tugasan pendidikan agama islam ipgkkb 2013

40
KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM PENGERTIAN AKHLAK Menurut bahasa: Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al- akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah: Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4) Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala: Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air

Upload: azlan-hafiz

Post on 30-Dec-2015

24 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

konsep akhlak dalam islam

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

PENGERTIAN AKHLAK

Menurut bahasa:

       Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada

perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat

kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-

Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:

       Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.

(Al-Qalam:4)

       Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian

yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur

tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam

semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut

undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang

merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain

firman Allah subhaanahu wa taaala:

       Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam,

bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah

turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah

matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran

angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-

tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

       Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan

siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang

mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka

memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami,

tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah

kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190)

Page 2: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

     Menurut istilah:

Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat

mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran,

penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan

jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.

Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di

dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan

pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji

menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya

apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

 

PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam

menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi

sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan

kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.

Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua

sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi

mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-

sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi

mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Page 3: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang

melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna

berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.Dengan kata lain, akhlak

ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu,

kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu,

kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama

manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

 

KESYUMULAN AKHLAK ISLAM

Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek

perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang berkaitan dengan

perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang

terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam.Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak

berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap

seluruh tindak tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam

menetapkan penilaian ini. Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam,

manakala asa akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan

yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia

sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu

perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal

sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.

Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadis-hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam

merumuskan kedudukan akhlak sebagai:

  Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

  Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda menjawab: Akhlak

yang baik.

  Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya.

Page 4: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH

 Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:

         Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh

dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna

kulit, pangkat, tempat, dan masa.

         Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan:  Ditinjau dari sudut kejadian

manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah merangkumi

semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah, sesuai dengan semua

tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk

kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal kebebasan peribadi seseorang.

         Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana,

tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga

menimbulkan bahaya dan kerosakan.

         Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlak

Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau

mengabaikan mana-mana aspek tersebut.

         Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyah

memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu

hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak

Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih

menurut tata cara Islam. Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan

cara.

         Keseimbangan:  Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti

hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan

akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.

Page 5: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

 

SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk

(good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan

kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar

dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk,

betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu

akhlak.

Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan

kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang

menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga

yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh

terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan

yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan

persoalan hidup akhirat.

Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami

akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai

matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di

sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia.

Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut,

itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang

dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.

Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang

menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan

oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cubamenerangkan matlamat

yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui

untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.

Page 6: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan

manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang

tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi

(bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam

skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik

atau buruk.

Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan

dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri

sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang

berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya

mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka

yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.

Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan

dalam lingkungan dan suasana berikut:

         Dilakukan dengan sedar dan niat.

         Dilakukan denganikhtiar sendiri.

Melakukannya dengan sengaja,

Tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

 

PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL

Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu jamak kepada

perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of

Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-

batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar,

salah, baik, atau buruk. Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa

Yunani ethikos daripada ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan

sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang

mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan

tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran

dan pandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan,

masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu. 

Page 7: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut

sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat.

Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada

bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti.

Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu

cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap

orang.

Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,membina insaniyyah,

membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping

mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha

menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif.

Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang ketinggian budi

dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu

Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak

menjadi salah jika kita menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy.

Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah menggariskan

beberapa prinsip utama; antaranya lain:

Beriman kepada Allah

Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta

menjadikannya uswah hasanah

Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan

dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya

Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik

Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram

Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat

Keadilan syara’

Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat

Page 8: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

Perbezaan Antara Akhlak dan Moral @ Etika

i) Akhlak merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala moral

ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja.

ii) Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia

dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain manakala moral

mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan

manusia sahaja.

iii) Nilai-nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah

saw manakala moral ditentukan oleh manusia.

iv) Nilai-nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-nilai moral bersifat

relatif, subjektif dan sementara. 

Contoh-contoh Perbezaan Antara Akhlak dan Moral

1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat. Seandainya

mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang tidak berakhlak kerana

telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Berbeza dengan moral, jika

seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka

masih dianggap bermoral oleh sesetengah pihak.

