tugasan

21
1 PENDAHULUAN Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tert Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga te rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dar berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Sifat vokal ini ditentuk kedudukan lidah dan keadaan bibir. okal dalam bahasa !elayu terbahagi kepada ti iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaa sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada dep lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setingg dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan d udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral" atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan juga rongga hidung menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong rangkap. #onsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. #onsonan terhasil apabila ter gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. #onsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. #onsonan bersuar bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Upload: michael-reed

Post on 08-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

1. PENDAHULUANBahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap. Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi. Konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.Bunyi vokal ditakrifkan sebagai bunyi yang terhasil apabila udara yang keluar tidak mengalami sebarang sekatan, iaitu keluar secara berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut. Semasa bunyi vokal dihasilkan, pita suara mengalami getaran. Jika tidak, maka tiada bunyi yang akan terhasil. Oleh itu, getaran pita suaralah yang menghasilkan bunyi. Penghasilan vokal ini juga dikaitkan dengan bentuk bibir, sama ada bundar, neutral ataupun hampar, di samping kedudukan lidah, sama ada tinggi, sederhana mahupun rendah.Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu [a], [e], [], [], [] [i], [o] dan [u]. Kelapan-lapan gugus vokal ini dihasilkan melalui cara yang berbeza. Persamaannya ialah pita suara mesti digetarkan dan lelangit lembut diangkat menutup rongga hidung bagi mengelakkan udara terlepas melalui hidung, yang seterusnya menghasilkan bunyi sengauan. Yang membezakannya pula ialah bentuk bibir dan kedudukan lidah. Perbezaan inilah yang menghasilkan vokal yang berlainan.Definisi Diftong dan Konsonan menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah,1997:63), diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap (Abdullah Hassan,2006:44). Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #]. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya, mengenai (Abdullah Hassan, 2006:42). Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.Bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [a] dalam [pula] pulau, (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun, iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi. Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut:Intonasi dalam Bahasa Melayu ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.

1. ALAT ARTIKULASIAlat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Kesemua alat-alat yang dinyatakan di atas berfungsi bagi menghasilkan bunyi bahasa (vokal, konsonan, dan diftong) yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat. Tegasnya bunyi bahasa merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan. Bunyi-bunyi bukan bahasa pula adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat tutur (artikulasi) manusia tetapi masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia ini. Contoh-contoh bukan bunyi bahasa ialah bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi orang berdehem, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang kedinginan (menggigil) dan sebagainya. Seperti mana yang kita ketahui bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau hambatan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci bahagian-bahagian tubuh yang ikut menentukan baik secara langsung ataupun tidak langsung dalam hal terjadinya bunyi bahasa itu adalah alat artikulasi. Alat tutur (artikulasi) atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Alat artikulasi merupakan alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelalangit lembut, dan pita suara. Alat ini dapat kita bahagi kepada dua, iaitu yang aktif dan pasif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya. Antara alat artikulasi aktif ialah lidah, lelangit lembut dan gigi bawah. Alat artikulasi atau alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunti bahasa. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.

Rajah 1: Organ Artikulasi

1. Bibir Atas1. Bibir Bawah1. Gigi Atas1. Gigi Bawah1. Gusi1. Lelangit Keras1. Lelangit Lembut1. Anak Tekak1. Hujung Lidah1. Hadapan Lidah1. Tengah Lidah1. Belakang Lidah1. Akar Lidah1. Epiglotis1. Rongga Suara1. Rongga Tekak1. Rongga Hidung1. Rongga Mulut1. Rahang1. Tenggorok

2.1 FUNGSI ALAT-ALAT ARTIKULASI2.1.1 LidahLidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.1. Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit lembut1. Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang bertentangan antara pertemuan langit keras dan lelangit lembut1. Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras1. Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi1. Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi

2.1.2 GigiSelain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi.2.1.3 BibirBibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.2.1.4 GusiGusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.2.1.5 LelangitLelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.2.1.6 Rongga HidungTerletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

