tugasan 1 cikgu ayob ekm322

14
BAHAGIAN A PELAKSANAAN ELEMEN SASTERA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI BAHASA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Soalan 1 Artikel yang bertajuk “Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah” merupakan satu kajian yang telah dijalankan ke atas 30 orang guru terpilih daripada sepuluh buah sekolah rendah daripada setiap zon negeri, iaitu Sabah, Perlis, Terengganu, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah oleh Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian. Seni bahasa dalam kajian ini djelaskan sebagai bentuk pembelajaran bahasa yang menjadi sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkkan murid ketika mengikuti proses pembelajaran mereka. Aspek seni bahasa pula merangkumi keupayaan setiap murid untuk memahami, mengungkap dan menghargai bahasa melalui proses pembelajaran yang mereka ikuti dalam suasana yang menyeronokkan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenapl pasti tahap keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaannya. Ianya juga bertujuan untuk mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam proses pengajaran mereka dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan kemahiran membaca murid. Selain daripada itu, kajian tersebut juga bertujuan untuk melihat keberhasilan pengaruh seni bahasa dapat memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran dalam

Upload: mny-mira

Post on 18-Feb-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ayob

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 Cikgu Ayob EKM322

BAHAGIAN A

PELAKSANAAN ELEMEN SASTERA DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SENI BAHASA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

RENDAH

Soalan 1

Artikel yang bertajuk “Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni

Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah” merupakan satu kajian yang telah dijalankan

ke atas 30 orang guru terpilih daripada sepuluh buah sekolah rendah daripada setiap zon

negeri, iaitu Sabah, Perlis, Terengganu, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah oleh Shamsudin

Othman dan Abdul Rasid Jamian.

Seni bahasa dalam kajian ini djelaskan sebagai bentuk pembelajaran bahasa yang

menjadi sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkkan

murid ketika mengikuti proses pembelajaran mereka. Aspek seni bahasa pula merangkumi

keupayaan setiap murid untuk memahami, mengungkap dan menghargai bahasa melalui

proses pembelajaran yang mereka ikuti dalam suasana yang menyeronokkan.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenapl pasti tahap keyakinan guru

dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaannya. Ianya juga

bertujuan untuk mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera

dalam proses pengajaran mereka dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan kemahiran

membaca murid. Selain daripada itu, kajian tersebut juga bertujuan untuk melihat

keberhasilan pengaruh seni bahasa dapat memberikan penekanan kepada standard kandungan

dan standard pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR

terutamanya bagi matapelajaran Bahasa Malaysia.

Rasional penyelidik menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui sejauhmanakah

impak elemen seni bahasa ini diterapkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap

pencapaian murid dalam mata peljran Bahasa Malaysia. Ianya juga mempunyai rasional

untuk melihat kesan kepada guru mta pelajran Bahasa Malaysia khasnya dari segi mutu

pengajaran serta kesannya apabila seni bahasa ini diaplikasikan dalam mata pelajaran Bahasa

Malaysia sekolah rendah dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Page 2: Tugasan 1 Cikgu Ayob EKM322

Soalan 2 :

Penyelidik menggunakan kajian berbentuk kuantitatif deskriptif sebagai metodologi

kajian yang dijalankan. Bagi mendapatkan data untuk proses analisis dan rumusan terhadap

kajian yang telah dijalankan, penyelidik hnaya menggunakan kaedah soal selidik. Borang

soal selidik yang digunakan pula dibina serta digubal oleh pengkaji sendiri berdasarkan tujun

dn objektif kajian ini dijalankan bagi mendapat maklum balas daripada respondan yang

terlibat.

Soal selidik merupakan ssalah satu kaedah yang sering digunakan oleh pengkaji bagi

mendapatkan maklum balas daripada respondan ketika kajian dijalankan. Respondan bagi

kaedah soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji ialah sekumpulan guru mata pelajaran

Bahas Malaysia di sekolah rendah seramai 75 orang dan pengkjai telah memilih seramai 30

orang daripada respondan tersebut secara rawak sebagai sampel kajian mereka bagi mengelak

ralat persempelan.

