tugasan 2 aktiviti 3

Upload: anizan-che-mat

Post on 09-Oct-2015

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

epic

TRANSCRIPT

Tugasan 2 Aktiviti 3: Jurnal Reflektif (T2A3)Berdasarkan kedua-dua video ceramah yang mempunyai kaitan dengan Pembangunan Profesionalisme Berterusan dan juga Motivasi Pelajar, saya telah mengenal pasti beberapa aspek penting yang telah disarankan dan aspek-aspek tersebut sedikit sebanyak menggambarkan situasi diri saya sebagai seorang guru. Aspek Pembangunan Profesionalisme yang merangkumi kompetensi sebagai seorang guru yang dijelaskan oleh penceramah adalah bertepatan dengan kualiti yang perlu ada pada seseorang guru pada masa kini. Kompetensi guru bukan sahaja perlu menjurus kepada bidang ikhtisas semata namun turut bekeperluan terhadap bidang-bidang ilmu yang lain merentas kurikulum. Hal ini kerana, pendidikan berkualiti memerlukan guru yang berkualiti (Mohamad Sani, 2008). Guru berkualiti merupakan guru yang komited terhadap pelajar dan pengajarannya, berpengetahuan dalam isi kandungan mata pelajaran dan tahu bagaimana untuk mengajarkannya kepada pelajar mereka, mengurus dan mengawasi pembelajaran pelajar dan sentiasa memberi fokus kepada aspek pedagogi terutamanya pedagogi terkini (Durr, 2008). Oleh hal yang demikian, saya sebagai guru telah melengkapkan diri dari segala sudut, merangkumi ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi, menguasai kandungan kurikulum, mahir dalam pedagogi, memiliki kekuatan minda dan sebagainya. Sebagai guru yang berkualiti, saya telah meningkatkan tahap kreativiti dan inovasi kendiri untuk memastikan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif, menarik, menyeronokkan dan sekali gus dapat merangsang minat pelajar untuk belajar.Menurut Majaro (1992), kreativiti ialah proses pemikiran yang mendorong seseorang individu dalam mengeneralisasikan idea baharu. Mumford dan Gustafson (1998) pula menyebut kreativiti sebagai penghasilan produk-produk baharu dan dihargai oleh masyarakat. Justeru, kreativiti amat penting dalam dunia pendidikan kerana kreativiti mampu melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif dan negara maju. Manakala inovasi pula bermula daripada percikan idea kreatif. Menurut Rongger E. Miller (1971), inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baharu oleh seseorang. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.Manakala dari aspek kebertanggungjawaban guru pula, guru diharapkan dapat melahirkan pelajar dengan kemahiran tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar bagi menghadapi persekitaran global kelak. Guru juga disarankan agar menghasilkan pelajar yang dapat berkolaborasi dengan pihak lain, contohnya dengan rakan sekerja dan juga masyarakat. Oleh hal yang demikian, enam ciri utama yang telah digariskan dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu merangkumi kemahiran memimpin, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, pengetahuan, etika dan kerohanian serta identiti nasional perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar. Justeru, saya perlu mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, fikiran terbuka, pembacaan dan pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baharu yang mendorong kemajuan diri pelajar dan kemajuan pendidikan amnya. Selain itu, aspek kebertanggungjawaban guru turut merangkumi aspek jati diri guru tersebut. Saranan kepada guru yang perlu diikuti ialah menepati masa dan nilai ini harus dititikberatkan oleh para guru. Dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, saya seharusnya peka dengan waktu pengajaran yang ditetapkan dan tidak seharusnya menunggu sehingga loceng dibunyikan untuk bergerak ke kelas. Hal ini demikian kerana, guru yang berkomitmen perlu bergerak 5 minit lebih awal dari masa pengajaran yang sepatutnya bagi mengelakkan mereka lambat masuk ke kelas. Kelewatan guru ke kelas boleh menimbulkan pelbagai masalah yang tidak terduga dan secara tidak langsung perkara ini akan menjejaskan kredebiliti saya sebagai seorang guru.Selain itu, ceramah Motivasi Pelajar juga turut menekankan peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya yang mempunyai kaitan yang rapat dengan sumbangan guru kepada Kementerian Pelajaran Malaysia setelah mengikuti Program Pensiswazahan Guru. Walaupun Gred Perjawatan Guru berdasarkan kepada time-based yang ditetapkan, namun saya sebagai seorang guru tidak boleh memfokuskan kepada kenaikan pangkat semata-mata. Tugas mendidik anak bangsa perlu diberi keutamaan dan kemenjadian diri pelajar perlu diutamakan kerana mereka merupakan generasi yang bakal memimpin negara kelak. Oleh hal yang demikian, saya perlu mempunyai pengetahuan dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar atau pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kesimpulannya, berdasarkan saranan-saranan yang diutarakan oleh penceramah tersebut, saya sebagai guru seharusnya melaksanakan dengan sebaik mungkin segala nasihat dan panduan yang diberikan bagi memastikan keberhasilan dan kemenjadian diri murid. Tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai seorang pendidik perlu dilaksanakan dengan penuh jujur dan dedikasi agar modal insan yang terbentuk mengikut acuan yang diharapkan. Selaras dengan penambahbaikkan gred perjawatan, saya seharusnya memanfaatkan segala peluang dan ruang yang ada melalui Program Pensiswazahan Guru untuk mendalami sebanyak mungkin ilmu berkaitan dengan bidang ikhtisas mahupun ilmu dalam bidang-bidang yang lain agar kompetensi diri saya dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.

BibliografiAbu Bakar Nordin (1991) Kurikulum: Perspektif dan pelaksanaan. Kuala Lumpur : Pustaka Antara.

Abdul Rahim Abdul Rashid (2000). Pendidikan nilai merentasi kurikulum KBSM. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Mohd Noor, Ahmad Jaffni Hassan (2000) Cabaran dalam kepimpinan kurikulum pendidikan, dlm. Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, ZalizanMohd Jelas (disunting), Aliran dalam dmalan pendidikan menjelang abad ke-21. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.