2.1.7 Pita SuaraPita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.1. PENGHASILAN BUNYI-BUNYI VOKAL, KONSONAN DAN DIFTONGVokal merupakan bunyi oral tetapi ada yang dinasalkan. Selain itu, vokal juga adalah bunyi bersuara. Untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan dan sifatnya ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dihasilkan tanpa apa sekatan semasa diujarkan. Semua vokal dalam Bahasa Melayu bersuara, bermakna pita suara bergetar dan aliran udara keluar tanpa sekatan. Menurut Mohamad Yunus Maris(1964), terdapat lapan buah vokal dalam Bahasa Melayu iaitu empat vocal depan dan tiga vokal belakang dan satu vokal tengah.

Rajah 2: Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa MelayuGambar rajah di atas menjelaskan tentang kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Ini membuktikan bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan pembahagian bunyi-bunyi vokal. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

Rajah 3: Menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa.Bahagian mulut seperti lidah, bibir, dan gigi digunakan untuk menghasilkan bunyi. Semua bahagian tersebut dinamakan artikulator. Terdapat tiga faktor yang perlu untuk menghasilkan bunyi konsonan. Antaranya ialah titik artikulasi yang mana tempat artikulator itu berada sama ada didekatkan atau dirapatkan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. Dalam bahasa Melayu, terdapat 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan. Selain itu, Dalam bahasa Melayu, terdapat enam fonem vokal atau bunyi vokal yang standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o dan u. Konsonan merupakan bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak dan hidung. Selain itu, konsonan juga ialah bunyi selain bunyi vokal. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan tidak bersuara. Konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ialah konsonan bersuara manakala konsonan yang terjadi apabila udara dari paru-paru tidak menggetarkan pita suara disebut sebagai konsonan tidak bersuara. Terdapat dua jenis konsonan dalam Bahasa Melayu iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Terdapat lapan belas konsonan asli termasuklah dua konsonan separul vokal. Selain itu, dalam Bahasa Melayu, konsonan pula dibahagikan kepada tujuh jenis seperti letupan (p,b,t,d,k,g), letusan (c,j), geseran (s,h), getaran (r) , sisian (l) , sengauan (m,n,ny,ng) , separuh vokal (w,y). Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:Daerah sebutan

Cara sebutanbibirGigi-gusiLelangit kerasLelangit lembutGlottis

LetupanP bT d-K g-

Letusan--C j--

SengauMN(ny) (ng) -

Geseran-S--H

Getaran-R---

Sisian-L---

Separuh vokalW-Y--

Jadual 1: Carta Konsonan Bahasa melayu

Konsonan merupakan bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak dan hidung. Selain itu, konsonan juga ialah bunyi selain bunyi vokal. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan tidak bersuara. Konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ialah konsonan bersuara manakala konsonan yang terjadi apabila udara dari paru-paru tidak menggetarkan pita suara disebut sebagai konsonan tidak bersuara. Terdapat dua jenis konsonan dalam Bahasa Melayu iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. konsonan asli terdapat lapan belas konsonan asli termasuklah dua konsonan separul vokal. Selain itu, dalam Bahasa Melayu, konsonan pula dibahagikan kepada tujuh jenis seperti letupan (p,b,t,d,k,g), letusan (c, j), geseran (s,h), getaran (r) , sisian (l) , sengauan (m,n,ny,ng) , separuh vokal (w,y). Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. Hal ini seperti demikian kerana bunyi diftong terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. Diftong dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au, dan oi. Huruf diftong adalah gabungan dua buah huruf vokal yang menghasilkan bunyi rangkap. Terdapat tiga jenis diftong standard dalam bahasa Melayu, iaitu [ay], [aw] dan [oy]. Manakala, dalam onotografi bahasa Melayu pula, diftong dilambangkan kepada tiga jenis, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Sebagai contoh perkataan aising, lampau dan boikot. Dalam perkataan asli bahasa Melayu pula, diftong hanya terdapat pada suku kata kedua atau suku kata akhir bagi suku kata terbuka. Dalam keadaan lain pula, kedudukan diftong [ai] dan [au] boleh berlaku di awal, tengah dan akhir perkataan, manakala diftong [oi] hanya terhad pada suku kata terbuka akhir perkataan sahaja.Dalam bahasa Melayu lagi, diftong dianggap sebagai satu suku kata yang dilambangkan oleh dua fonem vokal tetapi disebut sebagai satu bunyi. Diftong juga mempunyai puncak kelantangan dan ciri geluncuran dalam membunyikannya, iaitu lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan seperti hendak membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan kearah membunyikan vokal yang lain.