Set soal selidik yang digubal oleh pengkaji mengandungi empat bahagian iaitu

Bahagian A berkaitan latar belakang sampel kajian merangkumi lokasi sekolah, jantina,

kaum, umur, kelulusan akedamik dna pengkhususan. Bahagian B pula meliputi tahap

pemahaman terhadap huraian sukatan aspek seni bahasa. Bahagian C pula bertujuan untuk

mengenal pasti penggunaan teks dan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran seni bahasa, manakala Bahagian D pula bertujuan untuk melihat tahap

pembacaan murid terhadap elemen sastera selain soalan berstruktur untuk guru memberikan

pandangan umum dan bebas tentang pelaksanaan KSSR yang diselitkan diakhir boring soal

selidik tersebut.

Untuk proses menganalisis dapatan daripada soal selidik tersebut, pengkaji

menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science atau SPSS for Window versi

16.0. Pengkaji menggunakan perisian ini sebagai kaedah analisis data statistic deskriptif

bermatlamat untuk memperihalkan data dengan sejelas yang mungkin.

Selain daripada kaedah soal selidik, pengkaji juga menggunakan kaedah temu bual

dalam kajian yang dijalankan ini. Untuk itu, pengkaji telah menemu bula dua orang guru

yang terlibat dengan pendedahan KSSR sepenuhnya. Dua orang guru yang terlibat ini

merupakan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu KSSR Tahap 1. Soalan temu

bual dibina khas oleh pengkaji dan tempoh temu bual dijalankan selama 30 minit untuk setiap

Page 3: Tugasan 1 Cikgu Ayob EKM322

respondan. Proses temu bual tersebut telah dirakamkan oleh pengkaji dan dianalisis dalam

bentuk transkrip.

Soalan 3 :

Secara keseluruhannya, kajian ini memperkatakan isu atau permasalahan kemahiran

membaca murid yang dikaitkan dengan elemen seni bahasa yang diterapkan dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu KSSR bermula pada tahun 2011. Dalam usaha memperkasakan

Bahasa Melayu dan menjadikannya kian menarik serta berdaya saing, suautu elemen baharu

iaitu seni bahasa telah diperkenalkan dalam kurikulum KSSR Bahasa Melayu dengan

menjadikan “didik hibur” sebagai salah satu pendektan dalam pengajaran dan

pembelajarannya. Seni bahasa ini dirujuk sebagai keupayaan dan kebolehan murid untuk

memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui proses pembelajaran

yang menyeronokkan iaitu secara didik hibur. Bersandarkan kepada matlamat tersebut, kajian

ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti keyakinan guru dalam pengajaran seni

bahasa sepanjang pelaksanaannya serta mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan

elemen dan teks sastera dalam usaha meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan

murid.

Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif deskriptif.

Borang soal selidik dan temu bual dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan maklum balas

daripada setiap respondan yang terlibat. Respondan kajian ini pula terdiri daripada guru-guru

yang bertugas di sepuluh buah sekolah mengikut setiap zon negeri iaitu Sabah, Perlis,

Terengganu, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah. Daripada 75 orang respondan yang terlibat,

hanya 30 orng guru sahaja dipilih untuk dijadikn sampel kajian manakala sekolah-sekolah

yang terpilih merupakan sekolah rintis yang telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk menjalankan ujikaji ke atas setiap modul yang diperkenalkan.

Pengkaji menggunakan kajian deskriptif kerana kesesuaiannya serta memudahkan

pengkaji mendapatkan data yang dikehendaki iaitu mklumat mengenai pemboleh ubah yang

berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pemboleh ubah tersebut wujud.

Sattatistik deskriptif digunakan pengkaji untuk melihat kekerapan dn min respondan dalam

setiap item soal selidik yang digunakan. Borang sol selidik pul digubal sendiri oleh pengkaji

mengikut kesesuaian serta memenuhi matlmat kajian yang dijalankan. Dalam proses

membuat analisis dapatan pula, peratusan dn kekerapan digunakan.

