tugasan alamsk

110
1.Sejarah perkembanagan pendidikan alam sekitar 2. ISU 3.punca 4.kesan 5. cara atasi SEJARAH Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam Sekitar Stockholm (1972) Tbilisi (1977) The Belgrade Charter (1975) Laporan Kabinet Kerajaan Malaysia (1979) Deklarasi Montreal (1987) Deklarasi Langkawi (1989) Malta (1991) Agenda 21, Earth Summit Rio de Jenario (1992) Pengisytiharan Dekad ESD (2005-2014) oleh PBB Pendahuluan Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk mengawal alam sekitar dan juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun 1977. Sekolah pula menjadi salah satu cara utama untuk menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar (Moroye, 2005) Pendidikan (berkaitan) alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar

Upload: firza12

Post on 21-Nov-2015

297 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

permintaann

TRANSCRIPT

Sejarah perkembanagan pendidikan alam sekitar

1.Sejarah perkembanagan pendidikan alam sekitar2. ISU

3.punca

4.kesan

5. cara atasi SEJARAH

Sejarah Perkembangan Pendidikan Alam SekitarStockholm (1972)Tbilisi (1977)The Belgrade Charter (1975)Laporan Kabinet Kerajaan Malaysia (1979)Deklarasi Montreal (1987)Deklarasi Langkawi (1989)Malta (1991)Agenda 21, Earth Summit Rio de Jenario (1992)Pengisytiharan Dekad ESD (2005-2014) oleh PBB

Pendahuluan

Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk mengawal alam sekitar dan

juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun 1977. Sekolah pula

menjadi salah satu cara utama untuk menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan

alam sekitar (Moroye, 2005) Pendidikan (berkaitan) alam sekitar penting bagi

meningkatkan kesedaran tentang dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar

membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan

memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004). Satu cara untuk menjalankan pendidikan

alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran

di bilik darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini sudah pun diperkenalkan secara

rasmi pada tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar

merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi peringkat prasekolah buku berkenaan

diterbitkan pada tahun 2005. Namun sejauh mana ia dilaksanakan masih boleh

diperdebatkan. Dalam hal ini, Hotinli (2004) menegaskan, walaupun isu-isu alam sekitar

yang perlu diajar telah disenaraikan mengikut mata pelajaran melalui ketetapan yang

dibuat oleh Kementerian Pelajaran, namun kualiti pelaksanaan amat bergantung kepada

kesedaran dan minat guru secara individu. Guru sepatutnya menggunakan buku ini sebagai

panduan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan

pendidikan alam sekitar. Guru juga sepatutnya menggunakan segala peluang yang ada

untuk menyemai, memupuk dan melestarikan pendidikan alam sekitar melalui aktiviti di

sekolah sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Dalam hal ini, komitmen guru adalah

sangat penting.......................................................................................................................................Definisi

Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran individu tentang kualiti alam sekitar serta membantu generasi akan datang untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan dunia. Pendidikan Alam Sekitar adalah dimensi baru dalam sistem pendidikan yang terhasil diatas kerumitan dan keperluan yang mendesak terhadap masalah alam sekitar (Muthoka, 1985). Pendidikan Alam Sekitar adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan perkaitannya dengan kehidupan untuk memupuk sikap positif untuk memilih cara hidup yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mewujudkan satu ekosistem yang boleh menyokong kehidupan bersih, sihat, produktif, seimbang dan terjamin (Pusat Perkembangan Kurikulum dan World Widefund For Malaysia, 1998) Pendidikan adalah satu proses yang berpanjangan. Ia adalah cara untuk melihat tentang pelbagai kehidupan yang berkaitan belajar mengenalpasti kesan baik dan buruk terhadap fizikal dan tanggungjawab yang harus diterima terhadap aktiviti alam (Hughes, 1977) manakala alam sekitar pula dimaksudkan dengan alam kehidupan yang dihuni oleh manusia, haiwan dan tumbuhan iaitu muka bumi ini.

Disedia oleh: Beh Cheap PinChuah Shu ChingPengenalanAlam sekitar merupakan segala benda hidup danbukan hidup yang wujudsecara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alamsekitar meliputi beberapa komponen utama seperti unit landskap yang berfungsisebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yangberlaku sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidakmempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran,cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.Alam sekitar bermaksud alam tabii adalah unsur-unsur alam sekitar yangmelibatkan perhubungan antara dua unsur iaitu abiotik dan biotik. Unsur abiotikdikenali sebagai tidak hidup manakala unsur biotik pula dikenali sebagai unsurhidup seperti manusia dan ikan. Kesemua unsur alam sekitar salingberhubungan antara satu sama lain dalam suatu sistem yang harmoni dandinamik. Alam sekitar terdapattiga komponen iaitualam sekitarsemula jadi,alam sekitar buatan manusia dan alam sekitar siosiabudaya.Komponen alam sekitar terdiri daripada empat bahagian iaitu Biosfera meliputi sistem ekologi, flora dan fauna, Litosfera Sistem geomorfologi seperti mineral dan tanah, Hidrosfera sistem hidrologi iaitu air dan marin dan Atmosfera (sistem atmosfera) merangkumi udara dan angin. Sumber-sumber dari alam sekitar fizikal digunakan untuk aktiviti pembangunan ekonomi dan sosial.

.............................................................................................................................................SEJARAHMenurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah Sir Patrick Geddes (1854-1933) manakala orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan Alam Sekitar ialah Thomas Pritchard semasa persidangan IUCN di Paris dalam tahun 1958. Beberapa persidangan di peringkat antarabangsa seperti Persidangan Stockholm (1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975), Malta (1991), Agenda 21 (1992) sehinggalah terhasilnya Laporan Kabinet (1979) di Malaysia. Ini merupakan faktor pencetus kepada arena perbincangan tentang alam sekitar dunia serta peranan Pendidikan Alam Sekitar dalam memastikan keseimbangan alam sekitar.

Berikutan daripada Persidangan Stockholm serta beberapa persidangan lain ini akhirnya telah berjaya merangka suatu garis panduan, prinsip, matlamat dan juga objektif Program Pendidikan Alam Sekitar. Persidangan Stockholm telah diadakan pada tarikh 5-16 Jun, 1972di Stockholm,Swedendengan tema Prinsip dan Alam Sekitar Manusia (Human Environment and Principles) dan dianjurkan olehUnited Nations. Tujuan persidangan ini adalah untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin hari semakin bertambah.

Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidanganPendidikan Alam Sekitar yang pertama di dunia dan melibatkan ramaipemerintah atau kerajaan di seluruh dunia. Persidangan ini dikendalikanolehUnited Nations Education, Scientific and Cultural Organization(UNESCO) dengan kerjasamaU.N. Environment Programme(UNEP)dan diadakandi Tbilisi,Georgia(USSR) pada 14-26 Oktober 1977. Persidangan ini telah dihadiri oleh 265 delegasi dan 65 pembentangserta pemerhati termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasibukan kerajaan antarabangsa.

Dalam persidangan ini, garis panduan,matlamat, serta objektif Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum danlatihan dalam dan pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan.Kesinambungan dengan itu, satu Seminar Latihan Alam Sekitar telah diadakan diMaltapada tahun 1991 di bawah anjuran UNESCO. Seminar ini mengesyorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar di samping dapat menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar serta dalam masa yang sama dapat mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

Deklarasi Langkawi 1989Pada bulan Oktober 1989, Deklarasi Langkawi telah berjaya dikeluarkan. Ia adalah bersempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Negara Komanwel. Hasil deklarasi itu ialah mengakui bahawa pencemaran dan pemusnahan alam sekitar telah bermula sejak zaman penjajah lagi.Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. Hasil Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979 memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum bermula dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4 hingga 6. Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum juga dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik, Muzik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sehubungan dengan itu juga pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telah membina satu garis panduan untuk guru-guru dengan mengeluarkan satu buku bertajuk Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSR pada tahun 1998.

