tugasan 4

5
Rubiaatu Adawiah Binti Che Harun M20111000215 Tugasan 4 Bab 4 1.Bezakan antara strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran (P&P)berpusatkan guru yang juga dikenali sebagai strategi atau kaedah tradisional merupakan strategi yang telah lama diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau kuliah. Ciri utama strategi berpusatkan guru ialah guru atau pengajar memainkan peranan utama dalam menentukan dan mengawal segala aktiviti pengajaran pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah (Shahabuddin Hashim, RohizaniYaakub, & Mohd Zohir Ahmad, 2003). Pola interaksi lebih bersifat satu hala dan guru mendominasi keseluruhan aktiviti P&P. Strategi ini lazimnya menggunakan kaedah ekspositori dan berasaskan kuliah. Pelajar tidak kelihatan memainkan peranan yang aktif, dan lebih bertindak mendengar serta menuruti pengajaran guru. http://www.medc.com.my/medc/journals/volume%206/h) %20Pembelajaran%20Berpusatkan%20Pelajar%20di%20IPT-1.pdf P&P berpusatkan pelajar pula adalah satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian berfokuskan kepada pelajar. Pelajar merupakan tumpuan utama dalam model pembelajaran berpusatkan pelajar. Bagi model pembelajaran berpusatkan pelajar, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan pensyarah pula berubah daripada berperanan memberi kepada menjadi fasilitator. Tanggungjawab untuk belajar pula berpindah daripada pensyarah kepada pelajar. Proses dan

Upload: rubiha86

Post on 27-Jun-2015

344 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 4

Rubiaatu Adawiah Binti Che Harun

M20111000215

Tugasan 4

Bab 4

1.Bezakan antara strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran (P&P)berpusatkan guru yang juga dikenali sebagai strategi atau kaedah tradisional merupakan strategi yang telah lama diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau kuliah. Ciri utama strategi berpusatkan guru ialah guru atau pengajar memainkan peranan utama dalam menentukan dan mengawal segala aktiviti pengajaran pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah (Shahabuddin Hashim, RohizaniYaakub, & Mohd Zohir Ahmad, 2003). Pola interaksi lebih bersifat satu hala dan guru mendominasi keseluruhan aktiviti P&P. Strategi ini lazimnya menggunakan kaedah ekspositori dan berasaskan kuliah. Pelajar tidak kelihatan memainkan peranan yang aktif, dan lebih bertindak mendengar serta menuruti pengajaran guru.

http://www.medc.com.my/medc/journals/volume%206/h)%20Pembelajaran%20Berpusatkan%20Pelajar%20di%20IPT-1.pdf

P&P berpusatkan pelajar pula adalah satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian berfokuskan kepada pelajar. Pelajar merupakan tumpuan utama dalam model pembelajaran berpusatkan pelajar. Bagi model pembelajaran berpusatkan pelajar, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan pensyarah pula berubah daripada berperanan memberi kepada menjadi fasilitator. Tanggungjawab untuk belajar pula berpindah daripada pensyarah kepada pelajar. Proses dan tujuan penilaian bukan hanya memberi gred tetapi termasuk memberi maklum balas untuk penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran.

http://www.ukm.my/fpi/Info%20KUALITI/Dasar/Dasar%20Pembelajaran%20Berpusatkan%20Pelajar.pdf

Page 2: Tugasan 4

2.Bandingkan dan kontras kelebihan dan batasan sepuluh jenis strategi pembelajaran

Pengenalan

Di sekolah bestari guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran.  Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru pemusatan pelajar.  Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah.

Jenis-Jenis Strategi:

Strategi Direktif Pelajar belajar melalui penerangan tentang konsep atau kemahiran oleh guru dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan dengan bimbingan guru.Contoh:Kuliah,latih-tubi

Strategi Pemerhatian Pelajar belajar dengan memerhati perbuatan orang lain atau perlakuan sesuatu kemahiran.

Contoh : Demonstrasi, ‘modelling’.

Strategi Mediatif Pelajar belajar melalui interaksi yang dirancang oleh guru untuk menolong pelajar.

belajar bagaimana mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian, menilai kebenaran andaian, keputusan dan hipotesis

Contoh: ‘dialectical reasoning’, ‘concept attainment’, ‘concept formation’, ‘inquiry training’, ‘open-ended discussion.’

Strategi Generatif Murid digalakkan menjanakan idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu pelajar menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan idea asli atau unik.

Contoh: Sumbangsaran, pemetaan minda, ‘synectics’, pemikiran lateral dan kreatif, metafora

Strategi Kolaboratif Pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masaalah.

Contoh: Pembelajaran koperatif

Strategi ‘Outside-context’ Pelajar belajar melalui aktiviti yang berfokus dan intensif dalam satu tempoh masa.

Contoh: Seminar, bengkel, projek

Page 3: Tugasan 4

Strategi Metakognitif Pelajar memikirkan tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri.

Contoh-contoh soalan yang difikirkan:

Apakah yang saya telah belajar?Bagaimana saya boleh mempertingkatkan prestasi saya?Apakah bantuan yang saya perlu?

Contoh: Penulisan journal refleksi

Strategi penyampaian isi kandungan pelajaranStrategi ini merupakan komponen kaedah semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan strategi ini adalah untuk:1.menyampaikan isi pelajaran2. menyediakan maklumat dan bahan yang diperlukan untuk menyokong dan meneroka isi pelajaran

Strategi pengelolaan pembelajaranStrategi ini pula bertujuan untuk mengatur kaedah untuk membolehkan murid dapat berinteraksi secara aktif dalam proses pembelajaran. Ia berkaitan dengan pemilihan kaedah manakah yang paling sesuai digunakan dengan mengambil kira jadual pelaksanaan, penilaian kemajuan murid dan motivasi.

Strategi Pembelajaran Reflektif.Pembelajaran reflektif membantu pelajar mempelajari bagaimana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, pembentukan dan pemahaman konsep, inkuri dan kesedaran diri,mengenal pasti andaian yang melandasi sesuatu, menilai ketepatan andaian, kesimpulan dan pegangan, menaakul perbezaan moral dan etika.Pelajar akan mengingat dan mengkaji semula beberapa langkah mengenai beberapa teknik yang telah dipelajari. Contohnya dalam aktiviti membuka dan memasang beberapa komponen perkakasan komputer beberapa urutan kerja perlu difahami oleh pelajar sebelum melaksanakan proses yang sama berikutnya.

http://mahirppb.tripod.com/strategi.html

Page 4: Tugasan 4

5. Senaraikan kelebihan dan batasan mengintegrasikan bahan-bahan percuma dan murah kepada arahan.

Kelebihan

‘Up to date’

Bahan yang diperoleh dalam internet menganungi maklumat yang tidak terdapat dalam buku teks dan media.

Pelbagai kegunaan

Pelajar boleh akses aplikasi sumber terbuka diluar sekolah. Bahan audiovisual boleh digunakan untuk belajar bersendirian tau untuk pembentangan dalam kelas

Manipulasi pelajar

Bahan-bahan membuatkan pelajar dapat terlibat secara aktif.

Batasan

Bias atau pengiklanan

Kebanyakan bahannya bersifat ekslusif di mana ia dikendalikan oleh organisasi tertentu yang mempunyai kepentingan tertentu.

Promosi kepentingan khas

Mendapatkan bahan mengenai topik dari pelbagai sumber boleh membantu memberikan pandangan dari sudut berbeza

Kuantiti Terhad

Apabila meningkat perbelanjaan pengeluaran dan penghantaran, pembekal akan kurangkan kuantiti yang disediakan pada suatu masa.