Page 4: Tugasan 1 Cikgu Ayob EKM322

Dalam analisis yang dijalankan melalui soal selidik, skor min keseluruhan pemboleh

ubah ditunjukkan oleh pengkaji melalui Jadual 2 dalam artikel tersebut. Pendapat guru

mengatakan penggunaan bahas sastera dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak

memberikan manfaat kepada murid dan guru dalam pelaksanaan elemen sastera dalam

pengajaran dan pembelajaran seni sastera mencatatkan keputusan min tertinggi iaitu 3.12

(sp=0.630). Catatan kedua tertinggi iaitu sebanyak 3.11 (sp=0.387) adalh berkitan kefahaman

konsep guru terhadap huraian Suktan Pelajaran Seni Bahasa. Catatan min sebanyak 3.07

(sp=0.307) pula merujuk kepada tahap pembacaan murid dlam elemen sastera yang

menunjukkan peningkatan yang berada pada tempat ketiga. Ini diikuti dengan pengajaran

guru berdasarkan KSSR dengan catatan min sebnyk 2.98 (sp=0.257) dan penggunaan teks

serta bahan pengajaran dlam pembelajrn seni bahasa dengan catatan sebanyak 2.96

(sp=0.243). Catatan terendah iaitu sebanyak 2.69 (sp=0.216) bagi masalah pelaksanaan

elemen sastera.

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 2 yang ditunjukkan dalam artikel tersebut,

kesimpulannya bahawa kurikulum yang baharu ini masih mempunyai masalah atau isu yang

wujud ketika melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu,

banyak kelebihan atau kelebihan yang diperolehi oleh guru dan murid menerusi pola

kurikulum ini dengan penggunaan teks, kefahaman konsep sukatan pelajaran serta tahap

pembacaan murid yang menunjukkan peningkatan yang cukup baik dan memuaskan.

Berdasarkan kepada Jadual 4 yang ditunjukkan dalam artikel tersebut pula, pengkaji

telah membuktikan bahawa kaedah didik hidur yang diaplikasikan oleh guru dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran ternyata sangat membantu meningkatkan tahap pembacaan

murid. Kenyataan ini dibuktikan dengan catatan min 2.97 (sp=0.440) bagi item melafaz dan

memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik

hibur berbanding dengan item-item lainnya yang menunjukkan catatan yang tidak banyak

berbeza antara satu item dengan item yang lainnya.

Selain daripada itu, Jadual 4 juga menunjukkan catatan min 3.05 (sp=0.328) pada

item pendapat guru bawaha elemen sastera dapat meningkatkan penguasaan bacaan mentalis.

Murid dapat menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik

hibur pula mencatatkan min 3.06 (sp= 0.346). Bacaan min 3.10 (sp=0.353) ditunjukkan oleh

item meningkatkan bacaan mekanis dan elemen sastera dapat membantu murid memahami

teks dengan lebih baik pada catatan min 3.10 (sp=0.314). Elemen sastera sebagai pelengkap

kepada proses pengajaran dan pembelajaran mencatatkan bacaan tertinggi dengan jumlah min

sebanyak 315 (sp=0.360).

Page 5: Tugasan 1 Cikgu Ayob EKM322

Dalam kajian tersebut juda pengkaji menerangkan maksud bacaan mekanis dan

bacaan mentalis. Pengkaji menhuraikan bacaan secara mekanis sebagai bacaan dalam hati

yang bertujuan untuk memahami sesuatu teks dengan lebih mendalam manakala bacaan

mentalis pula dijelaskan sebagai bacaan secara kuat dan tepat serta menggunakan tanda

bacaan yang betul.

