahawanan

Page 6: Bab 2 (asas keusahawanan)

Mitos 7: Apa yang diperlukan oleh usahawan adalah nasib Realiti: Usahawan tidak bergantung kepada nasib semata-mata; tetapi

usahawan akan menerima nasib yang baik apabila membuat perancangan yang baik dan teliti.

Mitos 8: Kejahilan adalah kelebihan bagi usahawan Realiti:Dalam dunia perniagaan yang semakin sengit dan penuh

dengan cabaran, usahawan memerlukan pengetahuan yang mantap dan kukuh terhadap kekuatan dan kelemahannya. Perancangan jadual kerja dan pembentukan strategi adalah kunci kejayaaan bagi seseorang usahawan.

Mitos 9: Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kadar kegagalan yang tinggi.

Realiti: Kegagalan yang dihadapi akan mengajar dan mematangkan usahawan dalam bidang keusahawanan. Selain itu, kegagalan juga dapat membentuk usahawan supaya lebih berhati-hati dan lebih gigih berusaha ke arah kejayaan

Mitos Keusahawanan

Page 7: Bab 2 (asas keusahawanan)

Mitos 10: Usahawan ibarat penjudi yang mengambil risiko tinggi Realiti: Usahawan yang bijak akan berhadapan dengan risiko yang

telah dikira dan diperhitungkan bagi membolehkan beliau menangani setiap kemungkinan yang bakal dihadapinya.

Mitos Keusahawanan

Page 8: Bab 2 (asas keusahawanan)

Minat dan Kepuasan Diri usahawan yang meminati bidang keusahawanan akan sentiasa bekerja

keras serta dapat menguruskan sumber dengan berkesan. Berdasarkan Teori Keperluan Maslow (1970), kepuasan dan penyempurnaan diri merupakan elemen kelima di mana seseorang individu itu mahu mencapai kejayaan sebagaimana yang diidamkan.

Pencapaian Matlamat Usahawan akan dianggap berjaya apabila keinginan, matlamat dan

objektif penceburan diri mereka dalam bidang keusahawanan berjaya dicapai sebagaimana yang telah dirancangkan.

Keselamatan Usahawan lebih suka bertindak untuk menjalankan tugasnya tanpa

perlu kongkongan orang lain. Ini kerana ia merasakan adanya kebebasan yang wajar dari kekuatan atau ancaman kehilangan dalam urusan seperti keselamatan diri, keselamatan kerja, kestabilan ekonomi dan sebagainya.

Faktor yang Mendorong Penyertaan Individu dalam Bidang Keusahawanan

Page 9: Bab 2 (asas keusahawanan)

Status Status atau penghormatan diri merupakan elemen penting yang

mempengaruhi usahawan. Usahawan tidak akan dikatakan sebagai seorang yang berjaya sekiranya mereka tidak mampu mempertingkatkan status kehidupan mereka.

Kuasa Teori Hierarki Keperluan yang diperkenalkan oleh McClelland (1961)

menyatakan bahawa manusia membentuk profil keperluan menerusi pengalaman hidup yang lalu. Keperluan kuasa ini ialah keinginan untuk mengawal orang lain, mempengaruhi gelagat individu atau bertanggungjawab ke atas orang lain.

Faktor yang Mendorong Penyertaan Individu dalam Bidang Keusahawanan

Page 10: Bab 2 (asas keusahawanan)

Menurut kajian McClelland (1985) terhadap budaya Malawi dan Ecuador mengenai ciri-ciri usahawan yang berjaya antaranya ialah:

Inisiatif diri

Dapat melihat dan merebut peluang

Kecekalan

Mencari maklumat

Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi

Komitmen terhadap perjanjian kerja

Berorientasikan kecekalan

Perancangan yang sistematik

Menyelesaikan masalah secara kreatif

Keyakinan diri

Ketegasan

Meyakinkan orang lain

Menggunakan strategi-strategi pengaruh

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya

Page 11: Bab 2 (asas keusahawanan)

Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Kao (1991) pula, terdapat sebelas ciri-ciri utama yang perlu ada pada diri seseorang usahawan iaitu:

Komitmen, keazaman dan ketabahan

Dorongan untuk berjaya dan berkembang maju

Orientasi kepada peluang dan matlamat

Mengambil inisiatif dan tanggungjawab peribadi

Penyelesaian masalah secara berterusan

Realistik

Mencari dan menggunakan maklum balas

Lokus kawalan dalaman

Mengambil risiko yang diperhitungkan

Dorongan rendah ke arah kuasa dan status

Integriti dan boleh dipercayai

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya

Page 12: Bab 2 (asas keusahawanan)

Dorongan ke arah kejayaan Dorongan ke arah kejayaan bermakna usahawan mempunyai

semangat dan keupayaan untuk maju ke hadapan. Sebagai contoh, Tan Sri Lim Goh Tong

Mengambil risiko yang diperhitungkan semakin tinggi sesuatu risiko, semakin besar pulangannya. Seseorang usahawan harus membuat penilaian dan pertimbangan

terhadap risiko, ini kerana risiko yang terh itung akan menjamin pulangan yang selamat.