JenisKedudukan Diftong

DiftongAwalTengahAkhir

/ai//aising//ghairah//pandai/

/au//aurat//daulat//kalau/

/oi/-/boikot//amboi/

Jadual 2 : Diftong yang terdapat dalam bahasa MelayuDiftong dalam bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal pertamanya lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekenannya daripada bunyi vokal yang kedua. Selain itu, diftong boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu diftong naik atau diftong turun. Diftong naik adalah diftong yang bunyi vokal keduanya disebut lebih kuat atau nyaring, lebih panjang dan tekanan vokalnya lebih daripada tekanan vokal pertama. Manakala diftong turun pula ialah bunyi vokal pertamanya disebut lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekanannya daripada vokal kedua. Selain itu, diperkenalkan juga diftong /ei/ dari kata pinjaman, contohnya, Mei, esei. Diftong dibezakan dari "vokal rangkap" iaitu geluncuran dua vokal yang bersebelahan dalam dua suku kata, contohnya (/a-i/ contoh: kain). (/a-u/ contoh: laut). Cara penghasilan bunyi konsonan asli Konsonan Letupan ialah Dua Bibir Tidak Bersuara [p] dan Letupan Dua Bibir bersuara [b] Untuk menghasilkan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p], lelangit lembut mesti dinaikkan serta bibir dirapatkan. Seterusnya, udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika mulut dibuka dengan cepat, keluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini terjadi dan dinamakan sebagai letupan dua bibir tidak bersuara kerana kerana pita suara tidak bergetar. Manakala jika pita suara bergetar, bunyi itu dinamakan letupan dua bibir bersuara [b]. Perbezaannya hanyalah dengan pita suara dirapatkan, arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

Rajah 4: Konsonan Letupan [p] dan [b]Konsonan Letupan Gusi Tidak Bersuara [t] dan Letupan Gusi Bersuara [d] Untuk menghasilkan konsonan letupan gugi tidak bersuara [t], dua bibir dirapatkan dan ini bukan sahaja membuatkan udara akan tersekat tetapi juga mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika sekatan udara dilepaskan, maka bunyi [t] iaitu letupan gusi tak bersuara terhasil. Seterusnya, jika pita suara digetarkan, terhasillah bunyi konsonan letupan gusi bersuara [d].

Rajah 5: Konsonan Letupan [t] dan [g] Letupan Lelangit Lembut Tidak bersuara [k] dan Bersuara [g]Cara membunyikan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k], adalah apabila belakang lidah dirapatkan dengan lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Manakala untuk membunyikan letupan lelangit lembut bersuara [g], langkah yang sama seperti konsonan [k] digunakan untuk menghasilkan bunyi tersebut. Bezanya ialah pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.3.1 Konsonan GeseranGeseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]Konsonan geseran ini dihasilkan dengan cara iaitu dengan menaikkan lidah ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Manakala pita suara direnggangkan. Maka terhasillah bunyi [s], iaitu bunyi geseran gusi tidak bersuara di mana arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.Geseran Glotis [h]Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut,akan terhasil bunyi geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain.

Rajah 5: Geseran Glotis [h] Rajah 6: Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]3.2 Konsonan LetusanLetusan Gusi Lelangit Keras[c],[j]Apabila depan lidah ditemukan dengan lelangit keras, bunyi letusan akan dihasilkan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi. Bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita suara digetarkan manakala letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] terhasil apabila pita suara tidak digetarkan. Kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja dalam Bahasa Melayu Asli tetapi konsonan ini hadir pada akhir perkataan hanya pada perkataan-perkataan pinjaman.

