tugasan 5

9
Bincangkan tentang ujian diagnostik dari segi : i) jenis-jenis Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan kelak. Ujian diagnostik dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu :: Diagnostik Pengamatan Diagnostik Lisan Diagnostik Tulisan a) Diagnostik Pengamatan Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid. b) Diagnostik Lisan Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak mata, membaca, menyebut, nombor dan perkataan. Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan. c) Diagnostik Tulisan Tujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata. Murid diuji

Upload: pavitrra-subbramaniyam

Post on 15-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

math

TRANSCRIPT

Bincangkan tentang ujian diagnostik dari segi :i) jenis-jenis Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan kelak. Ujian diagnostik dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu :: Diagnostik Pengamatan Diagnostik Lisan Diagnostik Tulisan

a) Diagnostik PengamatanTujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid.b) Diagnostik LisanTujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti pertuturan, gagap, gerak mata, membaca, menyebut, nombor dan perkataan. Sebahagian soalan ada meminta murid memberikan pendapat mengenai sesuatu gambar yang ditunjukkan.c) Diagnostik TulisanTujuan pelaksanaan ujian ini adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid dari segi pergerakan tangan dan mata. Murid diuji secara langsung berdasarkan soalan dalam aspek koordinasi mata dan tangan, kekemasan menulis, menulis dengan cermat, tulisan yang boleh dibaca, setara dan berstruktur. Sebahagian soalan akan menyerlahkan kesilapan murid semasa menulis seperti menulis terbalik, menulis tidak mengikut susunan, tulisan comot. Selesai pelaksanaan ujian diagnostik, guru bolehlah membuat analisa setelah mengetahui daerah kelemahan murid. Di sini, guru perlu mengasingkan murid mengikut daerah kelemahan masing-masing. ii) pentadbiran

Berikut ialah proses yang berlaku sebelum, semasa dan selepas ujian diagnostik dijalankan :

i) Proses Yang Berlaku Sebelum Ujian Diagnostik Dijalankan

Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan :

i)Objektif ujianii)Kemahiran yang hendak diujiiii)Bagaimana hendak menguji individu / kumpulaniv)Siapa yang hendak diuji (sasaran)

a) Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurnac)Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

d)Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji dan kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

d) Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan

f)JSU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek.

g)Jumlah item hendaklah ganjil iaiatu 5 hingga 9 dan perlu ada contoh.

i)Item-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat.

j)Bentuk-bentuk soalan yang sesuai utnuk ujian diagnostik ialah :i)Padanan / suaianii)Pelbagai pilihan / diskriminasiiii)Mengisi tempat kosongiv)Benar / salah

ii) Proses Yang Berlaku Semasa Ujian Diagnostik Dijalankan

a)Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah ujian saringan dan guru mengenal pasti murid-murid yang terpilih mengikuti program pemulihan Matematik.

b) Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

c) Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi (pengetahuan, pemahaman, penggunaan), maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan diikuti dengan ujian bertulis.

d) Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betuldalam TIGA kemahiran berturut-turut.

e) Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.

f) Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.

g) Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa.

h) Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.

i) Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka.

j) Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

iii)Proses Yang Berlaku Selepas Ujian Diagnostik Dijalankan

Bagi ujian diagnostik matematik, guru yang menggubal soalan hendaklah mencadangkan skema pemarkahan dan digunakan dalam memeriksa kertas jawapan pelajar supaya perbandingan yang sah dapat dijalankan antara pencapaian pelajar dalam item secara keseluruhan.

Apabila guru menandakan sesuatu kertas ujian, guru perlulah cuba menandakan kesilapan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Di samping itu guru hendaklah membuat analisis secara individu dan secara berkumpulan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan kekuatan pelajar bagi mengatur langkah-langkah yang wajar.

Melalui ujian yang telah dijalankan, guru dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang belum dikuasai oleh murid-murid ini. Guru memeriksa kertas jawapan dan membuat analisis daripada keputusannya. Apabila bidang kelemahan telah dikenalpasti, guru merancang aktiviti pemulihan untuk murid-murid lembap.