Contohnya, Lakshmi Mital

Kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan Merujuk kepada personaliti usahawan yang amat penting dalam

pembangunan dan kejayaan seseorang usahawan. Contohnya, Bill Gates

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya

Page 13: Bab 2 (asas keusahawanan)

Berinisiatif dan bertanggungjawab Mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggungjawab

tanpa diarah atau dipaksa. Usahawan yang berjaya akan bertanggungjawab terhadap sikap,

tingkah laku serta perbuatannya. Contohnya: Steve Jobs

Lokus kawalan dalaman merupakan tahap kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan

dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran Contohnya: Lakshmi Mital

Berkeyakinan terhadap kebolehan diri usahawan mempunyai pendirian dalam membuat sebarang keputusan

walaupun mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak. Sebagai contoh Tan Sri Teh Hong Piow

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya

Page 14: Bab 2 (asas keusahawanan)

Kejujuran dan menepati janji ianya membolehkan usahawan itu mendapat kepercayaan semua

pihak yang berkepentingan dengannya seperti pembekal,peguam, pelanggan dan lain –lain lagi.

Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi Melalui mutu kerja yang tinggi, usahawan bukan sahaja dapat

meyakinkan para pembeli dan pelanggan tetapi juga dapat memuaskan kehendak dan keperluan mereka.

Kebolehan menyelesaikan masalah Usahawan akan menghadapi segala kepayahan dan kesulitan ini

dengan tenang tanpa membantutkan usaha mereka untuk terus maju.

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya

Page 15: Bab 2 (asas keusahawanan)

Tahap tenaga kerja yang tinggi Usahawan memerlukan tahap tenaga kerja yang tinggi terutama

sewaktu permulaan dan pra-permulaan sesebuah perniagaan

Berorientasikan matlamat dan wawasan Usahawan akan sedaya upaya berusaha untuk mencapai matlamat

dan wawasan perniagaannya itu bagi membolehkan beliau menjadikan perniagaannya termasyhur di mata rakyat.

Kebolehan membuat keputusan Usahawan perlulah mengambil kira kesemua faktor dalaman dan

luaran organisasi serta mengambil kira kesemua pihak yang berkepentingan dengannya dalam sebarang pembuatan keputusan.

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya

Page 16: Bab 2 (asas keusahawanan)

Menggunakan strategi-strategi pengaruh Pengaruh untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan serta

menjalinkan hubungan yang rapat dengan semua pihak yang berkepentingan dengannya.

Keusahawanan sosial sumbangan usahawan kepada organisasi sosial atau organisasi bukan

untung bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.

Contohnya: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan penubuhan Yayasan AlBukhary

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya

Page 17: Bab 2 (asas keusahawanan)

Dapat melihat dan mengambil peluang bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi perlu juga

pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan. Contoh usahawan Malaysia T. Ananda Krishnan yang dapat merebut

peluang dalam industri telekomunikasi Maxis dan penyiaran ASTRO

Mempunyai maklumat Bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan jelas, usahawan

haruslah mempunyai kepintaran rangkaian dalaman dan kepintaran rangkaian luaran bagi perniagaannya.

Kreatif dan inovatif seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat

menterjemahkannya kepada produk yang dapat dikomersialkan. Sebagai contoh, Michael Dell daripada Dell Corporation adalah

usahawan yang pertama memperkenalkan pembelian komputer secara talian terus

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya pada Abad Ke-21

Page 18: Bab 2 (asas keusahawanan)

Mempunyai visi Usahawan yang mempunyai visi akan membuat keputusan yang

terbaik serta mempertimbangkan cabaran, ancaman dan juga peluang yang bakal dihadapinya.

Sebagai contoh, Tan Sri Mustapha Kamal yang mempunyai visi dalam memajukan industri hartanah di negara ini.

Berfikiran yang bebas Seseorang yang berfikiran bebas dapat melihat, merebut dan

menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya.

Berdaya maju berdaya maju akan sentiasa menjadi 'world leader‘ Usahawan yang berdaya maju akan mencari idea-idea baru serta

dapat mengintegrasikan idea tersebut kepada penyelesaian yang rasional dan kreatif.

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya pada Abad Ke-21

Page 19: Bab 2 (asas keusahawanan)

Optimistik Merupakan ciri-ciri usahawan yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan

sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil. Tan Sri Lim Goh Tong terhadap projek Genting Highlandsnya pada satu

ketika dahulu yang pernah dikatakan sebagai projek yang bodoh dan membuang masa.

Bertindak sebagai inovator semangat mencipta serta mengilhamkan konsep dan idea yang baru Sebagai contoh, dalam industri telekomunikasi, Nokia sentiasa

membuat kejutan dan menjadi inovator yang pertama.

Mengambil risiko yang diperhitungkan usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal

dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan.

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya pada Abad Ke-21

Page 20: Bab 2 (asas keusahawanan)

Sifat kepimpinan Kepimpinan karismatik, kepimpinan 'transactional', kepimpinan

transformasi serta kepimpinan 'visionary'.

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya pada Abad Ke-21

Page 21: Bab 2 (asas keusahawanan)

Perbezaan antara usahawan dengan peniaga

Page 22: Bab 2 (asas keusahawanan)

Perbezaan antara usahawan dengan pengurus tradisional

Page 23: Bab 2 (asas keusahawanan)

Perbezaan antara usahawan dengan pengurus tradisional

Page 24: Bab 2 (asas keusahawanan)

Perbezaan antara usahawan dengan usahawan korporat

Page 25: Bab 2 (asas keusahawanan)

Perbezaan antara usahawan dengan usahawan korporat

Page 26: Bab 2 (asas keusahawanan)

Banyak perbezaan ciri antara usahawan dengan peniaga, pengurus dan usahawan dalaman telah diketengahkan.

Individu atau masyarakat yang ingin mengecapi kejayaan seperti usahawan perlulah mendalami dan mempunyai ciri-ciri usahawan seperti yang telah dibincangkan.

Kesimpulan