Penyelidik menyatakan perbezaan antara bacaan mekanis dan mentalis. Bacaan secara

mekanis membawa maksud bacaan dalam hati yang bertujuan untuk memahami sesuatu teks

dengan mendalam. Bacaan mentalis diertikan bahawa bacaan secara kuat dan tepat serta

menggunakan tanda bacaan yang betul. Item yang mencatatkan bacaan tertinggi dengan

jumlah min 3.15 dan sp =.360 ialah elemen sastera dikatakan pelengkap kepada PdP bahasa.

Melihat kepada scenario jumlah min yang dicatatkan dapatlah disimpulkan bahawa

penggunaan elemen sastera dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah

banyak meningkatkan tahap pembacaan murid dari pelbagai aspek seperti pemahaman

terhadap teks bacaan, penguasaan bacaan mekanis dan mentalis serta telah banyak

membantu murid menyebut dan memahami unsur seni selain membantu melafaz dan

memahami puisi dengan menggunakan intonasi yang betul.Jelaslah di sini bahawa,

penggunaan elemen sastera dalam PdP bahasa banyak meningkatkan tahap pembacaan murid

dari beberapa aspek seperti, peningkatan dalam memahami teks dengan baik, penguasaan

bacaan mekanis, penguasaan bacaaan mentalis, serta membantu murid menyebut dan

memahami unsur seni selain membantu melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang

betul.

Pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa juga

telah memberikan manfaat yang banyak kepada guru dan murid ketika menjalankan sesi

pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji membuktikan manfaat yang diperolehi dalam kajian

ini melalui catatan min yang telah diperolehi oleh pengkaji. Catatan min 2.97 (sp=0.382)

diperolehi dalam item yang menunjukkan murid memahami maklumat yang disampaikan

oleh guru, min 3.02 (sp=0.371) bagi peningkatan kemahiran menulis dan min 3.08 (sp=0.365)

bagi kemahiran lisan yang mana ianya dilihat begitu banyak peningkatan yang berlaku

dikalangan murid.

Selain daripada ketiga-tiga peningkatan kemahiran yang diterangkan di atas,

kemahiran membaca juga menunjukkan peningkatan dengan catatan min sebanyak 3.13

(sp=0.346), begitu juga dengan peningkatan murid dalam menguasai 4M yang menunjukkan

bacaan min yang sama. Catatan min yang tertinggi iaitu sebanyak 3.30 (sp=0.355)

Page 6: Tugasan 1 Cikgu Ayob EKM322

ditunjukkan oleh pengkaji pada item kemahiran murid yang boleh mengulang kembai apa-

apa yang telah disampaikan oleh guru dengan tepat manakala guru juga memperolehi manfaat

daripada pelaksanaan elemen tersebut di mana pedagogi guru turut meningkat seperti catatan

yang ditunjukkan oleh pengkaji iaitu sebanyak 313 (sp=0.384).

Pengajaran seni bahasa berdasarkan KSSR turut dilihat memberi impak kepada guru

sewaktu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Pengkaji melalui kajian

yang dijalankan telah memperolehi dapatan-dapatan yang membuktikan impak yang berlaku

kepada guru berdasarkan catatan min dan sisihan piawaian yang diperolehi. Catatan min

sebanyak 3.18 (sp=0.451) diperolehi dalam item penggunaan pendekatan yang tersendiri

sewaktu pengajaran seni bahasa dalam bilik darjah oleh guru dan catatan min 3.01 (sp=0.489)

bagi item cara pengajaran seni bahasa yang berbeza antara guru. Dalam aspek perbezaan cara

pengajaran guru pula, pengkaji melihatnya melalui item kepelbagaian teknik pengajaran seni

bahasa ( min 3.23 , sp=0.478), pengajajaran di luar bilik darjah (min 3.01, sp=0.539) di

samping adanya pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah semata-mata dengan bacaan

yang sama.