2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah menjadi

suatu lumrah bai masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan penilaian Barat perkara

ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut akhlak Islam, perlakuan

sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak.

3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah

haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan. Tetapi perkara ini

dibolehkan dalam sistem moral.

Page 9: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

Skop Akhlak Islam

Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan kehidupan

manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan

hubungan manusia dengan makhluk lain.

a) Akhlak dengan Allah : Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah swt ialah :

o Beriman kepada Allah : iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu

wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di

samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya.

o Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah : iaitu

melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas

semata-mata kerana Allah swt.

o Sentiasa bertaubat dengan tuhannya : iaitu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau

jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar

dan insaf lalu meminta taubat atas kecuaiannya.

o Mencari keredhaan Tuhannya : iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam segala usaha

dan amalannya. Segala gerak geri hidupnya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah

dan bukannya mengharapkan keredhaan manusia walaupun kadang kala terpaksa

membuat sesuatu kerja yang menyebabkan kemarahan manusia.

o Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dan nawafil.

o Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah : Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia

bersabar maka menjadilah baik baginya."

 

Page 10: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

b) Akhlak dengan manusia :

o Akhlak dengan Rasulullah : iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa nabi

Muhammad saw adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan risalah

kepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnah yang baik yang berbentuk suruhan

ataupun larangan.

o Akhlak dengan ibubapa : iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa. Berbuat baik di

sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah laku.

Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanya

dan menjaga keperluan hidupnya apabila mereka telah uzur dan sebagainya. Firman

Allah swt yang bermaksud : " Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu

bapa."

o Akhlak dengan guru : Maksud dari sebuah hadith Nabi saw: "Muliakanlah orang yang

kamu belajar daripadanya." Setiap murid dikehendaki memuliakan dan menghormati

gurunya kerana peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu yang merupakan perkara penting

di mana dengan ilmu tersebut manusia dapat menduduki tempat yang mulia dan

terhormat dan dapat mengatasi berbagai kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia

ataupun di akhirat.

o Akhlak kepada jiran tetangga : Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jiran

tetangga. Contohnya tidak menyusahkan atau mengganggu mereka seperti membunyikan

radio kuat-kuat, tidak membuang sampah di muka rumah jiran, tidak menyakiti hati

mereka dengan perkataan-perkataan kasar atau tidak sopan dan sebagainya. Malah

berbuat baik terhadap jiran tetangga dalam pengertiannya itu dapat memberikan sesuatu

pemberian kepada mereka sama ada sokongan moral atau material.

o Akhlak suami isteri : Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan gaulilah olehmu isteri-

isteri itu dengan baik."

o Akhlak dengan anak-anak : Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak. Sabda

Rasulullah saw yang bermaksud : "Kanak-kanak lelaki disembelih aqiqahnya pada hari

ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan baik-baik dan dihindarkan ia

daripada perkara-perkara yang memudharatkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah

diberi pengajaran dan pendidikan akhlak yang baik."

Page 11: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

o Akhlak dengan kaum kerabat : Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah

menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum

kerabat." 

c) Akhlak terhadap makhluk selain manusia :

o Malaikat :Akhlak Islam menuntut seseorang muslim supaya menghormati para malaikat

dengan menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lain yang melihat.

o Jin : Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullah melarang membuang hadas kecil

di dalam lubang-lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin. Sabda Rasulullah saw

yang bermaksud :"Jangan kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan

tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu adalah makanan saudara kamu

dari kalangan jin."

o Haiwan ternakan : Haiwan yang digunakan untuk membuat kerja, maka tidak boleh

mereka dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya atau disakiti. Malah ketika

hendak menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah penyembelihan

dilakukan dengan cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam,

tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan di samping

haiwan-haiwan yang lain.

o Haiwan bukan ternakan : tidak menganiayai haiwan-haiwan bukan ternakan seperti

mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya.

o Alam : Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi kebaikan

bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemari dengan kekotoran yang

boleh merosakkan kehidupan manusia dan kehidupan lainnya.