Rajah 7: Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j]3.3 Konsonan Getaran:Getaran Gusi Bersuara [ r ]Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, hujung lidah diletakkan dekat dengan gusi sehingga melalui antara lidah dan gusi. Kemudian, lidah bergetar. Lelangit lembut pada ketika itu dinaikkan maka terhasillah bunyi getaran gusi bersuara

Rajah 8: Getaran Gusi Bersuara [ r ]3.4 Konsonan SisianSisian Gusi [ l ]Untuk menghasilkan konsonan ini, hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagian tengah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga mulut hanya boleh keluar melalui kedua-dua belah tepi atau sisi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Rajah 9: Sisian Gusi [ l ]

Konsonan Sengauan (nasal)Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalam Bahasa Melayu iaitu sengau dua bibir [m], sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut [ng]. Bunyi-bunyi nasal dapat dibezakan apabila berlaku daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Konsonan Sengauan Dua Bibir [m] Bunyi ini terhasil apabila dua bibir dirapatkan manakala lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.Konsonan Sengauan Gusi [n]Konsonan sengauan gusi [n] ini terhasil apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi serta lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras [ny]Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Sengauan Lelangit Lembut [ng]. Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dariparu-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.Sengauan Gusi Lelangit Keras [ny]Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras.Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.Konsonan Separuh VokalPenghasilan bunyi separul vokal terjadi apabila kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak dan membuat luncuran. Terdapat dua jenis bunyi separuh vokal iaitu separuh vokal dua bibir bersuara [w] dan separuh vokal lelangit keras [y]. Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w] Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [u],iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.

Separuh Vokal Lelangit Keras [y]Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i] iaitu bibir dihamparkan dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku geluncuran ke arah vocal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar.

3.5 KONSONAN PINJAMANGeseran Bibir Gusi Tidak Bersuara [f] dan Bersuara [v]Bunyi-bunyi tersebut dihasilkan dengan merapatkan dua bibir sehingga apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara manakala bunyi [v] terhasil apabila pita suara bergetar

Rajah 10: Geseran Bibir Gusi Tidak Bersuara [f] dan Bersuara [v]

Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz]Untuk menghasilkan geseran gigi-[th] dan [dh/dz] ,hujung lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah manakala lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara [th]. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran bersuara [dh].Konsonan Geseran Gusi Bersuara [z]Konsonan Geseran Gusi Bersuara [z] dihasilkan apabila hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z]. Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy]Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan, pita suara tidak digetarkan dan terhasillah bunyi geseran tidak bersuara [sy].Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh]Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan geseran bersuara [kh ], glottis dirapatkan, pita suara digetarkan manakala bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan dan pita suara tidak digetarkan.Vokal Hadapan Sempit [i]Penghasilan vokal hadapan sempit terjadi apabila hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput. suara. Contoh: ikan, lihat, pili. Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [i] sementara alat-alat lain sama sahaja peranannya. Vokal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Kalau kita menyebut vokal [ e ], bahagian depan lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan vokal [ i ]. Untuk menyebutnya, hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [ i ]. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara akan bergetar. Vokal Hadapan Separuh Luas []Untuk menghasilkan vokal ini, hadapan lidah dinaikkan separuh luas iaitu lebih rendah daripada cara membunyikan vokal [e] yang bergerak ke arah lelangit keras iaitu hujung lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal [i] dan [e]. Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek.Rajah 11: Vokal Hadapan Sempit [i]Rajah 12: Vokal Hadapan Separuh Sempit [e]

Rajah 13: Vokal Hadapan Separuh luas []

Vocal hadapan luas [a]Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Pita suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam Bahasa Melayu. Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit keras, anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung serta pita suara bergetar.