Bagi sumber dan bahan yang digunakan oleh guru untuk pengajaran seni bahasa yang

mencukupi mencatatkan bacaan min 2.51 (sp=0.530), manakala penggunaan tempoh masa

yang sesuai ketika pengajaran seni bahasa mencatat min 3.02 (sp=0.374) dan tugasan yang

diberi kepada murid adalah selaras dengan pengajaran guru dengan catatan min 3.16

(sp=0.408). Kesemua catatan tersebut merupakan bukti yang diperolehi oleh pengkaji melalui

kajian yang dijalankan tentang pemahaman guru mengenai penggunaan seni bahasa dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran mereka dengan catatan min 3.01 (sp=0.496). Catatan

dengan min 3.17 (sp=0.481) diperolehi dari item guru bersetuju dengan pelaksanaan elemen

sastera dalam sukatan pelajaran sekolah rendah di mana guru bersedia untuk mengaplikasikan

teknik didik hibur ketika mengajar seni bahasa dalam bilik darjah dengan catatan min

tertinggi iaitu 3.23 (sp=0.514).

Berdasarkan kepada catatan-catatan min dan sisihan piawai yang diperolehi jelas

kepada kita bahawa elemen seni bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan

kaedah yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru ketika mengajara

mata pelajaran Bahasa Melayu. Keperluan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran telah

dilihat sebagai factor dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian murid sekolah rendah dan

seterusnya dapat membantu meningkatkan keyakinan guru dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Page 7: Tugasan 1 Cikgu Ayob EKM322

Penggunaan teks sastera dan bahan mengajar dalam pembelajaran seni bahasa juga

turut menjadi elemen yang dikaji oleh pengkaji dalam kajian beliau. Dapatan daripada kajian

tersebut telah ditunjukkan oleh pengkaji dalam Jadual 6 artikel tersebut. Berdasarkan kepada

jadual tersebut, secara keseluruhannya kebanyakan guru yang terlibat berpuas hati dengan

bahan puisi dan prosa seni bahasa yang digunakan sebagai teks semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran di mana kedua-duanya mencatatkan jumlah min yang sama iaitu 2.72

(sp=0.507). Untuk penggunaan Bahan Bantu Belajar melalui perisisan computer ketika

melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu meningkatkan kefahaman

murid mencatat jumlah min 3.10 (sp=0.426) manakala catatan tertinggi untuk Bahan Bantu

Mengajar seni bahasa bersikap kreatif dengan min sebanyak 3.13 (sp=0.384). Selain daripada

BBM secara elektronik yang digunakan, guru turut juga menggunakan BBM bukan

elektronik seperti kada imbasan, gambar, carta dan buku dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman murid sekaligus bagi mencapai

objektif pembelajaran guru. Kesemua persediaan ini diakui sendiri oleh setiap guru yang

terlibat dalam kajian ini dan kebanyakan BBM yang digunakan merupakan hasil tangan guru

sendiri dengan catatan min 2.93 (sp=0.451).

Kesimpulan secara keseluruhannya mendapati bahawa persoalan-persoalan yang

sering dialami ketika sesi pengajaran dan pembelajaran guru Bahasa Melayu berkaitan

dengan kesan elemen seni bahasa telah terjawab melalui catatan kepuusan yan telah

direkodkan oleh pengkaji. Antara persoalan tersebut ialah tentang keyakinan guru dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran bahasa, keberkesanan teks sastera terhadap peningkatan tahap

pembacaan murid, fungsi teks sastera terhadap pemahaman pembacaan murid dan perkaitan

tahap pembacaan murid dengan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.

Daripada dapatan kajian itu juga didapati 30% guru telah menyambut baik

pelaksanaan seni bahasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan

mereka menjadikan pengakaran secara didik hibur sebagai asas dalam pengajaran mereka.

Elemen tersebut juga telah terbukti dapat meningkatkan kemahiran murid dalam Bahasa

Malaysia terutamanya peningkatan dalam penguasaan 3M. Ianya juga didapati dapat

meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran lisan murid.