 

Sumber Akhlak Islam

Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu al-Quran dan al-

Sunnah. Ini ditegaskan leh Rasulullah saw dalam sepotong hadith yang

Page 12: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan akhlak

yang mulia."

Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-

Quran, firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi

yang agung (mulia)." 

Kedudukan Akhlak dalam Islam

Akhlak mempunyai kedudukan yang paling penting dalam agama Islam. Antaranya :

o Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara perutusan utama

Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan

untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." Pernyataan Rasulullah itu menunjukkan

pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam.

o Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti yang mana akhlak yang

baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Sabda

Rasulullah saw yang bermaksud : "Tiada sesuatu yang lebih berat dalam daun

timbangan melainkan akhlak yang baik."

o Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin. Sabda Rasulullah saw

yang bermaksud : "Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang

paling baik akhlaknya."

o Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa manakala akhlak yang buruk boleh

merosakkan pahala. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Akhlak yang baik

mencairkan dosa seperti air mencairkan ais (salji) dan akhlak merosakkan amalan

seperti cuka merosakkan madu."

o Akhlak merupakan sifat Rasulullah saw di mana Allah swt telah memuji Rasulullah

kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran, firman Allah swt yang

bermaksud :"Sesungguhnya engkau seorang yang memiliki peribadi yang

agung )mulia)." Pujian allah swt terhadap RasulNya dengan akhlak yang mulia

Page 13: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

menunjukkan betapa besar dan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam. Banak lagi

ayat-ayat dan hadith-hadith Rasulullah saw yang menunjukkan ketinggian kedudukan

akhlak dan menggalakkan kita supaya berusaha menghiasi jiwa kita dengan akhlak yang

mulia.

o Akhlak tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana dalam sebuah hadith

diterangkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw : "Wahai Rasulullah,

apakah itu agama?" Rasulullah menjawab : "Akhlak yang baik."

o Akhlak yang baik dapat menghindarkan seseorang itu daripada neraka sebaliknya

akhlak yang buruk menyebabkan seseorang itu jauh dari syurga. Sebuah hadith

menerangkan bahawa, "Si fulan pada siang harinya berpuasa dan pada malamnya

bersembahyang sedangkan akhlaknya buruk, menganggu jiran tetangganya dengan

perkataannya. Baginda bersabda : tidak ada kebaikan dalam ibadahnya, dia adalah ahli

neraka."

o Salah satu rukun agama Islam ialah Ihsan, iaitu merupakan asas akhlak seseorang

muslim. Ihsan iaitu beribadat kepada allah seolah-olah kita melihatNya kerana walauun

kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita.

 

Kepentingan Akhlak dalam Kehidupan Manusia

Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak.

Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang

tidak bernyawa. Oleh itu salah satu misi yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah membina

Page 14: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran

penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng.

Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang mana akhlak manusia telah runtuh berpunca

daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu dengan tradisi meminum arak, membuang

anak, membunuh, melakukan kezaliman sesuka hati, menindas, suka memulau kaum yang

rendah martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka sebenarnya tidak berakhlak dan tidak

ada bezanya dengan manusia yang tidak beragama.

Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam

menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Umpamanya seseorang

itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa, melakukan kezaliman dan sebagainya,

sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga.

Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ianya lambang

kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam

hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Orang yang sempurna imannya ialah mereka

yang paling baik akhlaknya."

Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya

sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di atas dijelaskan dalam

kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-Quran seperti kisah kaum Lut, Samud,

kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada

di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah yang seperti di Madinah pada zaman

Rasulullah saw.

Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan berlaku

pelbagaikrisis dalaman dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan rumahtangga,

masyarakat belia yang mundur dan boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara.

Presiden Perancis ketika memerintah Perancis dulu pernah berkata : "Kekalahan Perancis di

tangan tentera Jerman disebabkan tenteranya runtuh moral dan akhlak."