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, guru boleh merancang aktiviti pemulihan dengan tujuan menolong murid itu membetulkan kesalahannya dan seterusnya menguasai kemahiran Matematik tanpa sebarang kesilapan. Untuk merancang aktiviti pemulihan dengan berkesan, guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan matematik, iaitu :

i)Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang telah dikesan.ii)Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak daripada mudah kepada susah, mengikut kebolehan dan pengalaman murid.iii)Di dalam peringkat permulaan, pelbagai jenis alat bantu mengajar perlu digunakan supaya membantu murid-murid memahami konsep yang diperlukan untuk menguasai kemahiran.iv)Semua simbol dan istilah matematik harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau alat bantu mengajar, supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dipelajari dahulu.v)Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. Soalan-soalan yang diberikan harus daripada mudah kepada susah demi membina keyakinan murid terhadap kebolehan mempelajari matematik.

iii) prinsip pembinaan item

Sebagaimana yang kita ketahui, penilaian bergantung kepada data daripada keputusan pengujian. Oleh itu, pengujian merupakan alat pengukuran utama dalam penilaian. Ini bermakna keberkesanan penilaian bergantung kepada segala proses pengujian yang disediakan mengikut prinsip-prinsip tertentu dan diuruskan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, penilaian yang tepat adalah hasil daripada perancangan dan perlaksanaan pengujian dengan cara yang betul, khasnya dalam proses pembinaan ujian.

Sesuatu ujian yang dikatakan baik dan bermutu tinggi mengandungi beberapa ciri yang istimewa. Di antaranya ialah ciri kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran.

Berdasarkan tujuan ujian, guru boleh memilih isi kandungan yang hendak diuji. Biasanya, isi kandungan merangkumi kemahiran-kemahiran dalam satu atau beberapa topik matematik yang telah dipelajari oleh murid-murid.

Adalah ditegaskan bahawa kemahiran-kemahiran yang dipilih sebagai isi kandungan ujian hendaklah berdasarkan senarai kemahiran matematik pemulihan khas. Selain itu, aras kemahiran hendaklah ditentukan untuk setiap item atau soalan ujian.

Guru boleh menguji murid-murid dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang telah dirujuk daripada senarai kemahiran.

Biasanya, perkara-perkara yang hendak diuji dalam ujian diagnostik ini adalah semua kemahiran asas dalam sesuatu topik atau sesuatu unit pelajaran matematik. Misalnya, untuk mengesan bidang kelemahan murid-murid dalam penguasaan kemahiran-kemahiran seperti operasi tolak bawah lingkungan 50, guru boleh merancang satu ujian diagnostik dengan soalan-soalan yang meliputi semua peringkat kemahiran operasi tolak

iv) pelaksannan ujianPeringkat pelaksanaan bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian. Apabila semua calon telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum ujian bermula, dan semuanya telah berada di tempat masing-masing, kertas soalan dan kertas menulis akan diedarkan oleh guru. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan hendaklah diberikan dengan jelas oleh guru. Guru perlulah memberitahu calon tentang masa ujian lima belas minit sebelum ujian berakhir. Guru hendaklah juga memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti menulis apabila ujian berakhir.Peringkat penyelarasan dalam proses pentadbiran ujian meliputi kerja mengutip skrip-skrip jawapan. Semua kertas jawapan hendaklah disemak untuk memastikan bilangan yang telah dikutip adalah betul. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan bilik ujian selepas bilangan kertas-kertas jawapan telah dikira.

v) pentadbiran ujianPeranan utama guru di sekolah ialah sebagai tenaga pengajar. Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan licin, guru perlu juga berperanan sebagai pengurus. Antara tugas yang perlu juga berperanan sebagai pengurus. Antara tugas yang perlu diuruskan oleh guru dalam bilik darjah ialah :1. Susunan fizikal bilik darjah.2. Rutin bilik darjah.3. Pengumpulan murid.4. Suasana sosial.5. Disiplin bilik darjah.

Langkah-langkah pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang utama, iaitu peringkat persediaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penyelesaian. Peringkat persediaan ialah peringkat sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan bilangan kertas soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian bermula, tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut peraturan ujian, demi mengurangkan kesempatan calon meniru di antara mereka. Di samping itu, tempat hendaklah cukup selesa untuk calon menulis jawapan masing-masing.

v) analisis keputusanBagi ujian diagnostik matematik, guru yang menggubal soalan hendaklah mencadangkan skema pemarkahan dan digunakan dalam memeriksa kertas jawapan pelajar supaya perbandingan yang sah dapat dijalankan antara pencapaian pelajar dalam item secara keseluruhan.Apabila guru menandakan sesuatu kertas ujian, guru perlulah cuba menandakan kesilapan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Di samping itu guru hendaklah membuat analisis secara individu dan secara berkumpulan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan kekuatan pelajar bagi mengatur langkah-langkah yang wajar.Melalui ujian yang telah dijalankan, guru dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang belum dikuasai oleh murid-murid ini. Guru memeriksa kertas jawapan dan membuat analisis daripada keputusannya. Apabila bidang kelemahan telah dikenalpasti, guru merancang aktiviti pemulihan untuk murid-murid lembap.