...Pengisytiharan Dekad ESD (2005-2014) oleh PBB

Matlamat Pendidikan Alam SekitarSemasa Deklarasi Tblisi 1977, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bersetuju menetapkan matlamat, objektif dan prinsip Pendidikan Alam Sekitar bagi negara-negara di seluruh dunia. Matlamat Pendidikan Alam Sekitar ialah untuk menggalakkan kesedaran dan keprihatinan terhadap ekonomi, sosial, politik, and saling bergantungan ekologikal di bandar dan luar bandar, menyediakan peluang kepada semua orang untuk memperoleh pengetahuan, nilai, sikap, komitmen dan kemahiran untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar, menghasilkan corak tingkah laku baru terhadap alam sekitar dalam kalangan individu, kumpulan dan masyarakat seluruhnya.

Objektif Pendidikan Alam SekitarPersidangan Tbilisi 1977 juga telah menetapkanlimaobjektif Pendidikan Alam Sekitar seperti berikut adalah bagi menyemai kesedaran individu dan sensitiviti terhadap alam sekitarseluruhnya dan permasalahan alam sekitar. Pengetahuan juga perlu untuk membantu kumpulan sosial dan individu memperoleh pelbagai jenis pengalaman dan kefahaman asas terhadap alam sekitar dan permasalahan alam sekitar. Sikap merupakan satu set nilai dan perasaan keprihatinan terhadap alam sekitar dan motivasi untuk aktif terlibat dalam pemeliharaan dan pembaikan alam sekitar. Kemahiran juga menjadi tunjang untuk membantu kumpulan sosial dan individu

memperoleh kemahiran untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah alam sekitar.

Seterusnya, penglibatan diperlukan untuk menyediakan peluang kepada kumpulan sosial dan individu terlibat secara aktif pada semua peringkat bagi menghasilkan resolusi terhadap masalah alam sekitar.

Menurut Muthoka (1985), objektif utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk memperbaiki kesedaran, membangkitkan prihatin yang berupaya membawa kepada perubahan komitmen dan mengambil tindakan. Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal untuk mengubahsuai kefahaman dan sikap manusia agar lebih prihatin terhadap alam yang telah banyak berjasa kepadanya (Abdul Manaf Muda, 1993).

PENGENALAN

HUTAN PAYA BAKAU

Nama saintifik:Pokok Bakaumerujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di muara sungai, antara pertembungan air tawar dan air laut. Pokok bakau terdiri daripada pelbagai spesies antaranya termasuk spesies Api-apiAvicennia spp., bakau KurapRhizophora spp., PerepatSonneratia spp.dan BerusBruguiera spp.Pokok Bakau biasanya memiliki buahnya yang berbulu dan bahagia bawah daun yang berbulu. Bulu pada daun menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan dengan itu mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan.

Di sesetengah tempat,buahnya direbus dan dimakan, kadang kala ia dijual sebagai sayuran. Bunganya wangi dan menghasilkan madu dan didebungakan oleh serangga. Avicennia menghasilkan antara madu yang terbaik.

Ekosistem hutan bakau adalah ekosistem di bahagian intertidal di kawasan tropika dan subtropika yang didominasikan oleh tumbuhan yang beradaptasi khas. Hutan bakau boleh dijumpai di sepanjang muara sungai besar yang tanahnya berselut, dan di kawasan persisiran pantai terlindung (termasuk lagun, teluk, aliran pasang surut). Ia melibatkan gabungan sekumpulan pokok yang bertoleransi dengan situasi air dan tanah yang bergaram (bersaliniti).

Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara laut dan daratan. Hutan ini merupakan sebahagian daripada hutan tropika. Ianya tumbuh dengan subur di kawasan tropika dan sub-tropika antara 30oU dan 30oS latitudnya. Dijumpai di seluruh benua kecuali Eropah, Artik dan Antartik tetapi kawasan yang paling kaya adalah di sekitar Asia iaitu dari India, Bangladesh hinggalah ke Asia Tenggara.

Di Semenanjung Malaysia seluas 106,104 ha hutan paya bakau boleh dijumpai tetapi hanya 1.8% sahaja yang masih kekal keasliannya. Dari jumlah itu sebahagian besarnya berada di Perak (43,506 ha), Johor (24,747 ha), Selangor (15,202 ha), Pahang (11,502 ha) dan Kedah (8,034 ha). Hutan ini adalah satu ekosistem yang unik dari segi flora dan faunanya serta amat penting kepada manusia. Di seluruh dunia, luas hutan bakau dianggarkan lebih kurang 15 juta hektar. Daripada keluasan ini, 6.9 juta hektar berada di kawasan Indo-Pasifik, 3.5 juta hektar di Afrika dan 4.1 juta hektar di Amerika Utara termasuk Caribbean.Hutan bakau di Malaysia hidup subur di muara dan delta yang terlindung dari tiupan angin. Terdapat 586,036 hektar keluasan hutan bakau di Malaysia; ia merangkumi sebanyak 57 % kelauasan di negeri Sabah, 26 % keluasan di Sarawak dan keluasan sebanyak 17 % di Semenanjung Malaysia.

Antara habitat haiwan yang mendiami kawasan paya bakau adalah seperti BuayaMuara, Ketam Rebab, Ketam Lumpur, Ikan Belacak, Udang Kara, Ular Bakau, Lotong Kelabu, Memerang Licin, Beruk, dan kelawar. Banyak spesies ikan , krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari makan. Selain itu, sipt dan tiram beritip merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung yang dijumpai di akar dan pokok bakau.

Terdapat juga pelbagai spesies burung yang berterbangan di hutan bakau seperti Burung bangau, Burung Pucung, Burung Botak Ueh, Burung Helang Merah, Burung Helang Siput, Burung Pucuk Bakau, Burung Murai Bakau, Burung sambar Biru Bakau, dan burung Pekaka Sungai.Di Malaysia, hutan Bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.Kepentingan Hutan Paya Bakau

Kepentingan hutan bakau boleh dibahagikan kepada kepentingan ekologi dan biodiversiti, kepentingan fizikal dan akhir sekali kepentingan ekonomi.KEPENTINGAN EKOLOGI DAN BIODIVERSITIHutan bakau penting untuk ekosistem pantai.Detritus hutan bakau yang terdiri daripada daun-daun yang gugur dan dahan-dahan pokok bakau, menyumbangkan nutrien untuk persekitaran marin. Detritus ini turut menjadi asas makanan dalam jaringan makanan di hutan bakau yang menyokong pelbagai jenis hidupan laut yang melibatkan spesiespemakan detritusseperti ikan belanak dan udang penaeid.Selain daripada peranannya sebagaiasas makanan, hutan bakau juga merupakan habitat dankawasan nurseriuntuk ikan-ikan kecil, ketam, udang dan moluska. Banyak ikan dan kerang-kerangan yang bernilai komersial menggunakan hutan bakau dalam sebahagian kitar hidupnya. Ini termasuklah udang putih (Penaeus merguiensis, P. indicus, P. vannemei), ikan kerapu (Epinephelus tauvina),ikan siakap (Lates calcarifer), ketam lumpur (Scylla serrata) dan belanak (Mugilspp.).Kawasan ini juga digunakan oleh beratus jenis burung berhijrah untuk bertelur dan berehat. Di samping itu, dugong, monyet pemakan ketam, biawak dan penyu turut menggunakan kawasan ini untuk mencari makanan. Hutan bakau turut menjadi habitat untuk beberapa spesies haiwan yang diancam kepupusan seperti harimau.Nilai ekologi

Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantaidan angin pantai yang kencang.Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan.Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak

KEPENTINGAN FIZIKALHutan bakau memainkan peranan penting dalam melindungi kawasan pantai dari daya-daya hakisan dan kerosakan akibat bencana ribut taufan. Kehadiran satu kawasan bakau yang luas di tepi laut dapat mengurangkan tenaga angin, ombak dan arus.Kepentingan hutan bakau kepada masyarakat yang tinggal di kawasan bakau cukup dirasai. Bertindak sebagai satu zon penampan kepada ribut, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa akibat dari bencana semulajadi ini dapat dikurangkan. Di kawasan yang hutan bakaunya telah ditebang, kemusnahan harta benda akibat ribut adalah tinggi. Di samping itu, masalah hakisan dan pemendakan yang teruk turut berlaku.Melalui sistem akar yang cetek, bakau mempunyai keupayaan untuk memerangkap dan menstabilkan sedimen pantai dan muara. Hutan bakau sangat berkesan memerangkap sedimen sehingga berjayamenebus gunatanah dari laut dengan membentuk satu kawasan delta yang luas.Pemendakan sedimen di kawasan bakau boleh mengurangkan beban sedimen yang dibawa oleh sungai ke laut. Dengan terperangkapnya sedimen di kawasan hutan bakau, kualiti air di persekitaran pantai dapat diperbaiki dan habitat sensitif seperti kawasan terumbu batu karang dapat dilindungiHutan bakau bersama-sama substrat selutnya mampu menyerap nutrien sepertinitrogendanfosforusdalam kuantiti yang besar. Keupayaan merawat efluen ini dapat menghalang perairan pantai daripada dicemari oleh nutrien-nutrien ini. Secara tidak langsung, kejadianeutrofikasidanombak merahsedikit sebanyak boleh dihindari. Selain daripada itu, bahan-bahan toksin turut juga dikekalkan dalam kawasan bakau. DianggarkanRhizophoraboleh menyerap lebih kurang 219 kg nitrogen dan 20 kg fosforus sehektar setahun. Di samping itu, kuantiti besar bahan organik (terutamanya dalam bentuk daun dan ranting) dieksport dari kawasan bakau ke kawasan pantai yang berdekatan. Bahan organik ini menjadi sumber makanan untuk pelbagai jenis spesies hidupan di pantai.KEPENTINGAN EKONOMIDi kawasan tropika terutamanya di kawasan Indo-Pasifik, ekosistem bakau telah digunakan sebagai kawasan penempatan manusia sejak dahulu lagi. Memandangkan kedudukannya yang terlindung, manusia terawal telah melihat kesesuaian kawasan ini untuk dijadikan tempat tinggal. Di samping itu, hutan bakau juga menyediakan beberapa keperluan asas manusia seperti sistem pengangkutan yang cekap, sumber bahan binaan, bahan api, kulit kayu dan ubatan. Kesemua keperluan ini boleh didapati dengan mudah di hutan bakau. Selain daripada itu, kawasan ini juga menyediakan persekitaran yang baik untuk mendapat makanan dalam bentuk ikan, moluska dan krustasea dan menjalankan kegiatan memburu binatang dan menangkap ikan.Pada masa sekarang, berjuta-juta penduduk pantai terutamanya diAsiabergantung kepada hutan bakau untuk kehidupan sehari-hari. Pelbagai produk bakau telah digunakan oleh masyarakat tempatan sejak turun temurun. Banyak kegiatan-kegiatan tradisi seperti mengumpul daun nipah untuk membuat atap, mengumpulkan kulit kerang untuk menghasilkan kapur dan mengumpul madu lebah masih diteruskan oleh generasi sekarang.Ekosistem bakau telah digunakan oleh masyarakat tempatan untuk mendapatkan makanan, ubatan, tanin dan hasil hutan (bahan api, arang dan bahan binaan). Di Bangladesh hutan bakau merupakan sumber kayu yang terpenting. Hasil kayu daripada hutan bakau di negara ini telah melebihi 300,000 padu meter setiap tahun. Di tempat lain, kayu bakau digunakan sebagai bahan api (terutama dalam bentuk arang). Kayu dari pokokRhizophoradidapati sesuai dijadikanarangmemandangkan sifat kayunya yang lambat terbakar.Kulit kayu bakau terutamanyaRhizophorajuga boleh digunakan untuk mendapatkantanin. Tanin telah digunakan diIndiadanBangladeshsecara meluas untuk mengawet kulit dan jaring-jaring menangkap ikan. Di Asia Tengah dan Asia Selatan, daun pokokAvicenniadikumpulkan untuk menjadi makanan haiwan. Selain itu, buah-buahan hutan dan juga sumber ubatan.Rhizophora mucronatadanSonneratiaalbamisalnya telah digunakan sebagai sumber ubat untuk penyakit cirit birit, bahan astringen dan ubat tahan muntah. Pemburuan di hutan bakau turut menjadi kegiatan yang penting.KEGUNAAN HUTAN BAKAUPenduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau sebagai sumber kayu balak. Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau untuk membina rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan tiang).Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan manakala arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api. Hasil kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot). Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring ,kain layar dan pelekat plastik. Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh penduduk setempat. Ubat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan bijibenihnya). Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan dalam pembuatan atap dan rokok daun serta penganyaman bakul dan tikar.UBAT UBATAN DARI HUTAN PAYA BAKAUKulit buah Tumu/Berus memberhentikan darah dan airnya digunakan untuk merawat mata. Asap pembakaran kulit kayu pokok Buta-buta dikatakan dapat membantu menyembuhkan enyakit Kusta manakala buah Pong- Pong digunakan sebagai racun tikus. Ekstrak kulit kayu Tengar atau Dungun mengurangkan penyakit demam malaria.Kegunaan lain pokok bakau

Selain menjadi penyelamat hakisan pantai dan penghalang ribut taufan, pokok bakau mempunyai keistimewaan lain. Batang pokok yang kering digunakan untuk membuat arang. Batang pokok ini juga dijadikan cerucuk dalam bidang pembinaan. Di kawasan kuala, rumah yang dibina menganjur ke laut menggunakan kayu bakau sebagai tiang kerana ketahanannya dalam air masin. Kayu bakau tahan lama dan tidak mudah reput walaupun dalam air masin. Bunga dan daun dijadikan bahan perubatan tradisional.