Page 15: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

Pencerminan diri seseorang sering digambarkan melalui tingkah laku atau akhlak yang

ditunjukkan. Malahan akhlak merupakan perhiasan diri bagi seseorang sebagaimana aqidah

merupakan tunjang agama, syariat merupakan cabang dan rantingnya manakala akhlak adalah

yang mewarnai seperti bunga-bungaan yang menyerikan hiasan pokok tersebut.

Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit Ia wujud di dalam diri seseorang hasil

daripada didikan kedua ibu bapa atau penjaga serta pengaruh dari masyarakat sekeliling mereka.

Jika sejak kecil kita didedahkan dengan akhlak yang mulia, maka secara tidak langsung ia akan

mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari hinggalah seterusnya.

Proses pembentukan sesebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan.

Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, begitu juga dengan

membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh

asas yang dibina maka tegaklah masyarakat itu. Jika lemah maka robohlah apa-apa sahaja yang

dibina di atasnya.

Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika

memulakan pembentukan masyarakat Islam. Sheikh Mohamad Abu  Zahrah dalam kitabnya

Tanzim al-Islam Li al-Mujtama' menyatakan bahawa budi pekerti atau moral yang mulia

adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati bersih,

ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan.

 Ciri-ciri Akhlak Islam

1. Islam menyeru agar manusia menghiasi jiwa dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri

dari akhlak yang buruk. Yang menjadi ukuran baik dan burukna adalah syarak, iaitu apa yang

diperintahkan oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang buruk.

Page 16: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

2. Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas meliputi segala perbuatan manusia dengan Allah,

manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk selain manusia.

3. Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang paling sempurna keimanannya

ialah orang yang paling baik akhlaknya.

4. Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang

berakhlak buruk akan mendapat dosa atau disiksa dalam neraka. 

Jalan-jalan Pembentukan Akhlak Mulia

Akhlak adalah sesuatu perilaku yang boleh diubah dan dibentuk, contohnya Saidina Umar al-

Khattab, sebagaimana keadaan beliau semasa berada di zaman jahiliyyah berbanding keadaannya

sesudah memeluk agama Islam. Dari sini dapat disimpulkan bahawa akhlak merupakan sesuatu

yang semulajadi tetapi ianya perlu dibentuk. Terdapat beberapa cara untuk membentuk dan

membina akhlak mulia. Antara cara-cara itu ialah melalui : 

a) Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak

Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi seseorang yang

beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan sempurna iman seseorang jika tidak

disertai oleh akhlak yang baik. Contohnya dengan melaksanakan segala perintah Allah yang

berupa ibadah kerana kesemua perintah Allah tersebut bertujuan untuk membersihkan diri dan

menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji.

Lantaran itu setiap ayat al-Quran menyeru manusia berbuat baik dan mencegah manusia daripada

melakukan perbuatan mungkar. Biasanya didahului dengan panggilan "Wahai orang-orang yang

beriman"kemudian barulah diikuti dengan perintah atau larangan. Iman yang teguh tetap

memerlukan akhlak yang teguh. Jika berlaku kemerosotan akhlak di kalangan manusia,

puncanya adalah kelemahan iman dan tertakluk kepada kefasikan atau kejahatan yang dilakukan

oleh seseorang.

Page 17: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

Pendidikan iman bolehlah disimpulkan sebagai suatu pemulihan tenaga keimanan seseorang

supaya dapat mempertahankan diri manusia daripada segala kerendahan dan keburukan serta

dapat mendorong manusia ke arah kemuliaan. 

b) Melalui Latihan dan Bimbingan Pendidik Berkualiti

Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang ditangani oleh ibu bapa.

Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi bagi

pendidikan berbentuk formal. Ibu bapa seharusnya mempunyai keperibadian dan akhlak yang

mantap sebagai pendidik dan pembinbing seperti lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan,

sabar, lapang dada, istiqamah, berwawasan dan seumpamanya.

 Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi

seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi

semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu,

bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan

berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa

berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke

arah yang positif sesuai denganprinsip-prinsip tersebut. Serta sedaya upaya mungkin

menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif.Sekarang dapat dilihat persamaan antara

ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan

keputusan baik atau buruk.

Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu akhlak dalam menilai

perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal

fikiran dan moral dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat.

 

AKHLAK YANG AGUNG

Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad

sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-

sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh

Page 18: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu

alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:

  Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-Qalam:4)

Dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu

alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh

perbautan dan cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup

Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik

jasmani mahupun rohani.

Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah membekalkan manusia

dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi

pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi

kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan

dalam menjangkau aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan

wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan

dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah

yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk satu

dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia.

 

Akhlak Terpuji Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Muhammad ibn Abdullah, al-amin kekasih Allah. Seorang insan sempurna,berakhlak mulia.

Baginda adalah contoh dan tauladan. Mengikuti sunnahnya, bererti menyintainya. Menyintainya

Page 19: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

bererti patuh kita pada seruan Ilahi.

Rasulullah S.A.W. dari zaman mudanya tidak pernah berseronok dan leka dengan keduniaan.

Masa mudanya tidak dipersia, sebaliknya dipergunakan tenaga untuk mengembala dan berniaga.

baginda seorang yang jujur dalam tingkahlaku dan perkataan.

Baginda adalah seorang pemimpin agung umat Islam yang tiada bandingannya. Baginda

memiliki ciri-ciri kepimpinan dalam semua aspek yang diperlukan. Keperibadian baginda dihiasi

dengan akhlak yang mulia lagi terpuji. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Qalam

ayat 4,

maksudnya:

‘Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat

mulia’.

Ini menunjukkan akhlak baginda adalah cukup sempurna kerana baginda mempraktikkan apa jua

yang diajarkan melalui al-Quran.Inilah salah satu sebab seluruh umat manusia diperintahkan

supaya mencontohi akhlak baginda Rasulullah S.A.W. Satu perkara yang perlu difahami bahawa

Rasulullah S.A.W. bukan sahaja diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia, tetapi juga

sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam semesta. Sebagaimana firman Allah S.W.T.

dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 107, maksudnya:

‘Dan tiadalah kami mengutuskan engkau wahai Muhammad, melainkan untuk

menjadi rahmat bagi sekalian alam’.

Baginda menyeru manusia berbuat kebaikan (hasanah) dan meninggalkan perbuatan mungkar

(sayyi'ah). Dengan akhlak dan keperibadian yang baginda miliki itu, baginda berjaya dalam

menjalankan dakwah dan diterima oleh umat manusia dengan senang hati. Di mana kehidupan

Page 20: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

jahiliyah bertukar menjadi bertamadun dan berjaya.

Akhlak Rasulullah adalah al-Quran, sepertimana jawapan Sayyidatina ‘Aisyah ketika ditanyakan

perihal gambaran pekerti baginda. Rasulullah S.A.W. telah mewariskan akhlaknya sebagai

tauladan ummah. Inilah sebenarnya idola bagi setiap jiwa yang beriman kepada Allah dan

RasulNya.

Keperibadian nabi, sifat dan sikap baginda, cara baginda berfikir dan bertindak, kehidupannya,

semangat dan perjuangannya – semuanya berupa natijah yang tumbuh dari asuhan al-Quran. Apa

yang baginda lakukan adalah melaksanakan anjuran al-Quran. Apa yang baginda tinggalkan

adalah apa yang dilarang al-Quran. Baginda menyampaikan al-Quran, dan dirinya sendiri

menghayati semangat dan isi al-Quran. Nilai-nilai abadi yang tumbuh dalam dirinya adalah hasil

asuhan al-Quran.

Salah satu kunci kejayaan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan risalah dakwah ialah dengan

memiliki ketinggian akhlak dan mengamalkan dalam kehidupan baginda seperti hubungan

dengan keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, bahkan dengan orang kafir juga baginda sering

menunjukkan akhlak mulia.