Vokal Belakang Sempit [u]Penghasilan bunyi vokal ini terjadi apabila bahagian belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut untuk menyempitkan rongga mulut tetapi tidak mencecah lelangit lembut. Sementara itu, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar. Contohnya baru, tiru, pupus. Vokal Belakang Separuh Sempit [o]Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling tinggi semasa melafazkan bunyi [u]. Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan. Rajah 14: Vokal Hadapan luas [a]

Rajah 15: Vokal Belakang Sempit [u]

Rajah 16: Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

Ciri-ciri Suprasegmental Bahasa Melayu Dan Kepentingannya Dalam Pengajaran Suprasegmental adalah kajian tentang bunyi kerana setiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan. Setiap hari, kita bertutur dan pertuturan kita itu kadang kala dalam pelbagai intonasi, tekanan dan nada. Terdapat empat unsur bahasa atau disebut suprasegmental yang perlu kita perhatikan iaitu tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Tekanan merupakan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata. // adalah lambang untuk tekanan yang mana lambang itu diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna. Tekanan ialah ucapan yang ditekankan pada suku kata atau kata sehingga bagian tersebut tampak lebih keras atau menonjol dari suku kata atau kata yang lain. Ketika mengucapkan suatu kalimat yang didalamnya terdapat kata yang penting biasanya kita akan menekan suku kata atau kata tersebut agar lawan tutur memahaminya dengan benar. Tekanan biasa juga di sebut aksen.Nada merupakan kadar tinggi atau rendah pengucapan sesuatu perkataan. Nombor 1(rendah), 2(biasa), 3(tinggi) dan 4(paling tinggi) sesuatu nada itu ditandai. Jeda bermaksud persendian iaitu unsur hentian yang memisahkan antara unsurunsur linguistik seperti perkataan, ayat atau frasa. Lambang jeda ialah #. Unsur jeda boleh membezakan makna. Panjang-pendek menunjukkan kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi yang diucapkan. Lambang fonem ini ialah[:] yang dinamakan mora. Lambang [:] menunjukkan satu mora, [: :] menunjukkan 2 mora dan [.] setengah mora. Berdasarkan penjelasan mengenai suprasegmental di atas, jelas menunjukkan bahawa suprasegmental sangat penting dalam pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu. Antara kepentingan suprasegmental ini dalam kemahiran lisan adalah Menunjukkan kepada pelajar bagaimana untuk melontarkan dan menyebut sesuatu suku kata itu mengikut tekanan atau sebutan yang jelas dan tepat. Dengan sebutan mengikut tekanan yang tepat, sesuatu perkataan itu mudah difahami. Selain itu, suprasegmental sangat penting untuk membolehkan seseorang murid itu melafazkan atau melontarkan percakapan dan pengucapan dengan nada, tekanan dan intonasi yang berbeza mengikut situasi atau keadaan. Pelajar dapat memahami arahan dengan lebih jelas sama ada arahan yang berbentuk suruhan, larangan, dan sebagainya. Dengan menggunakan nada yang berbeza, guru-guru dapat menyampaikan arahan kepada murid dengan mudah serta murid lebih. Jika nada yang digunakan oleh seseorang guru itu kuat atau tinggi, murid-murid sudah dapat memahami maksud guru tersebut. Jika sebaliknya, guru menggunakan nada yang rendah untuk arahan tersebut, tentulah pelajar akan menganggap arahan itu tidak serius. Selain dari itu ianya juga dapat menunjukkan dengan lebih jelas kepada murid bagaimanakah untuk membezakan sesuatu jenis frasa atau ayat. Seperti ayat tanya, ayat seruan, ayat perintah dan ayat penyata. Contohnya, semasa pengajaran ayat seruan seperti Wah, tingginya bangunan itu!. Nada dan tekanan semasa guru menyebut perkataan itu memudahkan murid-murid yang mendengar dan membuat jangkaan tentang maksud ayat dan seterusnya menjelaskan tentang ayat tersebut. Menyampaikan dengan lebih jelas keadaan atau suasana, jenis-jenis petikan yang diperdengarkan sama ada sedih, gembira dan sebagainya. Semua itu melalui intonasi yang terdapat dalam unsur suprasegmental.