PUNCA3.2 Punca Isu Alam SekitarPertambahan pendudukPenggunaan teknologiBencana alamPolitik dan peperanganBudaya dan etikaPenguatkuasaan undang-undangANCAMAN KEMUSNAHANKemusnahan hutan bakau boleh dibahagikan secara umum kepada perkara. 1) kemusnahan akibat kegiatan manusia dan 2) Kemusnahan akibat bencana dan kejadian semulajadi.KEMUSNAHAN AKIBAT KEGIATAN MANUSIA.Semenjak turun temurun, masyarakat yang hidup di kawasan hutan telah mengeksploit pokok hutan bakau untuk dijadikan kayu api, arang, sumber tanin dan bahan binaan. Di Vietnam misalnya, 90% bahan api adalah terdiri daripada pokok bakau.Dengan meningkatnya bilangan penduduk, eksploitasi secara berlebihan telah berlaku. Dari hari ke hari, lebih banyak kawasan hutan bakau telah musnah untuk memenuhi tuntutan-tuntutan manusia yang bertambah ini. Sekiranya kegiatan ini tidak dibendung, lebih banyak kawasan hutan bakau akan musnah.Sebelum ini, hutan bakau telah dikelaskan oleh banyak kerajaan sebagaitanah terbiaratau paya yang tiada gunanya. Dengan pengelasan sedemikian, banyaklah pihak berusaha untuk membangunkannya untuk tujuan pembandaran dan perindustrian. Kawasan bakau kerap kali dijadikan kawasan untuk membina pelabuhan, kilang, industri dan kawasan penempatan manusia. Untuk menampung keperluan pelancong, hotel-hotel dan tempat penginapan turut didirikan di kawasan hutan-hutan bakau. Pembukaan tanah di kawasan bakau sudah tentu akan memusnahkan ekosistem yang produktif ini.Di Asia, banyak hutan bakau dibersihkan untuk dijadikan kawasan pertanian terutama sebagai kawasan sawah padi. Selain itu, hutan bakau juga dibuka untuk dijadikan ladang kelapa, kelapa sawit dan nenas. Pada peringkat awal, penanaman padi di kawasan bakau merupakan kegiatan yang menguntungkan. Disebabkan oleh keasidan tinggi, keracunan besi dan aluminum dan kekurangan nutrien, lama kelamaan penghasilan padi semakin menurun. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan kapur dan baja tetapi kos tinggi. Akhirnya kegiatan penanaman padi ini terpaksa ditinggalkan dan kawasan yang sebelum ini ditumbuhi hutan bakau musnah.Banyak kawasan bakau di Asia seperti diVietnamdanBangladesh, telah dibersihkan untuk tujuan penghasilan garam dengan menggunakan matahari. Disebabkan harga garam rendah, sesetengah kolam garam ini telah ditukar menjadi kolam menternak udang.Disebabkan kedudukannya yang hampir dengan kawasan air payau dan tanah yang rata, kawasan hutan bakau didapati sesuai untuk dijadikan kawasan menternak udang harimau. Setakat ini, beribu-ribu hektar hutan bakau di negara-negaraAsiatelah dibersihkan untuk dijadikan kolam udang.Kegiatan ini telah berkembang dengan begitu cepat semenjak 15 kebelakangan ini. Mengikut sejarah, peternakan udang telah bermula dalam tahun 1970an di Asia dan telah berkembang pesat pada mulanyadi China,Taiwandan Korea Selatan. Purata kadar pertumbuhan penghasilan udang adalah sekitar 25% dan negaraAsiamenyumbangkan 75% udang dunia. Kebanyakan daripada industri awal udang ini telah gagal dan kolam-kolam udang telah ditinggalkan begitu sahaja dan kawasan yang sebelumnya merupakan hutan bakau turut musnah.Kegagalan usaha-usaha awal ini tidak memudarkan semangat pelabur-pelabur. Mereka terus mencari kawasan-kawasan baru untuk diteroka di negara-negara lain seperti diThailand,India,Filipina,IndonesiadanMalaysia. Di mana saja industri ini pergi, hutan bakau musnah dan yang tinggal hanyalah kolam-kolam yang ditinggalkan.Masalah utama dalam penternakan udang ialah masalah air kolam. Air laut yang segar perlu sentiasa dipam ke dalam kolam untuk menjadikan udang sihat. Air kolam yang telah diguna pula perlu dipam keluar. Efluen ini mengandungi bahan toksik daripada buangan udang dan bahan kimia yang digunakan untuk makanan dan merawat air.Efluen ini meninggalkan kesan terhadap ekologi pantai, membunuh hidupan laut dan memusnahkan industri perikanan penting yang lain. Di samping itu, efluen ini turut sama meracuni kolam udang itu sendiri memandangkan air laut yang tercemar ini digunakan semula dalam kolam. Air yang tercemar ini akan mengurangkan penghasilan udang dan seterusnya kegiatan menternak udang ini terpaksa diberhentikan.Industri menternak udang ini memberi beberapa kesan lain. Penggunaan berlebihan air tawar untuk bekalan air di kolam-kolam udang menyebabkan kekurangan air minuman, memusnahkan kawasan perladangan berhampiran dan menyebabkan bekalan air bawah tanah menjadi masin.Sekarang ini, industri ini telah bergerak menuju keBurma,Cambodia,Vietnam,YemendanIran. Bisnes ini terus mengaut keuntungan besar dari penjualan makanan udang, bahan kimia untuk merawat air dan peralatan menternak kepada pengusaha kecil.Kesan kegiatan akuakultur udang terhadap persekitaran bolehlah diikhtisarkan seperti berikut.1.pengurangan sumber semulajadi (pengumpulan anak udang)2.pemusnahan habitat3.pembuangan nutrien dan buangan organik4.pengenalan spesies eksotika5.pembebasan antibiotik dan bahan kimia lain6.meningkatnya bilangan patogen7.merendahkan aras air disebabkan oleh penggunaan air tawar secara berlebihan.8.memasinkan bekalan air tawar9.meningkatkan beban sedimen10.merendahkan kandungan oksigen terlarut11.meningkatkan keperluan oksigen biologi dan kimia.Antara tahun 1974 hingga 1990, sebanyak 157tumpahan minyakutama telah berlaku. Tumpahan minyak ini meninggalkan kesan jangka panjang dan jangka pendek pada ekosistem hutan bakau. Lentisel pada akar bakau sangat mudah tersumbat oleh minyak mentah dan pencemar lain. Kawasan berlumpur di hutan bakau memerlukan 20 tahun atau lebih untuk pulih daripada kesan racun tumpahan minyak.Kegiatan manusia menggunakanherbisidturut memusnahkan hutan bakau. Pada tahun 1960 keluasan hutan bakau diVietnamdianggarkan sekitar 400,000 hektar. Semasa peperanganVietnamiaitu antara 1962 dan 1971, lebih 100,000 hektar hutan bakau telah musnah disebabkan oleh penyemburan herbisid. Tidak diketahui berapa lama masa diperlukan untuk hutan-hutan ini pulih semula memandangkan bakau sangat peka terhadap sisa herbisid.Pertambahan penduduk

Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine ( dulunya dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di Bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di Bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih.Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.

Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :

akuakulturternakan ikan dalam sangkarkolam ternakan udang dan ikan air masinZon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhanPembinaan kawasan pangkalan nelayanPelabuhan dan tapak gudang kontena-kontenaPerbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai.Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan.

Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam

''Setiap sampah yang dibuang ke dalam sungai, tanpa disedari, akan membantutkan pertumbuhan pokok-pokok bakau yang baru dan akhirnya mengakibatkan kepupusan,'' tegasnya.

ANCAMAN KEMUSNAHAN(A)TINDAKAN MANUSIATebusguna Tanah

Pembalakan Secara Berleluasa

Pencemaran

Penggunaan Terlebih Sumber-sumber Hutan Paya Bakau

Penggunaan teknologi

Penebangan hutan bakau secara terlarangPenukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pertanianPenukaran kawasan hutan bakau kepada kolam akuakulturPenukaran kawasan hutan bakau kepada kawasan pembangunan bandar dan industri

Penggunaan peralatan perikanan yang merosakkanPencemaran (minyak, bahan buangan)Pemburuan haiwan-haiwan di kawasan hutan bakau

Pada masa sekarang, hutan bakau merupakan habitat di dunia yang paling terancam. Hutan ini lenyap pada kadar yang tinggi tetapi tidak diketahui umum.Thailandtelah hilang lebih daripada setengah hutan bakaunya semenjak 1960. Di Filipina pula, keluasan hutan bakau telah menurun daripada 448,000 hektar pada tahun 1920 ke 110,000 hektar pada tahun 1990. Di Ecuador, dianggarkan 20% ke 50% bakau telah lenyap dari muka bumi disebabkan oleh kegiatan manusia. Kawasan Muisne di Ecuador telah hilang hampir 90% hutan bakaunya. Secara sejagat, lebih kurang 50% kemusnahan bakau sejak kebelakangan ini diakibatkan oleh pembersihan hutan bakau untuk tujuan menternak udang.Bencana alam

KEMUSNAHAN SEMULAJADIKemusnahan hutan bakau yang besar boleh berlaku disebabkan olehribut taufan. Ribut taufan yang dahsyat boleh memusnahkan sebahagian besar hutan bakau dengan menumbangkan pokok-pokok bakau, mempertingkatkan kadar pemendakan atau mengubah saliniti air dan tanah.Ribut taufan Donnayang telah melandaTaman Negara Evergladepada tahun 1960 telah memusnahkan 75% daripada 100,000 ekar hutan bakau di taman tersebut. Proses pemulihan daripada kemusnahan ini dianggarkan mengambil masa lebih kurang 25 tahun.Satu lagi punca kemusnahan adalah daripadaisopodkecilSphaeroma terebrans. Isopod ini memusnahkan pokok bakau dengan mengorek lubang di akar sokong. Dengan rosaknya akar-akar ini, substrat di keliling pokok tersebut senang dihakis dan lama kelamaan pokok bakau akan tumbangPolitik dan peperangan

KEKANGAN POLITIK DAN EKONOMIMasalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan politik pemerintah pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak akan menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara akan menyebabkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan pusat dan negeri memerlukan sumber kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan. Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada kepentingan alam sekitar. Beberapa contoh dapat dilihat. Pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah menyebabkan pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan menjadikannya sebagai kawasan paya yang tidak berguna . Pembinaan jalan raya Relau-Balik Pulau telah merosakkan tanaman di enam buah kampong di daerah Relau dan Balik Pulau.

Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar ( sebarang peraturan alam sekitar yang akan dibuat dirujukkan kepadanya) juga gagal untuk mencerminkan penyertaan rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada satupun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan berkepentingan kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik universiti. Perwakilan yang seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada priority pembangunan ekonomi. Oleh itu, segala candangan dan nasihat daripada perwakilan majlis ini kepada Menteri berkenaan juga tidak mungkin berada dalam tingkat mendesak khususnya daripada keperluan piawaian yang tegas. Oleh itu, adalah penting agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai semula atau mempunyai beberapa pemerhati daripada golongan orang awam agar segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata. Prinsip check and balance yang diamalkan oleh perlanan sistem pemerintahan negara yang terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksekutif, legislative dan kehakiman boleh diguna pakai dalam hal ini.

Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut. Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan. Ini menyebabkan pihak berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tak sempurna dan sisa-sisa air buangan. Pada tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai Tawar dan Sungai Kangar.

Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke laut ialah denda tidak lebih RM 10000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda tidak lebih RM 10 000, penjara tak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1000 sehari bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua Pengarah untuk menghentikanya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang menyebabkan masalah ini. Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak berkuasa lebih mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan berlembut dengan pihak yang bersalah. Denda yang dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada pencemar yang sedikitpun tidak akan memberi sebarang pengajaran kepada mereka. Mereka akan terus melakukan pencemaran dan membayar denda yang kecil.

Selain itu, berlaku penindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan Negeri dalam isu-isu dan hal berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar adalah jelas. Perundangan subsidiari sama ada undang-undang jenayah dan sivil yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah mengikut garis panduan Perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan undang-undang yang tertinggi. Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan undang-undang yang seragam antara negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar yang dapat digunakan di semua negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung namun keseragaman ini tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaaan yang boleh dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal kedua buah negeri seperti hal- hal perundangan negeri, bidang kuasa Mahkamah Tinggi, agama dan adat istiadat kedua buah negeri tanpa persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Sarawak.

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan dengan tanah, hutan, sumber air , kawasan Kerajaan tempatan, perikanan and pertanian adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri , Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan dengan pengurusan alam sekitar.

Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes pembalakan di Endau- Rompin.

Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas 500 000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menggunakan 30 000 ekar daripada kawasan tersebut untuk pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan orang awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang yang baru dilantik.

Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Masalah pertelingkahan kepentingan dan pertindihan kuasa akan tetap berlaku kerana masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumber-sumber alam sekitar seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Peruntukkan tersebut bukanlah buruk atau membebankan kerana ia bertujuan mengimbangi kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam sistem pemerintah negara yang berbentuk persekutuan. Namun ia tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah dinyatakan. Dengan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak berada di tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya imbangan kuasa dalam pemerintahan negara.

Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun adalah penting memasukkan peruntukkan melantik badan yang bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan alam sekitar. Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat diselesaikan di samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan alam sekitar negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka. Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah megetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang ( substainable development) seperti yang diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9 ).

Tentang masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga mengambil kira kebaikkan undang-undang tersebut terhadap pembangunan alam sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang yang sama dengan undang-undang tersebut dan menguatkuasakannya di negeri masing-masing jika ia betul-betul merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan undang-undang persekutuan.

Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu mengikut telunjuk Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan sesuatu projek sambil mengabaikan kepentingan alam sekitar. Contohnya, Pembinaaan Empangan Bakun di Sarawak banyak menjejaskan ekosistem alam sekitar. Kerajaan negeri dalam hal ini perlu menggunakan kuasa mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tidak membenarkan projek ini pada awalnya jika mereka betul-betul mengutamakan kepentingan dan pengurusan alam sekitarBudaya dan etika

MASALAH KETEGASAN DAN PELAKSANAANKeberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana kawalan-kawalan itu mencukupi dan memandai. Apakah kawalan-kawalan itu merangkumi segala aspek permasalahan alam sekitar, termasuk segala bentuk bentuk pencemaran dan keutuhan sumber alam. Pengawalan bukan semata-mata terhadap masalah yang telah serius tetapi juga turut merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih dalam peringkat yang tidak membimbangkan dan juga segala kemungkinan kemusnahan terhadap alam sekitar yang akan berlaku juga perlu diambil kira. Di Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir segala aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa untuk menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah alam sekitar yang telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan masalah-masalah yang biasa. Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak swasta dan masyarakat secara amnya perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata..

Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk penetapan tingkat piawaian misalnya, sudah cukup tegas dan sesuai dengan tingkat yang boleh menjamin kesihatan, atau apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi sesuai dengan tingkat penetapan yang telah dibuat oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau Amerika Syarikat. Begitu juga apakah cukai pencemaran atau denda yang dikenakan itu sudah cukup tinggi sehingga ia boleh dijadikan daya penggerak utama bagi menggelakkan pencemaran. Soalan seterusnya ialah dari segi pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah dibuat itu dapat dijalankan sepenuhnya?

Masalah ini akan diulas lebih lanjut dalam kelemahan penguatkuasaan tetapi dari segi umumnya tingkat piawaian pengurusan alam sekitar di negara ini ada yang telah mencapai standard antarabangsa dan ada yang belum. Sebagai contoh, sistem pembekalan air di Malayisa telah memenuhi piawaian WHO ( sumber: Majalah MASSA ) namun pengurusan alam sekitar di Malaysia masih dikritik masyarakat antarabangsa kerana lebih mengutamakan pembangunan. Tentang denda dan undang-undang yang ada, secara keseluruhan ia masih belum mampu membendung pencemaran di tahap yang dikehendali dan bukan semua program yang dirancang dapat dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan. Contohnya program kitar semula yang bermula awal tahun 2000 semakin terpinggir kerana tiada sambutan daripada masyarakat selain daripada kesukaran mewujudkan pusat kitar semula di setiap daerah dan kawasan.MASALAH BIDANG KUASA DAN HIERARKI JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).

Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program, JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini berada dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.

Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku satu pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal mencegahnya. Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil tindakan awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka dan meluluskannya serta lebih mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu sedar bahawa kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya disalahkan seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang serius.

Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah pihak Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada alam sekitar. Jika Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Menterinya Datuk Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil kira penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu keputusan agar objektif pembangunan terancang dapat dicapai.

Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasa khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit pencemaran air, udara dan sebagainya) yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma perbincangan perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja.Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam pemantauan JAS adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin timbul isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri kerana tindakan mereka melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat sebuah kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat daripada Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, JAS akan berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak kerana perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dalam keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka mempunyai hak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu memainkan peranan dalam menyelesaikannya.

Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikkan di mana kerajaan tempatan yang juga mempunyai kuasa dalam pengurusan alam sekitar boleh membantu JAS dalam penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah tentunya membawa lebih banyak kebaikkan daripada bertelingkah tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain itu, kerjasama juga boleh dibuat dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Kesihatan.

MASALAH KAKITANGANMasalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini perlu diisi.

Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa masalah perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum dapat dilaksana dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975, tugas-tugas untuk menyelengarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang akan mentadbirkan akta ini dan masalah pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga tahun 1975, kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius dengan beberapa kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi.

Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan Mei 1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan. Oleh yang demikian, program kerja yang menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan dan kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna sepertimana yang diharapkan.

Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk menentukan pencemaran air pada tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh kekurangan kakitangan pada awal tahun berkenaan.

Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu. Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak mencukupi masih menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan. Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai penguatkuasa masih belum mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan yang tidak mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi penguatkuasa yang lain.

Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit dalam melindungi alam sekitar dan melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah dinyatakan dalam pelan Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera dengan mengambil sumber tenaga yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasa yang lain agar masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping perancangan pembangunan alam sekitar yang lebih baik.

Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak berminat dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang kosong. Adalah lebih baik menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang dilantik agar mereka tidak menjalankan tugas dengan sambil lewa.

MASALAH KOS PENGURUSANDalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40 juta dan jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak. Jika dibandingkan jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan awam, peratusnya adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-dua rancangan tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus meningkat melebihi 10 kali ganda antara tahun 1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS yang semakin meningkat.

Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan bagi pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya. Pungutan dan pelupusan sampah sarap pepejal dikatakan melibatkan kos purata pada tahun 1983 sebanyak RM 50 setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur yang dianggarkan buangan pepejal sampah ialah 1000 tan sehari, maka ini bermakna sejumlah lebih daripada RM 18 juta akan terlibat bagi setiap tahun untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.

Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam melaksanakan kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa ditanggung bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan kelapa sawit sahaja, sehingga tahun 1983, sejumlah RM 200 juta terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini.

Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar dibandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.

Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan sesebuah agensi atau jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.

Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada kerajaan untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran terus meningkat dan masyarakat tidak turut memainkan peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai turut memainkan peranan agar pencemaran dapat dikawal dan seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan turut melancarkan pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam sekitar yang bersih.

MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM

Pengurus perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Abdol Mutalib Che ManSungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha pembangunan.

Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor yang menggunakan asap-asap kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tak lebih 50 UAH yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977.

Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletakkan di dalam sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan toksik itu datang dari Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan mereka dan kesan bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan berkesan untuk menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain. Mereka yang terbabit memberikan pelbagai alasan seperti pihak Taiwan enggan menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan undang-undang dan sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil dalam hal ini seperti menlupuskan bahan toksik ini dengan segera dengan cara yang dipratikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari nanti memudaratkan penduduk.

Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.

KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARAPendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar.

Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai matapelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam matapelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali matapelajaran seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidkan alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang betul.

Namun kini terdapat harapan dalam pendidkan alam sekitar di mana kerajaan mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam pendidikan yang bersifat tidak formal. Contohnya promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan alam sekitar dan penyiaran rancangan berbentuk alam sekitar di dalam media elektronik dan media massa.

Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa lalu tidak diulangi dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu yang menyeluruh tentang pendidikan alam sekitar serta dapat mempraktikkannya kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar di masa hadapan. Pendidikan adalah medium yang berkesan untuk pembangunan kelak.

Penguatkuasaan Undang-undang

KELEMAHAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANGKetiadaan pegawai penguatkuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.

Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.

Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan ekonomi, pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai. Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah juga mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah kelemahan penguatkuasaan namun tiada data atau kes mengenainya yang diketahui umum.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan alam sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk para pegawai penguatkuasa untuk tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka sepatutnya berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas agar usaha mereka dihargai dan mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja, masalah-masalah lain yang dihadapi mereka akan disedari pihak terbabit dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut satu persatu. Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai penguatkuasa sendiri akan membantutkan lagi penguatkuasaan dan menambah masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .

KESIMPULANNegara sudah mempunyai banyak peruntukkan undang-undang berkenaan alam sekitar yang jika dikuatkuasakan sepenuhnya mampu menangani masalah-masalah alam sekitar yang timbul kini. Namun penguatkuasaan sepenuhnya masih tidak dapat dijalankan kerana pelbagai kelemahan dan kekangan yang ada. Dalam hal ini, kerajaan perlu mengambil kira faktor ini dan bukannya menggubal dan meluluskan undang-undang alam sekitar yang baru.

Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan dalam meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata menangani isu-isu alam sekitar yang timbul. Penyelesaian masalah alam sekitar secara bukan perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar pembangunan terancang dapat dicapai dengan berkesan.

Pelan pembangunan negara dan pengekalan alam sekitar negara sebenarnya menuju ke arah yang betul seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ketiga hingga Rancangan Malaysia Kesembilan. Namun masih banyak lagi tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap yang diingini disebabkan pelbagai kelemahan dan kekangan yang timbul. Kuncinya adalah kerjasama daripada semua pihak dan bukan kerajaan semata-mata. Mengejar kekayaan materialistik sekarang merupakan trend kehidupan orang ramai tanpa mengambil kira pembangunan alam sekitar, tetapi apakah nilai harta benda itu kelak jika kita terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar itu sendiri yang sepatutnya percuma sahaja.

Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan pembangunan terancang untuk semua.

KESAN

3.3 Impak Isu Alam SekitarKepupusan flora dan faunaKualiti hidup menurunDegradasi alam dan sumberPengaruh negatif politik dan hubungan antarabangsa

pengenalan

Paya Bakau Diancaman Kemusnahan

Hutan paya bakau kini merupakan habitat yang paling terancam dan mula lenyap pada kadar yang tinggi. Di Thailand, setengah hutan paya bakaunya lenyap semenjak 1960. Di Filipina pula, keluasan paya bakau telah menurun daripada 448 000 hektar pada tahun 1920 kepada 110 000 hektar pada tahun 1990.

Di Equador pula, dianggarkan 20% hingga 50% hutan bakau telah lenyap disebabkan oleh kegiatan manusia. Tidak mustahil jika pada satu hari nanti, hutan paya bakau akan pupus sepenuhnya dari muka bumi jika manusia masih tidak mahu memelihara salah satu anugerah alam ini

1. Kepupusan flora dan faunaKESAN-KESAN PENGHAPUSAN PAYAKehilangan habitat semula jadi untuk haiwan dan tumbuhan

Kepupusan flora dan fauna

Pengurangan kawasan sumber makanan

Menjejaskan keseimbangan ekosistem kawasan paya

factor utama iaitu masalah hakisan. Hakisan yang berlaku kebiasaannya disebabkan oleh ombak kuat yang menghempas ke pokok-pokok bakau ini. Sekaligus, ini boleh merencatkan pertumbuhan bakau, malah lebih teruk lagi boleh membawa kepada kepupusan spesies-spesies bakau yang jarang ditemui sepertiRhizophoraapiculata sp(Bakau Minyak), Rhizophora mucronata sp(Bakau Kurap),danRhizophora stylosa sp(Bakau Kecil). Selain itu, hakisan juga akan memendakkan laut, dan ini akan menyebabkan flora dan fauna yang sedia ada berkemungkinan besar juga akan turut terjejas.Faktor seperti tumpahan minyak juga boleh mengancam pertumbuhan dan habitat paya bakau ini. Hal ini akan menyebabkan hidupan alam air akan mengalami ancaman untuk terus hidup dan membiak dengan sempurna dalam habitatnya. Tumpahan minyak akan menyebabkan akar bakau tidak dapat bernafas sekaligus boleh mengundang kepada kepupusan pokok. Selain itu,pokokbakau juga tidak dapat melancarkan pertumbuhan benihnya yang secara semulajadinya tersebar melalui air.

Selain itu, faktor sampingan seperti sampah sarap juga boleh mengundang kepada kepupusan pokok bakau sekiranya tidak dibendung. Kesan kepada aktiviti tidak bermoral ini samada dating daripada pihak penduduk setempat mahupun orang awam boleh mengganggu persekitaran bakau. Lebih memilukan, aktiviti ini boleh membawa kepada kemusnahan habitat hidupan-hidupan air kecil seperti belacak dan ketam. Malah, habitat haiwan seperti monyet juga akan turut terjejas.2. Kualiti hidup menurun

Secara kesimpulannya,hutan paya bakau merupakan satu kawasan ekosistem yang harus dipelihara bagi mengelakkanberlaku sebarangkemusnahandi kawasanini.Masyarakat akanrugijikamembiarkan tanah paya bakau mengalami kemusnahan kerana negara akan kehilangan satuekosistem alamyangunik dantidak terdapatdi kawasanlain.Jika eksploitasi berlebihandilakukan dikawasantanah payaini akanmenyebabkan kawasantanah payabakau akanberkurangan dankeseimbangan ekosistemjuga turutterancam.Satu sistempengurusan bagimengelakkan pengurangan tanah paya yang efisien perlu dilaksanakan supaya dapat menjaga kelestarian tanahpaya bakauagarakan terusberkekalan.Oleh sebabitu, semuapihakseharusnya memainkan peranan penting dalam memastikan kawasan tanah paya bakau ini terus berkekalan dan tidak hanya memandang untuk mendapat keuntungan sahaja.3. Degradasi alam dan sumberHutan paya bakau merupakan sempadan di antara lautan dan daratan, kerana ombak dan arus pasang surut mendedahkan daratan kepada bahaya hakisan. Justeru itu, paya bakau berupakan benteng yang menahan daratan daripada terus habis dihakis oleh ombak laut.