Para ulama’ menyatakan bahawa baginda tercipta di dalam keaslian fitrahnya melalui tarbiyyah

Ilahi. Ia adalah anugerah Allah S.W.T. ke atas kekasih-Nya Rasul utusan terakhir junjungan

mulia Nabi Muhammad S.A.W. Keistimewaan yang tiada taranya menjadikan baginda dipilih

dan dilantik oleh Allah S.W.T. sebagai penghulu kepada sekalian para nabi dan rasul .

Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul S.A.W. adalah sebagai contoh tauladan

yang dapat mendidik diri dan peribadi Muslim agar sentiasa beriman dan bertakwa, Ini kerana

setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku baginda mengandungi hikmah dan

sebagai huraian kepada prinsip-prinsip yang terkandung di dalam al-Quran. Maka sudah tentu,

Page 21: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak dan sirah perjalanan baginda, tidak

akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan syariat .

Sejarah mencatatkan bahawa akhlak Rasulullah S.A.W. adalah modal utama yang dapat menarik

minat golongan bukan Islam kepada Islam. Contohnya, kisah tauladan seorang Badwi

membuang air kecil di dalam masjid, melihat kejadian ini maka para sahabat yang berada di situ,

naik berang dan hendak memukul Badwi tersebut. Bagaimanapun tindakan mereka dihalang oleh

Rasulullah S.A.W., sebaliknya baginda membiarkan Badwi itu selesai membuang air kecil.

Kemudian baginda meminta sebekas air lalu disiramkan ditempat kencing tersebut . Rasulullah

S.A.W. bertanya kepada para sahabat, apakah yang akan terjadi jika mereka mengejar dan

memukul Badwi itu semasa sedang membuang air kecil. Maka jawab sahabat, seluruh kawasan

masjid akan terkena najis air kencingnya. Kisah ini menjadikan Badwi yang menyaksikan

tindakan Rasulullah itu, merasa kagum dengan ketinggian akhlak baginda, lalu beliau pun

menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam .

Di antara akhlak Baginda Rasulullah s.a.w yang perlu dicontohi:

1. Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui.

2. Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan

kanak-kanak.

3. Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada

orang yang bercakap dengannya.

4. Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan

mereka.

5. Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun baginda sendiri dalam kesusahan.

6. Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya

Page 22: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

7. Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan.

Sebagai pemimpin, baginda berada di barisan hadapan dalam menegakkan kebenaran dan dalam

menghadapi tentangan daripada perjuangannya. Baginda menolak tawaran kemewahan dan

kesenangan hidup dan bersedia menghadapi pelbagai risiko demi menegakkan kebenaran.

Meskipun seorang ummi (tidak tahu membaca dan menulis), Baginda amat meninggikan

kedudukan ilmu. Di akhir Perang Badar, baginda menawarkan keampunan dan kebebasan

kepada setiap tawanan perang yang sempurna untuk mengajar 10 kanak-kanak di Madinah.

Baginda juga pernah bersabda :

Ertinya: “Kelebihan orang berilmu daripada orang abid (yang banyak ibadahnya), adalah

seperti kelebihanku daripada orang yang paling rendah dari kamu.” (Riwayat Termidzi).

Baginda juga paling unggul dalam memberi makna kepada prinsip persamaan dan persaudaraan.

Status seorang hamba seperti Zaid bin Harithah, diangkat dengan mengisytiharkannya sebagai

kerabat baginda, keturunan bangsawan Quraisy. Ketika sebahagian sahabat masih taksub kepada

sentimen kebangsaan Arab, baginda mengistiharkan Salman dari Farsi sebagai kerabatnya, dan

sekaligus melunturkan sentimen sempit tersebut. Peristiwa Uhud adalah contoh di atas kemuliaan

akhlak baginda. Sifat pemaafnya serta kesabaran baginda begitu tinggi walaupun baginda

tercedera di dalam peperangan tersebut, sehingga patah gigi dan berdarah wajahnya. Para sahabat

begitu sedih. Mereka meminta baginda untuk berdoa agar dihancurkan musuh. Tetapi baginda

menjawab:

‘Sesungguhnya aku bukan diutus sebagai pembawa bencana, tetapi sebagai mengajak

kepada kebaikan dan sebagai rahmat pembawa kasih sayang. Ya Allah, ampunkanlah

kaumku kerana mereka tidak mengetahui’.

Setiap insan yang melihat Rasulullah S.A.W. akan timbul perasaan cinta kepada baginda kerana

kehalusan budi pekertinya. Oleh itu, kita dapati sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. begitu cinta

kepadanya sehingga sanggup berjuang demi mempertahankan Rasulullah S.A.W. dari musuh.

Kita telah membaca atau mendengar kisah Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq di dalam peristiwa

Page 23: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

Hijrah umpamanya. Begitu juga Sayyidina Umar al-Khattab yang bangun mempertahankan

baginda tatkala datang musuh dan mereka yang biadab terhadap Rasulullah S.A.W.

Para sahabat berjuang untuk mencontohi baginda bukan sahaja di dalam amalan zahiri seperti

pakaian, ibadah solat, puasa, sedekah, corak kehidupan zahir dan sebagainya. Namun lebih dari

itu, mereka berjuang mencontohi baginda di dalam cara bertutur, berreaksi, kepimpinan,

kemaafan, kasih, kesatuan dan cara pemikiran serta cara menyelesaikan masalah.

Walaupun berbeza keturunan atau warna kulit, mereka tetap melihat diri mereka sama sahaja,

dan mereka mengutamakan persaudaraan Islam yang telah ditanamkan oleh baginda S.A.W.

Setiap jiran mengasihi jirannya, bahkan ada yang mengutamakan tetangganya lebih dari dirinya

sendiri. Sahabat-sahabat baginda tidak pernah hidup mementingkan diri sendiri, kerana itulah

yang ditunjukkan oleh baginda S.A.W.

Yang jelas, kasih mereka kepada Rasulullah S.A.W. bersifat menyeluruh, merangkumi segala

aspek dan bentuk kehidupan. Mereka tidak memilih untuk mencontohi sebahagian, dan

melupakan sebahagian yang lain. Mereka berpandukan firman Allah S.W.T. di dalam al-Quran

surah al-Ahzab ayat 21 :

Yang bermaksud ‘Sesungguhnya terdapat bagi kamu pada diri Rasulullah (secara

keseluruhannya) contoh yang terbaik, bagi mereka yang mengharapkan Allah. dan hari

akhirat, dan mengingati Allah dengan sebanyaknya’.

Rasulullah S.A.W. contoh di dalam kehidupan yang sentiasa bersyukur kepada Allah di atas

segala pemberian-Nya. Rasulullah S.A.W. contoh di dalam kegigihan menimba ilmu dan

memajukan diri. Rasulullah S.A.W. contoh di dalam sikap dan budi pekerti yang halus.

Rasulullah S.A.W. contoh di dalam menyayangi anak kecil dan menghormati golongan tua.

Page 24: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

Rasulullah S.A.W. contoh di dalam berinteraksi dengan setiap golongan termasuk dengan orang

yang tidak kita senangi. Baginda juga adalah contoh di dalam kesabaran dan kemaafan.

Di antara keistimewaan yang di miliki Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah konsisten

akhlaknya yang terpuji kepada keluarga yang dekat dan  jauh, kepada teman dan musuh serta

keadilan yang diberikan.

.

Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan

kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan

mungkar serta permusuhan (kezaliman). Dia memberi pengajaran kepadamu supaya kamu

mengambil peringatan mematuhiNya.” (Surah An-Nahl :90)

.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:- “Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa

kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan

perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut

perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat

keimanan, memahami Al-Qur’an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan

dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang

yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau

merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada

setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia

dengan rahsia dan yang terang dengan terang.”

.

Page 25: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

Baginda menyambut seseorang dengan sambutan yang baik yang tidak lepas dari senyuman di

wajahnya, berkata dengan baik, membalas kejahatan dengan kebaikan, mengelakkan perkara-

perkara yang tidak perlu.

