tugasan

Upload: bobby-ing

Post on 18-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pp

TRANSCRIPT

1.0 Pendahuluan

2.0 Pemerolehan Ilmu

3.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 2Tarikh / Hari :12 Jun 2015 / Jumaat

Masa :8.30 pagi 9.30 pagi

Kelas :2 Cempaka

Bilangan murid :20 / 20 orang

Tema :Kemasyarakatan

Tajuk :Arnab dan kura-kura

Standard KurikulumSK : 2.4

SP : 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan.

Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahan multimedia yang sesuai.

ObjektifPada akhir pengajaran murid dapat :1. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan menjawab 3 daripada 5 soalan dengan tepat daripada setiap bahan multimedia yang sesuai.

Pengisian Kurikulum

Ilmu : Sains, Pendidikan MoralNilai : Kesederhanaan, kesabaranKBT : Kemahiran interpersonal, kemahiran berfikir

Pengetahuan sedia adaMemberi respons secara tidak langsung apabila berinteraksi dengan orang disekeliling murid-murid.

Sistem bahasaSintaksis

Bahan bantu mengajar :Modul Pembelajaran Kendiri,lembaran kerja,paparan slaid

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANLangkahIsi PelajaranAktivitiCatatan

Set induksi(5 minit)Jenis-jenis haiwan yang dapat dipelihara :1.Kucing2.Anjing3.Arnab4.Burung5.Kura-kura1. Murid diminta menceritakan haiwan peliharaan yang mereka miliki.2. Guru memaparkan gambar haiwan peliharaan guru kepada murid.3. Guru memaparkan beberapa gambar haiwan pelihara yang lain.

BSPP: Paparan slaid gambar haiwan pelihara.

Langkah 1(20 minit)Soalan:1. Mengapakah sang arnab suka mengganggu sang kura-kura?2.Apakah cabaran sang arnab terhadap kura-kura?3.Kenapa sang arnab berhenti tidur di tepi jalan?4.Apakah helah sang kura-kura?5.Adakah sang arnab kalah dalam perlumbaan tersebut?1. Murid dipaparkan sebuah video Arnab dan kura-kura2. Guru menyoal beberapa soalan berdasarkan video tersebut dan murid diminta memberikan respon secara lisan.3. Murid diminta membuka bahagian teks yang disediakan dalam modul.4. Murid diminta menbaca teks tersebut secara beramai-ramai.5. Murid dipilih secara rawak untuk membaca teks tersebut.BSPP: Modul Pembelajaran Kendiri

KBT: kemahiran interpersonal, kemahiran berfikir

Langkah 2(10 minit)Latihan 1:

1. Murid diminta membuat aktiviti di dalam Modul Pembelajaran Kendiri sambil dibimbing oleh guru.2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kumpulan A,B,C,D.3. Setiap kumpulan perlu melengkapkan latihan yang disediakan dalam modul tersebut dalam masa yang ditetapkan.BSPP: Modul Pembelajaran Kendiri

KBT : kemahiran berfikir

Langkah 3(10 minit)Pentaksiran / penilaian

1. Murid diminta menjawab soalan objektif yang disediakan dalam modul.BSPP: Modul Pembelajaran Kendiri

Langkah 4(10 minit)Pengayaan :1. Murid diberi teks dan diminta menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan ayat yang dibina sendiri.BSPP: Lembaran kerja 1(rujuk lampiran D)

Pemulihan:1. Murid diminta menyusun gambar mengikut urutan yang betul berdasarkan cerita arnab dan kura-kuraBSPP: Lembaran Kerja 2

(rujuk Lampiran E)

Penutup(5 minit)Sosial:

Kognitif :

Memupuk sikap rendah diri dalam kalangan murid dan menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.

Murid menguasai kemahiran mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap soalan bercapah.Nilai: Rendah diri, tabah.

Refleksi : ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4.0 Modul Pembelajaran Kendiri(Rujuk Lampiran B)

5.0 Papan Cerita(Rujuk Lampiran C)

6.0 Aplikasi Modul ASSURE dalam RPHAnalisis enam langkah model ASSURE untuk membina pakej pembelajaran bagi satu sub topik pelajaran murid Tahun 2:Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tunjang : Kemasyarakatan Tajuk : Cerita Arnab dan Kura-kuraKelas : 2 Cempaka