Paya bakau juga merupakan zon penampan kepada ribut, kerosakan harta benda, dan kehilangan nyawa akibat bencana semula jadi seperti tsunami. Kawasan-kawasan yang telah ditebang hutan bakau, selalunya terdedah kepada ancaman ribut dan juga pemendakan yang teruk.

CARA MENGATASI

PENDAHULUANSememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan menwarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut.

Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu tersebut. Perundangan Dan PenguatkuasaanAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976Akta Perhutanan Negara 1984Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972Akta Perancangan Bandar dan DesaMENANGANI ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

Disediakan oleh: Fong Mei Yen & Lim Cheng Hui4.1 PERUNDANGAN DAN PENGUATKUASAANAkta Kualiti Alam Sekeliling 1974Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).

Larangan Dan Kawalan Mengenai Pencemaran

Subseksyen 34A(1) Akta 127 memberi kuasa kepada Menteri Alam Sekitar, selepas berunding dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling, untuk menetapkan apa-apa aktiviti yang mungkin mempunyai kesan kepada alam sekeliling, sebagai aktiviti yang ditetapkan, dan perlu dikawal bagi tujuan perlindungan alam sekitar.

Apa itu Laporan Penilaian Alam Sekitar EIA(Environmental Impact Assessment)?(EIA) ialah satu alat untuk :

1. Mengenalpasti, meramal, menilai dan memberi maklumat mengenai kesan-kesan kepada alam sekitar akibat daripada sesuatu cadangan projek.

2. Mengemukakan langkah-langkah tebatan sebelum sesuatu projek berkenaan boleh dilulus dan dilaksanakan.

3. Mengurangkan masalah alam sekitar akibat dari sesuatu tindakan.

4. Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987, yang dibuat di bawah peruntukan subseksyen 34A(2) Akta 127, menetapkan 19 kategori yang memerlukan penyediaan EIA.

Kategori Yang Perlukan EIAPertanian

Lapangan Terbang

Pengairan dan Saliran

Tebus Guna Tanah

Perikanan

Perhutanan

Perumahan

Industri

Infrastruktur

Pelabuhan

Perlombongan

Petroleum

Penjanaan dan Pemancaran Kuasa

Kuari

Keretapi

Pengangkutan

Pemajuan Rekreasi dan Peranginan

Pengolahan dan Pelupusan buangan; dan

Bekalan

Kawalan Buangan TerjadualSeksyen 34BLarangan terhadap penempatan, perletakan, dan sebagainya buangan terjadual.

1. Tiada seorang pun boleh melakukan perkara-perkara berikut tanpa kelulusan daripada Ketua PengarahJabatan Alam Sekitar

(a)Melupuskan apa-apa buangan terjadual di darat atau ke dalam perairan Malaysia;

(b)menerima atau menghantar, atau menyebabkan atau membenarkan diterima atau dihantar apa-apa buangan terjadual di dalam atau di luar Malaysia; atau

(c)mentransit atau menyebabkan atau membenarkan ditransit buangan terjadual.

2. Ketua Pengarah boleh memberikan kelulusan bertulis sama ada tertakluk kepada syarat atau tak bersyarat.

3. Apa-apa tindakan menerima atau menghantar, atau mentransit apa-apa buangan terjadual dengan kelulusan yang diperolehi melalui pemalsuan, salah nyataan atau fraud atau yang tidak mematuhi dengan cara yang material dengan dokumen yang releven dalam borang yang ditetapkan adalah suatu kesalahan.

4. Sesiapa yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM500 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

AKAS 1974Seksyen 22

-Sekatan Mengenai Pencemaran Udara

-Peruntukan Lesen Pelanggaran terhadap syarat-syarat yang diterima bagi melepaskan bahan buangan ke udara.

Denda-RM 10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

AKAS 1974 (Pindaan 1996)Seksyen 22-Denda-RM 100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

AKAS 1974, Pindaan 1998Mengadakan peruntukan baru iaitu:-

Seksyen 29 A-Larangan atas pembakaran terbuka

Pertambahan denda kepada RM 500,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (selepas ini akandisebut sebagai Akta 172) yang diluluskan oleh Parlimendalamtahun 1976adalahbertujuanmengadakankeseragaman undang-undang serta kawalan dan peraturanyang lengkap bagi perancangan bandar dan desa dalamkawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan diSemenanjung Malaysia.Penggubalan Akta172 jelasmenunjukkan usaha kerajaan untuk memperkenalkan satuperundanganperancanganyangbersistematik diSemenanjung Malaysia. Akta 172 merupakan Akta yang khusus berkenaan dengan perancangan bandar dan desadan tidak lagi menjadi sebahagian daripada perundanganKerajaan Tempatan.Akta ini memberi kuasa kepada PihakBerkuasa Negeri untuk bertanggungjawab terhadap dasaram berkenaan dengan pemeliharaan, pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan di dalam Negeri.

Di samping itu pihak berkuasa perancang tempatandiberitugasuntukmengatur,mengawaldanmerancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunandalam kawasannya.Akta 172 telah menyediakan suatu asas undang-undangbagi membolehkan negeri-negeri di Semenanjung Malaysiamenggalakkanpengawalan,penggunaandanpemajuantanah di dalam rangka dasar negara. Bagi mencapai tujuanini, Akta 172 telah membentuk serta menggalakkan aspek-aspek berikut :(a)suatu jentera perancangan dan sistem baru di dalam negeridan kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatannya.(b) asas untuk menggalakkan dasar-dasar Negara, Wilayahdan Negeri serta menterjemahkannya ke dalam bentukfizikal di peringkat tempatan.(c)suatutatacaradansistemyangtegassertalebihmenitikberatkan keperluan-keperluan awam.(d)suatukeperluanundang-undanguntukmengenalpasti kawasan-kawasan utama (kawasan-kawasan tindakan) dan untuk mengambil tindakanmembangunkannyadalamtempoh yang ditetapkan.(e)suaturangkasumberbagiperancangandanpemajuankawasan-kawasan yang dimaksudkan.(f)suatu sistem rayuan, sekiranya terdapat sesuatu pihakyang terkilan akibat dari sesuatu keputusan perancangan,melalui pembentukan suatu Lembaga Rayuan.(g)suatutatacarayangsesuaibagipengawalandanpenguatkuasaanperancanganmelaluipenyusunantiaptiap langkah yang seharusnya diambil.(h)suatusistempengurusankewanganbagipenyediaankemudahan-kemudahanawammelalui pemungutan pembayaran pemajuan sekiranya terdapat kenaikan nilaisesuatu tanah itu akibat dari sesuatu perancangan danpemajuan.(i)suatu sistem pemajuan tanah, melalui peruntukan notisbeli yang tanpanya akan mengakibatkan tanah itu terbiardan tidak mendatangkan faedah.(j)suatusistempemajuantanahmelaluipengisytiharankawasan-kawasankemajuan,yangmembolehkanpihak berkuasaperancangtempatanmengambilsemuatanahmilik di dalam kawasan itu, dan memajukannya.(k)suatusistemmenggunakhidmatejen-ejen,membuatperkiraan dan menubuhkan perbadanan-perbadanan olehpihakberkuasaperancangtempatanbagimemajukankawasan-kawasan kemajuan.Akta Perhutanan Negara 1984Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan dalam Negeri di Malaysia dan bagi maksud yang berkaitan.

Bahawasanya adalah suai manfaat bagi maksud hanya untuk menentukan persamaan undang-undang bagi Negeri di Malaysia untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan.

PenguatkuasaanKuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat Kuasa menangkap, menyita dan menyiasat(1) Seorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan atau seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia mempunyai alasan untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan hutan, jika orang itu enggan menyatakan nama dan alamatnya atau menyatakan suatu alamat di luar Malaysia atau terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah menyatakan nama palsu atau alamat palsu atau dia mungkin akan melarikan diri; dan boleh menyita apa-apa benda yang difikirkannya perlu disita berhubungan dengan keterangan yang perlu bagi membuktikan berlakunya mana-mana kesalahan itu.