Impak yang paling utama dan penting ialah berlakunya peningkatan dalam

penglibatan murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid didapati tidak lagi

segan atau rendah diri untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti berbahasa seperti menari,

menyanyi, berpantun dan sebagainya. Pengaplikasian seni bahasa dalam pengajaran dan

pembelajaran guru juga turut dapat ditinkatkan. Selain itu, suasana pengajaran dan

Page 8: Tugasan 1 Cikgu Ayob EKM322

pembelajaran dapat berjalan dengan lebih seronok, harmoni, aktif dan lebih kondusif

berbanding keadaan sebelumnya.

SOALAN 4

(IMPLIKASI)

Berdasarkan dapatan kajian yang diperkatakan pada halaman sebelum ini, seni bahasa ini

banyak memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan juga murid.

Kepelbagaian kaedah pengajaran hari ini, dapat membantu guru dlam merancang teknik

pengajaran bahasa Malaysia dengan berkesan. Abdullah Hassan (1987) turut menyatakan

bahawa kegagalan dalam mencari teknik pengajaran bahasa Malaysia menyebabkan isi

pelajaran gagal disampaikan secara berkesan dan kajian lampau juga telah membuktikan

bahawa kualiti pengajaran merupakan aspek penting dalam menarik minat dan tingkatkan

kemahiran berbahasa murid.

Majlis Peperiksaan Malaysia (1992) turut menambah bahawa antara faktor yang

memperngaruhi pencapaian akademik pelajar ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkan

guru dalam bilik darjah kurang berkesan. Kajian ini dilihat dapat membantu guru

mengaplikasikan teknik didik hibur dalam konsep seni bahasa. Guru akan menjadi lebih

kreatif, inovasi dan relaks dalam merencana aktiviti pembelajaran bahasa Malaysia yang

lebih santai namun bermakna.

Guru yang baik, tidak hanya berjaya memegang watak sebagai guru semata, jauh dari

itu, seorang guru yang berdedikasi harus bijak dan mampu menjadikan dirinya “pelakon”

yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Beban kerja guru yang bersifat

lebih kepada pengkeranian mungkin dapat dikurangkan apabila guru turut sama terlibat

secara aktif dalam sesi PDP seni bahasa yang seronok. Sebagai contoh, apabila aktiviti

tersebut melibatkan aktiviti nyanyian ataupun tarian, guru boleh turut sama menyanyi dan

menari dengan murid.secara tidak langsung, murid berasa dekat dengan guru sekaligus

meningkatkan hubungan pembelajaran dua hala dan mereka tidak akan segan untuk bertanya

sekiranya ada perkara yang tidak difahami semasa prose PDP berlangsung.

Kepada murid pula, selain dapat mewarisi kreativiti guru, seronok dalam sesi PDP

yang disediakan guru, murid juga dapat memahami dengan baik isi pelajaran bahasa

Malaysia. Menerusi aktiviti-aktiviti seni bahasa yang dijalankan seperti pantun, nyanyian,

Page 9: Tugasan 1 Cikgu Ayob EKM322

sajak dan sebagainya, keyakinan murid-murid secara tidak langsung akan dapat ditingkatkan

dan kemahiran lisan murid turut meningkat.

Selain itu, penguasaan kemahiran membaca 3M turut dapat ditingkatkan. Murid juga

dilihat dapat menerima dengan baik pembelajaran seni bahasa khususnya apabila suatu

pembelajaran itu dikaitkan dengan teks sastera seperti pantun dan puisi rakyat.

Kesimpulannya, guru dan murid sama-sama mendapat manfaat dari seni bahasa ini

kerana kedua-dua pihak seronok menikmati isi pelajaran walaupun pada dasarnya terdapat

beberapa konsep yang sukar difahami namun dengan konsep belajar secara “didik hibur”

membantu memudahkan proses pemahaman dan kelancaran PdP. pembelajaran masih

diteruskan namun dalam suasana yang lebih meneyeronokkan, harmoni, kondusif serta

menggembirakan tanpa perlu mengenepikan isi kandungan serta objektif pembelajaran yang

perlu dicapai.