Menganalisis PelajarDalam langkah membuat analisis terhadap murid-murid, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. Ciri-ciri umum yang boleh dianalisis bagi fokus utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ialah Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul terhadap pelbagai soalan bercapah.Guru bolehlah menganalisis tahap pemahaman dan memberi respon murid melalui teknik penyoalan soalan selepas murid menghayati tayangan cerita Arnab dan Kura-kura. Seandainya murid,tidak berupaya menjawab 5 daripada 10 soalan yang diberikan oleh guru, maka dapat ditafsirkan bahawa tahap pemahaman terhadap tayangan cerita tersebut adalah rendah dan begitulah sebaliknya. Selain itu, tahap pemahaman dan member respon juga boleh dilihat melalui aktiviti yang dijalankan dalam kalangan murid. Jika murid kurang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dan sukar menjawab soalan yang ditanya oleh murid, maka dapat diandaikan bahawa tahap pemahaman dan memberi respon adalah rendah dan begitulah sebaliknya. Tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar mengenai tajuk Cerita Arnab dan Kura-kura boleh diuji melalui sesi soal jawab atau ujian pra bertulis. Seandainya diadakan sesi soal jawab, guru bolehlah bertanya dan berbincang dengan murid mengenai cerita Arnab dan Kura-kura bagi memanggil semula ingatan murid terhadap terhadap tajuk tersebut. Sebagai contoh, guru menanya dan berbincang dengan murid mengenai kenapa Si kura-kura dapat mengalahkan Si arnab dalam pertandingan larian. Seandainya ujian pra bertulis diadakan, guru bolehlah memasukkan beberapa soalan pengetahuan am berkaitan dengan tajuk bagi menguji tahap pengetahuan murid-murid.Guru juga boleh menganalisis gaya pembelajaran pelajar tentang tajuk Cerita Arnab dan Kura-kura melalui penggunaan media elektronik seperti Modul Pembelajaran Kendiri. Melalui penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri tersebut, murid-murid akan dapat lebih memberikan perhatian dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Selain itu, murid juga akan lebih memahami kemahiran dan nilai murni yang ingin disampaikan oleh guru. Contohnya, dapat dilihat murid-murid akan menanggap bahawa sikap sombong seperti si arnab akan menyebabkan kegagalan dalam kehidupan mereka.

Menyatakan ObjektifObjektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak siapa yang hendak capai, apa yang hendak capai, bagaimana hendak capai dan ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. Bagi tajuk cerita Arnab dan Kura-kura, objektif pembelajaran boleh dibahagikan kepada objektif kognitif dan objektif afektif. Contoh bagi objektif kognitif, murid-murid mendengar, memahami dan memberikan respons sekurang-kurangnya 8 daripada 10 soalan dengan betul terhadap pelbagai soalan bercapah. Contoh bagi objektif afektif ialah murid-murid dapat menerapkan nilai moral iaitu bersabar, kegigihan dan toleransi dalam diri murid-murid.

Memilih Kaedah, Media dan Bahan SumberBagi tajuk cerita Arnab dan Kura-kura, contoh kaedah yang dapat dijalankan adalah kaedah soal jawab. Guru bolehlah menanyakan beberapa soalan kepada murid untuk mendorong murid memberikan respon berdasarkan pemahaman mereka.Contoh media yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk cerita Arnab dan Kura-kura adalah seperti video mengenai Arnab dan Kura-kura dan Modul Pembelajaran Kendiri. Tayangan video ini akan membolehkan murid-murid lebih memahami dan nampak dengan jelas jalan cerita tersebut. Manakala Modul Pembelajaran Kendiri memberikan peluang kepada murid belajar kendiri dengan bimbingan guru.

Menggunakan Media dan BahanGuru perlu menyediakan bahan yang betul, lengkap dan cukup untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, rancang penggunaan model-model tersebut, sebagai contoh model tersebut digunakan dalam sesi set induksi dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Guru perlu menyediakan Modul Pembelajaran kendiri yang menarik dan dapat digunapakai oleh murid. Penggunaan model-model tersebut perlulah secara optimum dalam sesi tertentu.

Memerlukan Penglibatan PelajarDalam pengajaran tajuk cerita Arnab dan Kura-kura, penggunaan bahan sumber seperti Modul Pembelajaran Kendiri. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan penglibatkan murid secara aktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selain itu, murid juga mudah menguasai kemahiran yang ingin disampaikan oleh guru.Penggunaan video semasa sesi induksi mengenai tajuk cerita Arnab dan Kura-kura adalah sangat sesuai. Tayangan video dapat membolehkan murid-murid nampak dengan jelas sesuatu pembejaran, dapat diulang tayang seberapa kali yang mahu serta dapat menjana idea murid-murid. Contoh penglibatan murid-murid dalam pembelajaran tajuk cerita Arnab dan Kura-kura adalah seperti sesi soal jawab secara interpersonal dan intrapersonal. Selain itu, boleh diadakan sesi pemerhatian video berkenaan cerita Arnab dan Kura-kura semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sesuai, menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yang melibatkan murid perlulah bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang murid. Perlu dipastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Jangan biarkan isi yang ingin disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan membuat murid-murid berasa bosan.

Melakukan Penilaian dan PengubahsuaianSelepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu yang bertajuk cerita Arnab dan Kura-kura, guru perlulah melakukan sesi refleksi bersama dengan murid-murid. Guru boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid bagi mengetahui apa yang telah diperolehi oleh murid-murid daripada sesi pengajaran dan pembelajran yang telah dijalankan. Sesi refleksi ini juga dapat membantu guru menilai kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya.

7.0Penutup