Baginda mengajar umatnya bahawa sebaik-baik orang adalah mereka yang paling bagus

akhlaknya, Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu  adalah

yang paling baik akhlaknya.”

.

Bahkan Baginda mengajarkan pengikutnya bahawa yang paling dekat tempatnya dengan

Baginda nanti pada hari kiamat adalah yang paling baik akhlaknya. Baginda

bersabda:“Sesungguhnya orang yang paling daku sukai di antara kamu dan yang paling

dekat tempatnya dengan daku nanti di hari kiamat adalah yang paling bagus akhlaknya.”

.

Akhlak Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  yang terpuji tidak hanya untuk para pengikutnya

saja, bahkan Baginda juga melakukan hal yang sama terhadap musuh-musuhnya, ketika Baginda

di minta untuk mendoakan orang-orang musyrik, Baginda bersabda: “Sesungguhnya daku tidak

di utuskan sebagai pelaknat, tapi daku di utus sebagai pembawa rahmat (kasih sayang).”

Sesiapa yang membaca dan meneliti sejarah kehidupan nama-nama besar dan para pemimpin

yang meraih kemenangan setelah mengalami kekalahan, kita akan dapati pada diri mereka semua

itu tidak terlepas dari satu sifat yang tidak dimiliki oleh para Nabi iaitu sifat membalas dendam.

.

Di permulaan kenabian, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diusir dari Makkah dan

ditahan semua harta benda dan dianiya oleh penduduk Makkah dengan penganiyaan yang sangat

pedih, akan tetapi setelah Baginda meraih kemenangan, jiwanya yang agung dan akhlaknya yang

mulia tidak membenarkan para sahabat membalas dendam, bahkan Baginda memaafkan setiap

orang yang telah menzaliminya dan memaafkan mereka, walaupun Baginda mampu untuk

membalas dendam kepada mereka dengan balasan yang pedih.

Baginda bersabda kepada mereka: “Pergilah kamu! Kerana kamu  tidak .. .”

.

Islam telah mendidik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para pengikutnya

dengan akhlak mulia yang bebas dari segala sifat aniya dan ego. Baginda suka mempermudah

Page 26: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

urusan orang lain dan tidak menyukai sikap keras terhadap orang lain dan menyukarkan urusan

mereka.

.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepada para pengikutnya: “Gembirakanlah

mereka dan jangan bersikap kasar terhadap mereka, mudahkanlah dan jangan menyusahkan

mereka.”

Baginda juga bersabda: “Sesungguhnya kamu di utus untuk mempermudah mereka, dan

kamu  tidak di utus untuk menyukarkan mereka.”

.

Firman Allah SWT:

“Terimalah apa yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah orang mengerjakan yang

ma’ruf (baik) serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil

dengan kejahilannya).”  (Surah Al-A’raaf: Ayat 199)

.

Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke

hadhrat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan akhlak

dan budi pekerti.

.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu iaitu

bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat,

serta ia juga banyak menyebut dan memperingati Allah (dalam masa susah dan

senang).”  (Surah al-Ahzab: Ayat 21)

.

Maka Allah SWT menganugerahkan Baginda Al–Qur’anul Karim yang mengandungi pengajaran

mengenai adab dan kesopanan. “Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW

dengan Al-Qur’an.” (Riwayat Muslim – Saad Hisham)

Page 27: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

.

Firman Allah SWT:-

“Dan sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang

tinggi (mulia).”  (Surah Al-Qalam : 4)

BAHAN RUJUKAN

1. ILHAM Bahan kendiri PJJ

Page 28: Tugasan Pendidikan Agama Islam IPGKKB 2013

2. http://ciptaan-mulia.blogspot.com

3. http://www.dakwatuna.com/2013/05/29/34020/meneladani-akhlak-rasulullah/

#ixzz2kzowUViN 

4. https://sites.google.com/site/khazalii/4udi2052akhlakdalamislam