(2) Apabila mana-mana orang telah ditangkap di bawah subseksyen (1) dia hendaklah selepas itu dibicarakan sebagaimana diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

(3) Mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan dan mana-mana pegawai yang menjaga balai polis boleh, berhubungan dengan apa-apa penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan hutan, tanpa perintah Pendakwa Raya, menjalankan kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah dalam mana-mana kes boleh tangkap.

Menyita hasil hutan yang menjadi perkara kesalahan(1) Apa-apa hasil hutan yang mengenainya telah ada, atau ada, alasan munasabah bagi mengesyaki bahawa telah berlaku suatu kesalahan hutan, bersama-sama dengan apa-apa bekas, bungkusan atau pengangkut yang ianya telah dijumpai atau yang telah digunakan berkaitan dengan kesalahan itu, dan apa-apa jentera,alat, buku, dokumen atau benda lain yang dengan munasabahnya dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu, boleh disita oleh mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan atau mana-mana pegawai polis.

Menggeledah dengan waran(1) Jika seorang Majistret dapati daripada maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada tersembunyi atau diletakkan apa-apa hasil hutan yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah atau mana-mana pegawai polis yang dinamakan di dalam waran itu, pada waktu malam atau siang dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki bangunan, tempat atau tanah itu dan di situ menggeledah dan menyita, dan memindahkan, apa-apa hasil hutan yang mengenainya suatu kesalahan hutan telah dilakukan atau disyaki telah dilakukan serta apa-apa jentera, alat, buku, dokumen atau benda lain yang dengan munasabahnya dipercayai dapat memberi keterangan mengenai berlakunya kesalahan itu.

(2) Mana-mana pegawai hutan atau pegawai polis yang bertindak di bawah subseksyen (1) boleh

(a) memecah buka mana-mana bahagian luar atau dalam pintu bangunan atau tempat atau mana-mana pagar, tembok, pintu pagar atau galangan lain atas tanah, supaya dapat masuk ke dalamnya;

(b) memindahkan secara paksa mana-mana galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan itu sebagaimana yang diberi kuasa kepadanya di bawah subseksyen (1); dan

(c) menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam bangunan atau tempat atau di atas tanah sehingga bangunan atau tempat itu selesai digeledah.

Menggeledah tanpa waran1. Jika seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan atau seseorang pegawai polis dapati bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam mana-mana bangunan atau tempat atau di atas mana-mana tanah ada tersembunyi atau diletakkan apa-apa hasil hutan yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, dan jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dengan sebab kelambatan mendapat waran di bawah seksyen 90 hasil hutan itu mungkin akan dipindahkan, dia boleh menjalankan di dalam, di atas, dan mengenai bangunan, tempat, atau tanah itu semua kuasa yang tersebut dalam seksyen 90 dengan sepenuh dan seluasnya seolah-olah dia diberi kuasa melakukannya dengan waran di bawah seksyen itu.

Kuasa untuk memberhenti dan menggeledah pengangkut(1) Jika mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan atau mana-mana pegawai polis mempunyai syak yang munasabah bahawa mana-mana pengangkut ada membawa hasil hutan dengan melanggar Akta ini atau yang mengenainya suatu kesalahan hutan sedang atau telah dilakukan, dia boleh memberhentikan dan memeriksa pengangkut itu.

(2) Orang yang mengawal atau menjaga pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai hutan atau pegawai polis itu

(a) memberhentikan pengangkut tersebut dan membenarkan pegawai hutan atau pegawai polis itu memeriksanya; dan

(b) membuka semua bahagian pengangkut tersebut untuk diperiksa dan mengambil segala langkah yang perlu bagi membolehkan atau memudahkan perjalanan pemeriksaan itu sebagaimana difikirkan perlu dibuat oleh pegawai hutan atau pegawai polis itu.

(3) Mana-mana orang yang tidak atau enggan mematuhi apa-apa kehendak pegawai hutan atau pegawai polis di bawah subseksyen.

(4) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi **lima tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan pegawai yang menyita(1) Apabila apa-apa benda disita di bawah Akta ini, pegawai yang menyita itu hendaklah dengan serta-merta

(a) meletakkan pada benda itu atau pada bekas atau bungkusan yang mengandungi suatu tanda yang menunjukkan bahawa benda itu telah disita; dan

(b) kecuali jika penyitaan itu dibuat pada diri orang itu atau di hadapan pesalah itu atau pemunya atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, memberi notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasannya kepada pemunya benda tersebut, jika diketahui, sama ada dengan menghantar apa-apa notis kepadanya sendiri atau melalui pos atau ke tempat kediamannya jika diketahui.

(2) Mana-mana orang (selain pegawai hutan, pegawai polis atau anggota angkatan tentera yang diberi kuasa di bawah Akta ini) yang mengusik, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa benda yang ditanda di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pelucuthakan benda yang disita(1)Apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini boleh dikenakan lucut hak.

(2) Jika apa-apa benda telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Hutan Daerah boleh, mengikut budi bicaranya, melepaskan untuk sementara benda itu kepada pemunya benda tersebut apabila diberi jaminan yang memuaskan hatinya bahawa benda itu akan diserahkan kepadanya apabila diminta atau dibawa di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten.

(3) Suatu perintah bagi melucut hak atau bagi melepaskan apa-apa benda yang kena dilucut hak di bawah Akta ini, hendaklah dibuat oleh Mahkamah di hadapan mana pendakwaan mengenainya telah diadakan dan suatu perintah bagi melucuthakkan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan hutan telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara, atau digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun boleh disabitkan atas kesalahan itu.

(4) Jika tiada apa-apa pendakwaan mengenai apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan calendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan dibuat ke atasnya mengikut cara yang berikut:

(a) mana-mana orang yang mendakwa bahawa dia adalah pemunya benda itu dan bahawa ianya tidak patut dikenakan lucut hak boleh secara bersendirian atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberi notis bertulis kepada pegawai hutan atau pegawai polis yang dalam miliknya benda itu berada menyatakan bahawa dia menuntut benda itu;

(b) apabila notis itu diterima pegawai hutan atau pegawai polis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah merujuk tuntutan itu kepada Pengarah yang boleh mengarahkan supaya benda itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai itu merujuk perkara itu kepada Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen untuk diputuskan;

(c) Majistret atau Hakim yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang mendakwa bahawa dia adalah pemunya benda itu serta orang yang daripadanya benda itu disita supaya hadir di hadapannya dan apabila orang itu hadir atau ingkar hadir, Majistret atau Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan ke atas perkara itu dan, apabila terbukti bahawa suatu kesalahan hutan telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara atau digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilucut hak atau jika tidak ada bukti boleh memerintahkan supaya ianya dilepaskan.

(5) Semua benda yang dilucut hak atau disifatkan dilucut hak hendaklah dihantar kepada Pegawai Hutan Daerah dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengarah.

(6) Jika apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini adalah jenis mudah rosak atau adalah tertakluk kepada reput yang cepat dan semula jadi atau jika penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesulitan yang tidak munasabah, atau dipercayai menyebabkan galangan atau bencana kepada orang awam, Pengarah boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang bagi mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini.

(7) Pihak Berkuasa Negeri tidak bertanggungan kepada manamana orang bagi apa-apa pemerosotan nilai, tidak kira walau bagaimana sekalipun ia terjadi, mengenai kualiti apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini.

Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang berhubungan dengan hidupan liar dan selanjutnya bagi mengadakan peruntukan untuk memberi perlindungan kepada hidupan liar dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya.

Kesalahan-Kesalahan Dan Penalti-Penalti(1) Tiap-tiap orang yang dengan menyalahi undang-undang menembak, membunuhatau mengambil binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi (selain daripadanya binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya yang tidak matang atau jenis betina binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Tiap-tiap orang (selain daripada orang-orang yang diperihalkan dalam Seksyen 64 (1), 65, 66 dan 67) yang ada dalam miliknya atau yang menjalankan perniagaan sebagai peniaga atau pengawet binatang mengenai -

(a) binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi atau terofinya;

(b) sarang atau telur binatang liar yang diperlindungi sepenuhnya atau burung liar yang diperlindungi sepenuhnya.

Adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama te